10.07.2015 Views

Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM

Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM

Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

4 Buku Panduan Insurans Deposit 53. Apakah mandat PIDM?Di bawah Akta PIDM, objek berkanun PIDM adalah untuk:(a) mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaattakaful dan insurans di bawah Akta PIDM;(b) menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemuadeposit di bawah tanggungjawab bank ahli dan menyediakanperlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaattakaful atau insurans di bawah tanggungjawab ahli penginsurans;(c) memperuntukkan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalamsistem kewangan; dan(d) menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akanbertindak dengan cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.4. Apakah fungsi-fungsi utama PIDM?• Mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan ManfaatTakaful dan Insurans di Malaysia.• Mentaksirkan dan memungut premium daripada institusi ahli yangmerangkumi bank, serta pengendali takaful dan syarikat insurans.• Mengurus enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza – duabagi insurans deposit dan empat bagi perlindungan manfaat takaful daninsurans.• Mengendalikan resolusi sesebuah institusi ahli yang tidak berdaya maju.• Membuat pembayaran balik deposit kepada pendeposit sekiranyasesebuah bank ahli mengalami kegagalan atau membuat pembayaranterhadap tuntutan manfaat yang layak bagi pemilik sijil takaful dan polisiinsurans sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.• Mematuhi prinsip-prinsip Syariah berkenaan deposit Islam, manfaattakaful serta kumpulan dana insurans deposit Islam dan perlindungantakaful.• Melaksanakan inisiatif kesedaran awam dan program pendidikan bagimemantapkan pemahaman mengenai Sistem Insurans Deposit, SistemPerlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan PIDM.5. Siapa yang mentadbir PIDM?PIDM ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Pengerusi bukaneksekutif. Ahli lain termasuk dua ahli ex officio, iaitu Gabenor Bank NegaraMalaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, seorang pengarahdaripada sektor awam, seorang pengarah lain daripada sektor awamatau mempunyai pengalaman dalam sektor awam, dan empat pengarahdaripada sektor swasta dengan salah seorangnya mempunyai pengalamanberkaitan sektor perbankan dan kewangan. Pengerusi dan semua ahlibukan ex officio dilantik oleh Menteri Kewangan.Seorang Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab bagi pengawasandan pengurusan operasi harian PIDM. Peranan pengurusan Ketua PegawaiEksekutif disokong oleh Ketua Pegawai Operasi dan JawatankuasaPengurusan Eksekutif yang diwakili oleh Ketua-Ketua Bahagian dalamPIDM.Maklumat selanjutnya mengenai tadbir urus PIDM boleh dirujuk diwww.pidm.gov.my.6. Apakah kelebihan insurans deposit kepada pendeposit?• PIDM melindungi pendeposit yang menyimpan deposit diinsuranskandi bank-bank ahli.• Perlindungan insurans deposit disediakan secara automatik tanpacaj kepada pendeposit.• Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli, PIDM akan membayar balikdeposit diinsuranskan kepada pendeposit dengan segera.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!