11.07.2015 Views

LANDSKAP DAN NURSERI - SMK Pai Chee

LANDSKAP DAN NURSERI - SMK Pai Chee

LANDSKAP DAN NURSERI - SMK Pai Chee

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsmPENDAHULUANLandskap dan Nurseri ialah satu daripada mata pelajaran elektifvokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran inimenguasai kemahiran asas menghasilkan anak benih tumbuhanhiasan, menyenggara nurseri tumbuhan hiasan dan merancang sertamembina landskap dengan menggunakan teknologi semasa. Landskapdan Nurseri adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaranKemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha KementerianPendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis danmenanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam bidangteknologi pertanian serta memenuhi hasrat negara untuk mewujudkan‘Negara dalam Taman’.Dalam mata pelajaran ini, murid terlibat dalam kerja amali di tapaknurseri dan di kawasan perlandskapan. Mereka perlu merancang,membina dan menyenggara nurseri dan kawasan landskap. Di antarakemahiran yang dikuasai oleh murid ialah mengenal pasti tumbuhanhiasan yang digunakan dalam industri landskap; melakukanpembiakan tumbuhan; merancang; melukis pelan dan mereka bentuklandskap; membina landskap lembut dan kejur; menyenggara kawasanlandskap; dan mengurus perniagaan yang berkaitan.Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyaikecenderongan dan minat untuk berkecimpung dalam bidanglandskap dan nurseri. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh muridlepasan sekolah termasuklah menjalankan perusahaan atau bekerjadi nurseri. Mereka juga boleh menawarkan perkhidmatan pembinaandan penyenggaraan landskap.MATLAMATMatlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah untukmelahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalammerancang, menghasilkan, membina dan menyenggara projeklandskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya kerjayang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaansendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerjamahir dalam industri landskap.1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!