08.09.2016 Views

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan

oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah

baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah,

menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan

menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan

daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan

dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara

tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena

dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut

selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan

luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan

mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!