16.02.2015 Views

penggunaan teknologi rfid dalam sistem inventori peralatan komputer

penggunaan teknologi rfid dalam sistem inventori peralatan komputer

penggunaan teknologi rfid dalam sistem inventori peralatan komputer

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI RFID DALAM SISTEM INVENTORI

PERALATAN KOMPUTER

TAN IK SUAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:

SISTEM PENGURUSAN KLINIK

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II 2008/2009

Saya ____ ___ _____ TAN IK SUAN _ ______

( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ()

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penylidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

1375, LRG 39, TMN KAYA

♦34000 TAIPING PERAK

DR. ASRI BIN NGADI

NAMA PENYELIA

Tarikh: ___ 05-05-2009_____ Tarikh: _ _ 05-05-2009____

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains (Komputer)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. ASRI BIN NGADI

Tarikh : 05 MAY 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

Kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya dijelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………

Nama Penulis : TAN IK SUAN

Tarikh : MAY, 2009

iii

DEDIKASI

Kepada keluarga saya, terima kasih kerana memberi pelbagai sokongan dari segi

kewangan dan moral .

Kepada kawan-kawan saya yang senantiasa memberi bantuan kepada saya dan

bersama –sama kita mengejar ilmu pengetahuan yang luas.

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.Asri Bin

Ngadi. Selaku penyelia projek saya, di atas bimbingan dan dorongan beliau

sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.

Di sini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada para

pensyarah, rakan-rakan serta semua pihak yang telah memberikan sumbangan tidak

kira sama ada secara langsung ataupun tidak, budi baik kalian semua didahului

dengan jutaan terima kasih.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Sains Komputer

dan Sistem Maklumat kerana memberi saya peluang untuk melaksanakan projek

sarjana muda II ini sebagai syarat untuk mendapat ijazah dalam bidang sains

komputer.

v

ABSTRAK

Sistem inventori merupakan salah satu keperluan yang penting pada masa

kini. Dengan menggunakan sistem inventori, segala aktiviti-aktiviti dan maklumat

peralatan dapat disimpankan dalam sistem komputer secara teratur dan efisyen.

Dengan ini, maklumat dalam sistem komputer ini dapat dirujuk balik dengan cepat

dan ringkas berbanding dengan menggunakan tenaga manusia untuk mencari

maklumat-maklumat tersebut. Walaubagaimanapun menggunakan sistem maklumat

untuk menyimpan maklumat adalah senang tetapi untuk mendapat maklumat

daripada sesuatu benda adalah sukar kerana bukan semua maklumat akan dipaparkan

pada permukaan benda. Dengan ini, sistem maklumat menggunakan teknologi RFID

diperkenalkan dengan lebih mudah untuk mengenalpasti maklumat tentang benda

tersebut. Sistem inventori dibangunkan dengan menggunakan bahasa PHP, ini kerana

PHP mudah diguna dan mudah dalam membangunkan sesuatu sistem. Selain itu,

sistem inventori ini banyak menggunakan Javascript untuk meningkatkan tahap

kegunaan sistem dan juga menggunakan bahasa VB.net dalam membangunkan

pengaturcara untuk RFID. Ini kerana bahasa pengaturcara adalah dalam membaca

maklumat daripada kad RFID. Sementara ini, metodologi yang digunakan oleh

sistem inventori ini adalah prototaip evolusi, kerana medotologi ini memang sesuai

untuk sistem ini. Selain itu, pengguna untuk sistem inventori ini boleh dibahagikan

kepada 3 kategori, iaitu pentadbir, pengguna sistem dan pengguna biasa. Berbeza

kategori mempunyai fungsi yang berbeza.

vi

ABSTRACT

Information system has become one of the requirements in our daily life.

With the use of the information system, every activity and the information could be

managed in more organize and efficient manner. Meanwhile, the information was

stored in the system can be refer back as fast as possible and easier compare with

using manpower to search the document. However use information system to store

the information and the document is easier but we cannot gather the information on

the item since the item will not display all the information and we have to refer back

the code of the item and check in the information system. So this information system

will use the technology of RFID to manage the item with more easily. The system

inventory is devolop with PHP web language, because PHP is more easy to

understand and more easy to implement into system. Beside that, system inventory

also used a lot of javascript to increase the performance of the system and the VB.net

progamming language also implement into this system inventory for the RFID

coding. Because VB.net programming language important in section of read the data

from RFID tools and pass to system inventory. Meanwhile, the metodology for this

system inventory, prototype evolution was choose because this medotology is

suitable for this system. The user category for this system inventory can divide to

third, administartor, technician and lab users. Different category of user level have a

different function on the system.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 LatarBelakang Masalah 3

1.3 Matlamat Projek 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Skop Projek 7

1.6 Kepentingan Projek 7

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada masa sekarang, menggunakan komputer untuk menyimpan data telah

bukan sesuatu perkara yang luar biasa. Kewujudkan komputer dalam era teknologi

menyebabkan manusia tidak perlu menanggung beban yang berat dalam menyimpan

data atau maklumat. Dulu orang ramai menggunakan kertas untuk menyimpan

maklumat yang telah dikumpul tetapi masa tidak membenarkan maklumat yang

disimpan dalam kertas begitu lama. Kerana kertas akan menjadi kuning dan

menyebarkan tulisan dalam kertas menjadi tidak jelas. Dengan ini, manusia bermula

menyimpan semua maklumat dalam komputer dan maklumat akan dapat

mengekalkan selamanya.

Dengan menggunakan komputer untuk menyimpan maklumat, dalam proses

memasuki maklumat dalam komputer juga menjadi senang kerana pengguna hanya

masuk semua maklumat dalam komputer melalui keyboard. Menggunakan papan

kunci untuk memasukkan maklumat lebih cepat dan tepat berbanding dengan

menggunakan tangan untuk menulis dalam kertas. Kerana menggunakan komputer

dapat menghapus atau membetulkan maklumat dengan cepat dan dapat mencari

maklumat lebih cepat sekiranya maklumat telah masuk dalam komputer.

2

Menggunakan komputer untuk menyimpan maklumat adalah sesuatu perkara

yang mudah, seperti menyimpan maklumat tentang pesakit dan rekod-rekod

penyakit. Dari segi kecarian maklumat pesakit, pesakit hanya perlu memberikan kad

pengenalan atau nama untuk mendapat balik maklumat pesakit tersebut dalam

komputer tetapi dalam kes seperti menyimpan maklumat tentang peralatan eletrik,

walaupun kita dapat menyimpan maklumat tentang peralatan eletrik dalam komputer,

malangnya kita tidak dapat menbezakan tentang maklumat peralatan eletrik adalah

peralatan eletrik tersebut, kerana peralatan eletrik ini tidak sama dengan manusia

yang boleh mengenali diri sendiri seperti mempunyai kad pengenalan. Dengan ini,

kita perlu menggunakan sesuatu peralatan seperti nombor atau bar kod untuk

mengenali maklumat ini adalah berkaitan dengan peralatan eletrik tersebut.

Dengan menggunakan nombor atau bar kod, kita dapat membezakan tentang

maklumat ini merujuk kepada peralatan eletrik tertentu. Bagaimanapun, kita hanya

dapat mengetahui tentang nombor atau bar kod kepada peralatan eletrik tersebut, dan

kita tidak boleh mendapat maklumat yang selanjutnya dalam nombor atau bar kod

tersebut. Kita perlu catat nombor atau bar kod tersebut dan periksa kemudian dalam

komputer atau menggunakan peralatan untuk membaca bar kod tersebut dan

mendapat maklumat. Sebenarnya kita boleh menggunakan pelekat untuk mengisikan

maklumat tentang peralatan eletrik tersebut tetapi kertas diguna dalam masa yang

lama dan kita hendak membetulkan maklumat dalam pelekat tersebut juga susah

untuk dijalankan dan kita perlu tukar pelekat yang baru.

Kemudahan teknologi telah banyak mengubah dalam bidang sistem

maklumat. Dengan menggunakan RFID teknologi, nombor atau kod tentang

peralatan eletrik dapat disimpan dan mudah dibetulkan dalam cip atau kad. Cip atau

kad itu dalam bentuk yang kecil seperti SIM kad telefon bimbit sahaja dan cip atau

kad ini dapat menyimpan sebanyak 1KB hingga 2KB. Nombor atau kod tentang

peralatan eletrik dapat disimpan dalam cip atau kad tersebut dan cip atau kad ini akan

dilekat dan disenbumyi dalam peralatan eletrik.

3

Sementara ini, nombor atau kod tentang peralatan itu yang perlu dimasuk ke

dalam cip atau kad tersebut perlu menggunakan peralatan RFID untuk menyambung

cip atau kad tersebut dan pengguna akan masuk nombor atau kod tentang peralatan

eletrik tersebut dengan menggunkan peralatan RFID ini. Apabila maklumat telah

dimasukkan, peralatan RFID ini akan menyimpan satu salinan tentang maklumat

peralatan eletrik tersebut dan pengguna akan menyambung peralatan RFID ini

kepada komputer atau internet untuk mengemaskinikan sistem maklumat tentang

semua peralatan eletrik dan sistem maklumat ini akan menjanakan satu laporan

tentang semua perkara tentang peralatan ini seperti peralatan eletrik yang perlu baiki

atau servis.

Dengan ini, pengguna boleh menggunakan peralatan RFID ini untuk periksa

maklumat tentang peralatan eletrik ini, seperti tarikh terakhir untuk servis peralatan

eletrik ini atau tarikh yang beli peralatan tersebut dan sebagainya. Kegunaan RFID

teknologi dalam mengabungkan sistem maklumat ini dapat memajukan bidang

sistem maklumat dan dapat menjimatkan masa.

1.2 Latarbelakang Masalah

Dalam Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, semua peralatan eletrik

mempunyai maklumat tentang peralatan tersebut seperti tarikh beli atau harganya,

dan biasanya akan melekat sekeping pelekat pada permukaan peralatan eletrik itu.

Pada pelekat itu, sebahagian maklumat akan ditulis dalam pelekat itu seperti nombor

atau kod tentang peralatan, tarikh beli, harga, fakulti dan sebagainya. Tetapi banyak

penting maklumat tentang peralatan eletrik ini tidak dapat ditulis dalam pelekat itu,

dan pengguna ingin mengetahui lebih lanjut tentang peralatan ini, pengguna perlu

catat nombor atau kod yang berada dalam pelekat itu sebagai rujukan dalam sistem

maklumat peralatan.

4

Kebaikan tentang menggunakan pelekat untuk mencatat maklumat peralatan

adalah menjimat kos dan masa, tetapi apabila pengguna hendak mengetahui

maklumat tentang peralatan ini dengan lebih selanjutnya seperti tentang masa dan

tarikh terakhir untuk servis peralatan tersebut, pengguna perlu semak dalam sistem

maklumat peralatan itu dan cetak semau maklumat tentang peralatan itu dalam

kertas. Dengan ini, akan membazir masa pengguna dengan hanya hendak mengetahui

maklumat yang selanjutnya.

Sebagai contohnya, jika seseorang jurueletrik hendak tahu tentang komputer

ini bila tarikh yang terakhir untuk membaiki dan tentang apa masalah yang dihadapi

sebelum itu. Tetapi jurueletrik itu perlu semak balik semua maklumat tentang

komputer tersebut dalam sistem maklumat peralatan. Malangnya banyak maklumat

yang penting seperti jadual membaiki atau laporan tidak semestinya akan dimasuki

ke dalam sistem maklumat peralatan. Biasanya semua laporan ini akan dianggap

sebagai maklumat yang tidak penting dan laporan ini akan ditulis oleh jurueletrik

dalam kertas.

Selain itu, pelekat ini biasa dilekat pada permukaan peralatan eletrik yang

mana boleh lihat dengan jelas oleh pengguna. Tetapi peralatan eletrik biasa diguna

oleh orang ramai dan mungkin pelekat ini telah dikoyak atau maklumat tentang

peralatan itu dipadam. Dengan ini, kita hendak mendapat maklumat tentang peralatan

tersebut semakin susah. Sekiranya tulisan nombor atau bar kod yang berada dalam

pelekat peralatan tersebut menjadi tidak jelas, ini akan menggangu jurueletrik untuk

mendapat maklumat yang selanjutnya.

Bukan sahaja masalah ini yang dihadapi dengan menggunakan pelekat untuk

menyimpan maklumat. Sekiranya peralatan ini telah hilang dan pelekat peralatan

tersebut tentu akan dikoyak oleh pencuri. Dengan ini, kita akan menghadapi masalah

dalam mencari peralatan tersebut. Sekiranya kita dapat cari balik peralatan tersebut,

kita tidak semestinya dapat mengenalpasti peralatan ini adalah peralatan yang telah

hilang.

5

Untuk mengatasi masalah tersebut, kita seharusnya menggunakan teknologi

yang sesuai untuk menolong kita dalam membaiki sistem maklumat peralatan dan

keselamatan tentang peralatan eletrik fakulti kita. Dengan ini, membangunkan

sesuatu sistem yang menggunakan RFID teknologi dalam sistem maklumat untuk

menyimpan nombor atau kod peralatan eletrik. Sementara itu, menggunakan RFID

teknologi dalam mengawal keselamatan peralatan juga dapat dijaminkan, sekiranya

peralatan eletrik ini telah dicuri dan peralatan RFID akan dapat mengesankan bahawa

peralatan telah tidak wujud dalam lingkuan peralatan RFID ini, kemudian peralatan

RFID ini akan menghantar mesej kepada sistem.

1.3 Matlamat Projek

Membangunkan sebuah sistem maklumat yang boleh masukkan semua

maklumat tentang peralatan komputer dan sistem akan menjana laporan kepada

pengguna tentang semua keadaan peralatan eletrik. Menggunakan RFID teknologi

untuk menyimpan nombor atau kod tentang peralatan komputer dalam kad atau cip

yang kecil dan pengguna boleh terus membaca semua maklumat tentang peralatan

komputer tersebut dengan peralatan RFID apabila pengguna dapat menyambung

kepada sistem maklumat melalui internet atau WIFI FSKSM.

Selain itu, sistem inventori dapat mengawal keselamatan semua peralatan

komputer yang berada dalam linkungan tertentu tersebut. Sekiranya peralatan

komputer telah berpindah dengan tidak kebenaran, sistem akan menghantar mesej

kepada pengguna bahawa peralatan tersebut telah pindah dengan tidak ada

kebenaran.

6

1.4 Objektif Projek

Projek ini mempunyai beberapa objektif tertentu. Antara objektif-objektif

utama projek ini ialah:

i. Membangunkan sebuah sistem maklumat yang dapat menjana

laporan tentang semua maklumat peralatan komputer yang

bermasalah kepada pengguna.

ii.

Menggunakan peralatan RFID untuk membaca nombor atau

kod dalam cip atau kad RFID dan mendapatkan maklumat

daripada sistem maklumat. Maklumat yang berubah akan

sambung kepada sistem maklumat untuk mengemaskini

maklumat peralatan komputer.

iii.

Menggunakan sistem inventori untuk mengawal keselamatan

peralatan komputer, sekiranya peralatan komputer tidak ada

kebenaran untuk pindah, sistem akan menghantar mesej

amaran kepada pengguna.

7

1.5 Skop Projek

Dalam membangunkan sistem ini, beberapa skop telah dikenalpasti bagi

menentukan ruang lingkup pengguna dan persekitaran sistem. Skop-skop projek ini

adalah seperti berikut:

i. Pembangunan sistem maklumat melibatkan penggunaan

teknologi PHP dalam persekitaran windows XP Professional.

ii.

Sistem maklumat akan menjana laporan tentang peralatan

komputer yang bermasalah kepada pentadbir sistem dan

pengguna sistem sahaja.

iii.

Sistem ini akan menggunakan teknologi RFID seperti

peralatan pengesah dan kad atau cip RFID untuk menyimpan

maklumat tentang peralatan.

1.6 Kepentingan Projek

Tujuan untuk membangunkan sistem ini adalah untuk memberikan

kemudahan kepada pengguna untuk mendapat maklumat yang lengkap dan sistem

akan menjana laporan tentang peralatan komputer yang bermasalah. Dengan ini,

pengguna atau pentadbir sistem tidak perlu semak sendiri bahawa yang mana

peralatan komputer yang mengalami masalah.

Selain itu, menggunakan teknologi RFID untuk menyimpan nombor atau kod

dalam cip atau kad RFID tentang peralatan komputer, pengguna dapat menjimatkan

8

masa untuk mendapat maklumat tentang peralatan. Pengguna atau juru teknik hanya

menggunakan alat pengesah RFID untuk mendapat nombor atau kod daripada cip

atau kad RFID yang disembunyi dalam peralatan komputer dan menyambung kepada

internet atau WIFI FSKSM. Pengguna juga boleh mudah mengubah maklumat

peralatan tersebut dengan mengguna peralatan RFID.

Sistem inventori dapat mengawal keselamatan peralatan komputer dalam

linkungan yang tertentu. Sekiranya peralatan komputer telah beralih atau berpindah

dengan tidak ada kebenaran daripada pentadbir, sistem akan menghantar mesej

kepada pentadbir untuk mengambil tindakan yang segera.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!