16.02.2015 Views

SISTEM INVENTORI E-PARTS - Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM INVENTORI E-PARTS - Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM INVENTORI E-PARTS - Universiti Teknologi Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: SISTEM INVENTORI E-PARTS (E-PARTS INVENTORY SYSTEM)

SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006

Saya

SIEW VEE MING

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

26A, JALAN PANDAN INDAH 4/30 TUAN HAJI MOHD TAIB WAHID

PANDAN INDAH

Nama Penyelia

55100 KUALA LUMPUR

Tarikh : 26 NOVEMBER 2005 Tarikh : 26 NOVEMBER 2005

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau

disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda.

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Komputer.”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : Tuan Haji Mohd Taib Wahid

Tarikh : 26 November 2005

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama : Siew Vee Ming

Tarikh : 26 November 2005

i

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Taib Bin Wahid selaku

penyelia PSM saya. Tidak lupa juga, masa yang telah diluangkan untuk berbincang

berkenaan projek yang dijalankan sambil memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan laporan

ini.

Penghargaan terima kasih juga turut ditujukan kepada Pengurus Unit S’Can

Support, Encik Baharuddin Jalaluddin dan Penolongnya, Encik Araman Lingga yang

memberi kebenaran untuk menjalankan kajian projek di pejabat mereka. Tidak lupa juga

kakitangan – kakitangan yang juga terlibat dalam memberikan sumbangan mereka.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada keluarga yang tersayang dan

rakan – rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan serta kepada semua

pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini. Terima

kasih ke atas segala bantuan dan idea mereka. Segala jasa baik dan budi akan tetap dalam

ingatan.

ii

ABSTRAK

Sistem inventori E-parts untuk Unit S’Can Support, Telekom Malaysia

merupakan satu sistem untuk mempertingkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah

penyelewengan bekalan alat-alat ganti komputer di stor pusat. Methodologi yang telah

digunakan ialah methodologi Air Terjun. E-parts dibangunkan dengan menggunakan

bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL untuk membina pangkalan data. Sistem E-parts

dibangunkan berasaskan teknologi web dan boleh dicapai dengan mudahnya. Sistem E-

parts menyediakan penyimpanan data serta status alat-alat ganti, data penggunapenggunanya

dan penjanaan laporan. Diharap sistem ini dapat memberkati mereka yang

lain di masa depan.

iii

ABSTRACT

The E-parts inventory system for S’can Support Unit of Telekom Malaysia has

been designed in line to increase work productivity and at the same time to decrease the

risk of abuse of computer spare parts in the central store. Water Fall Methodology has

been deployed for the development stages. E-parts system was developed using PHP

programming language and MySQL for database design. E-parts system was developed

based on web technology and can be access easily. E-parts system provides data storage

and status for spare parts, user’s data and report generation. Hopefully this will benefit

the others in days to come.

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ABSTRAK

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iv

viii

ix

x

BAB 1 PENGENALAN 1-6

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Objektif Projek 3

1.5 Skop Projek 4

1.6 Justifikasi Dan Kepentingan Projek 5

1.7 Ringkasan 6

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 7-22

2.1 Pendahuluan 7

2.2 Latarbelakang S’Can Support 7

2.2.1 Carta Organisasi S’Can Support 8

2.3 Perlaksanaan Sistem Inventori Semasa 9

2.4 Ciri-ciri E-Parts 11

v

2.4.1 Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional

Dan E-Parts 11

2.4.2 Keperluan Sistem E-Parts 12

2.4.3 Model E-Parts 12

2.5 Pendekatan Kepada Aplikasi Internet 14

2.5.1 Pengenalan Kepada Internet 14

2.5.2 World Wide Web (WWW) 15

2.5.3 Hypertext Transfer Protocol (HTTP) 16

2.5.4 Hypertext Markup Language (HTML) 16

2.6 Pelayan – Pengguna 17

2.6.1 Konsep Pelayan – Pelanggan 18

2.7 Pemerhatian Sistem 19

2.8 Ringkasan 21

BAB 3 METHODOLOGI 23-37

3.1 Pendahuluan 23

3.2 Kajian Ke Atas Methodologi 24

3.2.1 Fasa-fasa Dalam Pendekatan Prototaip

Evolusi 24

3.3 Kajian Terhadap Methodologi Sistem 27

3.4 Analisa Keperluan Sistem 28

3.4.1 Justifikasi Perkakasan 29

3.4.1.1 Spesifikasi Perkakasan 30

3.4.2 Spesifikasi Perisian 31

3.4.2.1 Justifikasi Perisian 32

3.5 Perancangan Kerja 34

3.6 Ringkasan 37

BAB 4 REKEBENTUK SISTEM 38-44

4.1 Pengenalan 38

4.2 Kajian Sistem Semasa 39

vi

4.3 Pengumpulan Maklumat 39

4.4 Rekabentuk Sistem 40

4.4.1 Rekabentuk Rajah Konteks 41

4.4.2 Rekabentuk Aliran Data 41

4.5 Rekabentuk Pengkalan Data 41

4.6 Spesifikasi Input dan Output 42

4.6.1 Spesifikasi Input 43

4.6.2 Spesifikasi Output 44

4.7 Rekabentuk Antaramuka Sistem 45

4.8 Ringkasan 46

BAB 5 PERLAKSAAN DAN HASIL 47-66

5.1 Pendahuluan 47

5.2 Konfigurasi Pangkalan Data Sistem 48

5.3 Pembangunan Antaramuka Sistem 49

5.4 Pembangunan Modul 50

5.4.1 Modul Login 50

5.4.2 Modul Senarai Vendor 52

5.4.3 Modul Supplier 53

5.4.4 Modul Products 54

5.4.5 Modul Search 56

5.4.6 Modul Pengemaskinian Pengguna 57

5.5 Penulisan Dan Pengkodan Aturcara 59

5.6 Pengintegrasian Sistem 59

5.7 Pengujian Sistem 60

5.7.1 Pengujian Positif 60

5.7.2 Pengujian Negatif 62

5.7.3 Pengujian Dinamik 63

5.7.4 Pengujian Unit 64

5.8 Manual Pengguna 65

5.9 Ringkasan 65

vii

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 67-72

6.1 Pengenalan 65

6.2 Kelebihan Sistem 67

6.3 Kelemahan Sistem 69

6.4 Perbincangan 70

6.4.1 Kekangan 70

6.4.2 Cadangan Pembaikan Sistem 71

6.5 Rumus Hasil Projek 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN 74 - 117

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Keperluan minimum untuk perkakasan 29

3.2 Spesifikasi Perisian 31

4.1 Rekabentuk Pangkalan Data Sistem 42

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Senibina Pelayan - Pelanggan 19

2.2 Contoh Antaramuka Sistem Inventori 20

2.3 Contoh Antaramuka Sistem Inventori 21

5.1 Skrin Login 51

5.2 Skrin Paparan Menu Utama 52

5.3 Skrin Senarai Vendor 53

5.4 Skrin Supplier 54

5.5 Skrin Products 55

5.6 Skrin Stocks Balance 56

5.7 Skrin Search 57

5.8 Skrin Penyelenggaraan Pengguna Biasa 58

5.9 Skrin Penyelenggaraan Pengguna Dengan Kuasa 58

Pentadbir

5.10 Skrin Login 61

5.11 Skrin Paparan Menu Utama 62

5.12 Skrin Tambah Data Pembekal Baru 64

5.13 Kemasukan Data Yang Tidak Lengkap 65

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

Carta Gantt

Carta Organisasi S’Can Support

Contoh Borang Permohonan Alat Ganti Sedia Ada

Fasa-fasa Pembangunan Dalam Methodologi Prototaip

Carta Aliran Semasa

Soalan Temubual

Rekabentuk Rajah Konteks

RekaBentuk Rajah Aliran Data Dan Aras-arasnya

Rekabentuk Rajah Kes Guna

Rekabentuk Rajah Jujukan Dan

Rajah Guna Keseluruhan

Senarai Alatganti Yang Akan Dimasukkan Ke Dalam Sistem

Pangkalan Data

Manual Pengguna

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam era teknologi maklumat, perkhidmatan komputer semakin maju. Ia telah

menjadi satu alat yang penting dalam kehidupan seharian kita. Di samping itu, kerajaan

juga tidak ketinggaan di dalam memperkenalkan pelbagai usaha untuk memajukan

industri berasaskan komputer yang dinamakan Information Communication Technology

(ICT). Justeru itu, penggunaan komputer dalam bidang inventori boleh dikatakan bukan

satu perkara yang baru dalam era terkini.

Teknologi Internet secara tidak langsung dapat memperkembangkan lagi sistem

Inventori yang sedia ada. Sistem Inventori berasaskan ‘web’ merupakan salah satu

aplikasi internet yang samakin pesat dibangunkan untuk memudahkan pengguna untuk

memesan barang dari mana-mana lokasi.

2

Sistem E-parts untuk Unit S’Can Support, Telekom Malaysia telah dibangunkan

khususnya sebagai satu cara untuk mempertingkatkan produktiviti petugas disamping

mengurangkan masalah penyelewengan bekalan alat-alat ganti komputer di stor pusat.

Dengan adanya sistem cadangan ini, ia akan dapat membantu penyelia-penyelia dan

petugas-petugas dalam kerja penyelenggaraan peralatan komputer milik syarikat di

seluruh Malaysia.

1.2 Latarbelakang Masalah

Sistem kawalan inventori yang diamalkan pada masa kini sentiasa menyebabkan

kekeliruan. Ia menyumbangkan masalah besar lebih-lebih lagi apabila kakitangan stor

bercuti. Ini adalah kerana Petugas Gantian kadang-kala terlupa untuk megemaskini fail

inventori peralatan stor.

Selain dari itu, ia juga didapati agak sukar untuk menentukan corak permintaan

alat ganti. Statistik kekerapan peralatan peralatan juga sukar diketahui dan dikira.

Faktor penyelewengan peralatan juga kerap berlaku. Semasa proses pengauditan

stor, Penolong Pengurus mendapati angka di dalam fail inventori sentiasa berbeza dengan

jumlah fizikal alat ganti tersebut. Ketidaksamaan angka ini menyebabkan kesukaran

unuk mengawal stor tersebut jika diaudit oleh Jabatan Audit Dalam.

Bagi Petugas yang ingin meminta alat ganti, mereka terpaksa menelefon

Juruteknik yang bertugas di dalam stor tersebut bagi mengetahui status alat ganti yang

diminta. Proses ini diapati agak sukar, sebab ia memakan masa.

3

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat beberapa isu yang timbul semasa aktiviti pembangunan sistem E-Parts.

Persoalan yang utama ialah, “Dapatkah sistem ini membantu menyelesaikan masalah

sistem semasa ?”. Selain daripada itu, juga terdapat beberapa persoalan yang lain iaitu :

i. Adakah sistem inventori yang sedia ada dapat ditukarkan kepada sistem

inventori yang berasaskan komputer yang mempunyai teknologi web ?

ii. Adakah dengan adanya sistem cadangan ini dapat mengatasi masalah

perbezaan angka dalam fail dan angka fizikal ?

iii. Adakah permantauan status alatganti dapat dikenalpasti dengan lebih jitu ?

iv. Adakah sistem ini dapat menyenangkan sesiapa yang mengganti kakitangan

stor jika mereka mengambil cuti ?

1.4 Objektif Projek

Tujuan utama sistem E-Parts ini dibangunkan adalah untuk membolehkan proses

inventori dapat berjalan dengan lancar. Antara objektif-objektif ini ialah :

4

i. Sistem dapat memastikan bekalan semua alat ganti di stor sentiasa ada

sebelum kehabisan.

ii. Sistem dapat memudahkan status alat ganti komputer dicapai di manamana

jua melalui kemudahan web.

iii. Jumlah baki alat ganti yang betul dan tepat dari masa ke semasa dapat

direkod dengan betul tanpa merujuk kepada fail inventori.

Diharap dengan objektif yang dinyatakan bagi sistem yang dibangunkan, akan

dapat mengatasi masalah yang wujud dalam sistem semasa.

1.5 Skop Projek

Di antara skop yang telah digariskan dalam pembangunan sistem ini adalah

seperti berikut :

i. Telah menghasilkan satu prototaip sistem E-Parts bagi Petugas S’Can

Support.

5

ii.

Sistem ini boleh digunakan oleh Petugas, Juruteknik Stor, Penolong

Pengurus dan Pengurus untuk melihat status alat ganti stor pada bila-bila

masa.

1.6 Justifikasi Dan Kepentingan Projek

Sistem E-parts ini telah dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada Petugas,

Juruteknik Stor dan juga Penolong Pengurus dalam proses inventori. Namun begitu, ia

bukanlah untuk menggantikan sistem inventori secara tadisional sepenuhnya. Dengan

adanya sistem ini, serba sedikit ia akan membantu meningkatkan kadar pencapaian alat

ganti oleh para petugas.

Pembangunan sistem E-parts yang sebegini dapat dilihat sebagai satu keperluan

dalam era yang berteknologi dan masa yang akan datang. Dengan adanya sistem E-Parts,

keperluan alat ganti komputer dapat dipenuhi.

6

1.7 Ringkasan

Sistem E-parts yang telah dibangunkan adalah merupakan salah satu alat bantu

dalam proses inventori. Kajian dan analisa masalah telah dilakukan untuk mengenalpasti

masalah yang wujud dalam sistem semasa. Dengan melakukan aktiviti penganalisaan,

objektif sistem dapat dibangunkan dan skop masalah juga telah ditentukan agar kerja

pembangunan dapat berjalan lancar. Methodologi prototaip telah digunakan untuk

membangunkan sistem kerana ia amat bersesuaian dengan pembangunan yang singkat

disamping melibatkan kos yang kurang.

7

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian literatur merupakan satu kaedah bagi membincangkan secara terperinci

mengenai topik-topik utama yang berkaitan dengan kajian dan membolehkan projek

dirancang dan dilaksanakan. Melalui kajian literatur, objektif, skop dan masalah sistem

semasa dapat dikenalpasti. Untuk mendapat gambaran umum tentang projek, maklumat

diperolehi menerusi temubual dan analisa dokumen yang berkaitan serta pengumpulan

dokumen yang berkaitan.

2.2 Latar Belakang S’Can Support

S’Can Support merupakan bahagian penyelenggaraan peralatan kmputer di dalam

persekitaran syarikat. Bahagian ini mengendali satu stor simpanan peralatan gantian

8

komputer yang agak lengkap. Peralatan-peralatan yang disimpan dalam stor merangkumi

semua peralatan gantian komputer dari Bateri CMOS ke cakera keras dan sebagainya.

Selain, dari itu, peralatan untuk menguji prestasi sistem rangkaian komputer seperti

‘Fluke’ juga disimpan dalam stor pusat bagi tujuan memudah kerja-kerja petugas dalam

menangani masalah di lokasi pengguna.

Pada masa sekarang, seorang Penolong Pengurus ICTS dibantu oleh seorang

juruteknik ditugaskan bagi menjaga stor tersebut. Segala permintaan dari petugas untuk

peralatan gantian komputer perlu diluluskan oleh Penolong Pengurus dari Unit Petugas

tersebut terlebih dahulu.

Kemudian, petugas akan membawa borang yang telah diluluskan untuk

diserahkan kepada Juruteknik Stor dan alat ganti yang telah diminta akan diserahkan.

Juruteknik akan mengemaskini rekod alatganti yang terkini dalam fail sebelum

menghantar borang kelulusan kepada Penolong Pengurus untuk difailkan. Alat yang

telah digantikan akan dipindah kos kepada Unit Perlanggan. Rajah carta alir kerja S’Can

Support boleh dirujuk dalam Lampiran E.

2.2.1 Carta Organisasi S’Can Support

Carta organisasi pengurusan S’Can Support boleh di rujuk di Lampiran B.

9

Visi S’Can Support

Visi S’Can Support ialah “Do The Best For Our Customer”. Ianya bermaksud

supaya segala kerja-kerja penyelenggaraan haruslah dijalankan mengikut masa yang

paling singkat.

Misi S’Can Support

Di antara misi-misi yang telah digariskan oleh S’Can Support ialah :

i. Memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja-kerja penyelenggaraan

peralatan komputer

ii. Melakukan semua kerja-kerja penyelenggaraan komputer di dalam tempoh

masa yang ditetapkan

2.3 Perlaksanaan Sistem Inventori Semasa

Sebelum memulakan pembangunan sistem, satu kajian telah dijalankan untuk

mengetahui cara-cara perlaksanaan sistem inventori semasa. Daripada kajian yang

dibuat, didapati tahap perlaksaan inventori tidak berasaskan komputer.

10

Perlaksanaan inventori ini bermula apabila petugas mendapati ada doket kerja

yang memerlukan alat ganti komputer. Petugas kemudian akan memohon alat ganti dan

borang akan ditandatangi oleh Penolong Pengurus sebelum ia diserahkan kepada

Juruteknik Stor.

Juruteknik ini kemudian akan mencari alat ganti di dalam stor kawalannya dan

belum tentu ianya wujud. Jika alat ganti tidak wujud, petugas akan menunggu bekalan

baru ataupun mengembalikan komputer yang rosak kepada pelanggan dengan

mengatakan bahawa belakan alat ganti tidak ada dalam stor.

Pelanggan mungkin terpaksa membeli sendiri melalui wang panjar runcit (petty

cash) unit berkenaan. Ataupun mereka akan menggunakan perkhidmatan vendor luar.

Polisi syarikat juga kadang-kala menyusahkan kerja-kerja pengesanan semula alat

ganti. Alat ganti yang ditempah juga memakan masa lebih kurang dua bulan untuk

sampai.

11

2.4 Ciri-ciri E-Parts

Secara umumnya, ‘E-Parts’ atau Sistem Inventori berkomputer adalah satu

perisian sistem yang menggunakan bil bahan, perjalanan, inventori, arahan kerja, pesanan

jualan, pesanan pembelian, pesanan pemindahan dan maklumat lain untuk mengira

kerperluan bahan mentah. Juga lebih dikenali sebagai ‘Material Resource Planning”,

“Manufacturing Resource Planning Software”, “Materials Management Software”,

“Material Requirements Planning Software”, dan “Manufacturing Requirements

Planning Software”

2.4.1 Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional Dan E-Parts

Di dalam sebarang bentuk kawalan inventori, kejayaannya banyak bergantung

kepada usaha kakitangan stor dan pihak pengurusan. Bagaimana pun, untuk tujuan

perbandingan, diberikan perbezaan di antara kawalan inventori tradisional dan ‘E-Parts’.

Di dalam sistem kawalan inventori tradisional, dedikasi, kecekapan dan kejujuran

pekerja amat diharapkan bagi menentukan tidak ada sebarang penyelewengan berlaku.

Juga, ianya menyukarkan kerja-kerja pengauditan sekiranya berlaku sebarang ketidak

tepatan dalam angka inventori dan angka fizikal.

Di dalam sistem inventori berkomputer seperti E-Parts, kita dapat kesan sekiranya

ada penyelewengan berlaku akan dapat dikesan secara terus. Kerja-kerja pengauditan

12

juga dapat dilakukan dengan mudah. Jejak audit juga adalah sentiasa tepat. Faktor lain

termasuk kemudahan untuk sesiapa mencari dan mengetahui status bekalan dalam stor.

2.4.2 Keperluan Sistem E-Parts

E-Parts membolehkan petugas-petugas untuk memastikan bekalan alat ganti

sentiasa ada sebelum berjumpa dengan pelanggan. Di samping itu, mereka juga boleh

menentukan kelancaran untuk memperolehi alat ganti jika juruteknik stor bercuti.

2.4.3 Model E-Parts

Beberapa model dicadangkan untuk perlaksanaan “E-Parts” di S’Can Support.

Model yang dicadangkan terdiri daripada:

i. QMS Project Materials Management System

Dibina oleh QA Software Private Limited. QMS ialah sistem yang dibina untuk

pengurusan kuantiti besar bahan mentah seperti paip dan perkakasan, insulasi, peralatan

dan perkakasan elektrik dan juga penstrukturan besi di sumber utama projek.

13

ii. Savitr MRP

Merupakan satu pakej lengkap MRP untuk industri kecil dan sederhana. Sistem

MRP ini berupaya untuk menampung pengilangan diskrit dan yang berterusan dalam

industri pengilangan. Savitr MRP dibangunkan oleh Savitr Software Services Private

Limited.

iii. Supply Chain Planning – SCP

SCP (Supply Chain Planning) dibangunkan oleh Jada Management Systems. Ia

memberikan kemudahan kepada pengurus bahan dan perancang bahan untuk mengawal

inventori. SCP juga boleh mempunyai keupayaan untuk menjejak inventori mengikut

fasa masa.

iv. Macola ES Material Requirements Planning

Dibangunkan oleh Exact Software. Pakej Macola ES Material Requirements

Planning merupakan pakej perisian komputer yang sesuai untuk satu tapak perkilangan

dengan beberapa operasi gudang. Sistem canggih ini berupaya untuk mengawal kilang

dan operasi gudang secara serentak.

E-parts berasaskan sistem QMS Project Materials Management System. Ia

mempunyai kriteria yang agak sama dan melibatkan bahan-bahan mentah dalam satu

persekitaran tertutup dalam projek.

14

2.5 Pendekatan Kepada Aplikasi Internet

Terdapat beberapa pendekatan aplikasi internet yang telah digunakan iaitu seperti

Internet, World Wide Web (WWW), Hypertext Transfer Protocol (HTTP) dan Hyper text

Markup Language (HTML) yang akan diterangkan dalam segmen 2.5.2., 2.5.3 dan 2.6.4.

2.5.1 Pengenalan Kepada Internet

Dunia kini semakin berkembang dengan pelbagai teknologi-teknologi

diperkenalkan. Selaras dengan perkembangan teknologi ini maka wujudnya aplikasi

internet yang menjadi salah satu aplikasi interaksi yang paling penting kini di serata

dunia. Dengan adanya internet, komunikasi dapat berlaku walaupun berada di tempat

yang berlainan dan berjarak jauh.

Internet adalah sekumpulan komputer atau pelayan yang saling berhubung di

antara satu sama lain malalui pelbagai media contohnya seperti kabel, satelit, tanpa wayar

dan sebagainya.

Penggunaan internet bukan sahaja sekadar untuk berinteraksi malahan untuk

mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Internet boleh dihubungkan dari satu

tempat ke satu tempat melalui protokol yang dinamakan TCP/IP (Transfer Control

Protocol / Internet Protocol). TCP/IP adalah bahasa yang difahami oleh semua jenis

15

komputer yang dihubungkan ke internet dan tanpa protokol ini komputer tidak boleh

berkompunikasi dengan komputer lain di internet.

2.5.2 World Wide Web (WWW)

World Wide Web terdiri daripada komputer pelayan yang berada di seluruh dunia

dan ia mengandungi maklumat dalam bentuk teks dan format multimedia. Maklumatmaklumat

yang terkandung pada palayan yang berhubung ke internet umumnya

dipersembahkan melalui media WWW dalam format HTML (Hypertext Markup

Language). Format ini akan membenarkan teks ditukar kepada bentuk format yang lebih

menarik apabila diterjemah oleh pelayar Web Netscape Navigator, Microsoft Internet

Explorer dan Opera.

Pelayar web menggunakan pendekatan hypertext untuk melayari internet.

Hypertext adalah merupakan teknologi yang membolehkan teks dihubungkan antara satu

sama lain. Dengan Hypertext ini dokumen boleh dihubungkan dengan dokumen yang

lain. Selain dari itu, WWW juga menyediakan Antaramuka Pengguna Bergrafik (GUI)

supaya imej, bunyi dan video dapat dipaparkan pada skrin pengguna. Kesemua bahanbahan

ini dihantar kepada pengguna melalui internet.

16

2.5.3 Hypertext Transfer Protocol (HTTP)

HTTP adalah protokol yang digunakan oleh WWW. Protokol ini adalah penting

dalam aplikasi web. Ia digunakan untuk mendefinisikan bagaimana pesanan diformat

dan dipindahkan serta tindakbalas yang seharusnya diambil oleh pelayan web dan pelayar

ke atas pelbagai arahan. Ia dikenali sebagai model Pelayan Pelanggan Bekerja.

HTTP menakrifkan bagaimana pelayan dan pelanggan berkomunikasi. Ia

merupakan protokol berorientasikan objek untukmenghantar maklumat antara pelayan

dan pelanggan. HTTP berasaskan paradigma permintaan-maklumbalas. Langkah

pertama yang berlaku adalah pelanggan yang membuat sambungan kepada pelayar web

dan akan menghantar satu permintaan kedapa pelayan. Seterusnya pelayan akan

menghantar maklumbalas (dokumen HTML) kepada pelanggan. Akhirnya hubungan

akan ditutup oleh pelayan.

2.5.4 Hypertext Markup Language (HTML)

HTML merupakan bahasa penanda hyperteks dan ia bukannya bahasa

pengaturcaraan tetapi bahasa skrip yang menerangkan cara mangambil teks yang

tersimpan dalam komputer. HTML akan digunakan untuk memberi arahan kepada

pengimbas WWW seperti Microsoft Internet Explorer atau Netscape. Pengimbas akan

menterjemahkan arahan-arahan tersebut yang mengawal bagaimana maklumat akan

dipaparkan pada dokumen web. HTML merupakan satu aplikasi yang mudah tapi amat

berkuasa dan ianya merupakan bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan pada manamana

platform.

17

2.6 Pelayan - Pengguna

Pelanggan dan pelayan merupakan elemen yang penting dalam penggunaan talian

internet sebagai satu cara untuk berkomunikasi. Pelayan akan melayan permintaan yang

dibuat oleh pelanggan dalam talian. Maklumat yang diterima oleh pelayan akan diproses

dan kemudian dihantar semula kepada pelanggan.

Pelayan – pelanggan merupakan satu elemen yang penting dalam penggunaan

internet. Ia merupakan rangkaian yang mengintegrasikan dan mengagihkan data dan

pemprosesan pada pelbagai komputer. Pelayan mempunyai peranan untuk menyimpan

data-data dan aplikasi yang bertujuan untuk berkongsi data dan maklumat dengan

pengguna lain. Pelayan juga akan melakukan proses-proses panglakan data intensif.

Pelanggan pula adalah komputer yang menyediakan perkhidmatan dari segi

persembahan Antaramuka Pengguna Bergrafik, laporan dan sebagainya. Komputer

pelanggan akan menyimpan data mengikut kehendak pengguna dan melakukan interaksi

dengan pengguna.

18

2.6.1 Konsep Pelayan - Pelanggan

Apabila pelanggan inginkan maklumat-maklumat tertentu, komputer pelanggan

akan berhubung dengan komputer pelayan jarak jauh di mana maklumat yang

dikehendaki diperolehi. Biasanya komputer pelayan ditempatkan dalam Rangkaian

Kawalan Setempat (LAN). Apabila permintaan diterima, maklumat akan dipecahkan

kepada paket. Paket ini membawa maklumat alamat komputer dan paket ini akan

dihantar melalui kabel atau talian telefon.

Pelayan berfungsi untuk menyediakan sumber-sumber manakala pelanggan pula

akan menggunakan sumber-sumber yang terdapat pada komputer pelayan untuk tujuan

pemprosesan.

Dalam konteks pangkalan data pula, pelanggan akan bertindak sebagai stesen

kerja dan melaksanakan aplikasi pangkalan data. Pelanggan akan melaksanakan

permintaan daripada pengguna dan menghantar permintaan tersebut kepada pelayan.

Setelah pelayan menerima, ia akan memproses data untuk dihantarkan kepada pengguna

seperti dalam Rajah2.1.

19

Keputusan

Pelayan

Sumber Data

Pelanggan

Rajah 2.1: Senibina Pelayan – Pelanggan

2.7 Pemerhatian Sistem

Pemerhatian dilakukan ke atas sistem inventori yang telah wujud. Contoh-contoh

sistem tersebut adalah seperti dalam Rajah 2.2 dan Rajah 2.3.

20

Rajah 2.2: Contoh Antaramuka Sistem Inventori

Dalam Rajah 2.2, antaramuka menunjukkan bahawa pengguna sistem perlu

membuat pendaftaran iaitu ‘login’ dahulu sebelum memasuki sistem. Petugas yang ingin

mendaftar dikehendaki memberikan nombor kakitangan pengguna (Staff Number) dan

kata laluan (password). Penolong Pengurus akan mewujudkan id Petugas terlebih dahulu.

Jika nombor kakitangan pengguna atau kata laluan yang dimasukkan tidak tepat, maka

sistem tidak dapat dimasuki.

21

Rajah 2.3 : Contoh Antaramuka Sistem Inventori

Sistem seperti Rajah 2.3 membenarkan pengguna mencari alat ganti yang

dikehendaki.

2.8 Ringkasan

Bab 2 membincangkan tentang kajian literatur berkenaan dengan teknologi –

teknologi yang berkaitan dengan pembangunan sistem dan model-model yang digunakan

dalam membangunkan sistem inventori. Kajian ini perlu dilakukan kerana sistem yang

22

akan dibangunkan akan berasaskan persekitaran web dan ia menggunakan model –model

dan teknologi yang telah dibincangkan.

23

BAB 3

METHODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Dalam membangunkan Sistem Inventori ini, satu perancangan kerja yang teratur

diperlukan. Perancangan kerja yang telah dibuat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan

garis panduan untuk membangunkan projek dengan lebih sistematik dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam perancangan kerja ini merangkumi

pemilihan methodologi dan teknik yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem.

Selain dari itu, justifikasi methodologi, kaedah dan teknik yang telah dipilih perlu

dinyatakan. Dalam perancangan kerja ini, keperluan perkakasan dan perisian yang

diperlukan dalam pembangunan sistem juga perlu dinyatakan.

24

3.2 Kajian Ke Atas Methodologi

Methodologi projek yang telah dipilih dalam pembangunan sistem inventori E-

Parts ialah pendekatan Prototaip Evolusi. Pendekatan prototaip adalah proses yang

bermatlamat untuk membangunkan satu sistem percubaan dengan cepat serta mudah dan

akan dinilai oleh pengguna akhir. Ia merupakan lanjutan kepada methodologi air terjun.

Methodologi air terjun mempunyai masalah kerana tidak ada pengulangan fasa. Oleh itu,

untuk mengatasi methodologi prototaip telah diperkenalkan.

Methodologi ini akan melibatkan langkah-langkah pengulangan. Dengan ini,

sistem akan dapat diperbaiki dan bertambah baik dari masa ke semasa. Methodologi

Prototaip telah digunakan dalam pembangunan sistem inventori E-Parts ini kerana ianya

amat sesuai bagi organisasi yang ingin membangunkan sistem yang kecil dan mudah

digunakan. Fasa-fasa dalam pembangunan methodologi Prototaip Evolusi boleh dirujuk

dalam Lampiran D.

3.2.1 Fasa-fasa Dalam Pendekatan Prototaip Evolusi

Terdapat lima fasa utama dalam pembangunan sistem dengan menggunakan

Prototaip Evolusi iaitu :

25

i. Fasa Perancangan

Dalam fasa ini, kajian dilakukan untuk mengetahui bahawa methodologi

Prototaip Evolusi ini sesuai digunakan terhadap sistem yang ingin dibangunkan.

Daripada kajian yang telah dilakukan, didapati methodologi Prototaip Evolusi ini amat

sesuai digunakan untuk sistem inventori E-Parts. Untuk mengetahui keadaan semasa

sistem inventori di S’Can Support, satu temubual telah diadakan dengan Pengurus Unit

iaitu En Baharuddin Jalaluddin dan En Araman Lingga yang selaku orang yang

bertanggungjawab tentang stor pusat di pejabat. Maklumat lain juga telah diperolehi

daripada carta organisasi terkini. Soalan temubual boleh dirujuk pada Lampiran F.

ii. Fasa Analisa

Fasa ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang

spefisifikasi sistem yang akan dibangunkan. Dengan ini, analisa telah dibuat berdasarkan

maklumat yang didapati daripada hasil temubual dalam fasa perancangan. Daripada

kajian yang telah dilakukan pada fasa perancangan, didapati beberapa masalah yang

timbul daripada sistem semasa seperti ketidaksamaan angka rekod dengan angka fizikal

alat ganti, status alat ganti terkini dan sebagainya, sistem inventori berkomputer ini

dibangunkan dengan tujuan dapat mengatasi masalah kelemahan sistem yang sedia ada.

Selain itu, perkakasan dan perisian yang akan digunakan dalam proses pembangunan

sistem cadangan juga dianalisa. Ini bertujuan untuk memastikan pilihan yang dibuat

sesuai dengan sistem yang hendak dibangunkan.

26

iii. Fasa Rekabentuk

Berdasarkan hasil yang diperolehi daripada fasa analisa, rekabentuk

prototaip yang merangkumi rekabentuk modul sistem, antaramuka dan pangkalan data

telah dihasilkan. Dalam fasa rekabentuk ini, antara perisian yang akan digunakan ialah

Dreamweaver, MySQL, PHP,Apache HTTP Server, Microsoft Office, dan Microsoft

Internet Explorer. Peralatan yang akan digunakan pula adalah komputer ‘Pentium IV’,

Monitor, pencetak, tetikus dan papan kekunci.

iv. Fasa Penbangunan

Proses pembangunan prototaip telah dilakukan apabila fasa rekabentuk

siap dihasilkan. Apabila sistem telah siap dibangunkan, ia ditunjukkan kepada organisasi

yang terlibat iaitu S’Can Support untuk memastikan spesifikasi sistem dapat dipenuhi.

Pemasangan perisian dan perkakasan telah dilakukan untuk tujuan ini. Proses

pembangunan prototaip ini dilakukan dengan proses pengkodan dengan menggunakan

perisian ‘Personal Home Page (PHP)’.

v. Fasa Pengujian

Dalam fasa ini, penilaian telah dilakukan ke atas sistem yang

dibangunkan. Sistem yang telah dibangunkan ini telah ditunjukkan kepada organisasi

iaitu pihak S’Can Support. Proses pengujian prototaip telah dilakukan bersama mereka

untuk menilai sejauh mana pihak pengurusan berpuas hati. Jika pihak pengurusan

27

berpuas hati dengan sistem dan jika pihak pengurusan tidak berpuas hati, maka prototaip

akan diubah mengikut cadangan yang diberikan.

3.3 Kajian Terhadap Methodologi Sistem

Berikut merupakan beberapa sebab Prototaip Evolusi dipilih dalam pembangunan

Sistem E-Parts :

i

E-Parts merupakan satu sistem yang kecil.

ii. E-Parts memerlukan pembaharuan yang berterusan dan pengubahsuaian yang

berterusan memandangkan prototaip dapat diubah dari masa ke semasa

dengan mudah untuk memenuhi keperluan organisasi.

iii. Pendekatan methodologi prototaip ini sesuai untuk E-Parts kerana ia tidak

memerlukan kos yang tinggi disamping dapat dibangunkan dalam masa yang

singkat.

28

iv. Kefahaman terhadap keperluan pengguna adalah tidak jelas. Pendekatan ini

dapat membantu dalam memahami keperluan pengguna di mana pengguna

terlibat sepanjang tempoh pembangunan.

Dengan ini, didapati penggunaan methodologi protoatip adalah amat sesuai

dengan sistem yang hendak dibangunkan.

3.4 Analisa Keperluan Sistem

Keperluan perkakasan dan perisian telah dikaji terlebih dahulu sebelum ia dipilih

untuk dilaksanakan dalam penbanguna E-Parts. Ini adalah untuk memastikan bahawa

perisian dan perkakasan yang digunakan adalah bersesuaian dengan sistem yang bakal

dibangunkan. Jenis – jenis perkakasan dan perisian yang telah digunakan diterangkan

dalam seksyen 3.4.1 dan seksyen 3.4.2.

29

3.4.1 Justifikasi Perkakasan

Antara perkakasan yang akan digunakan dalam proses membangunkan E-Parts

adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah :

Jadual 3.1 : Keperluan minimum untuk perkakasan

Perkakasan

Unit Pemprosesan Pusat

Kapasiti Memori (RAM)

Kapasiti Cakera Keras

Spesifikasi

Pentium IV / 3.0 GHz

256 Mb

40 Gb

Monitor 1024 X 768

Tetikus

Microsoft

Pencetak HP LaserJet 1600

Perkakasan seperti di dalam jadual 3.1 telah digunakan sepanjang proses

pembangunan sistem.

30

3.4.1.1 Spesifikasi Perkakasan

Beberapa justifikasi perkakasan yang dipilih dalam pembangunan sistem ini

adalah :

i. Unit Pemprosesan Pusat – Unit pemprosesan pusat yang digunakan ialah

‘Pentium IV’. Unit pemprosesan pusat yang diperlukan agak tinggi supaya

proses pembangunan sistem E-Parts dapat dilakukan dengan lancar serta lebih

cepat.

ii. Kapasiti Memori – Kapasiti memori minima ialah 256 Mb. Ini adalah kerana

sistem pengoperasian sistem terkini seperti ‘Microsoft XP Professional’

memerlukan memori yang tinggi bagi menjamin kesempurnaan sistem. Juga,

banyak data daripada inventori akan dimuatkan kedalam sistem. Oleh itu,

semakin tinggi kapasiti memori, data - data dapat dimuatkan dengan lebih

cepat.

iii. Kapasiti Cakera Keras – Kapasiti paling minima cakera keras yang diperlukan

ialah 40 Gb. Jumlah ini diperlukan untuk menyimpan data-data yang

berkaitan.

31

Perkakasan – perkakasan ini amat penting dalam menjayakan pembangunan

sistem dan ia telah digunakan sepanjang sistem dibangunkan.

3.4.2 Spesifikasi Perisian

Beberapa spesifikasi perisian yang akan digunakan adalah seperti dipaparkan

dalam Jadual 3.2 di bawah :

Jadual 3.2 : Spesifikasi Perisian

Kategori

Nama Perisian

Perisian Teknologi Personal Home Page (PHP) 4.4.0

Apache HTTP Server 2.0.54

My SQL 4.1.1.3a

phpMyAdmin 2.6.3-pl1

Macromedia Dreamweaver MX 2004

Microsoft Internet Explorer 6.0

Perisian Aplikasi Microsoft Office 2003

Microsoft Project 2003

My SQL 4.1.1.3a

32

Perisian yang disenaraikan di atas telah digunakan dalam proses membuat

dokumentasi dan merekabentuk sistem cadangan.

3.4.2.1 Justifikasi Perisian

Justifikasi perisian yang telah digunakan dalam pembangunan sistem adalah

seperti di bawah :

i. Perisian Teknologi

a) Personal Home Page (PHP) 4.4.0 – perisian ini digunakan kerana ia

mampu berinteraksi dengan pengkalan data dengan mudah. Ia juga boleh

digunakan dalam fail HTML sendiri. Sintak yang dimasukkan akan

diproses secara keseluruhan pada pelayan dan dipaparkan hasilnya pada

pelayar web. Pangkalan data yang menyokong PHP ialah MySQL.

b) Apache HTTP Server 2.0.54 – Perisian web server perlu dalam segala

pembangunansistem yang menggunakan bahasa PHP. Pemilihan perisian

ini dibuat berdasarkan keberkesanan ia memproses skrip PHP.

33

c) MySQL – Perisian pengkalan data ini dipilih dalam pembangunansistem

ini kerana ia adalah pengkalan data yang menyokong penggunaan bahasa

PHP. Perisian bantuan phpMyAdmin 2.6.3-pl1 digunakan untuk tujuan

pengubahsuaian dan penyelenggaraan pangkalan data.

d) Macromedia Dreamweaver MX 2004 – perisian ini sesuai digunakan

dalam pembangunan projek kerana ia ramah pengguna serta mudah

digunakan. Perisian ini mampu menghasilkan antaramuka pengguna

bergrafik web disamping menyokong penggunaan PHP.

e) Microsoft Internet Explorer – Juga dikenali sebagai web browser.

Berkemampuan untuk berhubung dengan browser lain apabila

disambungkan kepada internet. Perisian ini dapat dipersembahkan dengan

menggunakan halaman web seperti HTML yang mengandungi Uniform

Resource Location (URL) yang merupakan alamat bagi sesuatu sumber

internet.

34

ii. Perisian Aplikasi

a) Microsoft Office 2003 – Perisian – perisian yang terdapat dalam Microsoft

Office 2003 seperti Microsoft Word adalah sesuai digunakan dalam proses

dokumentasi dan rekabentuk E-Parts. Microsoft Word juga digunakan

untuk menghasilkan laporan dan dokumen yang penting.

b) Microsoft Project 2003 – digunakan untuk membuat perancangan kerja

supaya aktiviti – aktiviti pembangunan sistem dapat dijalankan dengan

lancar.

Perisian – perisian seperti di atas telah digunakan sepanjang proses

membangunkan sistem cadangan.

3.5 Perancangan Kerja

Perancangan kerja dalam pembangunan sistem adalah penting untuk memastikan

aktiviti pembangunan dapat dijalankan dengan lancar dalam masa yang telah ditetapkan.

35

Peringkat pertama dalam perancangan kerja memokuskan kepada analisa masalah

semasa, menentukan skop dan objektif sistem, membuat kajian literatur serta

perancangan kerja. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dalam peringkat pertama

ialah :

i. Mengemukakan cadangan tajuk – Cadangan tajuk telah dibuat berdasarkan

perbincangan dengan penyelia.

ii. Membuat pemilihan organisasi – Pemilihan organisasi telah dibuat dan

seterusnya mendapatkan persetujuan organisasi berkenaan.

iii. Mendapatkan maklumat daripada organisasi yang dikaji melalui temubual.

iv. Mengkaji dan menganalisa maklumat yang telah diperolehi – Segala

maklumat yang telah diperolehi dikaji dan dianalisa untuk mengetahui

dengan lebih mendalam.

v. Memilih methodologi yang sesuai untuk digunakan dan teknik rekabentuk

yang sesuai dalam pembangunan sistem. Methodologi yang telah dipilih

ialah methodologi prototaip.

vi. Menyediakan laporan awal projek satu – Laporan awal projek satu telah

disediakan berdasarkan kajian yang telah dilakukan.

36

vii. Menyediakan bahan pembentangan projek satu.

Dalam peringkat kedua pula melibatkan proses merekabentuk sistem,

pembangunan sistem, perlaksanaan dan pengujian ke atas sistem yang telah dilakukan.

Aktiviti - aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perlaksanaan ditunjukkan dalam

Carta Gantt pada Lampiran A.

37

3.6 Ringkasan

Kesimpulannya, dalam bab ini, perancangan kerja adalah penting untuk

menentukan pemilihan methodologi dan teknik / kaedah yang telah digunakan dan

bersesuaian dengan sistem. Methodologi yang telah dipilih dalam membangunkan sistem

E-Parts ini ialah Methodologi Evolusi. Bab yang seterusnya akan menerangkan tentang

rekabentuk sistem yang telah terlibat sepanjang pembangunan sistem.

38

BAB 4

REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan

Dalam bab empat ini, rekabentuk E-Parts telah dibangunkan berdasarkan kepada

maklumat yang diperolehi daripada kajian dan hasil analisa yang telah dibuat.

Rekabentuk ini merangkumi rekabentuk sistem semasa dan rekabantuk sistem cadangan.

39

4.2 Kajian Sistem Semasa

Daripada kajian yang telah dilakukan, didapati cara kawalan inventori di S’Can

Support masih lagi secara tadisional. Banyak proses secara tangan masih dipraktikkan.

4.3 Pengumpulan Maklumat

Terdapat beberapa cara dalam kaedah pengumpulan maklumat ini iaitu keadah

temubual, lawatan ke stor pusat dan pembacaan buku-buku rujukan. Kaedah ini amat

berguna untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

i. Kaedah Temubual

Sebelum sistem ini dibangunkan, satu sesi temubual telah diadakan

dengan Pengurus Unit dan Penolongnya di S’Can Support. Temubual merupakan

satu temujanji yang dirancang antara penulis dengan organisasi untuk

mendapatkan maklumat. Kaedah temubual adalah salah satu teknik pengumpulan

maklumat yang penting dalam fasa analisa sistem. Hasil daripada temubual ini,

40

berbagai maklumat telah diperolehi seperti menentukan skop, matlamat, objektif

projek dan kelemahan dalam sistem semasa.

Antara soalan – soalan yang telah ditemubual dangan pihak yang terlibat

dalam pembangunan sistem ini dinyatakan dalam Lampiran F.

ii. Pembacaan

Kaedah pembacaan juga telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat

mengenai sistem yang hendak dibangunkan. Bahan – bahan bacaan yang dijadikan

rujukan ialah buku – buku Sistem Inventori.

4.4 Rekabentuk Sistem

Dalam merekabentuk sistem yang telah dicadangkan ini, permodelan UML dan

Microsoft Visio digunakan. Ia mengandungi elemen grafik yang boleh digabungkan

untuk menjadi Rajah Konteks, Rajah Aliran Data dan Rajah Kelas dapat dihasilkan.

41

4.4.1 Rekabentuk Rajah Konteks

Rajah Konteks menerangkan tentang sistem, persekitaran dan juga hubungan di

antara pengguna dan sistem. Ia boleh dirujuk menerusi Lampiran G.

4.4.2 Rekabentuk Aliran Data

Rajah Aliran Data menerangkan aliran data di dalam sistem. Selain dari itu, ia

juga dipecahkan mengikut tahap. Ia boleh dirujuk menerusi Lampiran H.

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data

Sistem Pangkalan Data dalam sistem ini adalah berkaitan dengan pelbagai aktiviti

menyimpan dan menguruskan data yang berkaitan dengan organisasi. Pangkalan data ini

berkaitan dengan fail yang disimpan di dalam pangkalan data sistem. Jadual 4.1

menerangkan tentang pangkalan data yang terdapat dalam sistem.

42

Jadual 4.1 : Rekabentuk Pengkalan Data Sistem

Nama Pengkalan Data

Pangkalan Data Admin

Pangkalan Data Pengguna

Pangkalan Data Alat Ganti

Pangkalan Data Transaksi

Keterangan

Mengandungi id_admin, nama, nama

pengguna, kata laluan

Mengandungi id_petugas, nama

id_penyelia, kata laluan

Mengandungi id_alat, nama alat, bil_asal,

bil_baki

Mengandungi no_transaksi, id_petugas,

id_alat, tarikh, butiran, id_penyelia, status

Daripada jadual 4.1 di atas, dapat diketahui pangkalan –pangkalan data yang

terdapat dalam sistem dan data-data yang telah disimpan dalam pangkalan data tersebut.

4.6 Spesifikasi Input dan Output

Rekebentuk awalan merupakan rekabentuk logikal sistem yang menekankan

kepada hubungan antara komponen-komponen dan fungsi logikal setiap komponen.

Rekabentuk awalan merangkumi input, proses dan output.

43

Input adalah penting untuk membolehkan pengguna memasuki sistem dan sistem

berjalan. Daripada input yang dimasukkan oleh pengguna seterusnya akan terhasilnya

output yang akan dipaparkan oleh sesuatu sistem.

4.6.1 Spesifikasi Input

Sesuatu sistem yang telah dibina seharusnya mengandungi input pengguna. Input

pengguna ini amat penting untuk pengguna memasuki sistem. Untuk sistem E-Parts,

input pengguna adalah seperti berikut :

i. Memasukkan nombor kakitangan dan katalaluan – Pengguna memasukkan

nama dan kata laluan

ii. Klik bar menu – Pengguna akan membuat pilihan menu yang dikehendaki.

iii. Memilih alat ganti – Pengguna mencari alat ganti yang dikehendaki dan

seterusnya mencetak permintaannya kepada Penyelia.

44

iv. Keluar sistem – Pengguna akan memekan butang ‘Exit’ untuk keluar dari

sistem.

Spesifikasi input seperti di atas adalah berkenaan dengan data yang dimasukkan

oleh pengguna.

4.6.2 Spesifikasi Output

Setiap sistem yang dibangunkan mengandungi output - output yang dihasilkan

oleh sistem. Spesifikasi output bagi sistem E-Parts adalah :

i. Paparan Menu mengikut pilihan butang yang dipilih – Paparan menu

mengikut pilihan pengguna

ii. Paparan alat ganti serta statusnya – Status terkini bilangan alat ganti dalam

stor.

iii. Sejarah permintaan pengguna – Satu jejak audit untuk mengetahui status

permohonan pengguna tersebut.

45

iv. Menghantar E-mail kepada pihak penerima – Mengeluarkan E-mail secara

automatik kepada mana-mana pihak yang perlu memberi notis.

Spesifikasi output seperti di atas adalah berkenaan dengan hasil yang telah

diperolehi daripada hasil yang telah diproses oleh sistem.

4.7 Rekabentuk Antaramuka Sistem

Antaramuka sistem merupakan penghubung di antara pengguna dengan sistem.

Antaramuka yang dihasilkan mestilah mesra pengguna dan mudah difahami bagi

memudahkan pengguna menggunakannya. Rekabentuk yang pratik perlu supaya Petugas

dapat mencari alat ganti dengan mudah sekali.

46

4.8 Ringkasan

Secara kesimpulannya, rekabentuk awalan projek bertujuan untuk memberi

gambaran yang menyeluruh tentang rekabentuk sistem yang ingin dibangunkan dan juga

sistem semasa.

47

BAB 5

PELAKSANAAN DAN HASIL

5.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan tahap kritikal dalam pembangunan sistem inventori E-parts.

Ia merangkumi proses pemasangan perisian seperti yang telah dicadangkan dalam bab

3.4.2. Pemecahan sistem ke dalam modul-modul yang akan dibangunkan secara

berasingan. Di samping itu, pengujian hendaklah dilakukan dengan teliti bagi

memastikan tidak ada masalah ‘input’ dan ‘output’ di antara modul-modul.

Bagi modul-modul yang kerap digunakan seperti penambahan, pengemaskinian

dan paparan data, ianya dibangunkan mengikut modul dan diuji secara berperingkat.

Modul-modul ini kemudiannya diubah suai penggunaannya di antara pengguna biasa dan

pentadbir sistem. Ini adalah kerana terdapat perbezaan tahap akses di antara mereka bagi

menjamin keselamatan sistem.

48

5.2 Konfigurasi Pangkalan Data Sistem

Pemasangan perkakasan dan perisian merupakan proses pertama yang dilakukan

semasa pembangunan sistem. Ia merupakan proses yang penting supaya sistem dapat

dibangunkan dengan baik dan berkesan. Pemasangan yang perlu dilakukan untuk

pembangunan sistem ini ialah pemasangan perisian MySQL 4.1.13a , Apache 2.0.54 dan

phpMyAdmin 2.6.3.pl1. Perisian phpMyAdmin 2.6.3.pl1 banyak membantu dalam

pemeriksaan dan penyelanggaraan pangkalan data dalam proses pembangunan.

Pangkalan Data Sistem E-Parts telah dibangunkan berdasarkan konsep ‘SQL’.

Konsep ini menjaminkan keselamatan data semasa dalam sistem transaksi secara

‘online’. Di samping itu, ia juga boleh menyokong penggunaan secara masa nyata.

Namun begitu, kita harus berhati-hati dalam memastikan siapa yang boleh menyunting

data tersebut supaya ianya selamat dan sahih.

Perisian pelayan yang telah dipilih untuk tujuan ini ialah MySQL. Ia merupakan

perisian pangkalan data ‘open source’ yang paling laris di dunia pada masa kini. Di

samping itu, ia juga mudah untuk dipindahkan dari satu mesin ke mesin lain. Ini

termasuk kerja-kerja ‘backup’ dan ‘restore’.

Setiap entiti ini boleh dibezakan diantara satu dengan yang lain kerana ianya unik

dan mempunyai pengenalan identiti (ID). Dalam MySQL 4.1.13a, entiti ini akan diwakili

dengan jadual-jadual (table). Sifat-sifat bagi sesuatu entiti dinamakan atribut. Dalam

MySQL 4.1.13a, atribut akan diwakili sebagai medan-medan dalam sesuatu jadual

tersebut. Pengenalan identiti (ID) unik akan digunakan sebagai kekunci utama (primary

key) yang bertujuan untuk membezakan sesuatu entiti dengan entiti yang lain.

49

Kebiasaannya dalam sesuatu sistem yang ingin dibangunkan, wujud hubungan di

antara sesuatu entiti dengan entiti yang lain. Hubungan ini berperanan menjadi penggerak

bagi melaksanakan fungsi sistem. MySQL 4.1.13a mewakilkan perhubungan tersebut

sebagai Relationships. Relationships penting untuk menggambarkan perkaitan serta

kebergantungan antara entiti dalam sistem selain kepentingannya dalam mengawal

pengulangan data daripada berlaku. MySQL 4.1.13a membenarkan Relationships ini

dibina melalui kaedah tarik dan letak (drag and drop) jadual-jadual yang ada dalam

sistem dengan bantuan phpMyAdmin 2.6.3.pl1. Relationships yang telah dibina mestilah

disimpan (save) supaya ianya boleh memainkan peranannya. Untuk maklumat terperinci

tentang struktur pangkalan data sistem E-Parts, sila rujuk kepada Lampiran L .

5.3 Pembangunan Antaramuka Sistem

Antaramuka di dalam aplikasi sistem terdiri daripada halaman-halaman yang telah

dimodelkan sebagai Borang (Form). Form akan menjadi antaramuka bagi pengguna

menghantar data ke pangkalan data yang berada dalam MySQL 4.1.13a. Kesemua

antaramuka telah dibangunkan dengan bantuan perisian Macromedia Dreamweaver MX

2004.

Dalam form, atribut bagi entiti dalam sistem dijadikan ruangan input. Ruangan

input ini haruslah bersesuaian dengan medan atribut yang ada dalam pangkalan data.

Contohnya, bagi atribut dalam pangkalan data yang berjenis tarikh (date), ruangan input

dalam form haruslah disetkan sebagai berjenis tarikh (date) pada properties ruangan input

tersebut. Hal sedemikian penting untuk mengelakkan kesalahan input yang dimasukkan

oleh pengguna sistem.

50

Pelayan web yang telah digunakan untuk menyokong PHP 4.4.0 ialah Apache

HTTP Server 2.0.54. Sistem perisian ini merupakan perisian yang paling popular di

dunia pada masa kini. Ia dapat menyokong pengoperasian sistem seperti Microsoft dan

Unix.

Kesemua teknologi perisian pelanggan-pelayan (Client-Server) yang telah

digunakankan adalah berdasarkan konsep platfom bebas.

Dalam sistem inventori ini, penggunanya hanyalah terdiri daripada kakitangan

S’Can Support. Sila rujuk Lampiran M untuk panduan menggunakan Sistem E-Parts.

5.4 Pembangunan Modul

Sistem E-Parts terbahagi kepada enam modul yang merangkumi keseluruhan

aplikasi dan fungsi sistem. Setiap modul saling bergantungan antara satu sama lain.

Antara modul-modul yang terdapat pada sistem E-Parts ialah :

5.4.1 Modul Login

Ia merupakan modul pertama di mana status pengguna diperiksa dengan teliti.

Pengguna perlu untuk mengisikan nombor kakitangan dan kata laluan. Jika kata laluan

dan nombor kakitangan wujud dalam pangkalan data sistem, maka mereka boleh

memasuki sistem. Status mereka dibahagi kepada dua iaitu sebagai pentadbir atau

51

pengguna biasa. Pentadbir mempunyai kuasa untuk memasukan data alatganti baru dan

pengguna. Mereka juga diamanahkan untuk membatalkan apa-apa transaksi yang tidak

diluluskan. Contoh skrin login boleh diperolehi dalam Rajah 5.1 di bawah. Contoh skrin

menu utama adalah seperti dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.1 : Skrin Login

52

Rajah 5.2 : Skrin paparan Menu Utama

5.4.2 Modul Senarai Vendor

Modul ini merupakan senarai nama Vendor yang membekalkan alat-alat ganti

tersebut. Pengguna dengan kuasa pentadbir boleh menambah, menyunting dan

membuang nama pembekal. Manakala pengguna biasa tidak boleh mencapai skrin ini

bagi tujuan keselamatan. Contoh skrin ada seperti pada Rajah 5.3 di bawah.

53

Rajah 5.3 : Skrin Senarai Vendor

5.4.3 Modul Supplier

Modul Supplier merupakan modul senarai pembekal dengan alamat lengkap.

Seperti biasa, Cuma pengguna dengan kuasa pentadbir sahaja yang boleh mencapai

modul ini. Mereka boleh menyunting, menambah dan membuang pembekal yang tidak

digunakan lagi. Contoh skrin adalah pada Rajah 5.4 di bawah.

54

Rajah 5.4 : Skrin Supplier

5.4.4 Modul Products

Modul Products merupakan modul yang paling penting dalam sistem. Segala

transaksi dirakamkan melalui modul ini. Dari modul ini jugalah bilangan baki alat-alat

ganti ditentukan. Terdapat kemudahan untuk mengekspot data dari laman web kepada

fail Microsoft Excel untuk tujuan pengauditan.

Pengguna biasa dan pengguna dengan kuasa pentadbir dapat mencapai modul ini.

Pengguna biasa hanya dapat menambah data apabila mereka meminta alat ganti baru.

Pengguna dengan kuasa pentadbir dapat kemudahan untuk menyunting, menambah serta

55

membuang mana-mana rekod yang tidak berkenaan. Contoh skrin adalah seperti Rajah

5.5 di bawah.

Modul ini juga digunakan untuk memaparkan baki alat-alat ganti. Sila rujuk

Rajah 5.6 di bawah.

Rajah 5.5 : Skrin Products

56

Rajah 5.6 : Skrin Stocks Balance

5.4.5 Modul Search

Modul ini merupakan modul carian data mengikut jenis alat ganti. Pengguna juga

boleh mencari dan menyusun semula data pada skrin mengikut No Alat, Nama Alat dan

Matlumat Alat Ganti.

Contoh skrin adalah seperti Rajah 5.7 di bawah.

57

Rajah 5.7 : Skrin Search

5.4.6 Modul Pengemaskinian Pengguna

Modul ini merupakan modul di mana penyelenggaraan pengguna sistem

dilakukan. Terdapat dua skrin yang berlainan telah dibangunkan. Mereka terdiri daripada

skrin pengguna biasa (Rajah 5.8) dan skrin pengguna dengan kuasa pentadbir (Rajah 5.9).

58

Rajah 5.8 : Skrin Penyelenggaraan Pengguna Biasa

Rajah 5.9 : Skrin Penyelenggaraan Pengguna dengan kuasa pentadbir

59

5.5 Penulisan dan Pengkodan Aturcara

Penulisan dan pengkodan aturcara dilakukan secara berperingkat. Pengujian

sentiasa dilakukan supaya ianya tidak lari dari spesifikasi yang telah ditetapkan terlebih

dahulu.

Bagi memudahkan pengkodan, pengaturcaraan dibina tanpa menulis semula

modul-modul yang kerap digunakan. Ianya dikodkan secara dinamik. Segala keperluan

modul diistiharkan dalam bentuk modul PHP. Kemudian bahasa XML digunakan untuk

memanggil modul-modul untuk berfungsi.

Cara pengkodan ini memudahkan sebarang perubahan pada sisem untuk

memenuhi kehendak masa depan. Di samping itu, ia juga memudah penyelenggaraan

sistem dan memudahkan proses penyerahan kepada pengurus seksyen S’Can Support.

5.6 Pengintegrasian Sistem

Pengintegrasian modul-modul tadi dipanggil oleh menu utama seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 5.2 di atas.

60

5.7 Pengujian Sistem

Pengujian bermula pada permulaan proses pembangunan sistem dijalankan.

Perancangan untuk menjalankan pengujian ini dibuat pada peringkat fasa analisis dan

rekabentuk sistem. Maka dengan berpandukan kepada perancangan tersebut, pengujian

dijalankan di peringkat pembangunan ini. Pengujian awalan terbahagi kepada dua iaitu

pengujian positif dan pengujian negatif.

5.7.1 Pengujian Positif

Pengujian positif dilakukan terhadap sistem dengan memasukkan data yang sah

pada skrin kemasukkan dan kemaskini data. Pengujian ini bertujuan untuk memastikan

sistem berupaya menerima data yang sah. Selain itu, sistem juga diuji untuk melihat

kemampuan sistem dalam menyediakan format masukkan atau kemaskini data

berpandukan kepada format yang betul. Contoh proses yang berlaku dalam skrin login

pengguna (Rajah 5.10).

61

Rajah 5.10 : Skrin Login

Maklumat yang dimasukkan akan dibandingkan dengan data-data yang terdapat di

dalam pangkalan data. Jika maklumat tersebut betul maka sistem akan memaparkan

skrin paparan menu utama seperti Rajah 5.11.

62

Rajah 5.11 : Skrin paparan Menu Utama

5.7.2 Pengujian Negatif

Pengujian negatif adalah pengujian yang dilakukan dengan memasukkan data

yang tidak sah ke dalam menu masukkan dan pengemaskinian maklumat. Penguijian

negatif ini penting untuk memastikan sistem mempunyai ciri-ciri pengesahan dan hanya

menerima data-data yang betul sahaja. Contohnya seperti yang dilakukan dalam skrin

login (Rajah 5.10). Apabila pengguna memasukkan maklumat yang tidak sah iaitu

maklumat tersebut tiada dalam pangkalan data, paparan sama akan terpapar. Ini

bermakna, pengguna sistem perlu memasukkan User Name dan Password dengan betul

untuk menggunakan sistem ini.

63

5.7.3 Pengujian Dinamik

Penyemakkan dan pengujian perisian yang melibatkan perlaksanaan aturcara bagi

menguji kemampuan perisian sama ada ia memenuhi kehendak dan spesifikasi pengguna

dinamakan teknik dinamik. Sesuatu aturcara perlu dikaji dengan menggunakan pelbagai

jenis input data yang telah dikenalpasti outputnya. Hasil daripada pengujian, output yang

dihasilkan kemudian dibandingkan dengan output sebenar yang dijangkakan.

Bilangan input data yang digunakan dalam pengujian perlulah berupaya

mengesan pelbagai jenis ralat. Oleh itu, pemilihan terhadap input data amat penting dan

ia memerlukan kepada teknik tertentu. Pengujian menggunakan pelbagai input data

dinamakan kes pengujian. Pengujian dinamik ini melibatkan penyediaan kes-kes

pengujian dan prosedur untuk menguji aturcara. Pengujian ini memerlukan aturcara

dilaksanakan dan kes-kes pengujian diterima sebagai input untuk mengesan ralat.

Terdapat dua cara yang terkenal dalam pengujian dinamik iaitu pengujian kotak putih dan

pengujian kotak hitam. Pengujian kotak putih memfokuskan kepada pemeriksaan

aturcara secara terperinci manakala pengujian kotak hitam menyentuh pemeriksaan

terhadap aturcara secara umum.

Pengujian dinamik juga terkenal sebagai usaha untuk menentukan tahap liputan

ujian atau lebih dikenali sebagai test coverage. Dalam liputan ujian, sesuatu aturcara

diuji beberapa kali dengan menggunakan kes-kes pengujian yang berlainan. Ini

bermakna penggunaan kes-kes pengujian yang berlainan boleh membantu menguji

laluan-laluan yang belum pernah diuji atau dikesan oleh kes-kes pengujian terdahulu.

Walaubagaimanapun, pengujian bergantung juga kepada pengalaman dan kebijaksanaan

penguji dalam merangka dan memilih kes pengujian.

64

5.7.4 Pengujian Unit

Dalam pengujian unit, kita cuba memasukkan data yang tidak lengkap pada skrin

antaramuka tambah data penbekal baru. Contoh skrin tersebut boleh adalah seperti Rajah

5.12 di bawah.

Rajah 5.12 : Skrin Tambah Data Pembekal Baru

Hasilnya ialah sistem tidak akan menerima data tersebut kerana ianya tidak

lengkap. Pengguna kemudian boleh memilih sama ada untuk mengisi data yang kurang

atau keluar tanpa menyimpan apa-apa rekod baru. Contoh skrin seperti Rajah 5.13. Satu

mesej berwarna merah akan dipaparkan pada skrin tersebut – “Please fill in all required

fields”

65

Rajah 5.13 : Kemasukan Data Yang Tidak Lengkap

5.8 Manual Pengguna

Sila rujuk pada Lampiran M untuk keterangan mengenai manual pengguna.

5.9 Ringkasan

Hasil daripada kajian yang dilakukan semasa Projek 1, akhirnya E-Parts siap

dibangunkan. Dapat dirumuskan bahawa proses pembangunan sistem bukanlah semudah

yang dijangkakan. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan difikirkan dari semasa

ke semasa sehingga proses perlaksanaan sistem ini selesai. Kerjasama daripada pelbagai

66

pihak telah menjayakan proses perlaksanaan sistem ini. Komitmen yang sepenuhnya

perlu diberikan dalam menjayakan sesuatu pembangunan sistem.

67

BAB 6

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Bab ini memberi tumpuan terhadap perbincangan yang berkaitan dengan hasil

daripada pembangunan sistem inventori ‘E-Parts’ dan membincangkan kelebihan dan

kelemahan pada sistem yang telah dibangunkan. Cadangan pembaikan yang dinyatakan

adalah untuk mempertingkat dan memperbaiki lagi prestasi sistem yang telah

dibangunkan.

6.2 Kelebihan Sistem

Apabila sistem ini berjaya disiapkan sepenuhnya dijangkakan terdapat beberapa

kelebihan yang dapat disenaraikan disini. Antara kelebihannya adalah:

68

i. Kawalan Keselamatan

Sistem ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dari segi capaian data. Ini

dilakukan dengan menyediakan kata laluan kepada setiap pelanggan sistem

bertujuan mengelakkan pencerobohan ke atas setiap maklumat inventori alat

ganti komputer berlaku.

ii. Kemudahan Kemasukan Data

Proses kemasukan data dipermudahkan dengan memasukkan data ke medan

yang disediakan mengikut contoh yang disediakan pada skrin bagi

mendapatkan data yang diperlukan oleh sistem. Ia dapat membantu pengguna

menjimatkan masa untuk memasukkan data yang banyak ke dalam sistem.

iii. Kemudahan Capaian Data

Kemudahan untuk mencapai data juga disediakan bagi memudahkan

pengguna mendapatkan data-data yang diperlukan dengan lebih cepat dan

mudah. Dengan ini pengguna boleh menjimatkan lebih masa dalam proses

pencarian data.

iv. Manipulasi Data

Modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini menyediakan butang

semakan, carian, simpanan, kemaskini, pengiraan dan sebagainya. Dengan ini

memudahkan lagi pengguna sistem mengubahsuai data terkini dan

mempunyai pilihan sekiranya sesuatu yang dijangkakan akan berlaku, sebagai

contohnya kesilapan memasukkan data. Selain daripada itu juga, permintaan

alat ganti juga akan dipaparkan oleh sistem sebagai semakan dan ralat

masukan data daripada pengguna. Dengan ini pengguna akan menyedari

sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan semasa menginput data.

69

v. Sistem Prototaip

Sistem ini adalah suatu sistem prototaip berfungsi walaupun ia tidak

selengkap sistem sebenar. Pengubahan boleh dilakukan dengan mudah

berpandukan versi kawalan sistem dengan tujuan untuk meningkatkan lagi

keupayaan sistem.

Kelebihan yang paling besar yang ada pada sistem ini ialah ianya boleh dicapai

oleh semua pengguna tidak kira di mana berada. Ini kerana sistem ini dibangunkan

berasaskan web dan boleh dicapai secara online oleh setiap pengguna.

6.3 Kelemahan Sistem

Penyelewengan sistem masih boleh jika ada di antara kakitangan yang tidak

amanah. Sebagai contoh, jika masa kelulusan permintaan alat ganti memakan masa yang

terlalu lama, maka ada diantara petugas yang meminta alat ganti tersebut terus dari stor.

Alasan yang diberikan ialah mereka telah lama meminta alat ganti tersebut tetapi masih

belum mendapat izin dari penyelia. Kes seperti di atas dikategorikan sebagai masalah

”authentication”.

Juga terdapat faktor luaran di mana petugas berada dalam keadaan tertekan

apabila mereka terpaksa berdepan dengan pelanggan yang mempunyai gelaran ”Dato’”

serta berpangkat besar seperti Penolong Pengurus Besar.

70

6.4 Perbincangan

Pelbagai rintangan terpaksa dilalui semasa menghasilkan laporan awalan bagi

projek ini. Penulis bersyukur dan berterima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan

oleh orang-orang yang terlibat semasa proses mengambil dan mengumpul data

dijalankan.

Semasa proses perancangan kerja dijalankan, penulis mendapati banyak kekangan

yang akan timbul kelak semasa proses pembangunan sistem dijalankan.

6.4.1 Kekangan

Antara kekangan yang didapati termasuklah kurangnya kemahiran dan

pendedahan terhadap perisian-perisian yang telah dicadangkan untuk pembangunan

sistem ini. Disebabkan kurangnya penguasaan dan kemahiran tentang perisian-perisian

tersebut mungkin akan menjejaskan dan menyukarkan proses pembangunan sistem ini

nanti. Pemahaman dan penguasaan terhadap perisian tersebut akan mengambil masa

yang agak panjang. Oleh itu, penulis perlu menguasainya sebelum proses pembangunan

sistem ini berjalan. Ini adalah bagi mengelakkan proses pembangunan sistem ini

tergendala. Perisian tersebut dipilih kerana ia dianggap memenuhi keperluan sistem hasil

daripada kajian yang telah dijalankan.

Disamping itu, terdapat masalah untuk memperolehi bajet untuk membeli

peralatan komputer yang diperlukan. Ini telah sedikit sebanyak menyebabkan projek

71

tergendala semasa tahap pembangunan sistem. Rujuk Lampiran A untuk carta Gantt

Projek ini

6.4.2 Cadangan Pembaikan Sistem

Untuk menjadiakan sistem E-Parts lebih baik lagi, beberapa cadangan telah

dikemukakan. Cadangan – cadangan tersebut adalah :

i. Memperbaiki antaramuka pengguna supaya ia menjadi lebih menarik dan

lebih ramah pengguna

ii.

Menambahkan maklumat terperinci tentang alat ganti yang ada di dalam

stor.

iii.

Menyediakan laporan-laporan yang lebih terperinci.

Cadangan pembaikan ini diharap dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang

dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat.

72

6.5 Rumusan Hasil Projek

Hasil daripada pembangunan sistem ini, dapat dirumuskan bahawa proses

pembangunan sistem bukanlah semudah yang dijangkakan. Banyak perkara yang perlu

dititikberatkan dan difikirkan dari semasa ke semasa sehingga proses perlaksanaan sistem

tersebut selesai. Kajian yang terperinci dan kesanggupan menghadapi situasi berlaku

haruslah dihadapi dengan kesabaran. Kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan

kerana mereka merupakan sumber maklumat dalam pengumpulan data dan maklumat

untuk pembangunan sistem ini.

Walaupun telah menghadapi pelbagai masalah semasa pembangunan sistem

namun ianya telah diatasi dengan perancangan yang teliti. Diharap agar sistem ini dapat

memudahkan lagi pengguna dan secara tidak langsung meningkatkan kecekapan

pengendalian stor pusat Unit S’Can Support, Telekom Malaysia Berhad.

73

BIBLIOGRAFI

Water, C.D.J (1994) “Inventory Control and Management.” Published by John Wiley &

Sons Ltd, Chicester

Pusat Pengajian Siswazah (1999) “Panduan Menulis Tesis” Universiti Teknologi

Malaysia.

Alter, S (1996). “Information System”. Published by The Benjamin/Cummings

Publishing Company, Inc.

Beginning PHP, Apache, MySQL® Web Development. Published by Wiley Publishing,

Inc. – written by Michael Glass, Yann Le Scouarnec, Elizabeth Naramore, Gary Mailer,

Jeremy Stolz, & Jason Gerner.

Sams Teach Yourself PHP, MySQL® and Apache All in One By Julie C. Meloni.

PHP 5 For Dummies® Published by Wiley Publishing, Inc. – written by Janet Valade.

MySQL Cookbook by Paul DuBois

74

LAMPIRAN A

CARTA GANTT

ID Task Name Duration Start Finish

1 KAJIAN AWAL 32.81 days Fri 10/12/04 Thu 13/1/05

2 Cadangan Tajuk dari pelajar 4 days Fri 10/12/04 Tue 14/12/04

3 Penentuan Penyelia & Perbincangan Tajuk 10 days Tue 14/12/04 Fri 24/12/04

4 Kenal pasti skop, Objektif dan Masalah 2 days Fri 24/12/04 Mon 27/12/04

5 Pernyataan Masalah 2 days Mon 27/12/04 Wed 29/12/04

6 Pengumpulan data 14 days Thu 30/12/04 Thu 13/1/05

7 KAJIAN PENDEKATAN 6 days Fri 14/1/05 Thu 20/1/05

8 Memahami Jenis perisian 2 days Fri 14/1/05 Sun 16/1/05

9 Kajian kes sedia ada 2 days Sun 16/1/05 Tue 18/1/05

10 Kajian sistem cadangan 2 days Tue 18/1/05 Thu 20/1/05

11 REKABENTUK SISTEM 10 days Sun 23/1/05 Wed 2/2/05

12 Melengkapkan metodologi Sistem 3 days Sun 23/1/05 Wed 26/1/05

13 Mendapatkan maklumat 1 day Wed 26/1/05 Thu 27/1/05

14 Rekabentuk awal sistem 3 days Thu 27/1/05 Sun 30/1/05

15 Rekabentuk antaramuka 3 days Sun 30/1/05 Wed 2/2/05

16 LAPORAN AWAL 17 days Mon 7/2/05 Fri 25/2/05

17 Penulisan laporan 11 days Mon 7/2/05 Fri 18/2/05

18 Penyerahan draf awal 1 day Fri 18/2/05 Sat 19/2/05

19 Semakan draf 1 day Sat 19/2/05 Sun 20/2/05

20 Pembetulan draf 1 day Sun 20/2/05 Mon 21/2/05

21 Maklumat Jadual Pembentangan 1 day Mon 21/2/05 Tue 22/2/05

22 Semakan Laporan oleh Penilai & Penyelia 1 day Wed 23/2/05 Thu 24/2/05

23 Pembentangan Projek 1 1 day Thu 24/2/05 Fri 25/2/05

24 LAPORAN AKHIR 7 days Thu 10/3/05 Thu 17/3/05

25 Pembetulan Projek 1 7 days Thu 10/3/05 Thu 17/3/05

Dec '04 Jan '05 Feb '05 Mar '05

21 28 5 12 19 26 2 9 16 23 30 6 13 20 27 6 13 20 27

10/12 13/1

14/1 20/1

23/1 2/2

7/2 25/2

10/3 17/3

Project: PSM-1

Date: Mon 28/11/05

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 1

ID Task Name Duration Start Finish

1 Analisa dan Spesifikasi Perisian 15 days Sat 16/7/05 Thu 4/8/05

2 Penentuan rangka spesifikasi sistem 7 days Sat 16/7/05 Mon 25/7/05

3 Pengumpulan peralatan dan perisian 8 days Tue 26/7/05 Thu 4/8/05

4 Rekabentuk dan Implementasi 30 days Fri 5/8/05 Tue 13/9/05

5 Rekebentuk modul sistem 10 days Fri 5/8/05 Thu 18/8/05

6 Pembangunan sistem 20 days Fri 19/8/05 Tue 13/9/05

7 Validasi dan Verifikasi Sistem 5 days Wed 14/9/05 Tue 20/9/05

8 Penentusahan dan pengesahan sistem 5 days Wed 14/9/05 Tue 20/9/05

9 Penyelenggaraan Sistem 15 days Wed 21/9/05 Mon 10/10/05

10 Penyah pijat dan penyelenggaraan 15 days Wed 21/9/05 Mon 10/10/05

11 Penyediaan Laporan 10 days Tue 11/10/05 Sun 23/10/05

12 Draf kandungan laporan 9 days Tue 11/10/05 Fri 21/10/05

13 Pembetulan projek 1 day Sun 23/10/05 Sun 23/10/05

14 Pembentangan Projek 6 days Mon 24/10/05 Sat 29/10/05

15 Persediaan pembentangan 5 days Mon 24/10/05 Fri 28/10/05

16 Pembentangan projek 1 day Sat 29/10/05 Sat 29/10/05

Jul '05 Aug '05 Sep '05 Oct '05 Nov '0

26 3 10 17 24 31 7 14 21 28 4 11 18 25 2 9 16 23 30 6

16/7 4/8

5/8 13/9

14/9 20/9

21/9 10/10

11/10 23/10

24/10 29/10

Project: PSM-2

Date: Sun 13/11/05

Task

Split

Progress

Milestone

Summary

Project Summary

External Tasks

External Milestone

Deadline

Page 1

77

LAMPIRAN B

CARTA ORGANISASI S’CAN SUPPORT

Carta Organisasi Pengurusan S’Can Support

78

Carta Organisasi Pengurusan S’Can Support

79

80

LAMPIRAN C

CONTOH BORANG PERMOHONAN ALAT GANTI SEDIA ADA

Contoh Borang Permohonan Alat ganti Semasa

81

82

LAMPIRAN D

FASA-FASA PEMBANGUNAN DALAM METHODOLOGI PROTOTAIP

83

Kenalpasti Keperluan Pengguna

Membangunkan Prototaip

Pengujian dan Penilaian Bersama Pengguna

Prototaip

Diterima

Bina Sistem Sebenar

Ubahsuai Dan Baiki

Keperluan

Fasa-Fasa Pembangunan Dalam Methodologi Prototaip

84

LAMPIRAN E

CARTA ALIRAN SEMASA

85

Mula

Mengisi borang

Penolong Pengurus meluluskan

permohonan

Menghantar borang kepada

Juruteknik Stor

Menerima alat ganti daripada

Juruteknik Stor

Tamat

Carta Aliran Sistem Inventori Semasa

86

LAMPIRAN F

SOALAN TEMUBUAL

87

1. Bolehkah Tuan terangkan serba sedikit mengenai latar belakang Unit

S”Can Support?

2. Bolehkah saya mendapatkan Carta Organisasi Unit ini?

3. Apakah Misi, Visi Unit ini ?

4. Adakah Unit ini mempunyai Sistem Inventori berkomputer ?

5. Apakah alat ganti yang disimpan dalam stor ?

6. Apa cara yang digunakan untuk menentukan sama ada alat ganti masih

ada lagi ?

7. Berapa kerapkah Petugas meminta alat ganti ?

8. Siapa yang meluluskan permintaan alat ganti ?

9. Siapa yang akan merekod alat ganti itu ke dalam fail inventori ?

10. Sekiranya ada di antara kakitangan yang ditugaskan untuk menjaga stor

cuti, ada pengganti sementarakah ?

11. Adakah masalah sampingan yang timbul dengan kakitangan gantian ?

12. Adakah masalah ketidak samaan angka dalam fail inventori dan angka

fizikal ?

13. Pernahkah stor kehabisan bekalan alat ganti ?

14. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bekalan alat

ganti baru ?

Soalan-soalan Temuramah

88

LAMPIRAN G

REKABENTUK RAJAH KONTEKS

89

Pengguna

meminta alat ganti

permintaan diluluskan

0

E-parts

System

menerima permintaan

memproses permintaan

Penyelia

Rajah Konteks Sistem

90

LAMPIRAN H

REKABENTUK RAJAH ALIRAN DATA DAN ARAS-ARASNYA

91

Pengguna

masuk dalam sistem

F1

Pengguna

status permintaan

1

Login

ke dalam

sistem

rujuk

kemaskini

login yang diterima

kemaskini

2

rujuk

F2

Alat Ganti

F3

Transaksi

Pemilihan

alat ganti

kemaskini

rujuk

3

alat ganti yang telah dipilih

rujuk

kemaskini

Proses

Inventori

kemaskini

menerima permintaan

Penyelia

memproses permintaan

Rajah Aliran Data Aras 1

92

Pengguna

masuk ke dalam sistem

1.1

Login ke

dalam Sistem

rujuk

mengemaskini data

pengguna

F1

Pengguna

1.2

Kemaskini

maklumat

pengguna

kemaskini

login yang diterima

2

Pemilihan

alat ganti

Rajah Aliran Data Aras 2 Untuk Proses Login Ke Dalam Sistem

93

Penyelia

Menerima mesej dari

sistem

Rujuk

F3

Transaksi

Masuk ke

dalam sistem

3.1

Periksa

permintaan

pengguna

Kemaskini

3.2

Kemaskini

Proses

kemaskini

inventori

baru

status permintaan

F2

Alat Ganti

Rujuk

Pengguna

Rajah Aliran Data Aras 2 Untuk Proses Inventori

94

LAMPIRAN I

REKABENTUK RAJAH KES GUNA

95

Petugas

Status

Permohonan

Lihat Status

Permohonan

Lihat Modul

Alat Ganti

Penyelia

Login

Tempah

Alat Ganti

Daftar Alat Ganti

Baru

Kemaskini

Bekalan Alat

Ganti Baru

Admin

Kemaskini Daftar

Petugas Baru

Rajah Kes Guna

96

LAMPIRAN J

REKABENTUK RAJAH JUJUKAN

RAJAH GUNA KESELURUHAN

97

Penyelia / Petugas /

Admin

:Petugas

Antaramuka

Utama

Pangkalan

Data

1. Masukkan id

pengguna

& katalaluan

2. Sahkan id pengguna

& katalaluan

Rajah 1 : Rajah Jujukan Login

: Petugas

Antaramuka

Utama

Antaramuka

Senarai Alat

Ganti

Pangkalan

Data

Transaksi

1. Login

2. Pilih Alat

Ganti

3. Tempah Alat

Ganti

Rajah 2 : Rajah Jujukan Tempahan Alat Ganti

98

: Petugas

Antaramuka

Utama

Pangkalan

Data

Transaksi

1. Login

2. Lihat status tempahan

Rajah 3 : Rajah Jujukan Lihat Status Tempahan

: Penyelia

Antaramuka

Utama

Pangkalan

Data

Transaksi

1. Login

2. Periksa permohonan

Rajah 4 : Rajah Jujukan Memeriksa Permohonan

99

: Admin

Antaramuka

Utama

Antaramuka

Alat Ganti

Baru

Pangkalan

Data Alat

Ganti

1. Login

2. Daftar

Alat

Ganti Baru

3. Kemaskini

Rajah 5 : Rajah Jujukan Daftar Alat Ganti Baru

: Admin

Antaramuka

Utama

Antaramuka

Kemaskini

Alat Ganti

Pangkalan

Data Alat

Ganti

1. Login

2. Kemaskini

Bekalan Alat

Ganti Baru

3. Kemaskini

Rajah 6 : Rajah Jujukan Kemaskini Bekalan Alat Ganti Baru

100

: Admin

Antaramuka

Utama

Antaramuka

Alat Ganti

Baru

Pangkalan

Data

Pengguna

1. Login

2. Daftar /

Kemaskini

Petugas Baru

3. Kemaskini

Rajah 7 : Rajah Jujukan Kemaskini Daftar Petugas Baru

101

Penyelia

Login

Petugas

id_penyelia

kata laluan

carian ( )

papar ( )

M

Buat

1

id_pengguna

kata laluan

carian ( )

1

Buat

M

id_petugas

kata laluan

carian ( )

papar ( )

Tempah ( )

Buat

1

M

Admin

Buat

1

id_admin

kata laluan

kemaskini ( )

papar ( )

1

Buat

M

Kemaskini

Tempah

M

id_alat

butiran

bilangan

kemaskini ( )

id_alat

nama alat

bil asal

carian ( )

papar ( )

Rajah Kelas

102

LAMPIRAN K

SENARAI ALATGANTI YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SISTEM

3 PIN PLUG

BALUN (RJ45-BNC)

BATERI CMOS CR2032

BATERI CMOS CR2430

CABLE - OPTICAL FIBER P/CORD(SC-SC)

CABLE - OPTICAL FIBER P/CORD(ST-SC)

CABLE - OPTICAL FIBER P/CORD(ST-ST)

CABLE - PRT CABLE (L)

CABLE - PRT CABLE (S)

CABLE - SERIAL CABLE 9(M)-9(F)

CABLE - UTP CABLE (BOX)

CABLE - VGA SIGNAL

CASING CPU (TOWER)

CD- RECORDABLE 80 MIN/700MB

CDROM 52X

CDROM CLEANER

CPU COOLER FAN

CPU PII COOLER

DOC - FSR (FIELD SERV. REP)

FLOPPY DISK 1.44

FLOPPY DISK CLEANER

HARD DISK 10GB

HARD DISK 20GB

HARD DISK 30GB

HARD DISK 40GB

HARD DISK SCSI

HDD DRIVE SCSI CONVERTER

HP AXIS MIO

HP JETDIRECT EIO CARD

HP JETDIRECT MIO CARD

HP2100 - FUSER ASY

HP2200 - FUSER ASY

HP3 MIRROR ASY

HP3 MOTHERBOARD

HP3 TRANS ASY

HP4 - DRIVE GEAR ASY

HP4 - GEAR CLUSTER

HP4 - SCANNER

HP4/4M - FUSER ASY

HP4+ - CATRIDGE

HP4+ GEAR CLUSTER

HP4+ HEATER LAMP

HP4+/5 - DRIVE GEAR ASSLY.

HP4+/5 FUSER ASY

HP4+/5 SCANNER ASY

HP4000 FUSER ASY

HP4050 FUSER ASY

HP4050 SCANNER

HP4100 FUSER ASY

HP4L FUSER ASY

HP6P FUSER ASY

HP6P SCANNER

KEYBOARD - ADAPTER AT(F)-PS2(M)

KEYBOARD - ADAPTER AT(M)-PS2(F)

KEYBOARD AT

KEYBOARD PS2

103

KEYBOARD USB

MICROSOFT WINDOWS XP Pro

MODEM-EXT 56K

MOUSE PS2

MOUSE SERIAL

MOUSE USB

NIC - 3COM EISA

NIC - DLINK PCI

NIC - NE2000 ISA

PCS - SCAN TEAM

PCS - CABLE BARCODE SCANNER

PCS - CUSTOMER DISPLAY

PCS - HARD DISK 40GB

PCS - HP4011 PRINTER HEAD MT151

PCS - ND70 CUTTER ROUND BELT

PCS - ND70 PRESSURE BAR

PCS - ND70 RIBBON MOUNTING

PCS - ND70 SWIVEL ARM

PCS - PRT ND70 PRINTER HEAD

PCS - SCANNER

PSU - AT 240V

PSU - ATX 240V

PSU - DELL 240V

PSU - FAN 12V DC

RAM 128MB DIMM-DELL

RAM 128MB DIMM-PC133

RAM 128MB DIMM-PC266

RAM 256MB DIMM-PC266

RAM 64MB DIMM

RAM 64MB EDO (1 pair)

RJ45 CONNECTOR(BOX)

RTU - 107 COMPLETE SET

RTU - B2 OPTION 75C

RTU - B3 OPTION 55HA LTES

RTU - B3 OPTION 55K

RTU - BATERI +3V

RTU - C2 CPU

RTU - XA(34)ETP

RTU- 107 ATM

RTU- 107 TMMX OPTION 55G

RTU- 107 TMMX OPTION 55M

RTU- 55B TMM

RTU- B4 SLEEVE CONTROL

RTU- C1 IO TEST PACK

RTU- C3 SYSTEM MEMORY

RTU- C7 MODEM OPTION 78A

RTU- D3/XA(30)ATM MEASUREMENT

RTU-105 COMPLETE SET

RTU-107 ETP

RTU-A1 STP

RTU-C1 INTERNAL MODEM

SOUND CARD PCI

SWAP-MONITOR

SWAP-ROU CISCO2620

SWAP-ROU CISCO2621

SWAP-SW CATALYST1924

SWAP-SW CATALYST2950

SWAP-SW CATALYST2950C

104

105

SWITCH SOCKET OUTLET (RED)

TDI-FLUKE NETWORK MULTIMETER-(TDI

ONLY-3 unit)

TDI-PRINTER BROTHER (TDI ONLY-5 unit)

TDI-PRINTER HP (TDI ONLY-10 unit)

TDI-PRINTER LEXMARK (TDI ONLY)

TDI-PRINTER PRINTRONIX 5S (TDI Only-2

unit)

TOOL TDI - EXTERNAL CD WRITER (USB) -

2 unit (TDI only)

TOOL TDI - EXTERNAL CDROM (PARALLEL)

- 2 unit (TDI only)

TOOLS - LAN TRACER

TOOLS - SOLDER IRON

TOOLS - TANGGA LIPAT (TDI ONLY-1 unit)

TOOLS - TIN/LEAD

TOOLS - VACUM (TDI ONLY - 3 unit).

TOOLS TDI- NOTEBOOK DELL LATITUDE

V740(COMMON USE)

TOOLS TDI-ANALOG METER

TOOLS TDI-DIGITAL CAPACITANCE METER

TOOLS TDI-DIGITAL LCR METER

TOOLS TDI-DIGITAL METER

TOOLS TDI-FLUKE DSP 4000-(COMMON

USE)

TOOLS TDI-NETTESK LITE 3000E-

(COMMON USE)

TOOLS TDI-PRO'SKIT MICRO NIPPER

TOOLS TDI-PRO'SKIT TOOL BAGS

TOOLS TDI-PRO'SKIT TOOL KIT SET

TOOLS TDI-PRO'SKIT WIRE STRIPPER

TOOLS TDI-WIRESCOPE 350

TONER - LEXMARK OPTRA N

UPS - BATERI 12V, 7 AH

UPS - BATERI 6V, 12 AH

UPS - PK, BATERI 12V, 17 AH

UPS - PK, BATERI 12V, 7.2 AH

UPS - PK, POWER MODULE US9001 1KVA

UTP CONNECTOR RUBBER ROOT (BLACK)-

UNIT

VGA - AGP CARD

VGA - PCI CARD

VGA - S3 PCI CARD

Senarai Alat Ganti Yang Akan Dimasukkan Ke Dalam Sistem

106

LAMPIRAN L

PANGKALAN DATA

107

Site_notes

Field Type Null Default Comments

note_id int(11) No

note_title varchar(200) No

note_body text No

note_relation int(11) No 0

note_type int(1) No 0

note_post_date int(11) No 0

note_post_ip varchar(20) No

note_post_user int(11) No 0

Site _products

Field Type Null Default Comments

Product_id int(11) No

Product_name varchar(200) No

Product_number varchar(20) No

Product_count varchar(10) No

Product_description text

No

Product_vendor int(11) No 0

Site_suppliers

Field Type Null Default Comments

sup_id int(11) No

sup_name varchar(100) No

sup_contact_name varchar(100) No

sup_contact_phone varchar(50) No

sup_contact_phone2 varchar(50) No

sup_web varchar(200) No

sup_email varchar(200) No

sup_other text No

Site_trans

Field Type Null Default Comments

trans_id int(11) No

trans_product int(11) No 0

trans_user int(11) No 0

trans_date int(11) No 0

trans_date2 int(11) No 0

trans_description text

No

trans_inventory int(11) No 0

108

Site_users

Field Type Null Default Comments

user_id int(11) No

user_login varchar(30) No

user_password varchar(30) No

user_name varchar(200) No

user_address varchar(200) No

user_city varchar(100) No

user_state char(3) No

user_zip varchar(20) No

user_country char(3) No

user_phone varchar(39) No

user_email varchar(200) No

user_email2 varchar(200) No

user_im_aol varchar(100) No

user_im_icq varchar(100) No

user_im_msn varchar(100) No

user_im_yahoo varchar(100) No

user_im_other varchar(200) No

user_status int(1) No 0

user_level int(1) No 0

user_pending int(11) No 0

user_date int(11) No 0

Site_vars

Field Type Null Default Comments

id int(11) No

name varchar(200) No

value text No

Site_vendors

Field Type Null Default Comments

vendor_id int(11) No

vendor_name varchar(200) No

Senarai Pangkalan Data Yang Digunakan Dalam Sistem :

109

LAMPIRAN M

MANUAL PENGGUNA

110

Ini merupakan skrin di mana pengguna memasukkan nombor kakitangan dan kata laluan

untuk memasuki sistem.

111

Jika pengguna memasukkan nombor kakitangan dan kata laluan yang betul mereka akan

ke skrin menu utama.

Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Vendor. Hanya untuk capaian pengguna

yang mempunyai kuasa pentadbir sahaja. Pengguna pentadbir boleh memasukkan data

baru dengan klik butang Add New. Butang Delete untuk membuang data. Butang Edit

ialah untuk menyunting data.

112

Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Supplier. Maklumat terperinci pembekal

disimpan di sini. Hanya untuk capaian pengguna yang mempunyai kuasa pentadbir

sahaja. Pengguna pentadbir boleh memasukkan data baru dengan klik butang Add New.

Butang Delete untuk membuang data. Butang Edit ialah untuk menyunting data.

113

Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Products. Modul ini adalah untuk capaian

semua pengguna. Pengguna pentadbir boleh memasukkan data baru dengan klik butang

Add New. Butang Delete untuk membuang data. Butang Edit ialah untuk menyunting

data. Butang Export adalah untuk memindahkan data dari pangkalan data ke bentuk fail

Microsoft Excel. Butang Details memaparkan maklumat terperinci.

114

Ini merupakan skrin paparan untuk Search. Modul ini adalah untuk capaian semua

pengguna. Pengguna hanya perlu untuk memasukkan aksara dalam kotak Quick Search

(*) dan klik butang Go. Pengguna juga boleh menyusunkan semula hasil carian mengikut

Id, Part Name, Part Number, dan Part Description.

Butang Details akan memaparkan maklumat terperinci.

115

Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat Stocks Balance. Modul ini adalah untuk

capaian semua pengguna. Butang Export adalah untuk memindahkan data dari pangkalan

data ke bentuk fail Microsoft Excel. Butang Details memaparkan maklumat terperinci.

116

Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat pengguna biasa. Ianya hanya untuk

capaian pengguna dengan kuasa pentadbir sahaja.

Pengguna pentadbir boleh memasukkan data baru dengan klik butang Add New. Butang

Delete untuk membuang data. Butang Edit ialah untuk menyunting data.

117

Ini merupakan skrin paparan untuk maklumat pengguna biasa. Ianya hanya untuk

capaian pengguna dengan kuasa pentadbir sahaja.

Pengguna pentadbir boleh memasukkan data baru dengan klik butang Add New. Butang

Delete untuk membuang data. Butang Edit ialah untuk menyunting data.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!