12.07.2015 Views

MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI ...

MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI ...

MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

<strong>MEMAHAMI</strong> <strong>ISU</strong> <strong>ISLAMOFOBIA</strong>: <strong>ANTARA</strong> <strong>PERSEPSI</strong> <strong>DAN</strong> <strong>REALITI</strong>1.0 PendahuluanDr. Zulkifli HasanMahu tidak mahu, sememangnya tidak dapat dinafikan peristiwa keruntuhan menaraPusat Perdagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 telah menjadi pencetusutama kepada fenomena Islamofobia. Peristiwa ini telah memberikan kesempatan yangmeluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus memberikangambaran buruk terhadap Islam. Bahkan telah terdapat gerakan secara teratur dandibiayai sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosi dan menyebarkanpropaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia.Ironinya, walaupun terdapat banyak lagi gerakan yang mempelopori keganasan sepertiLiberation Tigers of Tamil Elam di Sri Lanka, gerakan Khalistani di India, PemberontakIreland Utara, ‘Basque separatists’ di Sepanyol dan Zionis Israel, kumpulan-kumpulanini tidak pula dianggap sebagai mewakili agama mereka dan tiada istilah Kristianofobiaatau Hindufobia atau Judaismofobia dikaitkan dengan mereka. Ini membuktikanbahawa fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini bukanlah sangat disebabkanoleh jenayah keganasan umat Islam sahaja tetapi ianya juga berkaitan dengan faktorfaktorlain yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh umat Islam.Seiring dengan perkembangan Islamofobia ini, penulis merasakan bahawa kefahamandan kesedaran yang secukupnya perlu diberikan kepada masyarakat umum mengenaiisu ini. Maklumat dan informasi yang betul berdasarkan fakta dan bukti-bukti sahihmengenai Islamofobia akan dapat memberikan kefahaman yang sebaiknya danseterusnya sedikit sebanyak akan membetulkan salah tanggapan ramai terhadap Islam.Sehubungan dengan itu, artikel ini akan secara khusus membicarakan tajuk Islamofobiadengan membincangkan isu-isu berkaitan, konsep, manifestasi, implikasi, bentuk,faktor-faktor Islamofobia termasuk menggariskan beberapa strategi yang bolehdiusahakan dalam membetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam.2.0 Memahami Konsep IslamofobiaMemahami konsep Islamofobia adalah perkara yang amat penting sebelum kita dapatmembicarakan dengan lebih lanjut aspek lain yang berkaitan dengannya. Bahagian duaartikel ini akan membincangkan konsep Islamofobia secara umum dari sudutpentakrifan, bentuk dan manifestasi. Penjelasan terhadap ketiga-tiga aspek ini akandapat memberikan kefahaman yang sewajarnya mengenai konsep Islamofobia secaraumum.2.1 DefinisiSekiranya dirujuk dan diperhatikan di dalam media massa dan saluran yang lain, istilahlain yang hampir sama dengan Islamofobia juga digunakan bagi merujuk kepadafenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Istilah seperti ‘Muslim radicalization’,‘anti-Muslim hate crime’, ‘anti-Islamic phenomena’, ‘xenophobia’ dan ‘religiously basedhate crimes’ juga sering kali digunakan. Namun, Islamofobia masih menjadi istilah yang


2.2 Bentuk IslamofobiaAkibat daripada persepsi negatif terhadap Islam, diikuti dengan rasa kebimbangan atauketakutan yang tidak berasas, Islamofobia ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagaibentuk diskriminasi dan ketidakadilan. Dalam hal ini, Islamofobia boleh dibahagikankepada beberapa bentuk. Penulis mengklasifikasi Islamofobia ini kepada beberapakategori iaitu ‘institutional Islamophobia’ dan ‘non-Institutional Islamophobia’,‘Islamophobia of the State’, ‘dominant Islamophobia’ dan ‘non-dominant Islamophobia’dan ‘unconscious Islamophobia’.‘Institutional Islamofobia’ merujuk kepada organisasi atau mana-mana pertubuhanyang mendiskriminasi berdasarkan identiti agama. ‘Non-Institutional Islamophobia’berlaku apabila ianya melibatkan Islamofobia oleh individu. Islamofobia diperingkatinstitusi seperti organisasi tertentu, syarikat dan badan korporat lebih memberikanimplikasi berbanding individu. Islamofobia di peringkat institusi ini kebiasaannyamelibatkan diskriminasi sama ada dalam bentuk penafian peluang pekerjaan, kenaikanpangkat, hak-hak beragama sewaktu bekerja dan sebagainya.‘Islamofobia of the State’ atau Islamofobia yang melibatkan polisi negara adalah sesuatuyang perlu dibendung. Melalui Islamofobia ini, amalan sistematik yangmendiskriminasi berdasarkan identiti agama boleh berlaku terutamanya di jabatan ataukementerian sesebuah kerajaan. Akibatnya Muslim atau institusi dimiliki Muslim yangberhubung atau mempunyai apa-apa perhubungan dengan kerajaan sebegini akanmengalami pelbagai masalah dan memberikan pelbagai implikasi negatif.“Dominant Islamofobia” merujuk kepada Islamofobia yang berlaku di negara majoritibukan Islam dan ’non-dominant Islamophobia” apabila ianya berlaku di negara majoritiMuslim. Islamofobia yang berlaku di negara majority Muslim adalah berbeza dengannegara yang penduduk Muslimnya adalah minoriti. “Dominant Islamophobia’ adalahlebih membimbangkan kerana Muslim minoriti ini akan lebih berpotensi untukdidiskriminasi dan dilayan dengan tidak adil.“Unconscious Islamofobia” pula bermaksud Islamophobia yang berlaku secara tidakdisedari. Ini kerap berlaku dikalangan bukan Islam dan ianya boleh juga terjadi kepadaMuslim itu sendiri. Kenyataan yang menghina dan mempertikaikan undang-undangIslam dan hak-hak asasi manusia dalam Islam oleh golongan tertentu misalnya bolehdianggap sebagai fenomena Islamofobia yang tidak disedari.Bentuk-bentuk Islamofobia di atas menunjukkan bahawa fenomena Islamofobia inimemberikan kesan kepada persepsi masyarakat dan ianya boleh berlaku dalam bentukekspresi individu dan juga institusi termasuk melalui dasar dan polisi sebuah Negara.Setelah mengenalpasti bentuk Islamofobia ini, maka segala strategi untuk mengatasiperkara ini hendaklah juga berdasarkan klasifikasi atau pembahagian ini. Ini bagimemastikan sebarang usaha ke arah membetulkan persepsi masyarakat dalam isuIslamofobia ini dapat dilakukan secara berkesan.2.3 Manifestasi Islamofobia


Manifestasi Islamofobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negatif ataukebimbangan atau kebencian kepada Islam itu dizahirkan dalam bentuk ekspresiintelektual seperti penulisan karya ilmiah atau perbuatan yang merangkumi keganasan,protes dan gerakan Islamofobia itu sendiri. Penulis akan membincangkan kategorimanifestasi Islamofobia ini kepada lima bahagian iaitu:-` 2.3.1 MediaPeranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak dapatdinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang untukmemberikan imej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkanberita-berita yang menggambarkan kenegatifan Islam. Misalnya penerbitan filem‘Fitna’ oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang kemudiannyadisiarkan secara berleluasa menyebabkan masyarakat umum mempunyaipandangan yang amat negatif terhadap Islam khususnya al-Quran. Ini diikutidengan liputan yang sangat berat sebelah mengenai kes pembunuhan Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman pada 1 Julai 2009 yang bermotifkan benci dan salahfaham terhadap Islam. Media juga menghangatkan lagi isu kontroversi sepertipembinaan masjid di ’Ground Zero’, ’Tea Party Movement’ dan gerakanpengharaman Shariah yang menanamkan kebencian terhadap muslim diAmerika.2.3.2 IntelektualTren politik dan ideologi semasa kuat dipengaruhi oleh legitimasi intelektualdan saintifik terhadap elemen perkauman, ’xenophobia’ dan sikap tidakbertoleransi. Tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah buku yang diterbitkan olehbeberapa penulis dengan tujuan untuk memanfaatkan peluang dalammeningkatkan gejala Islamofobia dan mengubah imej Islam kepada yang lebihnegatif. Antara karya yang cuba untuk memberikan gambaran negatif terhadapIslam dan seterusnya menyuburkan Islamofobia ialah ‘Legacy of Jihad’, ‘WhileEurope Slept: How Radical Islam is Destroying the West from Within’ dan‘Muslim Mafia: Inside the Secret Underworld That's Conspiring to IslamizeAmerica’. Bukan itu sahaja, ucapan kontroversi Pope Benedict XVI yangmenghina Nabi Muhammad dan mempertikaikan al Quran merupakan salahsatu manifestasi intelektual dalam konteks Islamofobia.2.3.3 Politik dan PerundanganPersepsi kebencian dan kebimbangan terhadap Islam ini juga dizahirkan dalampolitik dan perundangan. Umpamanya di Switzerland, akibat dari kempen antiIslam yang dipelopori oleh Daniel Streich, undang-undang telah dipinda bagimengharamkan pembinaan menara-menara masjid. Walaupun ianya melanggarhak asasi umat Islam di Switzerland, bahkan dikecam oleh pelbagai kerajaan,badan bukan kerajaan, badan hak asasi, termasuk Pesuruhjaya Hak AsasiManusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ’Amnesty International’,pindaan undang-undang ini tetap diteruskan atas faktor kuatnya kemahuanpolitik dalam isu ini. Ini ditambah lagi dengan gerakan anti Islam yang diketuai


oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang memusuhi Islam atasdasar populariti dan politik.2.3.4 StrukturManifestasi struktur merujuk kepada diskriminasi atas sebab Islamofobia dalampelbagai sektor seperti masalah dalam mendapat keperluan asas, peluangpekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Banyak insidenyang berlaku menunjukkan situasi Islamofobia berstruktur ini semakinmeningkat. Sebagai contoh, kes BBC mengenai perlantikan seorang Muslim yangdianggap ‘penghinaan’ bagi orang Kristian. Di Itali, wanita muslim yang bekerjasebagai pencuci dianggap sebagai satu ‘ancaman keselamatan’. Lebih berat lagi,di Jerman, ada doktor yang enggan merawat seorang remaja Muslim yangbernama Jihad. Begitu juga di Kanada apabila pelajar muslimah di Kanada telahdibuang sekolah hanya kerana tidak mahu menanggalkan tudung. Kes-kes inimembuktikan bahawa Islamofobia ini telah memberikan kesan kepadakehidupan umat Islam dalam pelbagai bentuk khsususnya di negara majoritibukan Islam.2.3.5 Manifestasi Protes dan KeganasanKebencian terhadap Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan lebihteruk lagi keganasan atau jenayah. Penerbitan kartun yang menghina NabiMuhammad oleh Kurt Westergaard di Denmark membuktikan Islamofobia yangdizahirkan melalui kartun. Peristiwa membakar al-Quran sepanjang 9 bulan dariSeptember 2010 hingga April 2011 di Amerika termasuk kempen untukmembakar al Quran oleh Pastor Terry Jones menunjukkan manifestasi proteskesan daripada Islamofobia. Bahkan keganasan juga berlaku di mana adaMuslim yang di tembak di Amerika setelah menunaikan solat Jumaat, diNevada, polis menahan Muslim yang menunaikan solat di tempat letak keretadan peristiwa pembunuhan kejam Marwa El Sharbini di dalam Mahkamah diDresden, Jerman akibat daripada perasaan benci yang tidak berasas kepadaIslam.3.0 Islamofobia: Antara Persepsi dan RealitiPersepsi adalah suatu perkara yang dibentuk melalui fakta yang kadangkala sahih danada yang tidak tepat. Sekiranya persepsi itu dibentuk melalui fakta yang tidak benar,sudah pastilah persepsi itu akan menimbulkan kesan yang sangat negatif kepadasesuatu perkara. Dalam erti kata lain persepsi tidak semestinya melambangkan realitidan kerap kali realiti itu tidak diendahkan atau diabaikan oleh kerana persepsi yangterbina melalui fantasi.3.1 Antara Persepsi dan RealitiIslamofobia pada hakikatnya terbina melalui pembentukan persepsi berdasarkankepada fakta yang tidak tepat atau kurang lengkap. Ditambah dengan propaganda dangerakan memburukkan imej Islam termasuk sikap dan tindakan segelintir Muslim jugatelah meningkatkan persepsi negatif terhadap Islam. Sekiranya dirujuk kepada kajian,


laporan dan maklumat mengenai keganasan dan jenayah, persepsi umum mengatakanbahawa Muslim sinonim dengan ’terrorism’ adalah tidak tepat. Fakta membuktikanbahawa keganasan dilakukan juga oleh penganut agama lain. Sebagai bukti, artikel inimerujuk kepada data dimiliki Federal Bureau Investigation, United States mengenaiserangan pengganas di Amerika sepanjang 1980-2005 di dalam rajah 1 yangdilampirkan.Rajah 1: Serangan Pengganas di Amerika 1980-2005Rajah 1 di atas mengesahkan bahawa serangan pengganas di Amerika didominasi olehgolongan ’Latino’ atau pengganas daripada Amerika Selatan seperti Mexico, Colombiadan lain-lain iaitu 42% diikuti oleh ’Extreme Left Wing Groups’ 24% dan lain-lain 16%.Bahkan pengganas yahudi mewakili 7% yang menunjukkan golongan yahudi adalahlebih ramai melakukan keganasan berbanding Muslim. Data ini secara jelasmembuktikan bahawa diskriminasi dan fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia inihanyalah berdasarkan persepsi dan bukan realiti. Bahkan Muslim hanya mewakilikelompok kecil pengganas dan tidak signifikan berbanding dengan pengganas yanglain. Berdasarkan fakta ini juga membuktikan bahawa persepsi mengatakan bahawaIslam mempromosi keganasan dan sinonim dengan jenayah awam adalah tidak tepatserta sangat berlawanan dengan fakta dan realiti.3.2 Persepsi kepada EkspresiWalaupun hanya melalui persepsi, kebencian terhadap Islam ini telah diterjemahkan kedalam pelbagai bentuk dan memberikan implikasi yang tidak baik kepada umat Islamdan imej Islam itu sendiri. Islamofobia mampu memberi implikasi yang amat signifikankepada kehidupan umat Islam dan keharmonian masyarakat umumnya dan ianya jugamemberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi termasuk kesan mental dan fizikalindividu.3.2.1 Diskriminasi dan Perasaan PrejudisMenurut kajian oleh ’The Pew Forum on Religion and Public Life’ mengenaiIslamofobia di Amerika, fenomena diskriminasi terhadap Muslim adalah tinggi.Didapati bahawa enam daripada sepuluh iaitu (58%) bersetuju mengatakanbahawa diskriminasi terhadap Muslim mempunyai kebarangkalian yang amattinggi. Ini disahkan oleh kajian yang dijalankan oleh USA Today Gallup Poll danmendapati bahawa rakyat Amerika mengakui mempunyai prejudis kepadaMuslim iaitu kira-kira empat daripada sepuluh (39%).


3.2.2 Kesan Kepada Sosio-ekonomiIslamofobia juga memberikan kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi.Diskriminasi terhadap umat Islam dalam bidang pendidikan, tempat kerja,peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya juga memberikan impakkepada kehidupan umat Islam terutamanya di negara majoriti bukan Islam.Hak-hak asas kehidupan berpotensi untuk diketepikan dan akibatnya ia mampumengganggu pembangunan sosio ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh,negara miskin seperti Somalia, Afghanistan dan lain-lain akan kurang mendapatbantuan antarabangsa oleh kerana faktor Islamofobia.3.2.3 Kesan Mental dan FizikalIslamofobia juga mampu memberi kesan kepada mental dan fizikal. USA TodayGallup Poll melaporkan bahawa 22% daripada responden yang ditemubualmengakui bahawa mereka tidak mahu berjiran dengan Muslim dan 18% berasagementar jika ada wanita Muslim sama-sama berada di dalam kapal terbang dan31% jika penumpang adalah lelaki muslim. Ini menunjukkan keadaan mentalyang terganggu kepada mereka yang mempunyai persepsi negatif dan ketakutankepada Islam. Kesan penganiayaan individu dan kerosakan fizikal juga berlakuakibat Islamofobia. Menurut ‘OIC Observatory Report’ insiden berkaitanmencemar kesucian masjid meningkat sebanyak 100% dan penodaan terhadapperkuburan Islam sebanyak 75%. Insiden keganasan dan gangguan terhadapMuslimah berpurdah dan burqah juga meningkat sebanyak 500% dan sikaptidak bertoleransi terhadap simbol-simbol suci Islam lebih dari 100%4.0 Faktor IslamofobiaKajian dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk ’Islamophobiaand Its Origins: A study Among Dutch Youth’ terhadap 580 remaja di Belanda pada2006 telah mengesahkan bahawa 54% daripada responden mempunyai pandangannegatif tentang Islam dan Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulanyang dibuat mengenai faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawaterdapat faktor luaran dan dalaman yang membina persepsi negatif bukan Islam danseterusnya meningkatkan rasa kebimbangan atau kebencian mereka terhadap Islamatau umat Islam.4.1 Faktor Luaran4.1.1 PenghijrahanPenghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antarafaktor terjadinya Islamofobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalahkesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju.Situasi ini menyebabkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara itudan juga menggugat taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat Islamyang berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati budayanegara itu. Ini adalah antara faktor menyebabkan masyarakat negara itu


memandang serong kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatuyang negatif.4.1.2 Kurang Ilmu Pengetahuan dan PendedahanKejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara puncaIslamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untukmendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnyailmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkatrendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gayahidup dan ganas termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabiaianya melibatkan hak-hak wanita.4.1.3 Prejudis dan Kesan Serangan Menara Pusat Perdagangan New YorkSerangan menara Pusat Perdagangan Dunia pada 11 September 2001 merupakanpencetus dan kemuncak kepada Islamofobia. Mulai dari tarikh ini, Islam telahdijenamakan dengan keganasan dan masyarakat dunia sudah mempunyaipersepsi umum bahawa Islam dan keganasan adalah sinonim. Kesan daripadaperistiwa ini masyarakat dunia mula berprejudis kepada umat Islam. Iniditambah lagi dengan siri pengeboman yang berlaku di seluruh dunia seperti diMadrid, di London dan malangnya jenayah ini sering kali dikaitkan denganIslam. Sebagai contoh, peristiwa pengeboman di Oslo pada 22 Julai 2011 yangmengorbankan lapan nyawa dan beberapa jam selepas itu pembunuhanberamai-ramai 69 remaja di Utoya Island, Norway. Sejurus selepas pengebomandan pembunuhan ini, akhbar-akhbar utama dunia seperti Washington Post, NewYork Times dan lain-lain telah mengesyaki bahawa penjenayah terbabit adalahMuslim sedangkan beliau ialah penganut Kristian Konservatif yang bernamaAders Breivik. Peristiwa ini menunjukkan betapa prejudisnya masyarakat baratterhadap Islam sehinggakan sebarang keganasan akan dikaitkan dengan Islamatau umat Islam.4.1.4 Pengaruh Media dan Gerakan IslamofobiaSememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yangsangat kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihakyang prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untukmenanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini ditambahlagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan yang lumayanoleh pihak-pihak tertentu. ’The Center for American Progress’ melaporkanterdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untukmenanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim diAmerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon Scaife Foundations’, ‘Lynde and HarryBradley Foundation’, ‘Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations’ and‘Charitable Trust’, ’Russell Berrie Foundation’, ’Anchorage Charitable Fund’,’William Rosenwald Family Fund’ and ’Fairbrook Foundation’. Dilaporkan jugabahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound sterling untukmenghasilkan buku ‘Satanic Verses’ yang diterbitkan oleh penerbitan Vikingkepunyaan pihak yahudi.


4.2 Faktor DalamanBerbanding faktor luaran, faktor dalaman merujuk kepada Islamofobia yang berpuncadaripada sikap, amalan, budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan dankesilapan serta keganasan yang dilakukan segelintir umat Islam juga telahmenyebabkan persepsi masyarakat yang serong terhadap Islam.4.2.1 Kelemahan Penyebaran MaklumatDi antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan dan kurangpenyebaran maklumat mengenai Islam. Media-media kebanyakannya dimilikioleh bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif.Didapati juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenaikeganasan oleh gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap negaraIslam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia. Media yangdimiliki institusi Islam pula pada hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurangberjaya menampilkan program-program yang mampu memperbetulkan persepsinegatif masyarakat terhadap Islam.4.2.2 Isu Siapa Mewakili Islam?Esposito dan MOgahed di dalam bukunya ’Who Speaks for Islam?: What aBillion Muslims Think’ menimbulkan beberapa persoalan mengenai siapasebenarnya mewakili Islam. Ada di kalangan masyarakat melihat bahawaOsama bin Laden, Ayman Al Zawahiri, Muammar Gaddafi, Husni Mubarak,Saddam Hussein dan lain-lain mewakili umat Islam dan ini telah memberikangambaran negatif terhadap Islam. Dalam isu ini, umat Islam perlu memastikanmasyarakat dunia mengetahui bahawa mereka-mereka ini sama sekali tidakmewakili Islam bahkan telah menyeleweng dengan ajaran Islam yangsebenarnya.4.2.3 Kebangkitan Negara IslamKebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi seperti Iran danTurki juga telah menimbulkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruhIslam. Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-negaraIslam seperti negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli asetstrategik di negara-negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan dankebimbangan ramai terhadap Islam. Umpamanya Iran sering kali dilihat sebagaiancaman kepada kestabilan di Timur Tengah sedangkan pada hakikatnya Israelyang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusialah punca sebenar dan utama ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.5.0 Islamofobia di MalaysiaWalaupun Malaysia merupakan negara Islam yang majoriti penduduknya adalah Islam,Islamofobia juga berlaku dikalangan masyarakat. Ini membuktikan Islamofobia iniboleh subur di mana-mana selagi mana ianya tidak diatasi dan dibendung denganprogram yang berkesan.


5.1 Manifestasi Islamofobia di MalaysiaManifestasi Islamofobia di Malaysia berlaku dalam pelbagai bentuk. Umpamanya, partiDAP dalam keadaan bekerjasama dengan parti PAS masih tetap tidak bersetuju denganperlaksanaan hukum hudud. Ini ditambah dengan kenyataan keras Dato’ Seri Chua SoiLek, Presiden Parti MCA yang terang-terangan telah menghina undang-undang Islam.Dilaporkan juga terdapat segelintir pihak termasuk pimpinan agama lain yangmenghina Islam seperti anggapan undang-undang Islam terlampau bodoh dan kunodan sebagainya. Beberapa akhbar harian juga ada yang menerbitkan gambar yangsensitif kepada umat Islam seperti masakan babi dalam ‘Ramadhan Delights’ di akhbar’the Star’. Didapati juga kes-kes melibatkan penghinaan terhadap Islam lebih-lebih lagimelalui laman sosial seperti ’Facebook’ dan ’Twitter’ yang semakin hari semakinmenjadi-jadi. Manifestasi Islamofobia di Malaysia ini juga dizahirkan dalam bentukyang lain iaitu dengan menafikan hak berpakaian muslim dalam pertandingan renangdi sebuah kompleks sukan di Selangor.5.2 Faktor Islamofobia di Malaysia5.2.1 MediaPeranan media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu puncaberkembangnya fenomena Islamofobia. Gambaran negatif dan salah terhadapIslam seperti liputan larangan memasuki masjid oleh bukan Islam, bantahanbukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memihakkepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia.Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orangIslam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secaraumumnya masih tidak dapat memainkan peranannya untuk membetulkanpersepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali media ini menayangkan programprogramtermasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadapIslam.5.2.2 Kurang Keberkesanan Institusi AgamaUmum sudah sedia maklum bahawa Malaysia menikmati kelebihan untukmenegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institusi agama yang adauntuk menjalankan dakwah ini. Bukan itu sahaja, institusi agama di negerinegeridan kerajaan persekutuan juga mempunyai kuasa dan bajet yang amatbesar untuk dakwah Islam. Berdasarkan fakta ini sudah pastinya sepatutnyafenomena Islamofobia tidak akan berkembang dan mendapat tempat di negaraini sekiranya institusi Islam ini telah memainkan peranannya secara efisyen.Namun demikian, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Dalam keadaan ruanglingkup undang-undang dan peruntukan yang tinggi untuk Islam, fenomenaIslamofobia ini masih berleluasa dan malahan semakin menyubur di negara ini.Kenyataan menghina undang-undang Islam, mempersoalkan institusi fatwa,memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya membuktikan bahawaterdapat kelemahan yang amat ketara ada pada institusi Islam ini. Oleh itu,


institusi Islam ini perlu melakukan transformasi segera demi memastikanperanan dan tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan denganberhikmah dan berkesan.5.2.3 Kemahuan PolitikOleh kerana Malaysia ini majoriti penduduknya beragama Islam, makaperhatian kurang diberikan bagi menangani Islamofobia. Ini ditambah puladengan kurangnya kemahuan politik dan komitmen di mana ianya menafikankeperluan menangani isu Islamofobia. Sekiranya kemahuan politik itu ada danmempunyai momentum yang kuat, sudah pasti pelbagai program ke arahmembetulkan persepsi negatif terhadap Islam dalam konteks Islamofobia iniakan diadakan di seluruh negara. Sebagai contoh, dialog dan diskusi ilmiahmenangani isu Islamofobia termasuk aspek toleransi agama adalah sangatkurang di Malaysia. Sekiranya ada, forum dan dialog ini hanya dipeloporigolongan tertentu dan tidak sampai ke akar umbi. Memandangkan Islamofobiaini tidak menjadi isu utama kebanyakan ahli politik dan tiada inisiatif untukmengatasinya, fenomena Islamofobia ini dijangka akan terus berkembang danseterusnya mampu memberikan kesan yang agak signifikan kepada umat Islam.5.2.4 Salah Faham SyariahSecara umumnya, masyarakat di Malaysia masih tidak mempunyai kefahamanyang baik tentang Islam. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang bukanIslam bahkan terjadi pada Muslim juga. Aspek yang sering disalahfaham tentangIslam ialah berkenaan dengan undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hakwanita. Salah anggapan terhadap beberapa prinsip Shariah seperti faraid ataupewarisan menyebabkan ramai yang bimbang dan cuba mempertikai ajaranIslam. Perkara ini juga boleh membina persepsi negatif orang bukan Islamterhadap kepercayaan dan amalan fiqh yang terima dan diamalkan oleh umatIslam. Di samping itu, isu kedudukan wanita dalam Islam yang dilihat olehorang bukan Islam sebagai menindas juga menjadi faktor Islamofobia diMalaysia.5.2.5 Pengaruh Golongan FundamentalisPeristiwa jenayah al Maunah di Bukit Pelandok yang dilakukan oleh golonganberlatarbelakangkan agama merupakan salah satu punca terbinanya persepsinegatif terhadap Islam di Malaysia khususnya mengaitkan Islam dengankeganasan. Kemunculan golongan fundamentalist yang militan bahkanmendokong satu matlamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam sepertiKumpulan Mujahidin Malaysia telah menyuburkan lagi fenomena Islamofobia.Melalui peristiwa dan perkembangan pengaruh golongan fundamentalis ini,Islam dilihat sebagai sesuatu yang sangat sinonim dengan keganasan danmenjadi punca ketidaktenteraman awam.6.0 Inisiatif Membasmi Islamofobia


Seiring dengan perkembangan Islamofobia yang semakin meningkat di serata dunia,telah terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari segenap peringkat ke arahmenangani isu ini. Program dan aktiviti yang dirancang dan diimplementasi inimerangkumi inisiatif yang dijalankan oleh masyarakat sivil, institusi, PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara Islam dan Malaysia sendiri.6.1 Masyarakat SivilGerakan menangani Islamofobia ini telah giat dijalankan di seluruh dunia. Pelbagaiaktiviti, kempen, forum, dialog dan penerbitan risalah ilmiah telah dilaksanakan secarasistematik dan berterusan. Terdapat beberapa organisasi dan institusi yang aktifmenjalankan usaha ini antaranya Forum Against Islamofobia and Racism, the NationalAssociation of Muslim Police, Islamic Human Rights Commission di UK, the Council onAmerican-Islamic Relations di Amerika, European Muslim Initiative for Social Cohesiondi Denmark dan Perancis, Jewish-Muslim Cooperation Platform di Belgium, AustrianMuslim Initiative di Austria, Collectif Contre l'Islamophobie en France di Perancis,Ethnic Debate Forum and Fair Play di Denmark, , Western Thrace Minority UniversityGraduates Association di Greece, Muslim Community of Bulgaria, Muslim Committeeon Human Rights di Kazakhstan dan Federation of Western Thrace Turks in Europe diJerman. Gerakan menangani dan memantau Islamofobia ini giat menjalankan aktivitidan advokasi di seluruh dunia.6.2 Peringkat InstitusiTerdapat juga di beberapa Negara yang memberikan reaksi positif terhadap fenomenaIslamofobia. Ada beberapa Negara yang telah mengambil inisiatif dalam bentukundang-undang dan polisi yang menyabitkan kesalahan berkaitan diskriminasi akibatIslamofobia. Umpamanya Ireland telah meluluskan undang-undang di mana sesiapayang mengkritik mana-mana agama dikenakan hukuman denda sehingga 25,000 Euro.Senat Negara Republic Czech dan Britain telah mengharamkan kemunculan ahli politikBelanda iaitu Geert Wilders yang menjadi dalang dan pelopor Islamofobia. Mahkamahdi Denmark telah mengenakan bayaran kepada seorang lelaki yang menggantungposter anti Islam. Hukuman juga dijatuhkan oleh pihak mahkamah di Belanda keranamenghina umat Islam. Mahkamah di Perancis juga telah mengharamkan risalah-risalahanti Islam dan apa-apa yang bertujuan menghasut masyarakat membenci Islam.6.3 Pertubuhan Negara IslamSetelah melihat kepada seriusnya kesan Islamofobia kepada umat Islam dan NegaraIslam, Pertubuhan Negara-Negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan badan khasuntuk memantau dan menangani isu ini. Semua negara-negara Islam telah bersetujuuntuk menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory’ secara rasmi pada 2007. Melaluipenubuhan OIC Islamophobia Observatory’ sebanyak 4 laporan yang komprehensiftelah dikeluarkan iaitu ‘the First Annual Report on Islamofobia by the OIC ObservatoryMay 2007 to May 2008’, ‘the Second Annual Report on Islamofobia by the OIC ObservatoryJune 2008 to April 2009’, ‘the Third Annual Report on Islamofobia by the OIC ObservatoryMay 2009 to April 2010’ dan ‘the Fourth Annual Report on Islamofobia by the OICObservatory June 2008 to April 2009 May 2010 to April 2011’. Kesemua laporan ini telah


menyediakan fakta dan maklumat yang terperinci mengenai kes-kes Islamofobia yangberlaku di seluruh dunia. Laporan ini juga memaparkan segala aktiviti dan programyang telah dilaksanakan bagi menangani Islamofobia.6.4 Pertubuhan Bangsa-bangsa BersatuInisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam isu diskriminasi atas faktor agamatelah pun dimulakan sejak 2001 iaitu semasa ‘Durban World Conference on Racism,Racial Discrimination, Xenophobia, and Related Intolerance’. Atas faktor lobiPertubuhan Negara-Negara Islam melalui ‘OIC Islamophobia Observatory’, ‘UnitedNation Human Rights Council’ akhirnya telah membuat resolusi menyokong usahausahamenangani isu Islamofobia ini. Sebagai contoh, ‘the Ministerial meeting at the62nd Session of the UN General Assembly on October 4-5, 2007’ di New York yangmembincangkan topik ‘the High-Level Dialogue on Inter-religious and InterculturalUnderstanding and Cooperation for Peace’ telah mengeluarkan resolusi iaitu ‘the UNResolution on Combating Defamation of Religions: Human Rights Council Resolution7/19. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah melantik ‘Special Rapporteur oncontemporary forms of racism, racial discrimination, xenophobia and relatedintolerance’ yang bertanggungjawab secara khusus menangani isu diskriminasi etniktermasuk Islamofobia.6.5 MalaysiaSeiring dengan inisiatif di peringkat antarabangsa, Malaysia juga mengorak langkahuntuk terlibat sama dalam usaha memerangi Islamofobia. Malaysia telah menyokongDeklarasi dari Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Kementerian Hal Ehwal Luar NegeriBagi Negara Anggota OIC Yang Menentang Islamofobia di Ibu Pejabat PBB, New Yorkpada 24 September 2010. Dalam masa yang sama, Malaysia juga telah melancarkan“Global Movement of the Moderates”. Di peringkat masyarakat sivil pula, badan bukankerajaan telah awal-awal lagi menubuhkan ‘Allied Coordinating Committee of IslamicNGO’s’ (ACCIN) iaitu gabungan badan bukan kerajaan Islam untuk bersama-samamenjadi pemantau Islamofobia di Malaysia. Pada waktu ini, Malaysia sedang dalamperancangan di bawah inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan JabatanKemajuan Islam Malaysia untuk menubuhkan badan atau gerakan menangani danmemantau isu Islamofobia. Gerakan ini akan dinamakan sebagai “Malaysia IslamofobiaObservatory” untuk diselaraskan dengan “OIC Islamofobia Observatory” danseterusnya “United Nation Islamofobia Observatory”.7.0 Strategi Bersepadu Mengatasi IslamofobiaWalaupun telah wujud inisiatif untuk mengatasi Islamofobia di peringkat tempatan danantarabangsa, bahagian ini mengesyorkan beberapa cadangan bagi melengkapkanusaha-usaha sedia ada. Institusi Islam, individu dan pihak yang bertanggungjawabdalam dakwah Islam perlu menggembleng tenaga secara intensif bagi menggerakkanpelbagai aktiviti dan program tangani Islamofobia.7.1 Media


Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalammembentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawabdalam memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidakmenggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkanprogram dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobiaberdasarkan fakta yang sahih.7.2 Membina KefahamanMerangka strategi dan program pendidikan yang komprehensif adalah amat perludalam proses membina kefahaman tentang Islam kepada bukan Islam dan Muslim.Dalam aspek ini, kesedaran mengenai Islamofobia perlu diserapkan dalam silibus disekolah. Islam perlu disebar dan diajar di sekolah dengan kaedah yang lebih segar danseterusnya menonjolkan ajaran Islam itu sendiri yang adil dan sesuai di semua zaman.Dalam masa yang sama, program secara berterusan memberi kesedaran dan kefahamanmengenai Islamofobia perlu juga dijalankan di peringkat masjid, daerah, negeri dankebangsaan.7.3 Latihan, Forum dan DialogLatihan perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menangani isu Islamofobiaini. Melalui latihan yang sesuai mereka ini mampu berperanan sebagai agen untukmenyebarkan risalah Islam. Di samping itu, penganjuran forum, dialog, bengkeltoleransi agama dan hubungan antara agama juga perlu dipergiatkan. Kempenkesedaran dan program kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat jugaperlu dilaksanakan secara berterusan.7.4 PenyelidikanUmat Islam sudah sekian lama mengalami masalah kemandulan intelektual. Terlalusedikit penyelidikan bermutu yang telah dikeluarkan oleh negara Islam di dunia.Sehubungan dengan itu, umat Islam melalui institusi sedia ada perlu meningkatkanpenyelidikan yang berkualiti mengenai Islamofobia. Penyelidikan ini kemudiannyaperlu diterbitkan dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia. Kajian ini merangkumilaporan Islamofobia, insiden Islamofobia, statistik Islamofobia dan sebagainya. InstitusiIslam ini juga dinasihatkan untuk merekodkan, memantau dan membina sistemmaklumat mengenai insiden Islamofobia dan ianya boleh dibaca oleh semua pihak.7.5 Meningkatkan Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa, Badan Bukan Kerajaandan Pertubuhan AntarabangsaPolis dan pihak berkuasa agama perlu berkerjasama menanamkan kesedaranmasyarakat mengenai Islamofobia. Ini memandangkan institusi ini menyimpan rekod,statistik insiden Islamofobia dan maklumat yang lain. Di peringkat yang lain badanbukan kerajaan juga perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi agama.Usaha ini tidak akan lengkap sekiranya tiadanya jaringan kerjasama mantap denganpertubuhan diperingkat serantau dan antarabangsa. Membina jaringan dan kerjasamadengan institusi luar negara adalah perkara yang sangat perlu dilaksanakam


terutamanya untuk memastikan keterlibatan dengan gerakan membasmi Islamofobiadiperingkat antarabangsa.8.0 KesimpulanIslamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah lama berlaku sejakzaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagaisesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotonghadis Rasullulah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asingseperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145,Bab Iman)Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan denganpelbagai perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah.Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hakasasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan olehRasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusahamemperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yangsepatutnya serta difahami oleh masyarakat.Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan, mental,fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perludigembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama disetiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usahamengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program inimerupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagimemastikan setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam danitqan merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.BibliografiAllen, C. (2007). Islamophobia. London: Ashgate.Allen, C. (2001). Islamophobia in the Media Since September 11 th . Working Paper for aConference on Exploring Islamophobia, Deepening Our Understanding of Islam andMuslims. 29 th May 2009, University of Westminster, London.Allen, C. (2001). An Overview of Key Islamophobia Research. London: National Associationof Muslim Police.Bunzl, Matti (2007) Anti-semitism and Islamophobia: Hatreds Old and New in Europe.Chicago: Prickly Paradigm Press.Chris Allen. (2010). An Overview of Key Islamophobia Research. National Association ofMuslim Police.


Ingrid Ramberg. (2004). Islamophobia and Its Consequences on Young People, SeminarReport. Hungary: Council of Europe.Doudou Denien. (2006). International Service for Human Right’s summaries of documents forthe UN Commission on Human Rights in the 62nd Session and Human Rights Council 2ndSession on Contemporary Forms of Racism, Racial Ddiscrimination, Xenophobiaand RelatedIntolerance. Geneva: UNHCR.Faliq, A. (Ed.). (2010). Islamophobia and Anti-Muslim Hatred: Causes and Remedies. TheArches, 4 (7).Edvaarson, L. (2008). Islamophobia, Features of Islamophobia and Strategies Against It.Malmo: Malmo University.Esposito, L, John. (1999) The Islamic Threat – Myth or Reality? New York: OxfordUniversity Press.Esposito, L. John. and Mogahed, Dalia. (2001). Who Speaks for Islam? What a BillionMuslims Think. New York: Gallup Press.Esposito, L. John and Ibrahim Kalin. (2010). Islamophobia:The Challenge of Pluralism in the21st Century. Oxford: Oxford University Press.Henk Dekker and Jolanda van der Noll. (2009). Islamophobia and Its Origins A StudyAmong Dutch Youth. Leiden: Leiden University.Instead. (2004). Commission on British Muslims and Islamophobia. London: Instead.Lambert, R. and Jonathan, Githens-mazer. (2010). Islamophobia and Anti-Muslim HateCrime: UK Case Studies. Exeter: Exeter University Press.Liz Fikete. (2008). Integration, Islamophobia and Civil Rights in Europe. London:Institute of Race Relation.The Pew Forum on Religion and Public Life (2009). Views of Religious Similarities andDifferences: Muslims Widely Seen as Facing Discrimination.The First Annual Report on Islamofobia by the OIC Observatory May 2007 to May 2008.The Second Annual Report on Islamofobia by the OIC Observatory June 2008 to April 2009.The Third Annual Report on Islamofobia by the OIC Observatory May 2009 to April 2010.The Fourth Annual Report on Islamofobia by the OIC Observatory May 2010 to April 2011.The Runnymede Trust. (2011) Islamofobia:A Challenge For All of Us. London: Runnymede.Zaki, Yacub. (2011). The Politics of Islamophobia. Talas, Turki: ERUSAM.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!