07.08.2016 Views

LAPORAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SUKMA 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RUMUSAN PASUKAN LELAKI

Selepas SUKMA 2016 berlangsung, dapat dirumuskan bahawa pasukan lelaki Negeri

Kedah telah mencapai satu peningkatan prestasi dan pencapaian berbanding SUKMA

2014 Perlis yang lalu. Peningkatan ini adalah berdasarkan pencapaian dalam acara

Regu dan Bergu yang telah melangkah ke peringkat suku akhir.

Dari segi prestasi pemain, dapat dirumuskan bahawa pemain telah menunjukkan satu

peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas dan kemahiran individu. Pemain telah

berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemain semasa perlawanan

yang mengakibatkan kekalahan. Antara kesilapan tersebut yang dikenalpasti oleh

jurulatih ialah :

1. Permulaan permainan yang baik tetapi tidak dapat kekalkan prestasi hingga

penamat.

2. Pertahanan dan serangan ada tetapi masih perlu diperbaiki.

3. Tahap mengekalkan prestasi masih rendah apabila mendahului pihak lawan

dengan jarak mata yang banyak. Pihak lawan mudah mengatasi walaupun

ketinggalan mata.

4. Tahap kerjasama antara pemain dalam regu masih rendah.

5. Tiada ketua (leader) dalam sesuatu regu yang dapat menjadi tunjang dan

pemberi arahan kepada regu tersebut.

6. Ketahanan mental pemain masih rendah.

Disebalik kelemahan dan kesilapan pemain-pemain, terdapat juga perkara positif yang

ditonjolkan oleh pemain semasa pertandingan. Antaranya ialah :

1. Peningkatan prestasi dari segi kemahiran asas dan individu pemain.

2. Keadaan fizikal yang baik dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Tidak mudah

letih semasa perlawanan.

3. Pemain-pemain menunjukkan tahap disiplin yang tinggi semasa temasya

berlangsung.

4. Pemain-pemain mengikuti semua program yang telah dirancang oleh jurulatih

semasa pertandingan.

5. Tiada masalah dan isu disiplin yang ditimbulkan oleh pemain.

6. Semangat berpasukan yang tinggi.

Antara pemain yang telah menonjol dalam pertandingan ini ialah Amear Nazirul Farhan

Bin Abdullah, Zul Hafizzie Bin Radzoan, Mohd Norsyafri Bin Ruslan, Mohd Nor Faiz

Ridzwan Bin Azizan dan Hairi Ikmal Bin Abdullah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!