08.09.2016 Views

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA

PENONTON DAN MASYARAKAT

E-Folio Penyiaran Islam yang di sediakan oleh Pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Muhd Hisyam Bin Salleh (05DGU14F1005)

Hafidzul Dzikri Bin Sebli (05DGU14F10)

Al-Sharqimin Bin Moslim (05DGU14F1037)

Gilbert anak Lincoln (05DGU14F1008)

Mohd Syahiran Bin Alwi (05DGU14F1012)

Semoga Bermanfaat kepada semua pembaca...

Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik

dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah

Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W.

yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga

kepercayaan kurafat.

Di dalam kepercayaan masyarakat melayu terdapat beberapa kepercayaan dan amalan

yang dipegang turun temurun yang mana kepercayaan tersebut boleh menjejaskan

akidah kita kerana pergantungan kepada sesuatu dan bukan kepada Allah.

APAKAH ITU SYIRIK ?.

Syirik ialah amalan adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama

ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain

iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai

tuhan seperti Kisah Firaun yang mengaku dirinya tuhan. Lebih mengundang bahaya

apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan

Islam.

Allah memberi peringatan keras tentang Syirik di dalam Al-Quran. Antaranya ialah:

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah

dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan

tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan

dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa

yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan

Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui

firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan

dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa

yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan

Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah

satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu

mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat

menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan

menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda

duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa

yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu

bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata:

Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang

besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku

bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu

sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu

mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi

penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)

APAKAH ITU KHURAFAT ?

Khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan

dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan

syariat. Apa-apa cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang,

adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran

Islam.

Khurafat adalah bidah akidah:

Iaitu apa sahaja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah

sallallahu alaihi wasallam.

CIRI-CIRI KHURAFAT

Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu

alaihi wasallam.

Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.

Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah

dengan Islam.

Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.

Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.

Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

Filem Syirik dan Khurafat mempengaruhi penonton dan masyarakat.

Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama

yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nian, Jangan Pandang Belakang,

Pontianak Harum Sundal Malam dan The Seekers. Apakah filem-filem ini

membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak?

Pandangan ygang dikemukakan oleh

Dato’ MOHD NIZAM ZAKARIA

Secara peribadi, saya jarang sangat menonton filem atau drama yang anda

nyatakan. Bagaimanapun, apabila mendengar nama-nama filem yang anda sebutkan, maka

dapatlah saya bayangkan apa bentuk hidangan oleh penerbit kepada masyarakat,

terutama orang Melayu-Islam.Setiap filem pasti ada mesejnya. Mesej filem-filem

tersebut, adalah hendak menarik penonton terperap di hadapan TV, melalui ceritacerita

rekaan hantu dan dongengan menakutkan.

Filem-filem sebegini, ramai yang tidak mahu menontonnya. Tetapi ada yang hendak

tengok juga, terutama golongan remaja dan kanak-kanak. Akhirnya, hasil daripada

menonton cerita-cerita sebegini, yang tinggal dalam fikiran mereka adalah ketakutan,

kegerunan, kerisauan dan perasaan berkecamuk.

Kanak-kanak terutamanya akan takut ke bilik air seorang diri tanpa ditemani. Tidur

malam takut apabila keseorangan. Keluar rumah pada malam hari akan gerun dan takut.

Meskipun ada baiknya perasaan takut itu wujud, bagi mendidik insan mengetahui

kelemahan dirinya.Kadang-kadang ibu bapa juga menggunakan cara mudah untuk

melarang anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka, kononnya nanti dicekup hantu

atau disembunyikan puaka dan sebagainya.

Tetapi jika difikirkan secara jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang

bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam

kebingungan. Cerita-cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan

pelbagai nama, itulah sebenarnya yang menghantui masyarakat Melayu.

Berbagai-bagai tahyul direka cipta seolah-olahnya seperti suatu realiti. Untuk

mengatasinya pula, direka pelbagai cara untuk menghindarinya seperti adat bersemah,

berancak, berjamu makan kapada hantu, menjampi mantera yang dilarang syarak seperti

minta tolong kepada hantu. Atur cara pengubatan yang direka-reka ini merupakan

perkara-perkara yang boleh melanggar syariat, sehingga membawa kepada syirik

terhadap Allah SWT.

Perihal manusia meminta pertolongan kepada makhluk halus akibat ketakutan kepada

mereka, bukannya perkara baru.

Dalam al-Quran Allah berfirman (mafhumnya): “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat

salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia (daripada kalangan lelaki), menjaga

dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,

kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan

jahat.” (Surah al-Jin, ayat 6)

Dalam ayat ini, amat jelas Allah menyatakan, bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan

dan ifrit sememangnya wujud dan wajib dipercayai adanya mereka. Alam mereka sama

dengan alam kita. Sebahagian mereka tinggal di atas muka bumi. Jin-jin ini sebenarnya

tidak berupaya untuk memberi perlindungan kepada manusia. Sekadar menggertak atau

menakut-nakutkan mungkin boleh. Cuma manusia yang terlebih takut kepada mereka,

sehingga menyebabkan pelbagai musibah, berlaku ke atas mereka.

Pada zaman sebelum TV wujud, pada zaman media massa tidak menyebarkan ceritacerita

makhluk halus, telah pun ada kalangan ibu bapa yang menakutkan anak -anak

dengan hantu dan jembalang, kerana hendak memudahkan anak-anak tidur atau

menghalang mereka keluar malam.

Cuba anda tanya diri anda sendiri dan buatlah sedikit penyelidikan dengan bertanya

kawan. Ajukan soalan kepada mereka, pernahkah mereka terserempak atau melihat jinjin

(makhluk halus) dengan mata kepala mereka?

Cuba tanyakan lagi, pernahkah mereka benar-benar diganggu oleh mahluk halus dan apa

bentuk gangguan mereka?

Pada saya, saya yakin anda sukar menemui mereka yang benar-benar melihat jin dan

mengalami kerasukan. Ini menunjukkan realitinya jarang berlaku. Yang wujud hanyalah

rekaan dan khalayan semata-mata. Ia adalah ilusi dan gambaran yang sengaja dibuat.

Tetapi ia tetap memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

Suatu ketika, apabila suatu klip video yang tersebar di internet mengenai seksa kubur

dengan mayat yang meraung kesakitan akibat terseksa hebat, menjadi heboh seketika,

sehingga Kementerian Pelajaran melarang klip video itu ditayangkan atas alasan

menakutkan kanak-kanak. Lalu ia diberhentikan serta merta.

Anehnya, apabila sesuatu yang berhubung dengan alam kubur, sedangkan seksa kubur itu

benar dan wajib diimani, kesannya baik dan positif dari segi hukum syarak, malangnya

diberhentikan tayangan atas alasan ia menakutkan.

Apakah tidak baik untuk kanak-kanak atau masyarakat umumnya, takut kepada seksa

kubur yang pasti berlaku? Pada saya bagi orang Islam, wajib ditanamkan pada minda

mereka bahawa seksa kubur sedang menunggu anda, yang fasik, berakhlak sumbang,

berzina, mencuri atau merompak, yang meminum arak, akan menghadapi seksa kubur

tersebut.

Dengannya akan terdidik semua kepada mencintai kebaikan dan menjauhi keburukan,

bagi mengelak seksa kubur.

Apakah alasan tidak boleh ditayangkan kerana menakutkan hanya kepada hal-hal

keagamaan yang mendidik ke arah kebaikan, sedangkan cerita-cerita tahyul tadi

direkaciptakan, ia menakutkan, tetapi oleh kerana tiada kaitan dengan agama, ia

dibolehkan.

Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan

oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah

baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah,

menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan

menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan

daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan

dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara

tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena

dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut

selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan

luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan

mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

c. Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung,

dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk

membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya

kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di

mana-mana jua dengan syarat :-

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis

tersebut

ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis

itu.

d. Upacara Persandingan.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu

di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang

memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.

Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam

sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai

pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di puja

sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab

itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

e. Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang

perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh

lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di

bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang

selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.

f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.

Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat

semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula

kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14

hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh

berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati

telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara

sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang

menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu

bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak

adalah digalakkan dalam Islam.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga

merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan

pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan

semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang di lakukan ialah seperti

menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing

tersebut di semah di sekeliling gelanggang.

Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan

diri. Selepas itu Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu

seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Bomoh tersebut akan

mengasapkan kemian di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau

hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

h. Membuang Air Kecil/Besar

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada

anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di

tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui

sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu

daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan

menyebut "Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang

kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika

tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu

tempat tersebut.

Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh

agama Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh.

Adat-adat tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang

menyangkakan sebahagian daripada adat Melayu yang tidak bertentangan dengan

agama Islam, tetapi sebenarnya adat istiadat dan budaya tersebut terangterang

bertentangan dengan Islam. Contoh Peralatan dalam pemujaan jin Yang

biasa dilakukan oleh Bomoh, Pawang dan seumpamanya.

KESIMPULAN

Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan suatu

usaha yangmencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih matang

berbanding dulu,tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala maksiat

boleh berleluasa .Kalaumasayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk

membanteras gejala sebegini kepadapihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia maka sudah pasti akan runtuhnya akidah sebahagian besar umat Islam.Usahausaha

untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat boleh dilakukan melalui

kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara

yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam.Mustahil perkara ini tidak boleh

dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan di negara kita Malaysia.

Selain itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala

khurafat dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat secara giat.

Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti majalah Al-Islam, itu

adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan

majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam

masyarakat kita. Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau

boleh diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga

agama tauhid ini. Mungkin kita boleh mewujudkan akta yang boleh menyabitkan seorang

pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan akidah umat Islam. Sebelum

kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya, jadi umat Islam

selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta mengamalkan “Amar

ma’aruf nahi mungkar” kini kian dilupakan bagi menegakkan agama Allah di muka bumi

ini. “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya

sendiri”.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!