02.12.2016 Views

Publication1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Selain itu, Restoran Sao Nam pula

terkenal bagi makanan vegetarian Vietnam.

Kebanyakan makanan yang disediakan

di sini berasaskan sup dan restoran

ini juga menggunakan banyak sayur dalam

masakan mereka. Masakan istimewa

yang boleh didapati di sini ialah salad

mangga dan pancake Vietnam. Selain

menyediakan makanan, restoran ini juga

akan menyediakan kelas masakan kepada

orang ramai sekiranya cukup ahli.

Saravana Bhavan pula restoran

orang India yang mempunyai cawangan

di India dan Malaysia. Restoran ini bermula

secara kecil- kecilan sehingga mengembang

ke Malaysia. Masa beroperasi kedai

ini bermula pada 8.30 pagi hingga 11 malam.

Pelanggan boleh memilih dua jenis

makanan iaitu makanan ringan atau nasi.

Resepi setiap makanan mengandungi

rempah ratus asli orang India yang membuatkan

makanan lebih sedap serta

berapi. Pelanggan dihidangkan dengan

dua cara iaitu layan diri atau pesan set

makanan. Selalunya, set makanan dikira

sedikit mahal berbanding layan diri. Keistimewaan

restoran ini ialah mereka

menghidangkan makanan di daun pisang

kerana ia baik untuk kesihatan serta bersih.

Justeru itu, warga bandar kuala lumpur

tidak perlu memikir panjang untuk menukar

gaya pemakanan kepada lebih

sihat kerana kini terdapat banyak pilihan

untuk mereka bagi menjamin kesihatan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!