07.08.2016 Views

LAPORAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SUKMA 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Oleh :

MUHAMAD ASRI BIN ABD JALIL

Pengarah Projek

FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY

TAWIT WONGKLUEN

ZAMZURI BIN ABU BAKAR

NOR AZILA BT ROSLI

Jurulatih

Sepak Takraw SUKMA Kedah 2016

PENDAHULUAN

SUKMA 2016 Sarawak bagi sukan Sepak Takraw mempertaruhkan sebanyak enam (6)

pingat emas. Pada temasya kali ini, sebanyak empat belas (14) negeri telah mengambil

bahagian dalam acara sepak Takraw. Dalam semua acara lelaki, semua negeri telah

mengambil bahagian. Manakala bagi semua acara wanita, hanya sembilan (9) negeri

telah mengambil bahagian. Pasukan negeri Kedah telah mengambil bahagian dalam

semua acara yang dipertandingkan.

Pasukan Sepak Takraw Negeri Kedah dibarisi oleh dua puluh tiga (23) pemain yang

terdiri daripada tiga belas (13) orang pemain lelaki dan sepuluh (10) orang pemain

wanita. Pegawai pasukan pula adalah seramai tujuh (7) orang yang terdiri daripada

seorang (1) Pengarah Projek, dua (2) orang Pengurus Pasukan serta empat (4) orang

jurulatih.

TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh pertandingan bagi Sukan Sepak Takraw SUKMA 2016 kali ini adalah pada 23

hingga 31 Julai 2016.

TEMPAT PERTANDINGAN

Tempat pertandingan bagi Sukan Sepak Takraw SUKMA 2016 kali ini adalah di Stadium

Bandaraya Miri, Miri, Sarawak.

PENYERTAAN

Pasukan Sepak Takraw Kedah telah menyertai enam (6) acara iaitu :

I. Berpasukan Lelaki (LP)

II. Regu Lelaki (LR)

III. Beregu Lelaki (LB)

IV. Berpasukan Wanita (WP)

V. Regu Wanita (WR)

VI. Beregu Wanita (WB)

PENGENALAN PASUKAN LELAKI

Pasukan Lelaki SUKMA 2016 Negeri Kedah Darul Aman dibentuk selepas Kejohanan

Belia Negeri Kedah 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) pada

bulan Disember 2015 lalu. Melalui kejohanan tersebut, seramai 25 orang pemain telah

dikenalpasti dan disenarai pendek. Selepas itu, sesi pemilihan kali kedua telah dilakukan

untuk mencari seramai 15 orang pelatih.

Pada mulanya terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam membentuk pasukan

lelaki ini, namun begitu telah dapat diatasi dan latihan pasukan lelaki telah bermula sejak

Februari 2016 di bawah bimbingan En. Muhamad Asri Bin Abd jalil dan En. Fazlan Amini

Bin Zulkifly. Pada awal Mac, pasukan Kedah sangat bertuah kerana dengan usaha

Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) dan Pengarah Projek, En. Asri Bin Abdul Jalil telah

berjaya mendapatkan seorang jurulatih dari Thailand iaitu En. Tawit Wongkleun (bekas

jurulatih Malaysia). Pada masa yang sama, En. Zamzuri Bin Abu Bakar juga telah

dilantik sebagai jurulatih untuk pasukan lelaki ini.

Kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) dengan Persatuan Sepak Takraw

Kedah (PESTAK) telah banyak membantu dari segi persediaan pasukan. PESTAK telah

menyediakan kemudahan tempat latihan di Dewan PESTAK, Mergong Kedah.

Pemilihan pemain untuk memperkuatkan barisan sediada telah dilakukan semasa

Kejohanan Piala Adnan Saidin 2016. Beberapa nama pemain telah terpilih, namun

hanya seorang sahaja yang berjaya berada dalam pasukan iaitu Mohammad Aizad Bin

Mohd Idris.

Persediaan pasukan Kedah dalam menghadapi SUKMA 2016 antaranya ialah :

I. Menyertai Kejohanan Piala Adnan Saidin 2016

II. Menyertai Kejohanan Piala Datuk Bandar Hatyai 2016

III. Menyertai Kejohanan Sirkit Remaja PSM 2016

IV. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan Polis Kedah

V. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan SMK Tunku Anum Tunku Abdul

Rahman.

VI. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan MAKSAK Kedah 2016

VII. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Kedah

VIII. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan SUKMA Perlis

IX. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan JPS Kedah/Perlis

PEGAWAI PASUKAN LELAKI

MUHAMAD ASRI BIN ABD JALIL ASK.

PENGARAH PROJEK

ADNAN BIN SAIDIN AMK., PJK.

PENGURUS PASUKAN

FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY

JURULATIH

TAWIT WONGKLEUN

JURULATIH

ZAMZURI BIN ABU BAKAR

JURULATIH

SENARAI PEMAIN LELAKI

BIL NAMA NO. KAD

PENGENALAN

ACARA

1. MOHD FAIZ BIN MOKTAR 960324-02-5713 ANTARA

PASUKAN /

REGU

2. AMEAR NAZIRUL FARHAN BIN ABDULLAH 990313-11-5163 ANTARA

PASUKAN /

REGU

3. MOHD FAKRUL HALYMI BIN ABDUL TALIB 960114-02-5713 ANTARA

PASUKAN

4. MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASAN 970519-07-5111 TIDAK

DISENARAI

5. OMAR ABDUL AZIZ BIN RAHIM 960611-02-5273 ANTARA

PASUKAN /

REGU

6. HAIRI IKMAL BIN ABDULLAH 971005-02-5891 ANTARA

PASUKAN /

BEREGU

7. AMINUR HAKIM BIN ABDULLAH 980727-02-6655 ANTARA

PASUKAN

8. MOHD NOR FAIZ RIDZWAN BIN AZIZAN 990621-02-5741 ANTARA

PASUKAN /

REGU

9. ZUL HAFIZZIE BIN RADZOAN 950125-02-5009 ANTARA

PASUKAN /

REGU

10. MOHD NORSYAFRI BIN RUSLAN 960217-02-6059 ANTARA

PASUKAN /

BEREGU

11. DANIAL ASYRAF BIN ABDUL BASSIT 960512-07-5179 ANTARA

PASUKAN /

BEREGU

12. MUHAMMAD ABDUL KHALID BIN ROSLEE 980412-02-5519 ANTARA

PASUKAN

13. MUHAMMAD AIZAD BIN MOHD IDRIS 960102-06-5357 ANTARA

PASUKAN /

BEREGU

ACARA : BERPASUKAN LELAKI (LP)

Dalam acara Berpasukan Lelaki (LP), pasukan Lelaki Kedah Darul Aman diletakkan di

dalam kumpulan A bersama-sama pasukan Wilayah Persekutuan (A1) dan Johor Darul

Takzim (A2).

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara Berpasukan Lelaki untuk pasukan negeri

Kedah Darul Aman.

KEPUTUSAN PERLAWANAN BERPASUKAN LELAKI (LP)

ACARA : REGU LELAKI (LR)

Dalam acara Regu Lelaki (LR), regu Lelaki Kedah Darul Aman diletakkan di dalam

kumpulan B bersama-sama pasukan Negeri Sembilan (B1) dan Melaka (B2).

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara Regu Lelaki untuk pasukan negeri Kedah

Darul Aman.

KEPUTUSAN PERLAWANAN REGU LELAKI (LR)

Dengan mencapai satu (1) kemenangan dan satu (1) kekalahan, Regu Kedah Darul

Aman berjaya menjadi Naib Juara bagi kumpulan B manakala Regu Melaka sebagai

Juara Kumpulan B. Undian dilakukan untuk perlawanan peringkat suku akhir. Regu

Kedah diundi untuk bertemu dengan Regu Wilayah Persekutuan pada peringkat suku

akhir.

Regu Kedah tewas dalam peringkat suku akhir dan tidak layak ke peringkat separuh

akhir.

ACARA : BEREGU LELAKI (LB)

Dalam acara Beregu Lelaki (LB), beregu Lelaki Kedah Darul Aman diletakkan di dalam

kumpulan B bersama-sama pasukan Pulau Pinang (B1) dan Perak (B2).

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara Regu Lelaki untuk pasukan negeri Kedah

Darul Aman.

KEPUTUSAN PERLAWANAN BEREGU LELAKI (LB)

Dengan mencapai dua (2) kemenangan, beregu Kedah Darul Aman berjaya menjadi

Juara bagi kumpulan B manakala beregu Pulau Pinang sebagai Naib Juara Kumpulan B.

Undian dilakukan untuk perlawanan peringkat suku akhir. Beregu Kedah diundi untuk

bertemu dengan beregu Selangor pada peringkat suku akhir.

Beregu Kedah tewas dalam peringkat suku akhir dan tidak layak ke peringkat separuh

akhir.

RUMUSAN PASUKAN LELAKI

Selepas SUKMA 2016 berlangsung, dapat dirumuskan bahawa pasukan lelaki Negeri

Kedah telah mencapai satu peningkatan prestasi dan pencapaian berbanding SUKMA

2014 Perlis yang lalu. Peningkatan ini adalah berdasarkan pencapaian dalam acara

Regu dan Bergu yang telah melangkah ke peringkat suku akhir.

Dari segi prestasi pemain, dapat dirumuskan bahawa pemain telah menunjukkan satu

peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas dan kemahiran individu. Pemain telah

berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemain semasa perlawanan

yang mengakibatkan kekalahan. Antara kesilapan tersebut yang dikenalpasti oleh

jurulatih ialah :

1. Permulaan permainan yang baik tetapi tidak dapat kekalkan prestasi hingga

penamat.

2. Pertahanan dan serangan ada tetapi masih perlu diperbaiki.

3. Tahap mengekalkan prestasi masih rendah apabila mendahului pihak lawan

dengan jarak mata yang banyak. Pihak lawan mudah mengatasi walaupun

ketinggalan mata.

4. Tahap kerjasama antara pemain dalam regu masih rendah.

5. Tiada ketua (leader) dalam sesuatu regu yang dapat menjadi tunjang dan

pemberi arahan kepada regu tersebut.

6. Ketahanan mental pemain masih rendah.

Disebalik kelemahan dan kesilapan pemain-pemain, terdapat juga perkara positif yang

ditonjolkan oleh pemain semasa pertandingan. Antaranya ialah :

1. Peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas dan individu pemain.

2. Keadaan fizikal yang baik dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Tidak mudah

letih semasa perlawanan.

3. Pemain-pemain menunjukkan tahap disiplin yang tinggi semasa temasya

berlangsung.

4. Pemain-pemain mengikuti semua program yang telah dirancang oleh jurulatih

semasa pertandingan.

5. Tiada masalah dan isu disiplin yang ditimbulkan oleh pemain.

6. Semangat berpasukan yang tinggi.

Antara pemain yang telah menonjol dalam pertandingan ini ialah Amear Nazirul Farhan

Bin Abdullah, Zul Hafizzie Bin Radzoan, Mohd Norsyafri Bin Ruslan, Mohd Nor Faiz

Ridzwan Bin Azizan dan Hairi Ikmal Bin Abdullah.

PENGENALAN PASUKAN WANITA

Pasukan Wanita SUKMA 2016 Negeri Kedah Darul Aman dibentuk daripada pemainpemain

SUKMA 2014 yang lalu. Beberapa pemain baharu telah dilatih untuk

memperkuatkan barisan sediada.

Pada mulanya terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam membentuk pasukan

wanita ini, namun begitu telah dapat diatasi dan latihan pasukan wanita telah bermula

sejak Februari 2016 di bawah bimbingan En. Fazlan Amini Bin Zulkifly dan Cik Nor Azila

Bt Rosli. Pada awal Mac, pasukan Kedah sangat bertuah kerana dengan usaha Majlis

Sukan Negeri Kedah (MSNK) dan Pengarah Projek, En. Asri Bin Abdul Jalil telah

mendapat seorang jurulatih dari Thailand iaitu En. Tawit Wongkleun (bekas jurulatih

Malaysia).

Latihan dan kekuatan pasukan wanita sedikit tergugat kerana beberapa pemain telah

terlibat dengan pasukan bola sepak wanita Kedah dalam Kejohanan Piala Tunku

Sharifah Rodziah 2016. Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan tidak sempat

pulih untuk menyertai SUKMA 2016.

Kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) dengan Persatuan Sepak Takraw

Kedah (PESTAK) telah banyak membantu dari segi persediaan pasukan. PESTAK telah

menyediakan kemudahan tempat latihan di Dewan PESTAK, Mergong Kedah.

Persediaan pasukan wanita Kedah dalam menghadapi SUKMA 2016 antaranya ialah :

I. Menyertai Kejohanan Piala Datuk Bandar Hatyai 2016

II. Menyertai Kejohanan Sirkit Remaja PSM 2016

III. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pemain bawah 14 tahun SMK

Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

IV. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan SUKMA Negeri Perak

V. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan veteran Pilihan Kedah

VI. Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Veteran JPS

Kedah/Perlis

PEGAWAI PASUKAN WANITA

MUHAMAD ASRI BIN ABD JALIL ASK.

PENGARAH PROJEK

HJ.MOHD FISOL BIN MD NOH SDK.,AMK.,BCK.

PENGURUS PASUKAN

FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY

JURULATIH

TAWIT WONGKLEUN

JURULATIH

NOR AZILA BT ROSLI

JURULATIH

SENARAI PEMAIN WANITA

BIL NAMA NO. KAD

PENGENALAN

ACARA

1. ALIS SUHANA BT ZULKARNAIN 950503-02-5314 ANTARA PASUKAN /

REGU

2. FATIN NADHIRAH BT MOHD HAIDAR 960717-02-5490 ANTARA PASUKAN /

REGU

3. FATIN NAJWA BT MOHD HAIDAR 960717-02-5482 ANTARA PASUKAN /

BERGU

4. FATIN NURAINI BT MOHD HAIDAR 960717-02-5538 ANTARA PASUKAN /

BERGU

5. NUR AYU NATASHA BT ABDUL RASHID 950702-02-6192 ANTARA PASUKAN /

REGU

6. NUR FATIN NAJWA BT OTHMAN 960510-07-5298 ANTARA PASUKAN /

BERGU

7. NUR FATIN NASUHA BT RAMLI 010908-02-0538 ANTARA PASUKAN /

BERGU

8. NUR NASYATUL NADIA BT MD NASRI 000428-02-0724 ANTARA PASUKAN /

REGU

9. SYAFIQA IRISYA BT SHAZIMY 980320-09-5034 ANTARA PASUKAN /

REGU

10. TASNIM BIN SANUSI 971110-07-5874 ANTARA PASUKAN

ACARA : BERPASUKAN WANITA (WP)

Dalam acara Berpasukan Wanita (WP), pasukan Wanita Kedah Darul Aman diletakkan

di dalam kumpulan C bersama-sama pasukan Pulau Pinang (C1) dan Sarawak (C2).

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara Berpasukan Wanita untuk pasukan negeri

Kedah Darul Aman.

KEPUTUSAN ACARA BERPASUKAN WANITA (WP)

Dengan mengalami dua (2) kekalahan, Pasukan Wanita Kedah tidak layak untuk

melangkah ke ke pusingan perlawanan kumpulan X dan Y bagi perebutan pingat.

ACARA : REGU WANITA (WR)

Dalam acara Regu Wanita (WR), regu Wanita Kedah Darul Aman diletakkan di dalam

kumpulan C bersama-sama pasukan Wilayah Persekutuan (C1) dan Sarawak (C3).

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara Regu Lelaki untuk pasukan negeri Kedah

Darul Aman.

KEPUTUSAN ACARA REGU WANITA (WR)

Dengan mengalami dua (2) kekalahan, regu wnita Kedah Darul Aman tidak berjaya

melangkah ke pusingan perlawanan kumpulan X dan Y bagi perebutan pingat.

ACARA : BEREGU WANITA (WB)

Dalam acara Beregu Wanita (WB), beregu Wanita Kedah Darul Aman diletakkan di

dalam kumpulan A bersama-sama pasukan Sabah (A1) dan Sarawak (A3).

Berikut adalah jadual perlawanan bagi acara Regu Lelaki untuk pasukan negeri Kedah

Darul Aman.

KEPUTUSAN ACARA BEREGU WANITA (WB)

Dengan mencapai satu (1) kemenangan dan mengalami satu (1) kekalahan, Beregu

Wanita Kedah menjadi Naib Juara bagi Kumpulan A manakala Beregu Sabah menjadi

Juara kumpulan tersebut. Beregu Wanita Kedah diletakkan bersama-sama beregu dari

Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam kumpulan Y untuk pusingan penentuan

pingat.

Beregu wanita Kedah Darul Aman tewas kedua-dua perlawanan pusingan Kumpulan Y

dan menduduki tempat ketiga kumpulan tersebut dan terlepas pingat Gangsa.

RUMUSAN PASUKAN WANITA

Selepas SUKMA 2016 berlangsung, dapat dirumuskan bahawa pasukan wanita Negeri

Kedah telah mencapai satu peningkatan prestasi dan pencapaian berbanding SUKMA

2014 Perlis yang lalu. Peningkatan ini adalah berdasarkan pencapaian dalam acara

Bergu yang telah melangkah ke peringkat suku akhir.

Dari segi prestasi pemain, dapat dirumuskan bahawa pemain telah menunjukkan satu

peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas dan kemahiran individu. Pemain telah

berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemain semasa perlawanan

yang mengakibatkan kekalahan. Antara kesilapan tersebut yang dikenalpasti oleh

jurulatih ialah :

1. Permulaan permainan yang perlahan tetapi ada peningkatan prestasi dihujunghujung

perlawanan.

2. Pertahanan dan serangan ada tetapi masih perlu diperbaiki.

3. Tahap mengekalkan prestasi masih rendah apabila mendahului pihak lawan

dengan jarak mata yang banyak. Pihak lawan mudah mengatasi walaupun

ketinggalan mata.

4. Tahap kerjasama antara pemain dalam regu masih rendah. Kesilapan berturutturut

dilakukan.

5. Tiada ketua (leader) dalam sesuatu regu yang dapat menjadi tunjang dan

pemberi arahan kepada regu tersebut.

6. Ketahanan mental pemain masih rendah.

7. Kekurangan pengalaman bermain berbanding pasukan lain.

Disebalik kelemahan dan kesilapan pemain-pemain, terdapat juga perkara positif yang

ditonjolkan oleh pemain semasa pertandingan. Antaranya ialah :

1. Peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas dan individu pemain.

2. Keadaan fizikal yang baik dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Tidak mudah

letih semasa perlawanan.

3. Pemain-pemain menunjukkan tahap disiplin yang tinggi semasa temasya

berlangsung.

4. Pemain-pemain mengikuti semua program yang telah dirancang oleh jurulatih

semasa pertandingan.

5. Tiada masalah dan isu disiplin yang ditimbulkan oleh pemain.

6. Semangat berpasukan yang tinggi.

Antara pemain yang telah menonjol dalam pertandingan ini ialah Alia Suhana Bt

Zulkarnain, Syafiqa Irisya Bt Shazimy, Tasnim Bin Sanusi, Nur Fatin Najwa Bt Othman

dan Fatin Nadhirah Bt Mohd Haidar.

PEMAIN YANG MASIH BOLEH BERMAIN UNTUK SUKMA 2018

Berikut adalah senarai pemain yang beraksi pada SUKMA 2016 dan masih boleh

menyertai SUKMA 2018 yang akan datang. Pemain-pemain ini diharapkan akan menjadi

tunjang kekuatan pasukan akan datang.

BIL NAMA NO. KAD

PENGENALAN

UMUR 2016

LELAKI

1. AMEAR NAZIRUL FARHAN BIN ABDULLAH 990313-11-5163 17 TAHUN

2. MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASAN 970519-07-5111 19 TAHUN

3. HAIRI IKMAL BIN ABDULLAH 971005-02-5891 19 TAHUN

4. AMINUR HAKIM BIN ABDULLAH 980727-02-6655 18 TAHUN

5. MOHD NOR FAIZ RIDZWAN BIN AZIZAN 990621-02-5741 17 TAHUN

6. MUHAMMAD ABDUL KHALID BIN ROSLEE 980412-02-5519 18 TAHUN

WANITA

1. NUR FATIN NASUHA BT RAMLI 010908-02-0538 15 TAHUN

2. NUR NASYATUL NADIA BT MD NASRI 000428-02-0724 16 TAHUN

3. SYAFIQA IRISYA BT SHAZIMY 980320-09-5034 18 TAHUN

4. TASNIM BIN SANUSI 971110-07-5874 19 TAHUN

CADANGAN DAN PERANCANGAN BAGI TAHUN 2017-2018

Demi mencapai sasaran pingat pada temasya SUKMA 2018 di Perak, beberapa

cadangan dan perancangan telah dibuat bagi pasukan sepak takraw Negeri Kedah.

Antara cadangan dan perancangan yang akan dilaksanakan adalah :

1. Cadangan mengekalkan barisan pegawai dan jurulatih sediada untuk

meneruskan usaha dan perancangan bagi menghadapi SUKMA 2018.

2. Cadangan dan perancangan kerjasama antara Majlis Sukan Negeri Kedah

(MSNK) dengan Kelab Takraw Nakhorn Phatom dan Sekolah Sukan Supanbhuri

untuk menempatkan semua jurulatih selama 14 hari di bawah program “Coaching

Attachment”.

3. Merancang dan meneruskan program latihan secara berterusan untuk pasukan

Lelaki dan Wanita. Latihan ini dibuat secara mingguan.

4. Menjalankan tinjauan dan pemantauan kepada 3 orang pemain sepak takraw

Kedah yang kini berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

5. Menjalankan tinjauan dan pemantauan kepada semua pemain sepak takraw

Kedah yang kini berada di Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

(SMKTATAR)

6. Menjalankan pemantauan pemain semasa Kejohanan MSS Kedah 2017 dan

2018 untuk mencari dan memperkuatkan barisan pemain.

7. Merancang untuk mengadakan pertandingan peringkat umur bawah 21 tahun

antara Daerah Kedah. Program ini di rancang untuk diadakan sepanjang tahun

2017.

8. Cadangan untuk menghantar pasukan Lelaki dan Wanita menyertai mana-mana

pertandingan di dalam dan di luar negara untuk tahun 2017 dan 2018. Program ini

adalah sebagai pendedahan suasana pertandingan kepada pemain.

9. Cadangan agar pihak Institut Sukan Negara Cawangan Kedah memberikan lebih

perhatian terhadap program-program sains sukan kepada sukan sepak takraw.

10. Cadangan untuk melantik seorang jurulatih sepenuh masa di Unit Sukan Prestasi

Tinggi Negara (USPTN).

PENUTUP

Walaupun pasukan Sepak Takraw Kedah tidak berjaya menyumbangkan pingat kepada

kontinjen Kedah dalam SUKMA 2016, pasukan ini tetap berbangga kerana berjaya

berada diantara senarai 8 pasukan terbaik dalam temasya kali ini. Jika masih diberikan

ruang dan peluang, pasukan ini akan bangkit dan mensasarkan pingat pada temasya

SUKMA 2018 di Perak nanti.

Pasukan ini ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah MSN

Kedah, Encik Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi BCK,. BKM. yang telah banyak

memberikan bantuan dan sokongan sejak dari awal persiapan pasukan sehinggalah

selesai SUKMA 2016.

Terima kasih juga kepada Presiden PESTAK, Dato’ Hj.Mohd Yusof Bin Hj.Ismail DSDK.,

BKM., JP. serta Ahli Jawatankuasa PESTAK yang juga telah banyak memberikan bantuan

dan sokongan sejak dari awal persiapan pasukan sehinggalah selesai SUKMA 2016.

Pasukan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Sepak Takraw, Encik

Nazri Bin Ahmad PCK.,PJK. dan Cik Ira Mastura Bt Baharum yang telah menjalankan

tugas dan tanggungjawab dalam persediaan pasukan pada kali ini.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu serta memberikan sokongan kepada pasukan Sepak Takraw SUKMA

2016 ini.

Adalah menjadi harapan agar laporan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan

untuk membina dan meneruskan kesinambungan yang telah dilakukan pada SUKMA

2016 ini bagi menghadapi cabaran SUKMA 2018 Perak.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

(MUHAMAD ASRI BIN ABD JALIL ASK.)

PENGARAH PROJEK

PASUKAN SEPAK TAKRAW SUKMA KEDAH 2016

(FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY)

JURULATIH

PASUKAN SEPAK TAKRAW SUKMA KEDAH 2016

DISEMAK OLEH :

(HJ.MOHD FISOL BIN MD NOH SDK.,AMK.,BCK.)

PENGURUS PASUKAN

SEPAK TAKRAW WANITA SUKMA KEDAH 2016

(ADNAN BIN SAIDIN AMK,.PJK.)

PENGURUS PASUKAN

SEPAK TAKRAW LELAKI SUKMA KEDAH 2016

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!