10.07.2015 Views

Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM

Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM

Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku PanduanInsurans Deposit

KANDUNGAN23810101112161718192324262833PENGENALANSISTEM INSURANS DEPOSIT DI MALAYSIAKEAHLIANPERLINDUNGANSiapa yang dilindungiProduk yang dilindungiHad perlindunganAkaun konvensional dan IslamAkaun bersamaAkaun milikan tunggal, perkongsian,praktik profesional dan syarikatAkaun amanahPenggabungan institusi kewanganPEMBIAYAANPEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSITPERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANSDEPOSITMAKLUMAT LANJUT

2 Buku Panduan Insurans Deposit 3PENGENALANSISTEM INSURANS DEPOSIT DI MALAYSIAInsurans deposit adalah sistem yang melindungi pendeposit daripadakehilangan deposit yang diinsuranskan sekiranya berlaku kegagalanbank. Sebagai komponen penting dalam jaringan keselamatan kewangan,insurans deposit menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara.Insurans deposit diperkenalkan buat kali pertama di Amerika Syarikat pada1933 berikutan peristiwa Kemelesetan Ekonomi Besar (Great Depression).Sejak itu, insurans deposit telah dilaksanakan di lebih 100 negara, termasukKanada, Perancis, Jepun, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan.Di Malaysia, sistem insurans deposit diberi mandat menerusi undangundangdan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(PIDM), sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 2005. PIDMdipertanggungjawabkan mentadbir sistem itu dengan efisien dan efektifdemi kepentingan pendeposit dan pemegang kepentingan utama lain.Sistem insurans deposit nasional itu dibentuk khusus bagi memenuhikeperluan rakyat Malaysia. Antara ciri-ciri uniknya ialah perlindungan bagikedua-dua deposit konvensional dan deposit Islam (diuruskan berlandaskanprinsip-prinsip Syariah) di bawah sebuah organisasi.Sejajar dengan perkembangan antarabangsa, had dan skop perlindungandi bawah sistem insurans deposit nasional itu telah diperluaskan denganenakmen Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). Inimerupakan sebahagian daripada usaha untuk memantapkan perlindungankonsumer kewangan di negara ini.1. Apakah Insurans Deposit?Insurans deposit ialah satu sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagimenyediakan perlindungan kepada pendeposit terhadap kehilangandeposit diinsuranskan yang disimpan di bank-bank ahli, sekiranyaberlaku kegagalan bank 1 . Sistem ini diperkenalkan di Malaysia pada1 September 2005.Insurans deposit secara umumnya ialah skim yang ditaja oleh kerajaan.Sistem ini tidak disediakan atau berkaitan dengan atau diurus olehmana-mana syarikat insurans am atau hayat. Di Malaysia, sistem insuransdeposit ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).2. Apakah PIDM?PIDM ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta PerbadananInsurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). PIDM ditubuhkan pada 2005untuk mentadbir sistem insurans deposit nasional yang disasarkan untukmelindungi pendeposit. Mulai 31 Disember 2010, peranan PIDM telahdiperluaskan untuk mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful danInsurans bagi menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful danpolisi insurans. PIDM juga menyediakan insentif bagi pengurusan risikomantap dalam sistem kewangan, serta menggalakkan dan menyumbangkepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.PIDM juga dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Malaysia DepositInsurance Corporation (MDIC).¹ Sila rujuk kepada bahagian “Keahlian” dalam Buku Panduan ini.

4 Buku Panduan Insurans Deposit 53. Apakah mandat PIDM?Di bawah Akta PIDM, objek berkanun PIDM adalah untuk:(a) mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaattakaful dan insurans di bawah Akta PIDM;(b) menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemuadeposit di bawah tanggungjawab bank ahli dan menyediakanperlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaattakaful atau insurans di bawah tanggungjawab ahli penginsurans;(c) memperuntukkan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalamsistem kewangan; dan(d) menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), PIDM akanbertindak dengan cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.4. Apakah fungsi-fungsi utama PIDM?• Mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan ManfaatTakaful dan Insurans di Malaysia.• Mentaksirkan dan memungut premium daripada institusi ahli yangmerangkumi bank, serta pengendali takaful dan syarikat insurans.• Mengurus enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza – duabagi insurans deposit dan empat bagi perlindungan manfaat takaful daninsurans.• Mengendalikan resolusi sesebuah institusi ahli yang tidak berdaya maju.• Membuat pembayaran balik deposit kepada pendeposit sekiranyasesebuah bank ahli mengalami kegagalan atau membuat pembayaranterhadap tuntutan manfaat yang layak bagi pemilik sijil takaful dan polisiinsurans sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.• Mematuhi prinsip-prinsip Syariah berkenaan deposit Islam, manfaattakaful serta kumpulan dana insurans deposit Islam dan perlindungantakaful.• Melaksanakan inisiatif kesedaran awam dan program pendidikan bagimemantapkan pemahaman mengenai Sistem Insurans Deposit, SistemPerlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan PIDM.5. Siapa yang mentadbir PIDM?PIDM ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Pengerusi bukaneksekutif. Ahli lain termasuk dua ahli ex officio, iaitu Gabenor Bank NegaraMalaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, seorang pengarahdaripada sektor awam, seorang pengarah lain daripada sektor awamatau mempunyai pengalaman dalam sektor awam, dan empat pengarahdaripada sektor swasta dengan salah seorangnya mempunyai pengalamanberkaitan sektor perbankan dan kewangan. Pengerusi dan semua ahlibukan ex officio dilantik oleh Menteri Kewangan.Seorang Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab bagi pengawasandan pengurusan operasi harian PIDM. Peranan pengurusan Ketua PegawaiEksekutif disokong oleh Ketua Pegawai Operasi dan JawatankuasaPengurusan Eksekutif yang diwakili oleh Ketua-Ketua Bahagian dalamPIDM.Maklumat selanjutnya mengenai tadbir urus PIDM boleh dirujuk diwww.pidm.gov.my.6. Apakah kelebihan insurans deposit kepada pendeposit?• PIDM melindungi pendeposit yang menyimpan deposit diinsuranskandi bank-bank ahli.• Perlindungan insurans deposit disediakan secara automatik tanpacaj kepada pendeposit.• Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli, PIDM akan membayar balikdeposit diinsuranskan kepada pendeposit dengan segera.

6 Buku Panduan Insurans Deposit 77. Apakah kelebihan insurans deposit kepada sistem kewangan?• Menggalakkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan Malaysiadengan melindungi pendeposit terhadap kehilangan wang deposit.• Memperkukuh dan melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yangsedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mampandalam sistem kewangan.• Meminimumkan kos kepada sistem kewangan menerusi penyelesaiankos terendah bagi mengendalikan resolusi bank ahli yang tidakberdaya maju.• Menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan menerusipengendalian resolusi bank ahli yang tidak berdaya maju dengan pantasdan membuat pembayaran balik kepada pendeposit secepat mungkin.8. Dengan pelaksanaan sistem insurans deposit, apakah perbezaanantara peranan PIDM dengan Bank Negara Malaysia (BNM)?BNM ialah pengawal selia utama sistem kewangan dan terusbertanggungjawab bagi mengekalkan kestabilan sistem kewangan. PIDMbekerjasama rapat dengan BNM dan melengkapkan peranan BNM dalammenyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mentadbirsistem insurans deposit dan memupuk pengurusan risiko berhemat olehbank-bank ahli.9. Bagaimana PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan?PIDM melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada denganmenyediakan insentif kepada bank-bank ahli untuk melaksanakan amalanpengurusan risiko mantap. PIDM diperkasakan dengan pelbagai instrumenperundangan yang meluas bagi membolehkan intervensi lebih awal agarmengurangkan atau mengelakkan kerugian kepada sistem kewangan.Di bawah Akta PIDM, kuasa intervensi dan resolusi PIDM adalah meluasdan termasuk kuasa untuk memperoleh aset daripada bank ahli, membuatpinjaman atau pendahuluan kepada bank ahli, memperoleh saham bankahli, dan mengambil semua tindakan yang perlu untuk mengurangkan koskegagalan kepada sistem kewangan. Sebaik sahaja BNM memaklumkankepada PIDM bahawa sesebuah bank ahli tidak lagi berdaya maju, PIDMmempunyai bidang kuasa lain, termasuk kuasa untuk mengambil alihkawalan bank ahli, menubuhkan institusi perantaraan dan menstruktursemula atau membubarkan bank ahli dalam melaksanakan penyelesaiankos terendah.Hubungan kerja kami diberi mandat dalam Akta PIDM dan diperincikandalam Perjanjian Perikatan Strategik. Perkongsian kami dengan BNMmemastikan pertukaran maklumat yang sewajarnya berkaitan institusi ahlidan kerjasama dalam semua aktiviti penting.

8 Buku Panduan Insurans Deposit 9KEAHLIAN1. Bank-bank yang manakah merupakan institusi ahli PIDM?Bank-bank ahli PIDM ialah semua bank perdagangan berlesen di bawahAkta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan dan semua bank Islam berlesendi bawah Akta Bank Islam, termasuk bank asing yang beroperasi diMalaysia. Keahlian adalah wajib mengikut peruntukan di bawah Akta PIDM.2. Bagaimana cara mengenal pasti sesebuah bank sebagai institusiahli PIDM?Satu senarai bank yang merupakan institusi ahli PIDM (juga dikenalisebagai "bank ahli") boleh diperoleh sama ada dengan menghubungiPIDM di talian 1-800-88-1266 atau menerusi laman web PIDM diwww.pidm.gov.my.4. Adakah bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan [sepertiBank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian MalaysiaBerhad (Agrobank), dan lain-lain] atau bank Islam antarabangsainstitusi ahli PIDM?Pada masa ini, institusi tersebut bukan institusi ahli PIDM. Justeru, deposityang disimpan di bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan danbank Islam antarabangsa tidak dilindungi di bawah sistem insurans deposityang ditadbir oleh PIDM.Di bawah Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011, semua bankahli dikehendaki mempamerkan tanda keahlian ini di pintu masuk semuacawangan.SemenanjungMalaysiaSabahSarawak3. Adakah deposit di cawangan dan anak syarikat bank-bank domestikdi luar Malaysia dilindungi?Tidak, tetapi deposit itu mungkin dilindungi oleh skim perlindungan atauinsurans deposit yang beroperasi di negara tersebut.

10 Buku Panduan Insurans Deposit 11PERLINDUNGANSiapa yang dilindungi1. Adakah perlindungan insurans deposit disediakan kepada semuapendeposit?Ya, semua pendeposit – individu dan entiti perniagaan – menikmatiperlindungan insurans deposit asalkan mereka memiliki akaun deposit yanglayak dilindungi dengan sesebuah bank ahli.2. Adakah deposit yang disimpan di bank ahli oleh bukan pemastautinatau pemastautin Malaysia yang menetap di luar Malaysia dilindungi?Ya, kewarganegaraan dan tempat tinggal pendeposit tidak menjejaskanperlindungan insurans deposit. Deposit yang disimpan di bank ahli akandilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.3. Adakah pendeposit perlu memohon atau mendaftar bagimendapatkan perlindungan insurans deposit?Tidak, pendeposit tidak perlu memohon atau mendaftar bagi mendapatkanperlindungan insurans deposit. Insurans deposit disediakan secaraautomatik bagi akaun deposit layak yang disimpan di bank-bank ahli.Produk yang dilindungi1. Apakah jenis deposit yang dilindungi?Deposit yang layak dilindungi termasuklah:• Deposit simpanan;• Deposit semasa atau permintaan;• Deposit tetap;• Deposit mata wang asing;• Produk berstruktur konvensional dijamin prinsipal;• Akaun deposit Islam seperti akaun simpanan wadiah dan depositpelaburan Mudharabah; dan• Draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuatterhadap akaun deposit.PIDM boleh meluluskan instrumen kewangan lain, dari semasa ke semasa,sebagai layak untuk perlindungan insurans deposit.2. Apakah jenis produk yang tidak dilindungi?Produk berikut tidak layak mendapat perlindungan insurans deposit:• Deposit berstruktur konvensional yang tidak dijamin prinsipal• Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia• Deposit pasaran wang• Instrumen deposit boleh niaga dan deposit pembawa lain• Perjanjian pembelian semula• Amanah saham, stok dan saham• Produk atau akaun pelaburan berkaitan emas

12 Buku Panduan Insurans Deposit 133. Bagaimanakah pendeposit boleh mengetahui sama ada depositmereka layak mendapat perlindungan insurans deposit?Bank ahli dikehendaki memaklumkan kepada pendeposit sama ada sesuatuproduk deposit layak atau tidak layak bagi mendapatkan perlindunganinsurans deposit oleh PIDM sebelum mereka menyimpan wang mereka.Semua produk deposit yang layak dilindungi disenaraikan dalam satu daftarsenarai oleh setiap bank ahli dan daftar ini disediakan secara percuma bagirujukan orang awam.Syarat-syarat ini adalah sejajar dengan Peraturan-Peraturan PerbadananInsurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai InsuransDeposit) 2011 bagi memastikan bank ahli menyediakan maklumat yangtepat, relevan dan terkini mengenai perlindungan insurans deposit.Butiran lanjut disediakan dalam bahagian “Peruntukan Maklumat MengenaiInsurans Deposit” dalam Buku Panduan ini.Had perlindungan1. Apakah had perlindungan insurans deposit?PIDM melindungi deposit layak sehingga RM250,000 bagi setiap pendepositdi setiap bank ahli. Had RM250,000 itu termasuk amaun prinsipal depositdan faedah/pulangan. Had itu juga terpakai secara berasingan kepadadeposit Islam dan konvensional.3. Bolehkah saya beli perlindungan tambahan sekiranya amaun depositsaya melebihi RM250,000?Tidak. Insurans deposit tidak boleh dibeli kerana perlindungan ini bukanseperti produk insurans am atau insurans hayat. Insurans depositdisediakan secara automatik oleh Kerajaan dan ditadbir oleh PIDM bagimanfaat pendeposit.4. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyaibeberapa akaun deposit dalam bank ahli yang sama?Semua akaun deposit yang disimpan oleh seseorang pendeposit akandijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.ContohPemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM)Anita Simpanan 100,000Semasa 100,000Deposit tetap 80,000Jumlah deposit 280,000Dilindungi oleh PIDM 250,0002. Mengapa had perlindungan ditetapkan pada RM250,000?Had itu ditetapkan berdasarkan satu kaji selidik yang menunjukkan bahawa99% daripada semua pendeposit akan dilindungi sepenuhnya oleh PIDMpada had itu.

14 Buku Panduan Insurans Deposit 155. Bagaimanakah sekiranya akaun pendeposit dalam sesebuah bankahli berjumlah kurang daripada had perlindungan RM250,000?Akaun deposit akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga amaun sebenaryang disimpan oleh pendeposit tertakluk kepada had perlindunganmaksimum RM250,000.ContohPemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM)Melissa Simpanan 5,000Semasa 5,000Deposit tetap 15,000Jumlah deposit 25,000Dilindungi oleh PIDM 25,0007. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyaibeberapa akaun deposit di cawangan berbeza bank ahli yang sama?Semua akaun deposit yang disimpan oleh seseorang pendepositdi cawangan berbeza bank ahli yang sama akan dijumlahkan dan dilindungisehingga RM250,000.ContohPemegangAkaunJenis Akaun Cawangan Amaun (RM)Jeffrey Simpanan Kuala Lumpur 80,000Semasa Ipoh, Perak 150,000Deposit tetap Kuching, Sarawak 80,000Jumlah deposit 310,000Dilindungi oleh PIDM 250,0006. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyai akaundeposit mata wang asing dan juga akaun deposit mata wang RinggitMalaysia di bank ahli yang sama?Bagi tujuan insurans deposit, sekiranya seseorang pendeposit menyimpandeposit mata wang asing dan juga deposit Ringgit Malaysia dalam bankahli yang sama, amaun deposit akan dijumlahkan dan pendeposit akanmenikmati perlindungan sehingga RM250,000.ContohPemegangAkaunJenis AkaunAmaun (MataWang Asing)Amaun (RM ataubersamaan RM)Liza Simpanan 100,000 300,000Semasa 100,000Deposit tetap 80,000Jumlah deposit 480,000Dilindungi oleh PIDM 250,0008. Bagaimanakah sekiranya seseorang pendeposit mempunyai jenisakaun berbeza di bank ahli yang sama?Pendeposit menikmati perlindungan berasingan bagi akaun Islam danakaun konvensional. Akta PIDM memperuntukkan had perlindunganberasingan RM250,000 bagi setiap pendeposit yang memegang jenisdeposit berikut:• Akaun individu• Akaun bersama• Akaun amanah• Akaun milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan syarikatAndaian: 1 unit mata wang asing = RM3.00

16 Buku Panduan Insurans Deposit 179. Jika saya mempunyai deposit di beberapa bank ahli, adakah semuadeposit saya akan dijumlahkan bagi tujuan insurans deposit?Tidak, deposit dalam bank ahli berbeza dilindungi secara berasingan. Hadperlindungan RM250,000 itu terpakai bagi setiap pendeposit di setiapbank ahli.ContohPemegangAkaunJenis Akaun Bank Amaun (RM) Dilindungi (RM)May Simpanan X 200,000 200,000Semasa Y 300,000 250,000Deposit tetap Z 80,000 80,000Jumlah deposit 580,000Dilindungi oleh PIDM 530,000Akaun Konvensional dan Islam1. Adakah deposit Islam dan konvensional di bank ahli yang samadilindungi secara berasingan?Ya, deposit Islam dan konvensional layak bagi had perlindungan berasinganRM250,000.ContohPemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM) Dilindungi (RM)Zita Simpanan konvensional 150,000Semasa konvensional 150,000Jumlah konvensional 300,000 250,000Simpanan Islam 275,000 250,000Jumlah deposit 575,000 500,000Jumlah perlindungan insurans deposit Zita ialah RM500,000 terdiriRM250,000 bagi deposit konvensional dan RM250,000 bagi deposit Islam.Akaun bersama1. Adakah akaun bersama menikmati perlindungan insurans depositberasingan?Ya, deposit yang dimiliki bersama dilindungi secara berasingan daripadajenis akaun deposit lain. Selain itu, akaun bersama yang disimpan bersamapemegang akaun bersama berbeza menikmati perlindungan berasingan.Bagaimanapun, perlindungan maksimum bagi akaun bersama ialahRM250,000 secara kolektif dan bukan RM250,000 bagi setiap pemegangakaun bersama.ContohPemegang Akaun Jenis Akaun Amaun (RM) Dilindungi (RM)Daniel Individu 50,000 50,000Daniel dan isteri Bersama (Simpanan) 50,000Bersama (Semasa) 50,000 100,000Daniel, isteri dan Bersama 260,000 250,000anak lelakiDaniel, isteri dan Bersama 240,000 240,000anak perempuanJumlah 650,000 640,000Jumlah perlindungan insurans deposit adalah sebanyak RM640,000 terdiridaripada:• Perlindungan RM50,000 bagi akaun individu Daniel• Perlindungan RM100,000 bagi akaun bersama Daniel dan isteri• Perlindungan RM250,000 bagi akaun bersama Daniel, isteri dan anaklelaki• Perlindungan RM240,000 bagi akaun bersama Daniel, isteri dan anakperempuanBagi akaun bersama, deposit layak bagi mendapat perlindungan insuransdeposit berasingan dengan syarat:• akaun deposit disimpan sebagai akaun bersama;• deposit itu disimpan dalam akaun deposit boleh diinsuranskan; dan• Butiran terperinci setiap pemegang akaun bersama didedahkan dalamrekod bank ahli termasuk nama, alamat dan nombor kad pengenalan ataunombor pasport.

18 Buku Panduan Insurans Deposit 19Akaun milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan syarikat1. Bagaimana dengan deposit yang disimpan oleh akaun milikantunggal, perkongsian, praktik profesional atau syarikat?Deposit yang disimpan di bawah akaun milikan tunggal, perkongsian atausyarikat atau disimpan oleh seorang pendeposit yang menjalankan praktikprofesional dilindungi secara berasingan, dengan syarat maklumat pemilikanitu didedahkan dalam rekod bank ahli.Dalam hal perkongsian, praktik profesional atau syarikat, perlindunganmaksimum bagi entiti tersebut ialah RM250,000 secara kolektif dan bukanRM250,000 bagi setiap rakan kongsi.ContohPemegangAkaunJenisDepositJenisAkaunAmaun (RM)Dilindungi (RM)Maria Individu Simpanan 300,000 250,000Maria, Leong & Co Praktik Semasa 280,000 250,000(firma guaman) profesionalMaria Flowers and Syarikat Semasa 180,000 180,000Gifts Sdn. Bhd.Jumlahdeposit760,000 680,000Jumlah perlindungan insurans deposit ialah RM680,000 terdiri daripada:• Perlindungan RM250,000 bagi akaun peribadi Maria yang disimpansebagai individu• Perlindungan RM250,000 bagi Maria, Leong & Co• Perlindungan RM180,000 bagi Maria Flowers and Gifts Sdn. Bhd.Akaun amanah1. Adakah akaun amanah menikmati perlindungan insurans depositberasingan?Ya, deposit dalam akaun amanah (termasuk akaun deposit pelanggan yangdisimpan oleh praktik profesional) dilindungi secara berasingan daripadadeposit dalam jenis akaun lain.Akaun amanah disimpan oleh pemegang amanah bagi manfaat seorangatau lebih benefisiari.Benefisiari akaun amanah boleh menerima perlindungan insurans depositberasingan sekiranya akaun deposit amanah layak mendapat perlindunganinsurans deposit, dan pemegang amanah mengemukakan kepentingansetiap benefisiari dan amaun berkewajipan kepada setiap benefisiari dalamrekod bank ahli.Bagi butiran lanjut mengenai pengemukaan maklumat akaun amanah, silarujuk kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(Keperluan Pendedahan bagi Akaun Amanah dan Akaun Bersama) 2007yang boleh diperoleh di laman web PIDM (www.pidm.gov.my).PIDM berhak untuk tidak melindungi mana-mana akaun amanah, sekiranyamengikut pertimbangannya, amanah itu diwujudkan khususnya untukmendapatkan atau meningkatkan perlindungan insurans deposit.

20 Buku Panduan Insurans Deposit 212. Bagaimana sekiranya pemegang amanah menyimpan beberapaakaun bagi seseorang benefisiari dalam bank ahli yang sama?Semua deposit akan dijumlahkan dan dilindungi sehingga RM250,000.ContohRena mempunyai dua akaun deposit amanah bagi anak lelakinya dalambank ahli yang sama.Akaun Benefisiari Amaun (RM)1 Rena sebagai pemegang amanah Anak lelaki 50,0002 Rena sebagai pemegang amanah Anak lelaki 50,000Jumlah deposit 100,000Dilindungi 100,0003. Bagaimana sekiranya pemegang amanah menyimpan beberapaakaun bagi seseorang benefisiari di bank ahli yang sama?Setiap akaun dilindungi secara berasingan sehingga RM250,000 dengansyarat kepentingan setiap benefisiari didedahkan dalam rekod bank ahli.ContohRoy mempunyai dua akaun deposit amanah bagi anak-anaknya dalambank ahli yang sama.Akaun Benefisiari Amaun (RM) Dilindungi (RM)1 Roy sebagai Anak lelaki 260,000 250,000pemegang amanah2 Roy sebagai Anak perempuan 260,000 250,000pemegang amanahJumlah deposit 520,000 500,0004. Bagaimana sekiranya beberapa pemegang amanah menyimpanakaun bagi seseorang benefisiari di bank ahli yang sama?Benefisiari itu menerima perlindungan berasingan sehingga RM250,000bagi setiap akaun.ContohAkaun Pemegang Amanah Benefisiari Amaun (RM) Dilindungi (RM)1 Ramli & Co. Andy 300,000 250,0002 Chew & Co. Andy 300,000 250,0003 Gopal & Co. Andy 100,000 100,0005. Bagaimana sekiranya pemegang amanah menyimpan satu akaunbagi beberapa benefisiari dan gagal mendedahkan maklumatmengenai benefisiari?Akaun itu akan dianggap sebagai akaun deposit biasa yang disimpanoleh pemegang amanah dan had perlindungan RM250,000 bagi setiappendeposit di setiap bank akan terpakai.ContohPemegangAkaunBenefisiariAmanah1 Ramli & Co. TidakdidedahkanAkaun ini hanya akan dilindungi sehingga RM250,000.Jumlah Amaun(RM)Dilindungi (RM)500,000 250,000Jumlah perlindungan insurans deposit ialah RM500,000 terdiridaripada RM250,000 bagi anak lelakinya dan RM250,000 bagi anakperempuannya.

22 Buku Panduan Insurans Deposit 236. Apakah tanggungjawab seseorang pemegang amanah bagimemastikan akaun amanah diberikan perlindungan insurans depositsewajarnya bagi setiap benefisiari?Seseorang pemegang amanah bertanggungjawab mengemukakanmaklumat berikut kepada bank ahli yang memegang akaun amanahtersebut:• Satu kenyataan bahawa deposit itu ialah akaun amanah yang mempunyaibenefisiari• Nombor akaun amanah• Nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasportsetiap benefisiari• Butir-butir amaun atau peratusan kepentingan setiap benefisiari dalamdeposit itu pada 31 Disember tahun sebelumnyaPemegang amanah itu tidak perlu mengemukakan nama dan alamat setiapbenefisiari sekiranya pemegang amanah dilarang oleh undang-undangatau terma dan syarat amanah untuk membuat pengemukaan sedemikian.Sebaliknya, pemegang amanah boleh menggunakan kod alphanumerikberasingan atau pengenal pasti lain untuk mewakili setiap benefisiari dalamrekod pemegang amanah.Penggabungan institusi kewangan1. Apakah yang berlaku kepada deposit diinsuranskan sekiranya duabank ahli bergabung?Sekiranya pendeposit mempunyai deposit di dua atau lebih bank ahliyang bergabung, deposit itu akan terus dilindungi secara berasingan bagitempoh dua tahun sehingga kematangan atau pengeluaran penuh deposit,yang mana dahulu, selepas tarikh penggabungan atau pengambilalihan.2. Apakah yang akan berlaku kepada deposit diinsuranskan dalampenggabungan yang melibatkan institusi bukan ahli?Sekiranya pendeposit mempunyai deposit di bank ahli yang diambil aliholeh institusi bukan ahli, deposit itu akan terus dilindungi bagi baki tahuntersebut, atau sehingga kematangan atau pengeluaran penuh deposit,yang mana dahulu, selepas tarikh penggabungan.7. Bilakah pengemukaan maklumat akaun amanah dikehendaki?Maklumat tersebut perlu dikemukakan kepada bank ahli pada 31 Macsetiap tahun berkaitan baki dalam akaun amanah pada 31 Disember tahunsebelumnya. Pengemukaan tahunan itu dibuat kepada bank ahli dan bukanPIDM.Bagi maklumat lanjut mengenai pengemukaan maklumat akaun amanah, silarujuk kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(Keperluan Pendedahan bagi Akaun Amanah dan Akaun Bersama) 2007yang boleh diperoleh di laman web PIDM (www.pidm.gov.my).

24 Buku Panduan Insurans Deposit 25PEMBIAYAAN1. Bagaimana PIDM dibiayai?PIDM dibiayai oleh premium tahunan yang dibayar oleh institusi ahli. Justeru,tiada kos langsung kepada pendeposit bagi perlindungan insurans deposit.Sekiranya PIDM dikehendaki membuat pembayaran balik deposit kepadapendeposit, dana PIDM akan digunakan untuk membuat pembayaran balikdeposit diinsuranskan kepada pendeposit.2. Bagaimana premium dikira?Premium tahunan dikira dengan mendarabkan jumlah deposit diinsuranskandengan kadar premium boleh diguna pakai yang ditentukan di bawahrangka kerja Sistem Premium Berbeza.Premium tahunan = Jumlah deposit diinsuranskan* x Kadar premium ditetapkan* kedudukan pada 31 Disember tahun taksiran sebelumnyaKadar premium ditetapkan yang boleh diguna pakai terhadap bank ahlidi bawah rangka kerja Sistem Premium Berbeza akan berdasarkan profilrisiko bank ahli. Bank ahli dengan profil risiko lebih tinggi tertakluk kepadakadar premium lebih tinggi berbanding dengan bank ahli dengan profil risikolebih rendah.Bagi penjelasan lanjut, sila rujuk kepada “Garis Panduan Sistem PremiumBerbeza” dan “Garis Panduan Jumlah Deposit Diinsuranskan: Pengiraandan Penyiapan Borang Serahan” yang boleh diperoleh di laman web PIDM(www.pidm.gov.my).3. Bilakah bank ahli dikehendaki membayar premium tahunan?Bank ahli dikehendaki membayar premium tahunan pada 31 Mei setiaptahun taksiran.4. Apakah yang berlaku kepada premium yang dibayar oleh bank ahli?Premium yang dibayar oleh bank ahli digunakan bagi membiayai operasiPIDM dan membina rizab bagi memenuhi sebarang pembayaran kepadapendeposit sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.Oleh sebab sistem insurans deposit menyediakan perlindungan bagideposit konvensional dan Islam, PIDM menyenggara dan mentadbir duakumpulan dana insurans deposit berasingan:• Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam – terdiri daripada premiumyang diterima oleh PIDM bagi perlindungan deposit diinsuranskanIslam dan pulangan yang diperoleh selepas memenuhi kos langsungmengendalikan sistem insurans deposit Islam.• Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional – terdiridaripada premium yang diterima oleh PIDM bagi perlindungan depositdiinsuranskan konvensional dan pendapatan pelaburan yang diperolehselepas memenuhi kos mengendalikan sistem insurans depositkonvensional.5. Bagaimana dana lebihan dilaburkan?Dana lebihan dikumpul untuk membina rizab bagi memenuhi obligasi masadepan kepada pendeposit. Objektif polisi pelaburan PIDM adalah untukmemelihara modal dan menyenggara dana bagi memenuhi obligasi masadepan.Polisi pelaburan terkini PIDM adalah sejajar dengan keperluan Akta PIDMdengan pelaburan dalam sekuriti Kerajaan atau Bank Negara Malaysia(BNM) dalam mata wang Ringgit berjangka pendek. Pelaburan yang dibuatdaripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam diuruskan berlandaskanprinsip-prinsip Syariah.

26 Buku Panduan Insurans Deposit 27PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT1. Dalam keadaan apakah pembayaran dibuat kepada pendeposit?Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli yang memerlukan pembayarandibuat kepada pendeposit, PIDM akan membayar balik pendepositsehingga amaun yang dilindungi. PIDM akan membuat pembayarandi bawah keadaan berikut:• Pembayaran wajib – Jika perintah penggulungan telah dibuat berkenaandengan sesebuah bank ahli, PIDM akan membayar balik deposit yangdiinsuranskan secepat mungkin dan tidak melewati tempoh tiga bulandari tarikh perintah penggulungan.• Pembayaran budi bicara – dengan kelulusan Menteri Kewangan, jika:(i) Bank ahli yang memegang deposit tidak dapat membayar balikdeposit diinsuranskan kerana:• perintah mahkamah;• satu tindakan diambil oleh badan pengawal selia atau PIDM; atau• satu tindakan diambil oleh pentadbir dan/atau pengurus hartaketika bank berada di bawah pentadbir harta milik;(ii) Satu petisyen bagi penggulungan bank dikemukakan kepadamahkamah; atau(iii) Keahlian bank sebagai bank ahli PIDM telah dibatalkan atauditamatkan.3. Bagaimanakah dan bilakah pembayaran balik akan dibuat?PIDM akan membuat pengumuman untuk memaklumkan kepadapendeposit cara dan masa pembayaran balik deposit diinsuranskan akandibuat. PIDM juga akan menyediakan saluran komunikasi, termasuk PusatPanggilan dan laman web, bagi orang awam yang ingin mengetahuikedudukan deposit diinsuranskan mereka.4. Adakah pendeposit perlu mengemukakan tuntutan bagi pembayaranbalik?Tidak, mereka tidak perlu mengemukakan sebarang tuntutan. PIDM akanmembayar balik kepada pendeposit berdasarkan maklumat yang diperolehdaripada bank ahli berkaitan deposit diinsuranskan mereka.5. Bagaimana pula dengan amaun deposit yang tidak diinsuranskan?Jika berlaku pembubaran sesebuah bank ahli, pendeposit bolehmendaftarkan tuntutan kepada likuidator bank ahli bagi mendapat semulaamaun yang melebihi amaun yang diinsuranskan.2. Daripada dana-dana yang manakah deposit akan dibayar balik?Pembayaran balik deposit konvensional (dan kos berkaitan) akan dibuatdaripada Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional manakalapembayaran balik deposit Islam (dan kos berkaitan) akan dibuat daripadaKumpulan Dana Insurans Deposit Islam.

28 Buku Panduan Insurans Deposit 29PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT1. Apakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit?Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PeruntukanMaklumat Mengenai Insurans Deposit) 2011, juga dikenali sebagaiPeraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit, memastikan bankbankahli menyediakan kepada pendeposit maklumat penting mengenaiperlindungan insurans deposit termasuk had dan skop perlindungan yangdisediakan oleh PIDM.Peraturan-Peraturan ini membolehkan pendeposit mendapatkan semuamaklumat yang mereka perlukan bagi membuat keputusan berdasarkanmaklumat mengenai produk deposit yang ditawarkan oleh bank ahli. Bankahli juga dikehendaki memaklumkan kepada pendeposit sama ada sesuatuproduk deposit itu layak bagi perlindungan insurans deposit oleh PIDMsebelum mereka menyimpan dana mereka di bank tersebut.2. Apakah objektif utama Peraturan-Peraturan Maklumat InsuransDeposit?Peraturan-Peraturan itu memastikan bank-bank ahli menyediakan kepadapendeposit maklumat yang tepat, relevan dan terkini mengenai perlindunganinsurans deposit dan perlindungan bagi produk deposit mereka.3. Bagaimana Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Depositmemberi manfaat kepada orang awam?Peraturan-Peraturan itu memupuk ketelusan di kalangan bank ahli danmemantapkan perlindungan konsumer kewangan. Pendeposit bolehmembuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang disediakanoleh bank ahli. Peraturan-Peraturan itu akan menberi kejelasan kepadaorang awam mengenai kebolehinsuranan produk deposit.4. Dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Maklumat InsuransDeposit, apakah yang boleh didapati oleh pendeposit daripadabank?Sebelum pendeposit menyimpan dana mereka dalam mana-mana produkdeposit, bank ahli dikehendaki:• Memaklumkan kepada pendeposit sama ada sesuatu produk deposititu layak atau tidak layak bagi mendapatkan perlindungan insuransdeposit daripada PIDM;• Menyediakan kepada pendeposit brosur PIDM mengenai insuransdeposit; dan• Mendapatkan perakuan daripada pendeposit bahawa beliau mengetahuiproduk tersebut diinsuranskan atau tidak diinsuranskan oleh PIDM dantelah menerima brosur PIDM mengenai insurans deposit.Selain itu, bank ahli harus merujukkan pendeposit kepada daftar senaraisemua produk deposit yang layak bagi perlindungan insurans deposit.5. Apakah perlambangan yang perlu dibuat oleh institusi ahli bagimenunjukkan keahliannya dalam PIDM?Semua bank ahli dikehendaki mempamerkan tanda keahlian PIDM dipejabat, laman web dan pelindung skrin (screensaver) atau halaman utamamesin teler automatik (ATM). Pendeposit perlu memerhatikan tanda keahlianini bagi mengesahkan sama ada bank tersebut ialah bank ahli PIDM.SemenanjungMalaysiaSabahSarawakSenarai bank ahli boleh diperoleh sama ada dengan menghubungiPIDM di talian 1-800-88-1266 atau mengakses laman web PIDMdi www.pidm.gov.my.

30 Buku Panduan Insurans Deposit 316. Adakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit ini terpakaikepada kedua-dua produk deposit konvensional dan Islam?Ya, Peraturan-Peraturan ini terpakai kepada kedua-dua produk depositkonvensional dan Islam.10. Adakah skim saham amanah dilindungi oleh PIDM?Tidak. Apabila menjual saham amanah, bank ahli dikehendaki mendapatkanperakuan daripada pelanggan bahawa mereka mengetahui yang skimsaham amanah tidak dilindungi oleh PIDM.7. Apakah jenis pendedahan bagi kebolehinsuranan produk?Terdapat dua jenis pendedahan:• Pendedahan positif yang menyatakan sesuatu produk itu diinsuranskanoleh PIDM.• Pendedahan negatif yang menyatakan sesuatu produk itu tidakdiinsuranskan oleh PIDM.11. Bagaimana pula dengan pengeluaran wang daripada depositdiinsuranskan bagi pembelian saham amanah?Sebaik sahaja pendeposit mengeluarkan wang daripada akaun deposituntuk membeli saham amanah, amaun yang dikeluarkan itu tidak lagi layakmendapat perlindungan insurans deposit. Bank ahli wajib mendapatkanperakuan daripada pendeposit yang menunjukkan mereka mengetahuiwang sedemikian tidak lagi dilindungi oleh PIDM.8. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat tersebut?Maklumat akan disiarkan dalam “instrumen” deposit, seperti perjanjianatau dokumen yang dikeluarkan oleh bank ahli kepada pelangganmereka. Bagaimanapun, slip bank, cek, draf bank, kad dan sebarangbentuk pengesahan lain sementara atau rakaman urus niaga kewangandikecualikan daripada Peraturan-Peraturan ini.9. Adakah pendedahan sedemikian diperlukan bagi produk depositjenis gabungan?Ya. Produk atau deposit hibrid dikehendaki menyiarkan pernyataan yangmenunjukkan perbezaan jelas antara komponen deposit diinsuranskan dandeposit tidak diinsuranskan. Bagi produk hibrid, perbezaan jelas perlu dibuatantara komponen deposit diinsuranskan atau deposit tidak diinsuranskandan komponen produk bukan deposit.12. Di manakah pendeposit boleh mendapatkan brosur mengenaiinsurans deposit?Brosur PIDM disediakan secara percuma di semua bank ahli serta di lamanweb bank ahli atau di laman web PIDM di www.pidm.gov.my. Bank ahlijuga dikehendaki menyediakan kepada pendeposit brosur PIDM sebelummereka menyimpan dana mereka dalam mana-mana produk deposit.Brosur itu terdapat dalam enam bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, BahasaMalaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan BahasaKadazandusun. Pendeposit boleh menghubungi PIDM untuk memintasalinan brosur dalam bahasa pilihan mereka.Deposit hibrid mempunyai komponen kedua-dua deposit diinsuranskandan deposit tidak diinsuranskan, manakala produk hibrid mempunyaikomponen kedua-dua deposit diinsuranskan dan tidak diinsuranskan, danproduk bukan deposit.

32 Buku Panduan Insurans Deposit 33MAKLUMAT LANJUT13. Bagaimanakah pendeposit boleh mendapatkan senarai produkdeposit diinsuranskan?Bank-bank ahli dikehendaki mempamerkan daftar produk depositdiinsuranskan dengan jelas di pejabat cawangan yang menjalankan urusanpengambilan deposit atau di laman web masing-masing. Pendeposit bolehmeminta sesalinan daftar itu dan bank ahli dikehendaki menyediakannyakepada pendeposit.Bagi mendapatkan maklumat lanjut:• Hubungi talian maklumat bebas tol PIDM: 1-800-88-1266dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)• Emel kepada info@pidm.gov.my• Layari laman web PIDM di www.pidm.gov.my14. Adakah pendeposit perlu membayar bagi mendapatkan daftartersebut?Tidak, sesiapa sahaja boleh meminta sesalinan daftar itu secara percuma.15. Adakah Peraturan-Peraturan Maklumat Insurans Deposit terpakaikepada cawangan luar negara bank-bank ahli?Tidak, Peraturan-Peraturan itu terpakai hanya di Malaysia bagi bank ahliPIDM.• Tulis kepada PIDM di alamat berikut:Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal AwamPerbadanan Insurans Deposit MalaysiaAras 12, Quill 7No. 9, Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurAtau:P. O. Box 1307150798 Kuala LumpurNo. Tel: +603-2173 7436No. Faks: +603-2173 7527 / 2260 7432

Aras 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.Telefon : 603-2173 7436Faks : 603-2173 7527 / 2260 7432Talian Bebas Tol : 1800 88 1266Laman Web : www.pidm.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!