13.07.2015 Views

Tan Sri Attorney General's speech during "PERSIDANGAN TAHUNAN

Tan Sri Attorney General's speech during "PERSIDANGAN TAHUNAN

Tan Sri Attorney General's speech during "PERSIDANGAN TAHUNAN

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

UCAPAN OLEHYBHG. TAN SRI ABDUL GANI PATAILPEGUAM NEGARA MALAYSIADI PERSIDANGAN TAHUNAN PEGAWAI SYARIAH SELURUHMALAYSIA KALI KE-10“PEGAWAI SYARIAH DI ERA GLOBALISASI”PADA 27 OGOS 2008Saudara Pengerusi Majlis,Y.A.A. Datuk Haji Ibrahim bin LembutKetua Hakim Syarie merangkap Ketua PengarahJabatan Kehakiman Syariah MalaysiaYBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abd. RahmanPenasihat Perundangan SyariahJabatan Peguam NegaraY.A. Hakim-Hakim Mahkamah RayuanY.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri-NegeriY.A. Dato’-Dato’, YBhg. Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puansekalian1

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhAlhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’alakerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka kita dapat bersamasamaberkumpul dalam Persidangan Tahunan Pegawai SyariahSeluruh Malaysia kali Ke-10 yang merupakan program tahunan bagiJabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapanribuan terima kasih kepada pihak JKSM kerana menjemput saya bagisama-sama meraikan program tahunan JKSM ini dan saya amatmenghargai jemputan ini. Ia merupakan suatu peluang untuk sayabertemu dengan para pegawai Syariah sekalian.Saya difahamkan bahawa pada masa ini terdapat 253 orang pegawaiSyariah di bawah JKSM. Daripada bilangan tersebut, 5 orangpegawai telah ditempatkan di Seksyen Syariah, Jabatan PeguamNegara, 35 orang di Biro Bantuan Guaman dan seorang diKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Pembaharuan Dalam Perkhidmatan Pegawai Syariah Di MalaysiaHadirin yang dihormati sekalian,Menurut Senarai I dan Senarai II, Jadual Kesembilan, PerlembagaanPersekutuan, terdapat dua bentuk sistem kehakiman yang berjalansecara selari di negara ini, iaitu sistem kehakiman sivil dan sistem2

kehakiman Syariah. Kedua-dua sistem kehakiman ini ditadbirkansecara berasingan dan mempunyai bidang kuasa yang tertentu, iaitusebagaimana yang diperuntukkan di bawah PerlembagaanPersekutuan dan undang-undang bertulis lain yang berkenaan. Darisegi pentadbiran, mahkamah sivil terletak di bawah bidang kuasaPersekutuan manakala mahkamah Syariah pula terletak di bawahbidang kuasa Negeri.Walaupun pentadbiran mahkamah Syariah merupakan urusanNegeri, namun pada tahun 1998, berlaku suatu pembaharuan yangamat signifikan dalam kehakiman Syariah di negara ini. Pada tahuntersebut, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telahditubuhkan selepas mendapat kelulusan Kabinet dan perkenandaripada Majlis Raja-Raja. Tujuan penyusunan semula mahkamahSyariah seluruh Malaysia dan penubuhan JKSM tersebut adalahuntuk menyeragamkan pentadbiran undang-undang Syariah dinegara ini dan seterusnya meningkatkan tahap profesionalismepegawai-pegawai Syariah seluruh negara.Pada pandangan saya, pembaharuan yang dilakukan itu adalahmerupakan suatu transformasi yang tidak pernah terfikir sebelum itu,namun ia adalah sejajar dengan tuntutan globasasi, iaitu melakukananjakan paradigma atau perubahan pada sesebuah organisasikepada suatu keadaan yang lebih baik. Saya juga berpendapatbahawa transformasi ini adalah sesuatu yang positif dan penting bagimeningkatkan imej, kredibiliti dan martabat kehakiman Syariah padamata umum dan persada antarabangsa. Insya-Allah.3

Seterusnya, tidak dinafikan bahawa peranan pegawai Syariah adalahsama pentingnya dengan pegawai undang-undang dalammenegakkan keadilan dan menguatkuasakan undang-undang dinegara ini. Justeru, transformasi ini berjaya meletakkan kredibilitipegawai Syariah setara dengan pegawai undang-undang dan padasuatu tahap boleh kita banggakan sehingga hari ini.Dalam hal ini, kita tidak boleh melupakan jasa mereka yang telahberusaha gigih untuk mewujudkan dan meletakkan JKSM pada tahapyang ada sekarang khususnya kepada arkitek utamanya AllahyarhamTan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan mantan Ketua Pengarah JKSM,iaitu, YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman, sekadarmenyebut beberapa nama. Usaha mereka ini hendaklah diteruskanoleh pegawai Syariah yang ada sekarang di bawah pimpinan KetuaPengarah JKSM yang baru, iaitu YBhg. Datuk Ibrahim Lembut.Bagi menjadikan perkhidmatan kehakiman dan perundangan Syariahseluruh Malaysia lebih berkesan, Skim Perkhidmatan GunasamaPegawai Syariah Seluruh Malaysia telah diwujudkan oleh Kerajaan.Perjanjian Gunasama ini adalah antara Kerajaan Negeri denganKerajaan Persekutuan dan ia merangkumi perkara-perkara yangberkaitan dengan mahkamah Syariah termasuklah peruntukanmengenai pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatantetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan kawalantatatertib ke atas pegawai-pegawai berkenaan.4

Bagi tujuan ini, saya difahamkan bahawa beberapa Negeri telahpunbersetuju memasuki Perjanjian Gunasama tersebut. Sebagai contoh,Negeri Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Perlis telahmemasuki perjanjian itu pada 17 Mei 1999 manakala Negeri PulauPinang dan Negeri Sembilan pula pada Ogos 1999. Bagi NegeriSabah pula, ia ditandatangani pada 19 Jun 2008. Sungguhpunbegitu, perjanjian yang dimasuki oleh Negeri Sabah agak berbezadengan Negeri-Negeri yang lain. Ini adalah kerana PerjanjianGunasama yang dimasuki oleh Negeri Sabah itu melibatkan semuapegawai dan kakitangan mahkamah itu dan ia dikenali sebagaiPerjanjian Untuk Mewujudkan Suatu Perkhidmatan GunasamaDalam Perkhidmatan Mahkamah Syariah Antara KerajaanPersekutuan Dengan Kerajaan Negeri Sabah.Bagaimanapun, Negeri Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu,Pahang, Johor dan Sarawak masih belum menandatanganiPerjanjian Gunasama tersebut. Saya berharap agar Negeri-Negeriyang masih belum menandatangani Perjanjian Gunasama tersebutakan turut menyertai Skim Perkhidmatan Gunasama PegawaiSyariah bagi menyelaraskan dan memudahkan pengurusan perkarayang berhubung dengan perjawatan dan penempatan pegawaipegawaiSyariah di seluruh negara.Tanggungjawab dan Cabaran Pegawai Syariah di Era GlobalisasiHadirin yang dihormati sekalian,5

Bermula pada awal era 90-an, kita dapat melihat bahawa gelombangglobalisasi telah mula dirasai di seluruh negara. Sebagaimana yangkita semua sedia maklum, globalisasi merupakan suatu proses untukmeletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi olehsempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Berdasarkanproses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan denganruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas untuk dimasukioleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagaiperantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik danteknologi siber yang diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakatdalam negara. Inilah Globalisasi yang dimaksudkan secara ringkassebagai “Dunia Tanpa Sempadan” atau “Global Village”.Era globalisasi ini secara tidak langsung memberi impak atau kesandari segi politik, sosial dan ekonomi. Perubahan ini juga telahmemberi kesan kepada perkhidmatan awam di Malaysia. Oleh yangdemikian, pada pandangan saya, semua pegawai awam di Malaysiatermasuk juga para pegawai Syariah sekalian hendaklahmempersiapkan dan memperkemas diri kerana era globalisasi inisudah pastinya menjanjikan lebih banyak tanggungjawab dancabaran yang semakin kompleks yang perlu dilaksanakan danditempuhi khususnya dari segi sosial dan ekonomi.Dalam menempuh era ini, pegawai Syariah hendaklah lebih bersikapdinamik, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai integriti yangtinggi. Sikap sedemikian amat diperlukan bagi meningkatkankeberkesanan peranan pegawai syariah dalam penyampaian6

perkhidmatan. Kita akui bahawa sememangnya globalisasimendatangkan kebaikan tetapi pada waktu yang sama jugamewujudkan persaingan dan hambatan yang sangat hebat.Sekiranya para pegawai Syariah kita tidak dibekalkan dengan sikapyang dinyatakan tadi, sudah pastinya pegawai kita tidak dapatbersaing dan berhadapan dengan segala bentuk cabaran dalamanmahupun luaran.YAB Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perjumpaanbersama kakitangan perkhidmatan awam di Dewan Jubli Perak,Kuantan Pahang pada 27 Jun 2008 yang lalu telah menyatakanbahawa sikap serius, prihatin dan adil amat penting dalam usahapenambahbaikan perkhidmatan selaras dengan kehendak sertatuntutan semasa agar lebih efisien. Beliau turut menegur sikapsegelintir kakitangan awam yang tidak serius apabila melakukansesuatu perkara seperti masih bersikap ‘sambil lewa’. Sikapsedemikian akan sedikit sebanyak memberi kesan dan persepsi yangburuk terhadap perkhidmatan awam. Oleh sebab itu, sayamenyarankan agar para pegawai Syariah sekalian dapat memberikomitmen yang tinggi dan melakukan segala tugasan dengan penuhteliti dan cermat agar sesuatu perkara itu dapat dihasilkan denganbaik.Peningkatan Integriti Dalam PerkhidmatanHadirin yang dihormati sekalian,7

Pegawai Syariah yang berupaya memainkan peranan di peringkatglobal adalah merupakan pegawai Syariah yang berani bersaing dipentas dunia. Bagi mencapai tahap yang sedemikian, para pegawaiSyariah haruslah mengamalkan budaya dan etika kerja yang positifdengan menekankan aspek pembangunan modal insan bagimenjamin sumber insan yang berkualiti, kreatif dan mampumenyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara.Dalam masa yang sama, pegawai Syariah juga hendaklahmempunyai keupayaan untuk berubah dengan cepat, menyesuaikandiri dengan bijak, mengekalkan kelebihan kompetitif, memupuk,memperkembangkan dan mengurus budaya prestasi kerja yangcemerlang. Suatu masalah utama dalam usaha kita membawaperubahan ialah usaha itu kerap kali tidak berterusan dan tiadaberkesinambungan. Dengan perkataan lain, perubahan dibuat sekalidan kemudian berhenti. Dalam masyarakat Jepun, terdapat konsepyang dipanggil ‘kaizen’ yang bermaksud penyempurnaan danpeningkatan prestasi sepanjang masa, iaitu berusaha setiap masauntuk mencapai tahap yang lebih sempurna. Konsep ‘kaizen’ yangmenjadi pegangan masyarakat Jepun ini patut diterapkan dandijadikan sebahagian daripada budaya kerja serta bertindak sebagaipemangkin dalam peningkatan prestasi pegawai Syariah dalamperkhidmatan awam. Ini kerana melalui konsep ‘kaizen’, pegawaiSyariah akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik darisemasa ke semasa.8

Pada pendapat saya, dalam perkhidmatan awam, pegawai yangmengutamakan kecemerlangan merupakan pegawai yang berusahamencapai tahap kegemilangan dalam kerjayanya. Ukurankecemerlangan seseorang pegawai adalah berdasarkan sifat yangada dalam diri pegawai itu sendiri. Setiap anggota perkhidmatanawam, sama ada pegawai undang-undang mahupun pegawaiSyariah perlu berpegang teguh kepada teras nilai dan etika kerjayang cemerlang sebagai langkah pencegahan terhadap sebarangbentuk penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam sesebuahorganisasi. Apa yang saya maksudkan dengan nilai dan etika kerjayang cemerlang ialah seseorang pegawai mestilah bersifat jujur,amanah dan bekerja kuat untuk meningkatkan prestasi dan imejjabatan. Perkara-perkara yang telah saya nyatakan tadi adalahselaras dengan prinsip tadbir urus baik (good governance) yangsering disarankan oleh Kerajaan kepada kakitangan awam di negaraini.Ini juga adalah selari dengan aspirasi YAB Perdana Menteri yangmenekankan bahawa prinsip-prinsip keutuhan sistem pengurusandalam perkhidmatan awam adalah berteraskan integriti, akauntabiliti,amanah dan ketelusan. Nilai-nilai murni seperti benar, amanah, telusdan berintegriti bukan saja perlu tetapi wajib ada dalam diri setiappegawai.9

Peningkatan Penguasaan Ilmu Pengetahuan Di KalanganPegawai SyariahHadirin yang dihormati sekalian,Ilmu pengetahuan adalah penting dalam kehidupan setiap individukerana ia merupakan kunci utama kepada sesuatu kejayaan. Olehitu, bagi menjamin kejayaan sesebuah organisasi, ia perlulahdidokong oleh pegawai dan kakitangan yang mempunyaipengetahuan yang luas dan mempunyai kemahiran yang tinggi. Olehitu, setiap pegawai hendaklah berusaha untuk meningkatkan tahappenguasaan ilmu pengetahuan masing-masing khususnya yangberkaitan dengan tugasannya. Dalam hal ini, Islam amatmenitikberatkan kepentingan menuntut ilmu dan dalam sebuah hadisyang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah SAW bersabda–“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim.”.Dan dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11, Allah SWT berfirman–“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antarakamu; dan Allah meninggikan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat.”.10

Berdasarkan firman Allah SWT ini adalah jelas bahawa kedudukandan darjat orang yang berilmu adalah tinggi dan mulia di sisi AllahSWT.Pada pandangan saya, budaya pembelajaran sepanjang hayat bolehditerapkan di kalangan pegawai Syariah dalam usaha untukmelahirkan lebih ramai pegawai Syariah yang berpengetahuan luas,kompeten dan berdaya saing. Adalah diharapkan pegawai-pegawaiseperti ini dapat dijadikan pemangkin ke arah menjadikan JKSMsebagai institusi kehakiman Islam yang terulung di negara inikhususnya dan di rantau ini amnya.Apa yang penting ialah apa jua ilmu yang diperoleh dapatdipraktikkan oleh pegawai-pegawai semasa melaksanakan tugasanyang diamanahkan kepada mereka. Dalam hal ini, apabila pegawaipegawaidihantar berkursus atau menjalani apa-apa latihan untukmeningkatkan pengetahuan dan kemahiran, mereka hendaklahmemanfaatkan peluang-peluang latihan yang diberikan itu.Penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pegawai Syariah adalahmenjadi suatu kemestian. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untukmenjadikan setiap agensinya sebagai “a learning organization”. Apayang saya maksudkan di sini ialah, pembelajaran harus menjadisebahagian daripada tugas dan budaya yang sentiasa disemarakkan.Oleh itu, para pegawai dalam organisasi tersebut juga hendaklahmempunyai azam yang sama.11

Dalam konteks ini, pegawai Syariah hendaklah dilatih dengan konsepmodal insan. Penerapan “Modal Insan” adalah dengan menguasaidan mengamalkan ilmu fardu ain dan kifayah. Seiring dengansaranan untuk menjadi “a learning organization”, pegawai Syariahdigalakkan menimba ilmu pengetahuan hingga ke peringkat yangtertinggi tanpa mengabaikan ilmu akhirat. Para pegawai jugahendaklah memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan olehmajikan dalam usaha untuk mengejar kejayaan dalam kerjaya. Dalamerti kata lain, menerusi penguasaan ilmu pengetahuan secara holistikakan dapat melahirkan pegawai Syariah yang mampu menghadapisegala cabaran pada era globalisasi. Oleh itu, pada pandangan saya,tanpa penguasaan serta peningkatan pengetahuan dan kemahiran,sukarlah bagi pegawai awam termasuk pegawai Syariah untukmemberikan perkhidmatan yang terbaik serta menggubal ataumelaksanakan dasar. Perkhidmatan yang kaya dengan pengetahuandan kemahiran menjadi lebih relevan dan penting dalam eramasyarakat berasaskan ilmu iaitu ‘knowledge-based society’.Sehubungan dengan itu, dalam merealisasikan hasrat tersebut,pendekatan utama adalah menerusi latihan. Latihan adalah pentinguntuk menambah pengetahuan dan kemahiran atau menajamkanbakat yang sedia ada pada diri seorang pegawai. Pada masa ini,terdapat pelbagai bentuk latihan seperti latihan sebelumperkhidmatan, latihan dalam perkhidmatan dan latihan semasabekerja yang dikendalikan oleh kementerian dan agensi-agensiKerajaan. Walau apa pun bentuk latihan yang dijalankan, kurikulumyang dirangka harus dipastikan dapat memenuhi keperluan semasa12

atau keperluan akan datang. Ini penting supaya latihan yangdiberikan itu relevan dengan kehendak dan keperluan semasanegara. Saya difahamkan bahawa pihak JKSM telah mengadakanpelbagai bentuk latihan kepada pegawai-pegawai Syariah antaranyaKelas Pengajian Tafaqquh, Kursus Mediasi, Kursus Khas KehakimanSyariah dan sebagainya yang pastinya memberi manfaat kepadapara pegawai secara khususnya dan kepada jabatan secara amnya.Di samping kursus-kursus dan program latihan, pegawai Syariah jugadigalakkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebihtinggi. Tidak dinafikan bahawa kecemerlangan dalam perkhidmatantidak boleh diukur dengan pencapaian akademik semata-mata. Halini disebabkan oleh ilmu pengetahuan tidaklah terhad kepadapemerolehan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran sahajatetapi apa yang lebih penting ialah ilmu yang boleh memberi nilaitambah kepada produk atau perkhidmatan yang kita sumbangkankepada negara.Walau bagaimanapun, dalam menghadapi era masa kini, masyarakatmeletakkan kecemerlangan pencapaian akademik seseorangsebagai ‘benchmark’ atau kayu pengukur dalam menilai prestasiseseorang. Seorang pegawai yang mempunyai latar belakangakademik yang lebih tinggi dan juga cemerlang akan dipandangtinggi oleh masyarakat.13

Dalam konteks ini, suatu usaha sama antara Jabatan PeguamNegara dan JKSM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dengan kerjasama beberapa orang ahli Komuniti Syariahtelah berjaya mewujudkan Program Sarjana Pentadbiran Undang-Undang Islam (LLM AOIL) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Program selama satu setengah tahun ini telah pun bermula padabulan Jun 2007 yang lalu dan ia terbuka kepada pegawai undangundang,pegawai Syariah dan para peguam.Pada masa ini terdapat seramai lebih kurang 30 orang pegawaisedang mengikuti program tersebut dan mereka mendapat penajaandaripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Saya berharapdengan adanya program ini, pengetahuan pegawai-pegawaimengenai hal ehwal pentadbiran undang-undang Islam akan dapatditingkatkan dan mereka akan dapat melaksanakan tugasan merekadengan lebih cemerlang.Selain latihan secara formal, ‘self learning’ juga boleh memperbaikikebolehan seseorang. Membaca, misalnya, dapat memperkayakanpengetahuan seseorang tanpa adanya latihan formal. Tabiat sukamembaca ini juga perlu digalakkan dan disemai di kalangan pegawaiSyariah. Saya yakin bahawa di perpustakaan JKSM terdapat banyakbahan bacaan dan rujukan sama ada dalam bahasa Arab, bahasaMelayu mahupun bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang terutamasekali dalam bidang perundangan Islam. Dengan adanya kemudahanini, pegawai Syariah tidak lagi mengalami kekurangan bahan bacaandan rujukan.14

Dalam konteks era globalisasi, suatu perkara lagi yang perlu diberipenekanan adalah mengenai penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pegawai Syariah. Jika kita ingin maju ke hadapan, kita tidakboleh mengetepikan kepentingan bahasa ini. Ini adalah kerana selainbahasa komunikasi, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utamayang digunakan dalam perundingan di peringkat antarabangsa. Olehitu, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pegawai Syariahkhususnya pegawai-pegawai muda perlulah ditingkatkan dari semasake semasa. Ini adalah cabaran besar yang harus disahut olehanggota-anggota perkhidmatan awam di negara ini. Saya khuatir, jikatiada langkah serius diambil untuk mengatasi masalah ini, maka kitaakan ketinggalan dan tidak mampu untuk bersaing di peringkatantarabangsa.Oleh itu, saya menyeru kepada semua pegawai Syariah supayamengambil inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeristermasuk penguasaan kemahiran perundingan. Perkara yang samajuga sering saya tekankan kepada pegawai-pegawai saya agarmeningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam bahasa Inggeris.Sebagai tambahan, pegawai Syariah juga perlu mahir dan mampumentafsir serta memahami bahasa Arab. Kebanyakan bahan rujukanperundangan Syariah adalah dalam bahasa Arab. Saya jugadifahamkan bahawa dalam Kelas Pengajian Tafaqquh yang diadakantiga kali setahun itu, para pegawai Syariah telah dilatih dandidedahkan dengan cara untuk membaca serta mentafsirkan kitabkitabArab lama oleh para tenaga pengajar yang berpengalaman. Ini15

merupakan usaha yang amat baik oleh pihak JKSM dalammeningkatkan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab oleh parapegawai Syariah sekalian.Dengan adanya kemahiran tersebut, pegawai Syariah dapatmemahami dan membuat perbandingan dari sudut perundangandengan negara-negara Timur Tengah yang kebanyakan undangundangmereka adalah dalam versi bahasa Arab. Rujukan dan kajianjuga mudah dilakukan dengan adanya kemahiran bahasa al-Qurantersebut.Selain itu, dalam usaha mengembangkan budaya belajar ini, parapegawai Syariah juga bertanggungjawab untuk menyebarkan segalamaklumat mengenai perundangan Syariah dan juga kesalahankesalahanSyariah kepada semua golongan agar pemahamanterhadap perundangan Syariah dapat terlaksana. Ini juga merupakansalah satu cara pencegahan awal untuk mengelakkan perlakuan ataukesalahan yang bertentangan dengan perundangan Syariah. Padapandangan saya, masyarakat umum juga perlu didedahkan dandiberitahu hak yang sepatutnya diperoleh oleh mereka.Sebagai contoh, kaum wanita yang tinggal di kawasan luar bandarmungkin tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai isteri ataupunhak-hak mereka selepas diceraikan suami. Disebabkan olehceteknya pemahaman terhadap perkara tersebut menyebabkanhidup mereka dan anak-anak terabai selepas ditinggalkan oleh suamiatau selepas kematian suami. Di sinilah peranan pegawai Syariah16

diperlukan. Mereka juga harus menyebarkan maklumat kepadagolongan tersebut agar kehidupan mereka dan juga anak-anak yangmerupakan aset negara pada masa akan datang terbela.Dalam konteks ini, saya dapati pegawai-pegawai Syariah yangditempatkan di Biro Bantuan Guaman di seluruh Malaysia telahberjaya melaksanakan tugas tersebut dengan baik sekali. Tahniahsaya ucapkan.Pegawai Syariah dan ICTHadirin yang dihormati sekalian,Dalam era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan bahawa ICT banyakmembantu menjadikan pelaksanaan sesuatu urusan itu menjadi lebihmudah, cepat, efisien, berkualiti dan produktif. Bagi menyahutperkembangan era globalisasi serta kepesatan kemajuan ICT,Kerajaan telah mengorak langkah dengan membuat perancanganyang teliti melalui pelaksanaan projek Multimedia Super Corridor(MSC) yang menjadi pemangkin kepada percambahan projek-projeke-kerajaan. Ini dapat dilihat dengan terlaksananya Aplikasi PerdanaKerajaan Elektronik seperti Project Monitoring System (PMS), e-Perolehan, e-Syariah, e-Services dan HRMIS. Semuanya inibertujuan untuk menyediakan satu rangkaian sistem penyampaianperkhidmatan yang bersepadu, telus dan berkesan.17

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa ICT perlu diterokaisemaksimum mungkin serta digunakan sepenuhnya oleh setiapagensi Kerajaan bagi memenuhi peningkatan keperluan Jabatan dantuntutan pelanggan.Justeru, pegawai Syariah hendaklah sentiasa bersedia danmempersiapkan diri untuk menempuh cabaran fenomena dunia tanpasempadan ini terutamanya dalam mewujudkan sistem pendaftarandan pengendalian kes yang lebih efektif dan terancang sepertimenyediakan jadual, data dan rekod yang boleh dicapai secara cepatdan tepat serta dapat menjimatkan masa.Dalam hal ini saya berasa bangga kerana JKSM telah berjayamendahului banyak agensi Kerajaan yang lain dalam mewujudkanPortal e-Syariah. Portal e-Syariah yang merupakan satu-satunyaperisian aplikasi Mahkamah Syariah telahpun diiktiraf sebagai antarayang terbaik dan paling efisien pernah dihasilkan oleh agensiKerajaan sehingga dianugerahkan dengan Anugerah Portal KerajaanElektronik Terbaik pada tahun 2005. Apa yang lebih membanggakanialah aplikasi ini telah dibina oleh anak tempatan sendiri tanpamemerlukan kepakaran luar negara. Syabas diucapkan.Keperluan Memahami Konvensyen-Konvensyen AntarabangsaHadirin yang dihormati sekalian,18

Dalam menempuh era globasisasi ini, pegawai Syariah juga wajardidedahkan dengan maklumat-maklumat serta isu-isu yang berkaitandengan peranan dan bidang kuasa mahkamah Syariah yangberbangkit dalam konvensyen-konvensyen antarabangsa yangdiratifikasi oleh Malaysia. Untuk makluman, Malaysia merupakannegara ahli kepada beberapa konvensyen dan triti antarabangsa,seperti The Hague Conference on Private International Law (HCPIL),Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination AgainstWomen (CEDAW), Convention Abolishing The Requirement ofLegalisation for Foreign Public Documents dan The Hague ChildProtection Convention.Dalam konvensyen-konvensyen ini terdapat beberapa peruntukanyang bertentangan dengan pelaksanaan undang-undang Syariahyang diamalkan di negara ini dan perkara ini sering dijadikan isu olehpihak-pihak tertentu, khususnya yang berkaitan dengan isu-isugender dan undang-undang keluarga Islam. Berkenaan denganCEDAW misalnya, Malaysia dikatakan mengamalkan diskriminasidalam pentadbiran mahkamah Syariah dan pelaksanaan undangundangkeluarga Islam kerana tidak melantik wanita menjadi hakimmahkamah Syariah di negara ini, mengenakan syarat wali kepadaperempuan yang hendak berkahwin dan tidak memberikan bahagianyang sama rata kepada lelaki dan wanita dalam pembahagian faraid.Selain itu, dalam mengendalikan kes undang-undang keluarga Islam,mahkamah Syariah juga ada berhadapan dengan kes-kes yangmelibatkan perkahwinan campur antara warganegara Malaysia19

dengan warganegara asing (cross-frontier family issues) sehinggaada yang akhirnya terpaksa melibatkan campur tangan diplomatikantara kedua-dua negara, sebagai contoh kes Raja Bahrain, IsmailAriffin atau lebih dikenali sebagai Lepat dan yang terbaru SitiNadzirah Mohd Nasir.Dalam mengendalikan kes-kes perkahwinan campur seperti ini,pegawai Syariah perlu lebih berhati-hati kerana ia mungkinmelibatkan bidang kuasa mahkamah dua negara yang berbeza.Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, pegawai Syariahseharusnya mahir dan memahami perundangan di negara-negaralain yang turut terlibat dalam sesuatu konflik agar suatu jalanpenyelesaian dapat dicapai dengan berkesan. Antara isu yang seringtimbul dalam perceraian yang melibatkan dua warganegara ini adalahberhubung dengan hak penjagaan anak, tuntutan nafkah, tuntutanharta sepencarian dan penentuan status agama anak. Dalam kessebegini, pemahaman terhadap isu-isu tersebut secara total perluada pada setiap pegawai Syariah agar kes itu dapat diselesaikansecara baik dan memuaskan hati kedua-dua pihak.PenutupHadirin yang dihormati sekalian,Masyarakat umum dalam era globalisasi kini juga lebihberpengetahuan, celik maklumat serta mampu membuat tindakanyang tidak pernah kita fikirkan kerana mereka mendapat pendedahan20

kepada maklumat terkini menerusi pelbagai saluran termasuk internetdan media asing. Dalam keadaan begini kita perlu berusahamemperbaiki dan meningkatkan mutu kerja sejajar denganpermintaan pelanggan kita zaman ini. Latihan yang memupuk minda,sikap dan etika yang sihat harus disemai dan diterapkan sertasemangat mengejar ilmu dan kecemerlangan secara proaktif perludipertingkatkan. Namun apa yang penting, jika kita sentiasa bersikapterbuka, profesional, cekap, cepat dan tepat dalam melaksanakantanggungjawab serta telus dengan peraturan yang ditetapkan, sayayakin JKSM akan menjadi suatu jabatan contoh dan terbaik.Bagi menjamin kesan era globalisasi yang wujud di negara kitaberada di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut olehIslam, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi inidengan lebih teliti lagi. Kebaikannya perlu dimakmurkan dandimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindaridan diatasi sebaik mungkin.Adalah diharapkan bahawa para pegawai Syariah yang dihormatisekalian dapat mengambil manfaat terhadap apa yang telah sayasampaikan tadi. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasihsekali lagi kepada pihak JKSM kerana sudi menjemput saya untukmenyampaikan ceramah ini dan juga kepada para hadirin sekalianyang sudi mendengar. Saya juga ingin mengucapkan selamatmengikuti Program Persidangan Pegawai Syariah kali ke-10 kepadapara pegawai Syariah sekalian.21

Sekian, terima kasih.TAN SRI ABDUL GANI PATAILPEGUAM NEGARA MALAYSIA22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!