12.07.2015 Views

Pembangunan Pelancongan Lestari Di Felda Gugusan Trolak Satu ...

Pembangunan Pelancongan Lestari Di Felda Gugusan Trolak Satu ...

Pembangunan Pelancongan Lestari Di Felda Gugusan Trolak Satu ...

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hal ini menunjukkan bahawa dalam mengejar pembangunan, bersinergi dengan alamsekitar dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan sumber jaya perlu dipertingkatkan.Dan pada masa yang sama pembahagian dan peluang pembangunan yang diwujudkanperlulah seimbang serta adil untuk semua entiti bumi dan semua aspek yang membawakepada pertumbuhan pembangunan termasuk kawalan kependudukan, makanan,keselamatan dan sumber tenaga.Blowers (1993) merumuskan bahawa matlamat pembangunan lestari ialah untuk:• pemuliharaan sumber - iaitu memastikan agar wujud penggantian sumberatau kepelbagaian sumber, pengurangan penggunaan sumber yang tidakboleh diperbaharui dan perubahan dalam cara penggunaan melaluipenggunaan tanah dan sumber secara maksimum dan efektif supayapenawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datangberkesinambungan.• pembangunan fizikal – iaitu memastikan pandang darat budaya danpembangunan hasil binaan manusia membawa manfaat dan peluang yangmaksimum dan bersinergi dengan alam semulajadi bagi melahirkankeseimbangan, keharmonian dan faedah untuk semua.• peningkatan kualiti alam sekitar – dengan mengelakkan pembangunan yangakan mengancam atau menjejaskan kualiti kehidupan, mengelakkanpencemaran alam dan melindungi kapasiti dan keupayaan ekosistem.• kesaksamaan sosial – iaitu memastikan pemerolehan dan kawalan sumberyang lebih wajar bagi mengelakkan pembangunan ekonomi yang akanmenambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkanpembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.• penyertaan politik – iaitu menggalakkan penyertaan komuniti dalammembuat keputusan pembangunan kawasan masing-masing sama ada dalamaspek pembangunan ekonomi mahu pun pembangunan sosial dan alamsekitar.Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa dalam pembangunan lestari, objektifnya adalahuntuk kesejahteraan masyarakat dalam konteks yang bersepadu antara aspek ekonomi(untuk pertumbuhan, kesaksamaan, daya saing dan kecekapan), aspek sosial (untukpenyertaan, kekuasaan, penentuan identiti kebudayaan serta pembentukan danpembangunan institusi) dan aspek ekologi dan alam sekitar (untuk kepelbagaian sertakemampuan dan keupayaan menampung pembangunan).4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!