12.07.2015 Views

page 1 to page 16.qxd - tdm berhad

page 1 to page 16.qxd - tdm berhad

page 1 to page 16.qxd - tdm berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

laporan tahunan | annual report2004PERUTUSAN PENGERUSITinjauan KeseluruhanDalam tahun 2004, kami telah melakukan perubahan-perubahan dasar dimana ia akan merubah keadaan Syarikat.Sesetengah keputusan telah terbukti dan saya berkeyakinan penuh pada masa akan datang lebih banyak pencapaianpositif akan diperolehi. Saya ingin meyakinkan kepada semua bahawa Syarikat mempunyai prospek dan harapanyang cerah.Initipati kepada perubahan ini ialah pencarian peneraju yang betul; iaitu pemilihan kepimpinan.Bagi tahun 2004, jawatan-jawatan utama telah disandang oleh mereka yang berkelayakan dan bersesuaian sertakami akan meneruskan usaha untuk mencari lebih ramai lagi peneraju yang berkelayakan.Dalam tahun semasa, Syarikat telah memperolehi keuntungan bagi tahun kewangan yang dipunyai oleh parapemegang saham sebanyak RM15.1 juta berbanding pada tahun lalu iaitu sebanyak RM14.9 juta. Keuntungan inidapat dicapai biarpun terpaksa menanggung kos pembajaan tahunan dan kerja membaik pulih sebanyak RM6.5juta. Walaupun peningkatan perbelanjaan ini telah menyebabkan penurunan keuntungan bagi tahun 2004, sayayakin Syarikat akan mencapai keputusan kewangan yang lebih baik pada masa akan datang.Kami juga telah melakukan penyemakan strategi dan melakukan perubahan kepada polisi Syarikat.Pada masa sekarang, keutamaan kami untuk mengasingkan atau menutup perniagaan yang memberi pulanganterhad kepada TDM; pada masa yang sama kami akan memperbaiki perniagaan yang lain. Akhirnya, kami akanmempastikan TDM mempunyai fokus yang tinggi, besar dan mudah pulih serta menjadi Syarikat yang berkeuntungan.Dalam jangka masa panjang, keutamaan kami adalah untuk mempertingkatkan aktiviti utama kami di dalamsektor perladangan sawit dan memperbaiki aset-aset yang lain ke arah industri berasaskan agro.Bagi sektor perladangan sawit, matlamat kami meningkatkan jumlah keluasan tanah dan juga produktivitidisamping menurunkan kos pengeluaran. Dalam jangka masa panjang, strategi kami untuk menjana perkembangandi masa depan, terutamanaya sektor asas tani.Sepanjang tahun 2004, kami telah mengambil segala langkah untuk menempatkan kumpulan dalam mencapaipulangan yang baik bagi tahun 2005 dan seterusnya.Sektor PerladanganPerladangan merupakan sektor utama TDM sejak Syarikat ditubuhkan pada tahun 1965. Matlamat kami ialahmengembalikan TDM ke dalam senarai teratas syarikat perladangan sawit. Ini akan dapat dicapai melalui penambahankeluasan tanah beberapa kali ganda daripada saiz asal, iaitu dalam masa 6 hingga 9 tahun; disampingmeningkatkan produktiviti serta pada masa yang sama menurunkan kos pengeluaran.Tahun 2004, sebanyak 1,856 hektar atau bersamaan 5.56 % keluasan ladang telah diperuntukan bagi penanamansemula. Ini kebiasaannya akan memberi kesan kepada pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS).Walaubagaimanapun, disebabkan progres telah dilaksanakan ke atas produktiviti ( hasil telah meningkatsebanyak 3% bagi tahun 2004, iaitu dari 14.74 (2003) kepada 15.18 (2004) metrik tan per hektar), oleh itupengeluaran BTS sebenarnya telah meningkat. Bagi tahun 2003, pengeluaran adalah sebanyak 438,276 mt tetapipada tahun 2004 telah meningkat sebanyak 5% iaitu kepada 459,870 mt.Kami juga telah berjaya meningkatkan kadar pengeluaran minyak sebanyak 2% (20.27% bagi tahun 2004 berbanding19.63% tahun 2003). Oleh itu, pengeluaran Minyak Sawit Mentah (MSM) juga meningkat seiring dengan peningkatanpengeluaran BTS dan kadar pengeluaran minyak bagi tahun 2004.Bagi tahun 2005, sebanyak 1,510 hektar bersamaan 4% perladangan kami akan diperuntukan untuk penanamansemula. Oleh itu program penanaman semula yang melibatkan keluasan ladang sebanyak 33,300 hektar akanselesai sepenuhnya. Selaras dengan kematangan kelapa sawit, kami menjangkakan berlaku peningkatanpengeluaran BTS dan MSM.Saya melihat peluang yang besar dan masa depan yang cerah bagi TDM dalam sektor ini.17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!