11.07.2015 Views

SIKAP TERHADAP KOMPUTER - Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

SIKAP TERHADAP KOMPUTER - Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

SIKAP TERHADAP KOMPUTER - Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

<strong>SIKAP</strong> <strong>TERHADAP</strong> <strong>KOMPUTER</strong> *(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed)Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh para penyelidik dalam penyelidikan-penyelidikanmengenai sikap terhadap komputer dalam dunia pendidikan. Kepelbagaian tersebut bertujuan untukmendapatkan gambaran yang lebih jelas dan komprehensif tentang sikap terhadap komputer. Selain berbezapendekatan, penyelidikan juga dijalankan di pelbagai peringkat institusi dan organisasi pendidikan sertamelibatkan warga pendidikan yang berbeza iaitu sama ada pelajar, guru, pensyarah, pentadbir dansebagainya.Sikap merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan pelbagaiprogram yang berkaitan dengan komputer dalam pendidikan. Penyelidikan Zahri Aziz (1992) mengenaipersepsi terhadap penggunaan komputer di kalangan pegawai-pegawai di Pejabat <strong>Pelajaran</strong> Daerah di tigadaerah di Perak (Larut, Matang, Selama) menunjukkan bahawa faktor sikap memainkan peranan pentingterhadap kejayaan pelaksanaan aplikasi komputer dalam sesebuah organisasi. Penyelidikan mengenaiperlaksanaan Computer Assisted School Administration (CASA) di sekolah-sekolah berasrama penuh dinegeri <strong>Kedah</strong> Darul Aman oleh Muhammad Zaini (dalam Ahmad Rafee Che Kassim, 1996) juga telahmembuktikan sikap merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan CASA.Hasil penyelidikan oleh Dupagne dan Krendi (1992) mendapati bahawa secara keseluruhannyaguru-guru menunjukkan sikap yang positif terhadap sebarang program pengimplimentasian komputer samaada di dalam bilik darjah atau kurikulum. Namun begitu, dapatan penyelidikan menunjukkan yang majoritiguru masih ragu-ragu terhadap (a) keupayaan infrastuktur, khususnya merangkumi perkakasan dan perisiankomputer dan (b) kekurangan pengendalian kursus oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.Jusni Nasirun (1995) dalam penyelidikan beliau terhadap sikap pensyarah-pensyarah terhadappenggunaan komputer secara profesional merumuskan bahawa secara keseluruhannya para pensyarah diInstitut Perguruan Darulaman mempunyai sikap yang positif terhadap komputer. Sikap sedemikianbermakna tidak wujud bangkangan terhadap penggunaan teknologi komputer. Penyelidikan beliau jugamendapati 68.7% daripada sampel amat bersedia untuk mempelajari teknologi komputer berbandingdengan hanya 1.5% yang langsung tidak berminat.Fobia terhadap komputer dan teknologi baru sangat menebal di kalangan masyarakat. Tinjauanliteratur menunjukkan perbezaan latar belakang individu mempengaruhi dan mempunyai kesan terhadapsikap seseorang terhadap komputer. Mengikut Clement (dalam Jusni Nasirun, 1995) terdapat guru-guruyang mempunyai sikap yang negatif terhadap komputer. Perbezaan latar belakang individu seperti usiayang muda, kaum wanita dan penguasaan matematik yang lemah merupakan antara faktor yangmenyebabkan sikap sedemikian (Grisworld dalam Jusni Nasirun, 1995).Penyelidikan oleh Massoud (dalam Alix, n.d.) menunjukkan terdapatnya perbezaan sikap yangsignifikan mengikut jantina iaitu sikap orang lelaki terhadap komputer adalah lebih positif berbandingorang perempuan. Dapatan penyelidikan Albouserie, Moss, dan Barasi (dalam Graf, Davies, danMcNorton, 2004) pula menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berminat untuk menggunakan komputeruntuk pembelajaran berbanding pelajar perempuan. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa faktor jantinaada pengaruhnya terhadap sikap individu terhadap penggunaan komputer.Dalam perkembangan berkaitan, penyelidikan Morahan-Martin (1998) mendapati penggunaaninternet lebih didominasi oleh kaum lelaki sejak diperkenalkan. Walaupun penggunaannya di kalanganwanita semakin meningkat di seluruh dunia, namun penggunaan internet dalam pelbagai cara masih rendahberbanding kaum lelaki. Akibatnya bukan sahaja peluang kaum wanita untuk mengakses maklumat sertamendapat pelbagai perkhidmatan secara dalam talian berkurangan, tetapi juga menyebabkan kesan negatifterhadap ekonomi dan pendidikan. Sikap negatif kaum wanita terhadap teknologi baru telah menyebabkangolongan tersebut dilaporkan sebagai mempunyai (a) tahap kemahiran komputer yang rendah, (b) tahapkompeten komputer yang rendah, dan (c) sikap memihak terhadap komputer yang lebih rendah berbandinggolongan lelaki.Dapatan-dapatan penyelidikan juga menunjukkan yang faktor usia mempengaruhi sikap individuterhadap komputer. Penyelidikan oleh Omar Mohammed (1992) dan oleh Walters dan Necessary (1996)menunjukkan yang pelajar-pelajar di kelas yang lebih tinggi mempunyai sikap yang lebih positif terhadap


penggunaan komputer berbanding rakan-rakan mereka di kelas yang lebih rendah. Hasil penyelidikan olehRobertson, Calder, Fung, Jones, dan O’Shea (1995) pula mendapati golongan pelajar mempunyai tahapkerisauan yang lebih rendah terhadap komputer berbanding golongan guru.Penyelidikan Dyck (dalam Alix, n.d.) membuat perbandingan sikap terhadap komputer di antaragolongan lebih dewasa (berumur 55 tahun dan ke atas) dengan golongan muda (berumur 30 tahun dan kebawah). Dapatan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa sikap positif terhadap komputer bagi keduaduagolongan mempunyai kaitan dengan tahap pengalaman, khususnya pengalaman penggunaan komputer.Sikap sama ada positif atau negatif terhasil daripada pengalaman yang diperolehi.Graf et al. (2004) telah menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan tahap penggunaan internetdan sikap terhadap komputer dan kaitannya dengan perbezaan stail kognitif dan silang budaya.Penyelidikan tersebut dijalankan di University of Glamorgan, United Kingdom iaitu melibatkan seramai170 pelajar ijazah pertama iaitu (103 berbangsa Cina dan 67 pelajar tempatan). Dapatan penyelidikanmenunjukkan bahawa sikap dan nilai terhadap kumpulan umur yang lebih muda (17 hingga 19 tahun) lebihpositif berbanding kumpulan yang lebih tua (21 hingga 32 tahun). Hasil penyelidikan juga menunjukkanbahawa pelajar-pelajar berbangsa Cina lebih menonjol tingkah laku sikap terhadap internet dan komputerberbanding pelajar-pelajar tempatan.Penyelidikan yang dijalankan oleh Othman Khalid (1992) mendapati bahawa walaupun latarbelakang pentadbir sekolah terhadap komputer dan penggunaannya agak rendah dan mengecewakan, tetapijelas dan nyata menunjukkan bahawa persepsi mereka adalah positif terhadap rancangan memperkenalkankomputer di sekolah dan penggunaan komputer dalam membantu pentadbiran sekolah. Penyelidikantersebut juga mendapati (a) kurangnya penekanan dan perhatian khusus dari pihak Kementerian <strong>Pelajaran</strong>terhadap kepentingan komputer dan kegunaannya, (b) tiada bantuan dan peruntukan khusus terhadapbekalan komputer, (c) tidak ada program latihan komputer yang khusus dan berterusan kepada pentadbir,guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah, dan (d) tiada guru yang dilatih khusus dalam bidang komputeryang ditempatkan di sekolah.Dapatan penyelidikan MEDNZ (1998) yang dijalankan ke atas 276 guru besar sekolah rendah diNew Zealand secara jelas menunjukkan bahawa sikap yang memihak terhadap teknologi maklumat secararelatifnya wujud secara meluas di kalangan guru besar. Dapatan penyelidikan juga menunjukkan (a) 55%daripada guru besar sekolah rendah menggunakan e-mail sekurang-kurangnya sekali seminggu, sementara(b) 53% sangat bersetuju yang pelajar seharusnya menguasai kemahiran asas komputer (pemprosesanperkataan, hamparan eletronik, dan internet) ketika meninggalkan alam persekolahan.Hasil penyelidikan mengenai sikap pentadbir sekolah terhadap penggunaan komputer dalampentadbiran oleh Ahmad Rafee Che Kassim (1996) menjelaskan bahawa faktor pengalaman, mendapatlatihan, serta keupayaan mengakses komputer mempengaruhi sikap pentadbir terhadap komputer.Penyelidikan Mohd. Al-Shaari Mohd. Ramli (1995) di kalangan guru besar sekolah rendah di daerah Lipismendapati bahawa 80% responden telah menggunakan komputer untuk urusan pentadbiran sekolah,khususnya untuk menaip dokumen.Sikap negatif terhadap komputer merupakan sesuatu yang normal dan perlu diberi perhatian.Kemungkinan terdapatnya guru-guru yang mempunyai sikap yang negatif terhadap penggunaan komputerdi dalam bilik darjah juga merupakan perkara biasa. Menurut Woodrow (1991) guru-guru akan menentangsebarang percubaan memperkenalkan sesuatu program sekiranya mereka menganggap program yangdicadangkan bukan untuk kepentingan diri dan pelajar. Penyelidikan Tseng, Tiplady, Macleod dan Wright(dalam Orr, 2002) mendapati perasaan bimbang terhadap komputer dan penggunaannya merupakan sesuatuyang biasa dan dialami oleh antara 30% hingga 40% daripada populasi. Daniel (1999) pula berpendapatbahawa kita tidak keseorangan jika kita mengalami perasaan gementar melakukan sesuatu tugas denganmenggunakan komputer.Menurut Summer (dalam Christensen, 1997) satu daripada sebab utama guru bersikap negatifterhadap komputer ialah kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. MenurutBrickner (dalam Tuzcuoglu, 2001) antara halangan dalam program pengintegrasian komputer di sekolahialah berkaitan dengan (a) kepercayaan guru terhadap cara mengajar, (b) kepercayaan terhadap komputer,(c) kebiasaan amalan-amalan di dalam bilik darjah, dan (d) keengganan untuk berubah.


Sorotan literatur mengenai kebimbangan terhadap komputer menghasil beberapa teori. MenurutOrr (2002) penyelidik-penyelidik (Lyod & Gressard, 1984; Howard & Smith, 1986; Glass & Knight, 1988;Necessary & Parish, 1996) menyokong teori yang menyatakan bahawa peningkatan pengalaman dengankomputer akan dapat mengurangkan tahap kebimbangan terhadap komputer. Penyelidikan oleh Necessarydan Parish (dalam Orr, 2002) juga menunjukkan bahawa responden yang langsung tidak mempunyai ataumempunyai pengalaman yang sedikit terhadap komputer mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi.Jika individu yang bimbang terhadap penggunaan komputer bersikap positif dan disusuli pula denganpendedahan secara berterusan, maka tahap kebimbangan berkemungkinan dapat dikurangkan.Tinjuan literatur juga menunjukkan terdapatnya pelbagai penyelidikan tentang sikap terhadapkomputer dan kaitannya dengan kesan pencapaian atau kemajuan diri. Penyelidikan Speier, Morris danBriggs (dalam Orr, 2000) menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan di antara sikap yang diperhatikandengan pencapaian individu. Responden yang menganggap komputer sesuatu yang berguna serta mudahdigunakan telah mempamerkan pencapaian kemahiran yang lebih tinggi.Sikap positif atau negatif akan memberi impak terhadap diri dan pekerjaan individu. Penyelidikanperbandingan oleh Bhattacharjee dan Shaw (dalam Gurr, 1999) menunjukkan bahawa kumpulan respondenyang mempunyai sikap positif didapati memperolehi kemahiran-kemahiran kerja yang tinggi berbandingkumpulan yang bersikap negatif. Perbandingan yang dibuat juga menunjukkan bahawa selain didapatimampu menyelesaikan semua kerja tanpa bantuan, responden yang mempunyai sikap positif juga didapatilebih yakin dengan keupayaan penggunaan teknologi.IITTL (2000) telah menjalankan satu penyelidikan untuk mendapatkan kesan perubahan sikapterhadap komputer. Antara dapatan penyelidikan ialah (a) guru yang tinggi tahap pengintegrasian teknologidalam proses pengajaran diperlukan agar penggunaan teknologi maklumat memberi impak yang positifterhadap persepsi pelajar terhadap komputer, (b) penggunaan teknologi secara berkesan akan lebihmendorong para pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran, dan (c) pelajar yang diajaroleh guru yang tinggi tahap pengintegrasian teknologi memperolehi skor yang lebih tinggi dalam ujianIowa Test of Basic Skill berbanding mereka yang diajar oleh guru yang rendah tahap pengintegrasianteknologi.Terdapat berbagai-bagai alasan terhadap keengganan menggunakan komputer dan salah satu yangpaling biasa ialah perasaan bimbang terhadap teknologi maklumat. Rutherford dan Grana (dalam Gilmore,1998) menyenarai bentuk-bentuk kebimbangan terhadap teknologi maklumat. Diantaranya ialah (a) takutkepada perubahan, (b) takut kepada komitmen masa, (c) takut dilihat sebagai tidak kompeten, (d) takutkepada techno lingo iaitu jargon-jargon teknologi, dan (e) takut menghadapi kegagalan.Hasil penyelidikan Parker (dalam Gilmore, 1998) juga menunjukkan terdapatnya 10 alasan yangmenjadi halangan terhadap penggunaan teknologi maklumat. Sepuluh alasan tersebut serta peratusandapatan ialah (a) kurang mahir menggunakan papan kekunci – 13%, (b) penggunaan teknologi maklumatamat mengecewakan – 13%, (c) tidak mampu mengikut perubahan yang terlalu cepat – 13%, (d)berpendapat teknologi maklumat tidak akan meningkatkan bidang yang diceburi – 16%, (e) ketiadaanmakmal komputer – 23%, (f) ketiadaan masa – 25%, (g) tidak mempunyai pengetahuan tentang sumberteknologi maklumat – 29%, (h) tiada pembantu di makmal – 45%, (i) ketiadaan perisian – 52%, dan (j)ketiadaan perkakasan – 58%.Justeru itu, cabaran utama bagi tenaga pengajar kelas literasi komputer ialah bagaimana menukarsikap negatif terhadap komputer kepada sikap positif. Menurut Orr (2002) pengajar mestilah membantupelajar mengurangkan perasaan bimbang terhadap komputer. Kenal pasti lebih awal pelajar yangmenghadapi masalah dapat mengurangkan rasa kebimbangan mereka. Pendekatan memasangkan pelajaryang mahir dan mempunyai keyakinan terhadap komputer dengan pelajar yang bimbang terhadap komputersemasa pengajaran juga dijangka dapat membantu mengurangkan tahap kebimbangan. Pengajaran seorangdengan seorang serta mengadakan kelas ganti bagi pelajar yang tertinggal kelas didapati berfaedah terutamabagi pelajar yang baru.Sikap positif terhadap komputer boleh ditingkatkan melalui latihan atau kursus. Hasilpenyelidikan oleh Gilmore (1998) mendapati latihan menyebabkan berlakunya perubahan sikap. Secaraperbandingan, dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang mengikuti latihan mempunyaisikap yang lebih positif berbanding mereka yang tidak mengikuti latihan. Penyelidikan oleh Rutherford dan


Grana pada tahun 1995 (dalam Gilmore, 1998) juga menunjukkan dapatan yang sama dan oleh yangdemikian bolehlah diandaikan bahawa latihan menyumbang ke arah peningkatan penggunaan teknologimaklumat.Penyelidikan Yildrim (2000) mendapati komponen-komponen sikap seperti kerisauan, keyakinan,dan minat terhadap komputer telah secara signifikannya meningkat selepas diberi latihan atau tunjuk ajar.Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa persekitaran iaitu penggunaan teknologi di sekolah-sekolahtelah mempengaruhi sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer. Penyelidikan oleh Abbott dan Faris(2000) pula mendapati bahawa peningkatan sikap yang positif terhadap komputer akan berlaku melalui (a)pendekatan instructional, (b) pemberian tugasan yang bermakna yang memerlukan penggunaan teknologi,dan (c) sokongan daripada pihak sekolah iaitu dengan memasukkan komponen teknologi ke dalam kursusliterasi komputer yang sedia ada.Selain dirancang dengan teliti, pengisian program latihan juga perlu mengambil kira kemungkinanwujudnya beberapa faktor yang boleh menghalang keberkesanannya. Dapatan penyelidikan Valasek (dalamJusni Nasirun, 1995) pula menunjukkan bahawa (a) umur ialah faktor utama bagi orang dewasa tidakmenunjukkan prestasi yang baik dalam latihan; (b) golongan dewasa mengambil masa yang lama untukmenyesuaikan diri dengan corak latihan; dan (c) orang dewasa mampu belajar, tetapi mereka melakukanbanyak kesalahan dan memerlukan lebih masa untuk latihan.Perancangan latihan yang baik menurut Ritchie dan Wilburg (dalam Christensen, 1997) mestilahmengambil kira dua elemen penting iaitu jangka masa latihan dan kandungan kursus. Jangka masa latihanyang singkat tidak mencukupi untuk membolehkan guru melaksanakan penggunaan teknologi di dalambilik darjah. Dalam perkembangan berkaitan, penyelidikan Beasley dan Sutton pada tahun 1993 (dalamChristensen, 1997) mendapati bahawa sekurang-kurang 30 jam diperlukan bagi satu pakej latihan untukmengurangkan tahap kebimbangan terhadap teknologi. Walau bagaimanapun, jumlah masa tersebut hanyadapat menghilangkan ketidakpastian dan merupakan langkah awal ke arah menjadi pengguna komputeryang lebih yakin dan berpengetahuan.Dalam memperkatakan tentang kandungan latihan yang berkesan, tinjauan literatur oleh Parker(dalam Gilmore, 1998) menunjukkan bahawa kandungan latihan teknologi maklumat mestilahmengandungi bidang-bidang peningkatan keupayaan penggunaan komputer untuk kegunaan peribadi.Empat bidang penggunaan komputer untuk kegunaan peribadi yang dikenal pasti ialah perisianpemprosesan perkataan, hamparan eletronik, carian internet dan mel eletronik.Penyelidikan Christensen (1997) telah memberi beberapa gambaran tentang sikap terhadapkomputer. Didapati sesetengah sikap seperti kebimbangan, kepentingan komputer dan keseronokkanterhadap komputer berubah dengan cepat menjadi lebih positif dari yang dijangkakan. Sementara dimensikeyakinan dan penerimaan komputer telah mengambil masa yang lebih lama untuk menunjukkanperubahan. Penyelidikan tersebut juga menunjukkan bahawa sikap guru mempengaruhi sikap pelajar samaada secara langsung atau tidak langsung. Sikap pelajar juga didapati mempengaruhi sikap guru. Didapatiperasaan kepentingan terhadap komputer di kalangan pelajar yang tinggi telah menyebabkan tahapkebimbangan di kalangan para guru turut meningkat.Walaupun secara keseluruhannya penyelidikan Muhamad Hasan bin Abdul Rahman dan YeongWeng Fatt (2001a & 2001b) menunjukkan sikap yang postif terhadap penggunaan komputer dan internet,namun seperkara yang menarik daripada dapatan penyelidikan tersebut ialah 91 responden (76.4%)daripada 122 berpandangan bahawa penggunaan internet mengurangkan produktiviti kerja. Apa yang dapatdiimplikasikan daripada dapatan tersebut ialah tahap kemahiran yang rendah menyebabkan pengguna tidakcekap, sukar dan banyak membuang masa semasa menggunakan internet. Dapatan tersebut jugaberkemungkinan dipengaruhi oleh kesukaran mengakses internet dan talian internet yang kerap terputus.Penyelidikan Lyod dan Gressard (dalam Christensen, 1997) menunjukkan bahawa sikap positifterhadap komputer juga mempunyai kolerasi yang positif terhadap pengetahuan dan pengalaman guru.Penyelidikan tersebut juga mendapati bahawa (a) persepsi terhadap potensi penggunaan komputer bolehmempengaruhi sikap terhadap komputer, dan (b) tahap keyakinan yang dimiliki guru dalam penggunaankomputer sangat mempengaruhi keberkesanan guru dalam mengintegrasikan komputer dalam bilik darjah.Sementara penyelidikan Lillard pada tahun 1985 pula mendapati bahawa pengetahuan memberi kesan yangpositif ke atas sikap guru terhadap teknologi.


Hasil penyelidikan Liong Kam Chong, et al. (1995) mendapati majoriti guru besar dan pengetuasangat bersetuju bahawa kakitangan sekolah sepatutnya mempunyai sikap positif dan dirangsang untukmenggunakan komputer. Penyelidikan tersebut juga mendapati kekangan sumber kewangan sebagaimasalah yang amat signifikan untuk melaksanakan penggunaan komputer dalam pentabiran berbandingmasalah staf yang signifikan yang amat rendah.* Esei ini merupakan sebahagian daripada tesis MSc. (Education Management) penulis diUniversiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, <strong>Kedah</strong> Darul Aman.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!