10.07.2015 Views

Bersih-malay-final-pdf-low-res

Bersih-malay-final-pdf-low-res

Bersih-malay-final-pdf-low-res

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tribunal Rakyat tentang PRU13Bab 3: Pilihan Raya Umum ke-13Janji-janji—dan ancamanIni termasuklah janji tentang keputusan kerajaan pada masa depan yang akan menguntungkanpengundi—jika mereka mengundi kerajaan sementara—dan ancaman bahawa faedah semasa akanditarik balik jika mereka tidak mengundi parti kerajaan sementara. PEMANTAU melaporkan beberapajanji-janji sebegini (m/s 27)Norman a/l Kong, 78 Orang Asli dari Kg Pos Siderut, Kuala Lipis, Pahang, memberi keteranganbahawa calon BN, G. Palanivel (Parlimen) dan Wan Rosdy (Negeri) berjanji bahawa sebuah jalan dikampung itu akan diterap. Beliau dan saksi-saksi lain (Zainal Kaptar, Batin Yok Ek bin Cantan, BatinTihang, dan Sani a/l Subang) menyatakan ada janji bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)oleh kerajaan BN akan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM1,200 jika mereka mengundi BN,dan ada ancaman untuk menghapuskan BR1M sekiranya BN kalah. Begitu juga, jika masyarakat disitu tidak mengundi BN, perkhidmatan pendidikan dan hospital yang diberi secara percuma akandihentikan. Jannie Lasimbang 79 berkata BN mengancam untuk menarik balik kemudahan, sepertitangki air, yang diberi kepada penduduk kampung di Sabah, sekiranya BN kalah.Abdullah Izhar bin Mohamed Jusof 80 memberi keterangan bahawa DBKL telah diarahkan oleh MenteriWilayah Persekutuan, Raja Nong Chik, calon BN, supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadappenduduk Program Perumahan Rakyat yang berhutang kerajaan sebelum pilihan raya. DBKL hanyamula mengambil tindakan selepas calon BN ini tewas. Penduduk yang telah menyokong UMNO diberilayanan lebih baik kerana paip-paip mereka tidak ditutup meskipun tidak membuat bayaran, tetapipenyokong Nurul Izzah segera dikenakan amaran oleh DBKL apabila mempunyai bil tertunggak.Dr Toh Kin Woon, bekas Menteri daripada Parti Gerakan, 81 memberi keterangan bahawa JKKKmenjalankan kelas memasak dan menjahit di kampung-kampung di mana calon BN telah hadirmemperkenalkan diri kepada wanita yang mengikuti program sedemikian. Sekiranya jalan perludibaiki di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, kerajaan mungkin memberi dana untuk kerjatersebut tetapi hanya melalui menteri atau atau Ahli Parlimen atau ADUN daripada BN. Melaluipemberian dana sesekali sebegini, BN menampakkan imej yang adil sambil menghukum pengundikerana memilih calon pembangkang.Norman a/l Kong, 82 yang tinggal di kawasan parlimen Cameron Highlands dan kawaan negeri Jelai,melaporkan bahawa mereka diberitahu sekiranya tidak mengundi calon BN, kerajaan akan menarikbalik perkhidmatan pendidikan dan hospital yang disediakan secara percuma. Oleh sebab masyarakatbergantung kepada perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuk perkhidmatan helikopter percuma untukrawatan kecemasan di hospital bandar, beliau takut untuk mengundi parti pembangkang kerana takutditampilkan sebagai penyokong pembangkang. Yok Bim bin Yok Tihang memberi keterangan yangserupa. 83Penggunaan sumber awamPEMANTAU melaporkan bahawa mereka menyaksikan penggunaan jentera dan harta benda kerajaan78Lampiran A: Tribunal Rakyat tentang Keterangan PRU13. Kenyataan Bersumpah 3, Norman a/l Kong79Lampiran A: Tribunal Rakyat tentang Keterangan PRU13. Kenyataan Bersumpah 65, Jannie Lasimbang80Lampiran A: Tribunal Rakyat tentang Keterangan PRU13. Kenyataan Bersumpah 63, Abdullah Izhar bin Mohamed Yusof81Lampiran A: Tribunal Rakyat tentang Keterangan PRU13. Kenyataan Bersumpah 41, Toh Kin Woon82Lampiran A: Tribunal Rakyat tentang Keterangan PRU13. Kenyataan Bersumpah 3, Norman a/l Kong83Lampiran A: Tribunal Rakyat tentang Keterangan PRU13. Kenyataan Bersumpah 2, Yok Bim bin Yok Tihang43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!