12.07.2015 Views

bab 1: rancangan malaysia kesembilan: langkah pertama ke ... - EPU

bab 1: rancangan malaysia kesembilan: langkah pertama ke ... - EPU

bab 1: rancangan malaysia kesembilan: langkah pertama ke ... - EPU

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Meningkatkan Nilai Ditambah Sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan PertanianPembuatan1.09 Penggunaan teknologi tinggi dan pengeluaran produk yang mempunyainilai ditambah lebih tinggi akan diberi penekanan. Langkah akan diambil bagimembawa industri elektrik dan elektronik (E&E) ke arah aktiviti nilai ditambahdan berteknologi tinggi. Pembangunan subsektor pembuatan yang mempunyainilai ditambah lebih tinggi seperti industri petrokimia, maritim, aeroangkasa,jentera berat dan pertahanan akan digalakkan. Di samping itu, industri tradisionalseperti kraftangan, batik dan songket akan terus dipermoden dan dipertingkatkansetaraf dengan piawai antarabangsa. Kerajaan akan mempermudahkanpembangunan kelompok perindustrian seperti kelompok E&E di Pulau Pinangdan Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah dan kelompok petrokimia di negeriTerengganu dan Pahang di Koridor Pantai Timur serta taman perindustrian danEKS di semua negeri.MUKASURAT26Perkhidmatan1.10 Usaha akan diambil untuk membangunkan dan mempromosi semuasubsektor perkhidmatan. Pembangunan pelancongan akan ditumpukan kepadapeningkatan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan alam semulajadi dan ekopelancongan; kebudayaan, hiburan dan kesenian; persidangan,insentif, konvensyen dan pameran (MICE); acara sukan antarabangsa; danaktiviti membeli-belah serta rekreasi. Bagi subsektor pendidikan, langkah akandipergiat untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantaubagi pendidikan peringkat tertiari. Dalam perkhidmatan kesihatan, usaha akandiambil bagi mempromosi Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau.Bagi perkhidmatan kewangan, tumpuan akan diberikan kepada usaha untukmemperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewanganIslam antarabangsa. Di samping itu, subsektor perkhidmatan baru sepertimenyenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO) pesawat; perkhidmatanperkongsian dan penyumberan luar; pengangkutan dan logistik; serta perkhidmatanperniagaan dan profesional akan dipergiatkan. Bagi memperluaskan sektorperkhidmatan yang kini hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang, WilayahEkonomi Johor Selatan akan dibangunkan sebagai hab perkhidmatan serantauyang dinamik dengan memanfaatkan lokasi dan kelebihan semula jadi wilayahtersebut.Pertanian1.11 Dalam tempoh Rancangan, sektor pertanian akan diberi nafas baru supayatampil sebagai tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Program Pertanian Baruakan dilaksana termasuk mengorientasi semula sektor tersebut ke arah pengeluaran

tradisional dan komplementari penduduk pelbagai etnik serta menjadi penerajudunia dalam industri berasaskan sumber seperti industri biofuel dan biodiesel.Meningkatkan Pewujudan PekerjaanMUKASURAT281.15 Penggalakan dan pembangunan subsektor ekonomi baru pembuatan,perkhidmatan dan pertanian akan dilaksanakan dengan memberi keutamaankepada pewujudan pekerjaan. Program latihan dan latihan semula untuk majikandan pekerja akan diberikan penekanan bagi meningkatkan mobiliti dankebolehsesuaian tenaga kerja negara ke arah aktiviti intensif pengetahuan dannilai ditambah yang lebih tinggi. Majikan akan digalakkan untuk merangkasemula dan memperbaik fungsi pekerjaan terpilih serta persekitaran kerja bagimenarik pekerja tempatan termasuk wanita, pesara dan golongan kurang upaya.Di samping itu, peraturan dan undang-undang berkaitan dengan sumber manusiaakan dikaji semula dan diperkemas bagi meningkatkan kecekapan dan produktivititenaga buruh.Menggalakkan Sektor Swasta sebagai Peneraju Utama dalam PembangunanEkonomiMeningkatkan Pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana1.16 Pembangunan enterpris kecil dan sederhana (EKS) akan diberi keutamaandalam tempoh Rancangan. Akses kepada pembiayaan dan insentif akandipertingkatkan termasuk melalui SME Bank yang baru diwujudkan. Langkahturut diambil bagi menambah pembiayaan modal teroka untuk syarikat EKSbaru. Jalinan kerjasama rapat antara firma EKS dan juga dengan syarikat besartempatan dan syarikat multinasional akan digalakkan. Di samping itu, programakan diperluas untuk membantu meningkatkan keupayaan keusahawanan danteknikal EKS termasuk melalui penggunaan ICT dan e-dagang.Mengeratkan Kerjasama Sektor Awam-Swasta1.17 Dalam tempoh Rancangan, kerjasama sektor awam dan swasta akandiperkukuhkan lagi ke arah membina nusa bangsa. Kerajaan dan sektor swastaakan mempertingkatkan kerjasama terutamanya dalam bidang R&D, pembangunanmodal insan dan untuk mencapai objektif sosioekonomi dan pengagihanterutamanya pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula ekuiti dan gunatenaga. Kerajaan dan sektor swasta juga akan membangunkan secara bersamapusat pertumbuhan wilayah (RGC) dan pertumbuhan koridor yang baru bagimeningkatkan pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsangpembangunan pesat di kawasan tersebut. Program penswastaan yang diperkemas

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 1dikaji semula, antaranya untuk menambah baik kandungan mata pelajaran,meningkatkan kemahiran pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yanglebih meluas dalam bidang pendidikan.1.25 Di peringkat tertiari, kerjasama antara industri dengan institusi pengajiantinggi akan dipertingkat untuk lebih responsif kepada keperluan pasaran danmengurangkan ketidaksepadanan kemahiran. Kursus baru akan diperkenal selarasdengan keperluan pasaran buruh yang sentiasa berubah. Bagi meningkatkankeupayaan siswazah tempatan mendapat pekerjaan, keperluan bagi programlatihan praktikal dan penempatan industri akan diperkukuh. Penambahbaikankurikulum yang bersesuaian akan juga dilaksana.1.26 Program latihan akan direka semula selaras dengan keperluan industriyang sentiasa berubah. Sistem Latihan Dual Kebangsaan akan diperbaik melaluiperundingan lebih kerap dengan pihak berkepentingan termasuk persatuanindustri, manakala Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan dan Latihanakan ditubuh bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitanpendidikan dan latihan industri.Infrastruktur dan KemudahanMUKASURAT311.27 Akses kepada pendidikan prasekolah akan diperluas dengan penyediaanlebih banyak kelas prasekolah, terutama di kawasan luar bandar. Bagi pendidikanperingkat rendah dan menengah, kemudahan yang lebih baik akan disediakandi kawasan luar bandar serta di Sabah dan Sarawak. Lebih banyak bilik darjahakan dibina untuk memastikan pencapaian pendidikan rendah yang sejagat. Disamping itu, kapasiti pendidikan universiti dan latihan kemahiran lanjutan akandiperluas.Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sebagai Sekolah Pilihan1.28 Bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualitipengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkat dengan 100 peratus gurudi sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyaikelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Lebih banyak peluang latihandalam perkhidmatan juga akan disediakan kepada guru. Bagi melahirkan pekerjaberpengetahuan pada masa depan yang mahir menggunakan teknologi danICT, usaha akan diambil bagi menjadikan semua sekolah kebangsaan sebagaisekolah ‘bestari’ melalui Program Pembestarian Sekolah. Peluang pendidikanuntuk kanak-kanak istimewa dan yang ketakbolehan belajar di sekolah kebangsaanakan juga dipertingkat. Bagi mengurangkan jurang prestasi antara kawasan luarbandar dengan bandar, pelbagai inisiatif akan diambil termasuk menyediakankemudahan pendidikan dan kemudahan asas yang lebih baik. Kualiti pengajaran

akan dipertingkatkan melalui penempatan lebih ramai guru berpengalaman kesekolah di luar bandar. Di samping itu, program sokongan pelajaran akan terusdisediakan bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatanrendah.Melahirkan Institusi Tertiari Bertaraf AntarabangsaMUKASURAT321.29 Usaha akan diambil untuk meningkatkan kualiti pendidikan tertiari bagimencapai taraf antarabangsa. Sehubungan ini, institusi pengajian tinggi tempatanakan ditanda aras mengikut piawai antarabangsa dan satu sistem penarafanakan diperkenal. Institusi pengajian tinggi juga perlu mematuhi piawai prosedurjaminan kualiti yang telah ditetapkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).Bagi menyokong pelaksanaan MQF dan menubuhkan sistem jaminan kualitibersepadu, Agensi Kelayakan Malaysia akan ditubuhkan pada tahun 2006.Kualiti ahli akademik akan dipertingkat melalui lebih banyak program pembangunanuntuk mereka. Di samping itu, bilangan ahli akademik yang mempunyai kelayakanDoktor Falsafah di universiti awam akan ditambah bagi mencapai sasaran 60peratus daripada jumlah ahli akademik menjelang tahun 2010. Bagi meningkatkankualiti dan pandangan global universiti dan ahli akademik, jalinan kerjasamadengan institusi terkemuka antarabangsa akan diusahakan termasuk melaluikerjasama penyelidikan.Memupuk Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan serta Saintifik danInovasi yang Berkualiti TinggiMemperkukuh Komitmen Dasar1.30 Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan memberi penekanan kepadabina upaya sumber manusia dan mengukuhkan Sistem Inovasi Kebangsaan.Majlis Inovasi Kebangsaan akan ditubuh bagi memberi panduan dalam merangkadasar dan strategi utama untuk merangsang budaya berinovasi di negara ini.Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan1.31 Dalam tempoh RMKe-9, sasaran perbelanjaan R&D negara adalah sebanyak1.5 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar menjelang tahun 2010. Bagimeraih pulangan daripada pelaburan ini, keupayaan penyelidikan dan inovasinegara akan diperkukuh. Untuk membantu melahirkan secukupnya bilanganpenyelidik dalam bidang keutamaan, beberapa program akan dilaksanakan.Bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) akan ditambah untuk mencapaisasaran 50 RSE bagi setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun 2010. ProgramNational Brain Gain akan dilancarkan. Pada peringkat awalnya program ini akan

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 1memberi tumpuan kepada modal insan sains dan teknologi. Pusat kecemerlangandalam bidang teknologi baru muncul akan ditubuhkan dan kapasiti R&D universitidan institusi penyelidikan akan dipertingkat. Di samping itu, sektor swastatermasuk GLC akan digalak untuk menyediakan lebih banyak biasiswa, gerandan dana endowmen bagi penyelidikan dalam bidang keutamaan dan strategiktermasuk membangunkan produk berinovatif untuk pengkomersilan.Menggalakkan Usahawan Teknologi dan Perusahaan Berasaskan Teknologi1.32 Program Inkubator Teknologi akan dipertingkat untuk membangunkansebilangan usahawan teknologi tempatan dan syarikat berasaskan teknologiyang mampan. Program ini akan dirangkumkan dalam strategi yang lebih luasuntuk mempertingkatkan penggunaan pengetahuan dan teknologi baru yangdihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan. Memandangkan pembiayaanmerupakan satu faktor utama ke arah kejayaan, langkah akan diambil bagimemperbaik mekanisme dan akses kepada pembiayaan. Bagi menggalakkanlagi inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersilan, rangka kerja hartaintelek (IP) yang sedia ada akan diperkukuh untuk meningkatkan kemudahansokongan IP serta memendekkan proses kelulusan IP. Program pembangunanusahawan teknologi juga akan digunakan sebagai sebahagian daripada usahauntuk memupuk Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera.MUKASURAT33Memperkasa Wanita dan Belia1.33 Bagi terus memajukan wanita, lebih banyak peluang pendidikan danlatihan akan disediakan bagi meningkatkan peluang untuk mereka mendapatpekerjaan. Di samping itu, bagi menggalak penyertaan wanita dalam perniagaan,akses kepada pembiayaan akan dipertingkat. Langkah juga akan diambil untukmenambah penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak dan menggalakkanwaktu bekerja yang fleksibel bagi memudahkan penyertaan lebih ramai wanitadalam tenaga buruh. Kerajaan akan mengurangkan kadar kemiskinan terutamadi kalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita. Dari segi keadilan gender,semua undang-undang dan peraturan yang mempunyai potensi mendiskriminasiwanita akan dikaji semula. Di samping itu, Kerajaan dengan kerjasama sektorswasta dan badan bukan kerajaan (NGO) akan terus mengambil langkah yangbersesuaian dalam menangani keganasan terhadap wanita.1.34 Program belia akan menumpu kepada kumpulan yang mudah terpengaruhtermasuk belia yang tercicir daripada sistem pendidikan dan yang menganggur.Akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran akan dipertingkat manakalaprogram lain yang membina kepemimpinan, keyakinan diri serta memupuk nilaimurni seperti program Rakan Muda dan Khidmat Negara akan diteruskan.

Menyemai Nilai Murni dalam MasyarakatMemupuk Prestasi Tinggi1.35 Membangunkan budaya berprestasi tinggi memerlukan pengukuran danpenekanan prestasi dalam semua aspek. Sehubungan itu, lebih banyak unsurberasaskan prestasi akan diterap ke dalam pelbagai bidang seperti geran R&D,program pembangunan usahawan dan guna tenaga sektor awam. Pendekatanberasaskan prestasi juga dijadikan aspek utama memantau projek RMKe-9,termasuk pengukuran dan pengesanan KPI.Menerapkan Penampilan Progresif serta Nilai Moral dan BeretikaMUKASURAT341.36 Penampilan yang progresif serta moral, etika dan nilai murni akan menjadikomponen utama dalam membangunkan modal insan. Program di bawah PelanIntegriti Nasional (PIN) akan dilaksana secara lebih meluas meliputi semualapisan masyarakat. Selain itu, usaha untuk menggalakkan Islam Hadhari sebagaiasas kepada penampilan pembangunan yang progresif akan dipergiatkan. Dalamsistem persekolahan, program j-QAF bagi pelajar Islam akan diperluas ke semuasekolah rendah. Pendidikan Moral akan diajar kepada semua pelajar. Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan ditambah baik dan diperluas kepadasemua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan semua peringkat pendidikan menengah.Di peringkat komuniti, program yang memupuk semangat kesukarelaan akanditingkatkan dan NGO serta institusi keagamaan juga digalakkan untuk memainkanperanan lebih penting bagi memupuk nilai positif.TERAS 3:MENANGANI MASALAH KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMIYANG BERTERUSAN SECARA MEMBINA DAN PRODUKTIF1.37 Tempoh RMKe-9 akan memperlihatkan penekanan semula dalammenangani ketidakseimbangan sosioekonomi. Jika dibiarkan, ketidaksamaanyang berterusan akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan, menggugatperpaduan nasional dan menjejaskan kestabilan sosial. Walau bagaimanapun,pendekatan ke arah menangani ketidakseimbangan sosiekonomi akan menumpukepada bina upaya dan meningkatkan daya saing, serta akan diperhalusi semuladengan mengambil kira pengalaman yang dipelajari dalam pelaksanaan yanglepas serta tekanan daripada persaingan global dan liberalisasi.1.38 Pembasmian kemiskinan tegar dan pengurangan kemiskinan keseluruhanmenjadi keutamaan dalam tempoh Rancangan. Pengurangan ketidaksamaanantara etnik dan intraetnik juga penting dan akan ditangani dengan mengurangkanjurang antara luar bandar dengan bandar dan jurang antara wilayah serta jurangdalam guna tenaga, pendapatan dan kekayaan. Kumpulan khusus seperti wargaemas, golongan kurang upaya, ibu tunggal dan anak yatim akan terus diberi

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 1sokongan dan perhatian. Di samping itu, dasar dan program terdahulu akandikaji semula untuk menilai keberkesanannya dan menambah baik impaknyapada masa depan.Membasmi Kemiskinan1.39 Tempoh RMKe-9 mensasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar danmengurangkan separuh daripada kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8peratus menjelang tahun 2010. Bagi mencapai objektif ini, program yang disasarkankepada kumpulan miskin tertentu akan diteruskan, termasuk kelompok kecilmiskin bandar dan luar bandar dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak sertaOrang Asli. Program sedia ada dan projek di bawah Skim PembangunanKesejahteraan Rakyat, Program Pembangunan Bersepadu untuk Komuniti Bandar,Amanah Ikhtiar Malaysia dan pelbagai program bina upaya akan dipertingkatkanbagi memastikan keberkesanan membawa keluar isi rumah daripada belenggukemiskinan. Program khusus akan dilaksana untuk menangani kemiskinan dikalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping menangani kadarkemiskinan yang tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli. Walaupun penekananmenyeluruh dasar dan program membasmi kemiskinan diberi kepada peningkatankeupayaan isi rumah miskin supaya dapat berdikari dan dapat meningkatkanpendapatan mereka, namun kumpulan seperti warga emas serta golongan kurangupaya dan daif yang tidak mampu melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi akanterus menerima bantuan kewangan.1.40 Penyampaian dan pemantauan program pembasmian kemiskinan akandipertingkatkan bagi memastikan objektif dicapai dengan lebih berjaya.Penyelarasan antara agensi pelaksana akan dipertingkat. Bagi tujuan ini, satupangkalan data kemiskinan negara akan diwujudkan untuk menambah baikkualiti data dan maklumat berhubung isi rumah miskin dan miskin tegar. Pangkalandata ini akan merangkumi daftar kemiskinan luar bandar dan bandar danmenggunakan definisi kemiskinan yang sama. Pangkalan data ini, ditambahdengan data yang dipungut daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO, akandigunakan oleh semua agensi pelaksana sebagai sumber data utama mengenaigolongan sasar mereka. Selain itu, pemetaan kemiskinan akan disediakan dikawasan bandar dan luar bandar terpilih untuk membantu merangka programpembasmian kemiskinan yang lebih baik.MUKASURAT35Mengurangkan Jurang Pendapatan1.41 Usaha bersepadu akan diambil bagi mengurangkan jurang pendapatanmemandangkan jurang pendapatan semakin melebar. Usaha untuk menambahbaik agihan pendapatan akan bertumpu kepada mengurangkan jurang pendapatanantara kumpulan etnik Bumiputera dengan bukan Bumiputera, antara luar bandardengan bandar dan mempertingkatkan pendapatan isi rumah kumpulan penduduk

40 peratus terendah. RMKe-9 bertujuan untuk merapatkan jurang pendapatanantara Bumiputera dengan etnik Cina daripada 1:1.64 pada tahun 2004 kepada1:1.50 pada tahun 2010 dan antara Bumiputera dengan etnik India daripada1:1.27 pada tahun 2004 kepada 1:1.15 pada tahun 2010. Dari segi jurang antaraluar bandar dengan bandar, RMKe-9 mensasarkan pengurangan nisbah pendapatanluar bandar dengan bandar daripada 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1:2.0 padatahun 2010. Program bagi mengurangkan jurang pendapatan akan merangkumipelbagai spektrum 1 .Mengurangkan Jurang Antara WilayahMUKASURAT361.42 Bagi mengurangkan jurang antara kawasan luar bandar dengan bandardan antara wilayah yang kurang membangun dengan yang lebih membangun,Kerajaan akan menambah peruntukan untuk pembangunan luar bandar sertapembangunan negeri kurang membangun secara komprehensif. Penekananyang lebih akan diberi kepada pembangunan RGC yang bertumpu kepadapembangunan tersusun koridor utara dan timur serta Sabah dan Sarawak. RGCini akan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik, denganini membantu pertumbuhan lebih banyak aktiviti ekonomi yang mengambil faedahdaripada kelebihan semula jadi setiap wilayah tersebut seperti pembuatanberasaskan sumber, industri berasaskan kraf, aktiviti hiliran berasaskan pertanian,dan ekopelancongan. Lembaga kemajuan wilayah baru akan ditubuhkan untukmenyelaras dan melaksanakan usaha ini terutamanya di Sabah dan Sarawak.Mengurangkan Jurang Guna Tenaga1.43 Sebagai pendekatan utama dalam mengurangkan jurang pendapatan,RMKe-9 akan berusaha menambah baik penyertaan etnik dalam semua peringkatpekerjaan dan sektor ekonomi supaya lebih mencerminkan komposisi etnikpenduduk. Selain langkah untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan mendapatpekerjaan bagi kumpulan sasar, langkah juga akan diambil untuk menggalakkanlebih banyak sokongan daripada majikan untuk menyediakan peluang yangsama rata dan kepelbagaian kaum di tempat kerja. Program akan dilaksanauntuk menggalak lebih ramai Bumiputera yang berkelayakan dalam kumpulanpekerjaan profesional, pengurusan dan teknikal serta di sektor berasaskanpengetahuan seperti bioteknologi, ICT dan pembuatan termaju. Pada masayang sama, langkah akan diambil untuk mempertingkatkan penyertaan bukanBumiputera dalam sektor awam.1 Sila rujuk perenggan 1.39 hingga 1.40 dan 1.42 hingga 1.46

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 1Mengurangkan Jurang Aset dan Kekayaan1.44 Dalam tempoh RMKe-9, langkah akan diambil untuk mengurangkan jurangpemilikan aset dan kekayaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di dalamnegara. Pemilikan ekuiti Bumiputera disasarkan mencapai antara 20 hingga 25peratus menjelang tahun 2010 untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30peratus pemilikan ekuiti menjelang tahun 2020. Di samping itu, langkah akandiambil untuk meningkatkan pemilikan aset Bumiputera dalam harta tanah kediamandan komersil dan juga harta intelek. Yayasan Amanah Harta Tanah Bumiputeradan Perbadanan UDA akan menerajui usaha untuk meningkatkan pemilikanharta tanah Bumiputera di kawasan bandar. Tanah dan harta tanah wakaf dibawah pihak berkuasa agama Islam negeri akan dibangunkan untuk memanfaatkanpotensinya serta melahirkan usahawan baru. Langkah juga akan diambil untukmengembangkan perusahaan komersil Bumiputera yang berdaya saingterutamanya EKS.1.45 Langkah bersesuaian juga akan diperkenalkan untuk meningkatkanpemilikan ekuiti etnik India kepada 3.0 peratus menjelang tahun 2020. Langkahjuga akan diambil bagi menggalakkan keusahawanan dan latihan kemahirandalam komuniti India terutamanya golongan belia.MUKASURAT37Membangunkan Usahawan Bumiputera Berdaya Saing1.46 Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB) akan diteruskan sebagai pendekatan utama dalam menyusun semulamasyarakat dan memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalamekonomi. Fasa kedua program MPPB akan dilancarkan bertujuan membangunkanusahawan Bumiputera yang berdikari, mampan dan berdaya saing serta EKSBumiputera yang mantap. Satu model pembangunan yang baru akan digunapakai yang bukan sahaja melihat kepada bilangan usahawan Bumiputera yangdilahirkan tetapi lebih penting lagi, menumpu kepada kualiti keseluruhan merekadari segi produktiviti dan daya saing. Keupayaan agensi amanah, GLC dankoperasi akan dipertingkatkan untuk melaksanakan program MPPB denganlebih berkesan. Penglibatan usahawan Bumiputera dalam bidang pertumbuhanbaru akan digalakkan. Program pembangunan francais dan vendor akan diperkukuh.Pembangunan usahawan luar bandar akan dilaksanakan secara lebih sistematikdan berfokus berpandukan Pelan Induk Pembangunan Usahawan Luar Bandar.Mengurangkan Jurang Digital1.47 Untuk memastikan semua rakyat Malaysia menikmati faedah daripadaekonomi berasaskan pengetahuan, usaha berterusan bagi merapatkan jurangdigital akan lebih dipergiatkan. Tumpuan dalam tempoh Rancangan adalahuntuk melaksanakan pelan infrastruktur bagi capaian sejagat ke Internet dan

menyediakan lebih banyak produk dan perkhidmatan ICT yang mampu diperolehi.Rangka Kerja Strategik Kebangsaan bagi Merapatkan Jurang Digital (BDD)akan dilaksanakan termasuk menubuhkan telecentre di kawasan yang kurangmenerima perkhidmatan, pengurangan tarif bagi langganan telefon dan Internetserta penggalakan pemilikan komputer peribadi. Telecentre sedia ada akandinaik taraf kepada Pusat Pengetahuan Komuniti yang akan menyediakan pelbagaiaktiviti ekonomi dan sosial kepada semua kumpulan. Bagi terus menggalakkanpenggunaan kemudahan dan perkhidmatan ICT, kandungan dan aplikasi dalamtalian yang khusus untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat akandipertingkat.Mengkaji Semula Keberkesanan Program TerdahuluMUKASURAT381.48 Bagi memastikan dasar sosioekonomi memenuhi tujuan, penekanan akandiberi untuk menambah baik keberkesanan program melalui perancangan,pelaksanaan dan pemantauan yang lebih baik. Keberkesanan dan impak programterdahulu akan dinilai manakala program masa depan akan dilaksana berdasarkanmerit dan keperluan. Sistem pelaksanaan juga akan dikaji semula dan diperkukuhuntuk memastikan hanya kumpulan sasar sahaja akan menerima faedah sertauntuk meminimumkan kebocoran. Semua agensi Kerajaan dikehendaki memastikandasar dan program yang dilaksanakan menyumbang ke arah penyertaan danagihan yang lebih saksama.TERAS 4:MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUPMemenuhi Keperluan Perumahan dan Menambah Baik PerkhidmatanPerbandaran1.49 Perumahan merupakan satu keperluan asas sosial dan penyediaan rumahyang mencukupi, berkualiti serta dimampui oleh semua kumpulan pendapatanmerupakan keutamaan negara. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan terusmenyediakan perumahan kos rendah melalui Program Perumahan Rakyat manakalaSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan melengkapi usaha Kerajaandengan membina lebih daripada 29,000 rumah kos rendah dan sederhanarendah di kawasan bandar dan luar bandar. SPNB juga akan membaik pulihlebih daripada 11,000 rumah. Usaha akan dipertingkat untuk menggalakkanpenggunaan Sistem Bangunan Industri dan reka bentuk berasaskan konsepkoordinasi bermodul dalam pembinaan rumah.1.50 Undang-undang akan dikaji semula bagi menggalakkan sektor swastamenyediakan rumah kos rendah. Langkah ini termasuk memberi lebih kelonggaranke atas kuota rumah kos rendah serta mempercepat proses kelulusan danpembinaan. Sistem pendaftaran dan pengagihan rumah kos rendah akan diperbaikibagi memastikan pengagihan yang teratur kepada kumpulan sasar yang sebenar.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 11.51 Selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mempertingkat penyampaianperkhidmatan awam, pembaharuan dalam pihak berkuasa tempatan akan dilaksanauntuk menyediakan perkhidmatan bandar yang cekap dan berkualiti. Langkahyang diambil termasuk melaksanakan sistem KPI untuk memantau dan memperbaikprestasi perkhidmatan. Penggunaan ICT juga akan dipertingkat untuk menambahbaik kecekapan pengendalian. Dasar Pembandaran Nasional akan digubal untukmembantu perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan perbandaran di dalamnegara.Menambah Baik Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan1.52 Kerajaan akan terus menyediakan kemudahan dan melaksanakan programuntuk menambah baik status kesihatan penduduk, khususnya di peringkatpenjagaan primer. Kemudahan sedia ada akan dinaik taraf manakala kemudahanbaru akan dibina bagi menyediakan pakej perkhidmatan yang menyeluruh.Perkhidmatan pencegahan, penyaringan dan pengesanan awal akan dipertingkatuntuk mengurangkan beban penyakit serta kos rawatan dan penjagaan pemulihan.Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiari akan digabungmelalui satu sistem rujukan yang cekap dan berkesan, bagi menyediakan sistemyang bersepadu untuk manfaat pesakit. Bagi tujuan ini, sistem maklumat seluruhnegara akan diperkenal untuk membolehkan akses kepada maklumat kesihatanpesakit yang menepati masa dan terjamin. Kerajaan akan turut menggalakkankonsep kesejahteraan sepanjang hayat dan mengambil pendekatan proaktifuntuk penjagaan kesihatan melalui inisiatif meningkatkan kesedaran sepertipenubuhan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti di semua klinik kesihatan.Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit akan diberi penekanan melaluiinisiatif seperti penubuhan Pusat Penyakit Berjangkit di Sungai Buloh, Selangor.Di samping itu, Kerajaan mensasarkan untuk membasmi penyakit malaria, demamkepialu dan batuk kering menjelang tahun 2010.1.53 Pembangunan sumber manusia akan diberi keutamaan tinggi bagimenangani kekurangan meruncing anggota dalam pelbagai kategori perubatandan kesihatan. Sehubungan ini, latihan bagi anggota perubatan dan kesihatanakan dipertingkatkan dan diperkembang. Inisiatif pembangunan profesional yangberterusan untuk memenuhi keperluan penjagaan di peringkat yang lebih tinggidan dalam bidang kepakaran baru juga akan dipertingkatkan. Kerajaan akanmenambah baik terma dan syarat perkhidmatan bagi terus menarik danmengekalkan anggota kesihatan.MUKASURAT391.54 Bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme, lebih banyak hospitalakan digalakkan untuk memperoleh Sijil Akreditasi Hospital. Di samping itu,undang-undang mengenai kesihatan yang berkaitan akan disemak semula danundang-undang baru digubal untuk mengawal selia sektor kesihatan denganlebih baik. Langkah ini termasuklah penggubalan undang-undang untuk kawal

selia amalan perubatan tradisional dan komplementari secara selamat danteratur.Menambah Baik Sistem PengangkutanMUKASURAT401.55 Pembangunan sistem pengangkutan bandar akan menumpu kepadapenyediaan sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan cekap. Pengangkutanawam di Lembah Klang akan dinaik taraf dan diperluas, dan suruhanjayapengangkutan awam di Lembah Klang yang khusus akan ditubuhkan untukmenyelia usaha penambahbaikan. Dua buah terminal pengangkutan bersepadudi Gombak dan Bandar Tasik Selatan akan dibina sebagai hab persinggahanke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, dalam usaha mengurangkankesesakan bandar di kawasan lain, projek utama seperti monorel, jalan lingkaranluar dan jambatan kedua di Pulau Pinang, dan Lingkaran Penyuraian LaluLintas Johor Timur akan dilaksanakan. Satu suruhanjaya kebangsaan akanditubuh bagi mengawal selia pembangunan sistem pengangkutan awam dibandar secara teratur dan mampan. Program pembangunan jalan akan menumpukepada menambah baik akses kepada kawasan kurang membangun terutamanyaRGC dan kawasan yang berpotensi bagi pelancongan.1.56 Infrastruktur rel akan dinaik taraf dan sistem komunikasinya akandimodenkan bagi meningkatkan kecekapan pengendalian dan daya tarikanpengangkutan rel sebagai satu cara pengangkutan bagi penumpang dan barang.Bagi tujuan ini, langkah yang akan diambil termasuk membina landasan berkembardi laluan utama terpilih, membaik pulih landasan dan stesen serta membaiki danmembeli lokomotif dan gerabak. Landasan baru juga akan dibina bagimenghubungkan kawasan perindustrian baru seperti Tanjung Malim di Perak.Bagi sektor penerbangan, lapangan terbang termasuk Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur akan diperbesar dan dinaik taraf untuk menampungjangkaan pertambahan jumlah penumpang dan kargo. Peralatan kawalan trafikudara juga akan dinaik taraf bagi mengendalikan jangkaan peningkatan kekerapanpenerbangan.Menambah Baik Bekalan Tenaga yang Mencukupi dan Mampan1.57 Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Kerajaan akan terus memastikanbekalan tenaga yang mencukupi, terjamin, andal, berkualiti dan berkesan darisegi kos. Bagi tujuan ini, penjanaan dan rangkaian penghantaran elektrik akanterus dibangunkan. Projek bekalan elektrik luar bandar akan dipergiat terutamadi Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, penekanan akan diberi terhadapusaha untuk mempelbagai sumber tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga.Pergantungan yang tinggi kepada produk petroleum akan dikurangkan denganmenggalakkan penggunaan bahan api alternatif. Penggunaan biofuel akandigalakkan manakala usaha R&D dalam pengeluaran biodiesel akan diberi

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 1sokongan penuh. Sumber tenaga boleh diperbaharu yang lain seperti tenagasuria akan terus dibangunkan. Penggunaan tenaga yang cekap akan dipergiatdalam sektor perindustrian, pengangkutan dan komersil serta di bangunankerajaan.Mempertingkatkan Sistem Pembekalan Air1.58 Tumpuan utama dalam sektor utiliti adalah untuk meningkatkan kualitidan sistem bekalan air yang terjamin. Sehubungan ini, infrastruktur bekalan airseperti muka sauk, loji rawatan dan empangan akan dibina dan dinaik taraf.Di samping itu, projek utama seperti Projek Penyaluran Air Mentah AntaraNegeri dari Pahang ke Selangor akan dilaksanakan. Penguatkuasaan yanglebih tegas dan pemulihan rangkaian pengagihan akan dilaksana untukmengurangkan kadar air tidak terhasil daripada 38 peratus pada tahun 2005kepada 30 peratus menjelang tahun 2010. Penekanan juga akan diberi dalammeningkatkan liputan bekalan air ke kawasan luar bandar. Bagi memastikanbekalan air yang berterusan, usaha pemuliharaan bekalan air akan digalakmelalui program meningkatkan kesedaran. Suruhanjaya Pengurusan Air Negaraakan memulakan operasinya dalam tempoh Rancangan bagi mengawal seliasistem bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia.Sasaran kawal selia bekalan air adalah untuk meningkatkan taraf perkhidmatandan prestasi industri air dan pembetungan.MUKASURAT41Menggalakkan Perlindungan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber SecaraMampan1.59 Pengawasan alam sekitar akan terus diberi penekanan oleh Kerajaanuntuk memastikan keseimbangan optimum antara keperluan pembangunan denganpemuliharaan alam sekitar. Fokus yang lebih akan diberi kepada langkahpencegahan di puncanya bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alamsekitar, mengurangkan aktiviti haram terhadap alam sekitar serta mempergiatkanusaha pemuliharaan untuk mengurus sumber alam secara mampan. Kualitiudara dan air akan dipantau rapi dan langkah akan diambil bagi memastikanpencemaran diminimumkan. Ini termasuk memperkenalkan peraturan dan piawaipelepasan yang lebih ketat, menambah baik sistem pembetungan awam sertamenggalakkan penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih.1.60 Penggunaan sumber tanah akan dioptimumkan dengan mengguna pakaipendekatan pembangunan secara spatial. Usaha akan dipergiat bagi melindungidan mengoptimumkan penggunaan biodiversiti. Aktiviti R&D akan dipergiat bagimempermudah pengenalpastian potensi biologi dan menggalakkan penjanaankekayaan daripada sumber biodiversiti negara yang mewah. Di samping itu,hutan bakau dan habitat pesisir pantai yang lain akan dipulihkan untukmengurangkan kesan hakisan pantai dan tsunami serta memastikan bekalansumber yang berterusan.

Mempergiat Peranan Budaya, Seni dan Warisan dalam Masyarakat1.61 Peranan budaya, seni dan warisan akan dipergiatkan. Fokus akan diberike arah usaha menyemai nilai budaya yang positif dan meningkatkan apresiasiterhadap budaya, seni dan warisan di kalangan semua lapisan masyarakat;membangunkan industri kebudayaan kreatif serta industri kraf; dan membangunkanmodal insan dalam bidang berkaitan bagi memastikan pembangunan budaya,seni dan warisan negara yang mampan dan berterusan. Perhatian yang lebihakan diberi kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan produk warisan.Kerajaan akan bekerjasama secara erat dengan sektor swasta dan masyarakatsivil bagi melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan demi kepentinganrakyat.Membina Kecemerlangan Kesukanan dan Gaya Hidup SihatMUKASURAT421.62 Bagi mewujudkan budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia, pelbagaiprogram sukan untuk orang ramai akan dilaksanakan, termasuk programpembangunan kecergasan dan aktiviti luar. Sehubungan ini, sejumlah 24,000tenaga pengajar akan dilantik dan dilatih untuk membantu pelaksanaan programtersebut. Kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akandinaik taraf atau diperbesar bagi menarik lebih banyak penyertaan dalam acarasukan. Di samping itu, Kompleks Sukan Komuniti akan dibina bagi memudahkanpenganjuran sukan dan aktiviti berkaitan komuniti. Sektor swasta juga akandigalakkan untuk menyedia kemudahan sukan dan rekreasi untuk kegunaanmasyarakat umum. Tumpuan juga akan diberi kepada penyenggaraan kemudahantersebut.1.63 Kapasiti dan kecekapan persatuan sukan akan dipertingkat. Bagi mencapaikecemerlangan sukan, inisiatif seperti Program Pembangunan Bakat akandilaksanakan bagi menyedia latihan kepada 14,570 atlit berpotensi dalam 37jenis sukan. Inisiatif berkaitan sukan dan infrastruktur di sekolah akan dipertingkatbagi mewujudkan asas yang lebih baik untuk memupuk dan membangun atlitdalam bidang sukan berprestasi tinggi.TERAS 5:MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAANMenggalakkan Tadbir Urus yang Baik1.64 Dalam tempoh Rancangan, pelaksanaan PIN akan dipergiat bagimeningkatkan tahap integriti dalam sektor awam dan swasta. Institut IntegritiMalaysia (IIM) akan bekerjasama dengan organisasi sektor swasta dan NGOuntuk menganjurkan program berkaitan integriti. Agensi seperti IIM juga akandiwujudkan di peringkat negeri bagi membantu pelaksanaan PIN.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010BAB 11.65 Tadbir urus yang baik di sektor korporat akan terus digalakkan. Sehubunganini, institusi kawal selia akan berusaha untuk memupuk dan mempertingkattadbir urus korporat dengan mengkaji semula peraturan, undang-undang danrangka kerja perundangan yang berkaitan. Penguatkuasaan peraturan danundang-undang akan juga dipertingkatkan.Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam1.66 Kerajaan beriltizam untuk menambah baik kualiti perkhidmatan awamkerana ia merupakan satu prasyarat asas bagi mencapai Misi Nasional. Sehubunganini, Kerajaan akan terus berusaha mengurangkan kerenah birokrasi terutamanyadi peringkat pihak berkuasa tempatan dan daerah. Proses dan prosedur kerjaserta undang-undang akan dirombak dan diperkemas, manakala lebih banyakpusat keputusan akan ditubuhkan bagi membolehkan keputusan dibuat denganlebih berkesan dan cepat. ICT juga akan dimanfaatkan untuk meningkatkanakses kepada perkhidmatan Kerajaan dan penyampaian perkhidmatan. Ini termasukprojek e-Tanah yang dijangka mempertingkatkan proses pentadbiran tanah melaluipenggunaan teknologi secara bersepadu.1.67 Sistem KPI akan dilaksanakan bagi memantau dan mengukur prestasisistem penyampaian perkhidmatan awam dan akan diguna pakai oleh kebanyakanagensi menjelang tahun 2010. Selain daripada laporan yang disusun olehJawatankuasa Kira-kira Awam dan Ketua Audit Negara, prestasi penyampaianperkhidmatan awam oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan akan dipantaumelalui sistem penarafan, pemeriksaan dan audit yang sistematik. Biro PengaduanAwam akan turut mengendalikan maklum balas dan aduan daripada orangramai berkaitan prestasi penyampaian perkhidmatan awam.MUKASURAT431.68 Memandangkan kewujudan pasukan polis yang kuat memainkan perananpenting dalam mengekalkan keselamatan awam, Kerajaan akan memastikanoperasi Polis Diraja Malaysia dipertingkat dan disokong dalam tempoh Rancangan.Di samping itu, langkah akan diambil bagi mempertingkatkan keupayaan dankesediaan pasukan keselamatan negara.Menggalakkan Pembangunan menerusi Kerjasama Antarabangsa1.69 Kerjasama antarabangsa antara Malaysia dengan rakan pembangunannyaakan diperkukuh termasuk melalui kerjasama teknikal dengan negara Selatan.Usaha ini adalah selaras dengan ‘dasar memakmurkan jiran’, di mana Malaysiamelalui Program Kerjasama Teknik Malaysia akan menyokong pembangunanperkongsian pintar bagi menggalakkan semangat berdikari yang lebih tinggidi kalangan negara membangun. Malaysia telah menerajui program bina upayadi kalangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menggalak negara

anggota OIC yang lebih membangun membantu negara yang kurang membangundalam usaha pembangunan mereka. RMKe-9 akan memperluas bidang kerjasamateknikal dan ekonomi sedemikian, termasuk memudahkan penyertaan sektorswasta dan memperhalusi program sedia ada untuk memenuhi keperluan negarapeserta yang sentiasa berubah.1.70 Malaysia akan meneruskan dasar kerjasama pembangunan danmemperkukuh hubungan politik dan ekonomi dengan negara jiran dan negararakan secara dua hala dan melalui kumpulan serantau seperti ASEAN, SidangKemuncak Asia Timur dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, serta melaluipertubuhan pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, OIC,Pergerakan Negara Berkecuali dan Komanwel. Kerjasama antarabangsasedemikian akan terus giat digalakkan supaya mewujudkan sistem antarabangsayang lebih adil dan saksama serta untuk mencapai matlamat negara dan melindungikepentingan negara sebagai sebuah ekonomi perdagangan yang terbuka.MUKASURAT44III.PENUTUP1.71 RMKe-9 mengkaji semula dasar dan strategi yang telah sedia wujud,mencadangkan perubahan dalam pendekatan pembangunan dan memperkenalinisiatif dasar baru. Sebagai langkah permulaan, pencapaian dasar dan strategidalam tempoh Rancangan adalah penting untuk merealisasikan Misi Nasional.Pelaksanaan RMKe-9 dengan penuh keazaman dan lebih berfokus akanmemperkukuh asas negara, membina lagi kejayaan atas pencapaian Malaysiamasa lalu, menumpukan usaha negara kepada lima teras utama Misi Nasional,dan seterusnya mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara majumenjelang tahun 2020.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!