10.07.2015 Views

Ucapan Pengerusi PUSPANITA KPWKM pada

Ucapan Pengerusi PUSPANITA KPWKM pada

Ucapan Pengerusi PUSPANITA KPWKM pada

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFFPENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKMSEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KE-7PUSPANITA CAWANGAN KPWKM31 MAC 2010 (RABU), 10 PAGI, DEWAN NIEW,WISMA SIME DARBYTerima kasih saudari Pengerusi Majlis.Pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan,Puan-puan Ahli Jawatankuasa dan ahli PUSPANITA Cawangan yangdihormati sekelian.Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swtkerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kita berkumpul sekalilagi sempena Mesyuarat Agung Ketujuh PUSPANITA CawanganKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunanpada tahun ini sebelum berakhirnya bulan Mac, seperti yangdikehendaki oleh Perkara 20 Perlembagaan. Semasa saya mengambilalih jawatan Pengerusi Puspanita Cawangan ini pada tahun 2008,memang menjadi hasrat saya untuk memastikan segala perjalananaktiviti Puspanita adalah berlandaskan Perlembagaannya.Hadirin dan hadirat sekalian,Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Wan NoorlinaWan Hussin telah melawat Puspanita Cawangan KPWKM pada 12 Mac2010 baru-baru ini. Lawatan itu adalah julung-julung kali dibuat oleh1

seorang YDP Puspanita Kebangsaan ke Puspanita KPWKM. DalamMesyuarat Majlis Tertinggi pada 26 Mac 2010, YBhg. Puan Sri telahmerakamkan ucapan terima kasih beliau kepada kita kerana telahmemberikan sambutan yang hangat di atas lawatan beliau itu.Dalam lawatan tersebut, Puan Sri Wan Noorlina telah sudi melancarkanlaman web PUSPANITA Cawangan KPWKM. Saya berbangga hasratuntuk mempunyai laman web ini tercapai juga akhirnya. Puan-puanbolehlah melayari laman web ini dari masa ke masa untuk mengetahuiaktiviti Puspanita dan maklumat terkini. Saya berharap laman web inidapat terus dikemas kini supaya sentiasa menarik dan memberi manfaatkepada pembaca. Penting sekali antara barisan AJK baru yang dipilihpada sesi kali ini ada di antara mereka yang mahir dalam bidang ITatau setidak-tidaknya berminat dalam perkara publisiti agar segalaperancangan dan aktiviti Puspanita dapat disampaikan kepada ahli-ahlidengan tepat dan cepat.Dalam ucapan YBhg. Puan Sri semasa lawatan tersebut, beliauberharap supaya Puspanita Cawangan sentiasa mencari idea-ideauntuk menjalankan program terutamanya dengan mengambil kira minatdan hasrat ahli-ahli dalam pelbagai aktiviti. Puan Sri juga amatmenggalakkan supaya ahli memilih untuk menjadi Ahli Seumur Hidup.Dalam kesempatan ini, saya menyeru ahli-ahli Puspanita Cawanganmenggunakan ruang dan peluang yang ada untuk menjadi Ahli SeumurHidup dengan membayar yuran sebanyak RM100 sahaja. Kepadapegawai dan kakitangan terutamanya kepada yang masih muda,rebutlah peluang ini. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dengankeahlian dalam Puspanita di samping banyak yang boleh dicurahkan2

oleh puan-puan juga untuk memastikan Puspanita menjadi persatuanyang aktif dan disegani.Hadirin dan hadirat sekalian,Penasihat Puspanita Cawangan pernah menyuarakan pandangansupaya kita menganjurkan aktiviti yang menjurus kepada kumpulansasar di bawah Kementerian, seperti program lawatan ke institusikebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai permulaan,pada tahun lepas, seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan danahli, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi telah mengadakanlawatan ke Rumah Tunas Harapan Bukit Beruntung Selangor bertujuanmenyampaikan sumbangan duit raya, hadiah dan hamper kepada anakanakyatim di sana.Suka juga saya maklumkan di sini, bagi tahun ini, kita akan menjadikanRumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor danTaman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban sebagaianak angkat dengan harapan dapat mendekati kanak-kanak dan OKUsebagai usaha dalam menunjukkan keprihatinan kepada golongan ini.Insyaallah kita akan mengatur aktiviti khusus ke arah ini.Seperti tahun 2008, pada tahun 2009 juga Puspanita Cawangan telahberjaya menjalankan aktiviti yang saya yakin memberi manfaat kepadaahli-ahli, dengan kerjasama pihak lain seperti KESKEB, JabatanPembangunan Wanita, pertubuhan bukan kerajaan dan PuspanitaKebangsaan sendiri. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti inidapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. YangDipertua KESKEB umpamanya, selaku Penasihat II Puspanita3

Cawangan, telah banyak memberikan sokongan kepada aktivitiPuspanita dan sering memastikan kerjasama antara kedua-duapersatuan ini dijalin kerana lazimnya ahli kedua-dua persatuan iniadalah orang yang sama. Jika kita bersatu tenaga, tentu kita mendapatlebih kebaikan dan manfaat yang dapat dikongsi bersama.Saya juga faham, dalam kekangan waktu dan tugas hakiki pegawai dankakitangan, agak membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti yangdijalankan. Ini juga kadangkala bertembung dengan program peringkatKementerian atau Jabatan sendiri. Walau bagaimanapun, saya mohonahli-ahli meluangkan sedikit masa untuk menyertai aktiviti yang telahdirancang kerana ia merupakan satu langkah yang amat penting bagimenjamin kesinambungan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Puspanita.Semua ini dapat memberi peluang untuk kita sama-sama belajar melaluiilmu,pengalaman dan kepakaran masing-masing . Kunjungi lah lamanweb, lihat poster yang ditampal, tanya lah kepada AJK di agensimasing-masing supaya semua dapat mengetahui apakah aktivitiseterusnya yang dirancang. Kejayaan Puspanita sebenarnyabergantung kepada puan-puan untuk menentukannya. PuspanitaCawangan KPWKM bukan milik AJK atau ahli tertentu sahaja, tetapimilik semua ahli berdaftar yang membayar yuran, dan puan-puanmempunyai hak untuk bertanya dan mendapat manfaat daripada aktivitiyang dijalankan.Saya dan ahli jawatankuasa juga akan terus sentiasa memikirkanprogram dan aktiviti yang menarik untuk dilaksanakan dan insyaallah,saya yakin lebih ramai ahli-ahli dapat bergiat aktif di peringkat jabatandan agensi masing-masing dengan merangka dan mengatur pelbagaiprogram yang bersesuaian. Saya juga berharap agar puan-puan semua4

dapat memberi sokongan dan membantu saya dan AJK Puspanita.Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan demi manfaat kitabersama agar PUSPANITA dapat berdiri teguh di belakang Kementeriandemi untuk memartabatkan agenda wanita, keluarga dan masyarakat.Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semuayang hadir pada Majlis pada pagi ini. Kepada semua ahli jawatankuasayang bertungkus lumus menyiapkan segala acara kita hari ini jutaanterima kasih diucapkan. Suka saya maklumkan di sini bahawa barisanAJK sesi 2008/2010 telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalammemastikan yang terbaik untuk semua ahli Puspanita Cawangan.Diharapkan kepada AJK baru yang akan dipilih bagi tempoh 2010hingga 2012 dalam Mesyuarat Agung sebentar lagi, dapat memastikankesinambungan kecemerlangan ini diteruskan. Berikanlah yang terbaikuntuk semua ahli dan jalankanlah amanah ini dengan penuh rasatanggungjawab dan keikhlasan.Sekian, Wabillah hit taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum wrt wbt.5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!