23.05.2015 Views

RANGKA KERJA TADBIR URUS KAMI “Tadbir urus yang ... - PIDM

RANGKA KERJA TADBIR URUS KAMI “Tadbir urus yang ... - PIDM

RANGKA KERJA TADBIR URUS KAMI “Tadbir urus yang ... - PIDM

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANGKA KERJA TADBIR URUS KAMI

“Tadbir urus yang berkesan adalah … penting bagi membina keyakinan dalam entiti-entiti

sektor awam – yang mana ia diperlukan sekiranya entiti sektor awam ingin menjadi efektif

dalam memenuhi objektif mereka.”

Governance in the Public Sector: A Governing Body Perspective, International Federation of Accountants (Ogos

2001).

Pengenalan

Apa yang merangkumi tadbir urus yang baik merupakan satu persoalan penting bagi kami, sebagai

sebuah badan berkanun.

Umumnya, tadbir urus korporat merujuk kepada proses, peraturan dan amalan yang mana organisasi

terarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan. Asasnya ialah prinsip keterbukaan, integriti dan

kebertanggungjawaban. Dalam konteks sektor awam, tadbir urus berkait dengan struktur dan proses

bagi pembuatan keputusan, kebertanggungjawaban, kawalan dan tingkah laku di peringkat tertinggi

sesebuah organisasi 1 .

Fungsi kami sebagai sebuah badan berkanun bermaksud pertama-tamanya, kami mesti mempunyai

“integriti atau kewibawaan institusi”. Melalui “integriti institusi”, kami bermaksud tadbir urus yang

kukuh dan standard dalaman tertinggi merangkumi seluruh Perbadanan.

Standard Kebertanggungjawaban bagi Badan Berkanun

Kerja badan-badan berkanun mempunyai impak yang ketara kepada masyarakat. Tiada set dasar yang

khusus berkaitan tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang boleh diguna pakai oleh badan-badan

berkanun, kecuali cadangan dan prinsip umum mengenai kebertanggungjawaban bagi entiti-entiti

sektor awam 2 . Bagi syarikat-syarikat dalam sektor swasta, peranan utama lembaga korporat adalah

jelas, dan kepada siapa ia bertanggungjawab. Lembaga Pengarah mewakili pemegang saham, dan

lembaga korporat bertanggungjawab kepada para pemegang saham.

Bagi sesebuah badan berkanun, kedudukannya adalah lebih rumit. Matlamat umum Lembaga Pengarah

kami adalah jelas daripada mandat dan kuasa yang diberikan kepada mereka, seperti yang termaktub

dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (“Akta PIDM”). Bagaimanapun, pemegang

kepentingan kami adalah ramai dan minat atau kepentingan mereka adalah berbeza-beza. Lebih-lebih

lagi, tidak semua badan berkanun beroperasi dalam rangka kerja perundangan yang sama atau

mempunyai model urusan yang sama. Oleh itu, model rangka kerja tadbir urus dan

kebertanggungjawaban, di samping berpandukan prinsip yang sama, perlu disesuaikan dengan ciri-ciri

unik setiap entiti.

1 Kajian mengenai “Governance in the Public Sector: A Governing Body Perspective, oleh International Federation of

Accountants” (Ogos 2001).

2 Ibid.

Jadi, bagaimana PIDM bertanggungjawab terhadap pemegang kepentingannya? Langkah pertama

terletak dalam pernyataan rangka kerja kebertanggungjawaban kami . Ini akan membolehkan pemegang

kepentingan kami menilai tahap kredibiliti dan integriti organisasi serta kecekapan dan keberkesanan

kami dalam memenuhi mandat dan objektif PIDM yang dinyatakan.

Rangka Kerja Kebertanggungjawaban Kami

Tujuan Akta PIDM dan objektif nyata kami jelas menunjukkan perlunya bagi PIDM beroperasi secara

aktif dan berdaya usaha. Bagi mendukung Akta PIDM, kami beroperasi sebagai sebuah entiti

perundangan berasingan, dengan pelbagai rangkuman kuasa. Kefleksibelan dan kepelbagaian kuasa

inilah yang membolehkan kami mencapai mandat kami.

Dengan kefleksibelan dan kepelbagaian kuasa ini, kami amat sedar akan keperluan untuk beroperasi

dalam rangka kerja kukuh tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang berkesan. Terasnya terletak

kepada jawapan kepada soalan berikut – Bagaimana kami mencapai keseimbangan antara kefleksibelan

kami dalam mengurus operasi dan hal ehwal kami dengan kepentingan sebenar para pemegang

kepentingan kami?

Kami melihat unsur penting dalam rangka kerja tadbir urus dan kebertanggungjawaban dalam termaterma

berikut. Pertama, rangka kerja kebertanggungjawaban kami mentakrif cara kami melapor dan

bertanggungjawab ke atas prestasi kami kepada para pemegang kepentingan luaran kami. Kedua,

kejayaan tadbir urus kami terletak dalam integriti dalam organisasi kami.

(i)

Bagaimana Kami Melapor dan Bertanggungjawab Ke atas Prestasi Kami

Dari segi undang-undang, kami diaudit oleh Ketua Audit Negara. Laporan Tahunan kami dibentangkan di

Parlimen untuk disemak, dan mesti dikemukakan kepada Menteri Kewangan dalam tempoh tarikh akhir

berkanun iaitu 31 Mac setiap tahun. Selepas itu, Laporan Tahunan itu dibentangkan di Parlimen.

Sebagai sebahagian daripada rangka kerja kebertanggungjawaban, kami mempunyai proses utama dan

mematuhi standard-standard berikut:

Kami mengemukakan penyata kewangan kami kepada Perbendaharaan setiap suku tahun. Kami juga

menyediakan kemas kini suku tahunan mengenai prestasi kepada inisiatif kami yang dinyatakan

dalam Rancangan Korporat kami;

Kami mematuhi standard pelaporan kewangan yang diguna pakai, seperti yang dikehendaki oleh

undang-undang. Ini adalah bagi memastikan keandalan dan ketekalan maklumat kewangan. Kami

menyediakan maklumat kewangan tambahan di bahagian Perbincangan dan Analisis Pengurusan

dalam Laporan Tahunan kami;

Kami mempunyai Polisi Tadbir Urus Lembaga Pengarah, yang diwujudkan daripada prinsip dan

standard amalan terbaik antarabangsa dan tempatan. Ini membolehkan Lembaga Pengarah kami

mempamerkan pencapaiannya terhadap standard ini, seperti yang dilaporkan setiap tahun dalam

Pernyataan Tadbir Urus kami.

(ii)

Kami mempunyai proses tadbir urus bagi memamstikan terhdapat komunikasi dua hala dengan

pemegang kepentingan kami ketika merumus garis panduan dan peraturan. Polisi kami

menghendaki kami menjalankan proses pembuatan keputusan kami setelus yang mungkin, dalam

kekangan peruntukan kerahsiaan kami di bawah Akta PIDM. Ini membolehkan kami mengimbangi

dan memberi respons kepada keperluan dan keprihatinan konstituen kami dan membuat keputusan

dan polisi yang kukuh.

Kami telah melaksanakan proses perancangan strategik untuk menetapkan dan membangunkan

strategi berkesan serta objektif korporat yang jelas – yang berorientasikan keputusan – serta untuk

memantau dan melaporkan prestasi. Kami mempunyai rancangan korporat tiga tahun dengan hala

tuju strategik yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Setiap tahun, kami menjalankan penilaian

prestasi kami terhadap rancangan tersebut untuk dilaporkan. Ini membantu kami mengurus dan

memantau prestasi kami, serta menunjukkan bahawa usaha kami adalah cekap dan berkesan; dan

Kami menyediakan dan menyiarkan kebanyakan polisi, kod dan prosedur penting kami untuk

rujukan orang ramai.

Integriti Dalam Organisasi

Tadbir urus dalam sektor awam juga berkaitan dengan kawalan, tingkah laku dan pelaporan di peringkat

tertinggi sesebuah organisasi. Kami menganggap rangka kerja tadbir urus kami saling berkait rapat

dengan tatalaku dan etika setiap individu dalam organisasi. Sebuah badan berkanun dengan individu

yang mempamerkan standard integriti yang tinggi mampu mencapai objektifnya dengan lebih baik.

Begitulah halnya dengan PIDM, memandangkan salah satu objektif berkanun kami adalah bagi

menggalakkan dan menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan.

Rangka kerja tatalaku dan etika kami bertumpu kepada tingkah laku pekerja kami, serta ahli Lembaga

Pengarah kami. Rangka kerja kami disokong oleh prinsip objektiviti, keadilan dan integriti. Kami

mempunyai kod dan polisi mengenai tingkah laku dan etika serta perlindungan berprosedur, yang

semuanya bertujuan ke arah memastikan kami komited kepada standard tingkah laku yang tinggi.

Kod dan polisi utama bagi tujuan ini termasuklah Kod Tatalaku Urusan dan Etika bagi kakitangan dan

Pengarah, Kod Konflik Kepentingan, dan Polisi Perolehan, Kontrak dan Penyumberan Luar.

Bagaimanapun, kami ingin menegaskan bahawa rangka kerja etika tidak – hendaklah bukan – hanya

dengan dinyatakan semata-mata. Tatalaku dan etika yang baik mestilah diterapkan dengan bersungguhsungguh

dalam amalan harian dan budaya setiap individu di Perbadanan.

“Sesuatu Kod itu tidak berguna, kecuali mereka yang tertakluk di bawahnya, pertama, mengetahui

kewujudan dan kandungannya; kedua, memahami bagaimana ia mempengaruhi cara mereka

melaksanakan tugas mereka; dan ketiga, berkeinginan secara aktif untuk menjadi sebahagian daripada

budaya yang diterapkan olehnya”.

Sir Nigel Wicks, Pengerusi, “Ethics in Public Life”, Jawatankuasa Standard Dalam Kehidupan Awam (Jawatankuasa

Nolan), dalam ucapan beliau kepada Institute of Business Ethics, 19 September 2002.

Kami menerapkan integriti melalui pelbagai cara. Latihan dan komunikasi mengenai kod dan perkara

yang berkaitan dengan etika dijalankan secara berterusan. Kami mempunyai saluran bagi pekerja

membincangkan isu-isu etika. Di samping itu, proses-proses yang disediakan untuk mengingatkan

pekerja akan kewajipan mereka untuk patuh kepada kod dan polisi tersebut, dan juga untuk membantu

kami mengenal pasti salah laku dan pelanggaran etika, iaitu Polisi bagi Pendedahan Maklumat Mengenai

Salah Laku Di Tempat Kerja.

Bagi memastikan keberkesanan kod dan polisi ini, kami akan mengambil tindakan pantas dalam

menangani sebarang pelanggaran kepada kod dan polisi.

Program Pematuhan kami juga boleh didapati di http://www.pidm.gov.my/About-

PIDM/Governance.aspx?lang=ms-MY

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Polisi Tadbir Urus Lembaga Pengarah kami, “Integriti bergantung,

antara lain, pada standard dan profesionalisme peribadi setiap individu dalam entiti”. Kami yakin dalam

mengamalkan apa yang kami sampaikan. Kepimpinan memberikan insentif terbesar kepada yang lain

untuk menjadi sebahagian daripada budaya yang diterapkan oleh kod kami. Oleh itu, pihak pengurusan

kanan bertanggungjawab untuk mendokong – dalam bentuk tindakan dan bukan hanya pernyataan

hasrat – standard integriti tertinggi yang diterapkan oleh Kod kami.

Kesimpulan

Akhirnya, matlamat yang yang ingin kami ketengahkan di PIDM ialah, tadbir urus akan dihayati dengan

bukan sekadar teori. Prinsip-prinsipnya akan terus dipegang teguh dan diamalkan. Ini adalah penting

kepada pencapaian matlamat-matlamat kami.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!