12.07.2015 Views

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN PERSONAL LOAN UOB Terma ...

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN PERSONAL LOAN UOB Terma ...

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN PERSONAL LOAN UOB Terma ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN PERIBADI UOBTerma dan Syarat Pinjaman Peribadi UOB (“Terma dan Syarat”) ini akan mentadbir PinjamanPeribadi UOB (“Pinjaman”) yang kami akan sediakan kepada anda.1.0 AM1.1 Amaun dan tempoh (“Tempoh”) Pinjaman ialah amaun dan tempoh yangdiluluskan oleh kami pada budi bicara mutlak kami, tetapi ia tidak akan melebihiamaun dan tempoh yang telah dipohon oleh anda.1.2 Tujuan Pinjaman ini adalah terhad kepada penggunaan peribadi atauperniagaan.1.3 Kami akan memaklumkan anda secara bertulis setelah kami meluluskanPinjaman (“Surat Kelulusan”). Kandungan Surat Kelulusan tersebut akanmenjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat yang akan mentadbirkanPinjaman.1.4 Kami kemudiannya akan mewujudkan satu akaun pinjaman peribadi (“Akaun”) dibawah nama anda.1.5 Kami akan menolak duti setem dan sebarang fi atau caj lain yang dikenakan atauditanggung oleh kami pada bila-bila masa, termasuk sebarang fi Giro AntaraBank (Interbank Giro atau “IBG”) daripada Pinjaman sebelum mengkredit kedalam akaun yang ditentukan oleh anda dalam borang permohonan (“Akaunyang Dipilih”). Pada masa yang sama, Pinjaman akan didebitkan daripadaAkaun anda.1.6 Jika Akaun yang Dipilih ialah akaun simpanan atau semasa yang anda kekalkanbersama kami, Pinjaman akan dikreditkan secara langsung ke dalam akauntersebut. Jika Akaun yang Dipilih ialah akaun simpanan atau semasa yangdikekalkan dengan mana-mana institusi kewangan lain di Malaysia, Pinjamanakan dihantar ke akaun tersebut melalui IBG.

1.7 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang caj, kerugian, ganti rugi atauliabiliti dalam apa-apa bentuk sekalipun yang anda mungkin mengalami akibatkelewatan atau kegagalan kami dalam meluluskan sebarang permohonan ataudalam menghantarkan Pinjaman kepada Akaun yang Dipilih oleh anda.1.8 Anda mesti membayar balik Pinjaman melalui ansuran bulanan untuk prinsipaldan faedah sepanjang Tempoh, atau sehingga Pinjaman dan semua faedah danwang lain yang mesti dibayar di bawah Pinjaman telah dibayar sepenuhnya.1.9 Amaun ansuran bulanan dan permulaan bayaran ansuran bulanan akandinyatakan dalam surat Kelulusan. Kami boleh mengubah amaun ansuranbulanan dan Tempoh pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami denganmemberikan anda notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu.1.10 Ansuran bulanan perlu dibayar walaupun anda tidak mengeluarkan sebarangjumlah daripada Pinjaman yang telah dikreditkan atau dihantar ke dalam Akaunyang Dipilih oleh anda.1.11 Anda boleh melaksanakan bayaran dengan mana-mana cara berikut atau manamanacara lain yang diluluskan oleh kami dari masa ke semasa, pada budibicara mutlak kami:-(a) di mana-mana mesin deposit tunai kami;(b) di mana-mana mesin deposit cek kami;(c) melalui IBG;(d) melalui perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi kami;(e) di mana-mana mesin juruwang automatik;(f) di mana-mana cawangan kami;(g) melalui penghantaran cek, draf bank atau kiriman wang ke alamat yangdinyatakan pada slip pembayaran pinjaman;(h) melalui arahan tersedia dari salah satu daripada akaun yang anda kekalkanbersama kami.1.12 Bayaran anda tidak akan dianggap telah diterima sehingga kami mendapati danatelah diterima dengan sempurna. Sebarang bayaran berhubung denganPinjaman yang diterima daripada anda akan dikreditkan ke dalam Akaun.

2.0 CAJ FAEDAH2.1 Faedah pada Pinjaman akan dicajkan pada kadar rata yang dinyatakan dalamSurat Kelulusan (“Kadar yang Ditentukan”).2.2 Kadar faedah seperti berikut (atau sebarang kadar lain yang kami mungkinkenakan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami), yang akan dikirapada baki harian (“Kadar Faedah Keingkaran”), akan dicajkan pada wangtertunggak dan belum dibayar kepada kami, termasuk faedah, fi, komisen dancaj yang belum dibayar apabila tamat tempoh:1% setahun ke atas Kadar Faedah Efektif pada sebarang ansurantertunggak, tertakluk kepada bayaran minimum RM10.00 (atau sebarangjumlah minimum lain yang kami mungkin kenakan pada bila-bila masa padabudi bicara mutlak kami).2.3 Kadar Faedah Efektif adalah dikira seperti berikut:Kadar Faedah Efektif = 2NF (300C + NF)2N²F + 300C (N+1)Di mana:N = Jumlah bilangan ansuran dalam TempohC = Jumlah ansuran yang akan dibayar dalamsetahunF ditentukan oleh formula berikut:-F = 100C x TN x ADi mana:C = Sama seperti di atasT = Jumlah faedah perlu dibayar pada Pinjamandi bawah TempohN = Jumlah bilangan ansuran dalam TempohA = Jumlah Pinjaman

2.4 Kadar Faedah Keingkaran akan dicajkan daripada tarikh keingkaran sehinggatarikh pembayaran penuh, kedua-dua selepas dan sebelum sebarang tuntutanatau pengadilan, dan walaupun jika hubungan jurubank-pelanggan telahberakhir.2.5 Jika berlaku sesuatu Peristiwa Keingkaran (seperti yang dinyatakan dalamklausa 5.2), kadar faedah yang digunakan (atau sebarang kadar lain yang kamimungkin kenakan pada bila-bila masa pada budi bicara kami) yang kami akancaj pada Baki Tertunggak Terselaras Baru (seperti yang ditakrifkan dalam klausa2.7 di bawah) adalah seperti berikut dan dikira pada dasar kadar harian (“KadarFaedah Panggil Balik”) :-1% setahun melebihi Kadar Faedah Efektif pada Baki Tertunggak TerselarasBaru tolak sebarang bayaran yang dilakukan oleh anda terhadap penyelesaianPinjaman selepas Peristiwa Keingkaran telah berlaku.2.6 Jumlah faedah yang dicajkan selaras dengan klausa 2.5 akan dikompaunkanpada akhir setiap bulan (“Faedah Dikompaun”) dan Faedah Dikompaun tersebutakan dimasukkan ke dalam kiraan Baki Tertunggak Terselaras Baru untuk bulanyang berikut.2.7 Baki Tertunggak Terselaras Baru ialah jumlah dari yang berikut:-a. Pinjaman tolak ansuran bulanan sebelumnya (tidak termasuk caj danfaedah);b. Wang tertunggak dan patut dibayar kepada kami di bawah Akauntermasuk ansuran bulanan tertunggak, faedah, fi, komisen dan caj yangmasih belum dibayar apabila dijangka pada tarikh berlakunya PeristiwaKeingkaran;:c. Faedah Dikompaun untuk bulan sebelumnya, jika ada.2.8 Kadar Faedah Dipanggil Balik akan dicajkan dari tarikh di mana PeristiwaKeingkaran berlaku sehingga tarikh pembayaran penuh, kedua-dua selepas dansebelum sebarang tuntutan atau penghakiman, dan walaupun perhubunganpelanggan-juru bank telah ditamatkan. Ini tidak akan menjejaskan hak kamiuntuk meminta bayaran untuk wang yang patut dibayar..

2.9 Kami boleh menukar sebarang kadar faedah pada bila-bila masa pada budibicara mutlak kami dengan memberi anda notis dua puluh satu (21) hari.3.0 PRABAYARAN/PEMBATALAN3.1 Anda tidak boleh melakukan prapembayaran atau membatalkan Pinjaman tanpakebenaran kami, yang adalah pada budi bicara mutlak kami.4.0 PENYELESAIAN AWAL4.1 Anda boleh menyelesaikan Pinjaman dengan sepenuhnya sebelum tarikh akhirTempoh dengan memberikan kami notis bertulis sebulan (atau tempoh notis lainsedemikian seperti yang kami mungkin tentukan pada bila-bila masa pada budibicara mutlak kami), atau dengan membayar faedah untuk tempoh notis sebagaiganti kepada notis.4.2 Suatu Fi penyelesaian awal sebanyak 3.0% (atau kadar lain yang kami mungkintentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami) akan dicajkan padajumlah tertunggak pada masa tersebut, tertakluk kepada jumlah minimumRM300.00 (atau jumlah minimum lain yang kami mungkin tentukan pada bila-bilamasa pada budi bicara mutlak kami).4.3 Jumlah amaun yang anda mesti bayar kepada kami pada penyelesaian awalPinjaman adalah agregat seperti berikut:a. Jumlah baki yang masih perlu dibayar di bawah Tempoh asal dan ansuran.b. Jumlah perlu dibayar di bawah Klausa 4.2.c. Sebarang jumlah lain yang patut dan perlu dibayar kepada kami di bawahPinjaman atau sebaliknya, tolak rebat untuk penyelesaian awal (“Rebat”).Rebat tersebut dikira seperti berikut (atau berdasarkan pada formula lainyang kami mungkin tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlakkami):Rebat = C^r(r+1)t (t+1)

Di mana:C = Faedah perlu dibayar untuk keseluruhan Tempohr = Jumlah baki ansuran bulanan untuk Tempoht = Keseluruhan Tempoh dalam bulan5.0 PERISTIWA KEINGKARAN5.1 Jika mana-mana peristiwa yang disenaraikan dalam Klausa 5.2 (setiap satuadalah “Peristiwa Keingkaran”) berlaku, kami tidak lagi bertanggungjawab untukmelaksanakan sebarang tanggungjawab kami kepada anda menurut Terma danSyarat. Berikutan suatu Peristiwa Keingkaran -a. semua jumlah wang (termasuk prinsipal atau faedah) yang terhutang padamasa tersebut mesti dibayar oleh anda kepada kami dengan serta-mertaapabila dituntut; danb. kami akan berhak untuk mendapat balik wang tersebut dengan faedah padaKadar Faedah Keingkaran; danc. kami akan berhak untuk melaksanakan sebarang hak dan kuasa di bawahTerma dan Syarat dan di bawah undang-undang yang boleh dilaksanakanterhadap suatu keingkaran tanpa memaklumkan anda.5.2 Peristiwa Keingkaran adalah seperti berikut:a. Anda gagal membayar sebarang wang, atau melepaskan sebarangtanggungjawab atau liabiliti yang perlu dibayar oleh anda kepada kami padatarikh tamat tempoh berkenaan.b. Anda gagal mematuhi Terma dan Syarat, Surat Kelulusan, borangpermohonan, notis, atau sebarang dokumen sekuriti lain.c. Anda meninggal dunia atau menjadi tidak waras.d. Anda menjadi muflis atau tidak mampu bayar, atau tidak menjelaskansebarang pengadilan untuk dua puluh satu (21) hari atau lebih.

e. Anda melakukan suatu tindakan kebankrapan, atau tidak dapat membayarhutang anda, menggantungkan bayaran hutang anda, atau memasukisebarang komposisi atau pengaturan dengan atau untuk manfaat pemiutanganda.f. Terdapat sebarang litigasi (sama ada sivil atau jenayah), penimbangtaraanatau prosiding pentadbiran yang belum selesai, masih berterusan ataudilaksanakan ke atas anda;g. Suatu kebankrapan, pengurusan penghakiman atau petisyen penggulunganatau proses lain yang setara dikemukakan berhubung dengan anda atausuatu resolusi diluluskan untuk melaksanakan yang sama.h. Anda berhenti, atau mengugut untuk berhenti, menjalankan perniagaananda, atau memindah atau menjual, atau berniat untuk memindah ataumenjual, sebahagian besar daripada aset anda, atau menukar, atau berniatuntuk menukar jenis atau skop perniagaan anda.i. Pada pendapat kami, terdapat pertukaran atau ugutan pertukaran dalamkeadaan yang akan menjejaskan perniagaan atau keadaan kewangan andadengan ketara dan secara material, keupayaan anda untuk melaksanakansebarang tanggungjawab anda kepada kami atau status anda sebagaiseorang pemastautin.j. Ia telah melanggari undang-undang untuk kami mematuhi tanggungjawabkami atau untuk terus menyediakan Pinjaman disebabkan oleh pertukarandalam undang-undang, peraturan atau keperluan pengawalan, atau dalaminterpretasi atau penggunaannya oleh mana-mana pihak berkuasa yangrelevan;k. Terdapat sebarang penyiasatan oleh polis atau pengawal selia yang belumselesai, masih berterusan atau dilaksanakan terhadap anda;l. Suatu notis atau cadangan untuk pemerolehan yang wajib terhadap manamanahartanah anda dikeluarkan atau dilaksanakan di bawah sebarangundang-undang;

m. Anda disenaraihitamkan menurut garis panduan Sistem Maklumat Cek TidakLaku (Dishonoured Cheques Information System atau DCHEQS) atau manamanagaris panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”)atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke ataskami;n. Mana-mana akaun anda ditutup oleh kami untuk apa-apa sebab.o. Kami memutuskan pada budi bicara mutlak kami bahawa penerusanPinjaman mungkin menjejaskan kedudukan kami sendiri atau sebaliknyatidak sesuai, atau kedudukan keterjaminan kami berada dalam keadaanyang memudaratkan.p. Jika mana-mana keterhutangan anda layak, di bawah terma yang relevan,untuk diisytiharkan sebagai patut dijelaskan sebelum tamat tempohnyadisebabkan oleh keingkaran anda terhadap tanggungjawab anda, atau andagagal membayar keterhutangan tersebut apabila perlu dijelaskan ataudiminta, atau sekuriti untuk mana-mana keterhutangan tidak bolehdikuatkuasakan.6.0 KEINGKARAN SILANG6.1 Kami akan berhak untuk menjalankan tindakan undang-undang terhadap andaatau menarik balik Pinjaman, faedah, dan semua wang lain yang perlu dijelaskankepada kami di bawah Pinjaman, atau menahan atau menarik balik Pinjaman,jika -a. anda gagal melepaskan sebarang tanggungjawab atau liabiliti kepada kamiatau mana-mana individu lain;b. anda melakukan sesuatu keingkaran dalam sebarang pinjaman, kemudahanatau pengaturan yang sama dengan mana-mana individu (termasuk kami)yang memberi hak kepada pemiutang berkenaan (termasuk kami) untukmenuntut pembayaran balik pinjaman, kemudahan atau pengaturan sebelumtempoh pembayarannya, untuk menarik balik pinjaman, kemudahan ataupengaturan, atau untuk menguatkuasakan sekuriti untuk pinjaman,kemudahan atau pengaturan; atau

c. terdapat sesuatu keingkaran dalam pembayaran sebarang wang di bawahakaun mana-mana individu lain di mana anda menyediakan sekuriti.7.0 NOTIS7.1 Anda mesti mengekalkan satu alamat surat-menyurat tempatan yang tetap diMalaysia7.2 Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta mengenai sebarangpertukaran alamat dan/atau pekerjaan atau perniagaan, atau jika anda berhasratuntuk meninggalkan Malaysia bagi tempoh selama lebih daripada tiga puluh (30)hari.7.3 Sebarang maklumat akaun, promosi pemasaran atau kempen kami, PenyataAkaun, surat-menyurat atau notis kepada anda boleh dihantar secara peribadiatau melalui telefaks atau pos (berdaftar, AR Berdaftar, biasa atau sebaliknya)atau melalui SMS atau MMS atau mel elektronik, ke alamat atau nomborhubungan telefon bimbit anda yang akhir diketahui oleh kami, dan perkhidmatantersebut akan dianggap telah dilaksanakan pada masa penghantaran atautransmisi melalui telefaks, SMS, MMS atau tiga (3) Hari Perniagaan selepastarikh pengeposan, walaupun ia gagal dihantar atau dikembalikan.7.4 Jika anda tidak memaklumkan kami mengenai sebarang pertukaran alamat,anda bersetuju bahawa kami boleh pada budi bicara mutlak kami, bergantungpada -a) sebarang alamat ternyata dalam borang permohonan atau sebarangalamat lain yang didapati dalam sistem kami, ataub) sebarang alamat yang kami memperoleh daripada sebarang komunikasiyang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami.7.5 Sebarang kegagalan oleh anda untuk memaklumkan kami mengenai pertukaranalamat akan mengakibatkan penangguhan atau tiada penghantaran sebarangPenyata Akaun, surat-menyurat dan/atau notis yang tidak akan menjejaskan hakatau hak milik kami di bawah Terma dan Syarat.7.6 Tanpa menghiraukan sebarang peruntukan dalam Klausa 7, kami boleh, padabudi bicara mutlak kami, memberi notis kepada anda dengan kaedah lain,termasuk tetapi tidak terhad kepada -

a) pengiklanan dalam satu akhbar harian;b) memaparkan notis, di mana sesuai, di premis kami;dan notis akan dianggap telah diberi kepada anda pada tarikh iklan tersebutkeluar dalam akhbar, atau tarikh notis mula dipaparkan di premis kami.8.0 PENDEDAHAN8.1 Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau manamanaindividu lain yang dibenarkan oleh kami untuk mengakses rekod, suratmenyuratatau sebarang material lain berkaitan dengan anda atau Pinjamananda) boleh mendedahkan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kamitanpa memaklumkan anda, sebarang maklumat berkaitan dengan anda, akaunanda bersama kami, Pinjaman ini dan Terma dan Syarat ini, kepada individuindividuberikut:-(a) mana-mana cawangan kami, agensi, pegawai wakil, syarikat bersekutu,gabungan atau berkaitan, dan pegawai, kakitangan atau agen masing-masingmereka, sama ada di Malaysia atau di tempat lain (“Kumpulan Bank”), untukmana-mana tujuan berikut::-(i) menyediakan perkhidmatan perbankan kepada anda.(ii) pelaporan.(iii) pemadanan data.(iv) mempromosi, meningkatkan dan melanjutkan penyediaanperkhidmatan lain oleh kami.(v) pencegahan penipuan atau jenayah.(vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung denganpengubahan wang haram dan aktiviti jenayah.(vii) kutipan hutang.(viii) khidmat kepakaran luar untuk operasi kami.(ix) pelaksanaan tugas sebagai pegawai kami atau berkaitan dengankelakuan audit atau menjalankan pengurusan risiko.(x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau fungsi mana-manaahli Kumpulan Bank.(xi) pematuhan kepada polisi, garis panduan, arahan atau keperluanKumpulan Bank.(xii) pelaksanaan peraturan korporat.(xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh ataudilaksanakan ke atas kami.

(b)(c)(xiv)mana-mana individu untuk atau berkaitan dengan sebarang tindakan atauprosiding yang diambil untuk mendapat kembali wang yang perlu dijelaskan dandibayar oleh anda kepada kami di bawah Perjanjian ini.mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yangmenyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami bagitujuan menyediakan, mengemaskini, menyenggarakan dan meningkatkanperkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyiasatanpercanggahan, kesilapan atau tuntutan.(d)(e)(f)(g)(h)(i)(j)(k)(l)(m)mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang kami lantikbagi tujuan menjalankan atau berkaitan dengan prestasi perkhidmatan ataufungsi operasi yang telah menggunakan khidmat kepakaran luar.pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan penyiasatanberkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki.syarikat kad kredit dan institusi kewangan berkaitan dengan pertanyaan kadkredit.kepada bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain(hanya untuk maklumat kredit).juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional kami.pencetak alat tulis kami, vendor sistem komputer yang digunakan oleh kami danindividu sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya dan pembekalbahan atau penyedia perkhidmatan lain yang digunakan oleh kami.sebarang biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli lain dan/ataujawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian.mana-mana agensi penarafan, rakan kongsi perniagaan bersekutu, pembekalinsurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secaralangsung atau tidak langsung.mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubungdengan sebarang tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan di antarakami dan anda, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan(atau mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) atau mana-manadari mereka.mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atausepara-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-manaahli Kumpulan Bank.

(n)(o)mana-mana individu yang kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bankdibenarkan atau diperlukan untuk memberi pendedahan di bawah undangundangmana-mana negara.mana-mana individu lain di mana pendedahan tersebut dianggap oleh kamiadalah untuk kepentingan kami, atau kepentingan mana-mana ahli KumpulanBank (tidak digunakan untuk perkongsian strategik bagi tujuan pemasaran danpromosi).8.2 Klausa 8.1 akan dikekalkan selepas penamatan Perjanjian ini.9.0. PERINTAH MAHKAMAH9.1 Kami boleh bertindak dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai, tanpaberunding dengan anda sebelumnya, jika kami dilaksanakan sesuatu perintahmahkamah yang dikeluarkan oleh sebuah mahkamah dalam sebarang bidangkuasa. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mempertanggungjawabkan kamiuntuk sebarang kerugian atau ganti rugi berhubung dengan tindakan kami.9.2 Klausa 9.1 akan dikekalkan selepas penamatan Perjanjian ini.10.0 PERLINDUNGAN DATA10.1 Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, kakitangan atau agen kami)dan Kumpulan Bank dibenarkan untuk mengutip, merekodkan, memegang,mengguna, menyimpan dan mengatur Data Peribadi anda.10.2 Data Peribadi mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda,tarikh lahir, kad pengenalan (NRIC), jantina, status perkahwinan, bangsa,alamat kediaman terkini, nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat, nombor telefonbimbit, alamat e-mel, butiran kad kredit, nama majikan, nama perniagaan yang dimilikioleh anda, pekerjaan, nama keluarga ibu anda sebelum beliau berkahwin, kelayakanpendidikan tertinggi, pendapatan tahunan, ID pengguna dan kata laluan anda untukperbankan internet, maklumat terkandung dalam Pinjaman anda dansebarang kemudahan lain yang anda mungkin kekalkan dengan kami samaada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain dan/atausebarang maklumat lain yang kami mungkin terima berhubung dengan Pinjaman dan

sebarang kemudahan lain yang anda mungkin kekalkan dengan kami sama ada secaratunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain.10.3 Tujuan kami mengutip Data Peribadi termasuk yang berikut:(a) memproses permohonan anda bagi sebarang produk dan perkhidmatanperbankan;(b) untuk membolehkan kami mempertimbangkan sama ada kami patutmenyediakan atau menerus menyediakan sebarang produk danperkhidmatan perbankan kepada anda;(c) menyediakan perkhidmatan perbankan kepada anda;(d) untuk pemprosesan data atau tujuan pelaporan;(e) untuk membalas sebarang pertanyaan atau aduan daripada anda;(f) untuk mempromosikan, meningkatkan dan melanjutkan penyediaanperkhidmatan lain oleh kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank kepadaanda;(g) untuk tujuan pengutipan hutang;(h) untuk menguatkuasakan hak dan tanggungjawab kami di bawah Terma danSyarat;(i) untuk mematuhi sebarang undang-undang dan/atau keperluan regulatori;(j) untuk memproses arahan anda dan menjanakan sebarang surat-menyurat,pengesahan, nasihat dan/atau Penyata Akaun;(k) untuk memastikan bahawa maklumat dalam rekod “Usaha Wajar Pelanggan”kami adalah tepat; atau(l) untuk sebarang pemasaran secara langsung bagi produk dan perkhidmatanperbankan dan/atau insurans kami.10.4 Anda bersetuju dan memberi kebenaran bahawa kami boleh memindahkan DataPeribadi ke luar Malaysia. Negara-negara lain mungkin tidak menyediakantahap perlindungan yang sama untuk data berbanding Malaysia. Semua DataPeribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan Bank akan diberi tahapperlindungan yang wajar terhadap sebarang kehilangan, penyalahgunaan,pengubahsuaian, serta pendedahan, penukaran atau pengeluaran yang tidakdibenarkan atau tidak sengaja.

10.5 Anda berhak untuk meminta sebarang maklumat secara bertulis berhubungdengan Data Peribadi anda yang kami pegang atau simpan, setelah membayar fiyang ditetapkan.10.6 Anda boleh memilih untuk tidak menerima sebarang bahan pemasaran secaralangsung mengenai perkhidmatan dan produk kami. Anda boleh menghubungiPusat Kad kami melalui telefon atau faksimile mengenai permintaan anda dankami akan mengeluarkan nama anda daripada senarai penghantaran pemasaransecara langsung kami tanpa sebarang caj.11.0 TERMA DAN SYARAT LAIN11.1 Sebarang pertukaran pada Terma dan Syarat akan dikuatkuasakan selepaspemberian notis dua puluh satu (21) hari kepada anda. Mod pemaklumanmungkin secara bertulis, melalui cara elektronik, atau dipaparkan di premisperniagaan dan laman web kami, pada budi bicara mutlak kami.11.2 Kami tidak diwajibkan untuk memberi Pinjaman tersebut jika, pada bila-bila masasebelum pelepasan Pinjaman, suatu Peristiwa Keingkaran seperti yangdihuraikan dalam Klausa 5.2 telah berlaku. Kami tidak akan bertanggungjawabuntuk sebarang akibat daripada penarikan balik Pinjaman, dan anda akanbertanggungjawab untuk sebarang caj yang ditanggung.11.3 Liabiliti dan tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat akan terus sah danterikat untuk semua tujuan walaupun berlakunya sebarang perubahan yangdiakibatkan oleh kebankrapan, kematian anda atau sebaliknya.11.4 Tanggungjawab kami untuk menyediakan dan terus menyediakan Pinjamanadalah tertakluk kepada yang berikut:a. Anda atau pasangan anda, ibu bapa atau anak anda tidak digaji oleh ataubukan seorang ahli Lembaga Pengarah sebarang institusi kewangan dalamKumpulan Bank.b. Tiada Peristiwa Keingkaran telah berlaku, sedang berlaku, atau akan berlakuakibat penyediaan sebarang pendahuluan atau penerusan penyediaanPinjaman tersebut.

c. Pematuhan pada undang-undang Malaysia dan peraturan dan pengawalanBNM atau mana-mana pihak berkuasa relevan lain.d. Pinjaman atau prestasi atau pematuhan pada sebarang tanggungjawab dibawah Terma dan Syarat tidak akan bercanggah dengan ataumengakibatkan pelanggaran sebarang undang-undang, statut, pengawalan,pengadilan, arahan, kontrak, perjanjian, surat ikatan amanah atau instrumenlain, pengaturan, tanggungjawab atau tugasan di mana anda adalahtertakluk padanya.e. Anda tidak mengingkari sebarang perjanjian, dan tiada litigasi,penimbangtaraan atau tindakan undang-undang terkini, belum selesai atauakan dilaksanakan yang mungkin menjejas kemampuan bayar anda secaramaterial atau keupayaan anda untuk melaksanakan tanggungjawab anda.f. Anda tidak mempunyai sebarang penyiasatan oleh polis atau pihakpengawal selia yang masih belum selesai, masih berterusan ataudilaksanakan ke atas anda.g. Semua maklumat yang anda telah berikan apabila memohon Pinjaman tidakmengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau meninggalkansebarang fakta yang membuat mana-mana kenyataan mengelirukan, dananda tidak menyedari bahawa sebarang fakta material atau keadaan yangbelum didedahkan kepada kami yang mungkin, jika didedahkan, menjejaskeputusan kami dengan ketara untuk memberi atau terus memberi Pinjaman.h. Tiada Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau sedang berlaku.i. Penyelesaian dokumentasi undang-undang dan perlaksanaan sebarangsyarat duluan yang diperlukan oleh kami.11.5 Kami boleh melakukan yang berikut pada bila-bila masa pada budi bicara mutlakkami, tanpa menjejaskan liabiliti dan tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat:a. Menetapkan, mengubah, meningkat atau mengurangkan Pinjaman ataumana-mana kemudahan lain yang diberi kepada anda dengan memberipemberitahuan dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada anda.b. Memberi anda kemudahan lain.c. Memberi anda masa atau peruntukan.d. Berurusan dengan, menukar ganti, melepaskan atau mengubah sebaranghak yang kami miliki daripada atau terhadap anda pada bila-bila masa.e. Memasuki satu surat ikatan kandungan dengan anda.

f. Pada permintaan anda, menerima sebarang bayaran untuk apa-apa wangyang perlu dijelaskan atau yang akan perlu dijelaskan di bawah Terma danSyarat dalam amaun ansuran sedemikian yang bertambah atauberkurangan.g. Menyemak semula atau menukar sebarang Terma dan Syarat denganmemberi pemberitahuan dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepadaanda.h. Menggunakan sebarang remedi atau cara yang kami anggap sesuai untukmemperoleh semula sebarang wang yang perlu dijelaskan kepada kami.11.6 Kami boleh menyemak semula Pinjaman pada bila-bila masa, sama ada suatuPeristiwa Keingkaran telah berlaku atau tidak, dan mengenakan syarat-syaratlanjutan yang kami anggap perlu. Kami tidak diwajibkan untuk menyediakan atauterus menyediakan Pinjaman kepada anda. Walaupun dengan apa-apa yangternyata dalam Terma dan Syarat, Pinjaman dan semua faedah, kos dan fiberikutannya akan perlu dijelaskan pada tuntutan.11.7 Jika ia menjadi lebih mahal untuk kami mengekalkan Pinjaman oleh sebabperubahan dalam pencukaian, keperluan rizab yang lebih tinggi, atau sebarangperubahan ketara lain dalam keadaan kewangan atau persekitaran ekonomi,anda akan bertanggungjawab untuk kos tambahan bagi mengekalkan Pinjaman.Untuk memenuhi kos tambahan ini, kami akan (pada budi bicara tunggal kamiselepas memberi anda notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu) sama adamenghantar bil kos tambahan kepada anda atau melakukan penyelarasan yangdiperlukan untuk meningkatkan bilangan ansuran yang perlu dibayar dan/atauamaun ansuran bulanan anda.11.8 Kami boleh, pada bila-bila masa dan pada budi bicara mutlak kami, dan tanpamemberi anda sebarang sebab, menggantung atau membatalkan Pinjaman danmenuntut pembayaran balik amaun Pinjaman dengan serta-merta. Tiada apaapadalam dokumen ini mewajibkan kami untuk memberi Pinjaman kepada anda.11.9 Anda akan melindungi kami terhadap sebarang kerugian atau perbelanjaan(termasuk perbelanjaan guaman) yang ditanggung oleh kami kerana keingkarananda dalam pembayaran sebarang jumlah yang perlu dibayar berkaitan denganPinjaman.

11.10 Pada permintaan kami, anda akan melaksanakan sebarang gadai janji, caj,penyerahan hak, pemindahan atau perjanjian yang berpihak kepada kami yangkami mungkin perlukan dan pada semua atau mana-mana bahagian estet, asetatau perniagaan anda, dan manfaat semua lesen berkaitan, bagi mendapatkansemua wang dan liabiliti yang patut dan perlu dibayar kepada kami di bawahPinjaman. Gadai janji, caj, penyerahan hak, pemindahan atau perjanjian akandisediakan oleh kami pada kos anda, dan akan mengandungi sebarang termadan syarat yang kami perlukan.11.11 Jika sebarang jumlah yang dibayar atau diperolehi balik berkaitan dengan liabilitianda di bawah Pinjaman adalah kurang daripada amaun terhutang, kami bolehpada budi bicara mutlak kami menggunakan jumlah tersebut pada faedah, fi,prinsipal, atau sebarang amaun yang patut dibayar dalam perkadaran, aturan,dan cara sedemikian yang kami anggap sesuai, atau mengkreditkan semua atausebahagian yang sama kepada akaun tergantung tanpa faedah. Tanpamenghiraukan sebarang pembayaran sedemikian, jika terdapat sebarangprosiding terhadap anda untuk kebankrapan atau ketakmampuan bayar, kamimungkin membuktikan dan bersetuju untuk menerima sebarang dividen ataukomposisi berkaitan dengan keseluruhan atau apa-apa bahagian amauntertunggak terhadap anda pada baki am sedemikian dalam cara yang samaseolah-olah sekuriti tidak diwujudkan di bawah klausa 9.10 di atas, dan tiadawang atau dividen yang diterima oleh kami akan dianggap sebagai diterima,sehingga kami telah menerima seratus sen dalam Ringgit pada baki muktamadsepenuhnya terhadap anda daripada semua sumber. Selepas kami menerimabaki muktamad sedemikian dengan sepenuhnya, apa-apa tuntutan oleh andabagi sebarang lebihan adalah semata-mata penyelarasan di antara kami dananda dan/atau sesiapa yang membuat tuntutan pada amaun lebihan tersebut.Anda akan bertanggungjawab untuk pembayaran penuh semua kos danperbelanjaan (termasuk semua kos guaman) berkaitan dengan peruntukan,penyenggaraan, perlindungan, pemprosesan, pelaksanaan dan perolehansemula wang yang tertunggak di bawah Pinjaman, termasuk faedah ( pada kadaryang akan kami tentukan pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami) daritarikh kos dan perbelanjaan ditanggung sehingga tarikh pembayaran penuh.Anda akan bertanggungjawab untuk pembayaran penuh semua kos danperbelanjaan yang ditanggung untuk peruntukan sekuriti (termasuk penyediaandokumen sekuriti) walaupun berlakunya pembatalan Pinjaman sebelumpelepasan pinjaman untuk apa-apa sebab sekalipun.

12.0 HAK UNTUK MENDEBIT12.1 Tanpa memerlukan pengesahan anda selepas memberi anda notis tujuh (7) hari,kami boleh memilih untuk mendebitkan mana-mana akaun anda bersama kamidan/atau mendebitkan baki dalam kemudahan overdraf (jika ada) dengan semuafaedah terakru, ansuran bulanan belum dibayar, indemniti, fi, caj, kos,perbelanjaan dan semua wang lain yang perlu dibayar pada Pinjaman.12.2 Jika kami mendebitkan akaun anda, pendebitan tersebut tidak akan menjejaskansebarang hak lain yang kami mungkin miliki, dan tidak akan dianggap sebagaibayaran untuk amaun yang perlu dibayar (kecuali sehingga takat sebarangamaun yang dikreditkan ke dalam akaun anda) atau satu penepian untuksebarang Peristiwa Keingkaran dalam Terma dan Syarat.12.3 Jika sebarang pendebitan dari akaun anda mengakibatkan akaun anda terlebihkeluar, faedah pada Kadar Faedah Keingkaran perlu dibayar sewajarnya.13.0 PENYATA KEWANGAN DAN MAKLUMAT13.1 Pada permintaan kami, anda mesti memberi kami semua penyata, maklumat,bahan dan penerangan berkaitan dengan perniagaan dan kedudukan kewangananda, yang mesti disediakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepaspenutupan setiap tahun kewangan perniagaan anda.14.0 HAK UNTUK TOLAK SELESAI DAN PENGGABUNGAN14.1 Sebagai tambahan kepada sebarang hak am untuk menolak selesai di bawahundang-undang atau apa-apa perjanjian lain, anda bersetuju bahawa kami boleh,pada budi bicara mutlak kami, menggabungkan atau menyatukan bakitertunggak pada Pinjaman dengan semua atau mana-mana akaun sedia adaanda dengan kami, sama ada secara tunggal atau bergabung dengan manamanaindividu lain. Anda membenarkan kami, selepas memberi anda notisselama tujuh (7) hari, untuk menolak selesai atau memindahkan sebarangjumlah tertunggak pada kredit dari mana-mana akaun anda terhadapmenyelesaikan sebarang jumlah yang dijangka dan perlu dibayar oleh andakepada kami di bawah Terma dan Syarat.

14.2 Setelah pengeluaran notis yang dinyatakan dalam Klausa 12.1 di atas, andabersetuju bahawa anda mempunyai hak untuk memperuntukkan atau memegangkepada apa-apa wang yang berada pada kredit dalam semua atau mana-manaakaun sedia ada anda dengan kami, sebelum menolak selesaikannya dan andatidak akan berhak untuk mengeluarkan wang tersebut tanpa sebelummendapatkan kebenaran bertulis kami.14.3 Di mana sesuatu kombinasi, tolak selesai atau pemindahan memerlukanpertukaran antara mata wang, pertukaran tersebut akan dikira pada kadarpertukaran lazim kami pada masa tersebut (seperti yang ditetapkan oleh kamipada budi bicara mutlak kami) untuk membeli mata wang tersebut yang adalahmerupakan tanggungjawab anda.15.0 PENEPIAN15.1 Jika kami tidak melaksanakan mana-mana Terma dan Syarat ini, atau bertindakterhadap sesuatu pelanggaran oleh anda, ia tidak akan menjejaskan hak kamipada bila-bila masa selepas ini untuk bertindak dengan tegas mengikut Termadan Syarat berkaitan dengan sebarang pelanggaran pada masa lampau ataumasa hadapan.16.0 SIJIL16.1 Sebarang sijil atau penyata yang dikeluarkan oleh kami yang menyatakan amauntertunggak yang perlu dibayar dan yang anda hutang kepada kami berhubungdengan Pinjaman akan dijadikan bukti muktamad sebagai amaun tertunggakyang perlu dibayar dan yang anda hutang kepada kami berhubung denganPinjaman; sijil atau penyata ini akan mengikatkan anda untuk semua tujuantermasuk tujuan untuk sebarang tindakan undang-undang.17.0 PERUBAHAN17.1 Terma dan Syarat ini dan kesediaan, had, kadar faedah, fi dan caj Pinjamanadalah tertakluk kepada garis panduan dari BNM atau mana-mana pihakberkuasa berkaitan yang lain, dan penyemakan semula dan perubahan kami dari

masa ke semasa pada budi bicara mutlak kami. Jika terdapat sebarang pindaanatau perubahan, kami akan memberi anda notis dua puluh satu (21) hari terlebihdahulu sebelum perubahan tersebut dikuatkuasakan.18.0 KEBOLEHASINGAN18.1 Jika mana-mana Terma dan Syarat ini adalah tidak sah atau tidak bolehdikuatkuasakan, ia tidak akan menjejaskan kesahan atau penguatkuasaanTerma dan Syarat lain, yang akan kekal berkuatkuasa dan berkesansepenuhnya.19.0 PENYERAHAN HAK / PERTUKARAN DALAM PENUBUHAN19.1 Kami boleh menyerah hak dan/atau memindah semua hak, faedah, manfaat dantanggungjawab kami kepada mana-mana individu atau syarikat yang kami pilih,tanpa memaklumkan anda. Anda akan membayar semua kos dan perbelanjaanyang ditanggung oleh kami, pemegang serah hak atau penerima pindahanberkaitan dengan penyerahan hak atau pemindahan. Berikutan penyerahan hakatau pemindahan, pemegang serah hak atau penerima pindahan akan berhakkepada hak, faedah dan tanggungjawab kami seolah-olah pemegang serah hakatau penerima pindahan telah menjadi pihak kepada Terma dan Syarat selaindaripada kami, dan anda akan diikat oleh sebarang Penyata Akaun yangmenyatakan jumlah perlu dibayar kepada kami.19.2 Liabiliti dan/atau tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat akan terussah dan mengikat walaupun dengan adanya pemindahan atau penyerahan hakperniagaan, operasi, aset atau liabiliti kami, atau pertukaran akibat penyatuan,penggabungan, pembentukan semula atau sebaliknya yang melibatkan kamiatau sebuah syarikat di mana perniagaan kami sedang dijalankan.20.0 UNDANG-UNDANG20.1 Terma dan Syarat akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undangMalaysia, dan anda secara muktamad -

a. menyerah kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia;b. mengetepikan sebarang bantahan pada dasar tempat atau forum adalahtidak sesuai atau pada sebarang dasar yang sama; danc. bersetuju kepada proses perkhidmatan melalui mel biasa atau dalam apaapacara yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia.21.0 PENGEKALAN HAK21.1 Hak kami di bawah dokumen ini akan terus dikuatkuasakan dan dilaksanakan,dan akan terus wujud mahupun terdapat sebarang pembatalan, penarikan balikatau penggantungan Pinjaman.22.0 PENTAKRIFAN DAN PENAFSIRAN22.1 “Kita” dan “kami” merujuk kepada United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (No.Syarikat. 271809-K). “Anda” dan “awak” merujuk kepada pemohon Pinjamandalam borang permohonan.22.2 “Penyata Akaun” merujuk kepada yang berikut:(i) notis pendahuluan pada ansuran yang perlu dibayar yang kami akankeluarkan kepada anda pada setiap bulan, yang menunjukkan jumlahamaun yang anda perlu bayar untuk Pinjaman pada atau sebelum tarikhperlu bayar yang dinyatakan dalam notis pendahuluan; dan(ii) Penyata yang akan dikeluarkan kepada anda setiap tahun, menunjukkanjumlah baki tertunggak di bawah Pinjaman, bayaran yang telah dilakukanoleh anda terhadap penyelesaian Pinjaman dan faedah, fi dan caj yangditanggung (jika ada).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!