08.09.2016 Views

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Dalam ayat ini, amat jelas Allah menyatakan, bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan

dan ifrit sememangnya wujud dan wajib dipercayai adanya mereka. Alam mereka sama

dengan alam kita. Sebahagian mereka tinggal di atas muka bumi. Jin-jin ini sebenarnya

tidak berupaya untuk memberi perlindungan kepada manusia. Sekadar menggertak atau

menakut-nakutkan mungkin boleh. Cuma manusia yang terlebih takut kepada mereka,

sehingga menyebabkan pelbagai musibah, berlaku ke atas mereka.

Pada zaman sebelum TV wujud, pada zaman media massa tidak menyebarkan ceritacerita

makhluk halus, telah pun ada kalangan ibu bapa yang menakutkan anak -anak

dengan hantu dan jembalang, kerana hendak memudahkan anak-anak tidur atau

menghalang mereka keluar malam.

Cuba anda tanya diri anda sendiri dan buatlah sedikit penyelidikan dengan bertanya

kawan. Ajukan soalan kepada mereka, pernahkah mereka terserempak atau melihat jinjin

(makhluk halus) dengan mata kepala mereka?

Cuba tanyakan lagi, pernahkah mereka benar-benar diganggu oleh mahluk halus dan apa

bentuk gangguan mereka?

Pada saya, saya yakin anda sukar menemui mereka yang benar-benar melihat jin dan

mengalami kerasukan. Ini menunjukkan realitinya jarang berlaku. Yang wujud hanyalah

rekaan dan khalayan semata-mata. Ia adalah ilusi dan gambaran yang sengaja dibuat.

Tetapi ia tetap memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!