12.07.2015 Views

Disember 2004 - EPU

Disember 2004 - EPU

Disember 2004 - EPU

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BULETIN BKSU . 2Dari Meja Y.M. Raja Dato’ Ketua PengarahAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Bulan Syawal baru sahaja berlalu dan saya mengambil maklum banyak Seksyen dalam UPE telahmengadakan Jamuan Hari Raya dan Deepavali di Seksyen masing-masing. Meskipun disebabkanpanggilan tugas, saya tidak dapat menghadiri sesetengah jamuan itu, saya berharap jamuanseumpama itu akan dapat memupuk perasaan muhibbah dan semangat kerjasama serta rasa kekitaandi kalangan warga UPE dan seterusnya membantu melicinkan perjalanan urusan rasmi pejabat.Kini telah bermula pula musim Haji. Saya difahamkan beberapa orang pegawai dan kakitangan UPE akan berangkatke tanah suci Mekah kerana menunaikan ibadat Haji. Kepada mereka yang berkenaan, saya ingin menyampaikan ucapanSelamat Mengerjakan Ibadat Haji dan semoga mendapat Haji Mabrur. Saya berdoa semoga mereka berkenaan sentiasasihat semasa berada di tanah suci dan dapat kembali bertugas seperti biasa selepas itu.Kerja-kerja penyediaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) telahpun bermula dan mesyuarat-mesyuaratIAPG kini sedang berjalan lancar. Saya berharap warga UPE akan melipat gandakan usaha kerana proses penyediaanRMKe-9 ini memerlukan tumpuan dan pengemblengan tenaga, buah fikiran dan usaha agar rancangan yang bakal digubalnanti bukan sahaja cantik di atas kertas tetapi lebih penting praktikal untuk dilaksanakan dan mencapai matlamat yangdisasarkan.Di samping itu, dalam proses penyediaan RMKe-9 ini, saya juga ingin mengingatkan warga UPE supaya mematuhipiawaian yang ditetapkan oleh keperluan ISO9001:2000. Untuk tujuan itu, warga UPE perlu memahami dengan jelaskeperluan ISO tersebut. Ini supaya UPE dapat mengekalkan status ISO tersebut.Sesuatu organisasi tidak akan berjaya tanpa kerjasama erat di antara pihak Pengurusan dengan pihak pekerja.Sehubungan dengan itu, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang merupakan mekanisme untuk meningkatkan kerjasamadi antara pihak Pengurusan dan pekerja, yang sekian lama tidak aktif, telah diaktifkan semula awal tahun 2004 ini. Sayamendapati kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pekerja dalam mesyuarat MBJ adalah isu-isu yang munasabah.Saya sentiasa sedia untuk mendengar dan menimbang isu-isu yang dibangkitkan, khusus jika dibangkitkan dengan penuhrasa tanggungjawab demi untuk kebaikan UPE.Tahun 2004 sudah hampir ke penghujungnya. Selang beberapa hari lagi, kita akan menyambut tahun 2005 pula.Saya mengucapkan selamat tahun baru 2005 kepada semua warga UPE. Saya berharap sempena tahun baru ini, wargaUPE akan memperbaharui azam untuk meningkat kualiti kerja demi menjadikan UPE sebagai satu organisasi yang cemerlangdan dihormati, insyaallah.Wassalam.Raja Dato’ Zaharaton binti Raja Zainal AbidinLAWATAN KERJA KP UPE KE IRELANDPada 16-19 November 2004, satu delegasi UPE yang diketuai oleh Y.M. Raja Dato’Ketua Pengarah telah mengadakan lawatan kerja ke Ireland. Delegasi tersebut jugadisertai oleh En. K. Yogeesvaran (Pengarah Penilaian), Dr. Ong Hong Peng (KPPKanan Industri dan Perkhidmatan Ekonomi) dan Pn. Zakiah Jaafar (KPP Penilaian).Lawatan kerja itu bertujuan untuk mempelajari pengalaman Ireland dalammembangunkan negara tersebut sehingga menjadi sebuah negara maju dalamtempoh dua dekad.Perbincangan bersama 10 agensi Kerajaan Ireland telah diatur termasuklahDepartment of Taoiseach (Prime Minister’s Department); National Economic andSocial Council; Higher Education Authority; National Policy and Advisory Board forEnterprise, Trade, Science, Technology and Innovation (Forfás); Enterprise Ireland;dan Science Foundation Ireland. Delegasi juga telah melawat sebuah institusi latihanbagi industri iaitu Tralee Institute of Technology dan pusat inkubator iaitu KerryTechnology Park serta sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan iaitu Centrefor Research on Adaptive Nanostructures and Nanodevices (CRANN) di TrinityCollege Dublin.Adalah didapati perbincangan bersama agensi Kerajaan Ireland mengenaipembangunan sosio-ekonomi sangat berguna dan berhubung kait denganMalaysia, terutamanya dalam memupuk pakatan sosial, pembangunan sumbermanusia serta pembangunan sains dan teknologi. Pengalaman Ireland boleh dijadikaninput berguna dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.Sidang PengarangPenasihatDr. Wan Abdul Aziz bin Wan AbdullahKetua PengarangEn. Nik Azman Nik Abdul MajidAhli-ahliEn. Abdul Ghani bin BotokDr. Rosli bin MohamedEn. Wan Ahmad Asmady W.Md DinPn. Noorasmawati bt Mat AliasCik Norasikin binti KarimCik Siti Zubaidah bt Abdullah

BULETIN BKSU . 33 RD NATIONAL TECHNICAL POSTGRADUATE SYMPOSIUMY.M. Raja Dato’ Ketua Pengarah UPE telah merasmikan “3 rd NationalTechnical Postgraduate Symposium” yang dianjurkan oleh Universiti Malayapada 15 Disember 2004 di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor. Seminar initelah dihadiri oleh 150 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi awamdan swasta.Dalam ucap utama yang bertajuk “Sustaining Malaysia’sCompetitiveness through Research and Development”, Y.M. Raja Dato’ KP telah mengutarakan isu berhubungcabaran globalisasi dan liberalisasi yang perlu ditangani secara bijak. Sejak kebelakangan ini, faedah bandingannegara dari segi buruh dan sumber asli yang ‘abundant’ telah menyusut. Situasi ini menyebabkan teras pembangunannegara telah beralih daripada strategi input-driven kepada productivity-driven, selaras dengan hasrat Kerajaanuntuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Bagimenyokong langkah tersebut, salah satu strategi utama Kerajaan ialahdengan memberi penekanan ke atas pembangunan dan penyelidikan(R&D) dalam meningkatkan produktiviti serta daya saing negara. Disamping itu, beliau turut memperkenalkan konsep “from market tomarket” bagi meningkatkan lagi pengkomersilan penemuan-penemuanR&D.Mesyuarat Kesembilan Peringkat Menteri dan Mesyuarat Kedua BelasPeringkat Pegawai Kanan Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-PhilippinesEast ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA)Mesyuarat Kesembilan Peringkat Menteri dan Mesyuarat Kedua Belas Peringkat Pegawai Kanan BruneiDarussalam Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) telah diadakan dari 24 hingga26 November 2004, di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia. Delegasi Malaysia bagi mesyuarat pada kali inidiketuai oleh Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi.Mesyuarat Peringkat Menteri telah diadakan pada 26 November 2004. Delegasi Malaysia diketuai oleh Y.B. TanSri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seramai 200 delegasi menghadiri mesyuarat dikedua-dua peringkat.Mesyuarat pada kali ini telah menimbang laporan clusters iaitu Cluster onInfrastructure, Transportation and ICT Development; Cluster on Natural ResourcesDevelopment; Cluster on Joint Tourism Development; dan Cluster on Small andPenyumbang BeritaMedium Enterprise (SME) Development. Mesyuarat juga membincangkan laporanmengenai kerjasama dengan bukan anggota BIMP-EAGA yang meliputi Laporan Cik Fasihatul Husna Ab. RashidDialog dengan Northern Territory, Australia; Dialog Japan – BIMP-EAGA; Dialog Cik Fauziah RosliKorea – BIMP-EAGA; China – ASEAN Expo; Bantuan Teknikal oleh Asian Development En Kamarul Ariffin UjangBank (ADB); dan Kerjasama dengan GTZ. Di samping itu, mesyuarat telah bersetujuPuan Noor Zaidah Dahalandengan cadangan penyediaan Roadmap of BIMP-EAGA. Laporan BIMP-East ASEANEn. Razali OsmanBusiness Council (BEBC) juga telah dibincangkan.Cik Seripah Habibah Abd. MajidMesyuarat telah bersetuju supaya Mesyuarat Ketua-ketuaNegara Anggota BIMP-EAGA diadakan pada tahun 2005 sempena dengan SidangPuan Zakiah JaafarPuncak ASEAN di Kuala Lumpur. Mesyuarat tidak rasmi Pegawai-pegawai KananBIMP-EAGA akan diadakan pada bulan April 2005 di Sabah; dan Mesyuarat KesepuluhPeringkat Menteri dan Ketigabelas Peringkat Pegawai Kanan akan diadakan padabulan Oktober 2005 di Brunei Darussalam.

BULETIN BKSU . 5KURSUS POVERTY-STATAKursus Asas Pengukuran dan Diagnostik Kemiskinan MalaysiaSatu Kursus Basic Poverty Measurement and Diagnostics telah diadakan di UPE pada 18 – 29Oktober 2004, bertempat di Bilik Latihan, Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kursus ini telahdihadiri oleh seramai 35 orang peserta kursus yang terdiri daripada wakil kementerian, agensi, universitidan NGO yang berkaitan, termasuk urus setia terlibat dalam kursus berkenaan. Kursus ini adalah anjuranbersama Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama World Bank Institute (WBI) dan United NationsDevelopment Programme (UNDP). Objektif kursus ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaanteknikal di kalangan pegawai-pegawai kementerian dan agensi yang berkaitan dalam aspek analisis datadan pengukuran kemiskinan berasaskan kepada maklumat terkini Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah2002 dengan menggunakan perisian STATA. Tenaga pengajar kursus terdiri daripada Dr. J.R. Albert (Filipina)dan Y.Bhg. Profesor Dr. Ragayah Hj. Mat Zin (IKMAS, UKM).Kursus ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Timbalan KetuaPengarah (Makro). Upacara perasmian ini diadakan di Bilik Seminar, Aras 6, Blok B5, UPE pada 18 Oktober2004. Manakala upacara penutup dan penyampaian sijil telah diadakan pada 29 Oktober 2004 dan telahdisempurnakan juga oleh Y.Bhg. Dr. TKP(M). Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya meningkatkanpengetahuan peserta kursus berhubung aspek penganalisisan data mengenai kemiskinan dan kaedahpengukuran kemiskinan yang dipraktik oleh kebanyakan negara.Rasulllullah s.a.w. bersabda:“Apabila aku didatangi oleh sesuatu hari itu yang dapatmendekatkan diriku kepada Allah ‘azza wa jalla, maka tidak adakeberkahan untukku dalam terbitnya matahari pada hari itu”.Diriwayatkan oleh Thabrani, Abu Na’im dan Ibnu Abdilbar.MTCPLAWATAN SAMBIL BELAJAR PEGAWAI KANAN VIETNAMPada 1 hingga 5 November 2004, seramai 10 orang pegawai kanan daripada Institut Pusatbagi Pengurusan Ekonomi (Central Institute for Economic Management, CIEM), KementerianPerancangan dan Pelaburan Vietnam telah melawat UPE. Rombongan tersebut diketuai oleh Dr.Van An Dinh, Presiden CIEM. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memahami secara mendalammengenai desentralisasi pengurusan kerajaan, termasuk dari segi kewangan, pelaburan, pemantauanserta penyampaian perkhidmatan.Semasa berada di UPE, rombongan itu telah melawat Seksyen Ekonomi Makro, SeksyenPembahagian, Seksyen Ekonomi Wilayah dan Seksyen Belanjawan. Mereka diberi taklimat mengenaiproses perancangan ekonomi negara, proses penyediaan belanjawan pembangunan, dasarpembangunan wilayah, dasar dan strategi membasmi kemiskinan serta kewangan sektor awam,termasuk kewangan Kerajaan negeri dan Kerajaan tempatan.Di samping itu, rombongan tersebut juga turut melawat Kementerian Pembangunan LuarBandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan, ICU, MAMPU, MIDA, Perbadanan Putrajaya, UnitPerancang Ekonomi Selangor dan Perbendaharaan Negeri Selangor serta Majlis Perbandaran SubangJaya.

BULETIN BKSU . 6SEMINAR MENGENAL PASTI PELUANG-PELUANG PELABURANDALAM INDUSTRI ICT BAGI GLCsSatu seminar telah dianjurkan oleh UPE bertajuk Mengenal PastiPeluang-peluang Pelaburan Dalam Industri ICT bagi GLCs pada 14Disember 2004 di Hotel Equatorial Bangi, Selangor. Tujuan utama seminar inidiadakan adalah untuk membuka peluang-peluang pelaburan oleh GLCs untukmenceburi industri ICT yang pada masa ini tumbuh dengan begitu pesat. Seminarini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mustapa bin Mohamed, Menteri di JabatanPerdana Menteri dan telah dihadiri lebih 130 orang peserta yang terdiri daripadawakil-wakil GLCs dan syarikat berkaitan dengan industri ICT. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkanoleh pembentang-pembentang daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Perbadanan PembangunanMultimedia (MDC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Symphony House Berhad. Seminar ini turutmempamerkan 20 buahhasil penyelidikanberkaitan dengan industriICT oleh tiga buahinstitusi penyelidikanterdiri daripada UTM,MIMOS Berhad danUniversiti Multimedia.BENGKEL STAKEHOLDERKAJIAN TO FORMULATE A HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT MASTER PLANSeksyen Sumber Tenaga Manusia, Unit Perancang Ekonomi sedang menjalankan satu kajian bertajuk A Study to Formulate aHuman Resource Development Master Plan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu strategik pembangunan sumber manusia(PSM); membangunkan satu pelan tindakan PSM serta mencadangkan dasar dan strategi bagi membangunkan sumber manusia danbakat-bakat bertaraf dunia yang dapat menyokong pembangunan ekonomi Malaysia. Sehubungan ini, satu bengkel stakeholder telahdiadakan pada 21 September 2004 di Pacific Ballroom, Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dr.Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Makro), UPE dan dihadiri oleh 66 peserta dari sektor awam dan swasta.Tujuan utama bengkel adalah untuk berkongsi maklumatdan memperoleh makluman balas daripada stakeholder ke ataspenemuan kajian serta cadangan yang dikemukakan olehpakarunding. Makluman balas yang diperolehi akan digunakanoleh pakarunding bagi memperkukuhkan laporan akhir kajian.Dalam bengkel selama satu hari ini, pakarunding telahmembentangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalamkajian di samping memberi penerangan secara ringkas mengenaipenemuan mereka serta beberapa cadangan yang dikemukakan.Peserta bengkel juga telah mengadakan sesi perbincanganberkumpulan dan hasil perbincangan telah dibentangkan dalamsesi plenari.Secara umumnya, bengkel ini telah mencapai objektif utamanya menyibarkan maklumat kajian di samping dapat mewujudkannetworking di antara stakeholders. Bengkel ini juga merupakan forum menimbulkan kesedaran mereka akan peranan masing-masingdalam menjayakan pelaksanaan pelan induk pembangunan sumber manusia.Rasullullah s.a.w. bersabda:“Akan datanglah pada manusia-manusia itu suatu zaman yang merekaakan suka duduk-duduk berkeliling dalam masjid, tetapi tiada perhatianmereka itu melainkan dalam hal keduniaan. Allah sama sekali tidakmemerlukan pada orang-orang yang sedemikian itu. Oleh sebab itu,janganlah kamu semua ikut-ikut duduk beserta mereka tadi.”- Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban.

BULETIN BKSU . 7CERAMAH MENGENAI ANALISIS KOS-FAEDAH SEKTOR ALAM SEKITARSatu ceramah mengenai Analisis Kos-Faedah Sektor Alam Sekitar telah diadakan pada 5 November 2004 di BilikSeminar, Blok B5. Majis tersebut telah dirasmikan oleh Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Makro).Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Y.Bhg. Dato’ Abd. Rahman b. Husin. Ceramah tersebut telah disampaikanoleh Dr. Benoit Laplante, seorang ahli ekonomi alam sekitar yang pakar dalam dasar dan perancang alam sekitar.Ceramah itu diadakan sebagai sebahagian daripada Program Perancangan dan Strategi Alam Sekitar di bawahProgram Bantuan Teknik DANIDA kepada UPE dalam tempoh 2004-2007. Ceramah adalah untuk menunjukkan penggunaankaedah analisis kos faedah ke atas sektor alam sekitar sebagai sebahagian daripada pembinaan kapasiti pegawai-pegawaiUPE dalam bidang tersebut.Ini termasuk penggunaan kaedah analisis kos-faedah dalam projek alam sekitar seperti sisapepejal, air kumbahan, dan penjagaan biodiversiti.Ceramah berkenaan penting kepada pegawai-pegawai UPE kerana keputusan mengenai alam sekitar mempunyaiimpak ke atas proses pembangunan. Keputusan yang baik akan meningkatkan kebajikan ekonomi, melindungi kepentinganawam dan menjimatkan sumber asli. Oleh itu, analisis kos-faedah ini dapat membantu dalam pembuatan keputusan dansering kali digunakan untuk menilai projek, mengukur faedah dan kos projek tertentu ke atas alam sekitar.Training Workshop on Drug Demand Reduction for Religious Leaders.Pada 13-17 Disember 2004, bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses, KualaLumpur, satu program latihan, “Training Workshop for Religious Leaders on Drug DemandReduction” telah diadakan dan dirasmikan oleh Y.B. Encik Chia Kwang Chye, TimbalanMenteri Keselamatan Dalam Negeri pada 13 Disember 2004 yang juga telah dihadiri olehY.Bhg. Dr Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Makro) dan PengarahSeksyen Bantuan Luar, Puan Patricia Chia Yoon Moi.Program latihan ini telah dianjurkan bersama oleh empat agensi yang terdiri daripadaProgram Kerjasama Teknikal Malysia (PKTM), Unit Perancang Ekonomi, Drug AdvisoryProgramme of Colombo Plan, Bureau of International Narcotics and Law EnforcementAffairs, U.S. Department of State dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan(ADK) bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pemimpin-pemimpin agamamengenai kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan di Malaysia bagi menanganimasalah dadah.Program latihan ini telah disertai oleh 20 peserta dari negara Afghanistan, 6 dariPakistan, 36 dari Indonesia, 4 dari Filipina dan 5 dari Malaysia. Program latihan inijuga merupakan penganjuran kali kedua seumpamanya berikutan kejayaan Workshoppertama yang telah diadakan pada 22-26 Mei 2004 untuk 20 pemimpinpemimpinagama (Mullah) dari Afghanistan.Kejayaan penganjuran program latihan ini membuktikan keupayaandan status Malaysia sebagai sebuah negara yang serius dan berkemampuandalam menangani isu penyalahgunaan dadah di rantau ini khususnya danseluruh dunia amnya. Bagi melengkapkan Program Latihan ini, ianya telahdiakhiri dengan Majlis Penutup dan Makan Malam pada 17 Disember 2004yang dihoskan oleh Ketua Pengarah UPE, Y.M. Raja Dato’ Zaharaton bt.Raja Zainal Abidin.LATIHAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN LEXISNEXISBertepatan dengan peranan UPE sebagai sebuah agensi perancang kecemerlangan ekonomi negara, UPE telah melangganberita (external data) dari LexisNexis. Sehubungan itu, latihan penggunaan Perkhidmatan LexisNexis untuk pegawai-pegawaiUPE telah diadakan pada 20 Dis 2004 - 23 Dis 2004 di Bilik Latihan, Seksyen ICT. Semoga pegawai-pegawai UPE dapatmemanfaatkan langganan berita ini dan dapat membantu kerja harian.

BULETIN BKSU . 8SENARAI LAWATAN15.9.04 - Lawatan Peserta Kursus PKTM - Anjuran AKMALEn. Nor Rizan Mohd. Thani (KPP,Penswastaan)15.9.04 - Lawatan Daripada KuwaitEn. K. Yogeesvaran (P, Penilaian)21.9.04 - Lawatan Daripada IndonesiaDr. Rahamat Bivi Mohd. Yusof (Tim. P, Makro)22.9.04 - Lawatan Daripada NamibiaDr. Rahamat Bivi Mohd. Yusof (Tim. P, Makro)28.9.04 - Lawatan Daripada IndiaDr. Ali Hamsa (P, SEW)30.9.04 - Lawatan Daripada Afrika SelatanEn. Ahmad Osman (KPP, Penilaian)30.9.04 - Lawatan Daripada UzbezkistanEn. Allauddin Hj. Anuar (KPP, Makro)5.10.04 - Lawatan Daripada TanzaniaEn. K. Yogeesvaran (P, Penilaian)14.10.04 - Lawatan Daripada Papua New GuineaPn. Harvinder Kaur (P, Industri)14.10.04 - Lawatan Daripada SIRIMEn. Amir Omar (KPP, STM)20.10.04 - Lawatan Daripada BangladeshEn. Mazni Yahya (PP, Belanjawan)27.10.04 - Lawatan Daripada BhutanEn. Ahmad Osman (KPP, Penilaian)28.10.04 - Lawatan Daripada SenegalEn. Mazni Yahya (PP, Belanjawan)29.10.04 - Lawatan Daripada VietnamEn. Mazni Yahya (PP, Belanjawan)25.11.04 - Lawatan Pegawai Kanan DariJepun Center For International Finance (JCIF)En. Allauddin Hj. Anuar (KPP, Makro)26.11.04 - Lawatan Pegawai Kanan Daripada LaosDiketuai Oleh H.E. Dr. Lien Thiko Tim. Menteri Laos PPREn. Nik Azman Nik Abdul Majid (KPP, Makro)2.12.04 - Lawatan Para Pegawai Dari Universiti KutaiKartanagara Kalimantan Timur, IndonesiaCik Serifah Habibah Abd. Majid (KPP, SEW)6.12.04 - Lawatan Delegasi Daripada WilayahLimpopo Afrika SelatanDr. Rahamat Bivi Mohd. Yusof (Tim. P, Makro)8.12.04 - Lawatan Peserta Kursus MTCP Anjuran KastamEn. Mazni Yahya (PP, Belanjawan)16.12.04 - Lawatan Pegawai Industri Petroleumdan Gas Asia TengahEn. Allauddin Hj. Anuar (KPP, Makro)KEPUTUSAN JOGATHONVeteran Lelaki1. Encik Mazni Yahya (Bakau)2. Encik Tuan Syed Nasir Syed Ahmad (Cengal)3. Encik Ahmad Ali (Cengal)4. Encik Mohamed Fadilah Ahmad (Cengal)5. Encik Ismail Jidam (Bakau)6. Encik Muhamad Ab. Rahman (Damar)7. Encik Mohd Fuzi (Damar)8. Encik Selvarajoo a/l Manikam (Bakau)9. Encik Azlan Mohd Ali (Bakau)10. Encik Mohamad Yusof Ariffin (Bakau)Senior Veteran Lelaki1. Encik Aziz Nordin (Bakau)2. Encik Kamal Yahaya (Bakau)3. Encik Ismail Mat Diah (Cengal)4. Tuan Haji Mohd Zarif Mohd Zaman (Akasia)5. Encik Abdul Razak Manap (Bakau)6. Encik Latif Kaus (Bakau)Junior Lelaki1. Mohd Sofi2. Mahadi Abu Bakar3. Khairul Azmi4. Ahmad Asmawi Abdul Samad5. Mohd Sharizan6. Hafizullah Ghazali7. Hafizi8. Ahmad Mokhtar Shahul Hamid9. Amir FaizalVeteran Wanita1. Norazah Md Noor (Bakau)2. Noraini Hj Sirat (Cengal)3. Majmin Md Nor (Cengal)4. Khatijah (Bakau)5. Noor Halida A. Halim (Damar)6. Habsah (Bakau)7. Azizah (Cengal)8. Zanariah Mohd Arif (Damar)9. Rohany Abu Hassan (Cengal)10. Khalawathy Kathiraveloo (Bakau)Senior Veteran Wanita1. Harvinder Kaur (Cengal)2. Mon Abd Hamid (Damar)3. Habibah (Cengal)4. Siti Rahimah Abd Rahman (Bakau)5. Zarina Haris (Bakau)6. Rokiah Johan (Damar)7. Maimon Abdul Ghani (Cengal)8. Hamidah Hamzah (Akasia)9. Timah Kadir (Akasia)

BULETIN BKSU . 10MAJLIS BERBUKA PUASA, BACAAN YASIN DAN SOLAT TARAWIHSempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia satu majlisberbuka puasa yang ditaja oleh Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed, MenteriDi Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di UPE pada 20 Oktober2004 bersamaan 6 Ramadhan 1425 Hijrah. Kira-kira 150 orang wargaUPE dan anggota keluarga telah hadir di majlis tersebut. Turut hadirialah Y.M. Raja Dato’ Ketua Pengarah UPE, Timbalan-timbalan KetuaPengarah serta Pengarah-pengarah Seksyen. ..........................Selepas majlis berbuka dan solat Maghrib, bacaan Yasintelah diadakan dan diikuti pula oleh solat Isyak yang diimamkan olehY.B. Dato’ Mustapa manakala solat Tarawih telah diimamkan olehTuan Haji Mohd. Zarif bin Mohd. Zaman. Y.B. Dato’ Mustapa jugaturut menyampaikan sumbangan khas Hari Raya kepada kakitanganberuniform UPE.Selain daripada Majlis Berbuka Puasa tersebut, BKSU juga telah menganjurkan beberapa siriceramah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Ceramah-ceramah tersebut adalah:Ceramah Isra’ Mikraj pada 23 September 2004 (8 Syaaban 1425 H)Penceramah : Ustaz Ismail Hashim b. Junaidi (JAKIM)..Ceramah Peringatan Puasa Ramadhan pada 12 Oktober (27 Syaaban)Penceramah: Tuan Haji Mohd. Zarif b. Mohd. Zaman (PengarahSeksyen Penswastaan)Ceramah Puasa Ramadhan Menambah Jati Diri pada 4 November 2004 (21Ramadhan) Penceramah: Tuan Haji Muhammad Mustaqim b. Mohd. Zarif(Kolej Universiti Islam Malaysia)..Rasullulah s.a.w bersabda:Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang haram dimasukkan ke dalam neraka?”Para sahabat Menjawab: Allah dan RasulNya sajalah yang lebih mengetahui”. Beliau s.a.w. lalubersabda: Yaitu orang yang lemah lembut, mudah dalam segala hal, ringan tenaga dan sukamendekat pada siapapun”.Diriwayatkan oleh Tirmidzi

BULETIN BKSU . 16SAMBUNGAN MUKA 1Dalam ucapan alu-aluan Y.B. Dato’ Mustapa menyeru wargaSambutan Hari Raya...UPE supaya terus bekerja keras memandangkan kerja-kerja penyediaanRancangan Malaysia Kesembilan telahpun bermula dan pentingnyarancangan ini kearah mencapai Wawasan 2020. Beliau juga menyebutbahawa banci pertanian akan diadakan pada tahun 2005. Semasa jamuanY.B. Dato’ Mustapa turut meluangkan masa untuk beramah mesra denganwarga UPE di pelbagai peringkat.Jamuan hari raya yang dianjurkan oleh Y.B. Menteri itu adalahsalah satu daripada jamuan hari raya yang diadakan oleh Seksyen-seksyendi UPE. Sebelum itu, pada 1 Disember 2004, Majlis Jamuan Hari Rayaperingkat Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di perkaranganKompleks Blok B. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri.Jamuan hari raya yang telah diadakan oleh Seksyen-seksyen di UPEsecara berasing atau bergabung adalah seperti berikut:· Seksyen Ekonomi Makro/Seksyen Penilaian (29 November )· Seksyen Ekonomi Alam Sekitar & Sumber Asli (29 November)· Urusetia MTEN (3 Disember)· Seksyen FIC (7 Disember)· Seksyen Penswastaan (8 Disember)· Seksyen Infrastruktur/Seksyen Khidmat Teknik (8 Disember)· Seksyen STM (9 Disember)· Seksyen Ekonomi Wilayah (9 Disember )· Seksyen Pembahagian/Seksyen ICT/Seksyen Khidmat Pengurusan ( 9Disember)· Seksyen Pertanian (10 Disember)· Seksyen Industri /Seksyen Tenaga (11 Disember)Jamuan-jamuan yang diadakan itu agak meriah dengan pelbagai hidangan yang disediakan dan ramai yang dijemput,termasuk pegawai-pegawai daripada Seksyen-seksyen lain. Ini tentunya mengiratkan silaturrahim dan tali persaudaraanantara warga UPE.Buletin BKSU ini boleh didapati atau dilayari daripada laman web www.epu.jpm.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!