11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penyata PengerusiPara pemegang saham yang dihormati,Bagi pihak Lembaga <strong>Pengarah</strong> <strong>IOI</strong>Corporation Berhad, saya dengansukacitanya membentangkan <strong>Laporan</strong>Tahunan dan Penyata Kewangan Syarikatdan Kumpulan bagi tahun kewanganberakhir 30 Jun 2007.MAKLUMAT UTAMABerbanding dengan TK2006, apabila kami terpaksa “berlayar melawan angin”, TK2007 adalah tahun yang lebih baik. Dengansegala rintangan yang telah kita atasi, kita telah kembali kepada laluan asal, dengan pencapaian yang lebih memberangsangkandalam kedudukan kewangan:• Pendapatan kumpulan meningkat sebanyak 47% daripada RM6.11 bilion kepada RM8.95 bilion• Keuntungan operasi adalah sebanyak RM2.06 bilion, meningkat sebanyak 69% berbanding RM1.22 bilion bagitahun lepas• Keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak 73% daripada RM1.15 bilion kepada RM1.99 bilion bagi TK2007• Perolehan bersih meningkat sebanyak 79% daripada RM0.83 bilion kepada RM1.48 bilion• Pulangan ke atas ekuiti purata (“ROE”), meningkat daripada 15.2% kepada 21.5% untuk TK2007LATAR BELAKANG OPERASIKeadaan perniagaan di mana perniagaan utama kumpulan beroperasi adalah lebih baik secara umumnya bagi TK2007 berbandingtahun sebelumnya.Ekonomi dunia mencapai prestasi yang baik, berkembang sebanyak 5% pada tahun 2006 walaupun dengan kegawatan yangdialami oleh ekonomi Amerika Syarikat. Peningkatan dalam ekonomi dunia adalah disebabkan oleh keteguhan pertumbuhandaripada beberapa peneraju ekonomi yang semakin berkembang, terutamanya negara India dan China, dan juga pertumbuhanyang bertambah baik bagi Negara-negara Eropah, di mana kesemua negara itu adalah pasaran yang penting untuk minyak sawitdan juga produk-produknya seperti oleo kimia dan lemak khusus. Pasaran dunia juga dipengaruhi oleh kecairan berlebihan yangmanggalakkan penyatuan dan pengambilalihan serta pemilikan hartanah. Selain daripada itu, minat dunia terhadap tenaga yangboleh diperbaharui, pemanasan dunia dan isu-isu persekitaran telah mencapai satu tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini.Semua ini memberi kesan yang amat positif kepada harga dan permintaan terhadap minyak sayuran.Bagi operasi tempatan, keadaan ekonomi Malaysia kelihatan positif, di mana ia telah berkembang sebanyak 5.9% pada tahun2006. Sentimen-sentimen pasaran yang positif serta minat terhadap hartanah perdana telah mendorong permintaan dalam segmenhartanah tertentu.<strong>IOI</strong> CORPORATION BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007 2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!