06.11.2014 Views

Manual Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)-Edisi Ke-2

Manual Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)-Edisi Ke-2

Manual Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)-Edisi Ke-2

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAMPIRAN

4. PENILAIAN KESAN SOSIAL (SIA)

Pembangunan ke arah negara maju harus seimbang dan lestari agar pelbagai masalah

yang berkaitan dengan masyarakat dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan memutuskan supaya Penilaian Impak Sosial [Social Impact

Assessment (SIA)] diamalkan dalam proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan

bagi pembangunan fizikal dan sosial. Ia bertujuan bagi mengenal pasti dan menangani

impak serta cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan sosial

melalui pembangunan.

Lazimnya, pembangunan memberi impak terhadap masyarakat. Impak negatif akibat

daripada pembangunan berpotensi mengurangkan faedah yang sepatutnya dinikmati oleh

masyarakat. Dalam situasi ini, biasanya SIA dilaksanakan untuk mengenal pasti impak

pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek terhadap individu dan

masyarakat. Sehubungan itu, SIA boleh ditakrifkan sebagai:

“…proses penyertaan bagi meramal, menilai dan mengurus impak sosial akibat

pelaksanaan projek yang dijangka memberi impak kepada negera, wilayah dan komuniti

setempat.”

SIA merupakan proses penilaian yang merangkumi perkara seperti yang berikut:

• Memahami isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti yang terkesan.

• Mengenalpasti impak sosial yang akan ditimbulkan oleh sesuatu cadangan

pembangunan.

• Meminimakan dan mengurangkan impak negatif atau impak yang tidak diingini

melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan projek, membuat langkah-langkah

mitigasi dan pemantauan.

• Mengenalpasti langkah-langkah yang dapat mengoptiumkan impak positif daripada

sesuatu cadangan pembangunan.

Skop dan perincian SIA bergantung kepada betapa besarnya impak sosial akibat

daripada sesuatu pembangunan kepada masyarakat, di antaranya khususnya:

• Sama ada projek ini memberi ciri di luar konteks penduduk setempat, seperti

memisahkan atau mengasingkan sebahagian masyarakat secara fizikal mahupun

fungsional yang sebelum dihubungi;

• Sama ada projek ini melibatkan pengambilan tanah atau penempatan semula

kawasan kediaman, perniagaan atau perkhidmatan komuniti;

• Sama ada projek ini berkemungkinan boleh meningkatkan risiko kesihatan orang

awam dan keselamatan komuniti;

• Sama ada projek ini akan mengancam identiti komuniti sedia ada atau ‘cohensiveness’

penduduk setempat; dan

• Sama ada terdapat bantahan orang awam ke atas projek ini.

87

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!