11.07.2015 Views

BAHAGIAN V: ISU-ISU SYARIAH BERKAITAN KEWANGAN ISLAM

BAHAGIAN V: ISU-ISU SYARIAH BERKAITAN KEWANGAN ISLAM

BAHAGIAN V: ISU-ISU SYARIAH BERKAITAN KEWANGAN ISLAM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM185BAHAGIAN V:ISU-ISU SYARIAH BERKAITANKEWANGAN ISLAM

186RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM

PEMBUBARAN INSTITUSIPERBANKAN ISLAMRESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM187116. Keutamaan Pendeposit Mendapatkan Semula Deposit dalam KesPembubaran Sesebuah Institusi Perbankan IslamDeposit perbankan Islam menggunakan pelbagai konsep Syariah (contohnyawadi`ah dan mudarabah) yang memberikan implikasi berbeza antara satu samalain. Secara umumnya, deposit perbankan Islam boleh diklasifikasikan kepada tigakategori utama iaitu deposit wadi`ah, deposit mudarabah dan deposit yangberasaskan konsep lain seperti BBA dan bai` `inah.Dalam kes pembubaran sesebuah institusi perbankan Islam, MPS dirujukberhubung dengan keutamaan pendeposit perbankan Islam untuk mendapatkansemula deposit masing-masing yang didasarkan kepada konsep Syariah tertentu,berbanding pendeposit yang lain.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-26 bertarikh 26 Jun 2002 dan mesyuarat ke-30bertarikh 28 Oktober 2002 telah memutuskan bahawa keutamaanpendeposit perbankan Islam untuk mendapatkan semula deposit masingmasingdalam kes pembubaran sesebuah institusi perbankan Islam adalahberdasarkan akad atau konsep yang dimeterai dengan institusi perbankanIslam berkenaan.Dalam hal ini, keutamaan perlu diberikan kepada deposit wadi`ah dandeposit yang diterima berasaskan hutang berbanding dengan depositmudarabah. Walau bagaimanapun, bagi memenuhi tuntutan perundangansemasa seperti yang termaktub dalam Seksyen 81, Akta Bank dan InstitusiinstitusiKewangan 1989, deposit mudarabah perlu diutamakan berbandingdengan tuntutan pemberi pinjaman (creditor) dan tanggungantanggunganlain kerana deposit mudarabah dikategorikan sebagai depositdan mendapat keutamaan dari segi tuntutan.Bagi deposit selain deposit wadi`ah dan mudarabah (contohnya yangberdasarkan konsep murabahah dan bai` `inah), deposit-deposit inidianggap mempunyai status yang sama seperti deposit wadi`ah danmudarabah dari segi definisi. Sehubungan dengan itu, keutamaanpembayarannya adalah berdasarkan konsep yang mendasarinya. Disamping itu, deposit-deposit ini perlu dinilaikan berdasarkan nilai muka(face value) deposit berkenaan pada tarikh pembubaran institusi perbankanIslam.

190PIAWAIAN PERAKAUNANDAN PELAPORANKEWANGAN ISLAMRESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM119. Kaedah Pembahagian UntungDalam amalan kewangan semasa, kaedah pembahagian untung antara institusikewangan Islam dengan pelanggan dilaksanakan pada peringkat untung kasar,iaitu keuntungan bagi keseluruhan operasi setelah ditolak segala perbelanjaanlangsung bagi semua dana pelaburan atau deposit yang diterima. Setelahmendapat bahagian keuntungannya, baharulah institusi kewangan Islam akanmenolak segala perbelanjaan operasinya bagi menentukan jumlah keuntunganbersih institusi kewangan Islam tersebut.Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada kaedah pembahagiankeuntungan yang dikira berdasarkan untung kasar dibenarkan.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-16 bertarikh 11 November 2000 telah memutuskanbahawa kaedah pembahagian keuntungan yang dilaksanakan berdasarkanuntung kasar adalah dibenarkan.Asas PertimbanganKaedah pembahagian keuntungan berdasarkan untung kasar adalah bertujuanmemelihara kepentingan pelanggan selaku pelabur atau pendeposit kerana institusikewangan menanggung sendiri perbelanjaan operasinya. Dalam kontrakmusyarakah, pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut boleh bersetujuuntuk memilih pembahagian keuntungan sama ada berdasarkan untung kasar atauuntung bersih. 187 Dalam kontrak mudarabah, majoriti ulama berpendapat bahawamudarib perlu menanggung segala kos perbelanjaan tidak langsung. Oleh itu,kaedah pembahagian keuntungan di peringkat untung kasar adalah selaras danmemenuhi keperluan ini.187Muhammad Taqi Usmani, An Introduction to Islamic Finance, Idara Isha`at-e-Diniyat, 1999, h. 66.

192RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMSelain itu, tiada halangan Syarak ke atas penggunaan kaedah terakru dan ini adalahsejajar dengan keperluan (hajah) yang terhasil daripada amalan semasa. Ia jugaselari dengan kaedah fiqah berikut:“(Hukum-hukum) mua`malah berjalan di atas adat sesuatu negara dan `urfnya.” 190121. Penggunaan Prinsip “Substance Over Form“ dalam KewanganIslam“Substance over form“ merupakan prinsip perakaunan yang mengutamakan prinsiphakiki berbanding zahir dalam sesuatu urus niaga. Ia juga merujuk kepada pelaporankewangan yang mencatatkan kesan ekonomi keseluruhan daripada sesuatu urusanatau serangkaian urusan yang berkait rapat, dan bukannya melapor dari sudutsesuatu kontrak secara terpisah atau dari sudut perundangan semata-mata.Sebagai contoh, bagi kontrak jual dan beli semula, pelaporan kewangan akanmencatatkan kesan keseluruhan daripada semua kontrak yang terlibat, dengankeuntungan daripada kontrak ini akan dicatatkan sebagai kos pembiayaan yangperlu dibayar oleh penerima biaya.Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penerapan prinsip“substance over form“ dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-57 bertarikh 30 Mac 2006 dan mesyuarat ke-71bertarikh 26-27 Oktober 2007 telah memutuskan bahawa secara prinsipnya,“substance“ dan “form“ adalah sama penting dan amat diambil kira olehSyarak. Dalam hal ini, Syarak menekankan bahawa “substance“ dan “form“mestilah selari dan sepatutnya tidak bercanggah antara satu sama lain.Sekiranya terdapat percanggahan antara “substance“ dan “form“ yangdisebabkan oleh faktor-faktor tertentu, maka Syarak mengutamakan”substance“ daripada “form”.190Ali Ahmad al-Nadwi, Jamharah al-Qawa`id al-Fiqhiyyah fi al-Mu`amalat al-Maliyyah, Syarikah al-Rajhi al-Masrafiyyahli al-Istithmar, 2000, j. 2, h. 951.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM193Asas PertimbanganDalam konteks kewangan Islam semasa, kebanyakan akad yang mendasari produkkewangan terutamanya produk pembiayaan adalah akad daripada kategori `uqudmustajiddah (akad-akad baharu). Dalam kontrak-kontrak baharu tersebut,terhimpun elemen-elemen daripada akad-akad tradisional (`uqud musamma) yangberlainan dan elemen-elemen tersebut saling mengikat dalam bentuk tertentu.Jika salah satu elemen tersebut tidak wujud, ia menyebabkan tujuan perjanjiantersebut tidak dapat disempurnakan. Dengan mencatatkan siri urus niagaberasaskan kontrak baharu secara berasingan, ia akan menyebabkan gambarankeseluruhan urus niaga menjadi kurang jelas. Oleh itu, terdapat keperluan untukmencatatkan urus niaga bersiri seperti kontrak-kontrak baharu sebagai satu urusniaga sahaja. Ini dilakukan berasaskan prinsip “substance over form”.Pertimbangan ini turut selari dengan kaedah fiqah dan pendekatan hukum Syarakyang berikut:“Setiap perkara dinilai berdasarkan niat.” 191“Pertimbangan dalam akad ialah pada tujuan dan makna bukan pada lafaz danbentuk.” 192122. Penggunaan Prinsip Kebarangkalian (Probability) dalamKewangan IslamPrinsip kebarangkalian merujuk kepada amalan mencatatkan sesuatu urusanwalaupun akad belum sempurna dimeterai. Dalam hal ini, aset akan dicatatkanapabila terdapat kebarangkalian pengaliran masuk sumber ekonomi, manakalaliabiliti pula dicatat apabila terdapat kebarangkalian sumber ekonomi akandikeluarkan bagi memenuhi tanggungjawab semasa dan amaunnya dapatdianggarkan dengan pasti. Antara contoh item yang dicatatkan berasaskan prinsipkebarangkalian ini ialah wa`d (sama ada janji yang lazim atau tidak lazim) danperuntukan hutang tak berbayar. Walau bagaimanapun, amalan ini tidakbermaksud menyamatarafkan janji dengan akad. Sebaliknya ia bertujuan untukmemaklumkan mengenai kesan ekonomi apabila pengaturan tersebutdilaksanakan.191Ahmad al-Zarqa’, Syarh al-Qawa`id al-Fiqhiyyah, Dar al-Qalam, 1989, h. 47.192Ali Ahmad al-Nadwi, Jamharah al-Qawa`id al-Fiqhiyyah fi al-Mu`amalat al-Maliyyah, Syarikah al-Rajhial- Masrafiyyah li al-Istithmar, 2000, j. 1, h. 550.

194RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMDalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penerapan prinsipkebarangkalian dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-71 bertarikh 26-27 Oktober 2007 telah memutuskanbahawa penerapan prinsip kebarangkalian dalam pelaporan kewangan Islamadalah dibenarkan kerana ia tidak bercanggah dengan kaedah umum fiqah.Asas PertimbanganSebahagian ulama berpandangan bahawa kemungkinan yang kuat (zan al-ghalib)boleh diambil kira dalam menentukan sesuatu hukum. Ini telah dibincangkan olehbeberapa ulama seperti Al-Amidi 193 , Al-Ghazali 194 dan Mustafa Al-Zarqa’ 195 .Di samping itu, keharusan penggunaan prinsip kebarangkalian dalam pelaporankewangan Islam turut berdasarkan kaedah-kaedah fiqah berikut:“Asal (sesuatu itu) adalah sah.” 196“Pertimbangan adalah kepada kebiasaan yang meluas dan bukan pada yangterpencil.” 197“Apa-apa yang hampir kepada sesuatu itu, maka ia mengambil hukum yang sama.” 198“Zan (kebarangkalian) hendaklah diikuti.” 199193Al-Amidi, Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Dar al-Kitab al-`Arabi, 1983, j. 3, h. 317.194Al-Ghazali, Al-Mustasfa fi `Ilm al-Usul, Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1992, h. 286.195Ahmad al-Zarqa’, Syarh al-Qawa`id al-Fiqhiyyah, Dar al-Qalam, 1989, h. 151.196Al-Ansari, Asna al-Matalib fi Syarh Rawd al-Talib, Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 2000, j. 2, h. 2154.197Ahmad al-Zarqa’, Syarh al-Qawa`id al-Fiqhiyyah, Dar al-Qalam, 1989, h. 235.198Ali Ahmad al-Nadwi, Jamharah al-Qawa`id al-Fiqhiyyah fi al-Mu`amalat al-Maliyyah, 2000, j. 1, h. 468.199Al-Amidi, Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Dar al-Kitab al-`Arabi, 1983, j. 3, h. 317.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM195123. Penggunaan Prinsip Nilai Masa dalam Kewangan (Time Value ofMoney)Konsep nilai masa dalam kewangan merujuk kepada perbezaan nilai wang yangditerima secara tunai dengan nilai wang yang diterima secara tangguh pada masahadapan. Perbezaan antara harga tunai dan harga tangguh biasanya disebutsebagai pendapatan atau perbelanjaan pembiayaan.Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penerapan prinsipnilai masa dalam kewangan dalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-71 bertarikh 26-27 Oktober 2007 telahmemutuskan bahawa penerapan prinsip nilai masa dalam kewangandalam pelaporan kewangan Islam dibenarkan khusus untuk kontrakpertukaran yang melibatkan pembayaran secara bertangguh. Namundemikian, ia dilarang sama sekali dalam urus niaga pinjaman (qard).Asas PertimbanganKeputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan terhadap perkaraberikut:i. Terdapat perbincangan oleh para ulama yang membenarkan harga jualansecara bertangguh yang lebih tinggi berbanding dengan harga jualan secaratunai. 200 Ini bermakna faktor masa boleh diambil kira dalam penentuan hargadalam jual beli.Selain itu, Al-Kasani ada menerangkan bahawa jika sesuatu barang dibelisecara bayaran bertangguh (al-ajl), maka ia tidak boleh dijual secaramurabahah melainkan jika dimaklumkan kepada pembeli (kedua) bahawabarang tersebut telah dibeli secara bertangguh. 201200Al-Syawkani, Nail al-Awtar, Dar al-Ma`rifah, 2002, j. 2, h. 1072; Al-Kasani, Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i,Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, 2000, j. 4, h. 466.201Al-Kasani, Bada`i al-Sana`i fi Tartib al-Syara`i, Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, 2000, j. 4, h. 466:

196RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMii. Di samping itu, Al-Sarakhsi juga menyatakan perkara yang sama seperti berikut:“Sesungguhnya (sesuatu yang bertangguh) adalah lebih rendah daripada(sesuatu) yang segera dari segi nilai hartanya.” 202Penjelasan Al-Sarakhsi di atas menunjukkan bahawa masa sekarang adalah lebihberharga daripada masa hadapan. Justeru itu, harga dalam jual beli secarabertangguh perlu dinaikkan bagi mewujudkan keadilan kepada pihak yangberkontrak terutamanya pihak penjual yang mengorbankan penggunaan wangpada kadar segera (present consumption) kerana pembayaran harga barang tidakdibuat secara tunai.Oleh itu, penyataan Al-Kasani menjelaskan bahawa tangguhan layak diberikanimbalan (`iwad) dalam bentuk wang iaitu melalui kenaikan harga jika dijual secarabertangguh. Namun begitu, keadaan ini hanya diiktiraf dalam urus niaga jual belisahaja manakala dalam urus niaga pinjaman wang (qard), tangguhan tidak bolehsama sekali menerima imbalan dalam bentuk wang kerana ini merupakan ribaal-nasia’h yang membawa kepada wang menghasilkan wang (al-naqd yalidal-naqd) atau “money begets money”.Ini tidak bermakna Islam tidak mengiktiraf nilai masa wang dalam kontrak qardkerana tangguhan dalam kontrak ini diberikan imbalan dalam bentuk pahala yangberganda bersesuaian dengan kontrak ini yang berasaskan prinsip ihsan.Sebaliknya, kontrak jual beli yang berasaskan prinsip keadilan boleh menerimatambahan harga disebabkan tangguhan seperti yang dijelaskan di atas.Jika dibandingkan prinsip ihsan dengan prinsip keadilan, maka adalah jelas bahawaihsan adalah lebih tinggi martabatnya daripada keadilan bersesuaian denganbalasan ihsan iaitu pahala yang lebih baik daripada balasan atau imbalan wang. 203202Al-Sarakhsi, Al-Mabsut, Dar al-Fikr li al-Tiba`ah wa al-Nashr, j. 13, h. 64:203Al-Ghazali menjelaskan hal ini seperti berikut:

LAIN-LAINRESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM197124. Deposit atau Dana Pelaburan Pelanggan daripada Sumber yangDiraguiMPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada institusi kewangan Islam bolehmenerima permohonan untuk membuka akaun deposit atau akaun pelaburandaripada pelanggan (individu atau syarikat korporat) tanpa perlu menyelidiki samaada sumber dana pelanggan adalah halal, haram atau bercampur antara halaldengan yang haram.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-58 bertarikh 27 April 2006 telah memutuskanbahawa institusi kewangan Islam dibenarkan menerima permohonanuntuk membuka akaun deposit atau akaun pelaburan daripada pelanggantanpa perlu menyelidiki sama ada sumber dana pelanggan adalah halal,haram atau bercampur antara halal dengan yang haram. Walaubagaimanapun, tiada halangan bagi institusi kewangan Islam untukmewujudkan saringan dalaman bagi memastikan sumber dana yangditerimanya adalah berlandaskan Syariah.Asas PertimbanganKeputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan terhadap dalil-dalil dankaedah-kaedah fiqah berikut:i. Hadis Rasulullah SAW:“Al-Khalal telah meriwayatkan dengan bersandarkan kepada riwayat daripada`Ata`, beliau berkata: Rasulullah SAW telah melarang (umat Islam) berkongsiperniagaan dengan orang Yahudi dan Nasrani melainkan sekiranya urusan jualbeli tersebut berada di bawah kawal selia orang Islam.” 204204Al-Bahuti, Kasshaf al-Qina` `an Matn al-Iqna`, Dar al-Fikr, 1982, j. 3, h. 496.

198RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMHadis di atas memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW membenarkan umatIslam berurusan secara musyarakah dengan orang bukan Islam walaupunsumber dana mereka diragui, dengan syarat segala urus niaga atau urusan jualbeli hendaklah di bawah penyeliaan orang Islam.Di samping itu, terdapat ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidakberhutang kepada Yahudi yang mewajibkannya membayar lebihan (faedah).Sebaliknya, Rasulullah SAW menjalankan urusan jual beli yang dibayar secaratangguh dan menjadikan perisai baginda sebagai sekuriti bagi urus niagatersebut. Perkara ini dinyatakan dalam riwayat berikut:“Daripada Aisyah bahawa (ketika) Rasulullah SAW wafat, perisai bagindaRasulullah SAW masih menjadi gadaian pada seorang Yahudi kerana (hutangRasulullah SAW sebanyak) 30 so` (sejenis timbangan) gandum daripadanya.” 205ii. Memandangkan sumber dana dalam pasaran kewangan pada masa kini adalahkompleks dan pelbagai, institusi kewangan Islam adalah terdedah kepadapenglibatan orang-orang yang memiliki harta yang diperoleh daripada sumberyang haram dan sukar dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, walaupun tujuanuntuk menyekat dana yang tidak halal daripada memasuki sistem kewanganIslam adalah murni, institusi kewangan Islam tidak perlu menyelidiki statussumber dana yang diterima kerana dari segi perlaksanaannya adalah sukaruntuk dikawal. Pendekatan ini juga selari dengan kaedah-kaedah fiqah berikutyang merumuskan bahawa sesuatu hukum terhadap perkara yang sukarditentukan hakikatnya boleh dinilai daripada sudut zahirnya sahaja:“Sesuatu hukum diasaskan atas apa-apa yang zahir, adapun, hal-hal yangtersembunyi itu Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.” 206205Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, 1987, j. 3, h. 1068, hadis no. 2756.206Al-Syafii, Al-Umm, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, (t.t.), h. 720.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM199“Sesuatu hukum diasaskan atas apa-apa yang zahir dalam perkara-perkarayang sukar ditetapkan hakikat sebenarnya.” 207“Maka antara keindahan Syarak adalah menentukan hukum dengan sebabsebabyang zahir dan menjadikannya (sebab-sebab yang zahir tersebut)sebagai `illah; wujudnya sesuatu hukum adalah berdasarkan wujudnya `illahatau sebaliknya.” 208“Mua`malah diasaskan atas perkara yang zahir, dan adalah dimaklumi bahawaperkara batin adalah tersembunyi, tidak disandarkan ke atasnya sesuatuhukum.” 209125. Pembiayaan kepada Pihak yang secara Jelas Menjalankan AktivitiBertentangan dengan SyariahMPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada institusi kewangan Islam bolehmemberikan pembiayaan kepada pihak yang menjalankan aktiviti bertentangandengan Syariah seperti perusahaan minuman keras, aktiviti perjudian, premispelacuran dan sebagainya.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-58 bertarikh 27 April 2006 telah memutuskanbahawa institusi kewangan Islam tidak dibenarkan untuk memberikanpembiayaan kepada syarikat-syarikat, badan-badan atau individu yangdiketahui secara jelas terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan Syariahseperti perjudian, perusahaan minuman keras dan premis pelacuran.207Ali Ahmad al-Nadwi, Jamharah al-Qawa`id al-Fiqhiyyah fi al-Mu`amalat al-Maliyyah, Syarikah al-Rajhial-Masrafiyyah li al-Istithmar, 2000, j. 1, h. 4334.208Al-Subki, Al-Ashbah wa al-Nazha’ir, Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1991, j. 2, h. 190.209Ibnu Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-Ma`rifah, 1959, j. 4, h. 302.

200RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMAsas PertimbanganKeputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan bahawa pemberianpembiayaan sedemikian akan menyebabkan pendapatan institusi kewangan Islamdijanakan daripada aktiviti yang tidak dibenarkan Syarak. Larangan ini juga selarasdengan firman Allah SWT yang berikut:“...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan danbertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)dan permusuhan...” 210126. Penggunaan Overdraf secara Konvensional untuk MenampungKekurangan Akaun Semasa Wadi`ahMPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada pelanggan boleh menggunakanoverdraf secara konvensional untuk menampung kekurangan dalam akaun semasawadi`ah.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-8 bertarikh 12 Disember 1998 telah memutuskanbahawa, secara prinsipnya, penggunaan overdraf secara konvensional untukmenampung kekurangan dalam akaun semasa wadi`ah adalah bertentangandengan Syariah. Namun, memandangkan akaun konvensional dan wadi`ahmerupakan hak dan tanggungan pelanggan, institusi kewangan Islam tidakberhak menghalang pelanggan daripada berbuat demikian. Walaubagaimanapun, institusi kewangan Islam bertanggungjawab memaklumkankepada pelanggan bahawa amalan tersebut bertentangan dengan Syariah.Asas PertimbanganKeputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan bahawa penggunaanoverdraf secara konvensional untuk menampung kekurangan akaun semasawadi`ah oleh pelanggan adalah di luar kawalan institusi kewangan Islam.210Surah al-Mai’dah, ayat 2.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM205KeputusanMPS pada mesyuarat ke-21 bertarikh 30 Januari 2002 telah memutuskanbahawa mekanisme penentuan jumlah harga penyelesaian yang diterimapakai dalam sistem kewangan seperti yang dinyatakan di atas adalahbercanggah dengan prinsip Syariah. Ini kerana jumlah harga penyelesaian(dividen dan modal pokok) dalam sekuriti hutang swasta Islam perlulahmenyamai jumlah harga jualan yang telah dipersetujui semasa kontrakdimeterai. MPS juga memutuskan bahawa kelewatan bayaran yangdisebabkan cuti luar jangkaan tidak boleh dijadikan sebab untukmengenakan pampasan atau ganti rugi ke atas pihak yang terlibat.Asas PertimbanganMemandangkan sekuriti hutang swasta Islam yang diterbitkan berdasarkankontrak jual beli telah menetapkan harga sekuriti Islam ketika kontrak dimeterai,sebarang perbezaan dalam jumlah pembayaran adalah tidak dibenarkan.Sekiranya berlaku kes terlebih bayar, pihak yang menerima bayaran perlumemulangkan semula amaun tersebut kepada pihak pembayar.Di samping itu, pampasan atau ganti rugi hanya boleh dikenakan dalam keskelewatan pembayaran yang disengajakan atau akibat kecuaian dan kelalaian.Kelewatan bayaran yang disebabkan oleh tarikh matang sekuriti tersebut jatuhpada hari cuti yang tidak dijangkakan bukanlah suatu kelewatan yangdisengajakan dan tidak boleh dikenakan sebarang pampasan atau ganti rugi.

206RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM131. Penstrukturan Semula (Restructuring) dan Penjadualan Semula(Rescheduling) dalam Perjanjian Pembiayaan secara IslamSalah satu ciri yang membezakan dokumentasi kewangan Islam dengan kewangankonvensional ialah keperluan bagi perjanjian atau akad baharu dimeterai setiap kaliberlaku perubahan terhadap terma dan syarat perjanjian kerana kewangan Islammenitikberatkan persetujuan dan keredhaan pihak-pihak yang berkontrak.Keperluan ini menjadi lebih ketara apabila ia melibatkan penjadualan semula danpenstrukturan semula sesuatu pembiayaan terutamanya pembiayaan yangmelibatkan perjanjian jual beli. Bagi kes penstrukturan semula pembiayaan yangberasaskan jual beli, perjanjian jual beli yang asal perlulah dibubarkan (fasakh)terlebih dahulu sebelum memeterai perjanjian jual beli yang baharu. Dalam amalanpinjaman konvensional, pihak-pihak yang berkontrak hanya perlu memeteraiperjanjian tambahan (supplementary agreement) sekiranya sesuatu pinjaman perludijadual atau distruktur semula. Perbezaan ini menyebabkan pelanggan kewanganIslam terpaksa menanggung kos tambahan kerana terpaksa membayar kos guamandan duti setem yang baharu.Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan cadangan agar perjanjianpembiayaan secara Islam yang terlibat dalam kes penjadualan semula danpenstrukturan semula memasukkan satu perenggan baharu yang menyatakanbahawa ia adalah satu perjanjian penjadualan semula atau penstrukturan semuladan perlu dirujuk silang dengan perjanjian yang asal. Walau bagaimanapun, dalamkes penstrukturan semula, timbul isu berkenaan perjanjian asal yang dirujuk silangtelah dibubarkan.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-26 bertarikh 26 Jun 2002 telah memutuskanbahawa cadangan untuk melaksanakan perjanjian penjadualan semula danpenstrukturan semula pembiayaan secara Islam untuk dirujuk silang denganperjanjian asal bagi tujuan pengecualian duti setem dibenarkan dengansyarat ia dilakukan setelah perjanjian asal dibubarkan terlebih dahulu. Dalamkes penstrukturan semula, MPS menerima kaedah rujuk silang kepadaperjanjian asal yang telah ditamatkan atas dasar maslahah iaitu bagimengelakkan pembayaran duti setem sebanyak dua kali.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM207Pada mesyuarat ke-32 bertarikh 27 Februari 2003, MPS turut memutuskanbahawa berdasarkan persetujuan bersama dalam perjanjian, tempohpembiayaan kepada pelanggan boleh dilanjutkan tanpa berakad semuladengan syarat kedua-dua pihak melaksanakan semua janji yang dimeteraidan juga harga yang dikenakan ke atas pelanggan tidak melebihi hargajualan asal yang dimeterai.Asas PertimbanganPembiayaan secara Islam boleh diatur sama ada berasaskan kontrak jual beli,ijarah, musyarakah, mudarabah dan sebagainya. Dalam hal ini, sebarangperubahan terhadap tanggungjawab penerima biaya dan pembiaya hendaklahmerujuk kepada kontrak asal yang telah dimeterai. Dalam konteks jual beli,lazimnya harga telah diputuskan pada awal kontrak. Oleh itu, sebarangperubahan terhadap harga memerlukan satu perjanjian baharu bagi mengelakkanberlakunya riba atau gharar (bergantung kepada keadaan kes).132. Konsep Pembidaan oleh Peniaga Utama (Principal Dealer) dalamPasaran Wang IslamPeniaga utama dalam pasaran wang Islam bertanggungjawab untuk membidasejumlah amaun minimum tertentu bagi setiap terbitan sukuk. Walau bagaimanapun,tanggungjawab peniaga utama tersebut dilihat seolah-olah tidak berdasarkankonsep pembidaan secara sukarela. Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung denganisu sama ada pembidaan sejumlah amaun tertentu bagi setiap terbitan sukukyang diamalkan peniaga utama ini selari dengan prinsip Syariah.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-26 bertarikh 26 Jun 2002 telah memutuskanbahawa konsep pembidaan oleh peniaga utama yang diamalkan dalampasaran wang Islam adalah tidak bertentangan dengan Syarak.

208RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMAsas PertimbanganKonsep ini merupakan amalan perniagaan yang telah ditentukan oleh pihakberkuasa atau pengawal selia dan dilihat tidak bercanggah dengan prinsip Syariahkerana tidak wujud unsur riba, gharar dan maysir.133. Penyelesaian Pembiayaan Menerusi Pembiayaan BaharuDalam skim pembiayaan secara Islam, terdapat kemungkinan pelangganmenghadapi masalah aliran tunai dan tidak mampu meneruskan pembayarankepada institusi kewangan Islam sewaktu tempoh pembiayaan masih berjalan. Bagimenangani masalah ini, terdapat cadangan untuk membenarkan pelangganmenstruktur semula pembiayaannya dan menerbitkan sekuriti hutang atau sukukkepada institusi kewangan Islam berkenaan sebagai satu kaedah pembayaransemula kemudahan pembiayaan tersebut.Dalam hal ini, MPS dirujuk sama ada penyelesaian pembiayaan menerusi terbitansekuriti hutang atau sukuk kepada pembiaya asal (yang secara tidak langsung akanmewujudkan obligasi kewangan baharu) dibenarkan Syarak.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-38 bertarikh 28 Ogos 2003 telah memutuskanbahawa penyelesaian pembiayaan menerusi terbitan sekuriti hutang Islamkepada pembiaya asal adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kaedahpenjadualan dan penstrukturan semula hendaklah dilaksanakan denganmengambil kira keperluan Syariah seperti wujudnya akad yang jelas, asetjual beli yang berlandaskan Syariah, serta syarat-syarat jual beli yang tidakbertentangan dengan Syarak.Asas PertimbanganPenstrukturan semula hutang secara Islam menerusi terbitan sekuriti hutang atausukuk yang berasingan kepada pembiaya asal melibatkan senario pihak-pihak yangtelah berkontrak memasuki suatu kontrak lain yang berasingan dan tersendiri.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM209Secara umumnya, tiada halangan Syarak (mani` syar`ie) bagi pihak-pihak yangtelah berkontrak untuk memeterai suatu kontrak lain yang berasingan dantersendiri sesama mereka. Terbitan sekuriti hutang atau sukuk kepada pembiayaasal dilihat sebagai suatu urus niaga yang tidak menjejaskan keabsahan kontrakpembiayaan sedia ada. Keharusan ini dilihat selari dengan kaedah-kaedah fiqahseperti yang berikut:“Mengesahkan sesuatu akad selagi mungkin adalah wajib.” 212“Pada dasarnya sesuatu akad (hendaklah) dianggap sah.” 213134. Harga Jualan yang Tidak Ditentukan dalam Perjanjian Jual BeliMPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada harga jualan yang tidak ditentukandan tidak pasti dalam perjanjian jual beli boleh diterima. Sebagai contoh, klausaberhubung dengan definisi harga jualan dinyatakan seperti yang berikut:“Institusi kewangan Islam akan membeli aset daripada pelanggan pada hargabelian yang akan ditentukan kemudian berdasarkan terma dan syarat yangterkandung dalam perjanjian.”KeputusanMPS pada mesyuarat ke-40 bertarikh 23 Disember 2003 telah memutuskanbahawa harga jualan yang tidak ditentukan dan tidak pasti dalam kontrakperjanjian jual beli adalah tidak dibenarkan.212Ali Ahmad al-Nadwi, Jamharah al-Qawa`id al-Fiqhiyyah fi al-Mu`amalat al-Maliyyah, Syarikah al-Rajhial-Masrafiyyah li al-Istithmar, 2000, j. 1, h. 297.213Ali Ahmad al-Nadwi, Jamharah al-Qawa`id al-Fiqhiyyah fi al-Mu`amalat al-Maliyyah, Syarikah al-Rajhial-Masrafiyyah li al-Istithmar, 2000, j. 1, h. 297.

210RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAMAsas PertimbanganHarga jualan yang tidak ditentukan dan tidak pasti membawa kepada unsur ghararyang ditegah oleh Syarak dalam akad jual beli kerana ia boleh menyebabkanketidakadilan dan pertelingkahan. Harga jualan mestilah ditentukan sama adadengan jumlah atau kaedah-kaedah yang dipersetujui secara tepat dan pastisemasa perjanjian dimeterai.Rasulullah SAW melarang pemeteraian akad atau pengenaan syarat yangmengandungi unsur gharar seperti yang dinyatakan dalam hadisnya yang berikut:“Daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW melarang jual beli yangberdasarkan lontaran batu (hasat) dan jual beli yang tiada kepastian (gharar).“ 214Antara elemen gharar yang merosakkan urus niaga kewangan ialah gharar di dalampenetapan harga iaitu sekiranya jual beli dibuat tanpa penetapan harga, ataupenetapan harga ditentukan oleh sebelah pihak sahaja atau oleh pihak ketiga. 215135. Konsep Sandaran bagi Urus Niaga Pendiskaunan Blok secara Islam(Islamic Block Discounting)Sebagai satu alternatif kepada syarikat kredit bagi mendapatkan dana tambahanuntuk dijadikan modal pusingan perniagaan, sebuah institusi kewangan Islamberhasrat untuk melaksanakan konsep pendiskaunan blok secara Islam berasaskanbai` wadhi`ah iaitu akad jual beli dengan harga lebih rendah daripada kospemerolehan. Secara ringkasnya, pendiskaunan blok secara Islam melibatkanpenjualan pemilikan ke atas hak kontrak (contracted right) dalam perjanjian sewabeli Islam (ijarah) oleh syarikat kredit secara diskaun kepada institusi kewanganIslam (pembiaya). Syarikat kredit kemudiannya akan dilantik sebagai ejen mengutipsewaan bagi pihak institusi kewangan Islam. Sekiranya syarikat kredit gagalmenyerahkan kutipan sewa kepada institusi kewangan Islam dalam tempoh yangdipersetujui, institusi kewangan Islam akan menamatkan kemudahan danmengambil alih tugas kutipan sewa secara langsung.214Muslim, Sahih Muslim, Dar al-Mughni, 1998, h. 814, hadis no. 1513.215AAOIFI, Al-Ma`ayir al-Syar`iyyah, Piawaian no. 31 (Dabit al-Gharar al-Mufsid li al-Mu`amalat al-Maliyyah), 2003,perenggan 4.

RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM211Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penggunaan konsepbai` wadhi`ah sebagai kontrak sandaran dalam urus niaga pendiskaunan bloksecara Islam seperti yang dicadangkan di atas selaras dengan Syarak.KeputusanMPS pada mesyuarat ke-66 bertarikh 22 Februari 2007 telah memutuskanbahawa penggunaan konsep bai` wadhi`ah untuk urus niaga pendiskaunanblok secara Islam adalah tidak tepat. MPS turut memutuskan bahawabai` al-usul bi al-khasm (akad jual beli aset secara diskaun) ialah konsepsandaran yang lebih sesuai digunakan sebagai takyif fiqhi dalam urus niagapendiskaunan blok secara Islam.Asas PertimbanganPenggunaan konsep bai` wadhi`ah dilihat tidak memenuhi ciri-ciri urus niagapendiskaunan blok secara Islam. Ini kerana bai` wadhi`ah merupakan jualandengan diskaun daripada harga kos sedangkan pendiskaunan blok secara Islammerupakan jualan dengan diskaun daripada harga kos yang ditambah keuntungan(principal + profit).Dalam hal ini, bai` al-usul bi al-khasm dilihat sebagai konsep sandaran yang lebihsesuai digunakan sebagai takyif fiqhi dalam urus niaga pendiskaunan blok secaraIslam. Walaupun bai` al-usul bi al-khasm tidak terdapat dalam perbincangan danpenulisan fiqah klasik, ia merupakan konsep yang telah diterima pakai dalamkonteks amalan semasa. Istilah usul di sini merujuk kepada aset sandaran dalamperjanjian sewa beli tersebut yang turut merangkumi nilai ekonomi yang terhasildaripada aset berkenaan.

212RESOLUSI SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!