26.09.2014 Views

PANDUAN KASTAM UNTUK PELAWAT - Singapore Customs

PANDUAN KASTAM UNTUK PELAWAT - Singapore Customs

PANDUAN KASTAM UNTUK PELAWAT - Singapore Customs

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PANDUAN

KASTAM

UNTUK

PELAWAT

( MELAYU )

LALUAN HIJAU

LALUAN MERAH

KASTAM

SINGAPORE CUSTOMS

02

PANDUAN KASTAM

UNTUK PELAWAT

Risalah ini memberi maklumat am tentang

formaliti dan prosedur melepasi Kastam.

LALUAN MERAH dan HIJAU

Sistem Laluan Merah dan Hijau dilaksanakan

di semua pusat pemeriksaan Kastam di pintu

masuk negara untuk memudahkan proses

pemeriksaan pelawat.

Jika anda tiba dengan berkereta, anda akan

melihat papan tanda bagi Laluan Merah dan

Hijau yang diletakkan di sepanjang jalan

selepas pemeriksaan imigresen. Para pelawat

yang tiba dengan penerbangan, kereta api,

kapal atau bas akan melihat papan tanda

bagi Laluan Merah dan Hijau di atas

kaunter pemeriksaan di Balai Ketibaan di

pusat pemeriksaan masing-masing. Kaunterkaunter

pemeriksaan dijaga rapi oleh pegawai

Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan

(ICA).

BARANGAN KASTAM YANG PERLU

DIISYTIHARKAN

Sila ke LALUAN MERAH jika anda membawa:

• Barangan bercukai melampaui had bebas

cukai atau pengecualian GST yang

dibenarkan

• Barangan terkawal atau terbatas

• Barangan yang dilarang

Di LALUAN MERAH, sila:

• Beri pengisytiharan secara lisan kepada

pegawai ICA mengenai barangan dibawa

yang tersenarai di atas, dan

• Tunjukkan barangan larangan atau kawalan

bersama dengan permit import atau surat

pengesahan daripada pihak berkuasa, jika

ada

CUSTOMS

Goods

To

Declare

TIADA BARANGAN KASTAM UNTUK DIISYTIHARKAN

Sila ke LALUAN HIJAU jika anda tidak membawa

mana-mana tiga jenis barangan yang disenaraikan

di atas. Namun begitu, pegawai yang bertugas akan

menjalankan pemeriksaan secara terpilih di Laluan

Hijau. Jika tidak pasti, sila tanya pegawai ICA di

LALUAN MERAH.

BARANGAN BERCUKAI

• Arak yang

memabukkan,

termasuk minuman

keras, wain, bir, ale,

stout dan porter

• Minyak kenderaan

Amaran!

• Hasil tembakau

termasuk rokok dan

cerut

• Basikal bermotor

Ia merupakan kesalahan jika anda ke Laluan Hijau dengan

mana-mana barangan cukai melampaui had bebas cukai

dan pengecualian GST yang dibenarkan.

Tiada pengecualian cukai bagi hasil tembakau

termasuk rokok.

Kegagalan mengisytihar adalah satu kesalahan.

DENDA SEHINGGA $10,000

ATAU HUKUMAN PENJARA.

03

PELEPASAN CUKAI BARANGAN DAN

PERKHIDMATAN (GST)

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan

ke atas semua barangan yang diimport ke dalam

Singapura.

Jika anda seorang pelancong asli dan tidak

memegang permit kerja, pas pekerjaan, pas pelajar,

pas tanggungan ataupun pas jangka panjang, anda

akan diberi pengecualian GST bagi barangan baru,

cenderahati, hadiah dan persediaan makanan

(kecuali arak dan hasil tembakau) sehingga nilai

yang tertera di dalam jadual di bawah:

Masa Berada di

luar Singapura

Kurang daripada 24 jam

24 jam atau lebih, tetapi

kurang daripada 48 jam

48 jam atau lebih

Anda perlu membayar cukai GST jika nilai

barangan yang dibawa masuk melebihi peruntukan

pengecualian cukai GST yang diberikan kepada

anda.

KONSESI MINUMAN KERAS BEBAS CUKAI

Jika anda seorang pelancong asli yang

a) berumur 18 tahun dan ke atas, dan

b) telah menghabiskan masa 48 jam atau lebih di

luar Singapura sebaik sahaja sebelum tiba, dan

c) tiba dari negara-negara lain selain Malaysia.

Anda akan diberi konsesi bebas cukai seperti

berikut:

Pilihan

Minuman

Keras

Di bawah

18 tahun

Tiada

pelepasan

$50

$100

Wain

18 tahun

dan ke atas

$50

$150

$300

Bir

A 1 Litre 1 Litre 1 Litre

B - 2 Litres 1 Litre

TIPS: Jika anda tiba dari Malaysia, anda tidak

akan diberi konsesi bebas cukai bagi minuman

keras.

NOTA PENTING

• Sila ke Laluan Merah dan beritahu pegawai ICA

jika anda membawa barangan bercukai melebihi

konsesi bebas cukai atau pengecualian cukai GST.

Anda boleh membawa masuk barangan tersebut

selepas bayaran duti dan cukai GST dibuat.

• Konsesi bebas cukai atau pengecualian cukai GST

diberi bagi barangan untuk kegunaan peribadi anda

sahaja. Adalah satu kesalahan jika anda menjual

atau memberi barangan tersebut kepada orang

lain.

• Duti dan cukai GST mesti dibayar bagi barangan

yang dibawa masuk untuk tujuan perdagangan,

komersial atau perniagaan, dan barangan yang

dibawa bagi pihak orang lain.

• Minuman keras melebihi 10 liter dan hasil tembakau

melebihi 400 gram yang diimport mesti mempunyai

permit Kastam yang berkaitan.

• Petrol yang diimport mesti mempunyai permit

Kastam yang berkaitan. Untuk kuantiti melebihi

20 liter, lesen mengimport daripada Pasukan

Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diperlukan.

• Barangan komersial tidak bercukai dan bukan

barangan terkawal dengan nilai cukai GST melebihi

$300 yang diimport mesti mempunyai permit

Kastam yang berkaitan.

C - 1 Litre 2 Litres

TIPS: Sila bayar Duti Kastam dan GST melalui

Jika anda seorang anggota kru penerbangan asli,

kad Credit Card, NETS, Cashcard atau Autopass.

anda akan diberi konsesi bebas cukai bagi 0.25 liter

Ia mudah, cepat dan selesa.

minuman keras, dan sama ada 1 liter wain atau 1

liter bir.

04 05

06

SKIM BAYARAN BALIK BAGI

PELANCONG

Sebagai pelawat ke Singapura, anda boleh

mendapatkan bayaran balik GST di bawah Skim

Bayaran Balik bagi Pelancong ke atas barangan

yang dibeli dari kedai-kedai yang mengambil

bahagian dalam skim ini, jika anda memenuhi

syarat-syarat berikut:

• Anda berusia 16 tahun dan ke atas pada

masa pembelian;

• Anda bukan warganegara atau pemastautin

tetap di Singapura;

• Anda tidak tinggal lebih daripada 365 hari di

Singapura pada 24 bulan yang lalu sebelum

tarikh pembelian;

• Anda tidak bekerja di Singapura pada

bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan yang

lalu sebelum tarikh pembelian;

• Anda bukan anggota kabin atau kru

penerbangan kapal terbang yang akan anda

naiki untuk berlepas dari Singapura;

• Anda mesti membawa barangan tersebut

keluar dari Singapura melalui Lapangan

Terbang Changi atau Lapangan Terbang

Seletar dalam masa 2 bulan dari tarikh

pembelian;

• Anda mesti berbelanja sekurang-kurangnya

$100 di kedai yang mengambil bahagian pada

hari yang sama. Anda boleh mengumpulkan

sehingga tiga resit bagi pembelian pada hari

yang sama daripada kedai yang sama untuk

memenuhi syarat $100 ini.

Jika anda adalah seorang pelawat yang

memegang pas pelajar, anda boleh mendapatkan

bayaran balik melalui Skim Bayaran Balik

bagi Pelancong, sekiranya anda memenuhi

syarat-syarat yang dinyatakan di atas dan juga

syarat-syarat yang disenaraikan di bawah:

• Anda telah membeli barangan tersebut pada

4 bulan yang lalu sebelum tarikh tamat pas

pelajar; dan

• Anda berhasrat untuk keluar dan tinggal di

luar Singapura untuk jangka masa sekurangkurangnya

12 bulan.

BAGAIMANA MENDAPATKAN BAYARAN BALIK GST

Sebelum anda meminta bayaran balik GST, anda

perlu mendapatkan pengesahan pihak Kastam

pada borang bayaran balik. Anda perlu hadir sendiri

untuk menunjukkan barangan berikut di kaunter

Bayaran Balik Pelancong Kastam Singapura:

1) Borang bayaran balik yang telah diisi. Borang

itu harus ditanda tangi dan diberikan oleh kedai

yang mengambil bahagian dalam skim pada

masa pembelian;

2) Barangan yang telah anda beli untuk

pemeriksaan Kastam;

3) Invois/resit asal yang dikeluarkan oleh kedai

yang menyatakan secara jelas maklumat

tentang harga, gambaran barangan, nombor

siri (jika ada) dan sebagainya; dan

4) Pasport dan pas masuk/tiket penerbangan atau

tiket penerbangan yang sah.

NOTE: Kastam Singapura tidak akan meluluskan

borang bayaran balik jika anda gagal memenuhi

syarat-syarat yang dinyatakan di sini.

TEMPAT UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN

KASTAM

Kaunter Bayaran Balik GST Kastam Singapura

terletak di lokasi berikut:

• Balai Berlepas di Terminal 1 / Terminal 2 / Terminal

3 / Terminal Bajet di Lapangan Terbang Changi

untuk barangan check-in

• Balai Transit di Terminal 1 / Terminal 2 / Terminal

3 / Terminal Bajet di Lapangan Terbang Changi

untuk barangan yang dibimbit

•Pejabat bertugas ICA di Lapangan Terbang

Seletar.

07

TIPS:

1. Sila pastikan anda tiba awal untuk pemeriksaan

barangan dan pengesahan pemohonan anda

oleh Kastam Singapura.

2. Jika anda memohon bayaran balik GST bagi

produk cecair, aerosol dan gel atau barangan

daftar masuk, anda diminta ke Kaunter

Bayaran Balik GST Kastam Singapura di Balai

Berlepas (sebelum pemeriksaan imigresen)

untuk pengesahan.

3. Jika anda memohon bayaran balik GST untuk

barangan berharga tinggi atau barangan

dibimbit, anda diminta ke Kaunter Bayaran

Balik GST Kastam Singapura di Balai Transit

untuk pengesahan.

NOTA PENTING

• Kastam Singapura tidak mengeluarkan borang

bayaran balik ataupun memproses bayaran

balik. Ia dilakukan oleh kedai yang mengambil

bahagian atau agensi mereka.

• Bayaran balik tidak dibenarkan pada:

(a) barangan yang telah habis digunakan atau

sebahagian digunakan di Singapura;

(b) barangan yang dieksport untuk tujuan perniagaan

atau komersial;

(c)

barangan yang akan dieksport keluar dengan

pengangkutan lain;

(d) kos penginapan di hotel, asrama, rumah tumpangan

atau tempat penginapan yang serupa; dan

(e) barangan yang tidak ditunjukkan untuk pemeriksaan

Untuk pertanyaan lanjut tentang Skim Bayaran Balik bagi

Pelancong, sila hubungi kedai-kedai yang berkenaan

atau agensi mereka, seperti

1) Global Blue Singapore Pte Ltd

(http://www.global-blue.com) or

2) Premier Tax Free Singapore Pte Ltd

(http://www.premiertaxfree.com).

KEMUDAHAN BON KASTAM

Penumpang transit yang tiba dengan penerbangan

di Terminal 1, 2 atau 3 di Lapangan Terbang Changi

boleh menyimpan lebihan minuman keras dan

hasil tembakau dalam Bon Kastam sementara

menunggu penerbangan mereka untuk berlepas

dari Terminal 1, 2 atau 3. Penumpang transit yang

tiba di Terminal Bajet boleh menyimpan lebihan

barangan tersebut dalam Bon Kastam sementara

menunggu penerbangan mereka untuk berlepas

dari Terminal Bajet.

Anda perlu membayar sewa gudang pada kadar

$0.30 bagi setiap kilogram barangan yang

disimpan untuk 7 hari atau kurang dan pada

jumlah minimum $4.00 bagi setiap 7 hari. Hanya

barangan bercukai sahaja akan diterima untuk

simpanan sementara dan minuman keras mesti

dibungkus ketat dengan beg yang sukar diusik.

Barangan komersial atau barangan bernilai tinggi

tidak akan diterima. Kemudahan bon tidak diberi

kepada anggota kru penerbangan.

Kelakuan berikut ialah kesalahan serius yang akan

dikenakan penalti dan kemungkinan hukuman

penjara:

• Membuat pengisytiharan palsu kepada Kastam

Singapura dalam borang bayaran balik; dan

• Mengambil keluar barangan dari Balai Berlepas

atau memberi barangan tersebut kepada orang

lain selepas borang bayaran balik telah disahkan

oleh Kastam Singapura.

08

TIPS: Sila ambil barangan dalam simpanan

sementara di Kaunter Bayaran Balik GST

Kastam Singapura di Balai Berlepas/Transit

di Terminal 1 / 2 / 3 atau Terminal Bajet,

DUA JAM sebelum anda berlepas.

09

BARANGAN TERKAWAL

TIPS UNTUK PENGEMBARA

Barangan terkawal memerlukan permit import

atau borang kebenaran daripada pihak berkuasa

sebelum barangan itu boleh dibawa masuk ke

dalam Singapura. Sila tunjukkan barangan itu dan

permit import atau borang kebenaran di Laluan

Merah untuk pelepasan. Senarai barangan

terkawal termasuk (tetapi tidak tehad kepada):

• Haiwan, burung, ikan dan produknya

• CD, DVD, filem dan permainan video

• Senjata dan bahan letupan

• Ubat-ubatan dan produk farmaseutikal

• Kelengkapan telekomunikasi dan komunikasi

radio

• Gari dan belantan

BARANGAN LARANGAN

JANGAN MEMBAWA BARANGAN

UNTUK ORANG LAIN

Anda akan bertanggungjawab jika barangan

tersebut adalah, atau mengandungi barangan

larangan, kawalan, terhad atau bercukai.

SISTEM LALUAN MERAH DAN HIJAU

Sistem LALUAN MERAH dan HIJAU ialah

sistem yang beroperasi dengan pemilihan

individu. Dengan memilih LALUAN HIJAU, anda

dianggap telah mengisytiharkan bahawa anda

tiada apa-apa untuk diisytiharkan kepada

pihak berkuasa.

PENGISYTIHARAN YANG ASLI DAN

LENGKAP

Membuat pengisytiharan yang salah ialah satu

kesalahan di sisi undang-undang. Pesalah boleh

didenda sehingga $10,000. Oleh itu, sila buat

pertanyaan di LALUAN MERAH jika tidak pasti.

10

Senarai barangan yang tidak dibenarkan dibawa

masuk ke dalam Singapura termasuk (tetapi tidak

terhad kepada):

• Tembakau kunyahan getah dan produk-produk

tembakau tiruan

• Gula-gula getah

• Pemetik api berbentuk pistol atau revolver

• Dadah yang dikawal dan bahan psikotropik

• Spesis hidupan liar yang hampir pupus dan

hasilnya

• Mercun

• Penulisan, penerbitan, pita video/cakera padat

dan perisian komputer yang lucah

• Penghasilan semula penerbitan, pita video,

cakera video, cakera laser, rekod atau kaset

yang mempunyai hak cipta

• Bahan-bahan berbentuk hasutan dan

pengkhianatan

PEMERIKSAAN BAGASI

Dari segi undang-undang, anda perlu

menunjukkan, membuka dan mengeluarkan

kandungan bagasi anda untuk pemeriksaan dan

untuk mengemaskannya selepas itu.

PERATURAN TANGKI TIGA SUKU

Kereta yang didaftarkan di Singapura mesti

mempunyai sekurang-kurangnya ¾ kandungan

petrol dalam tangki petrol apabila keluar dari

Singapura. Kenderaan hybrid, serta kenderaan

Gas Asli Mampat dengan tangki petrol juga perlu

menurut peraturan ¾ tangki minyak petrol ini.

Kegagalan untuk mengikut peraturan ini ialah

satu kesalahan. Selepas melangsaikan

kesalahan ini, anda harus berpatah balik

untuk mengisi minyak sehingga tahap yang

dikehendaki sekiranya anda mahu

meneruskan perjalanan.

11

AMARAN

Tiada konsesi ke atas hasil tembakau

termasuk rokok. Kegagalan untuk

mengisytiharkannya ialah

satu kesalahan.

DENDA SEHINGGA $10,000

ATAU HUKUMAN PENJARA.

Pengedar dadah dikenakan hukuman

mati di bawah undang-undang

Singapura.

Perlu bantuan? Hubungi kami untuk nasihat.

Jika tidak pasti, tanya di LALUAN MERAH.

Risalah ini dihasilkan sebagai panduan dan ia

tidak mengandungi senarai lengkap tentang

prosedur dan syarat-syarat kastam. Maklumat

dalam risalah ini adalah sah pada

masa percetakan.

Kastam Singapura

Talian tol bebas: 1800-253 3866 Faks: 6250 8663

E-mel: customs_feedback@customs.gov.sg

Laman web: www.customs.gov.sg

Alamat: 55 Newton Road, #10-01,

Revenue House,

Singapore 307987

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!