BS(29.00)202/2-1(SK-2)JD.6(25) KERAJAAN MALAYSIA ...
BS(29.00)202/2-1(SK-2)JD.6(25) KERAJAAN MALAYSIA ...
BS(29.00)202/2-1(SK-2)JD.6(25) KERAJAAN MALAYSIA ...
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
BS(29.00)202/2-1(SK-2)JD.6(25)

KERAJAAN MALAYSIA

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2008

Semua Pegawai Pengawal

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Ketua Badan Berkanun

PENURUNAN KUASA PERBENDAHARAAN KEPADA

PEGAWAI PENGAWAL BAGI MELULUSKAN PERJALANAN ATAS

TUGAS RASMI KE LUAR NEGARA

TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pegawai Pengawal

meluluskan perbelanjaan yang melibatkan perjalanan tugas rasmi ke luar

negara.

LATAR BELAKANG

2. Selaras dengan konsep Let Managers Manage dalam pelaksanaan Sistem

Belanjawan Diubahsuai (MBS), Perbendaharaan telah memberi kuasa kepada

Pegawai Pengawal melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2002 untuk

menimbang dan meluluskan perbelanjaan yang melibatkan perjalanan tugas

rasmi ke luar negara tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

3. Bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan,

Perbendaharaan telah mengkaji dan mengemaskinikan peraturan sedia ada di

bawah Pekeliling tersebut supaya urusan perjalanan tugas rasmi ke luar negara

dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

PERATURAN BARU

4. Pegawai Pengawal adalah dengan ini dibenarkan meluluskan

perbelanjaan bagi perjalanan tugas rasmi pegawai ke luar negara serta

membuat agihan peruntukan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian

masing-masing berdasarkan keperluan.

5. Peruntukan akan disediakan di bawah Program One-off dan jumlahnya

akan ditetapkan semasa pemeriksaan belanjawan tahunan Kementerian.
6. Pindah peruntukan daripada aktiviti lain yang mempunyai penjimatan

kepada aktiviti lawatan ke luar negara adalah tidak dibenarkan.

7. Pegawai Pengawal bertanggungjawab untuk mengawal dan memantau

peruntukan perjalanan tugas rasmi ke luar negara termasuk peruntukan yang

diagihkan kepada jabatan dan agensi untuk memastikan perbelanjaan yang

dibuat tidak melebihi jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

8. Perjalanan ke luar negara yang berkaitan dengan sesuatu urusan

perolehan atau kontrak yang telah ditandatangani oleh agensi hendaklah

dirujuk kepada Bahagian Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia untuk

kelulusan.

PEMATUHAN PERATURAN

9. Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan semua syarat dan peraturan

kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya. Kegagalan mematuhi

syarat dan peraturan yang berkuatkuasa boleh mengakibatkan pegawai yang

bertanggungjawab dikenakan tindakan tatatertib atau surcaj.

TARIKH KUAT KUASA

10. Pekeliling ini adalah berkuat kuasa dari tarikh ianya dikeluarkan.

PEMBATALAN

11. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 3 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’’

Saya yang menurut perintah,

( DATO’ SRI DR. WAN ABDUL AZIZ WAN ABDULLAH )

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia

30 Januari 2008

2
s.k:

Ketua Setiausaha Negara

Ketua Audit Negara Malaysia

Akauntan Negara Malaysia

3