13.07.2015 Views

SENI REKA TANDA - SMK Pai Chee

SENI REKA TANDA - SMK Pai Chee

SENI REKA TANDA - SMK Pai Chee

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sukatan pelajaran seni reka tanda kbsmPENDAHULUANSeni Reka Tanda ialah satu daripada mata pelajaran elektifvokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal untukmembekalkan murid dengan kemahiran dan keterampilan dalambidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu produkmedia komunikasi. Seni Reka Tanda adalah lanjutan dan peluasankepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolahmenengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakanusaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkankemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan dikalangan murid dalam industri pengiklanan.Dalam mata pelajaran ini, murid didedahkan kepada beberapa aspekreka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan (tipografi),penggunaan simbol grafik dan piawaian warna dalam menghasilkankerja. Murid menguasai kemahiran menyediakan projek sebenardaripada penyediaan lakaran pada kertas sehingga penyediaanpapan tanda dan teknik pemasangannya. Pengalamanpembelajaran murid termasuk penghasilan lukisan tanda dalam 2-Ddan 3-D; penggunaan teknik semburan cat dan angin; danpenghasilan lukisan kerja pada pelbagai media seperti kertas, kad,polisterin dan perspek. Penghasilan kerja grafik dengan bantuankomputer (CAS - Computer Aided Signage) juga diperkenalkan.Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyaiminat dan kecenderongan dalam kerja kemahiran pembuatan danreka bentuk. Prospek kerjaya murid lepasan sekolah termasukmenjadi penulis tanda atau pembantu pereka grafik di sektor grafikdan pengiklanan atau mengusahakan perniagaan sendiri dalambidang pembuatan dan reka bentuk.MATLAMATMatlamat mata pelajaran Seni Reka Tanda adalah untuk melahirkanmurid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja tanda tulis, papantanda, kerja semburan angin dan cetakan skrin dengan mengamalkanbudaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankanperniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerjamahir di industri pengiklanan dan reka bentuk.1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!