11.07.2015 Views

SISTEM PENGIKLANAN BERPUSAT SECARA ATAS TALIAN ...

SISTEM PENGIKLANAN BERPUSAT SECARA ATAS TALIAN ...

SISTEM PENGIKLANAN BERPUSAT SECARA ATAS TALIAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.Tandatangan : ......................................................Nama Penulis : Muhammad Afifi Bin RamliTarikh : 24 / 11 / 2005


PENGHARGAANAlhamdulillahi Rabbil Alamin, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat AllahS.W.T di atas limpah kurnia-Nya maka dapat saya menyiapkan laporan projek ini.Selawat dan salam juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Mudahmudahankita tergolong di kalangan umatnya yang akan memperoleh syafaat kelak.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu dan ayah saya keranamemberikan sokongan dan dorongan selama saya berada di sini. Setinggi penghargaanditujukan khas buat penyelia saya, Cik Hazinah Kutty Mammi yang sentiasa bersediauntuk berbincang dan memberikan komen serta pandangan tentang projek ini. Buatrakan-rakan, terutamanya Mohd Sharifuddin dan Nur Azlina, terima kasih di ataskesudian untuk berbincang dan memberikan pertolongan.Juga kepada semua sahabat yang sentiasa bersama-sama menempuhi cabaran dandugaan di sepanjang proses pengajian ini. Semoga apa sahaja yang kita usahakan akanmendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya, insya-Allah.


ABSTRAKIklansiswa merupakan sebuah sistem pengiklanan berpusat secara atas talian diUniversiti Teknologi Malaysia. Bermula dengan soal selidik yang telah dilakukan keatas pengguna sasaran iaitu para pelajar dan staf universiti, pembangunan sistem iniseterusnya merupakan alternatif kepada perlaksanaan sistem pengiklanan semasa yangdilihat telah mewujudkan beberapa permasalahan kepada para pengguna dan universitisendiri seperti pengambilan masa yang lama untuk mendapatkan satu-satu iklan yangbenar-benar memenuhi kehendak mereka dan juga telah sedikit sebanyak mempengaruhikeindahan persekitaran universiti. Matlamat pembangunan sistem adalah untukmemudahkan perolehan maklumat iklan oleh para pengguna tanpa menggunakan masadan tenaga yang banyak. Beberapa spesifikasi perisian, bahasa pengaturcaraan sepertiPHP, HTML dan JavaScript serta perkakasan tertentu telah digunakan bagimenghasilkan sistem ini. Hasilnya, sebuah sistem pengiklanan secara atas talian telahberjaya dihasilkan yang mana ianya telah melalui beberapa sesi pengujian termasuk jugaujian penerimaan daripada pihak pengguna sendiri. Perlaksanaan sistem ini seterusnyadiharap dapat memberikan manfaat sepenuhnya kepada para pengguna sebagai sebuahsistem pengiklanan yang berkesan dan konsisten.


KANDUNGANBAB PERKARA HALAMANHALAMAN JUDULHALAMAN PENGAKUANHALAMAN DEDIKASIPENGHARGAANABSTRAKABSTRACTKANDUNGANSENARAI JADUALSENARAI RAJAHSENARAI SINGKATANSENARAI LAMPIRANiiiiiiivvviviixiixivxvixviiBAB 1PENGENALAN1.1 Pendahuluan 11.2 Pernyataan Masalah 21.3 Cadangan Penyelesaian dan Pembangunan 21.4 Matlamat Projek 31.5 Objektif Projek 31.6 Skop Projek 4


BAB 2KAJIAN LITERATUR2.1 Pengenalan 52.2 Kajian Kes Pengiklanan di Universiti Teknologi 6Malaysia2.2.1 Analisa Kaedah Semasa 62.2.2 Analisa Masalah 72.3 Senibina Pelayan Pelanggan 72.4 Pelayan Mambo (Mambo Server) 92.4.1 Keperluan 112.4.2 Ciri-ciri 122.4.3 Modul 122.4.4 Komponen 132.5 Carian 132.5.1 Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) 152.5.2 Carian dan Pengasingan 162.5.3 Pengasingan 162.5.4 Algoritma Carian 192.5.4.1 Algoritma Carian Linear 192.5.4.2 Algoritma Carian Binari 202.5.4.3 Algoritma Carian Sisipan 212.5.4.4 Operator Boolean dan Hampiran 212.5.4.5 Wildcards 222.6 Implementasi Algoritma Carian : Case-Based23Reasoning2.6.1 Kelebihan Penggunaan CBR 272.6.2 Justifikasi Penggunaan CBR Berbanding 28SQL di dalam Enjin Carian Global2.7 Kajian Sistem Pengiklanan Atas Talian yang telah 29dilaksanakan2.7.1 Iklan.com.my 29


2.7.2 Implementasi 302.7.3 Carian di IKLAN 312.8 Message Digest 5 – MD5 332.8.1 Kata Laluan Tercincang 35BAB 3METODOLOGI3.1 Pengenalan 373.2 Model Prototaip 383.2.1 Fasa Keperluan 393.2.2 Fasa Spesifikasi 403.2.3 Fasa Rekabentuk 413.2.4 Fasa Perlaksanaan 413.2.5 Fasa Integrasi 413.2.6 Fasa Penyelenggaraan 423.3 Justifikasi Pemilihan Model Prototaip 423.4 Analisa Keperluan Sistem 433.4.1 Perisian 433.4.2 Perkakasan 43BAB 4REKABENTUK4.1 Pengenalan 454.2 Rekabentuk Rangkaian 454.3 Rekabentuk Aliran Proses 484.4 Rekabentuk Pangkalan Data 504.4.1 Jadual mos_users 514.4.2 Jadual mos_session 524.4.3 Pembangunan Jadual mos_iklan 524.4.3.1 Pembangunan Komponen Iklan( com_iklan )53


BAB 6PENGUJIAN6.1 Pengenalan 866.2 Pengujian Data Masukan dan Keluaran 866.3 Pengujian Aturcara 916.4 Pengujian Pihak Pengguna 94BAB 7PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN7.1 Perbincangan Hasil Pencapaian 957.2 Kelebihan Sistem 977.3 Masalah dan Kelemahan Sistem 977.4 Cadangan Pembaikan dan Peningkatan 987.5 Kesimpulan 98RUJUKAN 99BIBLIOGRAFI 100LAMPIRAN A 101LAMPIRAN B 104LAMPIRAN C 106LAMPIRAN D 124LAMPIRAN E 144LAMPIRAN F 146LAMPIRAN G 154LAMPIRAN H 156


BAB 1PENGENALAN1.1 PendahuluanCadangan bagi membangunkan sebuah sistem pengiklanan secara atas talian inilahir daripada beberapa permasalahan yang wujud dan difikirkan perlu untuk diatasisegera sebagai pendekatan yang lebih efektif. Kaedah manual yang dilakukan sepertipengedaran dan penampalan iklan di merata tempat menyebabkan pembaziran dari segimasa, kos dan tenaga manusia. Kaedah berkomputer yang dicadangkan berupayamenangani masalah ini memandangkan penggunaan komputer dan rangkaian Internetbukan lagi suatu yang asing bagi para pelajar dan staf. Sistem ini menyediakan pelbagaifungsi yang memudahkan para pengguna menggunakannya seperti penyimpanan,penyemakan, pengemaskinian, pembuangan data, dan melakukan carian ke atasbarangan atau perkhidmatan yang diperlukan. Selain itu, sistem ini juga menyediakanpersekitaran bagi mengawal capaian oleh pengguna di mana capaian yang bolehdilakukan adalah berbeza di antara pelawat, pengguna yang berdaftar dan pihakpentadbiran sistem.


1.2 Penyataan MasalahPerkembangan minda pelajar kini lebih banyak kepada minat mereka untukmenceburkan di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Jika dikatakan perniagaanmenyewakan kereta, itu sudah biasa dan sinonim dengan kehidupan di universiti ini.Namun sejak akhir-akhir ini, bidang keusahawanan boleh dikatakan menjadi suatukegilaan warga universiti walaupun bukan secara menyeluruh. Bidang yang palingpopular kini adalah jualan langsung. Bermacam-macam produk cuba diperkenalkansehingga perbandingan mula dilakukan di antara satu produk dan satu produk yang lain.Daripada perbandingan kualiti produk sehinggalah kepada strategi pemasaran yangdipraktikkan dan akhirnya keuntungan yang bakal diperoleh menjadi kata putus. Selainitu, tidak kurang juga yang menjadikan kemahiran yang ada pada mereka sepertikemahiran membaiki komputer sebagai suatu mata pencarian. Justeru itu, sebagaimelariskan jualan dan tawaran yang mereka perkenalkan ini, perlulah diwujudkan suatumedium pengiklanan agar jualan dan tawaran mereka ini dapat diperkenalkan kepadaumum. Suatu mekanisme terkini perlu diguna pakai. Maka suatu sistem pengiklanansecara atas talian perlu diwujudkan agar semua pihak terutamanya warga universitiboleh mengiklankan produk mereka kepada semua. Kepentingan mewujudkan sistem iniadalah sebagai memudahkan proses carian barangan dan servis tanpa perlumemperuntukkan ruang masa dan tenaga yang banyak melalui enjin carian yang pantas.Sistem ini juga menyediakan ruang pengiklanan yang lebih menarik dan teratur.1.3 Cadangan Penyelesaian dan Pembangunani. Membangunkan sebuah sistem pengiklanan secara atas talian yang lebih tersusundan konsisten berserta sistem pangkalan data untuk penyimpanan maklumat.


1.6 Skop Projeki. Sistem ini adalah terhad untuk penggunaan di dalam kampus UniversitiTeknologi Malaysia sahaja.ii. Iklan yang boleh diletakkan adalah tidak terhad tetapi perlu mematuhi segalasyarat-syarat pengiklanan yang telah ditetapkan.iii. Tiada pengulangan iklan yang sama dibenarkan. Berkaitan hal ini, ianyadilakukan secara manual oleh pembangun sistem (web master).iv. Pengguna sistem adalah di kalangan warga universiti dan dibahagikan kepadatiga kategori iaitu pelawat, pengguna berdaftar dan pentadbiran sistem.v. Capaian pelawat adalah sekadar melihat maklumat iklan sahaja. Penggunaberdaftar pula berupaya melihat, menyemak, mengemas kini, dan membuangiklan yang telah diletakkan oleh mereka. Pihak pentadbiran sistem pula bolehmelihat, menyemak, membuang iklan yang dirasakan tidak mematuhi peraturan,mengemaskini paparan sistem dan mengemaskini pangkalan data sistem.vi. Menggunakan PHP, MySQL, Apache dan Mambo Server untuk membangunkanprototaip sistem.vii. Fungsi yang boleh dilakukan oleh sistem adalah seperti mendaftarkan ahli baru,menyediakan ruang untuk para ahli berdaftar menguruskan iklan mereka,mewujudkan ruangan forum sebagai kemudahan rundingan antara pengiklan danpengguna, dan fungsi carian untuk memudahkan pengguna melakukan carian keatas barangan yang dikehendaki.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!