03.12.2016 Views

Publication1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PIRAMID

MAKANAN

WEB FOOD HUNTER

http://amri8880.wixsite.com/food-hunter

EMAIL

Foodhunter6@gmail.com

FACEBOOK

FH Corp.Ltd

INSTAGRAM

foodhunter_est2016

TWITTER

@FOODHUNTER_2016

FLIPPING BOOK

https://www.flipsnack.com/FOODHUNTER/

YOUTUBE

Food hunter

Kee Sek Yong

CEO Food Hunter

Dari kiri : Nur Asykin (Editor 2), Mohammad Johari (Prof Reader),

Ithayamalar (Ketua Editor) & Asmat ( Editor 1 )

Dari kiri : Noor Fatin Adila(IMC 4), Nurul Raudhah Afra (IMC 1), Hawa Fatihah

(Ketua IMC), Farah Faidah (IMC 2) & Nafisa Haura Endah (IMC 3)

Dari kiri : Nurul Izianti (Web Master 2), Shaarmila Devi (Web Master 1), Mohamad Solhi

(Ketua Kreatif) Wira Mohammad Al Amri (Ketua Web Master) & Nor Shakirah ( Web Master 3).

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada para

pembaca. Terlebih dahulu saya mengucapkan

setinggi-tingi penghargaan kepada semua jabatan

yang berkerja keras dalam menerbitkan majalah

‘Deluxious’. Majalah ini tidak khusus kepada satu golongan

masyarakat sahaja malah, semua pembaca

mampu mendapat manfaatnya kerana kandungannya

lebih umum serta terbuka.

Tujuan majalah ini dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan

umum kepada para pembaca mengenai pelbagai aspek hidup yang

berkaitan dengan makanan seperti kesihatan, agama, trend dan lain- lain lagi.

Selain itu, majalah ini juga mengandungi bahagian- bahagian sosial seperti resepi

makanan tempatan dan juga luar negara untuk tatapan wanita yang bergelar

suri rumah tangga.

Saya selaku ketua editor majalah ‘DELUXIOUS’ ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua pihak yang memberi dorongan serta bantuan secara langsung,

mahupun tidak langsung dalam proses penerbitan majalah ini. Saya juga

ingin memohon ampun dan maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan

dalam kandungan majalah ini.

Saya sangat berharap bahawa semua pembaca berpuas hati dengan hasil masalah

ini. Pada masa yang sama, saya mengucapkan tahniah kepada rakan

seperjuangan dan didoakan agar kalian dapat menghasilkan majalah yang

lebih kreatif.

Sekian terima kasih

Ithayamalar Kumar

Ketua Editor.

D’LUXIOUS 2017

KESIHATAN

Sihat melalui makanan

yang sihat

7. Alahan Makanan Laut

by

8. Suplemen Ahli Sukan

by

9. Pemakanan Sihat

Warga Tua.

by

10. Jerusalem Artichoke

by

11. Saranan Doktor

by

TIPS

14. Piramid Makanan

by

16. Keistimewaan

Makanan Sunnah

by Farah Faidah

18. Makanan Tanpa Kolestrol

by Asmat

19. Rahsia Susu Ibu

by Fatin Adila

TREND TERKINI

22. Popularnya

Makanan Segera

by

TARIKAN UTAMA

26. Kayu Kitchen

by Wira Amri

28. Raja Buah

by Hawa Fathiah

29. Jalan-jalan Cari Makan

by

RESEPI

32. Bahulu Sayang

by

33. Tradisional Indonesia

by Nasifa Haura

‘’HEALTH REQUIRES

HEALTHY FOOD’’

- ‘OGE‘ WILLIAM“

Kesihatan

Mutah-utah

‘esdug

“akit perut

Cirit irit

SIMPTOM

Gegata hies/Uriaria atau gatal-gatal di

seluruh ada

Biir da/atau lidah eegkak

Kulit eruah ejadi puat atau keirua

‘ogga hidug erair/ hidug tersuat

“esak afas, afas erui Wheezig

Gatal-gatal di dala ulut, tekak, kulit,

ata

Aailaksis ag oleh eaa aut

akaa laut atau leih dikeali seagai

seafood erupaka piliha akaa

ag palig digeari raai. “alah satu keu-

ika akaa laut ag ejadi

kesukaa raai adalah rasaa ag sagat sedap

da eiliki rasa ikat ag tersediri, sehigga

dapat euatka sesiapa ag eakaa ejadi

leih ketagih igi aka da aka lagi. Tetapi

idak seua orag ejadika akaa laut ii se-

agai akaa kegeara ereka keraa alaha

ag di alai oleh seseorag itu ejadika pua

ereka idak oleh aka akaa laut ii. Atara

jeis akaa laut ag serig eeaka alaha

adalah, keta, udag, da kerag. Alaha kepada

akaa laut ii idak oleh dipadag reeh

keraa alaha oleh ejadi leih teruk sehigga

pesakit perlu edapatka raata di hospital

dega kadar segera.

Makaa laut perlu diaka

keika segar.

Berada dala keadaa

terear dega akteria seperi

e oli.

Makaa laut terdedah

peeara kiia di aa di

aa sisa dari kilag da kapal

laut.

“ikap peraih ika pejual atau elaa ag

sagat eeigka diri di aa ereka

eeigka keutuga eradig kualii

akaa.

B ople ialah supple-

et ag eretuk

itai utuk e-

erika teaga da ai

stress.

Atara ips akaa piliha ahli suka

ialah erkaita dega idag pegajia ag

egaplikasika strategi peakaa utuk e-

erika kesihata, peuliha tuuh ada daripada

sesi laiha da prestasi izikal keika pertadiga.

“eterusa, akaa ag erprotei

terdiri daripada rataia asid aio. Apaila dua

asid aio ii erapur, ia dikeali seagai dipepida

da jika erapur leih daripada dua, ia

dipaggil poliepida. Dagig, hasil teusu,

kekaag da tuuha seperi rokoli da loak erah

ialah akaa erprotei.

“elai itu, etaolise tuuh ada seseorag

ahli suka dapat diaik pulih da sel peiaa isu

ereka idak tergaggu. Makaa seperi hai, susu, karoteoid

keledek hasil teusu, arjeri, iak ika,

iak saura, saur-saura hijau, kuig telur da

aa larut air terdapat di dala itai C da itai

B.

“eseorag atlet juga eerluka atara -

8 l air sehari utuk easika ada eperolehi

air ag eukupi. Air di dala ada oleh diperolehi

dega haa eiu jus uah-uaha, susu da juga

akaa.

Vitai C ialah utuk

eigkatka siste

iuisasi ada da

egelakka daripada

jagkita dea da selesea.

Adaed Joit

Health “et AJHT

ialah set ag erfugsi

utuk

egekalka

kesihata tulag

raa.

Kaedah untuk

menggalak warga

emas makan

Terdapat beberapa kaedah

untuk merangsang selera makan warga

emas. Antaranya membawa mereka

bersiar bersama kawan-kawan dan

makan secara ramai-ramai akan membuat

mereka terlupa akan

kemurungan yang mereka alami dan

seterusnya membangkitkan selera

untuk makan. Selain itu, menyediakan

alat bantu untuk memudahkan mereka

makan supaya mereka dapat berlatih

untuk makan sendiri dan disuap

jika perlu untuk menghilangkan stress

mereka ketika waktu makan. Warga

emas yang berlebihan berat badan

perlu menurunkan berat badan mereka.

Untuk ini kurangkan penyediaan

makanan bergoreng atau yang tinggi

kandungan lemak, kurangkan

penggunaan semua jenis minyak dan

lemak, gula dan kurangkan saiz

hidangan bagi setiap waktu makan.

Mereka juga perlu kurangkan makan

kuih muih yang tinggi kandungan lemak

dan mengantikannya dengan

buah buahan yang mengandungi banyak

vitamin untuk menjamin

kesihatan tubuh badan.

Osteoporosis merupakan masalah

yang dihadapi oleh majoriti golongan

warga emas. Jadi,

penyelesaiannya ialah menyediakan

makanan yang lebih tinggi kandungan

kalsium.Selain itu, anda juga boleh

bertanyakan pendapat mereka tentang

masakan atau hidangan agar

boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Dengan cara ini mereka akan berasa

senang hati untuk makan kerana

pendapat mereka diambil kira.

Warga emas yang semakin meningkat

usianya akan mengalami

kemurungan dan masalah untuk

makan. Kadang kala tanpa perhatian,

mereka mungkin tidak makan untuk

satu hari. Jadi, kita haruslah mengamalkan

kaedah-kaedah yang telah

dikemukakan bagi menjamin

kesihatan warga emas.

Pemakanan

Sihat Warga Emas

Kadar pemakanan warga

emas berubah seiring dengan peningkatan

usia mereka. Warga emas perlu

diberi perhatian khusus terhadap

hidangan makanan. Hal ini disebabkan

oleh peningkatan usia yang akan

diikuti dengan pengurangan deria rasa

dan bau, keupayaan menghadam

dan menyerap makanan, melihat dan

mendengar, kehilangan gigi, ketahanan

melakukan aktiviti izikal, kurangnya

pepejal otot, jumlah air

dalam badan, kepadatan tulang dan

kemurungan serta kekeliruan.

Panduan menyediakan

makanan untuk warga emas

Menghidangkan makanan dalam

kuantiti yang sedikit serta mengandungi

pelbagai jenis rasa, bauan dan

sebagainya.

Gunakan pelbagai perencah asli seperti

halia, lengkuas, bawang, daun

bawang, daun sup, herba dan rempah

asli seperti ketumbar, jintan dan

halba untuk membangkitkan rasa

makanan.

Menghidangkan makanan penuh

dengan khasiat nutrien yang dapat

membantu memberi tenaga untuk

badan seperti mi sup dan sup daging.

erusalem Artichoke merupakan

sejenis bahan yang

istimewa kerana ia hanya

boleh didapati di Amerika

Syarikat. Jerusalem Artichoke

adalah akar sejenis bunga Daisy

yang berasal dari kawasan timur

North America, tetapi hanya

boleh dapat di Canada, North

Dakota, Florida dan Texas.

‘Jerusalem Artichoke’ ini tidak

ada kaitan dengan Jerusalem dan

bukan sejenis artichoke tetapi ia

adalah sejenis daripada bunga

Daisy.

Sebelum kedatangan

orang Eropah, Jerusalem Artichoke

mula ditanam oleh orang

asli Amerika lama. Pada tahun

1605, penjelajah Perancis Samuel

de Champlain memperoleh

tumbuhan domestik yang

ditanam di Cape Cod. Kemudian,

dia membawa tumbuhan ini

kembali ke Perancis. Menjelang

pertengahan 1600-

an, Jerusalem Artichoke

telah menjadi sayursayuran

yang biasa

digunakan oleh masyarakat

di Eropah dan Amerika.

Selain itu, tanaman ini

juga digunakan sebagai

makanan ternakan di

Eropah dan masa penjajahan

di Amerika. Pada tahun

2002, Jerusalem Artichoke

telah mendapat nama

sebagai ‘Sup Sayursayuran

terbaik’ dalam

acara ‘Nice Festival’

sempena Warisan Masakan

Perancis.

Jerusalem Artichoke

dihasilkan secara

organik iaitu dengan

menggunakan cara organik

tanpa menggunakan bahan

kimia. Cara penanaman bahan

adalah seperti kaedah penanaman

ubi. Jerusalem artichoke

tumbuh dengan baik di tanah pH

yang neutral. Tumbuhan ini memerlukan

banyak sinaran matahari

untuk tumbuh dengan

baik. Jerusalem Artichoke

mempunyai rasa dan tekstur

yang sama seperti kentang tetapi

m e n g a n d u n g i k e b a i k a n

kesihatan yang banyak berbanding

kentang. Selain itu, Jerusalem

Artichoke juga dikatakan sihat

kerana kaya dengan inulin. Bahan

ini juga mengandungi protein,

tidak mengandungi kandungan

minyak dan kandungan

kanji yang rendah.

‘Jerusalem Artichoke’ sangat

digalakkan untuk diamalkan

oleh individu yang menghidapi

penyakit diabetis tahap dua, hal

ini demikian kerana Fructosa

yang terdapat dalam ‘Jerusalem

Artichoke’ adalah merupakan

fructosa yang boleh diterima oleh

badan. Dalam erti kata lain, walaupun

bahan ini mempunyai

sedikit rasa manis kerana

mengandungi fructosa namun

ianya tidak akan memberikan

kesan kepada pesakit diabetes.

Bawang putih

Bawang putih mempunyai keunikan

iaitu untuk menjaga kesihatan

kita dengan cara menyeimbangkan hormon,

aliran darah dan lain-lain lagi.

Lebih-lebih lagi, bawang putih ini

mempunyai fungsi dalam meningkatkan

daya ketahanan badan. Kandungan anti

oksida yang terdapat dalam bawang

putih ini amat diperlukan oleh tubuh

bagi melawan sebarang jangkitan di dalam

tubuh. Selain itu, secara umumya

bawang putih juga mempunyai nutrisinutrisi

yang lain untuk kesihatan.

Makanan ketahanan badan.

Yoghurt

Seorang pakar berpendapat bahawa

yogurt adalah baik untuk sistem

imunisasi ataupun lebih dikenali sebagai

ketahanan manusia. Hasil kajiannya adalah

pengambilan yogurt juga mampu

meningkatkan probiotik dalam meningkatkan

daya ketahanan tubuh dalam kalangan

orang tua. Di samping itu, yogurt

juga mampu mengurangkan potensi untuk

mengalami kesesakan nafas dan

gastrik dalam kalangan kanak-kanak.

Lemon

Lemon berpotensi untuk menyeleraskan

kandungan pH pada tubuh seseorang. Lemon

berfungsi untuk meningkatkan daya ketahanan

tubuh badan. Lemon merupakan produk istimewa

yang digunakan untuk membunuh sel

kanser , kali lebih efektif berbanding chemotherapy.

Tomato

Tomato kaya dengan zat besi, vitamin A, vitamin

C dan serat yang mampu meningkatkan

kecergasan badan. Ia merupakan bahan awet yang

penting dan mampu melicinkan kulit serta

kelihatan muda. Di Amerika Syarikat, sebuah kajian

mendapati bahwa pigmam merah yang terdapat pada

tomato dapat mengurangkan risiko penyakit

barah prostat dalam kalangan lelaki. Pigmam merah

itu dikenali sebagai Iycopersicon. Pengambilan

biji tomato dalam seminggu dapat mengurangkan

risiko sehingga % menurut kajian tersebut.

TIPS

Lemak, minyak, garam

dan gula .

Susu, dadih, dan keju.

(1-2 sajian)

Sayur-sayuran dan buahbuahan

(sekurangnya 5 sajian)

Bijirin, nasi dan

roti dan ubi-

Ayam, ikan, dan daging

(2,3 sajian)

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma

dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

KURMA

Terdapat banyak khasiat dalam jus kurma. Antaranya

ia dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses

kelahiran, memperkukuh urat-urat rahim pada bulanbulan

terakhir kehamilan, membantu memudahkan proses

kelahiran bayi. Selain itu, ia juga meredakan

tekanan darah tinggi.

KISMIS

Kismis tidak mengandungi kolestrol atau lemak

serta rendah kandungan garam. Kismis dapat membekalkan

vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi,

potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3

dan B6, dan mengandungi zat besi bagi memudahkan

pengaliran oksigen ke otak dan ke seluruh badan.

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya

dengan agen anti-oksida (anti-penuaan) yang mengandungi

fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang

dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

MADU

Terdapat khasiat-khasiat madu

dalam perubatan. Misalnya, madu

meningkatkan kadar serapan kalsium

dalam badan dan hemoglobin, mencegah

dari serangan anemia dan merawat

arthirik sendi apabila dicampurkan

sedikit cuka. Kegunaan madu secara

luaran dapat mempercepat lagi proses

penyembuhan, meningkatkan pengeluaran

gastrointestinal yang merawat ulcer,

sumber laxative yang natural dan lembut.

Tambahan pula, madu mampu

memulihkan kekuatan tubuh, membersih,

menambah darah serta baik untuk pertumbuhan

janin dan bayi dari segi

fizikal dan mental.

DELIMA

Delima dikatakan mempunyai

nilai yang positif kerana ia

kaya dengan sodium dan

mengandungi unsur - unsur

nutrien seperti riboflavin,

tiamin, niasin, vitamin C,

kalsium dan fosforus. Pada

masa yang sama, terdapat

sedikit zat protein dan lemak

di dalamnya.

S e t i a p m a k a n a n S u n n a h

Rasulullah s.a.w memiliki

kelebihan dan keistimewaan yang

tersendiri yang perlu diambil

dan diamalkan untuk menjaga

kesihatan tubuh badan kita.

Sememangnya, terdapat banyak

Sunnah Rasulullah dari segi

pemakanan seperti jenis makanan,

cara makan yang diamalkan

rasulullah, adab makan dan

adab minum. Sunnah-sunnah ini

akan mendatangkan kebaikan

kepada tubuh badan kita jika

diamalkan setiap hari.

pa itu Kolesterol? Kolesterol

ialah bahan berlemak (lipid)

seta merupakan sebahagian

daripada membran luar sel

badan haiwan. Kolesterol

boleh didapati dalam darah manusia

di mana ia berpunca dari sumber

utama iaitu pemakanan.

Tuntasnya, kandungan kolesterol yang

tinggi dalam tubuh badan sememangnya

akan mendatangkan kesan negatif kepada

seseorang individu. Justeru itu, gaya

pemakanan yang sihat dan betul perlulah diamalkan

bagi mengelakkan keadaan menjadi

lebih teruk.

Pengambilan buah-buahan misalnya

buah delima, buah epal,

buah berry dan buah mangga

dilihat sangat membantu dalam

mengawal kandungan kolesterol

dalam badan.

Pengambilan sayur-sayuran seperti

kubis juga dapat membantu

penurunan kandungan kolesterol

dalam badan seseorang.

Pengambilan minyak zaitun sangat

digalakkan dalam sajian makanan

harian kerana mengandungi

kandungan antioksidan

dan lemak tidak tepu yang mampu

menurunkan kandungan kolesterol.

pengambil kekacang dalam

sajian harian juga dilihat sangat

penting dalam usaha mengurangkan

kandungan kolesterol

dalam badan.

Rahsia Susu Ibu

Membuat persediaan untuk

menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu

yang menggembirakan dan ia merupakan

masa yang sibuk. Perkara penting

dalam penjagaan bayi adalah jenis

penyusuan untuk bayi. Ibu bapa perlu

memberi pertimbangan kepada penyususan

susu ibu untuk kebaikan ibu dan bayi.

Dalam penyusuan ibu yang baik, tempoh

masa yang digalakkan sepenuhnya

sehingga bayi berumur 6 bulan sehingga

2 tahun.

Sesetengah ibu bapa kurang pengetahuan

tentang kebaikan susu ibu. Mungkin

disebabkan usia ibu bapa yang masih

muda, kurang pengetahuan dan pengalaman

serta kurang didikan dalam penjagaan

anak. Kebanyakan ibu kurang

peka terhadap penyususuan bayi serta

kandungan khasiat susu tersebut. Oleh itu,

ibu bapa lebih memilih untuk memberi susu

segera kepada bayi berbanding susu ibu,

mungkin mereka merasakan susu segera ini

lebih baik dan mudah. Namun demikian,

memang tidak dapat dinafikan bahawa

susu ibu banyak mendatangkan kebaikan

kepada bayi. Antara rahsia kelebihan susu

ibu adalah :

Minuman Kesihatan

& kecantikan

PAMOGA 6

Harga : RM 6. WM

Harga:

RM 6. WM

-- Angin ahmar/lumpuh – Lemah otot, radang dan gaut

– Buasir – Mengawal dan merawat

– Kulit melecur tekanan darah tinggi, kencing

– Kulit kaki pecah manis

– Masalah jantung dan ginjal – Masalah kitaran haid

– Mata lebam/kurang tidur dan dalaman wanita

– Pedih ulu hati – Pencernaan, keracunan dan

– Rambut gugur dan sembelit

tidak lebat

– Selepas bersalin dan sistem

– Tumbesaran dan kecergasan

PAMOGA

-Angin ahmar/ lumpuh

-Buasir

-Kulit melecur

-Kulit kaki pecah

-Lemah otot, radang dan gaut

-Mengawal dan merawat tekanan darag tinggi

kencing manis

-Masalah jantung dan ginjal

-Masalah kitaran haid dan dalaman

wanita

-Mata lebam/ kurang tidur

VIDA

Harga : RM4. WM

Menggebukan * Menegangkan payudara

Menghairahkan * Menaikkan pinggul

Menstabilkan hormone * Mengawal keputihan

Trend Terkini

Makanan segera ialah makanan yang dapat

disiap dan dihidangkan dengan cepat dan pantas.

Makanan seperti ini terkenal di Amerika Syarikat

sejak tahun 1950. Lazimnya, ungkapan ini dikhususkan

untuk makanan yang disediakan di restoran

atau kedai dengan menggunakan ramuan

yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terlebih

dahulu dan dihidangkan kepada pelanggan. Terdapat

pelbagai restoran makanan segera di Ma-

KEISTIMEWAAN RESTORAN MAKA-

NAN SEGERA DI MALAYSIA

Antara restoran makanan segera

yang popular ialah pertama, Kentucky Fried

Chicken (KFC) yang merupakan makanan segera

yang pakar dalam pembuatan ayam goreng.

KFC sering mengadakan promosi dan

pakej jimat box yang jauh lebih murah berbanding

harga asal. KFC sering mengadakan

promosi seperti ini kerana memikirkan tentang

masyarakat yang lebih gemar untuk

mendapatkan barang dikehendaki dengan

harga promosi. Selain itu, KFC juga akan

menyajikan menu terbaru mengikut perkembangan

makanan terkini seperti KFC

Cheezy Onion.

1955. Produk pertamanya ialah Burger Big

Mac dan ia diperkenalkan pada tahun 1968.

Sehingga hari ini, McDonald’s beroperasi

dan kini mempunyai cawangan lebih dari 30,

000 yang melibatkan lebih dari 100 buah

negara dan jenamanya dikenali umum sebagai.

Jualannya dikatakan sangat memuaskan

dimana ia mengaut keuntungan sebanyak 57

billion dollar sehingga tahun 2016.

Ketiga adalah Pizza Hut. Pizza Hut merupakan

sebuah rangkaian restoran makanan

segera dan francais makanan antarabangsa.

Ia adalah rangkaian restoran pizza yang terbesar

di dunia. Pizza Hut diasaskan pada tahun

1958 oleh dua orang pelajar iaitu Dan

dan Frank Carney di Wichita, Kansas.

Kedua ialah McDonald Corporation di

mana ia merupakan operator makanan segera

yang terbesar di dunia sejak tahun

Pizza hut mempunyai makanan sampingan

seperti sup cendawan, ayam roasted, roti

bawang dan lain-lain. Selain itu, Pizza Hut ju-

Bersama-samalah cergaskan diri untuk

gaya hidup yang lebih baik

“Laughter is brightest, where food is best”

Kayu kitchen

ada asalnya pemilik Kayu Kitchen

ini hanya membuka kedai makan

biasa seperti masakan panas.

Tetapi, memandangkan terlalu banyak

restoran masakan panas di kawasan

Changlun, pemilik Kayu Kitchen menukar

konsep makanannya dan dekorasi

restorannya. Dengan memilih konsep

zaman kini iaitu “hipster” dan makanan

barat . Selain itu, pemiliknya juga memilih

konsep yang berteraskan kayu iaitu

kerusi dan meja di sini kebanyakkannya

Diperbuat daripada kayu dan lebih

menarik ialah ia direka sendiri oleh

pemiliknya.Oleh itu, ia nampak unik dan

dapat menarik ramai pelanggan

terutamanya pelajar-pelajar Universti Utara

Malaysia dan juga penduduk setempat.

Harga makanan di Kayu kitchen

memang berpatutan di mana

pelanggan dapat menikmati

“lamb Chop “ berserta air dengan

hanya RM10. Dengan berkat

kesabaran pemiliknya,kini Kayu

Kitchen lebih dikenali dari

kalangan pencinta makanan.

Terdapat bermacam-macam

makanan yang menarik dan

luar biasa di sini seperti nasi

daging rusa, nasi daging

kambing, nasi daging lembu,

makanan barat serta

beraneka air yang sedap.

Menu yang paling popular di

sini ialah nasi daging rusa,

char keowteow sotong

manakala minuman pula air

Anzalna dan Teh Ais Larva.

Alaat:

Disamping itu, ada lagi

makanan barat lain

yang hanya RM 10.

Harga yang sangat

murah, berbaloi dan

berpatutan.

Kau Kithe, Lorog Pakta,

Batu, Kapug ‘aa, jala laa

Chaglu-“itok , Chaglu,

Kedah Darul Aa.

Tel: -8

Waktu operasi: . PM -. AM

ui hari rau

Jenis-jenis Durian

Mao Shan Wang/ Musang

King

Durian jenis ini merupakan durian

yang sangat tinggi permintaannya

kerana isinya yang

tebal dan rasanya yang manis.

Nama lain durian Musang King

ialah Butter Durian, Cat Mountain

King dan Raja Kunyit. Musang

King berasal daripada Kelantan,

Pahang dan Johor. Harganya

juga sangat tinggi iaitu

sekitar tiga puluh ringgit hingga

enam puluh ringgit untuk 1 kilogram.

Durian yang berkod D24 atau

nama lainya Sultan mempunyai

warna yang agak pucat dan

rasanya yang pahit tetapi

berkrim. Durian ini mempunyai

duri kasar yang tajam dan mudah

didapati di Johor, Pahang

dan Cameron Highlands

Red Prawn

Red Prawn ialah sejenis durian

yang mempunyai saiz yang

agak besar dan duri yang tebal.

Warnanya yang jingga

kemerahan menaikkan selera

penggemar durian. Durian ini

mempunyai rasa yang agak

manis dan sedikit melekit.

Bagi penggemar durian Red

Prawn ini, boleh dapatkan di

sekitar Pahang dan Johor.

Green Bamboo

Green Bamboo mempunyai

kulit yang nipis tetapi isi yang

besar. Durian ini boleh

didapati di sekitar Johor.

Black Pearl

Durian yang diberi nama Black

Pearl ini mempunyai warna

kuning cair yang agak pucat

dan rasanya yang sangat pahit

Golden Phoenix

Golden Phoenix atau nama

lainnya Jin Feng adalah sejenis

durian yang mempunyai rasa

yang tajam serta tekstur yang

agak berair. Warnya juga kurang

menarik iaitu kuning pucat

dan kadangkala berwarna

putih. Durian ini banyak terdapat

di Pahang dan Johor.

4 lokasi popular makan

durian secara buffet

Duduk di Malaysia ini tidak sah

sekiranya anda tidak makan durian

lebih-lebih lagi apabila tiba

musim durian. Buffet dengan

harga sepuluh ringgit atau ke

atas biasanya anda akan

dihidangkan dengan durian

kampung dan air kosong.

Gerai Durian di Wangsa Maju,

Seksyen 2 (berhampiran

burger Kaw-Kaw) 3. 6363 Durian

Stall,

Jalan Mergastua, Kepong Baru4.

Ting Siang Hock Trading’s,

Pulau Pinang

Jalan- Jalan Cari Makan

olongan vegetarian terbahagi

kepada beberapa kategori iaitu

‘vegens’, ‘lakto-ovo’, ‘laktovegetarian

dan semi vegetarian.

Vegens adalah mereka yang

langsung tidak makan hasil daripada

haiwan manakala, vegetarian lacto-ovo

adalah golongan yang mengelakkan

daripada memakan daging haiwan,

tetapi mengambil hasil tenusu seperti susu,

keju dan telur. Selain itu, ada juga sebahagian

orang yang tidak mengambil makanan

seperti daging dan telur, tetapi

mengambil hasil tenusu. Golongan ini

dikenali sebagai vegetarian lakto.

Terdapat banyak restoran vegetarian

telah dibuka di kawasan Kuala Lumpur

bagi memudahkan warga kolar putih dan

biru yang mengejar masa sehinggakan

tidak sempat membawa bekal ke tempat

kerja. Antaranya, Simple life healty vegetarian

restaurant, Sham’s cooked with

love, Restaurant Sao Nam dan Saravana

bhavan.

Simple life healthy vegetarian restaurant

adalah restoran halal orang cina

yang beroperasi di Suria KLCC. Restoran ini

dikenali orang ramai bagi makanan keistimewaannya

atau signature dishes yang

berkonsepkan organik. Antara menu yang

digemari ialah bubur organik, nasi goreng

rumpai laut, mee soya, kuah sayursayuran.

Di samping itu, harganya pula

berpatutan iaitu bermula dari RM11 hingga

RM20. Restoran ini beroperasi setiap

hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, ramai pengunjung kedai

memberi komen positif terhadap kebersihan,

servis dan persekitaran restoran ini.

Oleh itu, restoran ini sesuai bagi semua sama

ada golongan berpendapatan tinggi

mahupun rendah.

Restoran seterusnya adalah Sham’s

cooked with love yang terletak di Klay

Valley. Restoran ini terkenal untuk makanan

Asia dan makanan orang India.

Keistimewaan restoran ini adalah kemudahan

dan servis yang sedia ada. Misalnya,

pelanggan yang tidak mahu

menunggu lama di kedai atau risau makanan

akan habis kini boleh menempah

makanan atas talian dengan klik menu

yang dikehendaki. Bungkusan makanan

pula sampai ke tangan secara percuma

jika penempahannya lebih daripada

rm30. Tambahan pula, restoran ini mengamalkan

polisi ‘Go Green’ di mana makanannya

lebih berasaskan ovo-lacto vege

manakala, kotak bungkusan makanan

boleh di kitar semula.

Selain itu, Restoran Sao Nam pula

terkenal bagi makanan vegetarian Vietnam.

Kebanyakan makanan yang disediakan

di sini berasaskan sup dan restoran

ini juga menggunakan banyak sayur dalam

masakan mereka. Masakan istimewa

yang boleh didapati di sini ialah salad

mangga dan pancake Vietnam. Selain

menyediakan makanan, restoran ini juga

akan menyediakan kelas masakan kepada

orang ramai sekiranya cukup ahli.

Saravana Bhavan pula restoran

orang India yang mempunyai cawangan

di India dan Malaysia. Restoran ini bermula

secara kecil- kecilan sehingga mengembang

ke Malaysia. Masa beroperasi kedai

ini bermula pada 8.30 pagi hingga 11 malam.

Pelanggan boleh memilih dua jenis

makanan iaitu makanan ringan atau nasi.

Resepi setiap makanan mengandungi

rempah ratus asli orang India yang membuatkan

makanan lebih sedap serta

berapi. Pelanggan dihidangkan dengan

dua cara iaitu layan diri atau pesan set

makanan. Selalunya, set makanan dikira

sedikit mahal berbanding layan diri. Keistimewaan

restoran ini ialah mereka

menghidangkan makanan di daun pisang

kerana ia baik untuk kesihatan serta bersih.

Justeru itu, warga bandar kuala lumpur

tidak perlu memikir panjang untuk menukar

gaya pemakanan kepada lebih

sihat kerana kini terdapat banyak pilihan

untuk mereka bagi menjamin kesihatan.

-Thomas Keller

Resepi

Bahulu Sayang

Resepi kuih bahulu

Tepung gandum (dalam 250g)

Telur (10 biji)

Gula (400g)

Perasa vanilla atau perasa

pisang (secukup rasa)

Cara-cara membuat:

1. Pecahkan 10 biji telur dan masukkan ke dalam bekas mixer atau bekas batter

2. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi

3. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa

4. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar

menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)

5. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian

kembang.

6. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu

di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak

pada bekas acuan tersebut.

7. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh

kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang

biasa panggil 'bentat'.

Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak

kekuningan.

Soto Padang

Soto Betawi

250 gram daging lembu

2 liter air

1 bunga lawang

4 biji bawang putih,

2 sudu kecil garam

Minyak secukupnya

MENGORENG REMPAH YANG DIHA-

LUSKAN :

5 biji bawang putih

10 bijibawang merah

3 cm halia

1 sudu lada hitam

3 biji buah keras

1 sdm garam

3 cm lengkuas,

1 batang serai

3 helai daun salam

4 helai daun limau purut

3 biji buah pelaga

1 bunga lawang

BAHAN PELENGKAP :

Soun (rendam air panas sebentar)

Begedil kentang

Hirisan daun bawang

Hirisan daun sederi

Bawang goreng

Sambal lado merah

vs

500 gram daging lembu

1/2 butir kelapa parut dan ambil santannya

3 biji telur rebus

3 biji kentang rebus

2 biji tomato

Bawang goreng secukupnya

1 helai daun bawang

3 helai daun limau purut

1 hiris lengkuas

1 Batang serai, memarkan

Garam, gula secukupnya

Kisar rempah soto betawi:

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

5 buah keras

1 cm kunyit

1 cm halia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!