07.11.2014 Views

Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu

Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu

Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Menyusuri Sungai Nenggiri melalui aktiviti kayak arus deras sejauh 54 kilometer

menjanjikan satu pengalaman yang menarik buat sesiapa sahaja yang

mengikuti aktiviti berkenaan. Mengharungi 32 jeram pasti mengundang rasa

gerun kepada mereka yang pertama kali menyertai aktiviti. Inilah cabaran

yang terpaksa diharungi seramai 85 peserta termasuk pegawai pengiring dari

15 politeknik seluruh negara serta dua kolej komuniti sepanjang mengikuti

Cabaran Nenggiri Inter-Politeknik Malaysia 2011. Pengalaman menaiki

rakit tiub sambil menongkah arus deras sungai serta aliran jeram yang diselang

seli dengan batu-batuan semula jadi pasti menjadi kenangan paling berharga

kepada semua peserta. Hujan renyai-renyai yang mengiringi hari pertama

dan bahang cuaca panas di hari kedua langsung tidak melunturkan semangat

kesukanan para peserta dek kerana terpukau dengan keindahan

panorama. Selain itu, peserta turut dibawa menyelami budaya masyarakat

orang asli di Kampung Pos Pulat. Program anjuran Politeknik Kota Bharu dengan

kerjasama Majlis Sukan Polteknik Malaysia (MSP) bertujuan mengembangkan

potensi pelajar terutamanya dalam membina soft skill agar mampu

berdaya-saing dengan dunia luar selepas menamatkan pengajian. Melalui

program seperti ini diharapkan para peserta mampu mempelajari kepentingan

untuk bekerjasama dalam pasukan kerana apabila menghadapi alam pekerjaan

nanti yang sememangnya memerlukan sifat toleransi dan bersatu-padu.

Selain aktiviti berunsurkan cabaran, aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan,

menghargai alam sekitar serta mengenali peninggalan sejarah agar para peserta

berkeupayaan membudayakan aktiviti tersebut dalam membina jati diri.

Hari pertama para peserta terpaksa mengharungi cabaran sejauh 30 kilometer

bermula di Gua Cha yang merupakan lokasi awal penempatan manusia di

negara ini dan berakhir di perkampungan orang asli Pos Pulat dan memakan

masa hampir tiga jam 30 minit. Cabaran hari kedua bermula di Kampung

Pos Pulat dan berakhir di Kampung Star sejauh 15 Kilometer.

Penulis : Mohd Raduan B. Ibrahim

Ceramah oleh JKJR ( Bahaya Rempit Di Kalangan Pelajar )

Ceramah oleh AADK ( Bahaya Dadah Di Kalangan Pelajar )

Pameran Keselamatan Jalanraya oleh JPJ

Pameran Forensik oleh Cawangan

Penulis : Rosihan B. Abd Aziz

PROGRAM KESEDARAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!