09.02.2015 Views

KANDUNGAN - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

KANDUNGAN - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

KANDUNGAN - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Maklumat Am Pusat Asasi Pertahanan

Pusat Asasi Pertahanan

Pusat Asasi Pertahanan (PAP) berperanan utama sebagai pusat penyaluran (feeder) kepada pelbagai program

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pertahanan, Sains dan Teknologi Pertahanan, Pengurusan

Pertahanan dan Perubatan. Pelajar PAP juga diberi peluang mempelajari beberapa aspek ketenteraan bagi

memantapkan sahsiah mereka sebagai sumber tenaga yang berwibawa untuk mendukung pentadbiran negara.

PAP menawarkan 4 Program Asasi iaitu Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Pertahanan, Pengajian dan

Pengurusan Pertahanan dan Asasi Perubatan Pertahanan. Sistem 3 semester yang dijalankan merangkumi dua

semester lazim dan disusuli dengan satu semester pendek. Pelajar yang mengikuti program pengajian di UPNM

merupakan pelajar kadet tajaan Kementerian Pertahanan.

Objektif Pendidikan

Objektif pendidikan bagi Pusat Asasi Pertahanan adalah untuk menghasilkan pelajar UPNM yang:

• Mempunyai pengetahuan asas yang kuat berkaitan ilmu perubatan, ilmu sains hayat, kejuruteraan dan

program teknologi serta prinsip asas matematik untuk persiapan pembelajaran di peringkat yang lebih

tinggi.

• Menguasai kemampuan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan baik di tahap yang

membolehkan mereka menggunakannya dengan berkesan di dalam proses pengajian dan

pembelajaran.

• Mempunyai pengetahuan asas yang kuat berkaitan komputer serta memahami konsep pengaturcaraan

untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

• Mempunyai pengetahuan asas yang kukuh berkaitan ilmu perniagaan, sumber manusia dan ilmu

stategik.

• Mempunyai pengetahuan asas yang kukuh berkaitan pelayaran untuk mengawal kerosakan dan

kebakaran di atas kapal.

• Mempunyai keupayaan menangani dan mengimbangi keperluan akademik, ketenteraan dan

kepimpinan sebagai pelajar UPNM.

• Dapat menghayati kepentingan akademik di dalam aplikasi dan kerjaya ketenteraan dan bidang

pertahanan.

Kaedah Pembelajaran

Pengajaran dijalankan melalui kaedah kuliah, latihan amali dan tutorial dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

penyampai utama. Para pelajar digalakkan belajar secara berkumpulan dan mendampingi para pensyarah bagi

meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Penasihatan Akademik

Setiap pensyarah Pusat Asasi Pertahanan akan dilantik sebagai Penasihat Akademik (PA) kepada sekumpulan

pelajar Asasi. Tugas utama PA ialah membantu pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di

universiti yang mempunyai sistem semester yang intensif dan penilaian berterusan. Perjumpaan berkumpulan

dengan PA akan dibuat secara berkala dan setiap pelajar juga digalakkan berjumpa PA secara individu sekiranya

perlu.

Pelajar Kadet

Pengajian pelajar kadet dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan. Mereka yang lulus program

pengajian asasi dan memenuhi syarat-syarat am dan khusus universiti akan meneruskan pengajian diperingkat

sarjana muda. Apabila tamat pengajian (ketenteraan dan akademik) pelajar-pelajar yang terpilih akan

dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Tauliah Jangka Pendek sebagai pegawai berpangkat Kapten atau

setaraf dalam mana-mana satu daripada tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, iaitu Tentera Darat,

Tentera Laut, dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Panduan Akademik Pusat Asasi Pertahanan 16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!