08.09.2016 Views

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Filem-filem sebegini, ramai yang tidak mahu menontonnya. Tetapi ada yang hendak

tengok juga, terutama golongan remaja dan kanak-kanak. Akhirnya, hasil daripada

menonton cerita-cerita sebegini, yang tinggal dalam fikiran mereka adalah ketakutan,

kegerunan, kerisauan dan perasaan berkecamuk.

Kanak-kanak terutamanya akan takut ke bilik air seorang diri tanpa ditemani. Tidur

malam takut apabila keseorangan. Keluar rumah pada malam hari akan gerun dan takut.

Meskipun ada baiknya perasaan takut itu wujud, bagi mendidik insan mengetahui

kelemahan dirinya.Kadang-kadang ibu bapa juga menggunakan cara mudah untuk

melarang anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka, kononnya nanti dicekup hantu

atau disembunyikan puaka dan sebagainya.

Tetapi jika difikirkan secara jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang

bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam

kebingungan. Cerita-cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan

pelbagai nama, itulah sebenarnya yang menghantui masyarakat Melayu.

Berbagai-bagai tahyul direka cipta seolah-olahnya seperti suatu realiti. Untuk

mengatasinya pula, direka pelbagai cara untuk menghindarinya seperti adat bersemah,

berancak, berjamu makan kapada hantu, menjampi mantera yang dilarang syarak seperti

minta tolong kepada hantu. Atur cara pengubatan yang direka-reka ini merupakan

perkara-perkara yang boleh melanggar syariat, sehingga membawa kepada syirik

terhadap Allah SWT.

Perihal manusia meminta pertolongan kepada makhluk halus akibat ketakutan kepada

mereka, bukannya perkara baru.

Dalam al-Quran Allah berfirman (mafhumnya): “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat

salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia (daripada kalangan lelaki), menjaga

dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,

kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan

jahat.” (Surah al-Jin, ayat 6)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!