03.12.2016 Views

Publication1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jalan- Jalan Cari Makan

olongan vegetarian terbahagi

kepada beberapa kategori iaitu

‘vegens’, ‘lakto-ovo’, ‘laktovegetarian

dan semi vegetarian.

Vegens adalah mereka yang

langsung tidak makan hasil daripada

haiwan manakala, vegetarian lacto-ovo

adalah golongan yang mengelakkan

daripada memakan daging haiwan,

tetapi mengambil hasil tenusu seperti susu,

keju dan telur. Selain itu, ada juga sebahagian

orang yang tidak mengambil makanan

seperti daging dan telur, tetapi

mengambil hasil tenusu. Golongan ini

dikenali sebagai vegetarian lakto.

Terdapat banyak restoran vegetarian

telah dibuka di kawasan Kuala Lumpur

bagi memudahkan warga kolar putih dan

biru yang mengejar masa sehinggakan

tidak sempat membawa bekal ke tempat

kerja. Antaranya, Simple life healty vegetarian

restaurant, Sham’s cooked with

love, Restaurant Sao Nam dan Saravana

bhavan.

Simple life healthy vegetarian restaurant

adalah restoran halal orang cina

yang beroperasi di Suria KLCC. Restoran ini

dikenali orang ramai bagi makanan keistimewaannya

atau signature dishes yang

berkonsepkan organik. Antara menu yang

digemari ialah bubur organik, nasi goreng

rumpai laut, mee soya, kuah sayursayuran.

Di samping itu, harganya pula

berpatutan iaitu bermula dari RM11 hingga

RM20. Restoran ini beroperasi setiap

hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, ramai pengunjung kedai

memberi komen positif terhadap kebersihan,

servis dan persekitaran restoran ini.

Oleh itu, restoran ini sesuai bagi semua sama

ada golongan berpendapatan tinggi

mahupun rendah.

Restoran seterusnya adalah Sham’s

cooked with love yang terletak di Klay

Valley. Restoran ini terkenal untuk makanan

Asia dan makanan orang India.

Keistimewaan restoran ini adalah kemudahan

dan servis yang sedia ada. Misalnya,

pelanggan yang tidak mahu

menunggu lama di kedai atau risau makanan

akan habis kini boleh menempah

makanan atas talian dengan klik menu

yang dikehendaki. Bungkusan makanan

pula sampai ke tangan secara percuma

jika penempahannya lebih daripada

rm30. Tambahan pula, restoran ini mengamalkan

polisi ‘Go Green’ di mana makanannya

lebih berasaskan ovo-lacto vege

manakala, kotak bungkusan makanan

boleh di kitar semula.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!