10.07.2015 Views

Bersih-malay-final-pdf-low-res

Bersih-malay-final-pdf-low-res

Bersih-malay-final-pdf-low-res

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tribunal Rakyat tentang PRU13Bab 3: Pilihan Raya Umum ke-13memutuskan untuk bekerjasama dan menulis satu laporan bersama tentang pemerhatian mereka. 126Menurut satu kumpulan yang ditauliahkan, sesetengah aspek proses pilihan raya tidak boleh diamati.Organisasi ini tidak diberi kebenaran untuk memerhati proses undi pos dan tidak dapat memerhatipengangkutan dan penyimpanan peti-peti undi awal di lokap polis. Mereka juga tidak diberi akseskepada pusat mengundi untuk memerhati pengundian dan tidak boleh memilih di mana merekamahu membuat pemerhatian proses pengiraan. Sebagai tambahan, setiap organisasi tidak bolehmenghantar lebih daripada tiga orang pemerhati di setiap kawasan parlimen. Had ini tiada gunanya.Dianggarkan bahawa untuk memantau 10% jumlah pengundi secara purata, sekurang-kurangnya 15orang pemerhati diperlukan. 127Pemerhati PEMANTAU, kumpulan yang tidak diberikan tauliah, melaporkan gangguan terhadapmereka oleh penyokong parti dan pihak polis, kadangkala secara fizikal. 128 Pada hari mengundimereka mengalami kejadian sebegitu di 21 daripada 87 kawasan parlimen yang dipantau. 129Satu lagi kumpulan pemerhati pilihan raya yang diberikan tauliah berkata bahawa terma dan syaratyang ditentukan oleh SPR dibuat secara sembarangan dan bukannya berdasarkan piawaian pilihanraya antarabangsa. Pemerhati mereka tidak dibenarkan masuk kawasan pengundian di Machang,Kangar, Lembah Pantai, Bukit Katil dan Segambut. 130Meskipun terdapat sejumlah pemerhati antarabangsa yang dibenarkan membuat pemantauan semasaPRU13, tiada laporan daripada mereka yang didedahkan kepada orang ramai.► Penemuan dan Pemerhatian tentang pemerhati pilihan rayaPemerhati pilihan raya tempatan dan antarabangsa merupakan cara yang sudah diterima untuk memantauamalan pilihan raya dan mengukuhkan keyakinan umum terhadap sistem. Sebuah negara yang mengekangpemerhati hanya akan menyukarkan diri sendiri. Tidak ada asas untuk mengandaikan pasukan pemerhati luarnegara adalah satu bentuk konspirasi penjajah.Sumbangan pemerhati luar negara ialah tumpuan antarabangsa kepada pilihan raya manakalakumpulan tempatan lebih memahami isu-isu yang terlibat dan dapat membuat pemerhatian yanglebih meluas serta dalam tempoh yang lebih panjang.Keterangan menunjukkan kerajaan boleh mengukuhkan lagi pemerhatian tempatan dengan memilihkumpulan lain, meskipun kumpulan yang terlibat dalam pemerhatian PRU13 telah menunjukkantahap pencapaian yang dibanggakan.126Lihat nota kaki prosiding.127Merdeka Center. GE13 Election Watch Report. Boleh dicapai di: http://www.merdeka.org/v2/download/Election%20Watch%20Report%20(GE13).<strong>pdf</strong>128PEMANTAU. Clean and Fair? An Election Observation Report of the 13th Malaysian General Election. Boleh dicapai di http://pru13.info/2013/09/12/<strong>final</strong>-pemantau-report/ m/s 45.129M/s 46.130Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) and Centre for Public Policy Studies (CPPS). Was GE13 Free and Fair?An Interim Observation Report on Malaysia’s 13th General Election, m/s 27. Boleh dicapai di https://dl.dropboxusercontent.com/u/122057/GE13-Observation-Interim-8-May-2013.<strong>pdf</strong> /56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!