28.01.2015 Views

Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman - Jabatan Muzium Malaysia

Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman - Jabatan Muzium Malaysia

Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman - Jabatan Muzium Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tajuk:

Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman

Nor Hanisah bt. Ahmad

hanisah@jmm.gov.my

Jabatan Muzium Malaysia

Jalan Damansara

50566 Kuala Lumpur

Abstrak :

Dewasa ini, institusi muzium berkembang dengan pesat dan kesedaran terhadap

peranan serta fungsinya semakin mencabar dalam arus kemajuan dan globalisasi. Boleh

dikatakan hampir setiap negara di seluruh dunia mempunyai muzium masing-masing. Di

sini jelas memperlihatkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh institusi

muzium. Di negara-negara barat, penubuhan sesebuah muzium dilihat sama pentingnya

dengan pusat-pusat pentadbiran, pendidikan dan keagamaan. Begitu juga dengan

Malaysia yang semakin berkembang dan meningkat jumlah penubuhan muziumnya.

Setiap muzium pula mempunyai objektif penubuhannya yang tersendiri dan dibina

dengan berpaksikan kekuatan koleksi yang amat tinggi nilai sejarahnya. Walau

bagaimanapun pendedahan, kesedaran dan kefahaman terhadap peranan institusi

muzium masih di peringkat yang mengecewakan. Lazimnya kefahaman dan kesedaran

terhadap peranan muzium terhad kepada tempat rekreasi dan lawatan ke entiti

berkenaan. Kertas kerja ini akan cuba menyorot sejauh mana pemahaman masyarakat

terhadap kewujudan dan peranan sesebuah muzium, falsafah yang cuba diketengahkan

dalam usaha mendidik masyarakat secara tidak formal dan hala tuju kerjasama yang

boleh dilaksanakan bersama di antara institusi muzium dan institusi pendidikan.

1

Pengenalan

Muzium merujuk kepada bangunan tempat menyimpan pelbagai khazanah warisan

sejarah dan budaya bangsa sesebuah negara. Secara etimologis, istilah muzium 1

berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘muoseion’ yang bermakna tempat suci yang

dapat menghiburkan para pengunjungnya. Ia merujuk kepada nama kuil sembilan Dewi

Muses, anak-anak Dewa Zeus yang melambangkan ilmu dan kesenian. Anak

perempuan Dewa Zeus ini diarahkan untuk menjaga hal-hal berkaitan kesenian,

sejarah, epik, lirik syair, tarian, astronomi dan keagamaan. Di tempat suci ini

dipamerkan hasil kerja seni rakyat yang mempunyai perkaitan langsung dengan

peristiwa lampau yang dianggap gemilang dan amat membanggakan.

Menurut International Council of Museums (ICOM) 2 , definisi muzium ialah ;

‘...is a non-profit making, permanent institution in the service of society and of its

development, and open to the public, which acquires, conserves, researches,

communicates and exhibits, for purposes of study, education and enjoyment, material

evidence of people and their environment ’.

Merujuk kepada istilah yang digunapakai oleh ICOM, asas penubuhan sesebuah

muzium itu adalah berfungsi sebagai tempat mengumpul bahan-bahan lama yang

mempunyai nilai sejarah, seni dan budaya, melakukan penyimpanan artifak,

memulihara (conserve), membuat penyelidikan, mempamer, mendokumentasi dan

mendidik masyarakat.

Latar Belakang Kewujudan Muzium

Kewujudan muzium yang awal biasanya ditubuhkan sebagai tempat untuk ahli-ahli

ilmuan dan ahli-ahli falsafah berkumpul serta bertukar-tukar pandangan. Segala bahanbahan

berkaitan sejarah, seni, budaya, astronomi dan keagamaan dikumpul untuk

dijadikan sebagai bukti kewujudan bahan kajian yang dilakukan. Sehubungan itu,

perpustakaan sering diwujudkan bersama dengan penubuhan sesebuah muzium. Ini

adalah untuk menempatkan segala penulisan-penulisan hasil kajian dan rekod-rekod

bahan sejarah tersebut.

Muzium Alexanderia, Mesir dipercayai merupakan muzium pertama yang ditubuhkan di

dunia iaitu sekitar kurun ke 3 SM oleh Ptolemy II. Ini berikutan penemuan dari inskripsi

yang ditulis oleh Tiberius Claudius Balbilus dari Rom sekitar tahun 56 SM. Terdapat

1 Lihat Abdullah bin Haji Jedi dalam Muzium Negara Malaysia : Sejarah Perkembangan 1958 – 1975, Latihan Ilmiah,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hal. 1

2 Lihat Timothy Ambrose and Crispin Paine dalam Museum Basics (Second Edition), Routledge Taylor & Francis

Group, London and New York, 2008, hal. 8

2

juga sumber yang menyatakan ia dibangunkan pada tahun 283 SM oleh Ptolomeus I

Soter).

Bagaimanapun, pada tahun 1925, seorang ahli arkeologi bernama Leonard Wolley

yang bertugas di Muzium Ashmolean, Oxford, England dikatakan telah menjumpai

penemuan yang luar biasa iaitu Muzium Ennigaldi yang didakwa muzium purba

pertama di dunia secara tidak sengaja semasa menjalankan kerja-kerja eksavasi

sebuah istana di Babylon. Muzium ini dipercayai dibina pada tahun 530 SM oleh Puteri

Ennigaldi, anak perempuan Raja Nabonidus iaitu raja terakhir Empayar Neo-Babylon.

Telah menjadi tradisi ketika itu, anak-anak perempuan raja Mesopotamia menjaga halhal

keagamaan dan ilmu pengetahuan. Pandangan ini dikemukakan oleh Wolley

berdasarkan penemuan label muzium terawal yang beliau temui pada kebuk silinder

yang diperbuat daripada tanah liat yang ditulis dalam bahasa yang berbeza iaitu bahasa

Sumeria purba dan bahasa Semitik yang lebih moden. Wolley di dalam bukunya

menyatakan;

"These," it said, "are copies from bricks found in the ruins of Ur, the work of Bur-Sin king

of Ur, which while searching for the ground-plan [of the temple] the Governor of Ur

found, and I saw and wrote out for the marvel of beholders.”

Menurut Wolley, penemuan artifak di Muzium Ennigaldi ini menunjukkan masyarakat

ketika itu juga telah mengkaji sejarah dan beribu-ribu pengalaman manusia yang telah

hidup dalam tempoh 2500 SM iaitu sejak dari zaman kerajaan Ur lagi. Penemuan label

terawal pada artifak purba seperti kebuk dan gendang daripada tanah liat yang ditemui

oleh beliau merupakan bukti kejatuhan Empayar Rom. Beliau berpendapat

kemungkinan label tersebut telah disediakan 100 tahun atau lebih awal daripada itu dan

disimpan, mungkin bersama-sama dengan tarikh tinggalan batu bata asal yang beliau

anggap sebagai rekod penggalian saintifik pertama di Ur. Wolley juga sangat kagum

dengan kehebatan bidang arkeologi di Ur dan beliau merasakan muzium ini yang paling

kuno tetapi telah mendahului muzium moden yang pertama kira-kira dua milenium.

Sejarah Perkembangan Muzium

Kini, institusi muzium semakin berkembang dengan pesat dan jumlah penubuhan

muzium juga semakin bertambah. Peningkatan jumlah ini mungkin disebabkan oleh

peningkatan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan fungsi muzium yang dilihat

semakin mencabar dalam meniti arus kemajuan dan globalisasi. Boleh dikatakan

hampir setiap negara di seluruh dunia mempunyai muzium masing-masing. Di sini jelas

memperlihatkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh institusi muzium di

dalam pentadbiran dan perkembangan sesebuah negara.

3

Di negara-negara barat, penubuhan sesebuah muzium dilihat sama pentingnya dengan

pusat-pusat pentadbiran, pendidikan dan keagamaan. Di dalam tempoh 30 tahun

kebelakangan ini, didapati kira-kira 600 buah muzium baru telah ditubuhkan di Amerika

Syarikat dan lebih kurang 1000 buah muzium baru termasuk yang telah lengkap

dinaiktaraf terdapat di United Kingdom 3 . Pada masa yang sama, terdapat beratus-ratus

lagi projek penubuhan muzium utama telah dicapai di seluruh negara Eropah dan di

Asia.

Pada asalnya, sesebuah muzium ditubuhkan untuk mengumpul koleksi-koleksi unik dan

berharga sebagai simbol kekayaan dan status sosial seseorang. Ia juga bertujuan untuk

memperlihatkan pengaruh dan kuasa seseorang. Antara golongan yang gemar

mengumpul koleksi-koleksi unik dan berharga ini adalah seperti golongan keluarga

istana, ahli-ahli gereja (terutama paderi) dan golongan bangsawan.

Kemudian muzium menjadi tumpuan para sarjana dan ahli akademik yang berkumpul

untuk bertukar-tukar fikiran dan mengkaji ilmu mengenai sejarah, falsafah, sastera, fizik,

matematik dan sebagainya. Misalnya di Muzium Alexanderia, Mesir yang ditubuhkan

pada kurun ke 3, di mana pemerintahnya berazam untuk membawa negaranya menuju

ke peradaban yang tinggi sehingga memerintahkan rakyatnya menyalin seluruh buku di

dunia untuk dijadikan koleksi sehingga kota Alexanderia disebut sebagai kota

intelektual. Buku-buku turut dipinjam daripada pedagang-pedagang yang singgah di

pelabuhan Alexanderia dan ditulis kembali di atas gulungan kertas papirus untuk

disimpan. Antara koleksinya yang terkenal adalah di dalam bidang seni dan sastera

seperti Aratos dan Sophocles, buku-buku falsafah Plato dan Aristoteles, Hecataeus dan

Herodotus untuk bidang sejarah, Archimedes dan Hypatia dalam bidang fizik, Medicine

Corpus of Hippocrates dan Herophilus dalam bidang perubatan (anatomi) serta yang

paling berharga adalah salinan Undang-undang Roma Purba yang ditulis 700 tahun

sebelum kelahiran Nabi Isa.

Bagaimanapun, kebanyakan koleksi ini telah musnah akibat beberapa siri peperangan.

Pertama, menurut dokumen berjudul Kronik Perang Alexandria karya Titus Livius,

pemerintah Roma, Julius Caesar memerintahkan untuk membakar gedung itu dalam

perang melawan Ptolomeus. Kebakaran itu menyebabkan hampir seluruh penduduk

membantu memadamkan api. Ini menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada

koleksi kepunyaan mereka sehingga sanggup membahayakan nyawa. Kedua,

penyerangan yang dilakukan oleh bangsa Aurelian sekitar abad 3 SM dan ketiga,

rusuhan yang terjadi akibat jatuhnya Theophilus.

Pada abad ke 15, istilah ‘museum’ muncul kembali di Eropah tetapi tidak merujuk

kepada sebuah bangunan. Ketika itu, bidang kesenian dan sains sangat terkenal di

3 Lihat Gail Dexter Lord and Barry Lord dalam The Manual of Museum Planning (Second Edition), United States of

America, 2003, hal. 6.

4

Florence, Itali sehingga ia menjadi pusat intelektual yang terkenal. Perkataan ‘museum’

dirujuk untuk menghuraikan dan menggambarkan koleksi milik Lorenzo de Medici

seorang ahli sains terkenal di Itali.

Menjelang abad ke 17, istilah ‘museum’ di Eropah digunakan untuk menggambarkan

koleksi yang boleh membangkitkan atau mengundang perasaan ingin tahu. Ia bermula

dengan koleksi peribadi yang dikumpul oleh Ole Worm di Copenhagen, Denmark.

Beliau yang lahir pada 1588 di Aathus, Denmark telah banyak mengumpul koleksi alam

semula jadi dan objek-objek kebudayaan. Akhirnya, peninggalan koleksi beliau telah

diserahkan kepada National Museum of Denmark 4 yang dibina pada 1819 dan ia

menjadi asas kepada penubuhan muzium tersebut.

Pada tahun 1683, Muzium Ashmolean ditubuhkan di Oxford, England dan merupakan

muzium pertama yang dibuka kepada orang ramai. Asas penubuhan muzium tersebut

berdasarkan koleksi botani yang dikumpulkan oleh John Tradescants. Beliau telah

mengembara ke seluruh Eropah, Rusia dan Kepulauan Mediterranean untuk

mengumpulkan pelbagai spesis tumbuhan. Beliau mempunyai kebun tanaman yang

besar di Lambeth (kini London Bourough) sehingga diberi gelaran Tukang Kebun Diraja

oleh pemerintah Charles yang pertama pada tahun 1629. Ketika itu, koleksi tumbuhan

beliau telah dirujuk sebagai ‘museum’. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun

1638, segala koleksi diwariskan kepada anaknya, Elias Ashmole iaitu seorang ahli

botani. Pada tahun 1656, beliau telah menerbitkan katalog koleksi tumbuhan yang

bertajuk ‘Musaeum Tradescantianum’. Pada tahun 1675, koleksi milik Elias Ashmole

dipindahkan ke Universiti Oxford. Pada tahun 1683, sebuah bangunan telah dibina bagi

menampung simpanan koleksi tersebut dan dikenali sebagai Museum Ashmole.

Perkembangan Muzium di Malaysia

Pada awal abad ke 20, muzium dikenali sebagai ‘sekolah gambar’ oleh penduduk

Tanah Melayu. Institusi permuziuman di Malaysia bermula dengan penubuhan Muzium

Perak di Taiping pada tahun 1883. Idea penubuhannya dicetuskan oleh Residen British

Perak ketika itu iaitu Sir Hugh Low yang mengarahkan Leornard Wray Junior 5 , seorang

Pegawai Penguatkuasa dalam Organisasi Pentadbiran Taman Bukit Larut untuk

mengumpulkan segala bahan berkaitan sejarah, sosio-ekonomi, etnologi, geologi,

botani dan zoologi. Pada ketika itu, pihak Inggeris merasakan perlunya sebuah pusat

untuk mengkaji budaya dan adat resam setempat. Tujuan mereka adalah untuk

memahami cara hidup masyarakat tempatan bagi memudahkan mereka mentadbir

4 LIhat Andrew Jones dalam Prehistoric Europe; Theory and Practice, John Wiley and Sons, United Kingdom, 2008,

hal. 4

5 Lihat B.A.V Peacock di dalam A Report On Museum In Malaya 1954, Federation of Malaya, Kuala Lumpur, 1955,

hal. 17.

5

jajahannya. Selain itu, muzium turut dijadikan sebagai pusat rekreasi dan tempat

pertemuan sosial komuniti penjajah. Ia juga merupakan salah satu instrumen

propaganda pihak Inggeris untuk memperlihatkan sumbangan penjajah kepada

masyarakat yang dijajah.

Pada tahun 1888, Muzium Sarawak ditubuhkan di Kuching oleh Raja Sarawak kedua,

Sir Charles Brooke. Kemudian, pada tahun 1907, Muzium Selangor pula ditubuhkan.

Bagaimanapun, bangunannya hampir musnah akibat terkena ledakan bom yang

digugurkan oleh kapal terbang B29 tentera Bersekutu pada 10 Mac 1945 iaitu di akhir

Perang Dunia Kedua. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Muzium Negara dibina

di atas tapak yang sama dan dirasmikan penubuhannya pada 31 Ogos 1963.

Sorotan daripada itu, penubuhan muzium di negara ini semakin berkembang pesat

hingga ke hari ini. Setiap muzium mempunyai objektif penubuhannya yang tersendiri

dan dibina dengan berpaksikan kekuatan koleksi yang amat tinggi nilai sejarahnya.

Berdasarkan statistik terkini oleh Jabatan Muzium Malaysia, kini negara kita mempunyai

sebanyak 189 buah muzium di seluruh negara termasuk muzium-muzium di bawah

kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi

kerajaan, pihak swasta dan institusi-institusi pendidikan 6 .

Kewujudan muzium merupakan salah satu usaha ke arah mengekalkan khazanah

warisan sejarah dan budaya bangsa kita. Koleksi-koleksi yang bernilai ini merupakan

bukti sesuatu peristiwa atau sejarah lampau yang telah berlaku di negara kita. Muzium

memainkan peranan yang sangat penting sebagai pusat rujukan dan penyelidikan.

Pelbagai kajian dan penulisan di dokumentasikan bagi tujuan menyebarkan ilmu

pengetahuan kepada masyarakat agar mengenali dan mengetahui jati diri bangsa.

Muzium merupakan medium yang terbaik untuk menyebarkan maklumat kepada

masyarakat melalui program-program pendidikan yang diadakan seperti seminar,

bengkel, pameran dan forum. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memainkan peranan di

dalam membangkitkan rasa perpaduan di kalangan masyarakat dengan melibatkan diri

mereka melalui program-program yang diaturkan oleh muzium. Misalnya melalui

program seperti Bermalam di Muzium yang melibatkan generasi muda, Pameran

Sempena Tahun Baru Cina dan Pesta Cahaya (Deepavali). Muzium bukan sahaja

mampu mendidik masyarakat untuk mengenali dan menghayati budaya masing-masing,

malah bertujuan untuk memahami budaya kaum-kaum lain dengan tujuan

persefahaman dan perpaduan.

Kini, fungsi muzium semakin berkembang selaras dengan kehendak masyarakat yang

semakin kompleks. Ia juga banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara

terutama kepada sektor pelancongan. Manakala, aktiviti-aktiviti yang dijalankan

6 Sumber daripada Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur, 2012.

6

merupakan salah satu tanggungjawab sosial muzium terhadap masyarakat dan negara.

Muzium juga adalah duta untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Kemajuan ini

merupakan simbol kejayaan dan ketamadunan sesebuah masyarakat.

Namun, sejauh mana kita menyedari akan kepentingan muzium terhadap masyarakat

Lihat sahaja dengan kecanggihan teknologi yang mampu menyediakan maklumat

kepada kita hanya dengan di hujung jari sahaja. Kemunculan internet yang dikatakan

tidak mempunyai sempadan ini membolehkan masyarakat mudah mendapat pelbagai

maklumat yang dikehendaki. Justeru itu, muzium juga harus berjalan seiring dengan

kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan dengan kehendak masyarakat. Kini, pelbagai

maklumat disediakan melalui jaringan internet seperti laman web, facebook dan

sebagainya. Ini bagi memudahkan masyarakat membuat carian maklumat yang lebih

cepat.

Kesimpulan

Sejarah telah membuktikan bahawa muzium merupakan tempat terbaik para ilmuwan

dan sejarawan berkumpul untuk bertukar-tukar pendapat. Ia mempunyai perkaitan rapat

dengan institusi pendidikan. Kedua-dua entiti ini sebenarnya saling berkaitan dan

melengkapi antara satu sama lain di mana institusi pendidikan memerlukan muzium

menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Manakala muzium memerlukan institusi pendidikan sebagai medium untuk mendidik

dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutama generasi muda mengenai

sejarah, seni, budaya dan warisan bangsa. Muzium tidak seharusnya dilihat sebagai

destinasi lawatan hanya apabila tiba musim cuti persekolahan sahaja tetapi ia harus

digunakan sebaik-baiknya oleh masyarakat di dalam menimba ilmu pengetahuan.

Pembelajaran di dalam kelas adalah bersifat teori dan abstrak di mana ia memerlukan

kepada daya pemikiran imaginatif berbanding kaedah pembelajaran di muzium yang

memberikan kesempatan kepada pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan dan

menimba pengalaman serta mengalami keadaan sebenar. Muzium juga mampu

memberikan gambaran yang konkrit dan kerana itu muzium dapat menjadi media

pendidikan yang efektif. Ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk lebih

memahami dan menghayati sejarah negara sendiri dengan lebih berkesan dan

mendedahkan diri kepada suasana penyelidikan persejarahan.

Penglibatan institusi pendidikan di dalam program-program anjuran muzium merupakan

satu perubahan yang baik untuk memberikan kefahaman terhadap pelajar tentang

peristiwa masa lalu dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini akan membuka minda

pelajar-pelajar dan membentuk fakulti keintelektualan dalam diri mereka. Kaedah ini

akan membuat pelajar lebih sedar terhadap persekitaran sejarah. Ruang dan suasana

7

pembelajaran yang berbeza mampu menarik minat dan meningkatkan kefahaman

mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain itu, ia juga dapat membentuk nilai dan

sikap patriotik di kalangan pelajar-pelajar. Ini memberikan satu lagi dimensi dalam

pendidikan sejarah kepada pelajar-pelajar dan sebagai satu alternatif pembelajaran

yang berkesan dan menyeronokkan.

Rujukan

1. Abdullah bin Haji Jedi dalam Muzium Negara Malaysia : Sejarah Perkembangan

1958 – 1975, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Gail Dexter Lord and Barry Lord dalam The Manual of Museum Planning

(Second Edition), United States of America, 2003

3. Andrew Jones dalam Prehistoric Europe; Theory and Practice, John Wiley and

Sons, United Kingdom, 2008

4. B.A.V Peacock di dalam A Report On Museum In Malaya 1954, Federation of

Malaya, Kuala Lumpur, 1955

5. 90 Menit Bersama Machiavelli, oleh Paul Strathern, terjemahan oleh Penerbit

Erlangga, PT Gelora Aksara Pratama, Jakarta 2002

6. Ur Excavations Volume IX: The Neo-Babylonian and Persian Periods oleh

Leonard Woolley

7. Ur of the Chaldees: A Record of Seven Years of Excavation oleh Sir Leonard

Woolley

8. Nabonidus and Belshazzar: A Study of the Closing Events of the Neo-Babylonian

Empire oleh Raymond Phillip Daughtery

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!