12.07.2015 Views

Pembangunan Pelancongan Lestari Di Felda Gugusan Trolak Satu ...

Pembangunan Pelancongan Lestari Di Felda Gugusan Trolak Satu ...

Pembangunan Pelancongan Lestari Di Felda Gugusan Trolak Satu ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Konsep lestari atau mampan selalunya dikaitkan dengan kualiti kehidupan yangmerangkumi sistem ekonomi, sosial dan persekitaran bagi menjamin keselesaan hidupdan persekitaran yang sihat dan produktif. Matlamat ini bukan sahaja untuk keperluangenerasi masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang. Hal ini menyebabkan istilahini sentiasa digunapakai seperti pembangunan lestari, komuniti lestari, pertanian lestari,pendidikan lestari dan sebagainya.Berlandaskan hakikat ini, pembangunan lestari sememangnya tidak dapat dipisahkan daribidang geografi yang menyepadukan elemen ekonomi, sosial dan alam sekitar dalampelbagai konteks kajiannya. Pembangunan mampan merupakan satu konseppembangunan yang menekankan kesepaduan dan keseimbangan antara pembangunanekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan semasatanpa menjejas keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pelbagai pengertiankonsep pembangunan mampan telah wujud dan kesemuanya adalah sesuai untuk situasidan tujuan yang berbeza. Walaubagaimanapun kesemua pengertian pembangunan lestariyang telah diterimapakai memuatkan tema sejagat yang utama iaitu merangkumi aspekpersekitaran (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity).Pembangunan pelancongan lestari yang merupakan sub-tema dalam pembangunan lestarisehingga kini masih lagi menarik perbincangan yang berterusan kerana tuntutan dankerenah pembangunan pelancongan yang menjadi semakin dinamik dan luwes ataufleksibel. Ianya sentiasa diberi penekanan kerana sektor pelancongan telah menjadimenyumbang utama kepada kemajuan dan pembangunan negara. Dalam RancanganMalaysia ke Sembilan (RMKe-9) sebanyak 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektorpelancongan untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaik taraf infrastrukturdan menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produkdan perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akandipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancongdomestik dan antarabangsa (Malaysia, 2006).Impak globalisasi akibat kecanggihan serta pembangunan teknologi dan sistemkomunikasi menyebabkan jurang masa-jarak semakin singkat sementara kekaburansempadan antara tempat semakin meningkat (Fatimah & Morshidi, 2003). Kesan ini jelaskelihatan pada perubahan profil pelancong dan tujuan pelancong yang semakin mengarahkepada jenis pelancongan berasaskan sumberjaya, berasaskan pertanian dan pelanconganekologi (yang menekankan pengalaman, penerokaan, pemerhatian dan penyertaan)berbanding sebelum ini yang lebih menjurus kepada aspek pelancongan berasaskanbandar (yang berfokus kepada aktiviti membeli-belah, bersiar-siar dan hiburan) (Fatimah& Nurwati, 2005). Akibat trend semasa, gaya hidup, permintaan dan kerenah yangberubah maka pihak pengurusan destinasi pelancongan perlu peka, menaiktaraf danmenambah nilai terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan yang disediakan.Berasaskan perspektif ini, kertas kerja ini cuba menganalisis dan mengupas elemenelemenpelancongan lestari yang bakal direalisasi dalam kawasan Felda Gugusan Trolakyang memiliki beberapa produk pelancongan sedia ada terutamanya Taman Rekreasi Air2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!