09.12.2012 Views

Untitled

Untitled

Untitled

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tiga orang perempuan

yang tertera di sini ialah anak

kepada Sahib al-Fadhilah

Kiyai Fadhlullah Suhaimi

(dari kanan ke kiri:

Cik-cik Kamiliah,

Saadah, dan Saidah

Suhaimi yang pada masa

ini sedang menuntut agama

di Mesir. Kedatangan

ketiga-tiga anak Sahib

al-Fadhilat ini telah

Gambar Kulit

memeranjatkan orang-orang di Mesir oleh kerana dengan ketibaannya itu

baharulah rupanya diketahui di Mesir belum ada Sekolah-sekolah Tinggi

Perempuan sehingga pada permulaannya payah hendak meletakkannya

dalam perkara pelajaran ini. Juga kita tahu bahawa negeri

yang telah terpengaruh oleh tamadun Barat itu rupanya kaum ibunya

masih gah pada kulitnya sahaja kerana sehingga ini belum

Buku ini karangan Almarhum As-Syed Syeikh Hadi telah dicetak dua kali dalam tahun 1928 sekarang telah

356, Geylang Road, Singapore

2

ada seorang pun perempuan Mesir yang menjadi ahli parlimen

Mesir seperti yang ada di Indonesia. – Gambar Mastur Zahri

Kaherah khas bagi Qalam.

Gambar Hadiah

Gambar hadiah ini ialah gambar Presiden Sukarno

sedang duduk di dalam pejabatnya di Istana Merdeka, di Jakarta.

Oleh sebab keadaan yang suntuk maka kita berdukacita

tak dapat membuatnya dengan cukup baik dan dengan ini kita

meminta maaf kepada pembaca-pembaca – mudah-mudahan di belakang kelak

kita akan dapat menerbitkan gambar-gambar hadiah kita lebih

baik daripada apa yang ada sekarang. – Gambar A.F.B

Telah terbit! Buku yang menggemparkan!

Syafik Afendi dengan Faridah Hanum

dicetak semula dengan diberi kulitnya yang berwarna daripada gambar yang baik. Buku ini dijadikan empat penggal –

Insya-Allah akan diterbitkan berturut-turut dengan segera harga senaskhah $1.00 tambah pos 10 sen jika dipesan empat

penggal sekali tiada kena belanja pos.

Berdermalah kepada derma Nadrah!

Jika tuan-tuan membeli sekeping gambar cik Nadrah bermakna tuan-tuan bertanggungjawab kepada agama Islam kerana

hasil jualan gambar ini diserahkan kerana membelanya.

Pesanlah beramai-ramai !! Harga sekeping 50 sen lain belanja pos.

Qalam

Qalam

Majalah bulanan terbit tiap-tiap awal bulan Masihi.

Bilangan 6 – Januari 1951 – Senaskhah 50 sen

Maulid dan Tujuannya

Allahumma Salli Wasallam wa barik ‘Alaih - hari ini sebagaimana

biasa telah lazim di sana sini diadakan perayaan menyambut atau

memperingati Hari Maulid junjungan kita Muhammad bin

Abdullah (SAW) untuk mengenang jasa dan kemuliaan junjungan

kita yang telah menjadi pesuruh Allah membawa umatnya supaya

hidup menjadi khalifah di bumi Allah ini.

Sambutan itu diadakan dengan berbagai-bagai cara dan

gaya yang semua ditujukan oleh mereka ialah memperingati

hari yang berbahagia itu dan daripadanya adalah menjadi

bukti bahawa mereka tersangat kasih dan sayang serta

memuliakan kepada Rasulullah dengan sebab itu berzaman-zaman lamanya

turun menurun mereka menyambut dan memuliakan hari itu

semata-mata kerana menghormatinya.

Di dalam kita menyambut hari yang berbahagia ini, di dalam

kita memperingati hari diputerakan junjungan kita itu

maka hendaknya janganlah kita hanya beramai-ramai mengadakan kenduri

kendara mengadakan perarakan ini dan itu sahaja tetapi hendaknya

di dalam tiap-tiap kali kita merayakannya, di dalam tiap-tiap kali

kita mengadakan perayaan kerana sambutan itu maka hendaklah

kita adakan sesuatu yang membawa kepada kebajikan masyarakat,

sesuatu yang membawa faedah untuk membantu dan menyelamatkan

saudara-saudara kita yang susah sebab ia memberi pelajaran kepada

3

kita bahawa di antara kita sesama orang Islam itu

bersaudara - sakit sama sakit, senang sama senang. Bertolongan-tolongan

di antara satu sama lain supaya hidupnya bina membina.

Menurut pendapatan kita, dengan tidak tujuan kita

mengecilkan segala keraian yang diadakan, tidak ada faedahnya

sesuatu pun kita mengadakan sambutan itu kalau kita

tidak mengikut segala ajaran dan suruhannya, mengikut segala

jejak dan langkah yang dijalankannya untuk membina kedudukan

masyarakat kita yang pada masa ini boleh dikata di antara satu

sama lain telah bersifat nafsu nafsi iaitu suatu sifat yang

dikeji dan sangat dicela oleh junjungan kita sendiri

bahkan yang demikian itu telah pun diingatkan dan diamanahkan

oleh beliau supaya kita jangan bersifat sedemikian itu.

Sepatutnya di dalam perayaan atau di dalam kita mengulang

merayakan hari diputerakan junjungan kita itu hendaklah

kita mempelajari cara kehidupan dan cara pembangunan

yang diadakan olehnya sehingga perjalanannya itu ia telah

mempunyai pengikut yang bukan sedikit dalam masa yang singkat

yang keadaannya boleh diuji – tak luntur oleh sesuatu yang

mendatang kepadanya.

Keadaan kita hari ini adalah menghendaki supaya

kita berbalik semula ke pangkal yakni mengikut jejak dan

cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah (SAW) untuk

membina semula kedudukan kita yang kucar kacir dan

pecah belah itu dengan membawa suatu cara kepada binaan yang kuat –

kuat tidak akan dapat dipecah oleh anasir-anasir yang dari

satu masa ke suatu masa sememangnya mencari jalan sama ada

terang atau tidak, untuk meruntuhkan perdirian dan keimanan

tiap-tiap seorang Muslim.

Untuk hal yang demikian itu hendaklah kita mengulang

tawarikh bagaimana Rasulullah (SAW) mengadakan binaan yang kuat

supaya umat dapat berdiri tegak mempertahankan kemuliaan dan

kesucian agama Allah yang dibawa olehnya. Rasulullah (SAW)

pada mulanya adalah terlebih dahulu menunjukkan kepada umat yang

sangat taksub pada masa itu bahawa ia itu seorang yang amanah

dan tulus ikhlas, tepat memegang janji yang menjadikan ia

sungguhpun muda telah mendapat gelaran Al-Amin (orang yang

dipercayai) sehingga pada suatu masa kerana penuh kepercayaan

orang kepadanya maka ia telah diserahkan suatu pekerjaan bagi

menyelesaikan suatu masalah yang harus membawa perpecahan dan

perbalahan yang hebat di antara bangsanya iaitu tatkala orang-orang

hendak mengangkat batu Hajaratul Aswad kepada tempatnya semula.

Apabila kepercayaan itu telah ada maka Rasulullah (SAW)

memulai binaan itu dengan memasukkan faham-faham yang kuat kepada

batin sahabat-sahabatnya dengan meletakkan perasaan tauhid mengesakan

Illahi yang dengannya setelah mereka itu mempunyai keyakinan yang

teguh maka sahabat-sahabat tadi pun menerima ujian-ujian kerana

Allah telah berfirman maksudnya “Adakah manusia itu mengira bahawa

ia akan dibiarkan berkata “Kami telah beriman, dengan

tidak mendapat cubaan? “ dengan ini maka percubaan-percubaan

itu telah datang dengan hebatnya kepada Rasulullah (SAW)

dan kepada sahabat-sahabat sehingga kerana kepercayaan

mereka yang kuat itu berbagai-bagai penderitaan telah ditanggung

mereka. Berbagai-bagai azab sengsara telah dirasai mereka bahkan

keluarga Rasulullah (SAW) sendiri telah menanggung suatu

penderitaan tatkala barang-barang tidak akan dimasukkan kepada

kawasan mereka sehingga mereka menanggung lapar tetapi kerana

iman mereka masing-masing tebal dan percaya bahawasanya Allah

akan menolong mereka, semuanya itu diterima dengan berasa

syukur dan megah dengan tidak sedikit pun mengeluh serta

menyerahkannya kepada kekuasaan Illahi dengan sepenuh-penuhnya yang tidak

ada tolok bandingannya di dalam tawarikh dunia.

Pada masa itu mereka-mereka yang bersefahaman belum pun berapa

kuat dan Rasulullah (SAW) mengadakan pelajaran-pelajaran Islam itu

hanya kepada beberapa orang sahaja tetapi sungguhpun sedikit

keyakinan mereka sangat kuat tak lapok dek hujan –

tak lekang dek panas tetap memegang apa yang diyakini

4

mereka tetapi sungguhpun begitu Rasulullah (SAW) berpendapatan

belum juga tiba saatnya yang Rasulullah (SAW) akan keluar

berterang-terang menunjukkan fahamannya itu kepada umat yang di dalam

kesesatan yang mempunyai tabiat seperti batu yang pejal kerasnya.

Yang demikian itu tidak lama antaranya kerana apabila

Saidina Umar telah bersekutu mengesakan Allah maka pada masa

itulah baharu mulai Rasulullah (SAW) berterang-terang menyeru umat

mentauhidkan Allah dan sudah tentu perbuatan yang berterang-terang

itu menerima sambutan-sambutan yang hebat yang akhirnya menjadikan

Rasulullah (SAW) berpendapatan dan menerima perintah supaya

berhijrah ke Madinah untuk meluaskan faham-faham itu supaya

kelak daripada tempat berhijrah itu dengan sendirinya faham-faham yang

bersendiri itu akan nampak dari jauh bersinar-sinaran

menyinari mereka-mereka yang memandang dari jauh supaya mereka

mempunyai keinginan kepada barang yang benar yang cemerlang itu.

Dalam pepindahan inilah tergambar suatu cara kehidupan

yang luar biasa, cara persaudaraan yang tidak ada tolok

bandingnya di atas dunia ini di antara sahabat-sahabat Ansar dan

Muhajirin sehingga ada di antara mereka itu yang melebihkan

ikatan yang kuat bertauhid mengesakan kebesaran Allah bukan

untuk maslahat diri tetapi untuk maslahat berjihad kepada

jalan Allah berharap kepada keredhaan dan kelimpahan-Nya.

Dalam persahabatan ini dapat kita perhatikan bagaimana

tulus ikhlas di antara masing-masing itu. Sahabat yang

Muhajirin yakni yang berpindah dari Mekah tidak mahu menerima

pemberian yang begitu sahaja untuk melepaskan kelemahan

hidupnya. Ia menerima pertolongan daripada sahabatnya Ansar

(orang Madinah) itu dengan mengambilnya dibawa berusaha dengan

diberi keuntungan di bahagian dua sebab kepada mereka telah

diajarkan kepada yang lemah itu hendaklah diberi pertolongan bukannya

menyuruh orang itu malas tetapi pertolongan yang diberi itu

ialah supaya ia bekerja mencari kekayaan di bumi Allah ini

dengan tenaga dan usahanya sendiri dengan sekadar

bantuan itu sebagai permulaan usahanya juanya bukannya

sebagai sedekah kerana orang yang meminta sedekah itu ialah

seorang yang rendah amnya.

Dengan cara-cara yang demikian ini tidak lama antaranya maka

binaan ini semakin kuat dan sungguhpun iktisad pada

masa itu tidak berapa tegap tetapi Rasulullah (SAW)

telah memulai melangkah memasuki siasah kerana apabila siasah

telah ada maka sekalipun kedudukannya lemah di dalam iktisad

tetapi suara siasah lebih kuat untuk mempengaruhi mereka-mereka

yang di luar daripada lingkungannya yang telah mencuba pula mendatangkan

lingkungan, yang telah mencuba pula mendatangkan kekacauan

sama ada dengan jalan yang terang ataupun dengan jalan yang sulit

sehingga terbitlah langkahannya itu sebagai sebuah kerajaan

yang teratur dan tersusun dengan sempurnanya yang belum pernah ada

seumpamanya.

Pendeknya di dalam masa kita menyambut memperingati hari

diputerakan junjungan kita ini tidak sempurna segala

sesuatu itu dan segala sesuatu akan menjadi mubzir

jua kalau pada masa itu kita tidak menyentuh atau meniru

sunnah-sunnah yang dikehendaki yakni mengadakan suatu binaan yang

berupa dan janganlah hendaknya kita menghabiskan wang

berpuluh-puluh ribu mengadakan jamuan makan dan sebagainya tetapi

kesannya tidak sedikit pun ada kepada masyarakat kita

sehingga habis masa makan, habis masa perayaan

habislah riwayatnya, tamatlah kisahnya sedang masyarakat kita,

sedang fakir dan miskin kita, sedang perempuan-perempuan janda

kita dan sedang anak-anak yatim kita telah lari ke lain-lain

agama oleh kerana kecuaian kita, oleh kerana tidak ada

tempat kita yang diuntukkan kepada mereka yang lemah dan tidak

berupaya itu. insaflah kepada keadaan yang demikian itu dan

inilah maknanya kita menyambut atau kita memberi selawat kepada

junjungan kita Muhammad (SAW) adanya.

5

m

H

M

D

Muhammad Rasul telah tera’lam

Membawa wahyu terang tersulam

Menerangkan kebenaran yang telah kelam

Memperbaiki akhlak manusia di alam

Halim sabar maksum saleh

Hafaz firman disampaikan sarih

Hiba ke umatnya dilarang talih

Hal keadaannya dipandang malih

Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam

Menerima kuasa yang amat karam

Mensyafaatkan umatnya dari jahanam

Memasukkan pula ke Darussalam

Diberinya tau Allah Ahad

Dan lagi pula ianya Samad

Dan tidak beranak tak pula yulad

Dianyalah diibadatkan hingga ke lahad

Harun D. L Singapura

Maksudnya perkataan di dalam syair ini :

Halim – pembalas

Maksum – tidak berdosa

Sarih – berterus terang

Hiba – cinta

Talih – fasik

Malih – cantik

Lahad – liang lubur

MUHAMMAD

m

H

M

D

(oleh Edrus)

Di bawah tajuk seperti yang di atas ini saya telah menulis

menggambarkan ke mana umat Melayu akan dibawa oleh Dato’

Onn di dalam buku amaran yang saya terbitkan tidak lama

dahulu yang kemudiannya, bagi setengah-tengah pihak, disambut dan

bagi setengah pihak pula terutamanya pihak orang-orang yang

kasihkan Dato’ Onn memandang bahawa tulisan saya itu

adalah tidak mempunyai asas yang tetap dan pandangan yang

saya beri di dalamnya hanya satu pandangan yang singkat jua

yang tidak membandingkan kepada keadaan dan kedudukan orang-orang

Melayu hari ini.

Hal Ehwal Tanah Air

Ke Mana Kita Hendak Dibawa…?

Jika saya tidak khilaf saya telah menelah bahawa

berdirinya UMNO (ringkasan nama daripada Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu) itu sesudah Dato’ Onn memandang bahawa

yang demikian ia nampaknya bekerja hanya bagi faedah umat

Melayu dan raja-rajanya sedang ia dari semasa ke masa akan

terletak ke bawah juga lalu ia dengan perlahan-perlahan, semenjak

daripada perjumpaan di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah

meminda perjalanan UMNO itu kepada menyatukan bangsa-bangsa

dagang ke dalamnya yang pada permulannya hanya konon-kononnya

hanyalah sebagai orang-orang yang bersekutu ke dalam pertubuhan itu.

Tetapi apabila ia membuat itu semakin terang maka yang demikian

telah nampak kesan-kesannya dan terbitlah bantahan-bantahan yang hebat

yang menjadikan Dato’ Onn menarik diri daripada UMNO yang

menjadikan pula suatu sebab mereka-mereka yang membantah tadi

hilang akal oleh kerana mereka berperasaan bahawa dengan tidak

6

adanya Dato’ Onn di dalam UMNO itu seolah-olah kepala hilang

nakhoda dan yang demikian pada akhirnya Dato’ Onn sanggup

menerima semula menjadi Yang Dipertua Agong UMNO setelah ia

meminta tiap-tiap wakil itu berikrar taat kepadanya.

Dengan pengakuan mereka itu kepada Dato’ Onn maka

apakah kebenaran yang terjadi kepada lingkungan mereka? Jawabnya

mereka terikat kepada “Suatu perjanjian mesti taat

kepadanya” dan setelah beberapa lamanya berjalan maka tersiar

di dalam akhbar Straits Times pada 21 November 1950 bahawa

Dato’ Onn mengehendaki orang-orang yang taat tadi menyertai

atau mengikut kemahuannya menukar nama pertubuhannya daripada

“United Malay National Organisation “kepada “United

Malayan National Organisation” yang menurut kata Dato’ Onn

tidak mengubah daripada bunyi UMNO jua.

Sekarang terang dan nyata kepada kita bahawa sebagaimana saya

sebut di dalam buku saya itu Dato’ Onn nampaknya telah

menghendaki supaya bangsa Melayu ditukar kepada bangsa Malayan

yang sudah tentu akan dibantah oleh orang Melayu umumnya bahkan

oleh sebahagian besar daripada orang-orang yang mengasaskan UMNO

yang telah nampak riak-riaknya menyatakan bahawa perbuatan menukar nama

itu yang bermakna meleburkan bangsa Melayu kepada bangsa Malayan.

Itu ialah suatu langkah yang diambil oleh Dato’ Onn memecah

belahkan ahli-ahli UMNO sendiri sebab walau bagaimanapun

orang Melayu itu akan hilang bangsanya di dalam negerinya

sendiri bertukar menjadi bangsa Malayan. Yang jika

terjadi yang demikian itu ialah kerana “ Kebijaksanaan” Dato’

Onn membawa orang Melayu mengikut alun dan kemahuan

yang dikehendaki oleh pertadbiran di Semenanjung Tanah Melayu

yang konon-kononnya untuk menghapuskan perasaan perkauman supaya

Tanah Melayu tidak akan jadi Palestin yang kedua –

sebagaimana yang disebut oleh Tuan Malcolm McDonald

di Paris – tetapi hakikatnya langkahan itu adalah lebih-lebih

lagi akan merosakkan kedudukan yang sedemikian itu dengan

kerana tidak masuk kepada akal dapat disatukan di antara

kaum-kaum yang berlain-lainan adat istiadat dan kebudayaannya menjadi

satu yang jika berhimpun akan menjadi sekandang tak sebau

bahkan sudah tetap kerana desakan-desakan anak-anak dagang yang kuat

iktisad dan lekas biaknya itu di dalam 20 tahun lagi

orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu keadaannya kelak, semudah

menjadi bangsa Malayan, menjadi seperti orang Melayu

di Singapura setahun demi setahun surut ke darat dan

keadaannya telah menjadi umpama “Ayam mati di atas padi”

negeri makmur dan kaya raya tetapi orang Melayu di Singapura

miskin dan papa. Semacam inikah yang hendak dibuat

kepada orang Melayu oleh Dato’ Onn sebagai suatu jasa

kepada bangsanya?

Bertukarnya nama Melayu kepada Malayan di dalam UMNO itu

maka tiga asas UMNO yang didirikan dahulu – setia kepada

Raja, setia kepada negeri dan setia kepada agama itu akan

hancur lebur. Raja-raja Melayu tidak terdiri melainkan

dengan adanya rakyat jelatanya orang Melayu dan bangsa Melayu.

Dengan berdirinya bangsa Malayan maka gugurlah punca yang pertama

tadi bahkan yang ketiga pula sudah tentu akan hapus iaitu

taat kepada agama akan hilang daripada kamus UMNO dan di sini

nampaklah dengan nyatanya bahawa dakyah-dakyah agama yang digunakan kepada

menarik orang-orang Melayu bersekutu di dalam UMNO itu

sebagai suatu helah atau muslihat supaya ramai orang-orang

bersekutu di dalam UMNO dan apabila ramai orang-orangnya maka

agama dicampak. Adakah orang Melayu redha mensesiakan agamanya

7

yang kelak dengan kerana itu keluasan di dalam perjanjian

Federation yang memberi kuasa penuh kepada tiap-tiap buah

kerajaan Melayu itu atas agama dan adat istiadatnya

dengan sendiri akan hilang dan akan terbenam dan dengan

demikian hapus sama sekali hak-hak siasah orang Melayu yang

itulah sahaja pusaka yang ada kepada mereka itu!?

Yang tinggal hanyalah taat kepada negeri. Adakah Dato’

Onn berpendapatan bahawa anak-anak dagang yang diajaknya duduk sama

rendah dan berdiri sama dengan anak-anak Melayu itu akan

dapat taat kepada negeri Melayu? Orang Melayu yang telah mengetahui

dan melihat apa yang telah berlaku dan apa yang terjadi di sini.

Orang Melayu telah mengetahui kepada “kebaikan” anak-anak dagang

dari semasa ke semasa kepada orang Melayu bahkan orang Melayu

sendiri mengetahui dan melihat bagaimana cara pertadbiran

yang ada sekarang yang dari setapak ke setapak nampaknya telah

memesongkan dengan berterang-terang melebihkan anak-anak dagang dan

mengenepikan orang Melayu sama ada di dalam peluang pelajarannya

apalagi di dalam iktisadnya jangan dikata lagi bagaimana

pahitnya yang dideritai oleh pegawai-pegawai Melayu. Sedangkan

di dalam ada mempunyai hak-hak siasah sudah demikian ini keadaannya

penderitaan orang Melayu apa pula kelak dilebur ke dalam bangsa

Malayan maka sudah tentu orang Melayu keadaannya di negeri

Melayu lebih buruk daripada penduduk di Singapura ini dan

percayalah bahawa jika terjadi langkahan itu orang Melayu

akan celaka dan binasa.

Apakah yang akan dibuat oleh orang-orang UMNO yang mahu insaf

kepada merbahayanya yang dibawa oleh langkahan Dato’ Onn itu?

Juanya menetapkan dasarnya dan memaksa supaya dasar itu

didirikan dan jikalau sebahagian daripada mereka itu tidak

berupaya menentang segala rancangan dan cita-cita Dato’ Onn

itu dengan kerana banyak “rakan sejawatnya” maka lebih baik

mereka itu mendirikan pertubuhan bagi kesiapan yang kedua iaitu

mendirikan pertubuhan siasah yang berdasarkan agama Islam

yang saya percaya keadaannya akan lebih

luas dan mempunyai hak-hak yang

cukup mendirikan dasar-dasar

yang termaktub di dalam perjanjian

Federation bahawa orang Melayu bebas

di dalam agama dan adat istiadatnya.

Yang demikian sepatutnya diperhati oleh

tiap-tiap orang besar-besar Melayu sama ada

raja-rajanya ataupun lainnya dan untuk

cita-cita ini hendaklah diberi ingat

kepada mereka-mereka yang berketanggungan supaya

apabila berdiri pertubuhan siasah

yang berdasarkan agama itu kelak jangan

lagi dihidup-hidupkan perasaan bermuda

bertua, perasaan bermusuh-musuhan tentang

faham-faham di dalam purung-purung agama sebagaimana

yang biasa dahulu dihalangi-halangi yang terbitnya harus daripada

anasir-anasir yang memandang bahawa agama Islam itu jika berdiri

di sini akan memberikan ingat kepada penduduknya menjauhkan

daripada perasaan takluk kepada penjajahan ataupun kepada

kehendak yang berleluasa kepada tiap-tiap seorang yang memegang teraju

pemerintahan negeri sebagaimana keadaannya yang telah lalu. Percayalah

di dalam keadaan yang sedemikian ini orang Melayu akan dapat

diselamatkan hanya dengan menunaikan hak siasah mereka dengan

berdiri di atas agama – bukannya agama itu

ditopeng-topengkan untuk maslahat anasir-anasir yang berdiri

di belakangnya.

Mudah-mudahan tulisan ini akan mendapat perhatian

umat Melayu terutamanya ahli-ahli UMNO. Kita orang Melayu

wajib mendirikan taraf kemuliaan bangsa kita. Kita

Yang Maha Mulia Sultan Johor tatkala menandatangani perjanjian Federation

8

di Istana di Johor Bharu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini

adalah dipandang kerana mengawal maslahat dan bangsa Melayu tetapi yang demikian

itu sekarang telah dicuba dengan suatu panduan oleh Dato’ Onn supaya

dimiliki oleh orang-orang Malayan – Gambar Jabatan Perhubungan Raya.

orang Melayu mesti menegakkan bangsa kita untuk selama-lamanya

di atas tanah bumi Melayu walaupun kita duduk di dalam

pancaroba yang maha dasyat yang datangnya bukannya sahaja daripada

bangsa asing tetapi juganya daripada bangsa Melayu sendiri

yang nampaknya digunakan sebagai perkakas untuk

mendirikan faedah orang lain bukan orang – sekalianlah

dahulu adanya.

Tidak dapat engkau mencapai walau sedikit pun daripada

apa yang engkau gemari melainkan dengan sabar atas yang banyak

daripada apa yang tidak engkau gemari – kata Hukama.

Tuntutan Mesir mengeruhkan lagi Keadaan Dunia

Kedudukan yang hebat harus terjadi sesudah

kejadian Korea ialah tuntutan Mesir memansuhkan perjanjiannya

dengan kerajaan British pada 26 ogos 1936 dengan menuntut

supaya askar-askar British dikeluarkan daripada kawasan

terusan Suez. Tuntuan itu telah diisytiharkan oleh

Al-Malik Farouk Raja Mesir pada pertengahan bulan November 1950

dalam masa membuka persidangan parlimennya.

Tuntutan ini adalah mengejut dan memeranjatkan oleh kerana

dalam masa kegentingan dunia pada masa sekarang suatu tuntutan

Mesir yang nampaknya akan menyampaikan tuntutan mereka dan

harus menggunakan kekerasan adalah menjadi suatu

perkara yang membayangkan kejadian itu akan berlaku jika

tidak di dalam sedikit masa akan terbit juga apabila

berbangkit peperangan dunia yang ketiga yang riak-riak nampaknya

menunggu saatnya jua lagi.

Menurut perjanjian bulan Ogos 1936 yang

ditandatangani di London itu telah bersetuju bahawa pendudukan

tentera British di sana ditamatkan, Mesir dipersetujui

masuk dalam Lembaga Bangsa-Bangsa, bertukar-tukaran menteri-menteri

utusan (duta) dan membenarkan kerajaan British meletakkan

sepuluh ribu askarnya bersama-sama dengan 400 orang angkatan

kapal terbang di kawasan terusan Suez.

Tegahan pertadbiran Mesir di Sudan semenjak tahun

1924 telah dihapuskan. Perjanjian itu boleh dibuat semula

selama 20 tahun ataupun 10 tahun kemudian daripada tarikh

itu. Perjanjian itu buat sementara memuaskan orang-orang

Mesir terutamanya apabila melihat ugutan-ugutan Itali pada masa

itu di sempadannya bersama-sama berperang di dalamnya oleh sebab

sama ada terpaksa atau tidak Mesir mesti berdiri bersama-sama

bagi menyelamatkan jalan lalu lalang di terusan Suez yang

sangat mustahak itu. perjanjian ini ditandatangani bagi

9

pihak Mesir oleh An-Nahas Basya yang pada masa itu menjawat

jawatan Perdana Menteri sekarang ini juga menjadi Perdana

Menteri yang menghendaki supaya perjanjian itu dirombak

dan menuntut kemerdekaan yang tepat atas Mesir dan menghendaki

juga supaya Sudan terletak di bawah pemerintahannya.

Oleh kerana perdirian Jemaah Menteri An-Nahas Basya

yang ada hari ini berdiri di atas asas rakyat jelata Mesir

maka bolehlah dikatakan tuntutannya itu adalah dengan kemahuan

rakyat jelata dan dengan demikian tidaklah hairan banyak

kejadian-kejadian perarakan-perarakan yang hebat menghendaki supaya

kerajaan mendatangkan kekerasan atau berkeras menyampaikan

tuntutan mereka itu kepada kerajaan British yang jika tidak

mahu keluar dikehendaki mereka itu dengan berjuang. Inilah

perkara sekarang yang diperjuangkan oleh umat Mesir yang telah

melihat dan mengalami bahawa sesuatu itu tidak akan didapati

mereka di dalam masa aman dan sejahtera oleh kerana sudah

teradat kepada penjajahan-penjajahan Barat ia tidak akan melepaskan

sesuatu itu dengan begitu sahaja – sebagaimana yang telah pernah

dijanjikan mereka kepada mereka itu.

Daripada riak-riak yang ada maka tuntutan Mesir menghendaki

supaya tentera-tentera British keluar daripada tanahnya adalah

disokong oleh negeri-negeri Arab yang lain juga oleh

Syuruk Al-Ardan yang terkenal sebagai sebuah kerajaan Arab yang

kecil yang sangat “kasih” kepada kerajaan British.

Selain daripada tuntutan itu Mesir menuntut juga supaya

kerajaan British membayar hutangnya sebanyak 400 million pound

emas yang telah dipinjamnya kepada kerajaan Mesir di dalam masa

Perang Dunia yang Kedua dahulu.

Adakah tentera British akan keluar daripada terusan

Suez? Inilah menjadi suatu soal yang sangat payah

hendak menjawabnya. Terusan Suez itu ialah tali

perhubungan di antara kerajaan-kerajaan Barat dengan Timur Jauh.

Perhubungan di dalam masa perang akan terganggu apabila terusan

itu tertutup. Segala kapal-kapalnya terpaksa berpusing menerusi

Tanjung Pengharapan di Selatan benua Afrika yang sudah tentu akan

memakan masa yang lanjut yang jika terjadi sesuatu peperangan

yang serta merta sudah tentu keadaannya akan lumpuh terutamanya

bekalan-bekalan minyaknya sememangnya ada atau tertumpu di kawasan-kawasan dan

daerah teluk Parsi.

Menyerahkan terusan Suez kepada kerajaan Mesir bermakna

meletakkan perhubungannya dengan Timur Jauh itu dengan ihsan

kerajaan Mesir dan jika kerajaan Mesir berkecuali di dalam

peperangan dunia yang akan datang maka teranglah bagaimana bencana

yang akan dihadapi olehnya. Dengan itu pihak kerajaan

British dengan terang-terang menyatakan bahawa ia tidak akan keluar

daripada terusan Suez dan suaranya itu disokong pula oleh

kerajaan Amerika, sokongan yang mana

menaikkan kemarahan penduduk-penduduk di Mesir

kepada kedua-dua kerajaan itu terutamanya

kepada kerajaan Amerika yang telah pun

menunjukkan perasaan-perasaan permusuhan

di antaranya dengan Mesir di dalam masa yang akhir-akhir

ini terutamanya kepada cercaan-cercaan yang hebat

terhadap kepada Raja mereka itu iaitu

perkara-perkara yang dapat kita ketahui adanya

dari semasa ke semasa yang selalu menyebarkan

berita-berita yang buruk melalui Associated

Paris terhadap kepada Raja Farouk.

Di dalam masa menulis ini perundingan

di antara ahli-ahli siasah kedua-kedua kerajaan

itu sedang berjalan tetapi keputusannya

belum didapat. Sementara itu penuntut-penuntut

di Mesir telah meruap-ruap perasaannya, darahnya

telah mendidih naik kegembiraannya

menuntut supaya tentera British dilapangkan

10

dari bumi Mesir dengan serta merta. Masa juga yang akan

menetapkan adakah tuntutan Mesir akan disudahi dengan

menggunakan senjata sekiranya British tidak mahu

meninggalkan negerinya?

Patut disebut apabila terbit tuntutan-tuntutan Mesir semenjak

tahun 1916 maka telah dipersetujukan bahawa tentera-tentera British

keluar daripada daerah Kaherah pada tahun 1949 dan dengan

demikian maka yang tertinggal lagi ialah tentera-tenteranya di terusan

Suez untuk menjaga keselamatannya di dalam daerah itu.

Dunia sekarang sudah memandang dengan tepat kepada kejadian

itu kerana di sebalik kepayahan-kepayahan yang dihadapi itu maka telah

terlihat dengan nyatanya merbahaya di Korea itu jika dijangka membawa

kepada Perang Dunia yang Ketiga maka harus dalam masa itulah

Mesir akan melangkah mengerasi supaya terusan Suez itu

diletakkan di dalam kuasanya adanya.

Jeneral-jeneral Mesir sedang memerhati keadaan peta medan perjuangan di Palestin

dalam mana banyak tentera-tentera mereka telah dihantar ke sana kerana mempertahankan

kemuliaan tanah suci ini sedikit masa yang lalu.

Hal Ehwal Tanah Air

Nama tidak menjadi pokok jika tidak mengeliru dan mengkecewakan

Nama yang belum dijadikan semboyan keputusan atau ikrar

bersama, atau nama yang belum melekat ke bumi dan mengikut tabiat

dan keadaan penduduknya yang asli tidaklah menjadi pokok

politik. Tetapi nama itu telah menjadi pokok sesudah

diikrarkan bersama dan keputusan yang diambil bersama. Atau

nama itu telah berurat berakar tunjang yang tak boleh diganjak

jika diganjak ia mati maka namanya tidak seniak diubah

kecuali jika pokok itu telah subur menurut kehendak dan

tabiat hidupnya maka bolehlah diberi nama yang munasabah nanti.

Nama Melayu boleh diibaratkan seperti pokok atau kebun

yang telah sedia tumbuh dan bertanam dan telah beransur-ansur

membesar memperjuangkan hidupnya dari berabad-abad manakala Malayan

ibarat suatu benih lain yang baharu sekadar baharu semenanjung

ini bernama Malaya. Maka benih yang bernama baharu (Malayan)

itu tidaklah biasanya menukarkan nama kebun (yang bernama Melayu)

yang asal dinamakan dan dipersetujukan bersama sebagai takrif

kebun itu yang telah sedia terkenal.

Perjuangan ialah memperjuangkan cita-cita

Cita-cita berdasar kepada kepercayaan dan kebenaran yang adil,

dari cita-cita ditimbulkan jadi keputusan bersama, dari

Perjuangan Kebangsaan di Malaya

Di dalam Qalam bilangan 3 dengan ringkas telah saya terangkan perjuangan kebangsaan kita sekarang di Malaya ini iaitu

kebangsaan Melayukah atau Malayankah. Dalam makalah itu telah saya berikan tegasan bangsa Melayu dari zaman berzaman lagi

telah memperjuangkan kebangsaan Melayunya hingga kepada keputusan nama yang diambil bersama dalam persidangan bangsa Melayu pada

bulan Februari 1946 di Kuala Lumpur itu. Tegasnya itulah tugas membaharui azam perjuangan kebangsaan Melayu yang

merupakan kebulatan bangsa Melayu menentang hendak meMalayankan Melayu dengan didatangkan rancangan Malayan Union itu. Saya

harap bangsa Melayu yang berketanggungan seluruhnya memahamkan betul-betul kandungan makalah itu.

(oleh Dr Burhanuddin)

11

keputusan bersama dijadikan akidah atau anggaran dasar,

anggaran dasar itu jadi pedoman azam dan perjuangan

mencapai cita-cita.

Telah berulang-ulang dari zaman berzaman turun temurun bangsa

kita memperjuangkan Melayu – bangsa Melayu – kebangsaan Melayu –

tak Melayu hilang di dunia. Nasib Melayulah dengan nama dan

tujuan cita-cita Melayulah bersambung menyambung terus menerus

diperjuangkan sehingga lepas Perang Dunia Kedua, bangsa Melayu

merupakan perjuangannya kanan dan kiri tetapi semuanya

satu cita-cita azam dan tekad iaitu perjuangan

kebangsaan Melayu.

Bangsa atau baka Melayu, Jawa Bugis dan lain-lain di seberang

sana untuk menjadi semboyan perpaduan mereka mengambil

keputusan bersama memakan perjuangan cita-cita kebangsaannya dengan

nama Indonesia. (Tidak dengan nama Netherland East

Indies) sekali diputuskan terus diperjuangkan hingga

terdiri kemerdekaan kebangsaan Burma.

Di Hindustan yang ada berbagai-bagai bangsa itu pun

menyimpulkan cita-cita kebangsaannya dengan nama kebangsaan India

lalu tidak ditukar-tukar lagi sehingga India merdeka.

Beberapa bangsa yang datang ke Amerika itu mempadukan cita-cita

kebangsaannya dahulu dengan nama kebangsaan American.

Gerakan kebangsaan Melayu bukan baharu malah perjuangan

pusaka zaman berzaman sambung menyambung – berulang-ulang

dengan nama bangsa Melayu – kebangsaan Melayu hingga tahun

1946 belumlah ada pertubuhan kebangsaan Malayan hanya baharu ada

gerakan hendak menuntut hak berbangsa atau berkebangsaan di Malaya

sedang gerakan kebangsaan Melayu telah beberapa kali bersidang

berkongres yang telah jadi cita-cita – azam tekad

perjuangan – kebangsaan Melayu.

Melanggar keputusan dan ikrar bersama bererti khianat

Keputusan dan ikrar bersama dipandang dari mana segi

perjuangan dan faham wajib diperjuangkan terus oleh

tiap-tiap yang berketanggungan sehingga keputusan atau ikrar itu

diperbuat dan dirombak bersama demikianlah cara menjalankan

hak dan keadilan yang diamanahkan oleh persidangan, rakyat

atau bangsa. Sebelum ada rombakan atau pindaan bersama maka

keputusan wajib diperjuangkan hingga tercapai cita-cita

yang murni itu.

Kita bangsa Melayu hendaklah ingat betul-betul jangan hendaknya

terkena lagi seperti yang sudah-sudah dikenakan orang dan berakhir

dengan sesal kemudian.

Kita bangsa Melayu telah berazam berikrar dan telah

berjuang dari kiri dan kanan memperjuangkan cita-cita

kebangsaan Melayu tidak pernah memperjuangkan cita-cita kebangsaan

Malayan malah telah ditentang lebih-lebih oleh pihak kanan manakala

dari pihak kiri demikian jua tidak sekali-sekali untuk

kebangsaan Malayan tetapi berusaha keras cuba memimpin

golongan-golongan Malayan itu memperjuangkan bersama cita-cita kebangsaan

Melayu penduduk asli bumiputera Malaya yang menjadi pokok

dan asas kebangsaan di Malaya. Hal ini nyata sekali

jika dihalusi dari keputusan-keputusan tugas anggaran dasar

oleh bangsa kita yang berfaham kiri dahulu itu. Tidak

sekali-sekali Melayu hendak dijadikan Malayan tetapi Malayan

jadi kebangsaan Melayu. Demikianlah caranya proses kebangsaan

12

Melayu yang sebenarnya telah berjalan dan diperjuangkan dari

kiri dan kanan sebelum tanah air kita didatangkan dengan

undang-undang darurat.

Beralah bererti tewas dan kalah

Kebangsaan Melayu seperti diterangkan telah jadi cita-cita

azam dan tekad yang telah diperjuangkan bersama oleh bangsa

Melayu. Kerana jauhnya gostan ke belakang sebelum datang darurat

sebahagian golongan kanan bangsa kita dan sesudah darurat

terdesak mesti mara dan gohek hendak menukar enjin

pimpinan Melayu kepada nama dan pimpinan Malayan dan ke arah

itu pula hendak dicuba menyatukan bangsa Melayu. Cara

dan langkah yang begini ialah kehilangan arah dan kepercayaan,

beralah dan menyerah diri tak bersyarat, kiong seperti ayam

kekalahan mengakui perjuangan orang lain. Meleburkan

perjuangan sendiri dan menegakkan kepentingan orang lain

Na’uzubillah minn Syurur Anfusana.

Alangkah khianatnya menggunting di lipatan.

Hakikat bangsa Melayu sekarang bukan berharapan dengan

Malayan lagi tetapi telah meninggalkan Melayu kecil menuju

arah besar dan raya.

Persatuan Ular dan Belut

Bangsa Melayu janganlah mabuk kepayang dan jangan mahu

terkena dan terkenjal lagi. Cita-cita kebangsaan Melayu pada

pokok politiknya belumlah tercapai apa-apa lagi. Kerana

gostan yang telah lalu dari segolongan kanan. Baki-baki kekuatan

Melayu yang ada dalam pertadbiran atau dikatakan pertadbiran

sekarang itulah ada tidaknya Malaya ini hak Melayu. Dari

segi ekonomi dan pelajaran Melayu telah ketinggalan.

Kubu Melayu mesti diperteguh dan dipertahankan lebih dahulu.

Tingkah kandang perjuangan yang dipalu oleh kebangsaan Melayu

yang berfaham kiri dahulu belum pun dapat ditarikan oleh

segolongan kanan. Kerana proses kebangsaan masih dalam

edarannya lagi dan tingkatan Malayan masih dalam pancaroba

lagi maka persatuan Melayu jadi Malayan itu masih

dalam keadaan seperti ibarat ular dengan belut.

Menempuh Ujian yang Layak dan Dipercayai

Saya pakaikan perkataan proses selalu diterjemahkan

dengan “perubahan” tetapi terjemahan ini tidak sekemas

erti proses yang menggambarkan perubahan yang memakai

edaran dan tingkatan seperti dari bunga ke putik – ke buah

dan masak demikian jua pada proses pertukangan,

perusahaan dan politik maka perjuangan kebangsaan itu

jua mesti ada perhitungannya mengikut prosesnya bukan seperti

perhitungan daun lalang dibawa-bawa angin.

Proses kebangsaan Malayan telah diterangkan dalam makalah

yang lalu itu bolehlah difahamkan betul-betul duduk perbezaannya

di antara Melayu dan Malayan.

Tabiat dan kebudayaan Melayu dengan bangsa yang bukan Melayu

yang menamakan dirinya Malayan itu amat berbeza dan berlainan.

Ditambah lagi dengan bencana siasah pecah-pecah dan perintah yang mesti

diperhati dan diamat-amati oleh ahli siasah bangsa kita.

Kesedaran atau kebangunan bangsa yang bukan Melayu (Malayan)

itu berkehendakan taraf berpolitik setelah mendapat

kedudukan dalam ekonomi dan pelajaran. Sebagaimana

dikatakan dahulu golongan mereka ada yang betul untuk menumpahkan

taat setianya atau ada yang untuk mengganding dan menentang

kebangkitan Melayu atau dari golongan mereka yang terikut-ikut.

Bagaimana gerakan Malayan itu ada segolongan orang England

yang menggemarinya kerana untuk persediaan mengadap sesuatu

kemungkinan yang timbul di Malaya bagi mengawal dan meneruskan

kepentingan mereka walaupun Malaya berkerajaan sendiri nanti.

Kesimpulan tujuan Malayan haruslah disedari ialah

untuk mengatasi dan menangani taraf politik Melayu dengan meleburkan

sedapatnya akan gerakan kebangsaan Melayu untuk kemenangan Malayan.

Setelah gerakan kiri Melayu terpaksa menutup pintu maka

gerakan Malayan yang berfaham “ku” itu bertambah besar

pengaruhnya merebutkan dan memperjuangkan beberapa lapangan sehingga

13

mempengaruhi gerakan kebangsaan kanan kita Melayu supaya

menukar kebangsaannya jadi Malayan.

Demikianlah proses gerakan Malayan berjalan terus.

Gerakan kanan Melayu mula hanyut dibawa arus darurat

dan melupakan azam dan ikrar yang asal.

Apa yang mesti diingati dan diperjuangkan sekarang oleh

yang berketanggungan sekarang: kerana anasir-anasir gostan yang lalu

dan kelambatan mengajar zaman maka kebangsaan di Malaya masih

berada dalam proses yang mesti dialirkan kembali mana

yang terbabas kepada aliran kebangsaan Melayu yang sebenar dan

tiap-tiap Malayan yang betul hendak berwatankan Malaya hendaklah

menunjukkan kesetiaannya dengan kepercayaan dan sikap laku

yang membuktikan setia dan ujian-ujian yang layak dipercayai.

Pembelahan di Malaya

Singapura telah terpisah dari Federation dan mungkinkah

Federation dibelah lagi?

Gerakan Malayan semakin kencang. Darurat telah

berlanjutan. Pilihan umum hendak dicuba di bandar-bandar Malaya,

manakala Melayu sedang terkial-kial di kampung-kampung.

kebangsaan di Malaya.

Mahukah Melayu jadi Malayan atau Malayan jadi Melayu?

Inilah soal yang besar yang akan ditempuh melalui proses

Jika Malayan berkeras dengan perjuangan Malayannya dan

Melayu menentang sebagai datangnya Malayan Union dahulu maka

haruslah Melaka dan Pinang mengadap nasib seolah-olah Palestin

kedua. Kemungkinan luput taraf Raja-raja Melayu itu kelak

dan tidaklah bertenaga lagi perjuangan kanan bangsa Melayu.

Malaya akan berhadapan dengan bertambah-tambah sulit.

Keselamatan Melayu percaya dan tekun pada cita-cita sendiri

Kehendak alam Melayu lima tahun yang lalu patutnya telah

dimulakan susunan berkerajaan sendiri. Sedang yang demikian

tuntutan kiri Melayu telah dibenamkan. Tuntutan Malayan mula

dilayankan sedang proses perubahan yang dikehendaki oleh

keadilan masyarakat dunia seluruhnya bertambah-tambah kencang. Kerana

itu apa pun diperbuat untuk membetulkan Malaya telah merupakan

kelambatan kerana tenaga kebangsaan yang sebenar telah terdiam.

Jika seluruh bangsa Melayu mengingati kembali ke pangkal

punca ikrar dan cita-cita kebangsaannya yang dipusakai selama ini

diperjuangkan terus. Dalam semangat dan cita-cita inilah

seluruh Melayu bersatu padu bulat di atas rasa kebangsaan

Melayu semakin hari menjauhkan diri daripada mengerjakan

kepentingan orang lain maka tenaga kebangsaan Melayu akan

bertambah-tambah kuat kerana walau agak dipandang endah dan besar

juga gerakan Malayan itu tetapi jiwanya hak kita

tahlil dan periksa adalah seperti yang diisyaratkan : Tahsabuhum

Jamii’a waquluu buhum syatta . Maka dengan goyang yang ada perdirian

mereka itu akan tertarik kepada keteguhan dan ketetapan

perjuangan kita kerana golongan kiri Melayu kita

sudah pun mengalirkan mereka menerima berkebangsaan Melayu itu

manusia mana pun jua manakala tiba masanya tidak sanggup

menentang dan melawan hak dan kebenaran. Bukanlah benar dan

adil Malayan jadi asas untuk mendirikan Melayu yang

bukan sahaja berada di Federation. Kerana Melayu itulah

yang hak dan adil yang mana Malayan boleh jadi angggota

binaan di atas asas itu.

Kaedah ini telah berjalan dengan nyatanya dari berzaman-zaman

hingga kepada hari ini. Seperti boleh didapati dari kebenaran

kata: - jadi Melayu. Atau masuk Melayu dan beranak

angkat tetapi tak pernah kaedah ini dijalankan atau dilakukan

oleh sebaliknya. Pandanglah ini sebagai ajaran alam kepada

bangsa Melayu mencontohkan edaran proses yang licin.

Janganlah dihairankan mereka menangguk di air keruh sekarang.

manusia tetap bertabiat manusia manakala negeri asal mereka

telah cuaca dan aman kembali maka hujan emas di negeri

orang tak sama dengan hujan lembing di negerinya sendiri apa lagi

hujan emas itu telah ada turun di negerinya sendiri. Kerana

kemungkinan yang betul putih hati hendak menjadi Malayan itu

14

harus tidak sampai seperempat dari bilangan Melayu. Kerana

itu semangat perpaduan Melayu sebagai yang ada timbul masa

menentang Malayan Union dahulu hendaklah dipertebal diperkencang

dan dilipat gandakan dengan menambah persiapan dan persediaan

persatuan perpaduan untuk mencapai cita-cita kebangsaan.

Pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu hendaklah bertahan dan

memeliharakan hak taraf mereka yang ada sekarang dengan tidak

mengaibkan gerakan rakyat yang sahih, jika hak MCS

itu dapat dikawal dari dahulu maka hak memilih kerakyatan

yang setia itu hendaklah bercermat betul untuk mengelakkan

yang bakal tiba lebih-lebih hebat dan dasyat lagi. Kecurigaan

ini sementara ini pada hakikatnya bukan sahaja mengawal

kepentingan kebangsaan nanti tetapi kepentingan bangsa British

jua selagi betul menetapi janji penaungannya menurut semangat

treaty yang mula dan untuk mengekalkan perhubungan nama baik.

Keadaan dan kedudukan Malaya bukan kepada masalah dunia

hari ini tetapi ia pada bahagian belakang yang akan tetap

beredar meningkat ke hadapan ke lapangan international lagi.

Maka proses menuju masaknya kebangsaan di Malaya ada berkaitan

jua dengan proses yang dibawakan oleh peredaran kemajuan

international dalam kusat dan daminya.

Malaya tetap akan tidak sesuai jika cuba diadakan

seperti langkah Perancis menegakkan kerajaan Baudouin

di Indochina itu untuk mengelabui atau menunjuk-nunjukkan

berkerajaan sendiri telah diberikan di sana.

Persiapan kita mesti berdasar bulat atas kebangsaan

Melayu kita dan perjuangan kita mesti untuk keselamatan dan

keamanan kebangsaan kita sebagai suatu bahagian dari anggota

dunia yang berkerjasama menegakkan keselamatan dan perdamaian dunia.

Percaya dan berdiri bulat di atas cita-cita kebangsaan

Melayu sendiri dan diperjuangkan terus itulah pokok

yang menentukan keselamatan dan tercapai cita-cita kebangsaan

kita menempuh proses yang beredar sekarang ini.

Nadrah

-Anak Angkat Yang Menggemparkan

Rusuhan dan Tumpah Darah kerana Tak puas hati

Suatu rusuhan yang tidak disangka-sangka oleh pihak orang-orang yang mengecilkan hemah orang-orang Islam telah berbangkit

mulai dari hari Isnin 11 Disember 1950 yang hebatnya berlaku selama dua hari ialah oleh kerana orang-orang

Islam tidak berpuashati kepada langkahan pihak yang berkuasa atas perkara Nadrah seorang saudara Islam mereka

yang telah diberi keputusan oleh Tuan Hakim Brown di dalam perbicaraannya bahawa ia bukannya seorang Islam; perkahwinan

di antaranya dengan Mansur Adabi tidak sah ; kuasa kadi yang mendapat tauliah daripada gabenor Singapura tidak

berkuasa menjadi wali tahkim – iaitu perkara-perkara yang dipandang oleh orang-orang Islam nampaknya tidak menghormati hak

kebebasan beragama di negeri ini. Kepanasan itu bertambah lagi apabila nampaknya pihak kounsel Belanda dan ibu

Nadrah yang meletakkan Nadrah itu di convent dengan menyebarkan pula gambar-gambarnya di dalam akhbar “ Singapore Standard”

yang dipandang oleh orang-orang Islam ialah sebagai tepuk dada kerana daripada gambar itu adalah menaikkan permulaan

kemarahan mereka.

Kurang Halus Siasah

(oleh Ahmad Lutfi)

Segala perkara-perkara yang tidak memuaskan hati itu

menurut apa yang saya ketahui daripada punca-punca yang boleh

dipercayai telah pun disampaikan kepada pihak yang berkuasa

di Singapura ini sebelum lagi perkara yang tidak

digemari ini berlaku dan pihak yang menyampaikan ini

khabarnya menuntut sebagai langkah yang pertama supaya Nadrah itu

dipindahkan dari convent sebelum tuntutan mengadakan

ulangcara pada 11 haribulan itu diadakan tetapi pihak

yang berkuasa yang tidak mengetahui bagaimana sifat dan hati

orang-orang Islam yang dicapak hak agamanya itu khabarnya telah

pun berpendapatan bahawa orang Islam tidak akan mengadakan

bangkitan atau mengadakan perlawanan dan perasaan tidak puas hati

itu hanya tinggal begitu sahaja.

Sangkaan ini adalah salah semata-mata kerana perasaan yang

meluap itu telah ada di dalam hati tiap-tiap mereka yang

15

menjadikan mereka tidak tersabar lagi. Sekalipun

ketua-ketua mereka telah meminta supaya mereka pada hari perbicaraan

jangan hampir ke mahkamah tetapi mereka tidak lagi bersabar

lalu mereka dengan bersendiri-sendiri, dengan kemahuan mereka

sendiri, berarak di hadapan bangunan mahkamah itu dengan

membawa cogan-cogan kata dan bendera Islam.

Pada permulaannya tidak ada suatu perkara yang harus

membawa perarakan itu akan menjadi kepada rusuhan tetapi

apabila pihak polis mendapati keadaan itu harus

dikawal maka mereka sekali lagi telah tersalah lalu

menghantarkan pula sepasukan Ghurka yang mana telah menjadi

kemarahan mereka lebih-lebih merebak lagi dan di dalam masa

itulah seorang yang berpakaian preman yang diketahui oleh

orang ramai ialah seorang serani yang berdiri pada masa itu

tidak jauh daripada penulis – jaraknya lingkungan di antara

lima dengan sepuluh ela – telah menangkap seorang Melayu dengan

tangan kirinya sambil sebelah tangannya mengacu selaras pistol.

nampaknya orang-orang yang telah marah itu apabila pistol diacukan

telah menerkam kepada orang itu dan yang demikian terjadilah

tembakan lebih kurang empat das. Di dalam masa itu seorang

pegawai polis Eropah yang beruniform telah melompat dari

belakang orang serani itu merampas pistolnya lalu menariknya

menaikkan dia ke atas kereta lalu membawa lari dengan

segera di dalam lemparan kayu dan baru yang bertalu-talu dengan

hebat. Saya nampak dua orang yang tercedera.

Keadaan saya di sana dihantar oleh Tuan Karim Ghani

bersama-sama dengan lima orang lagi untuk meminta kepada orang ramai

supaya tenang dan sabar dengan lebih dahulu meminta kebenaran penulis

yang berkawal di situ berkerjasama. Pada masa sebelum tembakan

itu kita telah nampak bahawa keadaan itu harus boleh dikawal

tetapi apabila tembakan berlaku maka kemarahan orang ramai

itu tidak dapat disabarkan lagi dan salah seorang

yang telah kena tembak sedikit di kepalanya matanya telah merah

seperti pinang masak dan saya bersegera memeluknya meminta ia

bersabar dan Alhamdulillah kemudian ia menjadi seorang

yang tenang sedikit.

Untuk menjauhkan keadaan yang lebih buruk berlaku di situ

maka kami berikhtiar membawa mereka ke kawasan daerah

Kampung Gelam dan Roach kerana kami takuti kami tak dapat

mengawalnya lagi dan berharap apabila sampai di Masjid

Sultan kelak dapat mereka tenang dan dapat dipujuk

masuk ke dalam masjid mendengar nasihat-nasihat daripada pihak kami

tetapi segala percubaan itu sesia belaka sebab kemarahan

umat Islam sudah tidak dapat tertahan lagi dan daripada

semenjak itulah membawa kepada malamnya pertentangan berlaku

dengan hebatnya dan di dalam masa itu mereka-mereka yang dikatakan

penganjur-penganjur Islam tidak nampak pun hujung hidungnya.

Hampir-hampir lima jam lamanya kami berikhtiar mengamankan

di dalam lemparan batu kayu tetapi ikhtiar kami itu sesia

sahaja dan tidak mampan lagi. Demikianlah riwayat kejadian

itu.

16

Mengapa Demikian Keadaannya?

Pihak yang berkuasa yang selama ini barangkali menyangka

bahawa semangat Islam yang ada di dalam hati seseorang Melayu

itu tidak akan boleh bangkit telah tidak mengendahkan

nasihat-nasihat yang dikatakan telah disampaikan kepada pihak berkuasa

bahawa orang Islam itu ada mempunyai suatu sifat

yang berlainan daripada keadaan lain-lain agama. Mereka akan tentang,

aman, dan sabar kepada apa juga percubaan atas dirinya

kepada penanggungannya tetapi kesabaran itu akan hilang

sekiranya kehormatan agamanya akan terganggu atau dicela. Atas

perkara ini orang-orang Islam sendiri mengetahui bahawa

mereka tidak sayang menjual nyawanya kerana mempertahankan

kemuliaan agama Allah dan barangkali dengan kerana itulah

mereka tidak tertahan lagi dengan tidak ada suatu

anjuran mereka telah mengadakan perlawanan yang luar biasa

yang memeranjatkan kepada pihak yang berkuasa – mudah-mudahan

ini menjadi suatu pelajaran untuk mengukur semangat dan hati

orang-orang Islam.

Sekarang marilah kita memerhati tentang keputusan Tuan Hakim

Brown yang nampaknya diambil olehnya itu telah pun menyentuh hak

kebebasan beragama di negeri ini yang sepatutnya yang demikian

itu tidak akan terjadi. Tatkala menyatakan yang Nadrah

itu bukan seorang Islam Tuan Hakim Brown telah mengambil

suatu misal dengan menyatakan jika anak seorang Kristian

yang berumur enam tahun diIslamkan oleh seorang gaji yang

beragama Islam maka adakah yang demikian itu akan menggugurkan

hak bapanya ke atasnya? Tuan Hakim Brown menyatakan yang demikian

itu tidak; Islam juga menyatakan tidak yang demikian

itu tidak diakui dan ia tidak melucutkan

hak-hak ibu bapanya dan keredhaannya itu tidak diiktiraf

oleh kerana Rasulullah (SAW) bersabda yang maksudnya

“Kanak-kanak itu adalah bersih, kedua-kedua ibu bapanya itulah

yang mencorakkannya sama ada ia menjadi Nasrani, Yahudi atau

Majusi. “Pada masa kecil kanak-kanak itu akuannya tidak

diterima tetapi akuan itu diterima sesudah ia baligh maka

akuannya itu diterima dan ia itu menjadi seorang

Islam dan jika ada percubaan sesuatu atas dirinya

untuk mengeluarkannya daripada agama Islam maka mempertahankannya

itu untuk pengajaran Islam wajib kepada tiap-tiap Muslimin.

Di dalam majalah ini telah pernah ditulis bahawa seseorang itu

adalah terlepas daripada tanggungan ibu bapanya, bebas daripada segala

pikulan ibu bapanya apabila ia baligh. Mulai dari hari

itu ia terbilang atau terhitung sebagai seorang bukan sebagai

kanak-kanak lagi. Kalau ia ada pusaka daripada orang tuanya maka

pusaka itu wajib diserahkan kepadanya, harta benda itu boleh

diurusnya sendiri dengan sesukanya, dengan tidak boleh

mendapat teguran daripada sesiapa pun kecuali kalau ia

boros atau menggunakan harta itu kepada maksiat maka harta

itu perlu dikawal jadi seseorang yang sudah baligh itu boleh

mengurus dirinya – ia mempunyai kemerdekaan di dalam

serba serbinya, kemederkaan yang mana telah diakui agama,

akal dan adat – demikian pandangan di dalam Islam meletakkan

seseorang itu sesudah baligh. Di sini terbitlah perselisihan

tentang meletakkan fahaman atau meletakkan hukuman mensabitkan

adakah sebenarnya Nadrah itu seorang kanak-kanak. Menurut agama

Islam Nadrah itu bukannya lagi seorang kanak-kanak sebab

ia telah baligh bahkan ia sendiri telah mengakui dengan

berterang-terang ia adalah seorang Islam, pengakuan yang mana

adalah diterima dengan tidak syak lagi oleh Islam

oleh kerana ia baligh bukannya berumur 6 tahun atau

sebagai kanak-kanak lagi sebab ia telah sempurna syarat-syarat

pengakuannya sebagai seorang Islam.

Sekarang kita masuk pula di dalam hak kadi.

Di dalam Singapura ini oleh kerana jajahan takluk

British maka tauliah kadi itu atas orang-orang yang tidak

17

ada walinya biasanya menjalankan kuasanya sebagai wali tahkim wali

tahkim itu berlaku terutamanya kepada anak-anak angkat dan sebagainya

dan di dalam mengkahwinkannya itu lazim dijalankan keadaan

yang demikian ini. Bagi perempuan-perempuan yang masih gadis

yang bapanya bukan orang Islam maka perempuan itu apabila

hendak berkahwin hendaklah ia bertahkim oleh kerana dengan

sebab agama itu telah mengugurkan pertaliannya dengan ayah

dan bondanya dan di antara isteri dengan suaminya kerana

syaratnya itu hendaklah ia orang Islam. Yang demikian ini

keadaannya tidak sama seperti keadaan seorang perempuan yang

sememangnya Kristian yang akan bersuami kepada seorang Islam

kerana perkahwinan yang begini semolek-moleknya diminta izin bapanya.

Ini tidak sama keadaannya dengan wali majbur. Syarat wali

majbur itu hanyalah daripada bapa yang seagama dan wali majbur

ini pada setengah-tengah tempat nasnya tidak berapa kuat dan pada

pula yang berpegang kepada al-Quran dan hadis bahawa wali

majbur itu hanya sunat sahaja bukannya wajib oleh sebab

ada hadis yang kuat mengatakan bahawa wali itu tidak boleh

mengkahwinkan anak gadisnya melainkan dengan izinnya dan izinnya

itu memadai dengan diamnya tetapi yang lebih baik hendaklah dengan

izinnya yang tepat juga supaya tidak menjadi penyesalan

di kemudian hari. Hadis-hadis tentang ini bukan tempatnya

hendak dibawa di sini tetapi memadailah saya menerangkan bahawa

jika dilakukan kuatkuasa wali majbur itu sudah tentu

boleh dipandang akan mengambil kebebasan perempuan yang dikawal

dari semasa ke semasa oleh agama Islam.

Dengan keterangan ini zahir bahawa mengikut pandangan agama

Islam bahawa sedangkan orang-orang yang beragama Islam sendiri

bebas menetapkan perkahwinannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dan

ia boleh memeilih atau melantik orang yang bakal menjadi wakilnya

(wali) untuk mengkahwinkannya kepada sesiapa yang dikehendakinya

dengan keredhaannya, dengan hanya agama meafdhalkan berwali dengan

terlebih dahulu wali bapanya dan seterusnya kepada yang lain-lain

tetapi ia bukannya suatu kewajipan untuk menghalang kebebasan

perempuan tadi maka dengan keterangan ini betapa pula halnya

jikalau seorang perempuan yang telah baligh dan mengaku beragama

Islam yang walinya terputus dengan sebab berlainan agama itu

sudah terang ia berhak dengan sabit memberi kuasa kepada

kadi yang menikahkannya (dengan sebab peraturan dan undang-undang

negeri kerana tauliah kadi untuk meregisterkan nikah

itu) ataupun kepada sesiapa yang ia sukai untuk menikahkan

dirinya oleh kerana syarat perkahwinan itu di dalam Islam

sah dengan mengikut syarat-syaratnya iaitu mempelai lelaki dan

pengantin perempuan, ijab dan kabul, saksi dan maharnya,

wali yang menikahkan.

Demikianlah pandangan mengikut segi agama Islam yang

mensabitkan Nadrah itu Islam– perkahwinannya sah sebagaimana

juga yang telah diisytiharkan oleh majlis ulama Singapura

dan juga, menurut siaran akhbar, Tengku Mahmud Zahdi

Syeikh al-Islam Selangor mengakui Nadrah itu sebagai

seorang Islam dan nikahnya itu sah dan keterangan

Tengku Mahmud Zahdi di dalam mahkamah itu menurut pandangan

saya ialah atas perkahwinan di antara seorang Islam

dengan seorang kafir katabi di dalam mana keraian daripada

ibu bapanya itu adalah dikehendaki bukannya wajib

wali atas mereka itu sebab wali itu telah putus dengan

kerana berlainan agamanya.

Inilah dia perasaan-perasaan yang menjadikan sebab orang-orang

Islam terasa tersentuh kehormatannya dan yang demikian itu

bertambah-tambah lagi, sebagaimana yang tersebut di atas tadi

sesudah Nadrah diserahkan kepada ibunya maka bersama-sama

kounsel Belanda telah meletakkan Nadrah di dalam convent dan

menyebarkan pula gambar-gambar yang menunjukkan pula Nadrah dalam masa

12 jam setelah masuk ke convent itu kononnya Nadrah telah

menukar agama tetapi dengan kuasa Allah orang Islam mengetahui

bahawa paksaan supaya Nadrah menukar agama itu nampak

zahir telah diperbuat dan inilah yang menjadikan tiap-tiap

18

seorang tua atau muda, lelaki dan perempuan telah naik

berang dan keberangan itu berakhir dengan kejadian tembak

di hadapan bangunan mahkamah yang menjadikan punca

huru hara itu. Perkara ini adalah wajib disiasat

dengan sehalus-halusnya oleh kerajaan.

Sepatutnya bila masa huru hara komunis berlaku

di dalam Tanah Melayu tidaklah hendaknya berlaku kejadian yang

seumpama ini yang sebanyak sedikitnya akan membawa kesan

kepada perasaan dan pandangan yang tidak baik daripada orang-orang

Islam kepada pihak kerajaan dan inilah dia perkara-perkara

sebelum kejadian itu yang ditakuti akan terjadi

adanya oleh pihak ketua-ketua Islam.

Untuk membaikkan perasaan berbaik-baik yang demikian ini

adalah menjadi suatu tanggungan yang sangat besar kepada pihak

kerajaan dan selagi usaha-usaha itu tidak dijalankan

maka sudah tetap orang-orang Islam apabila memandang pihak

pertadbiran umpama “muka berpandangan, budi kedapatan”

Seperkara yang patut diperhati oleh pihak kerajaan

ialah kesan keputusan yang mengenai perkara Islam umumnya

iaitu tentang hak-hak seorang yang telah mengakui dirinya Islam,

hak perkahwinan Islam itu wajib dengan segera diterangkan

supaya orang Islam itu wajib dengan segera diterangkan

supaya orang Islam mengetahui di mana sempadan kebebasan

beragama di negeri ini dan sampai di mana kuasa kadi

sebab keputusan itu nanti akan meleret membawa kepada perkara-perkara

yang di belakang.

Selain daripada itu patut disebut di sini maka apabila

keadaan telah aman semula maka timbullah jawatankuasa

baharu daripada “penganjur” yang kononnya hendak mengikhtiarkan

keamanan padahal keadaan sudah pun aman. Inilah sifat

yang nampaknya boleh disebut mencari peluang supaya terkemuka

ataupun dikemukakan dengan tidak memikirkan bahawa

kezahiran mereka yang baharu itu seolah-olahnya mencari

perlumbaan dan kesannya tentulah membawa pecah belah. Pandanglah

ke hadapan supaya kita selamat adanya.

Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam

Juruselamat Bagi Seluruh Alam

Pada kira-kira 1422 tahun yang lalu zahirlah ke alam buana seorang pemimpin besar yang telah dilantik oleh

Allah Subahanahu wa Taala menjadi rahmat bagi seluruh alam. Pemimpin agung yang maksum ini ialah

al-Insan al-Kamil Saidina wannabiina wasyafiina “Muhammad bin Abdullah” Khatam an-Anbia’ wa al-Mursaliin.

Oleh Abdullah Basmeh

Mekah al-Mukaramah bukan sahaja berbangga kerana dapat

menzahirkan ke tengah-tengah masyarakat dunia Rasulullah yang menjadi

juruselamat dan pemimpin manusia ke arah bahagia dan

sejahtera bahkan berasa bangga kerana di dalamnya telah terbentuk

suatu umat yang bukan terdirinya berdasarkan kebangsaan, atau

persatuan bahasa dan adat istiadat, ataupun sejarah,

tetapi suatu umat yang telah dibina dan dibentuk di atas

dasar persaudaraan sejagat di antara seluruh manusia, dengan

tidak ada perbezaan dan kelebihan di antara satu dengan lain

melainkan dengan takwa dan amal yang salih.

Dengan dasar inilah tersiarnya agama Islam ke seluruh

teluk rantau dunia – dari timur ke barat, dan dari utara

ke selatan. sehingga umat yang berasal terbentuk dari empat lima

orang (Abu Bakar, Khadijah, Ali, Bilal dan lain-lainnya) pada hari

ini telah menjadi empat ratus lima puluh million!

Di dalam kurun masihi yang ketujuh dengan pimpinan Saidina

Muhammad penganjur yang pilihan, umat Arab yang berasal dari

Semenanjung Arab yang bertanahkan padang-padang tandus yang kering

kontang dan mundur di dalam segala-galanya – tidak mempunyai

masyarakat yang teratur dan tidak mempunyai tamadun yang boleh

diketengahkan – telah berjaya mengubah peta dunia di dalam beberapa

tahun sahaja iaitu suatu perubahan yang tidak dapat

dihasilkan oleh peperangan beberapa kurun.

Bahkan hanya satu kurun di belakang orang-orang Arab yang

mundur dan jahil di dalam serba serbinya itu telah menjadi

orang yang terutama yang penuh tepu dada mereka dengan jenis-jenis

ilmu pengetahuan (bukan ilmu agama sahaja) dan pemegang

tampuk siasah di muka bumi.

Orang yang telah menyemak sejarah kemajuan manusia

mendapat penjelasan bahawa orang-orang Islam telah menghasilkan

berbagai-bagai ilmu pengetahuan dari pemerasan untuk mereka

sendiri yang kerananya mereka telah mencapai setinggi-tinggi

kemajuan yang masih tersergam datang ke hari

ini.

Islam Bersendikan Akal

Agama yang dibawa oleh Rasulullah ialah agama yang

menggalakkan kepada menggunakan akal fikiran dan menegah daripada

bertaklid buta, tidak ada satu ajaran islam yang berlaga

dengan akal dan bertentang dengan ketetapan ilmu pengetahuan,

19

dan kerana itulah kedapatan di dalam kitab suci

Al-Quran ayat-ayat yang berhujungkan : “afala ta’qilun.”

“laallahum yatafakkaruun.” “ afala yatazakkaruun.”

Maksudnya:

“Apa tidakkah kamu menggunakan akal ?”

“Moga-moga mereka menggunakan akal fikiran”

“Apa tidakkah mereka mengambil ingatan ?”

Dan berpuluh-puluh ayat lagi, kerana Al-Quran memang terdiri

di atas usul-usul yang tersebut. sebagai menjelaskan soal

ini Rasulullah telah bersabda: “Ad-din huwa al-akal, walad diin

liman la akal lahu.” Ertinya : Agama ialah akal, dan tidak

ada agama bagi sesiapa yang tidak berakal.”

Kaedah yang telah dibawa oleh junjungan kita

adalah suatu perubahan besar yang tidak ada tolok bandingnya

di dalam riwayat-riwayat agama dan sejarah manusia yang terdahulu.

Sehingga telah ditetapkan di dalam usul agama Islam bahawa

iman seseorang yang

hanya dengan taklid

(ikutan-ikutan) di dalam

segala iktikadnya maka

iman yang sedemikian

itu tidak akan

diterima, dan

tak dapat tiada tiap-tiap

seorang dikehendaki

mempunyai dalil-dalil

yang terang nyata atas

tiap-tiap perkara

yang diiktikadkannya

menurut peringkat ilmu

pengetahuannya.

Jabal ar-Rahmah (Jabal Arafah) – di sinilah Rasulullah (SAW) telah berseru kepada

manusia dalam Hajatul Wida’ bertanya kepada umatnya adakah baginda telah menyampaikan

perintah Allah kepada mereka. Di sinilah jua turunnya firman Allah yang menyatakan

bahawasanya agama Islam itu ialah agama yang sempurna.

20

Islam Agama Kemajuan

Ajaran-ajaran Rasulullah bukan sahaja menggalakkan kemajuan

bahkan mewajibkannya. Buktinya bangsa Arab yang telah hidup

mundur dan jahil di dalam segala-galanya, berkat Rasulullah telah

mencapai setinggi-tinggi kemajuan di dalam masa yang pendek

sahaja, dan manakala menyambut kemajuan sudah tentu berasaskan

ilmu pengetahuan, kerana sesuatu umat yang tidak berilmu,

tetap sahaja tidak akan mencium bau kemajuan bahkan

akan hidup diperkosa oleh umat-umat yang celik mata hatinya

(terpelajar), dan yang tahu mensesuaikan dirinya di tengah-tengah

masyarakat dunia! Oleh yang demikian maka umat Islam yang

sebenar-sebenarnya berpegang kepada ajaran-ajaran Rasulullah pada zaman

permulaan Islam telah mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan

umat-umat yang terdahulu terutama ilmu-ilmu orang-orang Greek tua

(Yunani) iaitu ilmu-ilmu yang pada masa itu hampir-hampir

lenyap dan menjadi pusaka terpendam, lalu mereka membongkarnya

dan menterjemahkannya

ke bahasa Arab dengan

perantaraan orang-orang

Yahudi dan Nasrani

yang tinggal di negeri

mereka. Orang-orang Arab

tidak sahaja berpada

dengan terjemahannya

sahaja, tetapi mereka

telah menambah dan

membaikinya lalu mereka

mengerjakannya dengan

secara amalan! –

ini tak masuk segala

ilmu-ilmu pengetahuan

Sambungannya pada muka 25

Istiadat Pembukaan Jemaah Menteri Mesir

Al-Malik Farouk sedang duduk di atas singgahsana tatkala Perdana Menteri Mesir, An-Nahas Basya, sedang memberi ucapannya pada

pertengahan bulan yang lalu yang kemudiannya mengisytiharkan maklumat bahawa Mesir tidak lagi terikat dengan perjanjian yang diikatnya

dengan British pada tahun 1936 dan Mesir menuntut supaya askar-askar British keluar dari terusan Suez.

Al-Malik Farouk tiba di bangunan Parlimen Mesir

21

An-Nahas Basya (yang di tengah-tengah memegang tongkat) tatkala

keluar daripada bangunan Parlimen Mesir.

22

Keranamu Nadrah!

Hari Isnin 11-12-50 ialah suatu hari yang belum pernah

terjadi seumpamanya di dalam mana kaum Muslimin telah menunjukkan berangnya

kerana tidak puas hati atas keputusan mahkamah dalam perkara

Nadrah. (Kenyataan penuh pada muka 15 hingga 18.) Di kiri: dengan

gembira mereka menaikkan bendera Islam ke tiangnya. Tengah: Bendera

Islam dicacakkan di sisi mahkamah di dalam lautan manusia. Di bawah:

kesannya sesudah rusuhan di dalam mana orang Islam diperiksa digiling dan

di mana-mana yang disyaki diperiksa oleh polis dan tentera.

Rusuhan berbangkit kerana Tak Puas hati

Pemandangan di bangunan mahkamah di dalam mana orang ramai sedang berkerumun

menunggu keputusan mahkamah atas perkara Nadrah itu.

Sepasukan polis Ghurka telah datang kemudiannya yang menjadikan orang ramai berasa

marah. Kemarahan itu berbangkit lagi apabila tembakan telah berlaku.

Pihak tentera sedang mengepung belia-belia yang mendidih semangatnya di Stamford Road pada

hari yang kedua apabila perbicaraan Nadrah dijalankan.

23

Inilah Madinah Al-Munawarrah

Inilah dia Masjid Madinah Al-Munawarrah yang di atas buminya terletak makam Rasulullah (SAW) penyuluh bagi sekalian alam dengan agamanya

yang bersesuaian setiap masa dan saat. Lihatlah betapa indahnya menara yang menjadi kemuncak ketinggian Islam itu.

Pemandangan sebelah dalam “ Masjid Nabawi “ (Masjidil Haram ) di Madinah Al-Munawarrah. Di sinilah letaknya kubur Rasulullah (SAW)

24

Sambungan daripada muka 20

yang telah dihasilkan oleh tenaga mereka sendiri.

Elok rasanya sesudah memaparkan hal ini mendatangkan

saksi daripada ahli-ahli sejarah, dan pakar-pakar masyarakat daripada

orang-orang Eropah dan American, supaya bukti-buktinya lebih

berkesan diterima oleh segala pihak.

Kata pendeta “Drebar” dari Sekolah Tinggi New York

di dalam bukunya “Perbalahan di antara Pengetahuan Cara dan Agama”:

“Permulaan orang-orang Islam menuntut ilmu pengetahuan,

adalah berbalik kepada zaman penaklukan mereka Bandar Iskandariah

tahun (638 M) iaitu kira-kira enam tahun kemudian daripada

wafat Nabi Muhammad dan kemudian daripada itu kira-kira dua

kurun lamanya sehingga mereka telah berjinak-jinak dengan segala

buku-buku pengetahuan orang-orang Yunani dan mereka telah menghargakannya

dengan penghargaan yang selayaknya. “

Sehingga beliau berkata lagi :

“ Apabila Abu Jaafar Al-Mansur menjadi khalifah (753-

775 M) maka baginda telah memindahkan pusat kerajaan Islam

ke Baghdad lalu bandar

itu dibina sehingga

menjadi sebuah bandar

yang besar. Baginda telah

bersungguh-sungguh menyebarkan

ilmu-ilmu falak, dan

mengasaskan sekolah-sekolah

perubatan dan

agama. apabila

cucunda baginda

Harun Al-Rasyid

menjadi khalifah

pada tahun 786 M.

Maka baginda telah

Inilah pemandangan hadapan kubur Rasulullah. Di dalam makam inilah

junjungan kita telah dikebumikan sebagai seorang pesuruh Allah yang telah

menyempurnakan seruannya kepada umatnya.

25

menurut jejak nenda baginda pada mengembangkan serba jenis

ilmu-ilmu pengetahuan, dan diperintahkan supaya ditambahi pada

tiap-tiap masjid sebuah sekolah di seluruh jajahan

takluk rantau baginda, tetapi masa terkembangnya ilmu

pengetahuan yang sinar menyinar di benua Asia ialah pada zaman

pemerintahan anakandanya Khalifah “Al-Ma’mun” yang telah

menduduki takhta kerajaan dari tahun 813 sampai

832 M. Baginda yang telah menjadikan bandar Baghdad bandar

ilmu pengetahuan yang terbesar kerana telah dihimpunkan di dalamnya

berjenis-jenis kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan yang tidak terhingga

banyaknya, dan baginda telah mendampingkan alim ulama di sisi

baginda dan dimuliai mereka dengan sepertinya.

“Kedudukan yang tinggi ini yang telah didapati oleh umat

Arab dan perasaan mereka yang sempurna terhadap ilmu

pengetahuan telah berkekalan sehingga kerajaan mereka telah

terbahagi kepada tiga bahagian – Kerajaan “Abasiyyah”

di Asia, Kerajaan “Fatimah” di Mesir, dan Kerajaan

“Umaiyah” di Spain, ketiga-tiganya bukan sahaja berlumba-lumba

pada membesarkan

kerajaan-kerajaan mereka

masing-masing tetapi

juga mereka

berlumba-lumba pada

meninggikan darjah

kebudayaan dan ilmu

pengetahuan.”

lagi:

Kata pendeta itu

“Orang-orang Arab

telah merasa serba serbi

jenis kesenian yang

mempercani dan

menggilap untuk fikiran, dan mereka sentiasa

berbangga kerana dapat menzahirkan pujangga-pujangga sebanyak

mana yang telah dizahirkan oleh umat-umat asing seluruhnya.

manakala di dalam segala ilmu pengetahun maka kelebihan mereka

ialah disebabkan cara penyelidikan yang diambil mereka daripada

ahli-ahli falsafah Yunani, yang kerananya mereka telah mendapat

tahkik bahawa cara berfikir yang berupa “fahaman” (teori)

itu tidak akan membawa kepada kemajuan, dan harapan pada

menghasilkan sesuatu kejadian sewajibnya hendaklah

tersimpul dengan menyaksikan zat kejadian-kejadian itu dengan

nyatanya. Dari sini timbul cogan yang digunakan oleh

mereka di dalam segala penyelidikan iaitu cara melakukannya

dengan secara amalan menurut “kaedah pencubaan, dan undang-undang

dasar amalan yang nyata” – (Al-Uslub At-Tajribi

Wa Dustur Al-Amali Al-Hassi). Mereka juga mensifatkan

ilmu geometri (Al-Handasah) dan segala jenis ilmu-ilmu

hisab dan cawangannya (Ar-Riadhiat) yang di dalamnya juga

termasuk ilmu falak – adalah menjadi perkakas dan

persediaan bagi ilmu mantiq.

Ini ialah tanah perkuburan sahabat-sahabat Rasulullah di Al-Baqi’ (Madinah).

tempat ini ialah tempat bersejarah di dalam mana

pahlawan-pahlawan Islam telah dikebumikan.

26

Penatap-penatap buku-buku karangan mereka yang banyak di dalam

ilmu-ilmu “Al-Mekanikal” (jentera-jentera) dan Al-Hydrostatik

(Hydrostatics) iaitu ilmu “Genangan benda-benda cair”

dan pendapatan-pendapatan mereka berkenaan “Cahaya dan pemandangan mata”

seakan mendapat penjelasan bahawa orang-orang Arab telah mendapat

jalan kepada menyelesaikan kekusutan soal yang tersebut dengan

jalan “Mencuba dan Melihat Akan Dia “ menerusi alat-alat.

“Inilah yang telah meruntun orang-orang Arab kepada menjadi

orang yang mula-mula mengadakan ilmu kimia, dan merekalah

juga yang mula-mula membentuk berbagai-bagai alat memeras, mencair

menyuci dan sebagainya. Dan hal ini juga yang telah

mendesak mereka menjalankan penyelidikan berkenaan ilmu falak

dengan membentuk alat “Al-Mirsad” (Telescope) bagi

memerhati dan mengetahui perjalanan bintang-bintang (termasuk

matahari dan bulan).”

Kata pendeta American itu lagi memperikan sejarah

umat-umat Islam yang sebenar-sebenarnya telah berpandu kepada ajaran

Rasulullah sehingga mereka telah berjaya membina tamadun dunia

yang ada sekarang ini :

“Mereka telah bersungguh-sungguh mengumpulkan

buku-buku sehingga mereka dapat mendirikan

kutub khanah di sana sini…. – kutub khanah-kutub khanah

khalifah-khalifah Spain telah meliputi sebanyak enam

ratus ribu buah buku. Manakala buku-buku

yang mengandungi nama-nama (Faharsat) bagi

buku-buku yang terkandung di dalam kutub khanah

yang tersebut adalah berjumlah empat puluh empat

jilid. Selain daripada itu di negeri Spain

juga ada tujuh puluh buah kutub khanah

umum, dan banyak pula kutub khanah-kutub khanah yang

istimewa.

“Mereka telah menulis di dalam segala

jenis ilmu, seperti agama, sejarah,

falsafah, riwayat hidup orang-orang yang masyhur, hatta

riwayat hidup kuda dan unta – (Tarajamu al-Khiwal

wa al-Abal). Begitu juga buku-buku yang penuh dengan

maklumat-maklumat yang elok menjadi bahan-bahan bagi ilmu-ilmu

geografi, perubatan, sejarah, dan kamus-kamus bahasa

terlalulah banyaknya. Pernah juga mereka mengarang buku-buku

Jagat Katan (Encyclopedia) iaitu telah disusun oleh

Muhammad Abu Abdullah. Dan mereka juga mempunyai

kepandaian tentang membuat kertas yang putih mersik,

dan tinta yang berbagai-bagai warnanya, serta pandai melukis

bunga-bunga dan lukisan-lukisan yang indah dengan tinta yang berwarna-warna

dan dengan air emas pada muka kitab-kitab atau buku-buku.

“Jajahan takluk yang terletak di bawah pemerintahan Islam

Ucapan berdendam dendum disuarakan di dalam tiap-tiap perayaan Maulid Nabawi

Syarif tetapi tidak melekat kepada orang ramai Islam sebab usaha memberi

semangat dan perasaan itu tidak diadakan. Gambar ini diambil dua

tahun yang lalu tatkala diadakan perjumpaan Maulid Nabi di Stadium Jalan

Besar dengan dialukan oleh Maulana Abdul Alim As-Siddiqi –

Gambar Jabatan Perhubungan Raya Singapura.

27

penuh tepu dengan sekolah-sekolah, manakala di Samarkand “ (jajahan

Rusia sekarang) kedapatan tempat memerhati dan meneropong

matahari, bulan, dan bintang-bintang (Mirsad) atau seperti

yang terkenal pada masa ini kepada orang-orang Barat dengan nama

“Observatory” dan sebuah lagi terletak

di de Roque (Spain).

“Sekiranya kita hendak mengira segala hasil

pergerakan dan kemajuan mereka di dalam ilmu pengetahuan,

nescaya kita akan terkeluar dari maudu’ buku ini.

Pendeknya mereka telah memajukan ilmu-ilmu purbakala dengan

setinggi-tinggi kemajuan dan telah berjaya mengadakan berbagai-bagai

ilmu yang tidak terkenal sebelum daripada itu.”

Sambung pendeta itu lagi:

“Ahli-ahli falak bangsa Arab telah

bersungguh-sungguh membaiki alat-alat pemerhati

perjalanan cakerawala-cakerawala, dan mengira

perjalanan masa dengan menggunakan berjenis-jenis

jam, termasuk jam-jam air, dan merekalah

yang telah membentuk batu jam yang bergerak (Al-Riqas)

kerana tujuan itu.

“Tentang ilmu-ilmu yang dicubakan dengan

secara amalan (al-U’lum at-Tajriah) maka

mereka telah berjaya mendapat ilmu kimia

dan setengah daripada campuran-campurannya yang

mencairkan benda-benda yang keras beku

(Muhlataha) yang terkenal seperti “Hamdh

Al-Kubroitik” (Sulphuric Acid)

iaitu “Air api yang mengandungi zat

belerang” dan “Hamdh Al-Nitrik”

(Nitric Acid) yakni “Air api yang

mengandungi zat perak serta “Al-Kohol”

(Alcohol) iaitu “Pati arak”.

Di dalam ilmu “Al-Mekanika” (jentera-jentera) maka mereka

telah mengetahui dan dapat menentukan undang-undang gugur sesuatu

jisim (benda) dan pergerakan serta perputarannya.

“Berkenaan ilmu Al-Hidrostatik mereka ialah

orang yang awal pertama telah membuat jadual-jadual yang menunjukkan

berbagai-bagai cara timbangan benda-benda (jenis-jenis), dan mereka

telah menulis penyelidikan-penyelidikan di rehal jisim-jisim (benda-benda) yang

terapung-terapung, dan yang tenggelam di dalam air.”

Kata pendeta American itu lagi memperikan kemajuan

Islam yang telah meningkat dan membumbung tinggi itu:

“Tentang pendapatan-pendapatan yang berkenaan dengan jihad dan pemandangan-pemandangan

mata” maka mereka telah mengubah pendapatan orang-orang Yunani yang

mengatakan bahawa pemandangan berlaku disebabkan perhubungan cahaya

dari pemandangan mata kepada benda yang dilihat itu : tetapi

orang-orang Arab berpendapatan sebaliknya, yakni

pemandangan itu berhasil disebabkan

perhubungan cahaya yang datang dari benda yang dilihat

itu kepada mata. Orang Arab juga telah

mengetahui akan kedudukan “Bayang-bayang cahaya dan

pencahayaan” (At-Tangkas As-Syia’h wa inkasaraha).

Al-Ehsan bin Hisam telah berjaya

menghasilkan pendapatan ini dan telah menetapkan

bahawa kita boleh melihat bulan dan matahari

sebelum keduanya terbit dengan nyatanya di ufuk

(ufuk), demikian juga boleh kita melihat

keduanya sedikit masa kemudian daripada tenggelam.

Natijah dan hasil kemajuan mereka

yang cemerlang ini makin terserlah nyata manakala

kita mengetahui kemajuan perusahaan dan

pertukangan mereka pada zaman itu. Pertanian telah

mendapat faedah yang besar setelah mereka berjaya

mengadakan ilmu tanam-tanaman tentang mengairi, membaja,

(sambungan pada muka 31)

Perarakan Maulud Nabawi yang diadakan di Singapura pada bulan Januari 1949 iaitu

dua tahun yang lalu. Tahun-tahun diadakan perayaan yang demikian ini sebagai suatu

kehormatan tetapi sesudah perarakan ini apakah kesan yang didapati oleh umat

Islam di sini? Jawabnya – pembaca-pembaca sendiri dapat melihatnya, keadaan kita

semakin kucar kacir dan nafsu nafsi jiwa – Gambar Jabatan Perhubungan Raya.

28

dan memelihara hidup-hidupan, serta mengatur pertanian

yang sempurna. Kilang-kilang bagi jenis-jenis perusahaan tentu menenum

kain-kain bulu, sutera, dan kapas adalah kelihatan bertaburan

ke sana sini seperti cendawan tumbuh, mereka juga telah

mencapai kepandaian lebur melebur benda-benda logam dan mempertukainya.

“Kita sangat berasa ajaib tatkala melihat di dalam

buku-buku karangan mereka akan pendapatan-pendapatan yang berdasarkan

pengetahuan cara (ilmu Sains) yang menjadikan kita

menyangka bahawa pendapatan-pendapatan itu ialah dari hasil pendapatan

zaman sekarang. Setengah daripada ilmu yang tersebut ialah fahaman

berkenaan perubahan makhluk-makhluk – maju (membesar) dari peringkat

rendah kepada setinggi-tingginya, yang kita sifatkan sebagai suatu

fahaman baharu telah pun diajar di dalam sekolah-sekolah mereka. Mereka

telah maju lebih jauh daripada kita di dalam soal ini

Halaman Persuratan

Bahasa Melayu

(oleh Musyfa’)

Telah terbaca saya di dalam sebuah majalah Melayu dari

Singapura baharu-baharu ini bahawa seorang penulisnya di bawah

tajuk “Susasteraan” berkata dengan panjang lebar maka

setengah daripada perkataan-perkataannya memberitahu adalah sastera itu suatu

ilmu yang bukan mudah diperoleh akan tetapi oleh kerana ia

amat berguna maka wajiblah dikembangkan dengan seberapa upaya

oleh bangsa kita Melayu yang kasihkan bahasa kebangsaannya

dengan ditambah dengan perkataan-perkataan baharu atau yang ditempah baharu

menurut tuntutan zaman baharu dan nampak kepada penulis itu

bahawa pengarang-pengarang surat khabar dan majalah Melayulah bersifat

seperti guru-guru kepada pembaca-pembacanya, akan tetapi kebanyakan

pembaca-pembaca itu tidak mengerti perkataan-perkataan baharu itu dan

tidak hendak turut memakai perkataan-perkataan itu, maka oleh

sebab itu wajiblah penempah-penempah perkataan-perkataan atau gaya bahasa

baharu itu menggunakan perkataan-perkataan yang lain yang dapat

memberi keterangan-keterangan yang tepat dan jelas dengan menggunakan

pula perkataan-perkataan yang lama menetapi perkataan-perkataan baharu itu, dan

disyorkannya pula dua puak orang-orang yang wajib menyempurnakan

pekerjaan itu, iaitu pengarang-pengarang surat khabar dan guru-guru

sekolah Melayu.

Apa yang dikatakan oleh penulis yang tersebut itu saya

sangat bersetuju dan diharapkan kedua-dua puak yang

disyorkannya itu dengan ikhlas menunjukkan jasa masing-masing

kepada bangsa kita Melayu supaya mudah-mudahan tinggilah kelak

mutu bahasa kita dan berguna seperti bahasa-bahasa lain yang

masyhur di alam ini sekarang.

Kemudian daripada itu terbaca pula saya suatu rencana

yang panjang juga daripada seorang penulis muda yang

memperansangkan pengarang-pengarang muda dengan katanya di antara

29

yang lain-lain “…. Akan dapat mengubah pendirian bahasa

kita, iaitu dari corak yang lama ke corak yang baharu.

Memang inilah cita-cita ahli sastera kita. Kalau tidak

diubahkan coraknya berertilah bahasa kita tidak akan

hidup dengan bangsanya “dan juga katanya lagi”….

supaya tidak tinggal lagi seperti corak lama iaitu bercorak

seri lanang dan corak Munsyi Abdullah, hidup

bahasa hidup bangsa….”

Menurut sebagaimana maksud makalah penulis muda yang kedua

ini bahawa dengan kedatangan buku-buku dari Indonesia itulah

maka pengarang-pengarang muda kita : “Mulai berhasrat untuk

membaharui bahasanya sebab mereka berpendapat dari buku-buku

Indonesia itu tentang aliran bahasanya .“Maka meleret-leretlah

leretannya itu, ada yang betul dan ada yang tidak betul.

Saya pun berpendapatan bahawa pengarang-pengarang akhbar dan

buku-buku ceritalah pada masa ini bersifat guru-guru bahasa

kepada setengah pembaca-pembaca mereka itu, tetapi kebanyakan daripada

pembaca itu menurut dengan membuat tuli sahaja apa yang ada

di dalam akhbar-akhbar dan buku-buku itu, dengan sangkaan bahawa

tiap-tiap yang baharu itu molek dan betul belaka.

Maka bagi pihak saya saya mentelaah dengan ikhlas

akan mereka yang bersifat atau yang disifatkan guru-guru itu

bercermat mengarang dan menulis di akhbar-akhbar dan buku-buku

cerita itu supaya jangan sampai dikata orang “Sebagaimana

guru begitulah muridnya”. Di sini tidak sekali-sekali saya

menyalahkan siapa-siapa pun meniru-niru bahasa Indonesia atau

apa bahasa pun dan menyulamkan tiruannya itu ke dalam

Bahasa Melayu di Semenanjung itu kerana dengan jalan

yang demikianlah boleh bahasa kita luas, berharga dan

molek. Kerana sesungguhnya keluasan bahasa-bahasa asing

itupun kebanyakannya sememang mengambil bahasa-bahasa yang lain,

selain daripada merekakan perkataan-perkataan baharu. Bahawasanya

teladan-teladannya banyak ada di sisi bahasa Melayu kita sekarang

iaitu seperti perkataan-perkataan Inggeris “Onorabel”

(HONOURABLE) dijadikan Melayunya

“Yang Berhormat” oleh orang-orang Johor bila menyebutkan nama

seorang ahli mesyuarat kerajaannya, seperti dikatakan

Dato’ Yang Berhormat…… atau Encik…… dan

“SECRETARY” dimelayukan “Setiausaha “

dan akhbar “Pengasuh” Kelantan pula yang awal menggelarkan

pengarang-pengarang dan penulis-penulis surat khabar “Wartawan”

yang dipermelayukan daripada bahasa Inggeris

JOURNALIST atau PRESSMAN. Di Pulau

Sumatera (Indonesia) pula menggelarkan Dato’-Dato’ atau orang besar-besar

ahli mesyuarat kerajaannya. “Dato’ Kerapatan” atau Encik atau

Tuan “Kerapatan”. Mesyuarat dikatakan kerapatan dan bermesyuarat

dikatakan “rapat”. Mengapakah mesyuarat dikatakan kerapatan?

Ialah menurut bahasa Belanda “fahdering” ertinya berhimpun,

kerana jika tidak berhimpun ramai menurut bilangan

yang ditentukan tentulah tidak dapat berunding. Tidakkah sekarang

telah banyak orang-orang Indonesia menggunakan perkataan-perkataan

Yang Berhormat, wartawan dan lain-lain lagi yang diambil daripada

Bahasa Melayu Semenanjung? Sebegitulah adat pergaulan dunia,

ambil mengambil dan tiru meniru di antara bangsa-bangsa yang ramai.

Tidakkah saudara-saudara kita yang di Indonesia itu dari

sejak ratu-ratus tahun (berkurun-kurun) dahulu sehingga

pada hari ini lebih banyak memakai bahasa tua seperti Sanskrit

(Hindu tua) daripada kita orang Melayu di Semenanjung ini memakainya?

Salangkan nama Pulau Sumatera itupun asalnya datang daripada

perkataan Hindu “ Suma tera yaum” yang bererti permata yang molek

dan juga bererti seorang puteri yang rupawan, kerana

pada mula-mula orang-orang Hindu zaman dahulu berlayar dari India

hendak ke gugusan pulau-pulau Melayu (Malay Archipelago

atau Malaysia) yang termasuklah di dalam bilangan gugusan

itu Sumatera atau Pulau Perca sebagaimana orang-orang Melayu menyebutnya

itu mekar ternampaklah Pulau Sumatera atau Pulau Perca itu, amat

30

molek dari jauh seolah-olah sebutir permata, yang dimisalkan

seorang puteri yang amat elok parasnya di Lautan India (Indian

Ocean). Dengan keterangan ini diharapkan jangan apalah

kiranya perkataan-perkataan atau bahasa lama atau tua itu disalahkan,

dikatakan hodoh, lapuk atau sebagainya kerana tiada boleh

disyakkan apa yang kita di Malaya dan saudara kita di Indonesia

itu pakai dan gunakan sekarang ialah pusaka tua daripada

nenek moyang kita dahulu itu yang dikatakan pada zaman

punting berasab. Dipendekkan kata, kita sama seketurunan.

tidak boleh bercerai dan juga kerana yang tua itu berfaedah

kepada yang muda tatkala yang muda itu pula berguna pada yang tua.

Pada fikiran saya sementara kita memungut perkataan-perkataan

bahasa asing atau menempah perkataan-perkataan baharu itu patutlah apa-apa

perkataan Melayu yang sememang sedia ada di sisi kita sekarang

dibetul dan ditentukan huruf-huruf penambahnya sama ada yang di hadapan

dan yang di belakang tiap-tiap sepatah atau beberapa perkataan menurut

tertibnya yang memberi pengertian yang dikehendaki dengan sempurnanya

supaya jangan sampai kata orang: “Seperti menggesek rebab

bertali sumbing, dan meniup seruni pula berbunyi gambang”

maka oleh yang demikian hendaklah kita semua berhormat dan

beringat bahawa kesalahan yang kecil atau sedikit itu

acapkalilah menyebabkan kerosakan yang besar kerana pincang-pincang

gajah dek sebatang duri di kakinya. Dan lagi menurut

tertib susunan apa bahasa pun dan begitu jugalah bahasa

Melayu, bahawa tiap-tiap sepatah perkataan itu tertentu nama huruf

penambahnya di hadapan atau di belakangnya samalah seperti ditentukan

tombak dan lembing berteter – beliung dan papil berperdah.

Harap perhati!

Di muka 31 baris pertama (dari bawah) ada tersebut :

“…..(di Morocco) dan menteri “ yang sebenarnya : “ (Di Morocco)

dan Kartabah (Cordova) di tanah Sepanyol. Pernah tersebut

seorang menteri……”

maju lebih jauh daripada kemajuan kita di dalam pendapatan ini

iaitu kerana mereka telah memadankannya meliputi segala benda-benda

beku (Al-Jamidat) dan benda-benda logam juga.”

Sekianlah bunyinya keterangan yang telah ditulis oleh pendeta

“Drebar” dari sekolah tinggi New York itu.

Sekarang semak apa kata pendeta Perancis Dr

“Gostap Lubun” di dalam bukunya “Tamadun Bangsa Arab” :

Orang-orang Arab di dalam masa mereka gemar kepada penyelidikan

yang berupa teori (Al-Bahas An-Nazhirah), tidaklah mereka

cuai daripada memadankan fahaman itu dengan secara amalan,

sehingga cara yang demikian itu telah memberi faedah yang besar

kepada segala perusahaan dan pertukangan mereka-mereka walaupun

kita tidak begitu mengetahui dengan jelas akan cara-cara yang telah

diikuti oleh mereka, tetapi kita mengetahui akan kesan-kesan

yang terbit daripadanya. Umpamanya kita telah mengetahui bahawa mereka

telah menggali lombong-lombong dan mengeluarkan daripadanya

belerang, tembaga, raksa, besi, dan emas.

Mereka juga telah termasyhur pandainya di dalam

perkara celup mencelup kain dan amat mahir pada

menggilap besi, bahkan mereka di dalam berjenis-jenis

kepandaian telah menunjukkan kemahiran yang tidak dapat

dikalahkan oleh sesiapapun sehingga hari ini,”

Lain pula kata “Gibbon” ahli sejarah

Inggeris yang masyhur tatkala beliau menyebut

“Kawalan-kawalan dan rakyat” (Al-Himaiah wara’yatiah)

yang telah ditunaikan oleh orang-orang Islam kepada

ilmu-ilmu pengetahuan yang menjadi asas

kemajuan dunia zaman sekarang :

“Adalah kesan usaha yang bersungguh-sungguh dari

khalifah-khalifah (Raja-raja) Islam terhadap ilmu

pengetahuan ialah tersiarnya ilmu-ilmu itu

di dalam kawasan yang amat luas yang terletak

di antara bandar-bandar “ Samarkand “ dan “Bukhara”

sentak ke bandar-bandar “Fez” (di Morocco) dan

Bekas kebesaran kerajaan Parsi masih dapat dilihat lagi sekarang. Gambar ini

menunjukkan bekas kekuasaannya yang masih dapat dilihat di Iraq.

31

“Kortobah” (Cordova) di tanah Sepanyol. Pernah tersebut seorang

menteri di dalam sebuah kerajaan Islam telah menderma

dua ratus ribu dinar (wang emas) bagi mengasaskan

sebuah kolej yang mengajar berbagai-bagai pengetahuan (kuliah ilmiah)

di Baghdad serta diwakafkan kerananya pada tiap-tiap tahun

sebanyak lima belas ribu dinar. Kolej yang tersebut mempunyai

6000 orang penuntut dan berdasar tidak beza membezai

di antara anak-anak orang-orang kaya, dengan anak-anak orang-orang miskin. “

Sekianlah kedudukan agama Islam yang telah dibawa oleh

junjungan kita Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam iaitu

agama kemajuan yang mewajibkan pemeluk-pemeluknya kepada merebut

kemajuan di dalam segala lapangan hidup! Bahkan Islam telah

membuktikan ajarannya dengan amalan seperti yang telah dikerjakan

oleh umat-umat Islam kita-tinggi yang terdahulu, sehingga mereka telah

berjaya mencapai setinggi-tinggi kemajuan dan mengasaskan

tamadun dunia yang ada tersergam di hadapan kita pada hari ini.

Yang demikian maka tepatlah junjungan kita menjadi rahmat

bagi seluruh alam, sebagaimana yang diisyaratkan oleh Allah

Subahanahu wa Taala di dalam kitab sucinya al-Quran Al-Karim:

“Wa ma arsalnaka al-rahmah li al-‘alamin”

Sadaqallah halazzim.

Peringatan: Tiap-tiap

pembaca yang mendatangkan

pertanyaan hendaklah memberi

nama dan alamatnya yang terang.

Pertanyaan-pertanyaan yang tidak

menyertakan alamat-alamatnya dan

namanya yang terang beserta dengan

pertanyaan itu tidak akan dilayan. – Abu al-Mokhtar

A. Jafi bin Mat Roem, Tualang Sakah, bertanya : Mengapa

warta-warta berkenaan dengan tindakan-tindakan pengganas yang diterbitkan

oleh surat khabar-khabar dan juga yang disiarkan oleh radio

Malaya itu tiada begitu jelas sebagaimana dahulu dengan

menyatakan tempat-tempat kejadian itu berlaku tetapi sekarang hanya

dengan nama negeri sahaja.

Jawab – warta-warta itu adalah diterbitkan oleh

pihak kerajaan yang berketanggungan atas soal itu. Perbuatan

mereka yang begitu tentulah ada mengandung maslahat-maslahat yang baik

bagi orang ramai jua. Kerajaan tiada akan berbuat sebarang

apa melainkan ada faedah dan kebajikan bagi orang ramai.

Fadhil Osman Kampung Talang, Kuala Kangsar. Bertanya :

Bagaimana jikalau nikah gantung di dalam dua tiga bulan

itu bolehkah kita berpeluk-peluk bersayang-sayang di antara kedua

sebelum hari bersatu itu ?

Jawab- jikalau sudah boleh berpeluk-peluk bersayang-sayang

di antara dua orang yang bernikah gantung itu bukanlah

dinamakan nikah gantung lagi. Jikalau hendakkan begitu

baiklah nikah langsung. Tak siapa yang akan runsing lagi!

Ros Afendi, bertanya : Bagaimana hukumnya seseorang

yang telah memutuskan tali persaudaraan dunia akhirat, sama ada dengan

lafaz atau dengan tulisan.

(Khas bagi Qalam sahaja – tidak dibenarkan dikutip)

32

Jawab – memutuskan tali

persaudaraan (persaudaraan

keagamaan atau persaudaraan

darah daging ) dalam erti

kata tiada mengaku lagi

bersaudara dalam Islam

atau di dalam kerabat, tidak

digemari oleh ajaran agama kita (Islam) sebab Islam

mengehendaki kita semua bersaudara dan berpegang dengan

tali Allah (Al-Quran) dan jangan bercerai berai.

Jadi perbuatan memutuskan tali persaudaraan dengan

lafaz atau tulisan itu adalah berlawanan dengan kehendak-kehendak

ajaran Islam.

Ismail bin Haji Abdul Rahim, Klang, bertanya:

1. Mengapa orang-orang di negeri Arab memakai baju jubah

dan tebal pula pada hal negeri itu banyak padang pasir

dan hawa negerinya panas ?

2. Pada musim hujan ataupun hari hujan lebat

banyak katak-katak bersukaria, ke mana perginya pada musim panas.

Jawab – orang-orang Arab memakai jubah itu kerana itulah

pakaian mereka. Jubah itu jadi pendinding atau penahan

panas matahari yang terik itu mengenai tubuh badan mereka.

Lebih-lebih lagi apabila mereka berpeluh maka anak baju yang di dalam

itu sentiasa lembap yang demikian menyejukkan badan mereka.

Dan lagi jubah dan ikal itu banyak digunakan bagi

melindungkan tubuh badan daripada pasir-pasir yang berterbangan waktu

angin pasir iaitu suatu perkara yang boleh dikenakan selalu

berlaku di tanah Arab itu dan di padang-padang pasir yang lain.

2. Katak memang sukakan hujan dan air. Pada waktu

musim panas pergilah mereka mencari tempat yang ada air dan

di situlah mereka diam.

Muhammad Rasyid bin Saidi, Ulu Yam, Selangor, bertanya:

Jikalau seorang perempuan telah sah hamil oleh seorang

lelaki dengan jalan zina kemudian berkahwin mereka kerana

menutup malu maka adakah sah nikahnya,

2. Mana yang lebih afdal fitrah dikumpulkan oleh Amil

atau kita sendiri memberikan kepada orang yang wajib menerimanya

Jawab – (1) Nikahnya sah.

2. Lebih afdal dikumpulkan oleh Amil jika fitrah

yang dikumpulkan itu diurus mengikut cara yang dikehendaki

oleh syara’.

Modern Jahiliah, Pasir Mas, Kelantan, bertanya: Apa

hukum taklik (2) Manakah yang lebih manfaat mengeluarkan zakat

kepada kerajaan atau memberikannya kepada fakir miskin ?

Jawab : (1) Taklik cara yang dibuat oleh setengah-setengah

Tok Kadi dalam setengah-setengah negeri itu tidak dibuat oleh

Nabi Muhammad (SAW). Atau oleh sahabat-sahabat atau oleh ulama-ulama

yang dahulu-dahulu. Cara itu mendatang kemudian. 2 Zakat

hendaklah diberikan kepada 8 jenis orang yang berhak menerimanya

itu. Jenis-jenis itu sudah disebutkan dalam keluaran “ Qalam”

yang lalu.

Muhammad bin Abdullah, Pudu, Kuala Lumpur, bertanya

bilakah Kaabah itu dibuat ?

Jawab : Mengikut kata setengah-setengah qaul adalah Kaabah

itu telah ada sebelum dunia ini dijadikan oleh Tuhan,

setengah-setengah berkata sama jadinya dengan dunia ini. Dalam Al-Quran

ada berkata Kaabah itu awal pertama rumah yang dibina bagi manusia.

33

Mansor Hussain, Burma Road, Pulau Pinang, bertanya katanya

bagaimana caranya supaya orang hormat kepada kita.

Jawab : Hormatilah orang maka orang akan hormat kepada

kita. Berbudilah kepada orang maka orang akan berbudi

kepada kita.

Alang Ahmad, Pekan Lama, Ipoh, bertanya apakah gunanya

perempuan-perempuan menuntut ilmu yang tinggi-tinggi.

Jawab : Menuntut ilmu tiada terhad hanya untuk laki-laki.

Laki-laki dan perempuan sama difardhukan menuntut ilmu.

Perempuan difardhukan menuntut ilmu yang tinggi-tinggi supaya

ia dapat menjadi ibu yang berhemah tinggi dan dapat

mendidik anak-anaknya berhemah tinggi pula.

Dilarang dan ditegah benar-benar digunakan oleh orang

bujang. Taj An-Nisa’, Makjum Permaisuri faedahnya

selain daripada mengembalikan Bikir Dara, membaiki 15

perkara lagi. Orang lelaki pun boleh juga

memakannya dengan menambahkan kekuatan dan kembali seperti

teruna. Berguna bagi tiap-tiap peringkat. Tidak berjaya

dikembalikan wangnya.

Sukaria yang Penuh?

Yang memakaikan masyarakat istimewa

Sebotol besar $ 50 makan sebulan

Sebotol kecil $3.20 – bersih pos.

C. Mohd . bin Abd. Rahman

No.154 & 5A, Marang, Terengganu.

Atau No.126, Kedai Payang,

Terengganu

Di Singapura : A. Hasyim 134 Arab Street.

Safar disangka bulannya Syawal

(dikarang khas oleh seorang penulis budiman)

Selamat perginya menurut jadual

Gantinya pula Rabiulawal

Bulan yang berkat zahirnya pengawal.

Dengan kemurahan Malik Ar-Rahman

Zahirlah isim nama Budiman

Berkembangan bunga kuntum di taman

Baunya harum wangi dan nyaman.

Bulan Rabiulawal 12 bilangan

Atau 9 pada hitungan

Tahun gajah dibuas kecermelangan

Hari Isnin zahirlah junjungan.

Waktu Subuh zahirlah yang mulia

Bulan matahari undurlah ia

Malu menentang Sayidul Anbiya’

Nabi kekasih Tuhan yang kaya

Diputerakan ia di negeri Mekkah

Bondanya Aminah Siti yang megah

Ayahandanya Abdullah Saidina yang gagah

Halimatus Saadiah penyusu yang semenggah.

Bangsanya Quraisy mulia tak kalah

Keturunan Ibrahim Khalil Allah

Ialah nabi pesuruh Allah

Rabiulawal

Nabi yang akhir hitungan jumlah.

Saidina Muhammad Rasul pilihan

Zahir ke dunia menjadi suluhan

34

Melepaskan alam dalam kesusahan

Menyelesaikan segala tengkar bantahan.

Waktu alam dalam huru hara

Bunah samun tidak berkira

Jahiliah maksiat manusia berkembara

Zahirlah nabi datang memelihara.

Datang membawa hukum dan petua

Melepaskan manusia daripada kecewa

Daripada menurut nafsu dan hawa

Mengikut syaitan ke mana dibawa.

Nikmat Tuhan pesuruhnya itu

Zahir ke alam turun membantu

Ilmu dan akal naiklah mutu

Kebebasan manusia pulih bersatu.

Binasa berhala di sekeliling Kaabah

Kepada Allah disuruh menyembah

Nasihat ajaran berbagai khutbah

Yang benar tegak – yang batil rebah

63 tahun genap usianya

Waktulah nabi menghadap Tuhannya

Allahumma Salli Wassalim, sejahtera atasnya

Ala dan sahabat serta umatnya

Wafatnya nabi akhir zaman

Meninggalkan Quran sebagai pedoman

Untuk dunia damai dan aman

Sejahteralah hidup siapa beriman.

Quran lah lampu penyuluh alam

Mukjizat pusaka Alaihi Salam

Panduan kepada iman dan Islam

“Al-Fatihah” – diakhirkan kalam.

Masalah Kita yang Wajib Dikaji

Banyak penulis yang besar-besar baik daripada orang asing

(Eropah) ataupun daripada anak-anak Islam sendiri yang telah

menulis mengharungi maudu’ ini. Penulis-penulis Islam itu

sendiri telah mengatakan bahawa sebab kemunduran umat Islam

itu ialah oleh kerana mereka telah tergelincir daripada

Banyak-banyak belia-belia kita daripada peringkat baharu yang sangat kurang pengetahuannya dalam hal ehwal agama

Islam telah terikut-ikut menuduh dengan berbagai tuduhan kepada kebersihan pengajaran Islam dengan sebab

terpengaruh melihat keadaan di sekeliling masyarakatnya yang sangat buruk pada masa ini yang dengannya mereka

jadikan hujah itulah dia pengajaran-pengajaran Islam sehingga ada daripada mereka-mereka yang jahil itu

yang tergamak menyokong sesuatu rancangan memperundang-undangkan perkara-perkara itu yang menjadikan undang-undang

Islam terletak di bawah kuasanya. Perbuatan-perbuatan yang demikian itu lama kelamaan semakin merebak dan perasaan

mempercayai kepada agama itu semakin berkurangan dan oleh sebab itu di sini kita berpandangan molek

sangat memberi keterangan tentang punca yang menjadikan sebab kepada kemunduran umat Islam yang dijadikan

hujah untuk mencelanya pada hari ini. Barangkali ada faedahnya bagi pembaca-pembaca menatap pandangan seseorang

pahlawan pena Islam yang masyhur Muhammad Farid Wajdi tatkala mengulas sebab-sebab kemunduran umat Islam

di dalam tulisannya yang kita petik daripada kitabnya yang bernama Al-Islam Din Am Khalid. Makalahnya itu demikian bunyinya : -

Sebab-Sebab Kemunduran Umat Islam

ajaran-ajaran agamanya yang benar tetapi kebanyakan orang asing

mengatakan bahawa sebab-sebabnya itu ialah kerana ajaran-ajaran Islam

itu kaku beku dan menggalang kemajuan serta mendesak

pemeluk-pemeluknya berserah kepada takdir Illahi sahaja.

Pada pendapatan saya sekalipun pendapatan penulis-penulis

Islam telah menetapi kepada kebenaran, tetapi sebab-sebab

yang mereka sebut itu, bukan itu yang terbesarnya, keadaannya

masih boleh dibahas seperti dengan perkataan yang akan ditanya kepada

35

mereka – “Apa sebabnya yang telah menjadikan umat Islam

membelakangkan ajaran agamanya? Dan bagaimana pula seluruh

negara-negara Islam boleh sekata dalam kemunduran yang tersebut?”

Kemunduran umat Islam yang meliputi atau yang telah

melingkungi inilah yang telah memperdaya orang asing atau yang

menjadikan sebab orang asing menuduh bahawa pengajaran Islam

itulah sendiri yang telah menyebabkan sekalian umat

Islam mundur. Apabila penulis-penulis Islam sendiri tidak

dapat menerangkan sebab-sebab yang utama yang telah menjadikan orang

Islam terpelencong daripada dasar agama yang jati maka sudah

tentu penulis-penulis asing telah melakukan kesalahan yang lebih-lebih

lagi oleh kerana mereka telah tidak menyebut sesuatu perkara

yang tidak boleh dikecilkan iaitu tidak masuk pada akal

manusia bahawa Islam itulah yang telah membentuk umat Islam

di tengah-tengah masyarakat dunia dan Islam itulah yang telah

menggerakkan mereka maju ke hadapan, maju ke tengah, sehingga

mereka telah dapat menjadi pemimpin di seluruh dunia di dalam

segala jenis ilmu pengetahuan, siasah dan tamadun yang

tinggi – yang demikian itu telah nyata kelihatan semenjak

persoalan lagi bahawa Islam bukanlah sahaja berjiwa

baharu bahkan Islam telah dihasilkan berbagai-bagai jalan

dan cara-cara baharu yang tidak pernah diketahui oleh

manusia bagi membawa dan memimpin pemeluk-pemeluknya kepada tujuan

dan jalan yang lebih jauh dan sesuai bagi menunaikan

kewajipannya kepada seluruh dunia di dalam masa yang singkat jua.

Tidakkah Islam itulah yang telah menciptakan bagi

pemeluk-pemeluknya di dalam masa yang tak sampai sekurun lamanya

berkerajaan besar dari Masyrik hingga ke Maghribi? Tidakkah

ianya yang membongkar segala pusaka yang terpendam yang telah ditanam oleh

orang-orang Roman, Kaldan, Syrian dan lain-lainnya daripada segala

jenis ilmu pengetahuan orang-orang mereka yang terdahulu sedang

bangsa-bangsa yang tersebut telah redha hidup kira-kira seribu tahun

lamanya di dalam jahil dan gelap. Orang-orang Islamlah yang

bekerja keras mengumpul dan menterjemahkannya, menambah,

membaiki dan menyebarkannay ke serata alam sehingga merekalah

yang menjadi sebab yang mustahak yang telah mengejutkan benua

Eropah daripada tidur mereka yang lelap itu.

Yang duduk di tengah itu ialah pahlawan Islam

yang terkenal, Muhammad Farid Wajdi

penulis rencana ini, yang sekarang

berumur lebih daripada 70 tahun.

di kananya Tuan Hamka di dalam

perjumpaannya dengan pujangga

Mesir itu dalam

lawatannya ke Mesir.

36

Dengan keterangan-keterangan yang tersebut, yang ahli-ahli tawarikh telah

sekata membenarkannya, maka adakah boleh diterima akal bahawa

Islam yang telah bekerja keras menyebarkan ilmu pengetahuan

ke seluruh alam itu berpaling menjadi penghalang kemajuan

Islam yang menyebabkan penduduk-penduduknya kaku beku dan hidup

tidak bermaya, setelah mereka berkurun-kurun lamanya dengan sebab

Islam telah berjaya menghidupkan segala ilmu pengetahuan dan

menjayakan tamadun dunia?!

Kemunduran Islam itu sebabnya yang utama ialah

oleh kerana mereka telah berpegang kukuh dan mengerjakan

segala adat istiadat dan fahaman yang lapuk yang dengan kerananya

Islam telah datang hendak meleburkannya dan menggantikan

di tempatnya suatu peraturan masyarakat yang bebas sebagai

landasan bagi sekalian umay melaluinya untuk mencapai

kemajuan dengan bebas daripada belenggu-belenggu fahaman-fahaman yang lama

yang biasanya menjadi penghalang kepada tiap-tiap gerak langkahnya.

Bagi menjelaskan dengan lebih terang dalam perkara ini

maka perhati dan semaklah dengan saksama apa yang tersebut

di bawah ini supaya dapat kita mengetahui bagaimana riwayatnya

kemunduran yang telah terjadi kepada umum orang-orang Islam

itu :-

Sebelum kedatangan Islam keadaan penduduk dunia umumnya

daripada segi agama menjadi tawanan kepada ketua-ketua agama

iaitu ketua-ketua agama yang telah mengangkat diri mereka sebagai

pemimpin-pemimpin rohani. Mereka, untuk mengekalkan kekuasaan

yang tersebut, telah mendirikan tenteranya lalu menaburkannya

merata-rata tempat dan dengan demikian menjadilah ia suatu

kekuasaan rohani “Autokrat” (bermaharajalela) yang

yang mutlak di dalam sebuah kerajaan yang berjalan atau yang

berperintahan Autokratik (pemerintahan

bermaharajalela – tidak menjalankan

undang-undang. Dengan ini maka akibatnya

orang ramai tercengkam oleh dua kekuasaan,

kekuasaan rohani dan kekuasaan

pemerintahan itu; yang menyebabkan mereka

tertindas dan menderita dengan tekanan-tekanan

yang hebat yang tersebut itu.

Dengan kerana keganasan-keganasan dan perbuatan-perbuatan

yang berleluasa dan bermaharajalela itu maka

semangat mereka telah menjadi lemah, jiwa

mereka telah mati dan semenjak daripada

masa itulah manusia telah hidup

terbelenggu di dalam gerak langkahnya baik di dalam

rohani ataupun di dalam jasmaninya. Kalau

ada umpamanya pada zaman itu sesiapa yang

berani menzahirkan fahamannya yang tidak pernah

didengar atau diperkatakan oleh ketua-ketua agama

maka sudah tentu orang itu akan menerima

balasannya yang hebat, ia akan dibakar hidup-hidup, disula,

dilontar dari kemuncak yang tinggi, diikat di hujung ekor

kuda yang akan dipecut dengan cemeti supaya lari menyeretnya

dan mencarikkan badannya menjadi berkecai-kecai dengan keadaan

yang dahsyat dan luar biasa. Keadaan ini semakin

menjadi-jadi dan semakin hebat oleh kerana kekuasaan

negeri pada masa itu telah terpengaruh atau terletak di bawah

37

pengaruh atau kekuasaan ketua-ketua agama yang dengannya sudah tentu

tidak ada halangannya lagi bagi menunaikan tindasan-tindasan

yang tersebut.

Cara pemerintahan yang sedemikian itu zalim dan

kejamnya, cara pemerintahan yang sedemikian itu bengisnya telah

memaksa penduduk-penduduk benua Eropah seribu tahun lamanya duduk

di dalam gelap bahkan demikian itulah juga keadaannya

Tuan Liquat Ali Khan, Perdana Menteri Pakistan melawat Amerika sedikit

hari yang lalu. Negeri Pakistan yang ada sekarang adalah diharap oleh dunia

Islam bagi menjadi timbang kebangkitannya pada masa yang akan datang. Pemerintahannya

adalah sekarang disesuaikan dengan pengajaran yang berdasar kepada Al-Quran dan

Al-Hadis – Gambar-gambar Mesir yang lucah-lucah itu sekarang diharamkan dimasukkan

ke sana sebab mereka mengetahui bahawa kebudayaan Mesir sekarang telah karam.

penduduk-penduduk di benua yang lain dan dengan kerana inilah Allah

Subhanahu wa Taala telah membentuk umat Islam di bawah pemimpin

Saidina Muhammad (SAW) Khatam An-Nabiyin bagi menyelamatkan

penduduk dunia daripada bahaya-bahaya yang tersebut. Kewajipan bagi

menyelamatkan penduduk-penduduk dunia inilah yang telah ditunaikan oleh

umat Islam dengan sebaik-sebaiknya dan dengan wjudnya umat

Islam itu terbentuklah “Tamadun Barat” dengan kekuatan

kekayaan dan kemajuan ilmu pengetahuan seperti yang ada

sekarang ini.

Tetapi malangnya di seluruh alam Islami hari ini,

barang di mana jua kita dapati mereka telah tergelincir daripada

asas dan landasan yang ditaja oleh Islam dengan mereka

mengerjakan segala peraturan salah baik yang mengenai agama

mahupun untuk mengenai masyarakat yang dengan kerananya Islam telah

datang untuk meleburkannya. Mereka sendiri telah termasuk

ke dalam kesalahan yang pemeluk-pemeluk agama yang lain telah

mengerjakannya, dan dengan ini maka tataplah sabda Rasul-

-lullah (SAW) yang maskudnya: “Sesungguhnya kamu akan menurut

cara-cara peraturan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, tiap-tiap

sejengkal dengan sejengkal – tiap-tiap satu hasta dengan satu

hasta walau sekalipun mereka telah memasukkan lubang biawak

pasir nescaya kamu akan memasukinya juga. “Pada masa

itu salah seorang sahabat yang hadir di situ telah bertanya

kepada junjungan kita: “Adakah begini, begini ya Rasul

-lullah? “dengan soal itu lalu ia menyebutkan kepada Rasulullah

(SAW) dua nama kumpulan yang terbesar (Yahudi dan Nasrani).

Pertanyaan itu dijawab oleh Rasulullah dengan katanya:

“Faman”? Yakni kalau bukan mereka siapa lagi?

Apakah sebabnya yang telah mendesak umat Islam tunduk kepada

peraturan agam dan masyarakat yang salah yang datuk nenek

mereka pada masa yang lalu telah bekerja keras untuk menyelamatkan

dunia daripada cengkaman bahayanya? Sekarang akhirnya mereka

sendiri pula berkeadaan seperi umat yang terdahulu yang

berkeadaan di daalm kaku beku yang bertentangan dengan keadaan

tabii yang menjadi asas kemajuan yang dengan kerananya

umat Islam telah lumpuh atas tiap-tiap kelebihan yang pernah

mereka mempunyainya bahkan mereka telah menjadi merana menahan

tekanan penyakit yang payah hendak diubati itu.

Rasanya sebab-sebab yang tersebut tidak begitu payah hendak

menyelidikinya – semaklah keterangannya : -

Sebaik-baik sahaja terbentuk umat Islam maka Rasulullah

(SAW) sendiri tampil ke hadapan memimpinnya kemudian

umat Islam itu telah dipimpin oleh Khulafa’ Ar- Rashidin

(sahabat nabi yang berempat), kemudian sesudah itu mereka

terletak dibawah pimpinan kerajaan bani Ummayyah – di dalam

peringkat ini mereka belum begitu dihinggapi oleh penyakit

yang terdahulu (dalam masa pemerintahan ini mereka salah memilih

beberapa orang ketua ataupun membesarkan perasaan perkauman

yang telah dileburkan oleh orang Islam).

Kemudian datang pula peringkat kerajaan Abbasiyyah naik berkuasa

di sini kelihatan kekuasaan mereka telah naik memuncak

kerana pada masa itu boleh dikatakan tidak ada sebuah

kerajaan asing pun di bumi yang sanggup menentang kerajaan

Islam ini – pada masa itu timbullah perasaan bersukaria

dan membazir serta lalai menunaikan kewajipan mereka

terhadap kepada kerajaan ataupun kepada agama. Dan ini

bertambah buruk lagi apabila difikirkan seseorang yang telah

menduduki Menteri, ataupun kadi yang tiba-tiba terguling

di dalam penjara ataupun ke liang maut dan harta bendanya

menjadi rampasan disebabkan oleh sekecil-kecil tohmah yang telah

didatangkan oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat Raja. Dengan

kejadian-kejadian yang buruk ini maka timbullah perasaan bermuka-muka

dan ampu mengampu sedang kedua-duanya adaalah sifat-sifat yang membawa

kepada melalaikan maslahat ramai dan membawa kepada bertumpu

atas maslahat-maslahat diri sendiri jua.

Jangan pula dilupakan bahawa bangsa-bangsa yang telah redha

menjadikan agama Islam itu agama mereka, mereka memeluknya

sedang jiwa mereka telah sebati pula dengan peraturan-peraturan cara

“Autokrat” yang mengenai agama, masyarakat dan kerana itu

maka mereka pun bekerja menghidupkan peraturan yang tersebut

disebabkan oleh kerana ada perasaan ikutan-ikutan yang telah dipusakainya

turun temurun; dan apabila setengah daripada mereka telah

menduduki kerusi pemerintahan maka mereka telah mengatur dan

menyusun hak ehwal dunia dan agama menurut perasaan yang telah

sebati di dalam jiwa mereka – bukannya menurut yang dikehendaki

38

oleh agama Islam yang sebenar.

Dua kurun lamanya kerajaan Islam berdiri dengan

perdiriannya yang telah kukuh setelah itu timbullah perpecahan

di antara penganjur yang berbagai-bagai bangsa itu sehingga apabila

seseorang penganjur baharu sahaja memegang kekuasaan di dalam

sebuah negeri maka tiba atau timbul pula lawannya yang hendak

merampas kekuasaan itu daripada tangannya yang menjadikan, “perang

saudara” – dan setelah salah seorang daripada mereka itu

berjaya maka yang lain pula datang menyerangnya. Dengan hal

yang demikian ini maka alam Islami pun telah diliputi oleh

peperangan yang tidak reda-redanya beberapa kurun lamanya.

Dengan ini maka tidaklah menjadi pelik sekiranya umat

Islam telah dihinggapi oleh penyakit umat yang dahulu

disebabkan kedudukan mereka yang telah terletak di bawah dua

cengkaman kuasa – kuasa pemerintahan dan kuasa agama –

yang kedua-dua telah mencengkam jalan nafsu umat Islam lebih

daripada seribu tahun lamanya sehingga tiba zaman tersiar

ilmu-ilmu pengetahuan Barat hari ini mendesak mereka kepada

hidangan yang telah tersaji itu. Sudah tentu sebahagian daripada

mereka telah bekerja-kerja kepadanya setelah mereka memutuskan

perhubungan dengan Islam kerana mereka menyangka Islamlah yang telah

menyebabkan nenek moyangnya hidup dengan mundur – padahal

mereka tidak akan terjatuh ke dalam gaung yang sedemikian

itu jika tidaklah kerana mereka sendiri yang telah berpaling

daripada pimpinan dan panduannya yang sentiasa membawa ke arah

bahagia dan sejahtera.

Inilah dia garisan-garisan besarnya yang telah menyebabkan kemunduran

Islam itu beberapa kurun lamanya. Dengan ini maka timbullah

pula kesannya bahawa apakah jalan yang baik bagi memperbaiki

hal yang tersebut? Soal ini dapat dijawab oleh dua puak

yang berlawanan pendapatan di antara satu dengan yang lain.

Puak yang pertama berpendapatan – umat Islam tidak

akan hidup dengan sebenar-benar hidup melainkan mereka

berbalik kepada ajaran-ajaran Islam yang sejati.

Puak yang kedua pula mengatakan – umat Islam itu

tidak boleh diharap bangun dan maju melainkan jiwa

mereka yang berkobar-kobar dengan perasaan agama itu dilemahkan

supaya ia tidak menjadi penghalang pada ketika hendak

meniru kepada apa yang patut ditiru daripada cara peraturan

tamadun Barat.

Golongan yang kedua ini kelihatan bekerja menyebarkan faham

mereka dari segi yang mendatangkan syak atas kebenaran

agama Islam – mereka menyelitkan berbagai-bagai racun di dalam

tulisan-tulisan mereka dengan cara yang sangat halus – yang

tak diketahui melainkan oleh orang-orang yang celik pandangannya.

mereka menyiarkan beberapa contoh tulisan-tulisan, kupasan-kupasan

dan pandangan-pandangan yang boleh menarik angkatan baru kerana

mereka diruntun oleh perasaan bertaklid (terikut-ikut)

yang telah menjadi tabiat yang sebati kepada kebanyakan kita.

Siaran-siaran yang demikian sudah tentu akan berkesan kepada meringankan

agama dan ulama-ulamanya – yang demikian lebih-lebih lagi membawa kesan

kepada mereka-mereka yang berjiwa penghina kepada agama ataupun

ke atas mereka-mereka yang telah diselaputi oleh perasaan bahawa

agamanya atau adat istiadat ketimurannya tidak mengandungi

sesuatu benda yang mustahak difikirkan.

Kesan tulisan yang beracuan itu jika tidak berbuat

hari ini dengan perasaan mencapak agama dengan berterus terang

maka ia akan berbuah dalam masa tidak lama lagi.

Sekianlah makalahnya dan kemudian kita akan menyambungnya

pula dengan keterangannya tentang bagaimana jalan untuk

membaikinya dengan cara dan hakikat yang baharu. Pergerakan

yang berbahaya ini patut ditentang dan perasaan itu sebenarnya

telah mulai tumbuh di dalam angkatan baharu kita yang sedang

mara diayun oleh gelombang hidup dengan tidak menoleh

ke kiri atau ke kanan itu. Ikhtiar itulah sahaja kelak

yang dapat menarik umat kepada jalan kebahagiaan dunia dan

akhirat dengan mengikuti kehendak dan masyarakat yang boleh

didapati daripada menyambut ajaran-ajaran Islam yang sebenar.

39

Halaman Kaum Ibu

Hak dan Kebebasan Perempuan

Di dalam makalah saya yang lalu saya berjanji di sini akan menulis berkenaan dengan hak kita

perempuan terhadap kepada harta kita di dalam mana kelak pembaca-pembaca akan dapati bahawa kita perempuan

di dalam Islam itu bukannya sebagai hamba tebusan yang apabila kita berkahwin kepada seseorang lelaki

maka harta kita akan dikawal atau dikuasa oleh suami kita.

Sebagaimana yang telah saya pernah katakan bahawa apabila kita telah baligh (cukup umur) maka kita

berhak menyimpan harta kita dan tidak ada seorang yang boleh mengambilnya dikecualikan jika didapati kita

boros akan membawa harta itu kepada jalan yang asi.

Berhubung dengan adanya penjajahan di negeri ini maka

kebebasan yang tersebut telah ikut juga terkongkong

oleh kerana mengikut undang-undang negeri ini harta itu

tidak boleh dipulangkan kepada seseorang melainkan setelah umurnya

21 tahun di dalam mana perbuatan itu nampaknya telah menjadikannya

merampas hak dan kebebasan kita atas harta kita dan

tidak jarang ada harta-harta daripada peninggalan orang tuanya yang telah

meninggal yang telah diserahkan kepada trusty (yang menjadi

kuasa) yang telah menjadikan harta itu kucar kacir

oleh kerana ada trusty-trusty itu lupa kepada tanggungannya dan tamak

kepada harta anak yatim sehingga dengannya orang-orang yang telah

meninggalkan hartanya itu terkadang-kadang tidak sempat dirasa

oleh anaknya yang sudah pun bebas dan akil baligh itu,

sudahpun berhak memiliki harta itu.

(oleh Ummu Muhsin)

Hak Perempuan atas Hartanya

40

Terkadang-kadang pula apabila ia telah bersuami dan belum

sampai had umurnya 21 tahun maka si suami itu pula

terkadang-kadang menjadi galang ganti, menguasai harta isterinya

itu dengan paksaan dengan tidak keredhaannya dan terkadang-kadang

belum lagi umurnya 21 tahun maka dengan kecekan suami

tadi hartanya telah habis dan kemudian ia diceraikan,

dicampakkan sebagai sampah yang tidak berharga. Kejadian-kejadian

yang serupa ini adalah sangat buruk dan melupakan

sama sekali kebebasan dan hak kita perempuan terhadap

kepada harta kita.

Farid Wajdi tatkala menerangkan hak dan kebebasan

kita mempunyai dan menguasai harta kita ada berkata :

“Seseorang perempuan Islam yang telah berkahwin kebebasannya

mengurus hartanya tidak akan gugur kerana berkahwin itu.

ia tetap mempunyai kebebasan yang penuh di dalam semua harta

yang menjadi hak milikinya. Ia tidak akan terikat kepada

fikiran suaminya berkenaan dengan hak-hak yang tersebut dan

kerana itu ia bebas menjual, menyewa atau menggadai hak

miliknya dengan tidak ada sesiapa yang boleh mengganggunya.”

Seterusnya ia menyatakan bahawa hak yang telah didapati

oleh perempuan-perempuan Islam seperti yang disebut tadi hingga

hari ini belum dapat lagi dicapai oleh perempuan-perempuan yang

bukan Islam oleh kerana seseorang perempuan yang bukan

Islam itu apabila berkahwin maka kebebasannya terhadap

kepada harta benda yang menjadi hak miliknya itu akan terletak

di bawah kawalan suaminya dan dengan itu ia tidak boleh

menjual atau membeli ataupun menggadai sesuatu daripada hak

miliknya itu melainkan dengan persetujuan suaminya, kerana

undang-undang telah memberi kepadanya (suami) kuasa atas

segala harta benda isterinya sedang kuasa yang tersebut tidak

didapati oleh ayah perempuan itu sendiri atau salah

seorang kaum kerabatnya yakni ayahnya tidak akan berkuasa

ke atas harta perempuan apalagi kaum kerabat yang lain.

syak lagi bahawa

Sesungguhnya tidak

cara yang telah mengenai

perempuan yang bukan

Islam itu adalah

menunjukkan perbuatan

itu daripada saki

baki zaman perhambaan

kaum perempuan yang telah

pernah ditanggung mereka

pada kurun yang lalu

yang penuh dengan

kezaliman dan

kejam. Semua hak-hak

yang telah diberi kepada

perempuan itu

rasanya – kata

Farid Wajdi –

41

tidak dapat dimimpi-mimpikan oleh sebarang “Falsafah” sehingga

hari ini. Islam telah memberi hak-hak tersebut kepada

perempuan itu bukanlah dengan begitu sahaja bahkan ialah

kerana membebaskannya daripada cengkaman perhambaan iaitu cengkaman atau

belenggu masih mengenai umum kaum perempuan di dunia pada hari

ini, juga Islam telah meletakkan haknya yang semula jadi

itu pada tempatnya yang telah ditetapkan baginya oleh syarak dengan

tidak boleh mengubah atau menukarnya bagi menyampaikan tujuan-tujuan

yang tersebut.

Sekiranya Islam telah mensifatkan perempuan itu sebagai

hamba tebusan kepada suaminya sebagaimana yang lazim dipandang

oleh sebahagian daripada lelaki yang hendak berkahwin dengan

perempuan yang kita lihat hari ini bagaimana kaum kita

itu telah dijadikan hamba abdi dan tebusan dengan dipukul

Begum Liaquat Ali Khan, isteri kepada Tuan Likat Ali Khan Perdana

dan diterajang kalau tidak mengikut perintahnya umpamanya tidak

Menteri Pakistan sedang dikerumuni oleh wartawan-wartawan tatkala ia melawat

ke New York di dalam beberapa bulan yang lalu. Di sini dapat dipandang bagaimana

ia mempertahankan pakaiannya walaupun ia melawat ke negeri tamadun

yang terkenal bebas itu. Ia menunjukkan bahawa adatnya tidak

luntur kepada celupan yang lain.

menyiapkan makan dan

pakainya sebagaimana

yang disangka oleh

setengah-setengah orang itulah

dia pengajaran agama

maka yang demikian itu

adalah salah

sekali. Islam

adalah menghargakan

hak-hak yang disebutkan

di atas dan daripada

kebebasan-kebebasan menguasai

hartanya itu adalah

menunjukkan bagaimana

kemuliaan yang telah

diberi oleh Islam

kepada perempuan dan

dengan sebab itulah

Islam telah bersusah payah meninggi cawangan-cawangannya seperti

yang tersebut di atas yang tidak akan didapati di dalam alam Islami

sesiapa jua yang cuba menidakkannya atau tergamak hendak

mengubahnya kerana semua Mazhab telah ijmak atasnya.

“Seseorang ahli falsafah akan berasa pelik dan hairan

apabila memandang kepada hak-hak perempuan yang tersebut itu dari

segi perempuan dan segi masyarakat; dan lebih-lebih

menghairankan ialah oleh kerana tempat terbitnya itu ialah

di negara Arab iaitu negeri-negeri yang sudah tentu kaum perempuannya

telah merasai sepahit-pahit kehidupan hidup di dalamnya. Oleh

itu telah terang dalil yang menunjukkan bahawa kedudukan

perempuan sebelum kedatangan Islam sangat buruk sekali,

baik di dalam negeri-negeri Arab sendiri ataupun di dalam

dunia seluruhnya” dan hal yang demikian itu tidak pula

dapat menggerakkan sebarang penyusun undang-undang walaupun daripada

umat-umat yang telah meningkat kepada setinggi-tinggi kemajuan mengadakan

bentuknya seperti yang telah ditetapkan oleh Islam itu yang sudah

barang tentu tidak dapat dicapai oleh perempuan yang bukan

Islam walau apa bangsa dan agamanya jua pun hingga hari

ini tidak syak lagi bahawa hak ini adalah menjadi

sebesar-besar dalil atas wahyu ketuhanan oleh kerana dengan

akal semata-mata tidak akan dapat seseorang itu

menghasilkannya “ – kata Farid Wajdi lagi.

Dengan ini nyata dengan terangnya bahawa kemuliaan yang diberi

kepada perempuan Islam adalah sangat luas. Jika kita

mendapati bahawa kita tidak diberi kebebasan dan tidak

dapat menjalankan apa yang tersebut itu yang demikian itu

janganlah disalahkan kepada pengajaran agama. Kalau terjadi

sesuatu kesalahan itu maka yang demikian bukannya terbitnya

daripada kesalahan agama tetapi adalah ini kesalahan daripada

masyarakat kita sendiri.

Kalau kita mendapati yang demikian itu salah maka

42

hendaklah kita memulangkan kesalahan-kesalahan itu kepada masyarakat

kita serta menunjukkan kepada mereka pengajaran-pengajaran supaya kita

dapat membetulkannya. Dengan demikian baharulah boleh terbina

bentuk masyarakat yang baik. Umpamanya sekarang masyarakat kita

telah dituduh adalah sangat mudah menceraikan perempuan dan

dengan kerana perbuatan-perbuatan itu menjadikan kita telah dituduh

sangat memudahkan perempuan itu bahkan kita telah dikatakan

menjadikan perempuan itu hanya sebagai kesenangan

dirinya atau kerana memuaskan syahwatnya jua yang tidak

ubahnya perbuatan-perbuatan kita itu telah mengikut perbuatan

orang-orang Jahiliah dahulu. Yang demikian bukan salahnya Islam

tetapi kerana kejahilan kita dan kerana tidak mahu

mengikut pengajaran-pengajaran Islam. Oleh kerana mustahaknya perkara

bercerai itu saya akan tuliskan insya-Allah dalam keluaran

yang akan datang.

Kalau Isteri Tuan Mengandung...

Kalau isteri tuan mengandung, jangan lupa ubat

beranak “Cap Kambing Gurun” dengan menggunakan ubat

ini tak payah berdiang – tak payah bersali. Harganya $12.50

bersih pos pesan kepada:-

YAHYA ARIFF

37, Jalan Kangsar,

Kuala Kangsar.

Akhbar “Singapore Standards” yang dimodali oleh

Tuan Oh Bun Ho di dalam dua perkara yang mengenai

Islam sudah terang menunjukkan belangnya menjadi musuh orang

Islam yang pertama apabila Zahrah yang tergamak menyalahkan hukum

Islam itu telah dikatakannya perempuan progresif sedang

orang-orang Islam lain adalah kolot dan kuno. Ia

mencampuri perkara yang tidak diketahuinya lalu menuduh

orang yang kedua ia telah menyiarkannya gambar-gambar yang palsu yang

sengaja disiarkannya yang nampaknya mengikut kemahuan Kounsel

Belanda menyiarkan perkara yang sengaja untuk menyakitkan hati

orang Islam dengan mengadakan barang yang tiada. Ini sudah

terang bahawa dasar “Singapura Standards” itu berat sebelah!

Bagaimana cara kita melayannya – yang demikian adalah terpulang

kepada kaedah masing-masing kaum

Muslimin yang beriman

menghadapi orang yang sengaja

memusuhinya. Di sini zahir

rupanya sifat wartawan

Singapore Standards tak jujur.

Dato’ Onn nampaknya telah sebati dengan perasaan kemahuan

Dato’-Dato’ Tan Cheng Lock dan Thuraisingham menghendaki supaya

orang Melayu dileburkan menjadi bangsa Malayan atau Malaya

di dalam negeri orang Melayu. Apabila tersiar cita-cita Dato’

Onn itu dalam akhbar Straits Times 21 November 1950

maka apalagi orang-orang Malayan pun dengan serta merta menyambut

dan memuji Dato’ Onn sebagai seorang Melayu yang “jauh

pandangan” dan melihat kepada kebaikan Malaya untuk masa

yang akan datang – ingat Malaya, bukan Melayu. Kita takut

kerana terlampau jauh sangat memandang, nanti perigi yang

di hadapan tak nampak dan kesudahannya orang Melayu masuk

perigi dibawa oleh Dato’ Onn, tenggelam dalam buminya

43

sedang orang Malayan atau Malaya bersukaria bertindak di dalam

tempat orang Melayu yang kaya raya. Demikianlah kalau hendak

memandang jauh itu mesti diingat, pandang ke bawah dahulu

supaya jangan tercebur. Kalau Hang Tuah dikatakan berpepatah

“tidak Melayu hilang di dunia” nampaknya Dato’ Onn yang pada

suatu masa pernah khabarnya digelar “Hang Tuah” zaman moden

tatkala mendirikan UMNOnya dahulu sekarang patut membuat

pepatah baharu “Melayu hilang di dunia” syabas !!!

Kita bersama-sama menyertai ucapan tahniah orang kenik

kepada hantu Wak Ketuak atas keberaniannya “Menyembah” Kounsel

Belanda yang demikian dilakukannya barangkali oleh kerana

tersesak tak dilayan jalan lagi syabas hantu Wak Ketuak

nampaknya terpaksa sujud kerana “ Menebus “ dosanya. Orang

Kopi

Pahit

semuanya sehari sebelum ia

“Menyembah” ini sudah menuduh

bahawa Hantu Wak Ketuak ini

tak tetap perdiriannya, sekejap

berpura-pura menyokong Islam dan

sekejap lain, dengan tidak ada ulasannya menyiarkan gambar-gambar

“Aneh” itu orang-orang pandang “Perkakas” propaganda

Kristian harus juga ini yang menjadi sebabnya Kaunsel

Belanda menerima “Sembahannya” oleh kerana Kounsel Belanda

menyangka hantu Wak Ketuak itu sudah menjadi sahabatnya dengan

kerana suka menyiarkan gambar yang “Aneh” itu tetapi malang

bagi kaunsel Belanda itu kerana ia belum tahu siapa hantu

Wak Ketuak itu kerana hantu Wak Ketuak telah berpaling tadah

barangkali masa itu ia teringat perbuatannya berdosa kepada

bangsanya. Mengenal hantu Wak Ketuak itu memang payah sebab

maklumlah tabiat hantu itu boleh mengubah-ubah dirinya sekejap

boleh berserban dan sekejap lagi boleh jadi gagak hitam.

Ini kebiasaan dilakukan oleh orang yang tidak ada berpendirian

jadi kalau begitu patut dipuji orang kenik yang tetap

perdiriannya beriman kepada Islam itu – cemeti Al-Farouk.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!