11.01.2018 Views

Air Johor Book

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JOHOR

SUMBER & BEKALAN

HASNI BIN MOHAMMAD

First Edition 2017

©2017 Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru

Johor, MALAYSIA

National Library of Malaysia Cataloguing in Publication Data. A Catalogue record

for this book is available from the National Library of Malaysia.

Hasni Mohamad

Air Johor : Sumber & Bekalan, Edisi Pertama

ISBN 978-967-0194-88-2

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in or

introduced into a retrieval system, or transmitted, in any form, or by any means

(electronic, mechanical, photocopying, recording, or otherwise), without the prior

permission of the publisher. Requests for permission should be directed to dean@

utm.my, or mailed to Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi Malaysia,

81310 UTM Johor Bahru, Johor, MALAYSIA.

Published in Malaysia by:

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru

Johor, MALAYSIA

Printed in Malaysia by:

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia

The book does not hold itself responsible for statements made or opinions expressed

in the articles and/or any materials printed in this publication. Rights of translation

and reproduction reserved.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin

Menteri Besar Johor

Sektor air perlu sentiasa memiliki

kemampuan dalam berdepan dengan cabarancabaran

yang timbul terutamanya yang di luar

kawalan manusia. Pelbagai cabaran dalam

pengurusan sumber air yang kita hadapi sejak

kebelakangan ini seharusnya menjadi sebab

kenapa kita harus lebih serius dalam meneroka

pendekatan dan solusi baharu dalam mengurus

sumber yang amat berharga ini.

Justeru, takkanlah kita selaku bangsa

yang bertamadun, yang maju, yang mempunyai

pelbagai institusi pendidikan yang berbangga

dengan kepakaran dalam bidang sains dan

teknologi, kita tidak mampu untuk menjaga

dan mengurus sumber air kita dengan baik.

Kegagalan kita selaku generasi hari ini untuk

menjaga dan menguruskan air dengan baik

akan menjadi faktor generasi kemudian

menilai

dan menghukum kedangkalan kita.

YB Datuk Ir. Hasni Mohammad

Pengerusi, Jawatankuasa Kerja Raya,

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Negeri Johor

Sumber bekalan air tidak akan pernah

mencukupi selagi ianya tidak diurus dan

digunakan dengan berhemah. Setiap keputusan

dan dasar yang digubal perlulah mengambil kira

kesan terhadap keperluan masa hadapan serta

dikaji semula berdasarkan perubahan senario

agar pendekatan yang diambil ditambah baik.

Kerajaan negeri amat menitik beratkan

isu pengurusan air mapan sebagai agenda

utama demi kepentingan rakyat. Sehingga

kini lebih RM 500 juta telah dibelanjakan bagi

mengatasi masalah bekalan air di negeri ini dan

kita akan terus komited dalam pembangunan

sumber dan bekalan air demi

kelestarian air di

Negeri Johor

KANDUNGAN

1.

2.

3.

4.

Prakata

Pengenalan

Senario Air Johor - Isu dan Cabaran

Halatuju Masa Hadapan

Johor Water Forum 2015

Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010 - 2060, Peluang dan

Harapan

En. Mohd Riduan bin Md. Ali

Negeri Johor ke Arah Pengurusan Sumber Air Bersepadu - Isu,

Pelaksanaan dan Peranan

Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali

Sumber Alternatif untuk Kelestarian Pengurusan Air

Prof. Dr. Zulkifli bin Yusop

Rejim Pelesenan dan Cabaran Air Terawat

Ir. Ng Ching Hai

Exploring Groundwater Source

Dr. Kotaro Takemura

Sumber Air di Negeri Johor Mengikut Kaca Mata Falakiah

Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak

Resolusi

5.

Simposium Kelestarian Air Negeri Johor 2017

Transformasi Sektor Air, IWRMP Kebangsaan: IWRM Negeri

Johor

Ir. Dr. Salmah bt Zakaria

Pengurusan Sumber Air Negeri Johor

En. Mohd Riduan bin Md. Ali

Perlaksanaan Pengurusan Air Perbandaran Bersepadu untuk

Negeri Johor: Konsep dan Halatuju

Dr. Low Kwai Sim

Sumber Air Alternatif bagi Negeri Johor

Prof. Dr. Zulkifli bin Yusop

Perancangan dan Pembangunan Bekalan Air Negeri Johor

Ir. Ng Ching Hai

Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa

Ir. Hj. Mohamad Asari bin Daud

Pengurusan Permintaan Air - Pengalaman Menyelusuri Zaman

dan Kelestarian Masa Hadapan

Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabudin

Pengurusan Air Bumi: Pengalaman dan Cabaran

Ir. Hj. Wan Zamri bin Wan Ismail

Resolusi

6.

Water Leaders Forum 2017

Water Sustainability: The Roles of NGO and the Public

Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din

Integrated River Basin Management (IRBM) in the Brantas

River Basin, Indonesia

Bapak Fahmi Hidayat

Success Story of Rainwater Harvesting in Star City, Korea

Prof. Mooyoung Han

Success Story of Groundwater Utilization in Kumamoto, Japan

Dr. Kotaro Takemura

Making Desalination a Viable Option

Dr. Zhou Thong

Groundwater Potential and Misconception in Malaysia

Datuk Ir. Dr. Azuhan bin Mohamed

Challenges in Water Supply Industry Reform in Malaysia

Datuk Ir. Mohd Khalid bin Nasir

Ensuring a Win-Win Water Partnership between the State and

Federal Entities

Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabuddin

Integrated River Basin Management: Time for Stronger Action

Prof. Dato’ Mazlin bin Mokhtar

Resolusi

Galeri Foto

Keratan Akhbar

PRAKATA

Johor Water Forum telah ditubuhkan pada tahun 2016

dan diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai sebuah entiti

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai

penasihat kepada Majlis Sumber Air Negeri Johor. Melalui

Johor Water Forum tiga siri forum air telah diadakan bertujuan

membentuk hala tuju industri air negeri ini ke arah lebih mapan

dan berdaya maju. Forum air ini berjaya menghimpunkan

pakar-pakar tempatan dan antarabangsa melalui perkongsian

pengalaman dan pemindahan ilmu berkaitan pengurusan

sumber air disamping memperkukuh jalinan kerjasama

dengan badan dan institusi yang serupa daripada dalam

dan luar negara. Sebanyak 20 resolusi telah digariskan

sepertimana yang dinyatakan dalam buku ini sebagai asas

kepada kerajaan negeri untuk menangani isu pengurusan air

di Negeri Johor. Buku ini turut menghimpunkan sebanyak 23

kertas kerja sepanjang tiga siri forum air yang telah diadakan.

Semoga dengan penganjuran forum air seumpama ini menjadi

satu platform dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan

sumber air Negeri Johor di samping mengekalkan kualiti alam

sekitar pada paras selesa demi manfaat semua.

ZULKIFLI BIN YUSOP

Dekan Penyelidikan Kelestarian Sumber

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

1

PENGENALAN

Pengurusan sumber air adalah satu isu yang menjadi semakin

penting di Negeri Johor. Ini disebabkan oleh beberapa faktor

antaranya peningkatan permintaan air bersih yang semakin

meningkat khususya di Wilayah Iskandar akibat daripada

pembangunan yang begitu pesat. Peningkatan pelaburan

yang mencecah sebanyak RM 26.4 billion pada tahun 2016

contohnya, menyumbang kepada peningkatan permintaan air di

negeri ini. Selain dari itu, gangguan bekalan air yang berpunca

dari pencemaran sungai dan berlakunya musim kemarau yang

ekstrim menambahkan lagi tekanan kepada bekalan air.

Pada masa ini, Negeri Johor mempunyai 44 loji rawatan

air, 15 empangan dan 21,762 km paip bagi membekalkan 2,059

juta liter air terawat sehari. Bagi menjamin bekalan air yang

berterusan, selain mempertingkatkan infrastruktur sedia ada,

Kerajaan Negeri Johor telah dan akan menjalankan pelbagai

initiatif termasuklah pemuliharaan sumber air sedia ada dan

mengusahakan sumber bekalan air alternatif.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Pada 17 November 2015, Kerajaan Negeri telah

menganjurkan Johor Water Forum yang pertama rentetan

kerapnya berlaku catuan bekalan air secara berjadual yang

melibatkan daerah Kluang, Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi

dan Johor Bahru pada tahun sebelumnya. Ini diikuti anjuran

Simposium Kelestarian Air Negeri Johor 2017 dan juga Water

Leaders Forum 2017.

Kini Johor Water Forum telah menjadi entiti yang diiktiraf

oleh Kerajaan Negeri sebagai penasihat kepada Majlis Sumber

Air Negeri. Johor Water Forum telah berjaya menghimpunkan

pakar-pakar dalam industri air dan membentuk jalinan kerjasama

dengan badan dan institusi yang serupa daripada dalam dan luar

negara untuk bersama-sama dalam matlamat Kerajaan Negeri

bagi memastikan kecukupan bekalan air, kini dan masa hadapan.

2

SENARIO AIR JOHOR

Isu & Cabaran

Sistem pengurusan air yang lestari adalah salah satu

matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam The

2030 Agenda for Sustainable Development. Di peringkat global,

penduduk dunia akan meningkat daripada 7 billion pada tahun

2012 kepada 9 billion pada tahun 2048. Walau bagaimanapun

sumber bekalan air tawar tidak berubah daripada zaman dahulu

hinggalah apa yang dinikmati hari ini.

Berdasarkan kepada kepesatan pembangunan dan

pertambahan penduduk dunia seperti apa yang dilihat di

negara-negara seperti India, Sudan, Afrika dan China, senario

permintaan bersama sumber air yang terhad ini adalah tidak

seimbang dan boleh mendorong kepada pencabulan hak asasi

manusia. Keadaan ini semakin mendesak dan membimbangkan

dengan berlakunya peningkatan suhu dan juga peningkatan

paras laut yang disebakan oleh fenomena pemanasan global.

Selain itu juga, faktor perubahan iklim turut menyumbang kepada

ketidakseimbangan bekalan sumber air dunia.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Berbanding dengan banyak negara di dunia, Malaysia,

mempunyai kadar sumber air diperbaharui yang tinggi iaitu

sebanyak 2,518 bilion m 3 /tahun. Secara perbandingan, kadar

taburan hujan di Malaysia adalah 2,940 mm/tahun berbanding

Jepun (1,668 mm/tahun), Australia (534 mm/tahun), Iran (228

mm/tahun) dan Egypt (51 mm/tahun). Secara relatifnya, kadar

taburan hujan berbanding populasi penduduk negara kita juga

lebih tinggi berbanding negara-negara seperti Jepun dan Australia.

Namun begitu, kadar penggunaan air di negara kita adalah jauh

lebih tinggi berbanding negara-negara seperti Singapura, United

Kingdom dan Hong Kong.

Secara purata, penduduk Malaysia menggunakan 200 liter

air sehari berbanding 150 liter sehari di negara-negara tersebut.

Selain daripada pertambahan penduduk di masa hadapan,

permintaan air daripada sektor-sektor yang sebelum ini pasif

dan tidak menggunakan air juga semakin meningkat. Contohnya,

sektor kelapa sawit yang sebelum ini hanya menggunakan air

hujan sahaja telah memberikan petunjuk tentang pentingnya

sistem pengairan untuk memastikan hasil pengeluaran yang

tinggi dan stabil. Peningkatan permintaan tenaga diperbaharui

yang menggunakan air juga meningkatkan permintaan air.

Di Johor, fenomena kemarau panjang telah menyebabkan

15 empangan pernah berada pada paras kritikal seperti yang

berlaku pada tahun 1990, 2010, 2014 dan 2016. Selain daripada

kemarau panjang, pencemaran ammonia, kekeruhan akibat

hujan lebat dan tumpahan minyak telah menyebabkan gangguan

kepada operasi loji bekalan air dan tempoh gangguan ini semakin

meningkat pada tahun 2016 iaitu 2,335 jam berbanding 1,813

jam pada tahun 2015.

Senario Air Johor : Isu & Cabaran

Cabaran turut juga dihadapi di sesetengah kawasan

empangan seperti yang berlaku di Empangan Sembrong akibat

daripada masalah eutrofikasi dan juga isu penyusupan air masin

di Sungai Johor dan Sungai Muar selain daripada isu Non-

Revenue Water (NRW).

Air Johor : Sumber & Bekalan

3

HALATUJU MASA DEPAN

Pengurusan Permintaan Air (WDM) yang telah diusahakan

selama ini untuk tujuan kelestarian air memerlukan

pelaksanaan yang lebih luas pada masa hadapan. Objektif

WDM bukan hanya untuk menangani isu penjimatan air di dalam

sesebuah sektor, malah melibatkan tanggungjawab semua

sektor-sektor berkepentingan untuk memastikan bekalan air

pada masa depan terpelihara. Orang ramai perlu faham kenapa

tarif air perlu dinilai semula untuk memastikan kelestarian dan

kecekapan WDM. Kadar tarif air yang rendah telah mendorong

kepada pembaziran air serta melibatkan subsidi besar yang

perlu ditanggung oleh kerajaan negeri seterusnya menjejaskan

pembangunan projek-projek bekalan air yang lain.

Selain daripada itu, disebabkan pembangunan yang

pesat, penekanan yang lebih telah diberikan kepada sektor

pembangunan dan pelaksanaan kerja-kerja air berbanding

sektor penyelenggaraan dan servis. Satu tindakan proaktif dan

berterusan pada setiap masa diperlukan untuk memastikan

Air Johor : Sumber & Bekalan

pengurusan air dapat dilakukan dengan baik dan ini melibatkan

kerja-kerja penyelenggaraan dan servis.

Negeri Johor amat memandang berat cabaran tersebut dan

telah mengambil langkah-langkah jangka-pendek, sederhana dan

panjang. Pengurangan Non-Revenue Water (NRW) sebanyak

10% menjelang tahun 2030 adalah satu pencapaian yang baik

dan membanggakan. Tambahan, penggunaan semula air sisa

terawat untuk keperluan industri seperti Medini dan Nusajaya

akan menyumbang lebih kurang 12.5% kepada permintaan

air di Iskandar pada tahun 2020. Pada tahun 2017, Kerajaan

Negeri telah membelanjakan lebih RM 500 juta bagi mengatasi

masalah-masalah bekalan air melalui projek pemindahan air dari

Empangan Seluyut ke Empangan Layang dan pemindahan air

dari Sungai Lenggor ke Empangan Congok di Mersing.

Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang aktif dalam

aktiviti pertanian komersial. Menurut Kajian Sumber Air Negara

2010-2050, punca utama pencemaran sumber air di Johor adalah

air sisa (effluent) daripada kilang pemprosesan kelapa sawit dan

getah, kawasan industri, dan kawasan membangun.

Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Johor juga sudah

melancarkan pelan untuk melaksanakan perancangan hasil

daripada Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010-2060 bagi

memenuhi keperluan air di Negeri Johor terutamanya apabila

berhadapan dengan musim kering. Tujuan kajian tersebut adalah

untuk merancang kelestarian sumber air negeri pada 50 tahun

akan datang selain menyediakan pelan yang jelas memandangkan

faktor-faktor seperti pemanasan global, perubahan iklim dan

pertambahan populasi yang telah menyumbang kepada

berlakunya ancaman terhadap sumber bekalan air.

Halatuju Masa Depan

Inisiatif kesedaran dan juga pengumpulan tenaga pakar

dan juga agensi berkaitan air telah berjaya dilaksanakan melalui

Johor Water Forum 2015 yang telah merumuskan empat

ketetapan penting seperti berikut :

1. Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) yang

bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Enakmen Air

Johor, dipinda pada tahun 2014 dan perlu diperkasakan.

Peranan dan fungsi BAKAJ juga sedang diperkukuhkan

supaya menjadi sebuah Lembaga Air bagi meningkatkan

kecekapan agensi penguatkuasa pengurusan air Johor

dengan mengambil kira penambahan tenaga mahir dan

keperluan aset.

2. Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu

(IRBM) merupakan aspek penting melibatkan semua

agensi yang berkepentingan bagi memastikan sumber

air yang ada terpelihara dari segi kuantiti dan kualiti.

Sebagai satu kerangka pengurusan yang mantap, IRBM

adalah wajar disegerakan perlaksanaannya terutama

untuk sungai-sungai utama di Johor seperti Sungai

Johor, Sungai Skudai dan Sungai Muar. Pendekatan ini

telah terbukti berjaya di banyak negara maju dan untuk

negara yang sedang membangun, contoh terbaik adalah

di Lembangan Kali Berantas di Indonesia.

3. Pembangunan infrastruktur alternatif sumber air yang

lebih efektif bagi menjamin kelangsungan bekalan air

yang didorong oleh kemerosotan kualiti air sungai.

4. Penggunaan teknologi dalam membangunkan sumber

bekalan air bersih perlulah diamalkan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Kerajaan Negeri telah mengadakan tinjauan ke atas

penggunaan teknologi penerokaan air bawah tanah di Fukuoka

dan Kumamoto, Jepun dan kini Kajian Air Bawah Tanah dengan

peruntukan RM 1 juta melalui kerjasama pihak UTM sedang

dalam tindakan.

Lanjutan daripada Johor Water Forum 2015, Simposium

Kelestarian Air Negeri Johor 2017 telah mengumpulkan

pakar-pakar dan agensi tempatan untuk perkongsian ilmu dan

perbincangan berkaitan pengurusan sumber air yang akan

dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan air, potensi

penggunaan air bumi jangka panjang dan berskala besar serta

potensi air sisa terawat untuk kegunaan industri. Sumber-sumber

alternatif ini memerlukan kajian terperinci dengan mengambil kira

infrastruktur baru yang diperlukan seperti sistem paip berkembar,

pengezonan industri dan faedahnya sebagai sumber baru.

Water Leaders Forum 2017 pula menghimpunkan pakarpakar

industri air dari luar dan dalam negara dengan tujuan

untuk merangka hala tuju serta pendekatan terbaik bagi jaminan

bekalan air Negeri Johor. Water Leaders Forum telah mewujudkan

pemerkasaan pengetahuan dan kepakaran pengurusan sumber

air melalui perkongsian dan pemindahan ilmu dengan pakar-pakar

tempatan dan antarabangsa, penentuan penyelesaian terbaik

terhadap masalah pengurusan sumber air di negeri Johor melalui

perkongsian pengalaman dan peningkatan jalinan kerjasama

dalam pengurusan kejuruteraan sumber air antara Kerajaan

Negeri dengan peneraju-peneraju utama dalam pembangunan

dan pengurusan sumber air.

4

JOHOR WATER FORUM 2015

Air Johor : Sumber & Bekalan

1

Biografi

Pembentang

En. Mohd Riduan bin Md. Ali

Pengarah, Badan Kawal Selia Air Johor

(BAKAJ)

En. Mohd. Riduan Md. Ali merupakan pemegang Ijazah

Sarjana Muda Ekonomi dan ljazah Sarjana Ekonomi dari

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pengkhususan dalam

bidang Pebangunan dan Perancangan.

Beliau memulakan tugas dalam perkhidmatan awam pada

tahun 2000 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian

Pembangunan Sumber Manusia. Beliau kemudiannya ditempatkan

di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dari tahun 2000

sehingg 2007 dengan jawatan Penolong Pengarah Infrastruktur.

Beliau seterusnya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan

Johor Bahagian Pengurusan dan selanjutnya di Unit Perancang

Ekonomi Negeri Johor sebagai Ketua Penolong Pengarah,

Penyelidikan dan Pembangunan dari tahun 2011 sehingga 2012.

Beliau ditempatkan kembali di Pejabat Setiausaha

Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan dengan jawatan Ketua

Unit Korporat/ SSI pada tahun 2012 dan bermula 16 Ogos 2015,

Johor Water Forum 2015

beliau memulakan tugas sebagai Pengarah Badan Kawalselia

Air Negeri Johor (BAKAJ).

Sepanjang tempoh perkhidmatan, En. Mohd. Riduan juga

pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah,

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bagi tempoh 2001-2007 dan

Timbalan Presiden Projek khas/SSI untuk anak syarikat milik

Kerajaan Johor iaitu Permodalan Darul Ta’zim bagi tahun 2013-

2015.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 1

Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010 - 2060,

Peluang dan Harapan

Pembentang : En. Mohd Riduan bin Md. Ali

Pengarah, Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ)

Sejarah bekalan air di Negeri Johor telah bermula seawal

tahun 1909. Pada tahun 1927 Kerajaan Negeri Johor telah

memeterai perjanjian bekalan air di negeri ini bersama Majlis

Perbanda-ran Singapura atau lebih dikenali sebagai Public Utility

Board (PUB) pada masa kini. Ini diikuti dengan beberapa siri

perjanjian lain iaitu pada tahun 1961 dan 1962. Perjanjian 1961

telah tamat dengan penyerahan semula Loji Air Gunung Pulai,

Skudai dan Tebrau. Manakala Perjanjian 1962, Negeri Johor

menjual bekalan air mentah kepada Singapura dengan kadar 3

sen pada se-tiap 1000 gelen dan membeli air terawat pada kadar

50 sen bagi setiap 1000 gelen. Berdasarkan Perjanjian 1962,

Kerajaan Johor hanya dibenarkan untuk mendapatkan bekalan

air terawat sebanyak 2% iaitu 5 MGD namun realitinya pada

masa kini Kerajaan Johor telah mendapatkan bekalan air terawat

sebanyak 16 MGD selain tambahan 6 MGD lagi bagi menangani

isu catuan bekalan air di negeri ini.

Kajian bekalan sumber air Negeri Johor telah bermula

semenjak 1973 dengan tertubuhnya Skim Bekalan Air Negeri

Johor bagi kawasan Johor Bahru. Hasil daripada kajian ini

Empangan Layang telah dibina pada tahun 1980 dengan tujuan

penyediaan sumber air mentah di Negeri Johor terutamanya

di daerah Johor Bahru. Senario pada masa kini paras air di

Empangan Layang semakin menyusut dan berada di tahap yang

Johor Water Forum 2015

membimbangkan. Antara faktor yang menyumbang kepada

situasi ini adalah disebabkan oleh perubahan iklim semasa

yang mempengaruhi jumlah taburan hujan terutama di kawasan

empangan yang mengakibatkan kepada ketidakstabilan sumber

air. Faktor guna tanah dan pemilikan tanah persendirian di

sekeliling kawasan empangan turut menyumbang kepada

permasalahan ini. Beberapa langkah penyelesaian telah diambil

oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekurangan

sumber air, contohnya proses pembenihan awan.

Pada bulan Oktober 2015 sahaja, sebanyak 20 kali

penerbangan pembenihan awan telah dilakukan di atas empanganempangan

utama selain 20 penerbangan tambahan bagi proses

pembenihan awan secara percuma telah dijalankan oleh Jabatan

Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penerbangan

Awam Malaysia (DCA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Singapura (CAAS). Ini merupakan satu inisiatif daripada kerajaan

persekutuan dalam menangani isu yang semakin meruncing

ini. Selain itu, langkah bagi mewujudkan rizab zon penampan

sebanyak 100 m daripada sempadan kawasan tadahan air akan

dijalankan dengan menanam semula tumbuhan hutan untuk

mengembalikan serta mengekalkan persekitaran semulajadi.

Selain kajian ini, terdapat beberapa lagi kajian sumber air

di Negeri Johor iaitu :

1. The Johor River Water Resources. The Joint Development

of Johor River Water Resources (1985)

2. Study On Comprehensive Water Resources & Development

In State Of Johor (1994)

3. Kajian Sumber Air Negara 2000 - 2050 (2000)

4. Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010 - 2060 (2014)

Air Johor : Sumber & Bekalan

Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010 - 2060 telah

dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri dan perunding

swasta bagi mewujudkan satu pelan induk sumber air bagi

semua daerah di Negeri Johor. Objektif utama kajian ini adalah

bertujuan bagi mengemaskini data-data bekalan sumber air

mentah serta kesiapsediaan Kerajaan Johor dalam memastikan

sumber air yang berpanjangan sebelum ianya diformulasi bagi

tujuan memenuhi permintaan bekalan air bersih sehingga 2060.

Malah kajian ini juga mengenalpasti pembangunan skim bekalan

air baharu kepada Kerajaan Johor, contohnya penerokaan air

bumi serta rawatan semula air kumbahan.

Pengalaman Kerajaan Negeri Johor dalam menghadapi

situasi kemarau dan catuan bekalan air berjadual terutamanya

pada tahun 2015 menyebabkan kajian ini amat penting untuk dilihat

hasilnya. Ini memandangkan terdapat penemuan-penemuan

terkini serta kaedah bagi membolehkan penstabilan sumber

air mentah yang berpanjangan serta perbandingan di antara

kajian terdahulu dan terkini. Pembinaan barrage di Sungai Johor

merupakan salah satu hasil daripada kajian ini bagi mengatasi isu

kemasukan air masin ke hulu sungai selain pemindahan air dari

Sungai Endau dan Empangan Ulu Sedili sebagai usaha Kerajaan

Johor dalam menstabilkan sumber bekalan air mentah untuk di

rawat bagi kepentingan rakyat.

Oleh kerana kebanyakan pelan-pelan pembangunan

tidak menyentuh mengenai keperluan sumber air mentah, maka

Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010 - 2060 harus merujuk

terlebih dahulu kepada beberapa pelan pembangunan seperti

Pelan Cadangan Pembangunan Negeri Johor, Rancangan

Struktur Negeri, Pelan Pembangunan Wilayah Iskandar, datadata

permintaan terhadap bekalan air serta keperluan daripada

Johor Water Forum 2015

SAJ. Malah kajian ini juga menumpukan kepada kajian semula

terhadap kajian-kajian sumber air Negeri Johor yang terdahulu. Ini

merupakan antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan

kajian ini. Hasil kajian ini bukan sahaja untuk tujuan memastikan

penyediaan sumber bekalan air secara berterusan dengan kualiti

yang baik tetapi juga menerangkan kepentingan pendidikan

mengenai air kepada rakyat Negeri Johor serta menganalisis isuisu

yang timbul daripada air mentah yang kurang berkualiti.

Air Johor : Sumber & Bekalan

2

Biografi

Pembentang

Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali

Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran

Negeri Johor

Ir. Nor Hisham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam daripada California State University, Amerika

Syarikat dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Pantai

dan Maritim daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau adalah seorang Jurutera Profesional berdaftar

dengan Lembaga Jurutera Malaysia, ahli Korporat Institusi

Jurutera Malaysia dan seorang Profesional Bertauliah dalam

Kawalan Hakisan dan Kelodak.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang jurutera

awam di Jabatan Pengairan dan Saliran pada tahun 1987 dan

telah dilantik sebagai Pengarah JPS Negeri Johor pada bulan Jun

2015. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit

Kawalan Hakisan Pantai di JPS Malaysia, Timbalan Pengarah

JPS Selangor dan Pengarah Pusat Kawalan Terowong SMART.

Johor Water Forum 2015

Walaupun mempunyai kecenderungan dalam bidang

kawalan hakisan dan pengurusan zon pantai, semenjak tahun

2008, Ir. Nor Hisham telah menumpukan fokus terhadap

pengurusan banjir dan pemuliharaan sungai.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 2

Negeri Johor ke Arah Pengurusan Sumber Air Bersepadu :

Isu, Pelaksanaan dan Peranan

Pembentang :

Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali

Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor

Evolusi pengurusan air di Malaysia telah bermula dengan

penubuhan Akta Air pada tahun 1920. Pada tahun 2006

Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta SPAN pula ditubuhkan

dan diikuti dengan penubuhan Dasar Sumber Air Negara pada

tahun 2012. Teras penubuhan Dasar Sumber Air Negara adalah

untuk menjamin keselamatan dan kelestarian sumber air sebagai

keutamaan negara bagi memastikan air yang mencukupi dan

selamat untuk semua, melalui penggunaan secara lestari,

pemuliharaan dan pengurusan sumber air yang berkesan dengan

satu mekanisme perkongsian bersama yang melibatkan semua

pihak berkepentingan.

Salah satu pendekatan dalam membantu menstruktur

amalan sedia ada terhadap pengurusan sumber air yang lebih baik

adalah melalui Pengurusan Sumber Air Bersepadu (Integrated

Water Resources Management atau singkatannya IWRM). IWRM

adalah imbangan antara suasana untuk pembangunan yang

lestari (kepentingan nasional) dan pembangunan sosio-ekonomi

(kepentingan rakyat) dengan keperluan ekologi (integriti alam

sekitar). IWRM bertindak atas persetujuan bersama di kalangan

pemegang taruh dengan mengambilkira semua kepentingan

dan keperluan sektor dan disesuaikan kepada persekitaran,

sosio-ekonomi serta politik rantau berkenaan. IWRM adalah satu

proses berterusan dan sentiasa diperbaharui.

Johor Water Forum 2015

Pengurusan Sumber Air Bersepadu bermula di lembangan

sungai yang mana lembangan sungai adalah merupakan

sempadan fizikal yang jelas serta setiap aktiviti dari hulu ke

hilir sungai boleh dikenalpasti dan difahami baik dari segi

kualiti mahupun kuantiti. Pengurusan sumber air di peringkat

lembangan sungai ini dikenali sebagai Pengurusan Lembangan

Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM).

IRBM merupakan proses menyelaras konservansi,

pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan lain-lain

melangkau sektor dalam lembangan yang sama dengan tujuan

memaksimakan manfaat ekonomi dan sosial daripada sumber

air dengan cara yang adil dan saksama sambil memelihara alam

sekitar dan mampu memulihkan ekosistem semulajadi sumber

air. Pelaksanaan IRBM yang berkesan memerlukan penglibatan

pelbagai pihak yang berkepentingan untuk memainkan peranan

masing-masing khususnya dalam 8 komponen IRBM iaitu

institusi, perundangan, kesedaran, pencegahan, pemulihan,

perancangan, kewangan dan penguatkuasaan.

Pada masa kini, sumber air di Malaysia berdepan dengan

pelbagai ancaman seperti aktiviti pembangunan yang tidak

dikawal, pencemaran, eksploitasi air secara sektoral serta

ancaman baru contohnya perubahan iklim. Kesan dari ancamanancaman

ini menjejaskan kelestarian sumber air umpamanya

kemerosotan kualiti air, pemendapan sungai, banjir kilat serta

kemusnahan habitat dan ekosistem. Johor merupakan antara

negeri yang turut terlibat dengan kemelut air di negara ini. Antara

faktor yang menyumbang kepada isu bekalan air di negeri ini

adalah pembangunan pesat contohnya di Wilayah Iskandar

yang mana keperluan air bagi penduduk semakin meningkat,

selain pelbagai kegiatan berkaitan mengakibatkan berlakunya

Air Johor : Sumber & Bekalan

pencemaran terhadap sumber air yang ada serta peningkatan

suhu global yang menyebabkan kadar kehilangan air berlaku

lebih cepat akibat proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera.

Selain itu, fenomena penerobosan air masin contohnya di Sungai

Muar merupakan salah satu krisis air yang berlaku di Negeri

Johor. Ia merupakan ancaman yang bukan hanya menjejaskan

bekalan air bersih untuk kegunaan penduduk, malah memberi

impak dari segi ekonomi, terutama kepada sektor industri

pembuatan berasaskan elektronik dan makanan pada masa

hadapan. Fenomena tersebut juga turut mengganggu ekosistem

sungai hingga mengakibatkan hidupan akuatik seperti udang

galah di sungai terbabit kini diancam kepupusan.

Melihat kepada kesan daripada kekurangan bekalan

air bersih, maka beberapa langkah pengawalan berpandukan

kepada pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM)

telah dilakukakan melalui kaedah Pencegahan (Preventive

Measures), Pemulihan (Curative Measures) dan Pengurusan

(Management) sungai. Antara langkah-langkah pencegahan

yang telah diambil adalah mewartakan kawasan tadahan dan

hutan tadahan air, merizabkan kawasan tebing sungai, mengawal

perubahan gunatanah serta menubuhkan pelan kawalan hakisan

dan kelodak.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia juga

telah menerbitkan satu garis panduan reka bentuk saliran iaitu

Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) atau Manual

Pengurusan Saliran Mesra Alam Bandar sebagai salah satu

kaedah pencegahan melalui kawalan pembangunan. Konsep

utama MSMA adalah mengawal air larian permukaan dari tapak

pembangunan melalui pendekatan “control-at-source” yang

bertentangan dengan pendekatan “rapid-disposal” yang diguna

Johor Water Forum 2015

pakai sebelum ini. Perubahan daripada pengurusan bekalan

kepada pengurusan permintaan juga dilihat sebagai salah satu

strategi yang mampu menjamin bekalan air pada masa depan

sentiasa terpelihara.

Setiap agensi seharusnya bekerjasama rapat dan

memainkan peranan masing-masing bagi memastikan langkahlangkah

kawalan ini berjaya. Di samping itu juga, struktur institusi

pengurusan air di peringkat negeri perlu dimantapkan selain

menyemak semula peranan setiap agensi agar tiada pertindihan

bidang kuasa. Sebagai contoh, Negeri Johor akan terus

memperkasa peranan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ)

sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap

pelaksanaan Enakmen Air di negeri ini. Penubuhan Johor Water

Forum (JWF) sebagai entiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

yang bertindak sebagai penasihat kepada Majlis Sumber Air

Negeri diharap dapat membantu kerajaan dalam menguruskan

sumber dan sistem bekalan air yang lestari bagi Negeri Johor.

Kesedaran dalam kalangan awam dan pemain industri

juga perlu diperkukuhkan bagi memastikan pelaksanaan konsep

IWRM/IRBM dapat dicapai. Program “River of Life - People

Outreach Program (POP)”, kempen, dialog dan hari terbuka

merupakan antara inisiatif program yang telah dijalankan

bagi memupuk perkongsian dan meningkatkan sikap dan

tanggungjawab masyarakat awam untuk terus memelihara

sumber air dan mengurangkan aktiviti pencemaran.

Air Johor : Sumber & Bekalan

3

Biografi

Pembentang

Prof. Dr. Zulkifli bin Yusop

Dekan Penyelidikan Kelestarian Sumber

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Profesor Dr. Zulkifl i Yusop adalah Profesor dalam bidang

Hidrologi Persekitaran dan kini merupakan Dekan Penyelidikan

Kelestarian Sumber di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau

memperoleh ljazah PhD dari University of Manchester

dalam Bidang Hidrologi Hutan pada tahun 1996. Beliau telah

menghasilkan kira-kira 300 manuskrip dalam berbagai jurnal, buku

dan prosiding. Antara tugas penting yang pernah diamanahkan

kepada beliau termasuk sebagai Ketua Editor Jurnal Kejuruteraan

Awam dan Malaysian Journal of Civil Engineering. Kini beliau

merupakan Editor Water Science and Technology, sebuah jurnal

terbitan Persatuan Air Sedunia dengan Faktor lmpak 1.2.

Profesor Zulkifl i juga telah dilantik sebagai Pengerusi JK

Latihan dan Kesedaran Awam Program Hidrologi Antarabangsa

bagi Malaysia (2001-2012), Ahli Majlis Persatuan Air Malaysia,

Setiausaha Kumpulan Pakar dalam Teknologi bersesuaian untuk

negara-negara membangun (di bawah Persatuan Air Sedunia),

dan JK Penyelidikan Persatuan Hidrologi Malaysia. Kini beliau

Johor Water Forum 2015

adalah ahli Exco Program Hidrologi Antarabangsa untuk

Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor

(LUAS), Pengerusi Geran Penyelidikan Bencana Banjir di bawah

KPT, Ketua Kumpulan (Hidrologi dan Kesan Perubahan Iklim)

Asia Core Program for the Japanese Society for the Promotion of

Science (JSPS) dan panel pelbagai geran penyelidikan di bawah

KPT dan MOSTI.

Beliau adalah penerima Felow Eco-Frontier dari

Kementerian Alam Sekitar Jepun pada tahun 2003, 2004 dan 2005.

Pada April 2012 beliau telah dilantik sebagai Felow Akademi Sains

Malaysia. Beliau juga terlibat dalam pelbagai projek perundingan

dan baru-baru ini dilantik sebagai perunding kepada UNESCO

untuk menilai kajian kesan perubahan iklim bagi negara-negara

kepulauan Pasifik Selatan. Bidang penyelidikan beliau termasuk

pengurusan dan pemodelan banjir, kawalan pencemaran tanpa

titik dan kesan guna tanah ke atas ciri-ciri hidrologi tadahan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 3

Sumber Alternatif untuk Kelestarian Pengurusan Air

Pembentang : Profesor Dr. Zulkifli bin Yusop

Dekan Penyelidikan Kelestarian Sumber

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Menurut statistik dianggarkan kira-kira 97% punca bekalan

air negara adalah daripada air permukaan (sungai dan

empangan) dengan penggunaan terbesar adalah bagi sektor

industri. Namun di Johor, penggunaan sumber air bagi sektor

industri dan domestik adalah jauh lebih besar berbanding

pengairan dan ternakan. Walau bagaimanapun pergantungan

sepenuhnya ke atas air sungai untuk bekalan air terutama di

bandar-bandar besar tidak akan dapat bertahan lama dan isu ini

perlu diberi perhatian serius. Keperluan terhadap penerokaan

sumber air alternatif adalah disebabkan kepada beberapa faktor

seperti pembangunan pesat contohnya di Wilayah Iskandar yang

mengakibatkan peningkatan permintaan air yang tinggi.

Dalam pada masa yang sama sumber air baharu

kebanyakannya terletak jauh dari kawasan bandar dan

memerlukan kos yang tinggi (paip dan pam) untuk disalurkan

kepada pengguna. Pencemaran sungai yang semakin

serius umpamanya di Sungai Johor dan Sungai Skudai turut

memburukkan lagi keadaan terutama semasa musim kemarau.

Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru merupakan antara

kawasan di Semenanjung Malaysia yang berdepan dengan

krisis air disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi serta

pembangunan yang sangat pesat. Wilayah Iskandar, Johor

misalnya dijangka akan mengalami krisis air menjelang tahun

Johor Water Forum 2015

2020 sekiranya bekalan air sedia ada tidak lagi mampu untuk

memenuhi keperluan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Atas faktor tersebut sumber air alternatif adalah merupakan

langkah terbaik bagi menangani krisis air yang sedang berlaku.

Antara sumber air alternatif yang berpotensi termasuk penuaian

air hujan berskala besar, pengambilan air bumi, desalinasi

dan pengumpulan air larian permukaan. Pelaksanaan sistem

penuaian air hujan (SPAH) merupakan satu daripada amalan hijau

yang boleh diamalkan dalam usaha menjimatkan penggunaan

air seterusnya mengatasi krisis bekalan air negara pada masa

hadapan. Malah, sistem ini juga digunakan secara meluas di

negara lain seperti Jepun dan Korea sebagai langkah mencegah

banjir kilat dan menggunakan semula air hujan untuk aktiviti

harian.

Di Malaysia, sistem ini telah dipasang di beberapa

bangunan komersial seperti bangunan Suruhanjaya Tenaga,

Putrajaya; Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya dan pusat

beli-belah One Utama, Damansara. Namun begitu, pelaksanaan

da-lam skala kecil terutama di premis kediaman dilihat kurang

mendapat sambutan. Ini disebabkan oleh faktor keluasan tanah

yang terhad bagi menyediakan sistem penuaian air hujan

yang lengkap termasuklah penyediaan paip berkembar bagi

mengagihkan air dari tangki simpanan ke tempat untuk kegunaan

yang bersesuaian seperti mencurah tandas (flush), menyiram

tanaman atau mencuci bangunan. Tarif air yang rendah di negara

ini juga merupakan antara sebab mengapa sistem ini kurang

berjaya di dilaksanakan pada skala kecil.

Di negara-negara maju seperti Denmark, German dan

UK, air bumi menyumbang antara 65% hingga 95% dari jumlah

Air Johor : Sumber & Bekalan

bekalan air. Penggunaan air bumi di negara ini masih rendah dan

diang-garkan lebih kurang 0.2 juta m 3 /hari air bumi telah diterokai

di Semenanjung Malaysia. Sumber air bumi juga sangat penting

untuk menangani krisis air kerana bekalan sumber air sentiasa

ada dan kualitinya lebih bersih berbanding air permukaan (sungai

atau empangan) kerana ditapis oleh lapisan tanah, pasir dan batu

sebelum terkumpul di dalam bumi.

Di Malaysia, hanya Negeri Kelantan sahaja yang

menggunakan air bumi sebagai sumber air utama mereka iaitu

kira-kira 70%. Negeri-negeri lain seperti Terengganu, Perlis,

Pahang, Kedah, Sabah, Sarawak dan Labu-an juga menggunakan

air bumi tetapi berskala kecil sementara Selangor dan Perak

menggunakan air bumi untuk kegunaan industri. Antara konsep

yang digunakan untuk mengum-pul air bumi adalah melalui

sistem penyusupan tebing sungai (RBF) kerana lebih mesra

alam dan memerlukan kos yang rendah berbanding secara

konvensional. Bagi memastikan pengambi-lan air bumi ini adalah

selamat terhadap ekosistem dan alam sekitar konsep safe yield

digunakan dan dianggarkan jumlah safe yield di Malaysia adalah

sebanyak 16.4 billion m 3 .

Teknologi lain yang boleh digunakan adalah desalinasi iaitu

kaedah penurasan air laut kepada air minuman menggunakan

membran. Walaupun teknologi ini mahal, namun dalam konteks

Negeri Johor ia boleh dipertimbangkan terutama bagi kawasan

pembangunan baharu yang jauh dari prasarana sedia ada,

strategi “decentralization” melalui teknologi penuaian air hujan

berskala besar dan desalinasi dijangka lebih kos efektif. Selain

itu, penggunaan air sisa kumbahan yang telah dirawat dilihat

dapat menyumbang kepada sumber air alternatif, terutama bagi

sektor industri. Air sisa terawat boleh digunakan dalam aktiviti

Johor Water Forum 2015

pertanian seperti pengairan tana-man bukan makanan sementara

bagi sektor industri pula air sisa terawat boleh digunakan dalam

aktiviti penyejukan mesin dan juga untuk cucian. Secara purata,

penggunaan air bagi seorang individu di negara ini adalah

sebanyak 230 liter sehari iaitu melebihi kadar 165 liter sehari

yang ditentukan oleh PBB.

Oleh itu, sebagai sebahagian daripada pengurusan

permintaan air pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi

membudayakan penjimatan air di kalangan pengguna. Antaranya

ialah menggalakkan penggunaan produk-produk cekap air serta

menggiatkan kempen kesedaran pengguna tentang pentingnya

air serta keperluan penjimatan air. Di samping itu, pengguna juga

perlu dididik agar bersedia membayar tarif yang lebih tinggi pada

masa akan datang memandangkan kos untuk mendapatkan air

mentah dan rawatan dijangka akan terus meningkat.

Air Johor : Sumber & Bekalan

4

Biografi

Pembentang

Ir. Ng Ching Hai

Pengurus Besar, Perancangan dan

Teknikal, SAJ Holdings Sdn. Bhd.

Ir. Ng Ching Hai berkelulusan ljazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam dengan Kepujian Kelas Pertama daripada

Universiti Malaya. Beliau adalah seorang Jurutera Profesional

berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan ahli Korporat

institusi Jurutera Malaysia.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang

Jurutera Projek di Jabatan Kerja Raya Pahang pada tahun 1978

dan bertanggungjawab terhadap projek Kuantan By-Pass. Beliau

kemudiannya dilantik sebagai Jurutera Kanan bertanggungjawab

terhadap perlaksanaan projek-projek pendidikan di negeri

Pahang. Pada tahun 1985, Ir. Ng Ching Hai dilantik sebagai

Jurutera Eksekutif Kanan bertanggungjawab terhadap

perlaksanaan projek jalan kampung di Projek Pembangunan

Pertanian Bersepadu (IADP) Kedah.

Beliau mula bertugas di Johor pada tahun 1991 sebagai

Penolong Pengarah Jabatan Bekalan Air dan merupakan Jurutera

Johor Water Forum 2015

Kanan yang bertanggungjawab terhadap perancangan bekalan

air di negeri Johor Beliau kini memegang jawatan sebagai

Pengurus Besar Perancangan dan Teknikal SAJ Holdings Sdn.

Bhd.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 4

Rejim Pelesenan dan Cabaran Air Terawat

Pembentang : Ir. Ng Ching Hai

Pengurus Besar, Perancangan dan Teknikal

SAJ Holdings Sdn. Bhd.

Sebelum penstrukturan semula industri air dilaksanakan,

setiap negeri menjalankan operasi mengikut undangundang,

polisi dan piawaian masing-masing. Peningkatan kos

akibat daripada tarif air yang tidak mampan serta kadar air tak

berhasil (NRW) yang tinggi pada masa tersebut tidak mampu

untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air. Sehingga

pada tahun 2005 kerajaan telah meminda perlembagaan dan

memindahkan industri bekalan air daripada Senarai Negeri

kepada Senarai Bersama. Pada tahun 2006 Akta Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (SPAN) [Akta 654] dan Akta Industri

Perkhidmatan Air (WSIA) [Akta 655] telah digubal bagi menjamin

industri air lebih berdaya maju dan efisien. Dengan erti kata

lain, bekalan dan perkhidmatan air kini menjadi tanggungjawab

bersama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Negeri Johor telah berhijrah ke rejim pelesenan yang baru dengan

menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan

bekalan air pada 1 Julai 2009.

Menerusi per-janjian migrasi ini, Syarikat Air Johor Holdings

Sdn. Bhd. (SAJH) bertanggungjawab dalam menyediakan

perkhidmatan air yang berkualiti kepada pengguna disamping

mematuhi peraturan dan mencapai piawaian petunjuk prestasi

utama (KPI) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Negara (SPAN).

Johor Water Forum 2015

SAJH berdepan dengan pelbagai cabaran dalam

memastikan bekalan air yang berkualiti dan mencukupi dapat

disalurkan kepada pengguna. Antara cabaran yang dihadapi

ialah isu kuantiti air. Jaminan sumber air merupakan isu utama

bagi kebanyakan negara yang berpunca daripada pelbagai faktor

termasuk pembangunan yang tidak mampan dan perubahan

iklim.

Kesan daripada perubahan iklim kini sudah mula dirasai.

Contohnya, perubahan iklim yang bersifat drastik atau mendadak

kebelakangan ini mewujudkan fenomena cuaca ekstrem yang

menjadi faktor berlakunya musim kemarau atau banjir secara

melampau atau luar biasa. Kajian Sumber Air Negeri Johor (2010)

melaporkan safe yield daripada kawasan tadahan dijangka

menurun pada masa akan datang. Kajian yang sama juga turut

membandingkan reka bentuk aliran rendah bagi Sungai Johor

bagi tempoh 2009-2050. Hasil kajian mendapati tujuh hari aliran

rendah bagi Sungai Johor dijangka menurun sehingga 18.9%

bagi tempoh tersebut.

Sepertimana sedia maklum, beberapa empangan di

kawasan zon selatan Johor mengalami krisis air yang kritikal.

Empangan Layang dan Empangan Lebam menyaksikan

penyusutan paras air yang amat membimbangkan. Keadaan

ini adalah di luar jangka kerana pengeluaran air semasa masih

berada di bawah paras safe yield yang ditetapkan bagi kedua-dua

empangan tersebut. Tahun 2015 menyaksikan kedua-empangan

ini menerima hujan yang sangat sedikit dan menyebabkan

sebahagian besar air daripada empangan hilang melalui proses

penyejatan sebanyak 40% - 50%. Masalah ini telah mengakibatkan

catuan bekalan air kepada 633,000 pengguna yang menerima

bekalan daripada Empangan Layang dan Empangan Lebam.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Ekoran daripada permintaan air yang semakin meningkat

saban tahun, pengurusan permintaan dilihat sebagai salah

satu langkah yang berkesan bagi pemuliharaan air. Purata

penggunaan air di Negeri Johor pada tahun 2014 adalah

sebanyak 220 liter/org/hari. Jumlah ini adalah sangat tinggi jika

dibandingkan dengan 165 liter/org/hari seperti yang disyorkan oleh

World Health Organization (WHO). Sehubungan itu, SAJ telah

mengambil langkah proaktif dalam menyokong inisiatif Kerajaan

untuk melindungi kawasan tadahan air dan menggalakkan

pemuliharaan air untuk jangka masa panjang. Usaha ini adalah

untuk memastikan generasi akan datang mempunyai sumber air

yang mencukupi.

Pada masa ini, SAJ dengan kerjasama Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD) sedang menganjurkan Program Pendidikan Air

untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dengan mesej untuk

menggunakan air secara bijak. Program ini telah dijalankan

seawal tahun 2010 yang melibatkan sebanyak 55 buah sekolah

dan seramai 10,000 orang pelajar. Dari segi operasi, SAJ telah

berjaya mengurangkan kadar kehilangan air daripada 32% (2009)

kepada 25.7% (Jun 2015). SAJ juga berjaya mengurangkan

kadar kehilangan air di loji rawatan air daripada 9% kepada 6%.

Isu kualiti air merupakan antara cabaran lain yang dihadapi

oleh SAJ. Pencemaran yang datang dari pelbagai sumber yang

masuk ke dalam sungai akan menyebabkan kualiti air mentah

merosot dan ia mengurangkan kuantiti air yang dapat digunakan

untuk tujuan bekalan air terawat ser-ta meningkatkan kos merawat

air mentah tersebut. SAJ menjalan tinjauan udara tahunan di

tadahan Upper Layang bagi memantau aktiviti pembangunan

pertanian di sekitar tadahan yang memberi ancaman langsung

Johor Water Forum 2015

kepada sumber air. Aktiviti pertanian di sekitar Sungai Layang

akan membawa air larian permukaan yang mengandungi

ammonia, nitrat dan fosfat ke dalam kawasan tadahan air. Air yang

berwarna hijau disebabkan oleh pembiakan alga dan fitoplakton

menunjukkan tanda- tanda awal berlakunya eutrofikasi.

Masalah yang sama juga dihadapi di Empangan

Sembrong dimana aktiviti pertanian di dalam kawasan tadahan

mengakibatkan masalah eutrofikasi yang menjejaskan proses

rawatan air. Selain itu, SAJ juga berdepan dengan masalah

penerobosan air masin ke dalam Sungai Muar selain kandungan

aluminium yang tinggi. Ini mengakibatkan kepada penutupan lima

loji rawatan air sepanjang sungai dan menjejaskan sebanyak

104,000 akaun pengguna. SAJ juga bekerjasama dengan

pihak berkuasa tempatan bagi memantau kualiti air sungai.

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan mendapati kualiti

air sungai semakin merosot. Bilangan sungai dalam kategori 1

telah berkurangan sementara sungai dalam kategori 3 semakin

meningkat.

Pada tahun 2011, SAJ telah melaksanakan Water Safety

Plan (WSP) iaitu satu program yang proaktif untuk mengurangkan

risiko masalah kualiti air sebelum ia berlaku. Program ini dijalankan

secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun

2017. Selain itu soal kemampuan membayar bil air antara yang

menjadi perhatian serius apabila penetapan kadar baharu tarif

air dibuat. Ia harus melihat sejauhmana ianya memberi kesan

terhadap pendapatan isi keluarga. Jika dibandingkan bil air

dengan perbelanjaan keperluan harian lain bil air adalah yang

paling rendah iaitu RM 0.87 sehari. Jika dibandingkan dengan

purata perbelanjaan isi rumah secara bu-lanan perbelanjaan bil

air hanya 1% daripada purata perbelanjaan keseluruhan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Di samping itu, kerajaan negeri turut memberi subsidi

langsung sebanyak 25 m 3 air/ bulan kepada golongan miskin dan

miskin tegar bagi membantu golongan sasar ini mendapatkan

keperluan air bersih. Bagi menghadapi cabaran-cabaran sumber

air yang boleh mengancam pembangunan dan kelestarian bekalan

air Johor untuk generasi yang akan datang adalah dicadangkan

supaya diwujudkan sebuah badan di peringkat negeri yang diberi

kuasa dan mandat untuk menjalankan pengurusan sumber air

yang holistik dan mampan.

Johor Water Forum 2015

Air Johor : Sumber & Bekalan

5

Biografi

Pembentang

Dr. Kotaro Takemura

Setiausaha Agung, Japan Water Forum

Profesor Terhormat Tohoku Uiversity

Dr. Kotaro Takemura dilahirkan pada tahun 1945. Selepas

menamatkan ljazah dalam bidang Kejuruteraan Awam di

Universiti Tohoku, beliau memulakan kerjayanya di Kementerian

Pembinaan pada tahun 1970.

Semasa kerjayanya di Kementerian Pembinaan, beliau

memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro Pembinaan

Serantau Kinki dan Ketua Pengarah Biro Sungai, Kementerian

Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.

Selepas beliau bersara daripada Kementerian Pembinaan

pada tahun 2002, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha

Agung Forum Air Jepun sejak tahun 2006.

Dr. Takemura memainkan peranan yang penting di dalam

memajukan dan mengembangkan teori Tamadunan daripada

perspektif infrastruktur.

Johor Water Forum 2015

Idea-idea dan teori yang beliau kemukakan boleh dilihat

di dalam buku-buku yang beliau tulis seperti : Clarifying the

Mystery of Japanese Civilization; Civilization of Land; A Privileged

Civilization; Insight into the Nature of Being - Dialogue with

Takeshi Yore; A Guide to Small Scale Hydro Energy.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 5

Exploring Groundwater Source

Pembentang : Dr. Kotaro Takemura

Setiausaha Agung, Japan Water Forum

Profesor Terhormat Tohoku Uiversity

Pengurusan sumber air merupakan agenda penting bagi

memastikan kemampanan pembangunan sesebuah negara.

Pada masa kini air negara amat bergantung kepada sumber air

per-mukaan seperti sungai, tasik dan empangan. Namun, ramai

yang tidak menyedari bahawa sumber air permukaan yang boleh

diakses hanyalah sebanyak 3% manakala selebihnya terletak di

bawah permukaan bumi di dalam ruang liang tanah dan di dalam

retakan formasi batuan yang dipanggil air bumi. Pengambilan air

bawah tanah sebagai sumber air alternatif boleh dilaksanakan jika

ia dilakukan dengan kaedah yang betul dan tidak menjejaskan

alam sekitar.

Pemuliharaan dan penggunaan air bumi secara cekap

dan efisien mampu mengatasi masalah keku-rangan air

serta kebergantungan terhadap sumber air sedia ada. Jepun

merupakan antara negara yang berjaya meneroka sumber

air bumi melalui penggunaan teknologi yang terkini. Jepun

telah berjaya membangun dan menggunakan sumber air bumi

sebagai satu punca sumber air bagi memenuhi keperluan harian

penduduknya.

4 Dimension Water Cycle Analysis ialah satu kaedah yang

digunakan untuk menggambarkan rangkaian air bumi di sesuatu

kawasan. Selain itu kaedah ini juga berupaya untuk menganalisis

Johor Water Forum 2015

air permukaan, penebosan air masin serta risiko pencemaran

air pada masa hadapan. Selepas gambaran rangkaian air bumi

dikenal pasti melalui kaedah 4 Dimension Water Cycle Analysis,

saluran air bumi yang membentuk rangkaian pula ditentukan

melalui teknologi yang dipanggil Pinpoint Visualizer.

Teknologi ini menggunakan kaedah penerokaan elektrik

baharu dan merupakan yang pertama di dunia. Kemampuan

teknologi ini dalam menentukan saluran air bumi adalah berbeza

dengan kaedah penerokaan elektrik secara konvensional yang

mampu memberi gambaran secara kualitatif. Hasil analisis

daripada kedua-dua kaedah ini amat penting bagi perancangan

pelan pembangunan jangka panjang untuk memahami potensi

rangkaian air bumi di kawasan sasaran. Melalui kaedah ini juga

situasi sebenar isu air yang berlaku dapat difahami dengan

jelas seterusnya pelan pengurusan air mampan bagi keperluan

sesebuah negara dapat dibangunkan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

6

Biografi

Pembentang

Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor

Ustaz Hanafi ah bin Abdul Razak berkelulusan Al-Aliah

dari Darul Ulum Makkah al-Mukarramah. Beliau juga memegang

kelulusan AI-Aliah dari Madrasah Addiniah al-Latifi ah, Perak dan

dari Madrasah Manabil Ulum, Pulau Pinang. Selain daripada itu,

beliau juga adalah pemegang Diploma Sains Pendidikan Dan

Pengajian Islam dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman yang lugs dalam bidang

Ilmu Falak Syarie dan Kehidupan. Beliau merupakan pensyarah

jemputan bagi bidang Falak Syarie di pelbagai institusi pendidikan

dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Institut Tanah dan Ukur

Negara (INSTUN), Tg. Malim, Institut Laut dan Pentadbiran

Jabatan Laut Malaysia, Pulau Indah, Universiti Putra Malaysia

(Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) dan pelbagai jabatan mufti di

seluruh Malaysia termasuk Jabatan Mufti Sarawak dan Perak.

Beliau juga merupakan pensyarah Falak dan Kelautan

untuk pelbagai syarikat termasuk Syarikat Bashmark Marine

Johor Water Forum 2015

dan Syarikat Dynac Sdn. Bhd. Selain daripada itu, beliau adalah

merupakan pensyarah Falak dan Kehidupan untuk Kementerian

Pertanian dan lndustri Asas Tani, Waqaf Annur Johor Corporation

dan juga kepada syarikat perladangan seperti KULIM, dan SIME

DARBY.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai

Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor. Beliau

juga kini merupakan penyedia khidmat nasihat bagi Syarikat Air

Johor Holdings.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 6

Sumber Air di Negeri Johor Mengikut Kaca Mata Falakiah

Pembentang : Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor

Ilmu falak ialah ilmu yang berkaitan dengan peredaran jisimjisim

langit khususnya bumi, bulan dan matahari pada orbit

masing-masing. Peredaran jisim-jisim langit tersebut serta posisi

antara satu dengan lainnya digunakan bagi mengetahui waktuwaktu

di permukaan bumi. Malah, sejak dahulu lagi manusia

telah memanfaatkan bulan dan matahari sebagai alat pengukur

waktu dan jadual kitaran cuaca dan musim. Negeri Johor telah

menggunakan jadual falak bagi penentuan cuaca dan musim

seawal tahun 1865. Jadual falak ini berdasarkan kepada dua

takwim iaitu takwim matahari dan takwim bulan. Dua isu utama

yang dibincangkan menurut ilmu falak berhubung hal ehwal air

dan dapatan serta perolehan air Negeri Johor adalah seperti

berikut :

1. Kedudukan Negeri Johor berbanding dengan garisan

khatulistiwa serta potensi meraih dan menyimpan air yang

Allah SWT limpahkan dari langit Negeri Johor.

2. Musim dan cuaca Negeri Johor berbanding garis waktu

serta pengaruh limpahan air hujan yang Allah SWT

turunkan serta keupayaan penyimpanan air tersebut di

Negeri Johor.

Johor Water Forum 2015

Kedua-dua isu di atas akan dikupas berdasarkan kepada

tiga fasal iaitu angin, awan dan gunung-ganang setempat, seperti

yang berikut :

• Angin : 8 jenis angin yang masyhur di dalam Hadis al-

Rasul beserta 5 manfaat angin yang Allah nyatakan di

dalam Al-Quran (Potensi di Negeri Johor)

• Awan : 27 jenis awan dalam 3 tingkatan langit iaitu 9 jenis

pada setiap tingkatan (pengaruh dan potensi di Negeri

Johor)

• Gunung-ganang sebagai pasak bumi khususnya di Negeri

Johor dalam penyimpanan air.

Turut disentuh juga dalam pembentangan ini adalah

jangkaan fenomena cuaca dan musim berdasarkan bulan yang

setiap satunya dinamakan mengikut nama-nama buruj seperti

pada Jadual 1 di bawah :

Jadual 1 : Jangkaan fenomena cuaca dan musim berdasarkan bulan

Bulan Musim Fenomena

Dalu/

Februari

Kemarau • Angin timur melugas (bertiup

semakin keras)

• Bertiup angin A’asif (puting

beliung)

• Angin menghanyutkan perahu

nelayan berbatu-batu di laut

• Di tepi pantai berair tenang, di

tengah laut berombak besar

• Masa menurunkan belat ke

laut

Air Johor : Sumber & Bekalan

Hut/ Mac Kemarau • Bunyi guruh pesan dari arah

barat menandakan musim

barat (musim hujan) bakal tiba

pada akhir bulan

• Barat Laut : hujan lebat, angin

kencang, ribut di laut

• Barat tepat : hujan banyak,

angin kurang

Hamal/

April

Kemarau • Angin barat mula bertiup

kasar

• Ribut di laut

Thaur/ Mei Pancaroba • Ribut kuat dari arah barat

• Angin barat tua membawa

bersama ribut tenang sekali

dalam 5 - 6 hari

• Alun barat di laut berselangseli

dengan angin utara

merosakkan sarang udang

kara di dasar

• Awan-awan bergambar

menandakan ribut di laut

• Ombak di laut ada 7 alun

besar

Jauza/ Jun • Angin di laut bertiup kencang

dari arah selatan

• Ribut di laut bersama guruh

tenggara

Johor Water Forum 2015

Saratan/

Julai

Asad/

Ogos

Sumbulah/

September

Mizan/

Oktober

Akrab/

November

• Angin utara bergerak pada

hujung bulan

• Sembang utara & selatan

bertiup silih ganti

• Angin selatan durian bertiup

memasakkan buah durian /

buah kayu kecil

• Ribut masih kuat di laut

dibawa oleh angin barat laut

• Ribut masih kuat di laut

dibawa oleh angin barat laut

• Pertukaran musim barat ke

timur

• Angin timur berselang-seli

angin barat

• Sesekali angin kencang

bertiup kuat dari timur

menerbangkan daun

Utara • Burung terbang dari utara ke

selatan menandakan musim

timur tiba

• Hujan turun hingga 44

hari tanpa henti hingga

menghantar musim barat

pulang

• Nelayan menurunkan belat

ke laut walau laut masih

bergelora

Air Johor : Sumber & Bekalan

Qaus/

Disember

Jaddi/

Januari

• Angin timur bertiup kencang

• Utara/ gelora/ tutup kuala

• Angin timur bertiup kencang

• Utara/ gelora/ tutup kuala

Berdasarkan kajian ilmu falak kawasan Gunung Blumut

adalah kawasan yang sesuai untuk dibina empangan di Negeri

Johor. Ini berdasarkan kepada binaannya yang disebut sebagai

al-Hadnu dan al-Raidu yang bermaksud bahagian sokongan di

kepala gunung yang tegap dan mewah dengan aliran alur air.

Malah gunung ini turut dijadikan sebagai rujukan longitud dan

latitud oleh pihak British.

Johor Water Forum 2015

Air Johor : Sumber & Bekalan

JOHOR WATER FORUM 2015

Johor Water Forum 2015 telah diadakan pada 17 November

2015 di Pusat Konvensyen PERSADA, Johor Baharu. Forum

dihadiri kira-kira 500 peserta yang terdiri dari ahli profesional

serta peserta dari pelbagai pihak berkepentingan. Forum telah

dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri

Besar Johor. Sejumlah enam kertas kerja telah dibentangkan

seperti berikut :

1. En. Mohd Riduan bin Md. Ali (Pengarah, Badan Kawal

Selia Air Johor (BAKAJ))

Kajian Sumber Air Negeri Johor 2010-2060, Peluang dan

Harapan

2. Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali (Pengarah, Jabatan

Pengairan dan Saliran Negeri Johor )

Negeri Johor ke Arah Pengurusan Sumber Air Bersepadu

- Isu, Pelaksanaan dan Peranan

3. Profesor Dr. Zulkifl i bin Yusop (Dekan Penyelidikan

Kelestarian Sumber Universiti Teknologi Malaysia (UTM))

Sumber Alternatif Untuk Kelestarian Pengurusan Air

4. Ir. Ng Ching Hai (Pengurus Besar, Perancangan dan

Teknikal, SAJ Holdings Sdn. Bhd.)

Johor Water Forum 2015

Rejim Pelesenan dan Cabaran Air Terawat

5. Dr. Kotaro Takemura (Setiausaha Agung, Japan Water

Forum Profesor Terhormat Tohoku Uiversity)

Meneroka Sumber Air Bawah Tanah

6. Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak (Penolong Pegawai Hal

Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor)

Sumber Air di Negeri Johor Mengikut Kaca Mata Falakiah

Forum ini dirumus melalui sesi plenari yang terdiri daripada

ahli-ahli panel terkemuka dalam bidang pengurusan sumber

air, industri air dan NGO. Pelbagai isu telah dibincangkan dan

di antara yang terpenting dikemukakan sebagai resolusi seperti

berikut :

1. Memperkasa Fungsi dan Peranan Badan Kawal Selia

Air Johor (BAKAJ) dalam Menguruskan Sumber Air di

Negeri Johor

Entiti BAKAJ perlu diperjelaskan terlebih dahulu.

Memandangkan cabaran yang semakin meningkat

dalam menguruskan sumber air dan tanah, struktur

institusi pengurusan air negeri perlu dimantapkan. Adalah

dicadangkan agar keupayaan BAKAJ dipertingkatkan

dan peranan BAKAJ diperbesarkan bagi mengukuhkan

penguatkuasaan.

2. Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu

(Integrated River Basin Management – IRBM )

IRBM adalah proses menyelaras konservansi, pengurusan

dan pembangunan sumber air, tanah dan lain-lain

melangkaui sektor dalam lembangan yang sama dengan

tujuan memaksima manfaat ekonomi dan sosial daripada

sumber air dengan cara yang adil dan saksama sambil

Air Johor : Sumber & Bekalan

memelihara alam sekitar dan, jika mampu, memulihkan

ekosistem air tawar. Adalah disarankan agar semua agensi

kerajaan negeri yang terlibat dalam pembangunan dan

pengurusan sumber air dan tanah menggunakan pendekatan

IRBM dalam pengurusan kawasan-kawasan tadahan dengan

BAKAJ dan JPS mengambil peranan utama dalam menerajui

pelaksanaan IRBM di peringkat negeri.

3. Meneroka Sumber Air Alternatif

Bekalan air di Negeri Johor terlalu bergantung kepada

air permukaan (kira-kira 99%) dan sumber-sumber baru

semakin berkurangan. Peningkatan permintaan air

disebabkan pembangunan baru serta pencemaran sungai

turut meningkatkan keperluan bagi meneroka sumber air

alternatif termasuk air bumi (groundwater) dan penuaian

air hujan (rain harvesting) berskala besar. Selain kualiti air

yang lebih bersih, penggunaan air bumi boleh mengurangkan

kemungkinan krisis air di masa hadapan yang disebabkan oleh

kemarau yang berpanjangan dan perubahan iklim. Adalah

perlu untuk memperuntukkan dana khas bagi menjalankan

kajian kebolehlaksanaan berkaitan penggunaan sumber air

alternatif di Negeri Johor. Sasaran untuk memperolehi 20%

dari sumber air diperolehi dari sumber air alternatif.

4. Penggunaan Teknologi Untuk Bekalan Air Bersih

Desalinasi (desalination) merupakan teknologi yang sesuai

untuk membekalkan air bersih kepada kawasan pembangunan

baru di pantai dan yang jauh dari kemudahan bekalan air yang

sedia ada. Penubuhan syarikat utiliti swasta perlu digalakkan

sebagai satu pilhan inovatif. Dengan kemajuan teknologi

desalinasi, kos pengeluaran dijangka akan berkurangan pada

masa hadapan. Sektor industri merupakan pengguna utama

Johor Water Forum 2015

air, dan permintaan air untuk kegunaan industri dijangka

akan terus meningkat. Dengan itu adalah tepat untuk

menggesa pihak industri untuk menjadi lebih inovatif

dalam menguruskan permintaan air dengan melabur

untuk teknologi kitar semula (recycling) dan teknologi

penggunaan semula (reuse).

Ringkasan

Johor Water Forum 2017

Memperkasa

Fungsi dan Peranan

Badan Kawal Selia Air Johor

(BAKAJ)

dalam Menguruskan Sumber Air di

Negeri Johor

3

Meneroka

Sumber Air

Alternatif

1

2

Pengurusan

Lembangan

Sungai

secara

Bersepadu IRBM

(Integrated River Basin Management)

4

Penggunaan

Teknologi

Untuk

Bekalan Air Bersih

5

SIMPOSIUM KELESTARIAN

Sumber AIR NEGERI JOHOR 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

1

Biografi

Pembentang

Ir. Dr. Salmah bt Zakaria

Akademi Sains Malaysia

Dr. Salmah Zakaria, merupakan Felo di Akademi Sains

Malaysia (ASM) dan Pengerusi Jawatankuasa Air ASM. Beliau

memperoleh Diploma Pasca Siswazah dalam bidang Hidrologi

daripada IHE, Belanda, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Kedoktoran

dalam “Water Management in Deep Peat Soils” serta Ijazah

Sarjana dalam “Land and Water Resources Management” daripada

Universiti Cranfi eld, UK. Beliau terlibat dalam Jawatankuasa

Editorial bagi penerbitan ASM 2017, “Transformasi Sektor Air:

Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu Kebangsaan - Strategi

dan Pelan Tindakan”.

Beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia

selama lebih daripada 30 tahun, termasuk sebagai Ketua

Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia

(NAHRIM), 2005-2008; Pengarah Bahagian Pembangunan

Korporat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, 2002-

2005; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Sungai, JPS Malaysia,

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

1999-2002; dan Ketua Hidraulik, NAHRIM, 1995-1999. Beliau

mempunyai pengalaman luas di peringkat kebangsaan dalam

bidang pembangunan korporat, penyusunan semula institusi,

kajian lembangan sungai, pengurusan air bandar, pengurusan air

gambut, perancangan dan reka bentuk pengairan dan saliran dan

pengawasan pembinaan. Beliau turut terlibat dalam penyeliaan

penerbitan Manual Pengurusan Air Larian Malaysia (1999-2002)

bagi edisi pertama.

Di peringkat antarabangsa, antara perkhidmatan

beliau adalah kepada, UNWater, APWF, 7WWF, CATALYST

(Pengurangan Risiko dan Pengurangan Risiko Bahaya Alam

dan Adaptasi Kumpulan, Kesatuan Eropah); Pasukan Kumpulan

Pemandu APWF/ ADB APBF/ Pusat Pengetahuan Air APBF

untuk Adaptasi Perubahan Iklim; Pengarang Utama, IPCC

SREX; GWPSEATAC; Jawatankuasa Pemandu GWPO; Jawatan

Pengerusi Rangkaian Pembinaan Kapasiti Asia Tenggara

AguaJaring; Panel Pemeriksa ADB untuk Badan Air Apex;

Setiausaha Pertama kepada MyWP (Perkongsian Air Malaysia)

dan beliau kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga

Urus Air Selangor (LUAS), Malaysia.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 1

Transformasi Sektor Air, IWRMP Kebangsaan :

IWRM Negeri Johor

Pembentang : Ir. Dr. Salmah bt Zakaria

Akademi Sains Malaysia

Pada 2008, menubuhkan sebuah Jawatankuasa Air,

Akademi Sains Malaysia (ASM) yang berdedikasi untuk

menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor

air dengan memberi nasihat strategik kepada pihak berkuasa

yang berkenaan. Tambahan lagi, jawatankuasa mengadopsi

pardigma Pengurusan Air Sumber Air Bersepadu (Integrated

Water Resource Management-IWRM) sebagai falsafah teras dan

terasnya.

IWRM merupakan proses yang menggalakkan pelarasan

pembangunan dan pengurusan air, tanah dan sumber yang

berkaitan untuk memaksimumkan kebijakan ekonomi dan sosial

yang terhasil dengan cara yang sama rata tanpa menjejaskan

kelestarian ekosistem. Ia juga dipandu oleh rangka kerja umum

IWRM seperti dalam Rajah 1.1. Disamping itu, pengiktirafan

diperlukan untuk Pelan IWRM Kebangsaan berdasarkan Rangka

Kerja IWRM bagi menyediakan rangsangan yang betul untuk

memastikan pelaksanaan IWRM di seluruh negara.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Economic Efficiency

Equity

Environmental

Suatainability

3

Management

Instruments

Assessment

Information

Allocation

Instruments

1

Enabling

Environmental

Policies

Legislation

2

Institutional

Framework

Central - Local

River Basin

Public - Private

Balance “Water for Livelihood” and “Water as a Resource”

4

Invesments

in Water Infrastructure

Rajah 1.1: Rangka Kerja Umum IWRM

Sebenarnya, Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM)

pada mulanya menggabungkan keperluan sosial, budaya, politik,

kejuruteraan dan sains asasi ke dalam pengurusan air sejak 85

tahun yang lalu. Namun, selepas persidangan PBB/UN di Mar

del Plata, Agentina pada tahun 1977, konsep IWRM menajdi

mainstream dan IWRM mula dibincangkan di dalam polisi global

yang berkait dengan air semenjak lebih kurang 30 tahun yang

lalu. Akhirnya, IWRM menjadi polisi pembangunan di Malaysia

bermula dari Rancangan ke-8 pad tahun 2001 hingga 2005.

Terdapat cara-cara untuk mencapai objektif strategi IWRM

yang utama adalah melalui kecekapan untuk membuat sumber

air melangkah ke arah lebih baik sejauh mungkin, ekuiti dalam

peruntukan air merentasi kumpulan sosial dan ekonomi, dan

melaksanakan kelestarian alam sekitar bagi melindungi asas

sumber air dan ekosistem yang berkaitan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River

Basin Management - IRBM) merupakan subset daripada IWRM

dimana ia adalah satu proses penyelarasan dalam pemuliharaan,

pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan sumbersumber

yang berkaitan. IRBM merupakan kaedah yang berkesan

untuk mencapai objektif IWRM berasaskan lembangan sungai

dengan mengetengahkan isu air dan isu yang berkaitan dengan air

dan diurus sebagai satu pengurusan atas dasar yang sama.

Sumber air adalah sumber air yang berpotensi berguna untuk

Kegunaan air termasuk kegiatan pertanian, industri, rumah tangga,

rekreasi dan alam sekitar. Sumber air dibahagikan kepada dua

kategori berbeza iaitu sumber air permukaan dan sumber air tanah.

Kategori masing-masing ini adalah sebahagian daripada sistem

peredaran air bumi yang dipanggil kitaran hidrologi, dan diperolehi

daripada hujan, air larian permukaan serta salji. Berdasarkan

Gambarajah 1.2, hanya 3% daripada air bumi adalah air tawar dan

kebanyakan daripanya air bawah tanah sebanyak 30%.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Terdapat beberapa sumber air yang boleh digunakan

termasuk air hujan, air permukaan, air kumbahan dan air masin.

Taburan air hujan berbeza mengikut masa dan tempat dan salah

satu sumber yang berkaitan dengan kitaran air. Manakala, air

permukaan adalah air yang terdapat di sungai dan tasik. Air

permukaan secara semulajadi diisi semula oleh pemendakan

dan secara semula jadi hilang melalui pelepasan ke lautan,

penyejatan, evapotranspirasi dan aliran air bawah tanah.

Selain itu, air bawah tanah juga adalah air tawar yang

terletak di ruang bawah tanah liang tanah dan batuan. Ia disimpan

dan bergerak secara perlahan melalui pembentukan geologi

tanah, pasir dan batu yang dipanggil akuifer. Air kumbahan atau

air sisa juga boleh digunakan semula sebagai sumber air. Sumber

air daripada air kumbahan atau sisa adalah sisa manusia, sisa

industri, saliran lebuhraya, hujan yang dikumpulkan di atas

bumbung, sisa pertanian dan sebagainya. Sumber lain adalah

sumber air masin dimana ia perlu melalui proses desalinasi bagi

menukar air masin kepada air tawar.

Air boleh digunakan untuk tujuan langsung dan tidak

langsung. Tujuan langsung termasuk keperluan minum dan isi

rumah, sementara tujuan tidak langsung adalah penggunaan air

dalam industri. Sebahagian besar penggunaan air adalah untuk

pertanian, industri, dan elektrik. Penggunaan air yang paling

kerap termasuklah juga untuk alam sekitar, pertanian, domestik,

industri, penjanaan tenaga hidro dan bukan hidro serta bagi

sektor pelancongan.

Dalam senario air di Malaysia, populasi penduduk di

Malaysia meningkat dari 3.2 juta pada tahun 2017 ke 42.1 juta

pada tahun 2050. Tambahan pula, sebanyak 79% daripada

Air Johor : Sumber & Bekalan

populasi kini menetap di kawasan bandar di Malaysia, dan

tren masa hadapan dijangka mencapai 86% pada tahun 2050.

Penambahan bilangan dan kepadatan penduduk di kawasan

bandar menimbulkan pelbagai cabaran serta kesan-kesan

terhadap infrastruktur asas seperti sumber air minuman yang

mencukupi dan sistem pembetungan yang cekap. Hal ini

mengakibakan penduduk di kawasan bandar akan menghadapi

risiko yang tinggi dalam menghadapi pelbagai masalah yang

berkaitan seperti kekurangan air, pencemaran air dan risiko

bencana air.

Oleh sebab itu, IWRM diperkenalkan sebagai polisi di

Malaysia bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan

dengan air. Rajah 1.3 merupakan pencapaian IWRM di Malaysia.

IWRM di Malaysia pada masa kini telah menjalankan inisiatif

dan pelan tindakan ke arah pengurusan bersepadu sumber

air negara (NRE) dan berdasarkan permintaan air (KeTTHA).

Anggaran penggunaan air oleh sektor pertanian ialah 63% dan

ini menunjukkan bahawa IWRM masih belum dilaksanakan

sepenuhnya di seluruh negara. Tambahan pula, sektor air,

sebahagian Neksus Air-Tenaga-Makanan tidak disenaraikan

sebagai National Key Economic Area (NKEA) di bawah Program

Transformasi Ekonomi (ETP).

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

1992

ICWE Dublin & Earth Summit Rio

Love Our River Campaign

1993

1998

Formation of National Water

Resources Council

Formation of Selangor Water

Management Authority - LUAS

2000

Rio+10 Summit Johannesburg

2002

2001

Adoption of IWRM under

3 rd Outline Perspective Plan

8 th Malaysia Plan

Natural Resources and

Environment Ministry created

2004

1993

MSAN 02

National Adoption of Intergrated River

Basin Management

2005

National Study for the Effective

Implementation of IWRM in Malaysia

Formation of Sabah Water

Resources Council

2006

Water Services Industry Act

Formation of Kedah Water

Resources Board

2008

2007

MSAN 03

Rain Water Harvesting

MSAN 04

Gazette River Reserves and

Flood Mitigration

2009

Implementation of IWRM BMP’s

MSAN 05

Resolution of issues involving

rivers shared between States

National Water Resources Policy

(NWRP) launched

Adoption of IASM by NRE/JMG

2010

2012

2011

MSAN 06

Endorsement of National Water

Resources Policy

Completion of National Water

Resources Study

MSAN 07

Strategy Plan for Integrated Lake

Basin Management

MSAN 09

Urban Flash Flood Management

Framework for Water Resources

Sharing Between States

MSAN 11

Groundwater usage during Droughts

Alternative Water Resources Master Plan

Inter-basin Transfer

Water Demand Management

2014

2016

2013

2015

MSAN 08

Expedited the Formation of State

Water Resources Council

UNSD Summit New York

MSAN 10

National Agenda on Integrated Water

Research Strategy Plan to Address

Climate Change Impacts on Water

Launched of National Integrated Water

Resources Management Plan

2030

Fulfilling UN Sustainable Development

Goal 6 : Clean Water and Sanitation

Rajah 1.3: Percapaian utama IWRM di Malaysia

Air Johor : Sumber & Bekalan

Di sebalik itu, terdapat juga beberapa cabaran yang

terpaksa dihadapi oleh pihak kerajaan negeri dalam mengekalkan

sumber air. Cabaran-cabaran setempat adalah termasuk

pertambahan penduduk, di mana pertambahan penduduk

sering mendahului keperluan kemudahan awam, sekaligus

penambahan pembuangan air kumbahan atau sisa. Tambahan

lagi, proses perbandaran sangat pesat terutama di Johor Bahru

dan seterusnya pertambahan persaingan bagi keperluan air

juga turut berlaku dengan pertambahan penduduk, pusat-pusat

komersial, industri, keperluan makanan penjanaan tenaga dan

juga perlancongan.

Di samping itu, masyarakat juga kurang peka dalam

penngetahuan tentang sumber air dan air sisa seperti kempen

penjimatan air, menjaga alam sekitar, maklumat sungai untuk

sumber dan sebagainya. Perubahan iklim turut memburukkan

lagi keadaann. Kesan daripada perubahan iklim mempengaruhi

semua aspek terutamanya peningkatan suhu, kemarau, banjir

dan banyak lagi. Malahan, kejadian ini paling kerap berlaku di

negara-negara yang membangun. Lembangan Sungai Johor

merupakan sungai yang utama di Negeri Johor. Sungai ini mengalir

ke arah utara selatan yang berasal dari Gunung Gemuruh dan

kemudiannya mengalir ke Selat Johor. Anak sungai utamanya

ialah Sungai Sayong, Tiram dan Lebam. Lembangan Sungai

Johor juga merupakan sumber bekalan air yang penting bukan

sahaja di negeri Johor, malah untuk Negara Singapura.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

2

Biografi

Pembentang

En. Mohd Riduan bin Md. Ali

Pengarah, Badan Kawal Selia Air Johor

(BAKAJ)

En. Mohd. Riduan Md. Ali merupakan pemegang Ijazah

Sarjana Muda Ekonomi dan ljazah Sarjana Ekonomi dari

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pengkhususan dalam

bidang Pebangunan dan Perancangan.

Beliau memulakan tugas dalam perkhidmatan awam pada

tahun 2000 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian

Pembangunan Sumber Manusia. Beliau kemudiannya ditempatkan

di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dari tahun 2000

sehingg 2007 dengan jawatan Penolong Pengarah Infrastruktur.

Beliau seterusnya ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan

Johor Bahagian Pengurusan dan selanjutnya di Unit Perancang

Ekonomi Negeri Johor sebagai Ketua Penolong Pengarah,

Penyelidikan dan Pembangunan dari tahun 2011 sehingga 2012.

Beliau ditempatkan kembali di Pejabat Setiausaha

Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan dengan jawatan Ketua

Unit Korporat/ SSI pada tahun 2012 dan bermula 16 Ogos 2015,

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

beliau memulakan tugas sebagai Pengarah Badan Kawalselia

Air Negeri Johor (BAKAJ).

Sepanjang tempoh perkhidmatan, En. Mohd. Riduan juga

pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah,

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bagi tempoh 2001-2007 dan

Timbalan Presiden Projek khas/ SSI untuk anak syarikat milik

Kerajaan Johor iaitu Permodalan Darul Ta’zim bagi tahun 2013-

2015.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 2

Pengurusan Sumber air Negeri Johor

Pembentang : En. Mohd Riduan bin Md. Ali

Pengarah, Badan Kawal Selia Air Johor

(BAKAJ)

Air adalah sumber kehidupan serta sumber penting untuk

pelbagai kegunaan seperti pertanian, industri, tenaga,

pengangkutan dan sebagainya. Isu air ini sangat penting yang

perlu dibincangkan dan diberi perhatian yang sepenuhnya kerana

sumber air adalah terhad dan akan berkurang jika tidak digunakan

dengan betul. Daripada laporan air dunia, 95.5% jumlah air di

dunia terdiri daripada air masin, 25% adalah sumber air tawar.

Malahan pula, 1% jumlah air tawar berbentuk cecair di dunia,

98% terdiri daripada air bumi dan 0.02% dari jumlah air di dunia

terdapat di sungai dan tasik dimana tempat manusia mendapat

kebanyakan sumber air yang digunakan. Sumber air di Malaysia

adalah banyak dan boleh didapati sepanjang tahun. Malaysia

menerima hujan lebat dengan purata 3,000 mm setahun yang

menyumbang kepada anggaran sumber air tahunan kira-kira 990

juta meterpadu, 64 juta meterpadu air bumi, 566 juta meterpadu

air larian permukaan dan atmosfera.

Rajah 2.1 berikut merupakan sejarah pembangunan

jabatan pengurusan air yang bertanggungjawab menguruskan

dan menyelia bekalan air Negeri Johor kepada pengguna.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

1987

Cawangan Bekalan Air (JKR)

1987

Jabatan Bekalan Air

1993

Syarikat Air Johor Sdn. Bhd.

1994

BAKAJ ditubuhkan

1999

Bekalan Air Johor diswastakan

2009

Migrasi Bekalan Air Negeri Johor

Rajah 2.1: Sejarah Pembangunan Jabatan Pengurusan Air

Pengurusan sumber air di negeri Johor telah diuruskan

oleh Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ). BAKAJ telah

ditubuhkan pada 1 Januari 1994 dengan mengikut Enakmen

Bekalan Air 1993. Fungsi asal BAKAJ adalah dengan mengawal

syarikat yang diberi lesen iaitu Syarikat Air Johor (SAJ) dan

berkerjasama dengan agensi lain dengan menyediakan

persekitaran yang mampan dalam menyediakan bekalan air

mentah yang mencukupi untuk diproses dan disalurkan kepada

pengguna. Tambahan lagi, fungsi BAKAJ telah diubahsuai

setelah Enakmen Bekalan Air 1921 dipinda pada 2014. Hal ini

telah memberi tanggungjawab yang lebih besar kepada BAKAJ

dalam mengurusakan sumber air mentah secara bersepadu.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Antara fungsi semasa BAKAJ termasuklah membekalkan

sumber air mentah sebanyak 2995 juta liter sehari (MLD) kepada

tiga badan termasuklah 1700 MLD kepada SAJ Ranhill, 160

MLD kepada kerajaan Negeri Melaka dan 1135 MDL kepada

Singapura (Public Utilities Board of Singapore, PUB). Selain itu,

BAKAJ juga bertanggungjawab memelihara sumber air mentah

dengan mengelakkan pembaziran sumber, menambahbaikan

sumber yang sedia ada, menghalang pencerobohan manusia

dan memelihara serta memulihkan pencemaran sumber air di

Johor.

Perselesanan merupakan salah satu fungsi BAKAJ bagi

perlesenan tentang abstraksi air sungai dan air bumi dalam

pertanian, minuman, industri dan ternakan, Jeti atau Dermaga

dan tempat mendarat persendirian (landing point), IPP, Khinzir

dan jeti penumpang seperti di Stulang Laut dan pelabuhan.

Selain itu juga, BAKAJ juga bertanggungjawab mengenalpasti

sumber air alternatif seperti desalinasi, penuaian air hujan dan

air bumi. Kerjasama dengan pakar-pakar tempatan dan Jepun

diperlukan bagi mengkaji dan menggunakan teknologi yang

bagus dan berkesan untuk sumber air alternatif dan seterusnya

dapat menyumbang kepada pertambahan sumber air yang

semakin merosot. Fungsi lain BAKAJ adalah penguatkuasaan

sumber bekalan air dan ulasan teknikal permohonan dimana ia

berkaitan dengan pembangunan, permohanan tanah dan EIA.

Terdapat beberapa empangan atau baraj yang telah

diambilalih oleh pihak BAKAJ dalam pengurusan operasi

empangan atau bakaj. Upper Layang, Kahang Dam dan Pulai

2 Dam adalah empangan yang telah diuruskan oleh BAKAJ dan

dalam 80% operasi berjalan dengan lancar. Selain itu, BAKAJ juga

telah berkerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

dan Jabatan Alam Kesihatan Johor. BAKAJ telah bekerjasama

dengan UTM dalam menjalankan kajian tentang Pengurusan

Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi mengetahui tentang

maksimum harian air yang digunakan di sungai Johor manakala

BAKAJ juga sebagai rakan pelaksana (NBOS) dengan Rakan

Strategik Jabatan Kesihatan Johor bagi membekalkan air di

pulau-pulau di Mersing.

Namun begitu, BAKAJ juga terpaksa menghadapi

beberapa cabaran dalam mengekalkan kestabilan pengurusan

sumber air seperti kemerosotan kuantiti dan kualiti sumber air

pada tahun 2015 dan 2016, kawasan yang berdampak adalah

Pasir Gudang, Pengerang dan Mersing mengalami catuan air,

empangan Layang, Lebam berada dibawah tahap kritikal. Hal ini

akan memberi kesan negatif kepada pengguna dan pemegang

yang berkepentingan.

Selain itu, Kes sungai Muar yang melibatkan kadar

penerobosan air masin yang semakin ketara juga telah diuruskan

oleh pihak BAKAJ. Kadar penerobosan air masin telah merebak dari

70 hingga 80 km sehingga Pagoh. Hal ini amat membimbangkan

kepada pengguna. Oleh sebab itu, permohonan baru di Sungai

Muar telah dipertimbangkan bukan sahaja untuk kepentingan

Daerah Muar dan juga bekalan air mentah ke Melaka.

BAKAJ juga telah mengalami kekurangan pekerja, ruang

pejabat, peruntukan dan peralatan. Walaubagaimanapun, ianya

bukan satu alasan untuk tidak melaksanakan tugas dengan

berkesan. Hal ini ditunjukkan daripada hasil pungutan tahun 2016

mencecah sebanyak 61 juta dan ini adalah hasilan pungutan

yang terbaik. Tambahan pula, impak kejadian terdahulu dijadikan

ruang untuk merancang sumber air mentah untuk jangka masa

Air Johor : Sumber & Bekalan

panjang. Oleh sebab itu, kakitangan dapat meningkatkan tahap

ilmu secara teori dan praktikal.

Sebagai kesimpulannya, air mentah merupakan sumber

yang sangat sensitif terutamanya kepada pencemaran. Oleh

sebab itu, pelbagai inisiatif perlu dilakukan bagi memastikan

bekalan berterusan untuk jangka masa yang panjang. Bagi

mengelakkan pencemaran berlaku lebih besar, kesedaran

terhadap pemeliharaan terhadap sumber air dan alam sekitar

perlu dipertingkatkan untuk generasi yang akan datang.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

3

Biografi

Pembentang

Dr. Low Kwai Sim

Akademi Sains Malaysia

Dr. Low memperolehi Ph.D dalam bidang Hidrologi dari

Universiti Hull, England. Beliau telah mempunyai lebih dari 40

tahun pengalaman sebagai penyelidik, akademik dan perunding

yang meliputi pelbagai kajian hidrologi tropika dan kerja alam

sekitar dari sumber air bersepadu, pengurusan lembangan

sungai untuk pemulihan alam sekitar yang terdegradasi.

Beliau memulakan kariernya di Universiti Malaya (UM)

pada tahun 1970 sebagai pensyarah dan seterusnya sebagai

profesor sepenuh masa dimana pekerjaannya termasuklah

mengajar, menyelia dan menyelidik. Beliau juga dikenali sebagai

Alexander von Humboldt Fellow di Germany dan Fellow Honda

di Japan sementara masih di Universiti. Selepas bersara dari

universiti, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Asia Pacifi c

Environmental Consultants Sdn Bhd (ASPEC), dan menjalankan

beberapa projek berkenaan penilaian impak alam sekitar,

pengurusan sumber air dan tasik, koridor sungai dan pemulihan,

perancangan dan pengurusan lembangan air.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Sebagai pengiktirafan terhadap khidmatnya, beliau telah

dinobatkan sebagai Fellow Akademi Sains Malaysia (ASM)

dimana beliau berkhidmat aktif dalam bidang yang berkaitan

dengan air. Ketika masih di universiti dan sepanjang di ASPEC, Dr

Low telah banyak mengembara untuk menyediakan perkhidmatan

penyelidikan dan perundingan dan kerja-kerja pembangunan

kapasiti di Asia Tenggara dan Afrika, dalam proses itu, beliau

mendapat pelbagai pengalaman dari situasi alam sekitar dan

hidrologi yang meluas dan membantu beliau membandingkan

pendekatan dan teknologi yang berbeza di kawasan tropika.

Kepakarannya termasuklah dalam bidang hidrologi

tropikal, geomoforlogi, kajian pengurusan tasik, sumber air dan

perancangan lembangan sungai dan kajian hakisan tanah. Beliau

telah menulis lebih dari 100 artikel berkenaan hidrologi tropikal

dan pengurusan alam sekitar.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 3

Water Sustainability : The Roles of NGOs and Public

Pembentang : Dr. Low Kwai Sim

Akademi Sains Malaysia

Dalam senario air perbandaran, terdapat tiga perspektif

utama yang perlu ditekankan iaitu perkembangan populasi,

perbandaran dan infrastruktur. Ketiga-tiga perspektif ini adalah

berkait antara satu sama lain. Berdasarkan perspektif air

perbandaran di Malaysia, populasi penduduk di Malaysia

meningkat dari 28 juta pada tahun 2010 ke 42 juta pada tahun

2050. Tambahan pula, sebanyak 71% daripada populasi kini

menetap di kawasan bandar di Malaysia pada tahun 2012, dan

tren masa hadapan dijangka mencapai 80% pada tahun 2050.

Penambahan bilangan dan kepadatan penduduk di kawasan

bandar menimbulkan pelbagai cabaran serta kesan-kesan

terhadap infrastruktur asas seperti sumber air minuman yang

mencukupi dan sistem pembentungan yang cekap. Hal ini

mengakibatkan penduduk di kawasan bandar akan menghadapi

risiko yang tinggi dalam menghadapi pelbagai masalah yang

berkaitan seperti kekurangan air, pencemaran air dan risiko

bencana air

Negeri Johor juga tidak terlepas daripada masalah-masalah

air. Johor merupakan kawasan tanah pembangunan yang luas

dan kawasan tadahan air yang besar, mempunyai sumber

air yang mencukupi untuk memuaskan keperluan air untuk

segala kegunaan (kajian sumber air kebangsaan, 2015-2050).

Walaubagaimanapun, baru-baru ini, disebabkan faktor-faktor

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

semulajadi dan manusia, negeri Johor kian mengalami kejadian

kelebihan air (banjir), terlalu sedikit air (kemarau berpanjangan)

dan kejadian pencemaran air (memerlukan rawatan yang

intensif). Ketiga-tiga senario tekanan ini adalah lebih ketara di

kawasan perbandaran seperti Johor Bahru, di mana terhadap

lembangan sungai dan fenomena semulajadi. Berdasarkan

kajian sumber air kebangsaan, 2010-2050, senario permintaan

air di daerah Johor Bahru bertambah dari 817.93 MLD (2010)

ke 1,561.40 MLD (2050) (Lihat Jadual 3.1). Manakala senario

permintaan air di Johor Bahru-Iskandar Malaysia jauh lebih tinggi

dan meningat dari 1,136.91 MLD (2015) ke 3,290.99 MLD (2050).

Penambahan dalam permintaan air juga menimbulkan pelbagai

cabaran terhadap infrastruktur air.

Untuk memastikan pengurusan air berjalan dengan

lancar tanpa gangguan, kerajaan Negeri Johor menekankan

pengurusan air yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah

pentadbiran air, air bukan sebagai pendapatan, harga air,

tekanan air, pencemaran air dan pengurusan bencana. Selain

itu, pengurusan air perbandaran bersepadu (IUWM) telahpun

dicadangkan sebagai satu langkah pintar terhadap memastikan

kelestarian sumber air di kawasan perbandaran, sesuai dengan

konteks pengurusan sumber air bersepadu (IUWM) dan agenda

jaminan sumber air (water security).

IUWM diiktiraf sebagai satu modus perancangan strategik

holistik, yang mengambil pandangan landskap bagi cabaran air

dengan melihat pengguna air bersaing di kawasan tadahan bandar

atau lembangan sungai (World Bank, 2008). Pelaksanaan IUWM

adalah melalui perancangan yang diselaraskan dan fleksibel

di kalangan penggunaan sektor air, membolehkan infrastruktur

tradisional dan baru yang optimal dengan senario pengurusan

Air Johor : Sumber & Bekalan

alternatif yang memanfaatkan kecekapan dan pemulihan.

Selain itu, permintaan air dan bekalan air perlu seimbang untuk

mendapatkan jaminan sumber air (water security). Pertambahan

permintaan air disebabkan beberapa faktor antaranya,

perbandaran, pertambahan penduduk, dan peningkatkan taraf

hidup. Manakala untuk mendapatkan bekalan air yang mencukupi,

beberapa aspek yang perlu dkawal dan diatasi antaranyanya,

pencemaran, perubahan iklim dan perubahan guna tanah.

Sebagai contoh, perubahan guna tanah yang tidak

terancang dan terkawal akan menyebabkan ketidakseimbangan

sumber air. Pengurusan IUWM melibatkan model aliran masuk

dan keluar dalam kawasan bandar. Sesetengah senario boleh

dikawal aliran keluar masuk dan sebaliknya. Pengurusan IUWM

bagi aliran keluar masuk dalam Jadual 3.1. Kebiasaanya,

gangguan berlaku disebabkan oleh kemarau, pencemaran

sungai, banjir dan sebagainya.

PENGURUSAN IUWM

Aliran Masuk Aliran Keluar Senario

Boleh Kawal

Senario yang ideal

Gangguan

Tidak Boleh Kawal

Gangguan

Senario yang terburuk

Jadual 3.1

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Untuk mengubah urusan pentadbiran, tiga pra-syarat

perlu diikuti. Antaranya adalah dengan menukar reka bentuk

dan pembangunan bandar dengan mempertimbangkan kitaran

aliran masuk dan aliran keluar air. Seterusnya, Merancang dan

menyelaras bersama sektor air bandar untuk peruntukan dan harga

yang saksama. Pra-syarat terakhir adalah menggunakan model

menutup gelung kitaran air (closing the water cycle loop) untuk

mencapai manfaat maksimum dan optimum. Model ini digunakan

dalam mempelbagaikan dan memaksimumkan penggunaan

sumber air seperti atmosfera, sungai, dan air bawah tanah. Selain

itu, ia juga satu langkah kitar semula dan penggunaan semula air

daripada air hujan, pelepasan perindustrian dan air kumbahan

dan air juga sesui dengan penggunaan sama ada boleh diminum

atau tidak.

Dalam mencapai kelestarian air perbandaran, beberapa

aspek yang perlu ditekankan termasuklah kawalan perancangan

bandar, kawalan saliran bandar dan pengurusan bencana

bandar. Dalam mengawal perancangan air perbandaran,

pengurusan bekalan dan permintaan adalah sangat penting

dalam mengurangkan pembaziran dan memastikan penggunaan

sumber air yang terbaik.

Pengurusan bekalan dan permintaan merangkumi

pendekatan seperti menekankan air bukan hasil melalui

pengesanan dan penguatkuasaan yang lebih baik, mengkaji

harga air, infrastruktur air yang pintar, alat cekap air dan

kedudukan dan perlabelan air. Selain itu, kecekapan sumber

perlu dimaksimumkan dengan menggunakan semua sumber

air dan sumber air alternatif seperti air tawar, air bawah tanah,

pengumpulan air hujan, penggunaan semula air kumbahan dan

penyahgaraman.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Kawalan perancangan saliran bandar menitikberatkan

tentang perngurusan ‘runoff’ yang merangkumi pengurusan air

hujan, pengumpulan air hujan, reka bentuk bandar yang peka

(sensitive city), sistem dan kawalan banjir.

Bagi Negeri Johor, halatuju adalah untuk bertukar

daripada fokus bekalan air minuman, pembentungan dan saliran,

ke arah menjadikan kawasan bandar suatu kawasan peka air

(Water Sensitive Cities) dalam segala aspek perancangan dan

pembangunan bandar. Untuk merealisasikan visi ini, struktur

pentadbiran perlu dilihat semula untuk memberi pandangan baru

terhadap kawalan sumber air di kawasan perbandaran serta

konurbasi Iskandar Malaysia, Negeri Johor. Selain itu, cadangan

pembentukan struktur institusi baru bagi kawalan air perbandaran

perlu dikaji untuk memberi liputan meluas serta kuasa dan dan

perlu diintergarasikan pengurusan air perbandaran ke dalam

perancangan bandar untuk mengembangkan konsep bandar

peka air bagi Negeri Johor.

Tambahan pula, isu-isu alam sekitar di bandar perlu

dititikberatkan dengan menggabungkan reka bentuk ekologi

bandar bagi memastikan keseimbangan dengan kemampuan

alam sekitar dapat direalisasikan. Pelaburan dalam teknologi

hijau dan inovasi juga perlu dipertingkatkan dan melaksanakan

pembinaan yang berkapasiti dan latihan untuk mendorong ke

arah mempraktikkan kelestarian tenaga bagi memulihara alam

sekitar dan sumber semula jadi, dan mengurangkan kesan

negatif daripada aktiviti manusia, selaras dengan perkembangan

konsep bandar peka air bagi Negeri Johor.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

4

Biografi

Pembentang

Prof. Dr. Zulkifli bin Yusop

Dekan Penyelidikan Kelestarian Sumber

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Profesor Dr. Zulkifl i Yusop adalah Profesor dalam bidang

Hidrologi Persekitaran dan kini merupakan Dekan Penyelidikan

Kelestarian Sumber di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau

memperoleh ljazah PhD dari University of Manchester

dalam Bidang Hidrologi Hutan pada tahun 1996. Beliau telah

menghasilkan kira-kira 300 manuskrip dalam berbagai jurnal, buku

dan prosiding. Antara tugas penting yang pernah diamanahkan

kepada beliau termasuk sebagai Ketua Editor Jurnal Kejuruteraan

Awam dan Malaysian Journal of Civil Engineering. Kini beliau

merupakan Editor Water Science and Technology, sebuah jurnal

terbitan Persatuan Air Sedunia dengan Faktor lmpak 1.2.

Profesor Zulkifl i juga telah dilantik sebagai Pengerusi JK

Latihan dan Kesedaran Awam Program Hidrologi Antarabangsa

bagi Malaysia (2001-2012), Ahli Majlis Persatuan Air Malaysia,

Setiausaha Kumpulan Pakar dalam Teknologi bersesuaian untuk

negara-negara membangun (di bawah Persatuan Air Sedunia),

dan JK Penyelidikan Persatuan Hidrologi Malaysia. Kini beliau

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

adalah ahli Exco Program Hidrologi Antarabangsa untuk

Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor

(LUAS), Pengerusi Geran Penyelidikan Bencana Banjir di bawah

KPT, Ketua Kumpulan (Hidrologi dan Kesan Perubahan Iklim)

Asia Core Program for the Japanese Society for the Promotion of

Science (JSPS) dan panel pelbagai geran penyelidikan di bawah

KPT dan MOSTI.

Beliau adalah penerima Felow Eco-Frontier dari

Kementerian Alam Sekitar Jepun pada tahun 2003, 2004 dan 2005.

Pada April 2012 beliau telah dilantik sebagai Felow Akademi Sains

Malaysia. Beliau juga terlibat dalam pelbagai projek perundingan

dan baru-baru ini dilantik sebagai perunding kepada UNESCO

untuk menilai kajian kesan perubahan iklim bagi negara-negara

kepulauan Pasifik Selatan. Bidang penyelidikan beliau termasuk

pengurusan dan pemodelan banjir, kawalan pencemaran tanpa

titik dan kesan guna tanah ke atas ciri-ciri hidrologi tadahan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 4

Sumber Alternatif untuk Negeri Johor

Pembentang : Profesor Dr. Zulkifli bin Yusop

Dekan Penyelidikan Kelestarian Sumber

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pada masa ini Johor mengalami permintaan air yang mendadak.

Pada masa yang sama, Johor juga mengalami sumber

air yang sangat terhad. Hal ini disebabkan terlalu bergantung

kepada sungai sebagai punca bekalan air mentah seperti Sungai

Johor dan Sungai Skudai. Namun sumber baru air sungai

terletak semakin jauh dari kawasan pembangunan dan tumpuan

penduduk seperti kawasan bandar dan industri. Oleh sebab

itu, pengangkutan air dan kos penyediaan infrastruktur seperti

empangan, baraj, pemasangan paip dan pam akan meningkat.

Berdasarkan Rajah 4.1, berikut adalah senario permintaan air

yang meningkat dengan mendadak.

Kira-kira 54% dari jumlah permintaan adalah di daerah

Johor Bahru dengan kadar pertumbuhan kompaun yang tinggi

kira-kira 5% hingga 6% dari 2013 ke 2015 daripada negeri

lain. Hal ini mengalami pertumbuhan yang besar daripada

Iskandar Malaysia dan Johor adalah kawasan yang paling besar

membangun. Tambahan pula, Wilayah Ekonomi Selatan Johor

(SJER) menjangkakan kemasukan yang besar dengan penduduk

yang bukan kediaman akan meningkat secara berperingkat.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

1600

Water Supply & Demand in

Sount Johor Economic Region

1400

1200

1000

MLD

800

600

400

200

0

2003 2005 2010 2015 2020 2025

Demand

Supply

Jadual 4.1 : Statistik permintaan dan bekalan air di Johor

Selain daripada itu pencemaran air sungai yang semakin

serius seperti di Sungai Johor dan Sungai Skudai turut telah

memburukkan lagi keadaan. Pencemaran yang sentiasa

berlaku adalah daripada pencemaran punca titik (point source

pollution) iaitu daripada kilang dan loji rawatan. Selain itu,

pencemaran punca tidak titik (non-point source pollution) salah

satu punca pencemaran dimana sumber penyebarannya yang

luas dan tersebar di alam semulajadi dan penyumbang utama

kepada pencemaran tidak titik melalui aktiviti guna tanah iaitu

pembangunan tanah, pembinaan, pertanian, dan perhutanan

dan air larian perbandaran.

Untuk memastikan kelestarian bekalan air pada masa

hadapan, Johor perlu memberi perhatian serius kepada sumber

alternatif seperti penggunaan air bumi, penuaian air hujan berskala

besar, desalinasi dan pengumpulan air larian permukaan. Salah

satu daripada sumber air alternatif yang paling mudah adalah

Air Johor : Sumber & Bekalan

sumber air bumi. Berdasarkan penggunaan air bumi global,

negara-negara maju seperti Denmark, Autsria, dan Thailand

telah menyumbang antara 80% hingga 100% air bumi daripada

jumlah bekalan air.

Walaubagaimanapun, penggunaan sumber air bumi

di Malaysia masih rendah dan dianggarkan lebih kurang 2%

air bumi daripada jumlah bekalan air. Untuk menggunakan air

bumi sebagai salah satu sumber dan bekalan air di Johor, perlu

membuat perancangan jangka panjang dan berkesan. Pihak

pengkaji telah mencadangkan 10% daripada air bumi. Dengan

itu, ia dapat mengurangkan kebergantungan air permukaan

seterusnya dapat mengurangkan krisis air. Jika kemarau melanda

akan menyebabkan paras air berkurang dan kering. Satu-satu

sumber yang boleh dipercayai adalah air bumi. Oleh sebab itu,

20% daripada air bumi dan 80% daripada air permukaan sangat

penting untuk mengurangkan krisis air semasa tempoh kering

dan perubaha iklim.

Untuk merancang sumber air seperti air permukaan dan

air bumi perlu mempunyai peta lengkap tentang potensi lokasi

air bumi dan membangunkan air permukaan supaya dapat

diuruskan bersama-sama secara konduktif. Antara konsep yang

digunakan untuk mengumpul air bumi di Kumamoto, Jepun

adalah penyimpanan air bumi secara visualisasi dan mereka telah

mencipta Model Sirkulasi Air 4 Dimensi (4-Dimensional Water

Circulation Model) yang boleh mensimulasikan air permukaan air

bumi.

Model air bumi ini memungkinkan untuk mengenalpasti

kawasan yang berpotensi penyimpanan air bumi. Pada

dasarnya, apabila mereka mengetahui laluan air bumi, ia akan

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

memudahkan proses penyediaan air bumi. Selain itu, model

lain yang boleh digunakan adalah AQUA Visualiser yang boleh

menyumbang untuk meningkatkan pembangunan yang cekap

dan mengurangkan kos. Bagi memastikan pengambilan air

bumi ini adalah selamat terhadap ekosistem dan alam sekitar

konsep safe yield digunakan dan dianggarkan jumlah safe yield

di Malaysia adalah sebanyak 16.4 billion m 3 .

Selain daripada itu, sistem penuaian air hujan merupakan

salah satu kaedah yang perlu dilaksanakan sebagai sumber air

alternatif untuk menjimatkan penggunaan air seterusnya dapat

mengatasi krisis bekalan air di Johor pada masa hadapan.

Penuaian air hujan adalah teknik yang digunakan untuk

mengumpul, menyimpan dan menggunakan air hujan untuk

pengairan landskap dan kegunaan lain. Air hujan dikumpulkan

dari pelbagai permukaan yang keras seperti bumbung atau

permukaan keras di atas tanah buatan manusia yang lain.

Penuaian air hujan adalah salah satu teknik yang praktikal dan

kos yang rendah pada masa kini.

Berdasarkan Rajah 4.2, Johor merupakan salah satu

tempat paling tinggi kadar kelambapan setiap hari kerana

dianggarkan hujan turun setiap 2 hari. Jadi kaedah ini amat

berkesan untuk sumber air di Johor. Malangnya, kaedah ini

tidak digunakan untuk menambahkan kuantiti bekalan air bagi

memenuhi permintaan pengguna.

Air Johor : Sumber & Bekalan

2000

1800

1600

1400

1771

SEDENAK 1948 - 2010

Frequency

1200

1000

800

893

600

505

400

200

0

289

213

116 73 53 36 33 15 12 13 10 10 11 3 4 2 4 0 0 2 3 3 2 1 0 0 0 0 1 0 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34

Number of continuous Dry Days

Jadual 4.2 : Kadar air hujan turun di Sedenak, Johor

Sistem ini juga digunakan secara meluas di Star City,

Korea sebagai satu sumber baru untuk syarikat penuaian air

hujan dalam skala yang besar dan mengedarkan kepada syarikat

bekalan air sedia ada seterunsya kepada pengguna dari kediaman

atau komersial. Malaysia juga telah menggunakan kaedah ini

di beberapa bangunan komersial seperti pusat membelah One

Utama, Damansara untuk pembersihan dan curahan tandas.

Walaubagaimanapun, kaedah penuaian air hujan dalam

skala yang kecil terutama di kediaman dilihat kurang menarik

perhatian dan mendapat sambutan daripada pengguna. Hal

ini disebabkan oleh faktor keluasan tanah yang terhad bagi

menyediakan sistem penuaian air hujan yang lengkap termasuklah

penyediaan paip berkembar bagi mengagihkan air dari tangki

simpanan ke tempat untuk kegunaan yang bersesuaian. Tarif air

yang rendah di negara ini juga merupakan antara sebab mengapa

sistem ini kurang berjaya di dilaksanakan pada skala kecil.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah kaedah

desalinasi. Desalinasi adalah proses yang mengekstrak

komponen mineral dari air masin. Dengan kata lain, desalinasi

merujuk kepada penyingkiran garam dan mineral dari bahan

sasaran kepada minuman. Walaubagaimanapun, kaedah ini

sangat mahal tetapi ia juga boleh dipertimbangkan bagi kawasan

pembangunan baru yang jauh dari prasarana yang sedia ada

seperti pembangunan di pulau. Jika kaedah ini digunakan, sumber

air akan sangat dekat dengan pengguna tanpa menanggung

kos pengangkutan air dan kos penyediaan infrastruktur seperti

empangan, baraj, pemasangan paip dan pam. Tambahan pula,

kos desalinasi dijangka akan berkurang dari semasa ke semasa

dan kos rawatan untuk kaedah konvensional juga akan meningkat.

Kaedah yang lain adalah penggunaan air sisa kumbahan

yang telah dirawat juga dapat menyumbangkan sumber air

alternatif di Johor. Penggunaan air sisa kumbahan terawat boleh

digunakan untuk tujuan yang bermanfaat seperti pengairan

pertanian dan lanskap, proses perindustrian, pembilasan tandas

dan penambahan air tanah sebagai menambahkan air bumi.

Bagi memastikan kestabilan sumber keperluan air

seimbang dengan permintaan air yang berterusan, pelbagai

usaha perlu dilaksanakan daripada pihak pengurusan sumber air

dengan mencari cara yang lebih bersepadu dalam menguruskan

sumber air. Selain itu, keperluan yang mendesak untuk menerokai

sumber-sumber air alternatif (air hujan, air bumi, desalinasi dan air

larian perbandaran) sebagai air permukaan sedang digerakkan

bagi memastikan krisis air dapat dielakkan pada masa hadapan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

5

Biografi

Pembentang

Dato’ Ahmad Faizal bin Abdul

Rahman

Ketua Pegawai Eksekuitf, SAJ Ranhill Sdn. Bhd.

Dato ‘Ahmad Faizal Abdul Rahman adalah Ketua Pegawai

Eksekutif SAJ Ranhill Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang dengan efi sen

menyediakan bekalan air untuk negeri Johor sejak 31 Mac,

2017. Beliau menceburi bidang Pengurusan Lanjutan dari Saïd

Business School, University of Oxford (U.K.) dan memperolehi

ijazah sarjana muda di dalam bidang Pengurusan Perakaunan

dan Kewangan, BA (Hons) dari University of Essex (U.K.).

Dato ‘Ahmad Faizal memulakan kerjayanya dalam

bidang perbankan dan kewangan dengan Maybank Group dari

1994 hingga 2006, me-megang jawatan dalam Aseambankers

Malaysia Berhad dan PT Maybank Indocorp (Indonesia). Beliau

juga terlibat dengan Syarikat Khusus Khas Kerajaan, Danaharta

Nasional Berhad dari tahun 1999 hingga 2002. Pada Mac 2006,

beliau menyertai Prokhas Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah

Menteri Kewangan (MOF) Inc. di mana beliau menyediakan

khidmat nasihat kewangan dan menjalankan kajian strategik di

dalam Bidang pasaran modal hutang dan pengurusan kewangan.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Pada tahun 2009, Dato ‘Ahmad Faizal dilantik sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB),

sebuah syarikat pengurusan aset air yang dimiliki sepenuhnya

oleh MOF Inc. Semasa berkhidmat di PAAB sehingga 2016, beliau

juga berkhidmat sebagai Ahli Lembaga di PAAB, Pengurusan Air

SPV Berhad, Acqua Berhad dan Indah Water Konsortium (IWK)

Berhad.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 5

Perancangan dan Pembangunan Bekalan Air Negeri Johor

Pembentang : Dato’ Ahmad Faizal bin Abdul Rahman

Ketua Pegawai Eksekuitf,

SAJ Ranhill Sdn. Bhd.

Pembangunan Kelestarian adalah pembangunan yang

memenuhi keperluan manusia pada masa kini tanpa

menjejaskan keupayaan sistem semula jadi untuk menyediakan

sumber alam dan perkhidmatan ekosistem yang bergantung

kepada ekonomi dan masyarakat. Dalam mencapai ke arah

pembangunan kelestarian jangka panjang, Persatuan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan resolusi baru dalam

pembangunan kelestarian untuk tahun 2030. Dalam 17 sasaran

yang telah dipersetujui untuk menangani kemiskinan, perubahan

iklim dan ketidaksamaan bagi semua orang di negara, salah satu

matlamat khusus berkaitan dengan air telah diiktiraf iaitu sasaran

yang ke-6 bagi memastikan pengurusan bekalan air dan sanitasi

yang mampan untuk semua orang. Pengurusan kelestarian boleh

dibahagikan kepada kelestarian air, pembangunan kelestarian

dan penggunaan lestari. Istilah-istilah tersebut adalah penting

untuk pengurusan sumber air, pembangunan sumber air dan

penggunaan air secara rational untuk keperluan semasa dan

menjaga kepentingan generasi akan datang.

Oleh sebab itu, beberapa badan-badan kerajaan dan

swasta (stakeholders) perlu memainkan peranan yang penting

dalam pembangunan kelestarian air pada masa kini. Peranan

stakeholder yang utama dalam industri air termasuklah kerajaan

negeri yang bertanggunggjawab dalam memastikan air mentah

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

yang mencukupi dan berkualiti seiring dengan kehendak pengguna.

Peranan kerajaan persekutuan pula bertanggungjawab terhadap

pembangunan sumber air supaya krisis air tidak berlaku pada masa

yang akan datang. Selain itu, Suruhanjaya perkhidmatan Air (SPAN)

berperanan sebagai pengawal selia yang ditugaskan untuk memacu

kecekapan dan keberkesanan dikalangan penyedia perkhidmatan

seperti pengendali (operator) dan Pengurusan Aset Air Berhad

(PAAB). PAAB ditubuhkan untuk mengambil alih semua aset dan

liabiliti pengendali air dan bertanggungjawab membina asset-aset air

yang baru dan sewa kepada pengendali pada kadar yang berpatutan.

Manakala pengendali pula (operator) pula mengendalikan dan

mengekalkan aset PAAB dan memberikan perkhidmatan yang

berkualiti kepada pelanggan dalam membekalkan air keseluruh

tempat.

Pada 1 July 2009, Syarikat Air Johor (SAJ) telah melancarkan

migrasi rejim perlesenan. Ini adalah satu langkah ke arah bekalan

air lestari jangka panjang. SAJ menjadi satu aset penting dalam

memberikan tumpuan yang penuh dalam operasi rawatan air.

Tambahan lagi, semua program kerja akan dilaksanakan oleh PAAB

yang dapat memperolehi pembiayaan yang lebih murah dalam

jangka yang panjang dan aset jangka panjang pula termasuklah

pembinaan empangan akan menjadi tanggungjawab Kerajaan

Persekutuan. Gambar Rajah 5.1 berikut ini menunjukkan Rangka

Kerja Kawalan Air industri bekalan air. Pengendali air (Pemberi

lesen) menjadi “aset ringan” selepas aset infrastruktur air dan liabiliti

berkaitan dipindahkan ke PAAB.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau & Air

Membuat Polisi

SPAN

Pengawal Selia

Kerajaan Negeri Johor

(BAKAJ)

Peraturan

Perlesenan

Peraturan

Perlesenan

Air Tawar

& Royalti

PAAB (MoF)

Pemilik Aset &

Pemaju Aset Air

Bayaran Pajakan

Bayaran Pajakan

Operator Air

Operasi & Penyelenggaraan

Caj Air

Perkhidmatan Bekalan Air

Pengguna

Rajah 5.1: Rangka Kerja Kawalan Air industri bekalan air

Berdasarkan rekod SAJ dalam perkhidmatan bekalan

air, SAJ telah beroperasi dalam membekalkan air ke 10 daerah

Negeri Johor yang merangkumi penduduk seramai 3.9 juta

dengan bilangan pelanggan seramai 1,116,750. SAJ mempunyai

loji rawatan air sebanyak 44 buah dan anggaran kapasiti

pengeluaran adalah 1,986 MLD. Loji rawatan air yang paling

kecil mengeluarkan air dengan kapasiti 1.82 MLD di Bukit Batu,

manakala loji rawtan air terbesar adalah di Sungai Layang, sungai

Johor dan Semangar yang berkapasiti 318 MLD. Daripada rekod

ini menunjukkan industri air di negeri Johor dapat membekalkan

air sejajar dengan permintaan air oleh penduduk.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Namun begitu, industri air masih menghadapi beberapa

cabaran. Antaranya adalah mengekalkan komitmen yang

tinggi bagi memenuhi piawaian kualiti air secara konsisten,

mengurangkan gangguan dan meminimumkan kesan akibat

cuaca yang melampau pembangunan aset bekalan air baru

beroperasi tepat pada masanya, kemerosotan kualiti dan kuantiti

air mentah dan melindungi alam sekitar serta minimumkan kesan

alam sekitar.

Jika musim kemarau dan kualiti air merosot disebabkan

alam sekitar tercemar, ini akan mengakibatkan bekalan air

loji terpaksa ditutup sementara waktu dan bekalan air tidak

dapat disalurkan kepada penduduk dan kawasan industi dan

seterusnya memberi gangguan kepada aktivit harian dan proses

perindustrian. Selain daripada itu, cabaran bekalan air yang lain

adalah termasuklah mengurangkan air tak berhasil (Non-Revenue

Water-NRW), memenuhi keperluan yang ketat, memastikan tarif

pada tahap yang berpatutan dalam menghadapi kenaikan kos

dan risiko permintaan atau bekalan berikutan ekonomi yang

buruk. Jika isu-isu ini tidak dibendung, ini akan memberi kesan

kepada kos perkidmatan bekalan air kini dan masa hadapan.

Air adalah pusat perkembangan ekonomi dan sosial

penting untuk mengekalkan kesihatan, mengembangkan

makanan, menjana tenaga, menguruskan alam sekitar, dan

mewujudkan pekerjaan. Air juga mempunyai nilai ekonomi

sekiranya mempunyai tarif yang betul. Tarif air yang sesuai akan

menggalakkan pemuliharaan, meningkatkan liputan perkhidmatan

dan akan ada pengagihan air yang lebih adil. Jadual 5.1 berikut

merupakan tarif air semasa yang berkuat kuasa Ogos 2015. Caj

minimum bagi penghantaran dan industri pemprosesan adalah

paling tinggi diikuti dengan bukan domestik.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Jenis Kegunaan

Jumlah

Penggunaan

(M3)

Kadar

(Per Padu Meter)

(RM)

Caj Minimum

(Per Bulan)

(RM)

Domestik

0 – 20

21 – 35

>35

0.80

2.00

3.00

7.00

Bukan Domestik

0 – 35

>35

2.80

3.30

30.00

Domestik Pukal

Penghantaran

Industri

Perprosesan Air

Institusi Agama /

Kebajikan yang

diluluskan

Kadar Rata 1.60 16.00

Kadar Rata 7.00 50.00

Kadar Rata 7.00 50.00

Kadar Rata 1.60 7.00

Jadual 5.1: Jadual Kadar Tarif Air Semasa (berkuatkuasa 1 Ogos 2015)

Jika menetapkan tarif air dengan tepat, operator akan

dapat memperbaiki perkhidmatan mereka dan ini adalah

situasi menang-menang dan masyarakat akan menghargai

nilai air dan pembaziran juga akan berkurangan. Tambahan

lagi, rang undang-undang air masih rendah berbanding dengan

bil lain. Ia adalah kurang daripada 1% perbelanjaan isi rumah.

Walaupun tarif air berfungsi sebagai alat penting, reka bentuknya

menimbulkan cabaran utama kepada pembuat keputusan dan

dasar kerana ia harus selaras dengan banyak objektif yang

bercanggah seperti pemulihan kos, kecekapan ekonomi, ekuiti,

kemampuan, pemuliharaan sumber, kesederhanaan, politik

dan awam penerimaan dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk

membantu golongan miskin, menerima bantuan yang disasarkan

adalah lebih baik daripada menjaga tarif air yang dibawah kos.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Struktur tarif air yang cekap akan mewujudkan insentif, yang

akan memastikan bahawa untuk kos pembekalan air tertentu,

pengguna memperoleh faedah maksimum yang mungkin.

Bagi mengurangkan NRW dalam membekalkan air kepada

masyarakat, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Namun,

pihak yang bertanggungjawab telah melancarkan program NRW

bagi mengurangkan kebocoran melalui kawalan kebocoran

aktif, pengurusan tekanan, pemantau takungan (reservoir),

penggantian paip dan pengurusan pembaikan paip. Sebagai

contoh, sekitar 7000 km atau 35% daripada paip SAJ adalah paip

Asbestos, namun pihak SAJ hanya menggantikan kira-kira 250 km

setiap tahun berdasarkan keutamaan. Di Malaysia, penggunaan

air domestik per kapita adalah tinggi. Pada tahun 2015, purata

Malaysia menggunakan jumlah air lebih tinggi daripada 165

liter setiap orang yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan.

Berdasarkan laporan MWIG, 2016, purata Johor menggunakan

jumla air domestik adalah 211 liter sehari berbanding di Selangor

iaitu 234 liter sehari.

SAJ menyokong inisiatif kerajaan untuk melindungi tadahan

air dan menggalakkan pemuliharaan air untuk kelestarian jangka

panjang. Jadi, pihak yang terlibat mesti melakukan bahagian

mereka untuk memastikan generasi akan datang mempunyai

sumber air yang mencukupi. Oleh sebab itu, SAJ melaksanakan

program Pendidikan Air di sekolah-sekolah. SAJ telah mendidik

masyarakat untuk menggunakan air secara bijak dengan

kerjasama Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pejabat Pelajaran Daerah

(PPD) menganjurkan Program Pendidikan Air untuk pelajar

sekolah menengah. Tambahan pula, program ini telah disokong

oleh KeTTHA, MWA, dan Forum Air Malaysia.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi

oleh pihak yang bertanggungjawab dalam membekalkan air

termasuklah SAJ. Salah satu cabarannya adalah kesan daripada

perubahan ikilm. Apabila suhu bumi terus meningkat, hal ini

dapat menjangkakan kesan yang signifikan terhadap bekalan

air mentah dengan potensi kesan buruk dari segi kualiti dan

kuantiti terhadap sumber-sumber air. Apabila suhu meningkat,

penyejatan meningkat, kadang-kadang mengakibatkan kemarau.

Ini akan mengakibatkan bekalan air tidak mencukupi bagi

menampung permintaan air. Sumber-sumber yang diluluskan

untuk memastikan kuantiti mencukupi adalah daripada baraj

Sungai Johor, empangan Kahang, pemindahan air mentah dari

PAMER (Seluyut) ke empangan Upper Layang dan pemindahan

air mentah (16 MLD) dari Sungai Lenggor ke empangan Congok.

Sumber air yang sedang dinaik taraf adalah Bekok, Congok dan

loji rawatan air Simpang Rengam.

Tambahan lagi, beberapa kerja sumber telah dicadangkan

bagi memastikan kuntiti air cukup untuk pengguna iaitu pemindahan

empangan Ulu Sedili Besar dan pemindahan air mentah,

Empangan Meda, Empangan Mersing, perpindahan air mentah

dari Sungai Endau untuk menambah sumber air di Johor Selatan

dan simpanan luar sungai untuk loji rawatan air Lok Heng. Bagi

isu kualiti air, langkah-langkah untuk keselamatan kualiti air telah

dirancang bagi memastikan kualiti air semakin baik untuk jangka

masa yang panjang. Antaranya adalah mengenal pasti semua

bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan penerimaan

air minuman, menilai kawalan yang ada untuk mengurangkan

setiap bahaya dan keberkesanannya dan menubuhkan program

pemantauan sistem dan tindakan untuk mencapai kawalan yang

berkesan.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Bekalan air di Johor Bahru bertambah dengan

pembangunan yang pesat di Iskandar Malaysia sejak 2010. Hal

ini telah meningkatkan pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai

Layang sebanyak 40 MLD dan perlu disiapkan pada tahun 2018.

Selain daripada itu, cadangan pengurangan air dipercepatkan

dalam NRW untuk menyelamatkan 90 MLD air cadangan

sumber air mentah untuk Johor Selatan di bawah PAMIM. Hal

ini dapat menambahkan lagi sumber bekalan air selari dengan

permintaan air terutama di kawasan perbandaran, pertanian dan

perindustrian.

Dalam mencapai integrasi perkhidmatan air, kitar semula air

untuk kegunaan bukan untuk diminum telah dikenalkan. Manfaat

daripada kitar semula ini boleh dicapai dengan menggalakkan

kepentingan untuk mengitar semula air kumbahan domestik dan

dapat menjadi sumber tambahan (35 MLD) untuk sektor yang

terlibat seperti perindustrian dan pertanian. Di negeri Johor,

terdapat potensi sumber, sebanyak 35 MLD kumbahan dan air

sisa perindustrian yang dirawat untuk industri yang tidak boleh

diminum di Pasir Gudang. Ini akan dijadikan sebagai sumber

tambahan untuk memenuhi permintaan air di Daerah Johor Bahru

dan seterusnya dapat mencapai ke arah integriti.

Air Johor : Sumber & Bekalan

6

Biografi

Pembentang

Ir. Hj. Mohamad Asari bin Daud

Timbalan Presiden Persauan Air Malaysia

(MWA)

Mohamad Asari Daud adalah graduan dari Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) bidang Kejuruteraan. Awam dengan

kepujian (tahun 1984). Beliau telah menyumbangkan hampir

seluruh kerjayanya bersama fraterniti air dan air sisa sebagai

pemilik (modul), perunding, pembina, pelatih atau aktivis. Beliau

pakar dalam lean management, rawatan air dan pengurusan

air tidak berhasil dan berpengalaman luas dalam pengurusan

sumber air dan bekalan air. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana

dari Liverpool University dalam bidang Operation and Supply

Chain Management (tahun 2014) dan lulus tahap 5 Kecekapan

Kepimpinan Korporat di bawah Kementerian Sumber Manusia

(tahun 2016).

Beliau juga perunding dalam penilaian, mengenal pasti

dan menyelesaikan masalah, menaik taraf dan pembinaan

keupayaan loji-loji rawatan air di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Sebelum itu, beliau bertugas sebagai Jurutera Air Daerah dan

telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Jurutera Air Daerah (1996- 2002). Beliau juga sering memberi

latihan hands on kepada syarikat air tentang kawalan kebocoran,

pengurusan air tidak berhasil dan operasi loji rawatan dan pernah

melatih jurutera, juruteknik dan operator di rantau ini. Ir Asari

telah mengetuai kajian Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa

untuk Akademi Sains Malaysia (tahun 2014).

Pada tahun 2004, beliau telah mengetuai kajian tentang Full

Cost Recovery of Water industry in Malaysia untuk Bank Dunia.

Beliau turut menganjurkan Int. Symposium on Water Association

2008 di Jakarta dan telah dilantik sebagai Jawatankuasa

Pengasas IWA Regional Office. Beliau merupakan Pengarah

Eksekutif Persatuan Air Malaysia (2006- 2008) dan Setiausaha

Kehormat (2013- 2015), Felo Institusi Kejuruteraan Malaysia,

Jurutera Professional berdaftar dengan Lembaga Jurutera

Malaysia, Pakar Industri Berdaftar, dan Panel NOSS Berdaftar.

Beliau kini merupakan Naib Pengerusi Persatuan Air Malaysia

dan Pengarah Urusan Waterbez Sdn. Bhd.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 6

Isu Semasa dan Keperluan untuk Pengurusan Bekalan Air

dan Sisa Air

Pembentang : Ir. Mohmad Asari Daud

Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA)

Pengurusan bekalan air dan sisa air di Malaysia menghadapi

beberapa cabaran yang menyebabkan kesukaran untuk

memenuhi kehendak populasi yang semakin meningkat

terutamanya di kawasan perbandaran. Hal ini telah diberi

penumpuan yang khusus dalam merancang tindakan bagi

menguruskan sumber air secara berkesan untuk pembangunan

yang lestari. Kertas kerja ini melihat cabaran-cabaran baru

berkaitan dengan sumber air, berkongsi rancangan dan strategik

tentang bekalan air dan sisa air dengan menekankan ke atas

keperluan untuk kelestarian sumber air. Cabaran-cabaran baru

tentang bekalan air dan sisa air termasuklah berkaitan dengan

Polisi, Teknologi, Pengurusan, Sekuriti Air dan Kapasiti Bangunan.

Cabaran pertama yang melibatkan bekalan air dan sisa

air adalah berkaitan dengan polisi air. Hanya 8 daripada 11

negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang,

Perak, Pelis, Selangor dan Kelantan telah menjalankan polisi

migrasi kepada rejim yang baru. Walaubagaimanapun, polisi

ini mengalami kekangan disebabkan masalah kewangan dan

peningkatan perkhidmatan adalah terhad. Oleh sebab itu, pihak

MWA mencadangkan tindakan supaya Agensi Persekutuan

memudahkan migrasi polisi yang lama kepada migrasi yang baru

supaya tidak ada syarikat yang menamatkan dari perkhidmatan

tersebut. Diharap pada masa hadapan, semua negeri dapat

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

menjalankan polisi migrasi kepada rejim baru yang bersesuaian

dengan KPI dan mempunyai pembiayaan sendiri dan lestari. Isu

dan cabaran yang lain adalah berkaitan dengan penilaian nilai air,

di mana kebudayaan dan kesedaran awam tidak mencerminkan

betapa bernilainya air kepada manusia untuk generasi yang

akan datang. Hal ini kerana kekurangan dasar yang strategik

dan ini memberi kejutan kepada rakyat untuk melaksanakan

dasar ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, pendidikan berkaitan

dengan penjimatan air harus dilakukan dan hubungan perlu

dipertingkatkan antara pemegang yang berkepentingan. Selain

itu, mekanisme penetapan tarif perlu disesuaikan dengan nilai

sebenar pada masa akan datang. Rajah 6.1 menunjukkan berlaku

kadar tarif bekalan air yang berbeza di setiap negeri.

1.20

First 35,000 liters permonth

NATIONAL AVERAGE = 0.66

Source : Malaysia Water Industry Guide 2013

1.00

1.05

0.80

0.60

0.40

0.52

0.55 0.56 0.57 0.57

0.61 0.62

0.67 0.68

0.73 0.75

0.77

0.90 0.90

0.20

0.31

0.00

Penang

Terengganu

Kelantan

Sarawak (3)

Perlis

Pahang

Sarawak (2)

Sarawak (1)

Kedah

N.Sembilan

Perak

Melaka

Selangor

Labuan

Sabah

Johor

Rajah 6.1 : Tarif Bekalan Air di setiap Negeri

Air Johor : Sumber & Bekalan

Masalah dan cabaran lain yang berlaku dalam

membekalkan air adalah berkaitan dengan masalah teknologi di

mana infrastuktur yang digunakan agak lama dan menyebabkan

gannguan bekalan air. Hal ini kerana inventori yang kurang baik

dan kekurangan pemilikan serta tidak mempunyai pengurusan

aset yang betul. Bagi mengatasi masalah ini, sistem pengurusan

aset perlu dilaksanakan agar dan pihak pengurusan dapat

menjalankan tugas mereka dengan menukarkan sistem lama

kepada sistem yang baru yang lebih cekap serta mempunyai

ketahanan yang tinggi dan boleh dipercayai agar boleh digunakan

jangka masa yang panjang. Isu lain adalah perbandingan antara

sistem tidak berpusat dengan sistem berpusat. Sistem berpusat

lebih cekap untuk kawasan bandar yang padat sahaja.

Namun, sistem yang tidak berpusat yang baru

diintegrasikan dengan konsep kelestarian. Langkah yang perlu

diambil adalah dengan menetapkan kriteria dalam perancangan

pembangunan dan mengendalikan kajian makmal dan ujian

percubaan untuk mengetahui kualiti air. Untuk keperluan masa

hadapan, kriteria pemilihan Decentralized (DS) dan Centralized

(CS) boleh ditentukan mengikut tadahan pembentungan. Kualiti

air manjadi masalah pula apabila pencemaran tidak boleh dirawat

oleh rawatan konvensional sahaja. Loji rawatan air (WTP) yang

sedia ada tidak mampu untuk merawat pencemaran air dan hal ini

juga mengurangkan air mentah akibat aliran cuaca kering. Oleh

sebab itu, rawatan biologi, River bank filtration (RBF), ozon dan

ultraviolet antara rawatan yang perlu dilakukan bagi memastikan

kualiti air mencapai piawai yang tinggi seterusnya pengguna

mendapat air minuman terus daripada paip.

Sekuriti Air ini adalah salah satu isu kebangsaaan

dan ancaman yang paling biasa kepada sekuriti air ialah isu

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Lembaga Pelan Keselamatan Air (Water Security Plan-WSP)

dimana WSP telah dikawalselia oleh SPAN atau MOH. Namun,

penyelarasan dan koordinasi WSP juga selalu dipersoalkan.

Pada masa hadapan pihak MOH dan SPAN perlulah membuat

kerjasama yang berkesan dengan mengukuhkan kerjasama

di antara agensi kawal selia air supaya WSP boleh dijalankan

dengan lancar dan berkesan. Tambahan pula, pembangunan

WSP yang tidak mencukupi juga menjadi punca masalah sekuriti

air. Hal ini disebabkan oleh kurangnya latihan dan pelatih untuk

mengawalselia WSP, kekurangan penguatkuasaan, kekurangan

sumber dan keraguan disebabkan peningkatan beban kerja.

Dalam menyelesaikan masalah ini, penguatkuasaan

pelan keselamatan air perlu diberikan kepada kepada semua

pengendali air. Komitmen dari pengurusan atasan perlu ada

dengan menekankan kepada kerajaan bagi kepentingan WSP

dan pembiayaan yang mencukupi untuk diberikan kepada

pengendali air untuk membangun dan melaksanakan WSP. Di

samping itu, kerajaan perlu juga menjalankan latihan kepada

pengendali dalam latihan KPI supaya WSP dapat diaplikasikan

dengan lancar dan berkesan. Selain itu, pihak pelaksana juga

perlu menubuhkan jawatankuasa kebangsaan mengenai WSP

untuk menangani ketidakpastian perundangan dan kehakiman,

dan program pelaksanaan dan menetapkan peraturan di bawah

WSIA untuk pelaksanaan WSP dan penglibatan lebih besar

SPAN.

Cabaran lain adalah kekurangan program-program

berkaitan dengan kapasiti pembinaan. Hal ini kerana latihan telah

dihentikan apabila IKRAM yang digunakan untuk mengiktiraf

institusi latihan untuk industri bekalan air telah diswastakan.

Lebih memburukkan lagi, tiada institusi yang boleh menggantikan

Air Johor : Sumber & Bekalan

IKRAM dan menyebabkan panduan bekalan air hanya dihadkan

kepada latihan dalaman sahaja. Selain itu, pembetungan hanya

dijalankan secara modul dan dijalankan oleh banyak pihak dan

dengan kerjasama dengan UTM, MyWA, dan Eimas (DOE),

manakala pembangunan rangka kerja pembinaan kapasiti oleh

SPAN untuk industri air dengan mengenalpasti masalah-masalah

yang berkaitan dengan industri.

Pemindahan pengetahuan hanya tersebar di tempat

kerja sahaja walaupun peningkatan keperluan, pengetahuan

dan teknologi baru telah diperkenalkan. Beberapa cara untuk

mengatasi cabaran ini ialah dengan (i) mengenalpasti penggerak

utama dalam menganjurkan program berkaitan, (ii) kapasiti

pembinaan dan badan persijilan, (iii) mengiktiraf strategi

pelaksanaan dengan menganjurkan program latihan berstruktur

untuk penyeragaman dan (iv) keseragaman pengetahuan

dan teknologi air dalam kalangan badan kawal selia air dan

pengendali. Disamping itu, pihak yang terlibat perlu berpusatkan

institusi yang ada dan mengiktirafkan latihan yang sedia ada.

Lain daripada itu, penguatkuasaan juga salah satu isu

penting yang perlu dibincangkan. Hal ini kerana penguatkuasaan

sekarang ini tiada keperluan mandatori yang dikenakan,

kekurangan penguatkuasaan, latihan berasaskan pengetahuan

dan tiada pembangunan jalur kerjaya. Malahan, kesediaan

pengendali juga untuk mematuhi peraturan yang tidak

menggalakkan dan isu ini perlu penstrukturan semula. Oleh yang

demikian, pihak kerajaan perlu meningkatkan unit yang khusus

untuk melaksanakan penguatkuasaan untuk kapasiti pembinaan

dan menetapkan tahap dan kemasukan minimum sekaligus

merancang dan melaksanakan program yang kompetensi untuk

semua dalam tempoh tertentu.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Sementelahan, isu bajet juga sangat membimbangkan

di mana tiada peruntukan khas untuk latihan kepada KeTTHA,

SPAN dan pengendali. Dana untuk latihan hanya disalurkan

di peringkat negeri sahaja. Tambahan pula, tiada arah yang

jelas merangka bajet dan keutamaan yang rendah di kalangan

pemegang taruh (stakeholder) berkenaan dengan bajet. Oleh

sebab itu, pihak kerajaan perlu memberi cadangan dengan

memperolehi peratus pendapatan negeri tertentu bagi kapasiti

pembinaan dan memperkukuhkan pelan perniagaan. Diharap

hala tuju kapasiti pembinaan akan lebih jelas pada masa akan

datang.

Air Johor : Sumber & Bekalan

7

Biografi

Pembentang

Tan Sri Dato’ Ir. Syed

Muhammad Shahabuddin

SMHB Sdn. Bhd./ Akademi Sains Malaysia

Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabudin merupakan

Non-Executive Chairman di Syarikat Perundingan Kejuruteraan,

SMHB Sdn. Bhd. Beliau merupakan Jurutera Bertauliah (Chartered

Engineer) dan juga Chartered Water and Environmental Manager,

UK dan telah berkecimpung dalam bidang air selama lebih dari

48 tahun. Beliau merupakan graduan dari Plymouth College

of Technology dalam bidang Kejuruteraan Awam dan telah

memulakan pekerjaannya pada tahun 1963 sebagai jurutera di

ibu pejabat JKR sebelum ditempatkan ke JKR Selangor dan JKR

Penang.

Pada tahun 1973, beliau telah diarahkan berkhidmat

untuk Penang Water Authority yang baru sahaja ditubuhkan pada

ketika beliau sebagai Ketua Eksekutif Kejuruteraan. Pada 1975,

beliau menyertai Syarikat Perunding Kejuruteraan, Binnie and

Partners Malaysia dan memulakan kerjayanya sebagai perunding

kejuruteraan. Beliau memiliki pengalaman yang luas dan telah

membabitkan diri dalam projek perancangan dan pengurusan

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

selain mengawasi pembinaan kejuruteraan awam yang utama

dan projek infrastruktur, terutamanya dalam sektor air dan sisa

air di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Beliau juga berkhidmat aktif dalam beberapa pertubuhan

sukarela dan juga merupakan bekas Pengerusi Association

of Consulting Engineers Malaysia (1985-1987) dan Presiden

Malaysian Water Association (MWA) selama 12 tahun

sehingga April 2007. Beliau juga merupakan Immediate Past

Chairperson of the Malaysian Water Partnership (MWP) selama

4 tahun sehingga April 2004 dan menjadi Ahli Lembaga Urus

Air Selangor (LUAS) dari 1999-2012. Pada tahun 2010, beliau

telah dinobatkan sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

Kini, beliau merupakan Pengerusi Task Force for Water Demand

Management.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 7

Pengurusan Permintaan Air - Pengalaman Menyelusuri

Zaman dan Kelestarian Masa Hadapan

Pembentang : Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabuddin

SMHB Sdn. Bhd. / Akademi Sains Malaysia

Pelaksanaan Program Pengurusan Permintaan Air (Water

Demand Management-WDM) adalah pembangunan dan

pelaksanaan strategi yang bertujuan untuk mempengaruhi

permintaan air bagi mencapai tahap penggunaan air yang

selaras dengan penggunaan sumber air yang cekap dan lestari.

WDM mempunyai potensi untuk meningkatkan ketersediaan

air melalui peruntukan dan penggunaan yang lebih cekap. Ini

dipandu oleh kecekapan ekonomi, ekuiti dan akses, perlindungan

alam sekitar dan kelestarian ekosistem yang berfungsi, tadbir

urus berdasarkan penyertaan maksimum, tanggungjawab dan

akauntabiliti dan penerimaan politik. Manakala, WDM yang

tradisional dan diterima secara meluas adalah untuk penggunaan

air secara konsumtif dan tidak konsumtif dan perlu untuk sektor

WDM. Walaubagaimanapun, kertas kerja ini hanya memfokuskan

pada perkhidmatan WDM bagi bekalan air dan pembentungan.

Daripada laporan kajian ASM, permintaan bagi sektor lain yang

belum pasif dan tidak konsumtif air semakin meningkat. Sebagai

contoh, sektor kelapa sawit yang pada kebiasaanya hanya

menggunakan air hujan telah menunjukkan perlunya pengairan

untuk pengeluaran hasil yang stabil dan ini akan menambahkan

permintaan tenaga.

Sejajar dengan falsafah WDM dalam perkhidmatan

bekalan air untuk sentiasa mengurangkan penggunaan dan

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

pembaziran, aplikasi WDM perlu lebih meluas untuk masa

hadapan. Di samping isu persekitaran, faktor sosio-ekonomi perlu

dipertimbangkan. Objektifnya bukan hanya untuk menangani isu

penjimatan air dalam sektor tetapi juga untuk menggabungkan

tanggungjawab semua sektor bagi mengembalikan semula

air berkualiti kepada sistem sumber air untuk penggunaan

dan penggunaan semula antara sektor. Antara aplikasi WDM

adalah untuk mengurangkan kerugian air terawat di sepanjang

rangkaian infrastruktur bekalan dan pengedaran, mengurangkan

pembaziran air terawat oleh pengguna akhir dan mengembalikan

kualiti air ke sistem termasuklah kitar semula dan penggunaan

semula air.

Di samping itu juga, program pendidikan juga akan

dipergiat untuk mempromosikan penggunaan air secara

berhemat dan cekap. Pendidikan berkaitan penggunaan air ini

perlu dipupuk dari awal persekolahan lagi supaya mereka sedar

tentang kepentingan air untuk generasi akan datang. Pihak yang

terlibat juga perlu memperbaiki tarif kerana tarif yang rendah

merupakan faktor yang menyebabkan pembaziran air dan dana

tidak mencukupi untuk mengekalkan WDM secara berkesan.

Walaubagaimanapun, penyertaan awam dalam WDM masih

lemah dan Mereka perlu faham mengapa tarif perlu ditetapkan

pada tahap yang lestari.

Amalan Pengurusan Permintaan Air (WDM) ini adalah

bukan baru lagi. Hal ini kerana pada tahun 1960-an atau lebih

awal lagi, etika kejuruteraan memainkan peranan besar dalam

melatih jurutera-jurutera siswazah, pembantu teknikal dan

jututeknik dalam pemantauan air. Antara tugas mereka adalah

termasuk mengesan kebocoran, memeriksa secara mengejut

bagi sambungan haram, membuat serbuan secara mengejut

Air Johor : Sumber & Bekalan

di kawasan tadahan air bagi memeriksa pencemaran air dan

menukarkan meter air secara berkala setiap 5 tahun. Bahagian

Penyelenggara dan Perkhidamatan dalam kerja air dikelolai

dengan baik dan mempunyai kakitangan yang mencukupi dan

terlatih serta disokong oleh peruntukan bajet yang mencukupi.

Hal ini boleh membuktikan daripada laporan air, dimana kerugian

air di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kekal rendah pada 17%

(Laporan Air Selangor, 1969) dan kerugian air di Pulau Pinang

pada tahun 1973 adalah 13.9% (Pulau Pinang 7.9%).

Pada tahun 1980-an, dengan kemunculan kerja

pembangunan yang pesat, lebih banyak penekanan telah

diberikan kepada bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan

Kerja Air atas perbelanjaan bahagian Penyelenggaraan dan

Perkhidmatan. Antaranya adalah keperluan untuk memperkuat

bahagian Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Kerja Air ke tahap

yang setanding atau lebih baik daripada Bahagian Pembangunan

dan Pelaksanaan Kerja Air. Selain itu, unit WDM telah ditubuhkan

dalam bahagian Penyenggaraan dan Perkhidmatan Kerja Air

dan aktivitinya kadangkala daripada sumber luar, jika perlu.

Unit WDM ditubuhkan disebabkan beberapa faktor antarannya

adalah memberi peluang untuk jurutera siswazah dan kakitangan

sokongan untuk melatih dan terdedah kepada aktiviti WDM.

Tambahan pula, ini membolehkan aktiviti WDM dijalankan

secara aktif pada setiap masa secara berterusan. Dengan cara

ini apabila peningkatan tercapai, ia tidak akan merosotkan dan

kembali kepada keadaan asal.

Selama dua dekad, sejak pertengahan tahun 1980-an,

negara telah memulakan program perindustrian seiring dengan

pembangunan bandar. Oleh sebab itu, peningkatan dalam

permintaan air adalah sangat luar biasa iaitu sebanyak 800%

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

peningkatan dalam 30 tahun dan 27% setahun. Pada masa

yang sama, penguatkuasaan Pengurusan Bekalan Air berada

dalam keadaan kucar-kacir dan WDM secara praktikalnya telah

diabaikan. Hal ini telah mengakibatkan penggunaan sumber

air semulajadi meningkat dengan mendadak, penurunan

aliran dalam aliran sungai yang tidak terkawal yang ada, dan

peningkatan pencemaran air yang tinggi di dalam sungai. Hal

ini kerana pelaburan di WDM adalah sangat rendah dan tidak

selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada bekalan air

yang dirawat. Selepas bertahun-tahun pembangunan oleh sektor

masing-masing (bekalan air, pertanian, hidro-elektrik, dan lainlain),

terdapat tekanan untuk mengenal pasti lebih banyak peluang

untuk menyokong WDM dalam perkongsian penggunaan air.

Pada tahun 1988, kemarau yang teruk telah berlaku di

Malaysia dan telah menjejaskan bekalan air terawat bukan sahaja

di Malaysia, malah di beberapa negera yang lain. Hal ini telah

mendorong perdebatan awam yang meluas mengenai kepeluan

untuk mengkaji semula keseluruhan pentadbiran sektor air. Oleh

sebab itu, pembaharuaan dalam sektor air perlu diberi perhatian

untuk persediaan pada masa hadapan dengan menubuhkan

peraturan yang berpusat untuk perkhidmatan air di negara ini dan

WDM memainkan peranan yang penting dalam pembaharuan

air.

Pada tahun 2001, Persatuan Air Malaysia (MWA)

telah membuat pergerakan untuk rayuan tentang Reformasi

Perkhidmatan Air kepada Kementerian Kerja Raya, namun

tiada maklum balas daripada atas kertas. Walaubagaimanapun,

pada tahun 2004, Reformasi Perkhidmatan Air di Malaysia telah

dikenalpasti dalam portfolio Menteri dan kementerian Tenaga

Air dan Komunikasi (KTAK) telah dibentuk. Tambahan pula,

Air Johor : Sumber & Bekalan

Reformasi Permintaan Air telah sempurna dalam 3 tahun selepas

Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dibentuk pada bulan April

2007 dan tahun 2017 menandakan ulang tahun yang kesepuluh

pembetukan SPAN. Dalam beberapa dekad yang akan datang,

lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mengubah industri

perkhidmatan air ke arah industri yang hebat untuk generasi

masa hadapan. Jadi, antara usaha yang perlu di lakukan adalah

dengan pemuliharaan air yang lebih baik dan meningkatkan

kecekapan perkhidmatan air. Selain itu, penentuan harga air

dan air sisa yang tepat perlu dirumuskan dan digunakan oleh

pengendali. Oleh sebab itu, SPAN diwujudkan bagi mengubah

industri perkhidmatan air menjadi sebuah indusri yang bertaraf

antarabangsa. Selain itu, SPAN juga bertindak secara bebas, adil

dan telus untuk membantu pengendali air, terutamanya dalam

penetapan tarif sepadan dengan pelaburan dalam meningkatkan

infrastruktur dan mengurangkan kehilangan pendapatan daripada

kebocoran.

Istilah Pengurusan Permintaan Air (WDM) telah digunakan

secara meluas selama tiga dekad terakhir. Untuk masa hadapan,

WDM memerlukan takrifan yang lebih luas yang dapat dicapai

dengan pengurangan penggunaan air dan dengan kualiti air

yang rendah yang diperlukan. Terdapat industi yang tidak perlu

menggunakan air yang boleh diminum dengan menggunakan

kitar semula air. Oleh sebab itu, WDM menyediakan proses bagi

mengetahui berapa banyak air dan kualiti yang sedia ada di

setiap negeri dalam menentukan keutamaan untuk peruntukan

air di setiap sektor untuk masa hadapan.

Bedasarkan kajian ASM mengenai “Strategi Meningkatkan

WDM di Malaysia”, ia telah mengesyorkan 27 strategi di semua

sektor WDM. Antaranya adalah :

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

1. Mengurangkan kuantiti air yang diperlukan untuk mencapai

tugas tertentu.

2. Menyelaraskan sifat tugas atau cara ia dijalankan supaya

ia dapat dicapai dengan pengurangan air atau dengan air

yang berkualiti rendah.

3. Mengurangkan kehilangan dalam kuantiti dan kualiti air

kerana ia mengalir dari sumber melalui pelupusan.

4. Mengalih masa penggunaan dari puncak hingga ke

tempoh puncak.

5. Meningkatkan keupayaan sistem air untuk terus berkhidmat

kepada masyarakat dari masa ke masa apabila bekalan

air kurang.

Rancangan Malaysia ke-11 telah memberikan

tanggungjawab untuk membangunkan Pelan Induk keseluruhan

WDM (semua sektor air) ke KeTTHA. Ini termasuk menyediakan

alat untuk Pengurusan Air yang lebih baik. Pelan Induk ini telah

siap pada tahun 2016, yang diluluskan oleh kabinet yang sedia

untuk diguna pakai sebagai dasar. Malah, Setiausaha Agung

KeTTHA, Dato ‘Seri Zaini Ujang juga telah mencadangkan untuk

menangkap hasil air (Revenue Water) dimana ia akan mendapat

hasil dapatan yang lebih baik dalam WDM. Oleh sebab itu, takrifan

WDM yang lebih luas yang ditakrifkan oleh David B. Brooks

(2005) bernilai dipertimbangkan untuk pengurusan air masa

hadapan dan pada tahun-tahun yang akan datang, penggunaan

air yang konsumtif mungkin perlu diterokai dimana sumber air

yang terhad digunakan untuk kegunaan yang paling produktif.

Pelaksanaan WDM untuk pembangunan lestari amat

diperlukan di Negeri Johor. Berdasarkan laporan SPAN seperti

Rajah 7.1 dan 7.2, berlaku trend penurunan dalam air tidak

Air Johor : Sumber & Bekalan

terhasil (non renevue water,NRW) dan penggunaan air perkapita

(PCC) dan agak menggalakkan. Penurunan selanjutnya

pada tahun 2030 sekurang-kurangnya 10% setiap kali dalam

NRW dan PCC akan menjadi pencapaian hebat. Di samping itu,

daripada laporan kajian ASM (Strategi Meningkatkan WDM di

Malaysia), kitar semula sisa air terawat yang digunakan untuk

kegunaan perindustrian di kawasan industri seperti di Mediana

dan STW yang berdekatan, Nusajaya, akan menyumbang 12.5%

kepada permintaan air di Iskandar pada tahun 2020. Daripada

pengalaman yang lalu, pengajaran yang dipelajari dari impak

akibat pembangunan bekalan air secara besar-besaran pada

tahun 1980-an (perindustrian di negara ini) patut dipertimbangkan

untuk pembangunan lestari di Johor.

JOHOR NON-REVENUE WATER (NRW)

35%

Mid

30%

25%

20%

31.3%

31.9%

29.9%

29.2%

27.8%

26.4%

25.9%

25.6%

25.9%

15%

10%

5%

0%

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Year

Rajah 7.1 Statistik penurunan air dalam Air Tidak Terhasil (NRW)

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

JOHOR NON-REVENUE WATER (NRW)

225

223

LCD (Liter/Capita/Day)

220

215

210

205

200

207

213

218

216

221

220

211

201

195

190

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Year

Rajah 7.2 Statistik penggunaan air per-kapita (PCC)

Tambahan pula, pasukan WDM sepenuh masa amat

diperlukan dalam bahagian Kerja Penyelenggaraan dan

Perkhidmatan Air. Selain itu, negara mungkin perlu menubuhkan

Badan Pengurusan Air yang bertanggungjawab bagi sumber air

untuk melaksanakan WDM di semua sektor air yang memastikan

dasar yang tiada catuan. Komitmen kepada WDM juga merupakan

komitmen antara sektor. Sebagai contoh di kawasan pengairan

padi, pengurangan permintaan pengairan untuk air tawar akan

memerlukan bantuan air untuk Sektor Bekalan Air. Kelapa Sawit

pula merangkumi 740,000 hektar tanah di Johor. Walaupun

hujan, penyimpanan di ladang dan amalan pemuliharaan air

diperlukan untuk mengekalkan hasil yang tinggi semasa musim

kering. Pelepasan bahan buangan dari Kilang Kelapa Sawit perlu

dipantau dengan teliti untuk mencegah pencemaran sumber air

untuk bekalan air.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Walaupun kisah kejayaan masa lalu tidak semestinya

menjadi penunjuk kejayaan masa hadapan, dengan mempelajari

dan memahami pengalaman masa lalu boleh dijadikan asas

atau panduan dalam menentukan potensi masa hadapan.

Walaubagaimanapun, kita perlu pantau dan mengkaji adakah

rizab air tawar sedia ada mencukupi untuk memenuhi permintaan

masa depan jika trend penggunaan air semasa tidak berubah.

Bagi tindakan yang segera, ia perlu mengukuhkan seksyen

Penyelenggaraan dan Perkhidmatan kerja Air dengn Unit WDM.

Sesetengah aktiviti WDM kadang-kadang boleh bekerjsama

dari sumber luar, jika perlu iaitu dengan melaksanakan program

jangka panjang untuk kesedaran orang ramai mengenai kos

Perkhidmatan Air dan menyediakan untuk kenaikan tarif masa

depan. Bagi pihak pentadbir air, proses mengetahui berapa banyak

kualiti yang ada dan pengagihan yang saksama adalah salah

satu objektif utama mereka. Selain itu, pengurusan yang terbaik

daripada unit pengurusan air negeri juga bertanggungjawab untuk

sumber air dalam memastikan ketersediaan air tawar. Proses

sektor menetapkan keutamaan bagi peruntukan air di kalangan

pengguna bersaing dan pengguna.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

8

Biografi

Pembentang

Ir. Hj. Wan Zamri bin Wan Ismail

Pengurus Besar,

Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd.

Ir. Hj. Wan Mohd Zamri bin Wan Ismail kini berkhidmat

sebagai Pengurus Besar di Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB),

sebuah syarikat pengendali air negeri Kelantan. Beliau

memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Hidro-geologi

dari Universiti Malaya pada 2010 dan Ijazah Sarjana Muda Sains

jurusan Kejuruteraan Awam dari University of Iowa, USA.

Beliau merupakan perunding dalaman untuk AKSB selama

beberapa tahun sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Teknikal

di AKSB. Sebelum itu, beliau berkhidmat dengan Jabatan Kerja

Raya (Seksyen Perkhidmatan Air) dari 1983 hingga 1994 dan

kemudian menyertai sebuah syarikat pelaburan swasta.

Beliau adalah Jurutera Profesional, P.E dan Felo Institut

Jurutera Malaysia (IEM) dan juga Ahli Geologi Profesional, P.Geol.

Dari Institut Geologi Malaysia (IGM). Beliau juga merupakan

ahli Persatuan Air Malaysia (MWA) dan ahli Persatuan Air

Antarabangsa (IWA).

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Beliau merupakan penerima Anugerah Inovasi Teknologi

Kementerian Kesihatan, Teknologi Hijau & Air, Anugerah

Perindustrian 2013 (KIA 2013) (Sistem Penapisan Sungai (RBF).

Pengkhususan beliau dalam bidang (antara lain), Kejuruteraan

Sistem Air, Perkhidmatan Kawalan NRW, Pengurusan

Pengedaran Air dan Kejuruteraan Air Bawah Tanah.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 8

Air Tanah, Satu Alternatif Yang Lestari :

Penerokaan dan Pengurusan Air Tanah di Kelantan

Pembentang : Ir. Hj. Wan Zamri bin Wan Ismail

Pengurus Besar, Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd.

Air bawah tanah adalah air tawar yang boleh diakses terbesar

di dunia dan salah satu sumber penting untuk bekalan air

minuman, serta untuk kegunaan pertanian dan perindustrian.

Kira-kira satu pertiga daripada populasi dunia bergantung

kepada air bawah tanah untuk tujuan minuman. Di Malaysia

penggunaan air bawah tanah yang bermula kira-kira 70 tahun

yang lalu, kini berkembang dari telaga-telaga gali tangan yang

cetek ke telaga tiub. Air bawah tanah di negeri Kelantan telah

dibangunkan sepenuhnya untuk kegunaan minuman sejak 1935,

kesempatan ini diambil daripada lembangan aluvium yang kaya

dengan air bawah tanah terutama di wilayah utara Kelantan.

Air bawah tanah ialah air yang ada di bawah permukaan,

yang wujud di antara ruang-ruang dan antara butiran bagi lapisan

tanah atau antara retakan dalam lapisan batuan. Kuantiti dan

kualitinya bergantung kepada jenis lapisan bawah permukaan

bumi tersebut dan juga faktor-faktor lain setempat. Sumber air

bawah tanah boleh ditemui dalam lapisan batuan separa telap

yang boleh menyimpan dan menggerakkan air ke serantau secara

perlahan dipanngil Akuifer. Air tanah juga boleh ditemui dalam

singkapan batu kapur berlohong atau berongga melalui proses

pembentukan gua ‘cavern’ di bawah permukaan. Selain itu, air

tanah boleh ditemui dalam batuan tumpat, pejal dan keras seperti

batuan volkanik berlohong dan meretak, batu pasir terkekar dan

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

retakan dan batuan metamorf terhablur semula dan tericih. Rajah

8.1 menggambarkan akuifer dalam lapisan pasir.

Jadual 8.1 : Contoh Akuifer dalam lapisan pasir

Terdapat dua aliran tanah dan luahan bagi pergerakan

air bawah tanah. Rajah 8.2 (a) menunjukkan pada keadaaan

semulajadi, air tanah akan diluahkan ke sungai, paya atau tasik.

Keadaan ini juga berlaku semasa musim kering di mana luahan

akan terus aktif. Manakala Rajah 8.2(b) pula menunjukkan

kegiatan pengepaman secara aktif akan menyebabkan

pergerakan air bawah tanah bergerak ke titik telaga (well point)

setelah dipam berterusan. Berdasarkan peta hidrogeologi,

Kelantan Utara yang di alasi alluvium Kuaterner adalah paling

berpotensi untuk pembangunan sumber air bawah tanah di mana

luahan airnya banyak berbanding dengan kawasan batuan keras

seperti kawasan batu kapur, metasedimen dan granit.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Rajah 8.1 (a)

Rajah 8.1 (b)

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Negeri Kelantan adalah pengguna air bawah tanah

terbesar di Malaysia. Sejarah penggunaan air bawah tanah di

Kelantan bermula seawal tahun 1930-an. Di buktikan dengan

adanya telaga lama (open well) di loji Kg. Puteh. Pembangunan

secara sistematik semenjak 1970an lagi. Pembangunan air tanah

tertumpu di zon Kelantan utara melibatkan 4 Jajahan utama

seperti Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas. Di daerahdaerah

lain ia bersifat sampingan. Sejak April 1999, sebanyak

85 telaga tiub tersedia untuk beroperasi untuk pengeluaran air

tanah. Terdapat beberapa loji di Kelantan yang mendapatkan

sumber air tanah seperti dalam Jadual 8.1. Sektor penggunaan

air tanah di Kelantan termasuklah loji dan sumber bekalan air,

domestik, industri dan pertanian dan peternakan.

Jajahan

Loji

Kapasiti

(MLD)

Bilangan Telaga (Buah)

Telaga Cetek Telaga Dalam Jumlah Telaga

Loji Air Chicha

80

28

4

32 (1 HCW)

Kota Bharu

Loji Air Kg. Puteh

35

17

2

19

Loji Air Tanjung Mas

12

7

7

Loji Air Pintu Geng

30

5

5 (1 HCW)

Tumpat

Loji Air Wakaf Bharu

20

7

7 (1 HCW)

Bachok

Loji Air Kg. Chap

5

4

4

Jumlah

182

56

18

74

Jadual 8.1 : Loji-loji yang mendapatkan sumber air bawah tanah

Air Johor : Sumber & Bekalan

Walaubagaimanapun, sumber air juga tidak lari daripada

masalah air tanah seperti isu kualiti dan kuantiti. Isu kualiti air

berpunca daripada pencemaran semulajadi dan pencemaran

aktiviti manusia. Tanda-tanda pencemaran semulajadi adalah

air bawah tanah yang berwarna merah, berkarat dan berkelodak

(Ferum, Magnesium dari batuan asal), terutamanya air bawah

tanah dari akuifer dalam. Tambahan pula, air bawah tanah juga

berbau busuk yang disebabkan oleh pereputan tumbuhan dalam

persekitaran berpaya dari akuifer yang cetek. Pencemaran

daripada aktiviti manusia pula biasanya berlaku di dalam akuifer

cetek, aktivit pertanian-baja nitrat, ammonia dan racun serangga.

Di perbandaran pula, pemcemaran juga berlaku dari tangka

septik dan air kumbahan disebabkan oleh mikroorganisma.

Manakala di kawasan industri pula berlaku pencemaran daripada

sisa minyak dan air buangan. Isu kuantiti juga berpunca daripada

pengempan yang berlebihan (over-pumping) di mana berlaku

penurunan paras air bawah tanah mempercepatkan pergerakan

bahan tercemar, pemendapan tanah, rejahan air masin dan

pengeringan telaga berdekatan. Isu kuantiti lain adalah berkaitan

dengan pemilihan akuifer yang sesuai. Kajian yang menyeluruh

harus dilakukan untuk memilih tapak medan telaga yang sesuai

untuk dibangunkan pada masa hadapan. Sebagai contoh,

medan telaga di loji Pintu Geng sudah mencapai maksima

pengeluarannya memandangkan keluasan tapak yang terhad di

kawasan perumahan awam.

Selain situ, isu kuantiti juga berpunca daripada perubahan

iklim seperti musim hujan dan kemarau. Hampir kesemua akuifer

cetek adalah bersumberkan air sungai (direct recharge) dan pada

musim kemarau paras air tanah di telaga-telaga ini berkurangan

hingga menyebabkan jumlah pengeluaran air terjejas sedikit.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Pengawalan jumlah pengeluaran air dari telaga pada musim

kemarau harus dilakukan untuk mengelak dari over pumping dan

seterusnya mengakibatkan berlaku pengoksidanan ferum pada

pam dan paip-paip riser, mengakibatkan penebalan karat dan

tersumbatnya paip.

Dalam pengambilan air bawah tanah, pelbagai cabaran

yang perlu ditempuhi. Cabaran penggunaan air tanah adalah

daripada perubahan cuaca, teknologi dan kelengkapan kurang

sesuai, pengurusan krisis kurang cekap, tanggapan negatif

kepada air tanah dan psikologikal inertia. Salah satu cabaran

penggunaan air tanah adalah penggunaan teknologi yang sedia

dimana teknologi telaga yang lama. Kebanyakan telaga-telaga di

Kelantan menggunakan teknologi tubewell jenis gravel packed

dan merupakan teknologi lama dimana pembinaannya dibuat 25

tahun dahulu. Selain itu, proses rawatan juga tidak efektif kerana

masih menggunakan kaedah proses rawatan konvensional. Air

tanah yang dirawat dengan proses konvensional ada kalanya

lebih rumit dan mahal dibandingkan dengan air sungai rawatan

konvensional. Ini adalah kerana kos pelbagai kimia tinggi dan

kesukaran pembentukan flok dalam rawatan air tanah.

Oleh sebab itu, objektif penyelesaian dilakukan bagi

mengatasi cabaran dan masalah dalam penggunaan air tanah

iaitu menyediakan suatu kaedah pembangunan air bawah tanah

untuk memenuhi keperluan kuantiti dengan menggunakan

teknologi telaga generasi baru, tanpa menjejaskan alam sekitar.

Selain itu, pihak yang terlibat perlu memaksimumkan tahap

pengeluaran air bawah tanah dan potensi medan telaga sediada

beserta pengawal pengeluaran air bawah tanah yang bersepadu

supaya kos pengeluaran dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Objektif penyelesaian lain adalah menyediakan cara baru

Air Johor : Sumber & Bekalan

proses rawatan air tanah di loji-loji, dengan mengambil kira kos

rawatan dan keberkesanan proses rawatan dan memperluaskan

penggunaan sumber air bawah tanah dengan memberi galakan

dan sokongan kepada usaha menyediakan lebih banyak fasiliti

air bawah tanah.

Dalam perancangan pembangunan sumber air tanah di

Kelantan, terdapat tiga tahap pembangunan sumber air iaitu

pembangunan tahap jangka pendek, jangka sederhana dan

jangka panjang. Pembangunan jangka pendek lebih fokus

tentang langkah menghadapi krisis air tanah dimana cadangan

menaiktarafkan mukasauk (intakes) bagi menambahkan kapasiti

produksi, melalui kaedah telaga jejari untuk air tanah. Selain

itu, cadangan menambahbaik sistem abtraksi air mentah di

mukasauk. Cadangan menambah kapasiti air terawat di loji

melalui telaga tiub (air tanah).

Seterusnya, pembangunan jangka sederhana yang

mementingkan peningkatan kesediaan sumber dimana program

menukar ganti mukasauk konvensional kepada Sistem Riverbank

Filtration (RBF), program menambahkan kapasiti loji air dengan

kaedah air tanah melalui sistem telaga tiub dan Horizontal Collector

Well (HCW), dan projek Membina Loji-loji Baru Bersumber Air

Tanah & RBF di dalam kawasan lembangan sungai di negeri

Kelantan. Akhir sekali adalah pembangunan jangka panjang

yang menjamin kesediaan sumber baru. Dengan menjalankan

Kajian Pelan Air Tanah Negeri (4-D Survey Mapping), membina

Empangan Air Bawah Tanah (Groundwater Dam) Membina Baraj

Sungai jadikan sungai sebagai Artificial Recharging River dan

Membina struktur penyaluran air takungan kepada akuifer air

tanah.

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

SIMPOSIUM KELESTARIAN

SUMBER AIR NEGERI JOHOR 2017

Simposium Kelestarian Negeri Air Johor telah berlangsung

pada 7 & 8 Ogos 2017 di Hotel KSL, Johor Bahru. Simposium ini

telah dihadiri oleh 74 peserta yang dipilih khas dari agensi-agensi

kerajaan, Pejabat Daerah, Majlis Bandaran, Industri air, NGO

dan ahli akedemik. YB. Datuk Ir Hj Hasni bin Mohammad selaku

penasihat Simposium telah menyampaikan ucaputama bertajuk

Built today for a better tomorrow dan diikuti oleh pembentang

jemputan seperti berikut:

1. Dr Salmah Zakaria (Felo, Akademi Sains Malaysia)

Transformasi Sektor Air, IWRMP Kebangsaan: IWRM

Negeri Johor

2. En Mohd Riduan Md Ali (Pengarah Sumber Air Negeri,

BAKAJ)

Pengurusan Sumber Air Negeri Johor

3. Dr Low Kwai Sim (Felo, Akademi Sains Malaysia)

Pengurusan Sumber Air Bandar Bersepadu untuk Negeri

Johor: Konsep dan Halatuju

4. Prof. Dr. Zulkifl i Yusop (Dekan Penyelidikan Kelestarian

Sumber, Felo Akademi Sains Malaysia)

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

Keperluan Sumber Air Alternatif bagi Negeri Johor

5. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman (Ketua Pegawai

Eksekutif SAJ Ranhill Bhd.)

Perancangan dan Pembangunan Bekalan air Negeri Johor

6. Ir. Hj. Mohmad Asari Daud (Akademi Sains Malaysia)

Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa

7. Tan Sri Dato’ Ir Syed Muhammad Shahabudin (SMHB,

Akademi Sains Malaysia)

Pengurusan Permintaan Air – Pengalaman Menyelusuri

Zaman dan Kelestarian Masa Hadapan

8. Ir. Hj. Wan Zamri Wan Ismail (Pengurus Besar Syarikat Air

Kelantan)

Pengurusan Air Bumi, Pengalaman dan Cabaran

Pada hari kedua (8 Ogos) peserta telah dibahagikan

kepada empat kumpulan untuk membincang isu dan seterusnya

merumus resolusi dalam empat tajuk iaitu;

• Sumber air alternatif

• Pengurusan permintaan

• Institusi dan governan

• Pengurusan Lembangan Secara Bersepadu

Setelah perbahasan, Simposium telah mengariskan 16

resolusi seperti berikut:

1. Mengehadkan penggunaan air tanah sebanyak 20%

dari jumlah bekalan

Peserta Simposium mengambil maklum akan tindakan

susulan kerajaan Negeri Johor ke atas resolusi Johor

Water Forum 2015 untuk menyasarkan penggunaan air

tanah sebanyak 20% dari jumlah bekalan. Langkah ini

Air Johor : Sumber & Bekalan

untuk mengurangkan tekanan ke atas sumber sungai

dan mengurangkan risiko krisis air semasa kemarau.

Tindakan yang telah diambil oleh kerajan negeri termasuk

menyediakan geran dalam belanjawan negeri 2017 dan

kerjasama dengan Kerajaan Tempatan Kumamoto, Jepun

bagi meneroka air bumi. Seterusnya, untuk mencapai

matlamat ini, kajian terperinci potensi air bumi peringkat

lembangan atau serantau perlu dijalankan sebagai asas

perancangan penggunaan air bumi jangka panjang dan

berskala besar.

2. Pembangunan sistem penuaian air hujan berskala

besar

Kawasan di selatan Johor menerima jumlah hujan tahunan

dan bilangan hari hujan yang tinggi (>160 hari setahun).

Ini memberi kelebihan untuk membangunakan sistem

penuaian air hujan berskala besar terutama di komuniti

perumahan dan industri yang banyak menggunakan air.

Malangnya, pulangan pelaburan (ROI) projek penuaian air

hujan mengambil masa yang panjang. Untuk menggalakkan

program penuaiaan air hujan, Kerajaan Negeri perlu

merangka strategi dan plan tindakan yang effektif dengan

mengambil kira kadar tarif yang menasabah dan disokong

dengan insentif serta penalti yang sesuai. Dalam masa

yang sama penuaian air hujan dipremis individu dan

bangunan kerajaan perlu dimantapkan.

3. Mengkaji secara terperinci potensi air sisa terawat

Menyedari akan potensi air sisa terawat untuk kegunaan

industri tertentu, adalah dicadangkan agar kerajaan

Negeri membuat kajian terperinci potensi teknologi ini

dengan mengambil kira infrastruktur baru yang diperlukan

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

seperti sistem paip berkembar (dual piping), pengezonan

industri dan faedahnya sebagai sumber baharu dan juga

peningkatan kualiti alam sekitar.

4. Mengambil kira kos sebenar dalam penentuan kos

faedah setiap sumber

Bagi menentukan pilihan sumber air alternatif yang terbaik,

penentuan kos-faedah setiap sumber hendaklah mengambil

kira kos sebenar (full cost) iaitu kos modal (CAPEX), kos

pengurusan dan penyelengaraan (OPEX), kos sosial dan

alam sekitar dan kos terlepas (forgone cost). Dengan jarak

sumber air baharu ke kawasan permintaan yang semakin

jauh, kos CAPEX seperti pembinaan baraj, empangan,

paip dan juga kos pengepaman akan meningkat dengan

banyaknya. Sebaliknya kos penuh membangunkan sumber

alternatif seperti air bumi dijangka lebih rendah kerana

sumbernya boleh dibangunkan berhampiran dengan

sistem bekalan air yang sedia ada. Persepsi bahawa air

sungai merupakan sumber yang termurah mungkin tidak

lagi benar dalam konteks sekarang.

5. Penggalakkan sistem utiliti air bagi kawasan

pembangunan ekslusif

Memastikan bekalan air bersih dapat dinikmati oleh

semua lapisan rakyat termasuk di kawasan yang terpencil

sementara golongan kaya perlu menyumbang subsidi

kepada yang miskin. Dalam hal ini, kawasan pembangunan

yang ekslusif perlu digalakkan untuk membangunkan

sistem utiliti air sendiri dan boleh mengenakan caj yang

lebih tinggi berbanding tarif SAJ.

Air Johor : Sumber & Bekalan

6. Menjayakan program Pengurusan Permintaan

(Demand Management) air

Menyedari perlunya pihak awam untuk terlibat sama

dalam menjayakan program Pengurusan Permintaan

(Demand Management) air, satu program yang bersepadu,

termasuk menggunakan nilai-nilai agama dan budaya dan

mencakupi semua golongan masyarakat perlu bangunkan

dan dilaksanakan. Program kesedaran dan penerapan

dalam silibus pendidikan juga perlu dilaksanakan secara

berkesan.

7. Menyasarkan penggunaan air per kapita 180 L/Hari

Negeri Johor perlu meletakkan sasaran dan program yang

jelas untuk menurunkan penggunaan air per capita dari

220 L/hari kepada 180 L/Hari seperti yang ditetapkan oleh

KeTHHA. Walau bagaimanapun WHO mensasarkan 165

L/hari.

8. Pembangunan instrumen undang-undang dalam

perlaksanaan kitar semula air

Membangunkan instrumen undang-undang yang sesuai

agar pihak industri melakukan kitar semula sumber air.

Walau bagaimanapun 10% dari air sisa yang telah dirawat

perlu dilepaskan semula ke sungai untuk tujuan konservasi

alam sekitar. Untuk memastikan perlaksanaannya SPAN

perlu menjalankan pengauditan.

9. Membangunkan polisi serta pelan tindakan penjimatan

air secara meluas dan bertersusan

Di peringkat awal, skim seperti ini akan lebih mudah

diterima dengan menyediakan insentif kepada pengguna

yang memasang dan menggunakan sistem kitar semula,

Simposium Kelestarian Sumber Air Negeri Johor 2017

penuaian air hujan, saving device dan kaedah lainnya

sebelum perlaksanaan sepenuhnya dapat dikuatkuasakan.

10. Pengurangan Air Tak Berhasil (NRW) kepada 15%

menjelang 2030

Mengambil maklum kejayaan SAJ-Ranhill dalam

mengurangkan Air Tak Berhasil (NRW) dari 32% pada

tahun 2009 kepada kira-kira 25% pada masa ini.

Memandangkan, jumlah NRW masih besar, usaha yang

lebih gigih perlu dilakukan untuk memastikan sasaran 15%

menjelang 2030 tercapai.

11. Memperkasakan BAKAJ sebagai sebuah Lembaga

Menyokong penuh resolusi JWF 2015 untuk

memperkasakan BAKAJ sebagai sebuah Lembaga bagi

meningkat kecekapannya sebagai agensi penguatkuasa

pengurusan air negeri Johor. Penambahbaikan ini juga

melibatkan penambahan sumber manusia dan keperluan

asset. Initiatif ini perlu disegerakan memandangkan

masalah pegurusan air yang semakin kompleks dan

mencabar.

12. Peruntukan 50% dari hasil kutipan hasil air dan levi

kepada BAKAJ

BAKAJ juga perlu diberi peruntukan yang menasabah,

sekurang kurangnya 50% dari hasil kutipan hasil air dan

levi setiap tahun.

13. Penekanan kepada keseragaman perundangan

Memberi penekanan kepada keseragaman perundangan,

yang mengawal piawaian dan amalan serta memperkukuh

dan menambah baik pengetahuan dan sains sedia ada,

pemuliharaan dan pengurusan sumber air berkesan

Air Johor : Sumber & Bekalan

dengan disokong oleh mekanisme perkongsian bersama

melibatkan semua pihak berkepentingan.

14. Pengurusan Lembangan Secara Bersepadu (IRBM)

Menyedari kekuatan Pengurusan Lembangan Secara

Bersepadu (IRBM) sebagai satu kerangka pengurusan

yang mantap seperti yang telah dibuktikan di negaranegara

maju, adalah wajar perlaksanaannya disegerakan

terutamanya untuk sungai-sungai utama di Johor seperti

Sungai Johor, Sungai Skudai, Sungai Muar, Sungai Batu

Pahat, Sungai Tebrau, Sedili Besar, Pulai, Endau dan

Benut. BAKAJ juga diseru supaya mengambil pengajaran

dari negara-negara lain termasuk kejayaan program IRBM

Lembangan Kali Berantas di Malang, Indonesia.

15. Menfaatkan peranan NGO dalam IRBM

Terutama dalam mengenal pasti isu-isu setempat dan

mendapatkan kerjasama dari pemegang taruh dan

komuniti tempatan.

16. Menjayakan dan mempromosikan konsep Tadahan

Bandar

Mempromosikan definasi tadahan untuk meliputi bukan

sahaja kawasan dihulu yang kurang terganggu tetapi

perlu merangkumi kawasan di hilir/bandar dengan kualiti

air sungainya yang tercemar. Konsep tadahan bandar

ini dijangka dapat membantu menyedarkan orang ramai

tentang kepetingan mengawal pencemaran untuk seluruh

kawasan dalam sesuatu tadahan.

Ringkasan

Simposium Kelestarian Sumber Air

Negeri Johor 2017

1

Mengehadkan

2

sistem penuaian

penggunaan air tanah

sebanyak

20%

dari jumlah bekalan

Mengkaji

secara terperinci

Potensi Air

sisa terawat

3 4

Mengambil kira

Pembangunan

air hujan

kos sebenar

dalam penentuan

berskala besar

kos faedah setiap sumber

5

Penggalakkan

Menjayakan program

Sistem utiliti air

6

bagi kawasan

Pengurusan

pembangunan ekslusif

7Menyasarkan

180

L/Hari

Permintaan

air

(Demand Management)

8

Pembangunan

penggunaan air

per kapita Instrumen

Undang-Undang

dalam perlaksanaan

kitar semula air

9

Membangunkan

Polisi serta

Pelan Tindakan

11

Memperkasakan

12

10

Pengurangan

Air Tak Berhasil

penjimatan air secara

meluas dan bertersusan (NRW) kepada menjelang

2030

BAKAJ

sebagai

15%

Peruntukan

sebuah Lembaga

50%

13Penekanan kepada

peranan

NGO

dalam

15Memanfaatkan

dari hasil kutipan air dan levi

kepada BAKAJ

14

Pengurusan

Keseragaman Lembaga

Perundangan

IRBM

Secara Bersepadu

Menjayakan

dan mempromosikan

konsep

(IRBM)

16

Tadahan Bandar

6

WATER LEADERS FORUM 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

1

Biografi

Pembentang

Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din

Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA)

Datuk Ir. Abdul Kadir Mohd Din merupakan Ketua Pegawai

Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) iaitu sebuah

syarikat pembentungan nasional yang dimiliki sepenuhnya

oleh Kementerian Kewangan yang mula diperbadankan sejak

1 Desember 2009. Perlantikannya sebagai Ketua Pegawai

Eksekutif tersebut telah dapat menyempurnakan lagi keupayaan

dan kemampuan sedia ada dalam IWK untuk urusan operasi dan

penyelenggaran lebih dari 5,900 loji rawatan kumbahan awam dan

saliran paip pembentungan sepanjang 16,000 kilometer selain

dapat menyediakan perkhidmatan pembentungan kepada lebih

dari 20 juta pengguna Malaysia kecuali kawasan yang beroperasi

di bawah Majlis Bandaraya Kelantan, Sabah, Sarawak dan Johor

Bahru.

Beliau mempunyai lebih dari 28 tahun pengalaman industri

dalam sektor air dan servis pembentungan. Beliau juga mempunyai

pendedahan yang luas dalam perundingan kejuruteraan dan

syarikat tersnarai awam dalam jawatan pengurusan kanan.

Water Leaders Forum 2017

Seterusnya, beliau juga mempunyai pengetahuan praktikal yang

luas dalam merancang, merekabentuk, mengurus projek air dan

pembetungan di dalam negara dan di luar negara seperti United

Kingdom, Brunei Darussalam, Timur Tengah dan Singapura.

Beliau memegang Diploma Kejuruteraan Awam dari Universiti

Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan lulus Ijazah Sarjana

Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari University of

Strathclyde, Glasgow, Scotland.

Beliau adalah seorang Jurutera Profe-sional yang

berdaftar dengan Lembaga Jurutera, Malaysia (BEM) dan

Jurutera Bertauliah dengan Institusi Jurutera Awam, UK (MICE).

Beliau juga adalah Pengarah Akademi Air Malaysia, Ahli Alumni

dari Confederation of British Industry (CBI), dan ahli pelbagai

institusi profesional ter-masuk: Institusi Jurutera, Malaysia (IEM),

Jurutera Profesional Berkanun ASEAN (ACPE), Pen-gurusan

Alam Sekitar Penyelidik Bersekutu Malaysia (ENSEARCH),

Malaysian Water Partner-ship (MyWP) dan Persekutuan Alam

Sekitar Air (WEF), Amerika Syarikat.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 1

Water Sustainability : The Roles of NGOs and Public

Pembentang : Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din

Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA)

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), secara amnya ditakrifkan

sebagai pertubuhan sukarelawan yang tidak mengambil apaapa

keuntungan dan bebas daripada pengaruh kerajaan. NGO

ditubuhkan untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam

dan bukannya individu atau komersial seperti isu-isu berkaitan

alam sekitar, sosial, advokasi dan kerja hak asasi manusia. NGO

berperanan dalam menggalakkan perubahan sosial dan politik

selain menggalakkan persekitaran lestari walaupun dengan

sumber yang terhad. Malah, NGO turut memainkan peranan

penting dalam membangunkan masyarakat, meningkatkan

komuniti dan mempromosikan penyertaan warga negara.

Pelbagai persoalan sering dilontarkan tentang fungsi dan

pernanan sesebuah NGO iaitu

“Bagaimanakah para NGO membantu dalam pembangunan lestari?

Sejauh manakah mereka berjaya membangunkan persekitaran

yang lestari untuk masyarakat? Sejauh manakah penstrukturan

semula air Malaysia mencapai objektifnya? Serta sejauh manakah

sektor air berjaya memanfaatkan sumber yang ada untuk kebajikan

masyarakat?”

Sumber semulajadi seperti tanah, air, biodiversiti dan

sumber genetik, sumber biojisim, hutan, ternakan, dan perikanan

Water Leaders Forum 2017

merupakan asas kepada kelangsungan hidup, kemajuan dan

kemakmuran manusia. Namun begitu, masalah-masalah seperti

perkembangan pesat pertumbuhan ekonomi dan penduduk,

kemiskinan melampau, perubahan iklim, eksploitasi berlebihan

sumber semula jadi melalui populasi yang semakin meningkat,

pemusnahan tumbuh-tumbuhan, ketidakcekapan penggunaan

air dan pencemaran telah menjejaskan kelestarian ekosistem

semulajadi tersebut.

Sehubungan itu, NGO memainkan peranan melalui

penyelidikan, menganjurkan persidangan, forum, dialog,

latihan dan penghasilan bahan penerbitan berkaitan isu-isu air,

persekitaran dan pembangunan. Terdapat pelbagai NGO yang

memperjuang dan menyuarakan isu-isu berkaitan alam sekitar

di negara ini. Antaranya seperti MWA, SWAn, AWER, Malayan

Nature Society, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia,

World WildLife Fund, Sahabat Alam Malaysia, ENSEARCH,

Forum Air Malaysia, MyWP, MyWA dll. - yang memberikan

sokongan institusi yang amat diperlukan kepada kerajaan demi

memenuhi keperluan tempatan.

Selain daripada latihan, NGO-NGO ini juga menggalakkan

perbincangan, perbahasan, sokongan dan kesedaran tentang

isu-isu alam sekitar, pemuliharaan sumber asli dan pemulihan

ekosistem. Mereka boleh menggesa pembuat dasar agar peka

tentang keperluan dan keutamaan tempatan dan menggalakkan

amalan mesra alam.

Persatuan Air Malaysia (MWA) merupakan antara NGO

di Malaysia yang aktif dalam mempromosikan kesedaran isuisu

air di kalangan orang ramai. Ia ditubuhkan pada tahun 1988

dan terdiri daripada para profesional yang berpengalaman dalam

Air Johor : Sumber & Bekalan

sektor air dan air sisa air. Keahlian MWA dianggotai oleh gabungan

ahli-ahli daripada sektor bekalan air dan utiliti pembetungan,

pengeluar, perunding, kontraktor, pembekal, pengawal selia dan

ahli akademik. Di peringkat kebangsaan MWA bekerjasama rapat

dengan semua pihak dalam sektor kerajaan dan swasta.

Antara pencapaian MWA di peringkat kebangsaan adalah

seperti berikut:

1. MWA telah menyumbang secara signifikan kepada sektor

air dengan menjalankan penyelidikan, persidangan, forum,

dialog, latihan dan penerbitan mengenai isu-isu berkaitan

air, alam sekitar dan pembangunan dan menjadi perantara

antara kerajaan dan orang awam.

2. MWA telah menyediakan sokongan institusi yang sangat

diperlukan kerajaan khusus terhadap keperluan tempatan

seperti inisiatif utama untuk mewujudkan rangka kerja

pengawalseliaan, rakan kongsi sokongan dalam projek

perintis IWRM di Sungai Selangor pada awal tahun 2000,

Kempen Penjimatan Air bersama KeTTHA dan SPAN,

bersama Akademi Sains Malaysia memberi input berkaitan

blueprint WDM kepada KeTTHA dan dialog awal SDG

bersama KeTTHA.

3. Selain latihan, MWA juga telah mempromosikan

perbincangan, perdebatan, advokasi dan kesedaran

mengenai isu-isu alam sekitar (pelupusan sisa enapcemar),

pemuliharaan sumber semula jadi (pandangan mengenai

perlindungan kawasan tadahan) dan pemulihan ekosistem.

Water Leaders Forum 2017

4. MWA telah memainkan peranan dalam menggesa pembuat

dasar mengenai keperluan dan keutamaan masyarakat

dan mempromosikan amalan mesra alam.

5. Memupuk belia dengan maklumat kemampanan kerana

mereka adalah pemimpin masa depan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

2

Biografi

Pembentang

En. Fahmi Hidayat

Deputi Teknik, Perum Jasa Tirta 1

Fahmi Hidayat merupakan Timbalan Pengarah Hal Ehwal

Teknikal (Technical Affair) Jasa Tirta 1. Jasa Tirta 1 merupakan

perbadanan awam yang menyelenggara air dan sumber air di

beberapa kawasan tadahan air di Indonesia termasuk kawasan

tadahan air Toba-Asahan, Serayu-Bogowonto, Jratun-Seluna,

Bengawan Solo dan Brantas. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana

Muda bidang Teknik Pengairan, Universitas Brawijaya Malang,

Indonesia pada tahun 1998 dan memperoleh Ijazah Sarjana

Kejuruteraan Awam, Universitas Teknologi Bandung, Indonesia

pada tahun 2001. Beliau memulakan kariernya di Jasa Tirta

1 sebagai Insinyur Kejuruteraan pada tahun 2002, setelah

menamatkan Ijazah Sarjana. Beliau telah menyandang pelbagai

jawatan penting dan yang terkini sebagai Timbalan Pengarah Hal

Ehwal Teknikal Jasa Tirta 1.

Diantara keahlian professional beliau adalah Himpunan

Ahli Teknik Hidraulik Indonesia (HATHI), Komite Nasional

Indonesia untuk Bendungan Besar (KNIBB), World Association

Water Leaders Forum 2017

for Sedimentation and Erosion Research (WASER), International

Association for Hydro-Environment Engineering and Research

(IAHR), dan International Association of Hydrological Sciences

(IAHS).

Beliau juga memperolehi pensijilan professional dari

pelbagai badan dan organisasi seperti Water Leadership

Program untuk Organisasi Pengelola Daerah Aliran Sungai

oleh Network of Asian River Basin Organization (NARBO) dan

UNESCO-IHE Program. Beliau juga aktif dalam penulisan karya

ilmiah terutamanya dalam bidang pengurusan kawasan tadahan

air dan sumber air.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 2

Integrated River Basin Management (IRBM) in the Brantas

River Basin, Indonesia

Pembentang : En. Fahmi Hidayat

Deputi Teknik, Perum Jasa Tirta 1

Pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) bertujuan

untuk mewujudkan satu rangka kerja penyelarasan dengan

semua pentadbir dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam

perancangan dan pengurusan lembangan sungai berusaha

bersama-sama membangunkan satu set dasar dan strategi yang

dipersetujui supaya pendekatan seimbang dan boleh diterima

untuk pengurusan tanah, air dan sumber asli dapat dicapai.

IRBM telah dilaksanakan sejak tahun 1961 di lembangan

Sungai Brantas, salah satu lembangan sungai strategik di

Indonesia, untuk menyokong pembangunan sosioekonomi di

lembangan ini. Lembangan Sungai Brantas terletak di wilayah

Jawa Timur di Indonesia. Ia mempunyai keluasan kira-kira

11,800 km2 dan membentuk 24.6% daripada kawasan tanah

Jawa Timur. Oleh kerana kepentingan strategiknya, Lembangan

Brantas berada di bawah perhatian kerajaan pusat selama

beberapa dekad. Pada tahun 1961, Projek Pembangunan

Lembangan Sungai Brantas telah diwujudkan, memfokuskan

kepada penyelesaian infrastruktur terhadap cabaran pengurusan

sumber air yang dihadapi di lembangan ini.

Pada tahun 1990 pendekatan berbeza dicari apabila

diakui sepenuhnya bahawa kemampanan infrastruktur pelaburan

tidak berjaya dicapai oleh Projek Brantas itu sendiri disebabkan

Water Leaders Forum 2017

kekurangan insentif untuk penyelenggaraan. Maka, Perum Jasa

Tirta I (PJT 1) syarikat milik negara untuk pengurusan lembangan

sungai yang bebas daripada Projek Brantas ditubuhkan. PJT 1

menguruskan peruntukan bekalan air, kualiti air, kawalan banjir,

pengurusan sungai, pemuliharaan tadahan air dan infrastruktur

sumber air untuk 40 batang sungai yang membentuk sebahagian

besar daripada sumber air yang penting di lembangan ini.

Di lembangan Sungai Brantas beberapa faktor utama

pencapaian IRBM telah dikenal pasti. Faktor-faktor tersebut

adalah :

1. Penubuhan kerangka institusi seluruh lembangan yang

membolehkan semua pentadbiran kerajaan utama

yang beroperasi di dalam lembangan untuk mengambil

bahagian;

2. Kehendak politik yang kuat untuk menyokong pembangunan

semua dasar, strategi, keputusan, dan projek-projek secara

bersepadu;

3. Penggabungan penyertaan komuniti dan pihak

berkepentingan ke dalam proses perancangan dan

pengurusan; dan

4. Penubuhan satu sistem untuk menilai sama ada lembangan

sungai diuruskan secara mampan atau tidak.

Air Johor : Sumber & Bekalan

3

Biografi

Pembentang

Prof. Mooyoung Han

Pengarah, Sustainable Water

Management Center, Seoul National University

Prof. Mooyoung Han merupakan seorang pensyarah

di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di Universiti

Kebangsaan Seoul sejak tahun 1999. Beliau merupakan Pengarah

Rainwater Research Centre di universiti tersebut. Memperolehi

Ijazah dan Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Seoul

dan memperoleh PhD dari Universiti Texas, 1989. Kini, beliau

merupakan Felo International Water Association (IWA) dan

Pengerusi IWA Rainwater Harvesting and Management (RWHM)

Specialist Group. Dr. Mooyoung Han mempunyai minat yang

tinggi dalam bidang pemisahan partikal seperti pembekuan,

pemendapan dan pengapungan.

Pada tahun 2005, beliau telah menerima Anugerah

Penerbitan Cemerlang dari AEESP (Association of Environmental

Engineering and Science Professors). Kemudian telah meluaskan

kepakarannya dalam Rainwater Harvesting dan pengurusan.

Beliau telah menerima Anugerah PIA pada tahun 2010 dan

2012 dengan mempromosikan bandar-bandar hujan, beliau juga

Water Leaders Forum 2017

menerima Anugerah International Energy Globe Award with

Innovative Green Roof Project sebagai perhubungan makanan,

tenaga dan air Di Forum Air Dunia 2015, sebanyak dua anugerah

telah diterimanya untuk cabaran air dunia dan pameran.

Beliau melakukan khidmat sukarelawan untuk demonstrasi

projek menuai air hujan di Korea dan membangunkan negara

dengan pelbagai idea inovatif. Fokus terbarunya kini diperluaskan

untuk memberikan penyelesaian terhadap SDG 6 (air bersih dan

sanitari) oleh air hujan dan sumber sanitari berorientasi.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 3

Success Story of Rainwater Harvesting System in Star City,

Korea

Pembentang : Prof. Mooyoung Han

Pengarah, Sustainable Water Management Center,

Seoul National University

Star City merupakan salah satu projek pembangunan semula

di Seoul Korea yang terdiri daripada empat bangunan

komersial/penduduk. Setiap bangunan tersebut mempunyai

antara 35 - 57 buah tingkat dengan luas kawasan 52000 m 2 dan

telah beroperasi semenjak tahun 2007. Star City telah menjadi

sebuah model pengurusan air hujan pelbagai fungsi yang berjaya.

Banjir disebabkan pembangunan menjadi kebimbangan Star

City kerana ianya terletak di kawasan yang mudah banjir. Untuk

permulaan, kerajaan tempatan telah membenarkan pemaju

untuk membina ruang tambahan sebanyak 3% sebagai insentif

ekonomi. Tiga tangki berkeupayaan 1000 m 3 setiap satu telah

dibina pada tingkat keempat bawah tanah Bangunan B untuk

tujuan kawalan banjir, simpanan air dan kecemasan. Rekabentuk

asasnya adalah untuk mengumpul air hujan dengan nilai maksima

100 mm sewaktu hujan lebat untuk kawalan banjir. Hujan yang

terkumpul ini juga boleh digunakan untuk tujuan selain minuman

seperti pengairan.

Selepas pembangunan tersebut, pembetung berdekatan

menjadi lebih berdaya tahan tanpa peningkatan kos kepada

keupayaan pembetung tersebut. Air hujan terkumpul telah

digunakan untuk tujuan pengairan dan tandas awam tanpa

sebarang rawatan jikalau tiada sedimentasi. Jumlah penjimatan

air tahunan adalah diantara 20,000 - 44,000 m 3 . Pada tahun 2007

Water Leaders Forum 2017

dan 2008, penjimatan air adalah sebanyak 26,000 m 3 setahun dan

merupakan 47% daripada jumlah air hujan tahunan di Star City.

Disebabkan itu, lebih kurang 8.9 MWh elektrik berjaya dijimatkan.

Tangki ketiga tersebut boleh digunakan untuk tujuan kecemasan

seperti kebakaran atau kegagalan sistem bekalan air, walaupun

masih belum diapplikasilan lagi setakat ini. Penduduk-penduduk

di kawasan hilir, residensi dan jiran tetangga memberikan reaksi

positif kepada projek ini. Tambahan, sumber air dapat dipelihara

dan penggunaan tenaga untuk bekalan air dapat dikurangkan.

Berdasarkan kepada kejayaan ini, Star City diikuti 59

bandar lain di Korea telah membuat peraturan/regulasi untuk

memberi insentif ekonomi untuk kerja-kerja pemasangan sistem

penuaiaan air hujan. Kerajaan Korea sedang mencadangkan

satu undang-undang untuk menggalakkan pengurusan air hujan

pelbagai fungsi ini. Strategi sebegini boleh diulangi/replikasi

kepada mana-mana negara sebagai satu strategi berdaya maju

menangani isu perubahan iklim. “Brain Citizens” diperlukan

untuk merealisasikan konsep penuaian air hujan secara besarbesaran.

“From Drain to Rain City by Training”. Penjenamaan

semula diperlukan untuk menarik minat orang ramai berkenaan

pentingnya mengumpul air percuma ini daripada membiarkan ia

mengalir ke sungai semula tanpa sebarang penggunaan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

4

Biografi

Pembentang

Dr. Kotaro Takemura

Setiausaha Agung, Japan Water Forum

Profesor Terhormat Tohoku Uiversity

Dr. Kotaro Takemura dilahirkan pada tahun 1945. Selepas

menamatkan ljazah dalam bidang Kejuruteraan Awam di

Universiti Tohoku, beliau memulakan kerjayanya di Kementerian

Pembinaan pada tahun 1970.

Semasa kerjayanya di Kementerian Pembinaan, beliau

memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro Pembinaan

Serantau Kinki dan Ketua Pengarah Biro Sungai, Kementerian

Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.

Selepas beliau bersara daripada Kementerian Pembinaan

pada tahun 2002, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha

Agung Forum Air Jepun sejak tahun 2006.

Dr. Takemura memainkan peranan yang penting di dalam

memajukan dan mengembangkan teori Tamadunan daripada

perspektif infrastruktur.

Water Leaders Forum 2017

Idea-idea dan teori yang beliau kemukakan boleh dilihat

di dalam buku-buku yang beliau tulis seperti : Clarifying the

Mystery of Japanese Civilization; Civilization of Land; A Privileged

Civilization; Insight into the Nature of Being - Dialogue with

Takeshi Yore; A Guide to Small Scale Hydro Energy.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 4

Success Story of Groundwater Utilization in Kumamoto

Prefecture

Pembentang : Dr. Kotaro Takemura

Setiausaha Agung, Japan Water Forum

Sejarah dan usaha pada masa lalu telah membawa kejayaan

kepada masa sekarang. Sekitar tahun 1500 ke 1800, sudah

ada tadbir urus air untuk menguruskan sistem air di Jepun.

Ianya melibatkan penggunaan dan perkongsian air secara

bersama, pembinaan empangan dan saliran air. Contohnya

di Shingen Takeda, air daripada satu sumber ditakungkan dan

kemudian dialirkan kepada tiga buah kampung. Teknologi ini

dibangunkan daripada setahun ke setahun dan telah digunakan

di seluruh negara Jepun. Selain daripada itu, Ieyasu Tokugawa

telah membina sebuah empangan untuk tujuan air minuman di

kawasan bandar pada tahun 1606.

Menjelang tahun 1850, era Jepun Moden telah bermula.

Terdapat peningkatan populasi dan ekonomi yang mendadak

setelah Jepun menjadi sebuah negara (Empire of Japan). Jepun

mula menggunakan air bumi untuk bandar-bandar mereka

yang terletak di dataran alluvium. Pengepaman air bumi yang

berlebihan daripada dataran sungai tersebut telah menyebabkan

penenggelaman tanah terutamanya di Nagoya dan Osaka

dimana aras tanah mereka adalah dibawah paras laut dan telah

membawa kepada kerosakan teruk pada tahun 1959 dan 1928

masing-masing setelah dibadai ribut dan taufan. Pengurusan

pengambilan air bumi daripada dataran sungai telah dibuat dan

Jepun akan mengamalkan penggunaaan air berintergrasi antara

Water Leaders Forum 2017

air permukaan dan air bumi. Kunci utama intergrasi ini adalah

air bumi kerana ianya merupakan 97% daripada air yang boleh

digunakan tetapi air bumi ini tidak dapat dilihat berbanding 3%

air permukaan. Masalah utama air bumi ini ialah ianya terlindung

daripada manusia.penggunaan teknologi adalah penting untuk

‘menzahirkan’ air bumi ini untuk tujuan berapakah kedalaman air

yang boleh diekstrakkan dan sebagainya. Teknologi Jepun telah

berjaya untuk ‘menzahirkan’ air bumi ini.

Pelbagai langkah telah dilakukan untuk memastikan

air bumi ini dapat dijaga. Pada April 2012, Wilayah Kumamoto

telah membuat peraturan konservasi air bumi. Konsep asasnya

melibatkan air bumi adalah hak awam dan syarikat swasta dan

petani perlu mengawal penggunaan bahan-bahan kimia. Selain

daripada itu, pentadbiran pengurusan air perlu melibatkan

penduduk, penyelidik dan syarikat swasta bersama-sama

dengan kerajaan untuk mengurangkan jurang komunikasi dan

meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Pada tahun 2014, “Water Cycle Basic Law” ditubuhkan

yang telah merangkumkan kesemua un-dang-undang sedia

ada yang terpisah antara satu sama lain sebelum ini. Ianya

melibatkan undang-undang seperti undang-undang kumbahan,

penambahbaikan tanah, air, air daripada industri, kualiti tasik,

pembangunan sumber air, akta berkenaan pencemaran air, sungai

dan juga kawalan air bumi. Konsep ide undang-undang ini adalah

kitaran air adalah penting untuk masyarakat yang lestari, kitaran

air yang baik perlu dikekalkan untuk masa hadapan, kitaran air

adalah milik awam dan pengurusan secara berintegrasi adalah

penting.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Oleh itu, Majlis Lembangan Sungai yang melibatkan semua

orang berkepentingan; pentadbir, petani, syarikat swasta dan

juga penduduk perlu ada dengan matlamat untuk memastikan

keselamatan daripada banjir, penggunaan air permukaan dan

bumi dengan khemah dan lain-lain. Akhirnya, persetujuan semua

orang ini dapat direalisasikan dengan ‘menzahirkan’ air bumi

menggunakan bantuan teknologi.

Water Leaders Forum 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

5

Biografi

Pembentang

Dr. Zhou Tong

Deputy General Manager,

UES Holding Pte. Lmt., Singapore

Dr. Zhou Tong menerima Doktor Falsafah dalam jurusan

Kimia dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 2005. Selepas

tamat pengajian, beliau menyertai Singapore Water Company,

Hyfl ux, sebagai ahli sains membran. Beberapa jenis membran,

seperti membran ultrafi ltrasi, membran MBR, membran seramik,

penapis membran graviti telah dikomersialkan dan diaplikasikan

semasa pembangunan produknya.

Seterusnya, beliau telah memperluaskan lagi portfolionya

ke penyahgaraman air laut, kawasan rawatan air sisa sebagai

peranan utama reka bentuk dan ujian dan pentauliahan untuk

tumbuhan penyahgaraman skala besar dan loji kumbahan di

Singapura, Algeria dan China.

Pada tahun 2014, Dr. Zhou Tong menyertai UESH dan

mengetuai jabatan teknikal syarikat. Semasa pengawasan beliau,

Kerja-kerja ujian dan pentauliahan kilang Singapore Changi

Newater II (50MIGD) dan Chestnut Water berjaya diselesaikan.

Water Leaders Forum 2017

Pengetahuannya meliputi semua kawasan rawatan air

utama termasuk penyahgaraman, STP, WTP dan Newater.

“Mampu” dan “Boleh dipercayai” sentiasa menjadi falsafah untuk

diri beliau.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 5

Making Desalination a Viable Option

Pembentang : Dr. Zhou Tong

Deputy General Manager, UES Holding Pte. Lmt.,

Singapore

Air laut boleh digunakan sebagai sumber alternatif untuk

sistem bekalan air melalui teknologi penyahgaraman.

Berbeza daripada sumber bekalan air konventional, teknologi ini

tidak bergantung kepada cuaca dan iklim dan boleh diperolehi

setiap masa, walaupun ketika kemarau. Penyahgaraman air laut

melalui teknologi Reverse Osmosis (RO) untuk menghasilkan

air yang boleh diminum sedang kian meningkat penggunaannya

di seluruh dunia. RO menggunakan kaedah penyahgaraman

melalui membran dan merupakan teknologi yang paling banyak

digunakan sehingga sekarang apabila dibandingkan dengan

teknologi penyahgaraman yang lain seperti penyahgaraman

melalui suhu contohnya Multi-Stage Flash dan Multi-Effect

Distillation.

Kebolehsaingan projek penyahgaraman air laut bergantung

kepada pelbagai faktor. Tetapi, harga kos untuk teknologi ini

semakin berkurangan dari aspek yang penting; perbelanjaan

modal (CAPEX), penyelenggaraan dan penggunaan kuasa

elektrik. Komponen besar untuk CAPEX penyahgaraman air laut

adalah kerja-kerja struktur dan awam, mekanikal dan elektrikal.

Tetapi, kos air pula semakin meningkat. Komponen besar untuk

kos air adalah penggunaan kuasa/tenaga, pulangan modal dan

kos bahan kimia. Komponen-komponen ini juga merupakan

komponen besar kepada perbelanjaan operasi (OPEX)

Water Leaders Forum 2017

penyahgaraman air laut. Tetapi perlu diberi perhatian bahawa

melalui sumber traditional yang menggunakan air permukaan,

kesan perubahan iklim telah membawa kepada perpindahan

air daripada satu tempat ke tempat yang lain dimana kos untuk

pemasangan paip tersebut juga tinggi disebabkan jaraknya yang

jauh.

Kos sesebuah projek penyahgaraman adalah diantara 1-3

juta USD/MLD dan antara faktor besar yang mempengaruhi kos

ini adalah seperti saiz projek, tanah dan lokasi, kerja-kerja marin

dan struktur dan awam. Untuk mengenalpasti samaada sesebuah

kawasan itu sesuai atau tidak dengan teknologi ini, terdapat 11

faktor yang perlu diberi perhatian. Bagi negeri Johor, permintaan

air yang tinggi, lokasi loji di pantai, titik pengambilan air laut yang

pendek, skim dan sistem kewangan yang baik, keadaan air laut

yang diketahui, kemasinan air laut yang rendah, kemudahan yang

baik untuk bekalan bahan kimia dan juga tenaga terlatih serta

penyelidikan dan pembangunan yang kuat membawa kepada

kesesuaian dan kebolehsaingan penyahgaraman air laut di Johor

dengan anggaran harga tariff sekitar RM 2.50 – Rm 3.50 per m3.

Air Johor : Sumber & Bekalan

6

Biografi

Pembentang

Datuk Ir. Dr. Azuhan bin Mohamed

Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan

Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Datuk Ir. Dr Azuhan Mohamed merupakan Ketua

Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia

(NAHRIM) di bawah Kementerian Sumber Asli (NRE). Latar

balakang beliau merentasi sains kejuruteraan dan sains dunia.

Beliau berpengalaman luas dalam sektor air baik di sektor

awam mahupun sektor swasta termasuklah sumber air yang

jelas dan tidak jelas serta perkhidmatan air dan pengurangan

risiko bencana. Beliau melibatkan diri dalam penyelidikan dan

pembangunan serta inovasi dalam sektor hidro-alamsekitar.

Beliau juga mengarang beberapa penerbitan dan

menghasilkan falsafah untuk diri beliau. Sumbangannya yang

paling ketara kepada sektor air negara ialah beliau menulis kertas

kerja yang membawa kepada penstrukturan semula perkhidmatan

air di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada tahun 2005

semasa beliau berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi Jabatan

Perdana Menteri. Akibatnya, Perlembagaan Persekutuan telah

dipinda dan dua Akta telah digubal.

Water Leaders Forum 2017

Industri perkhidmatan air telah berubah menjadi industri

yang dikawal selia dan dua entiti telah ditubuhkan iaitu Syarikat

Pengatur Perkhidmatan Air dan Syarikat Pengurusan Air. Beliau

juga merupakan Jurutera Profesional dan Geologist Licentiate

serta Profesional Air Bawah Tanah Bersertifikat dan beliau tidak

pernah percaya bahawa Malaysia sedang menghadapi krisis air

tetapi beliau berpendapat bahawa Malaysia amat memerlukan

transformasi dalam pengurusan air.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 6

Groundwater Potential and Misconception in Malaysia

Pembentang : Datuk Ir. Dr. Azuhan bin Mohamed

Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Hidraulik

Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Air bumi merupakan sebahagian daripada kitaran air

semulajadi. Apabila hujan jatuh ke atas tanah, air tersebut

akan samada menyusup masuk ke dalam tanah atau menjadi

air larian permukaan. Semua tasik, sungai dan air lain atas

permukaan tanah dikenali sebagai air permukaan. Bagi air yang

menyusup ke dalam tanah, terdapat dua alternatif. Alternatif

pertama adalah air tersebut akan tersimpan dalam tanah dan

kembali ke atmosfera melalui proses penyejatan daripada

tanah ataupun transpirasi daripada tumbuh-tumbuhan. Alternatif

kedua adalah air meresap kebawah melalui liang dan rekahan

tanah. Apabila air ini jatuh ke lapisan tidak telap air, air ini akan

berkumpul dan akan memenuhi ruang diatas lapisan ini. Air yang

terkumpul ini adalah air bumi.

Kenapa perlunya air bumi? Ini adalah kerana sumber

air bumi sentiasa ada, tidak terkesan oleh kadaralir sungai

yang rendah dan juga air bumi banyak digunakan oleh industri

contohnya di Selangor (220 telaga industri) kerana mereka

membangunkan sumber air mereka sendiri. Air bumi adalah lebih

‘tua’ dan besar berbanding air permukaan. Namun, air permukaan

perupakan sumber air utama untuk awam dan irigasi disebabkan

hujan tahunan yang tinggi dan kewujudan beribu-ribu sungai di

Malaysia. Kebergantungan yang tinggi ini kepada air permukaan

menyebabkan gangguan bekalan air apabila terjadinya musim

Water Leaders Forum 2017

kering. Di Malaysia, hanya negeri Kelantan yang menggunakan

air bumi dengan baik yakni 43% daripada bekalan sumber air

negeri tersebut.

Pembangunan air bumi boleh mengatasi masalah ini.

Pelbagai teknologi boleh digunakan untuk mengekstrak air bumi

contohnya River Bank Filtration (RBF). Kajian secara mendalam

kepada sumber air bumi ini akan memastikan kejayaan

pembangunan air bumi disamping memastikan impak negatif

yang ada tidak berlaku. Impak negatif ini pernah berlaku di negara

jiran seperti penenggelaman tanah dan pencerobohan air masin

dan telah membawa kepada tentangan orang ramai terhadap

pembangunan air bumi di Malaysia. Tentangan ini juga dipelopori

sektor yang tidak mahukan perubahan ini berlaku. Pengambilan

air bumi perlu dikawal supaya impak negatif seperti yang berlaku

di negara jiran dapat dielakkan.

Antara salah tanggapan yang ada adalah seperti berikut:

1. Pengurangan air sungai dan air permukaan termasuk tasik

- hanya jika di akuifer terbuka dan berdekatan dengan

sumber air. Tetapi impaknya kecil jika dibandingkan dengan

pengambilan air daripada air permukaan.

2. Organisma dan ekosistem akan terkesan - tidak valid

kerana dalam sistem semulajadi, aras air bumi berubah

turun dan naik.

3. Pencerobohan air laut melalui resapan ke air tawar - hanya

di akuifer terbuka pantai dan apabila pengambilan air bumi

adalah pada kadar yang mengurangkan tekanan air tawar.

Air Johor : Sumber & Bekalan

4. Kestabilan tanah akan terkesan dan menyebabkan lubang

akibat tanah tenggelam - valid untuk karstic limestone

(batu kapur) dan juga dikaitkan dengan pengambilan air

bumi dengan jumlah yang banyak dan rekabentuk telaga

yang kurang baik.

5. Secara keseluruhan, tidak lestari dan tidak mesra alam - sah

untuk pengambilan air bumi berlebihan atau pengurusan

air bumi yang tidak baik.

6. Memberi kesan kapada kelapa sawit dan tanaman lain -

Kelapa sawit dan tanaman lain tidak bergantung kepada air

bumi untuk tujuan pengambilan air mereka tetapi kepada

air daripada kelembapan tanah.

Ketumbuhan tanaman bergantung kepada air hujan

dan jika tiada air hujan, tumbuhan akan mati. Kenapa air bumi

digunakan di seluruh dunia? Ini adalah kerana akses yang

universal, terpelihara secara semulajadi; selamat dan stabil dari

segi kualiti air, aliran semulajadi yang memberikan ekosistem

sungai yang sihat dan keupayaan simpanan air bumi yang tinggi.

Data daripada European Economic Commission pada tahun

2004 menunjukkan penggunaan air bumi yang tinggi untuk tujuan

bekalan air di Eropah; 100% di Austria, Denmark dan Malta, lebih

80% di Italy dan Hungary dan lebih 60% di Germany, Switzerland,

Poland, Greece, Belgium dan Netherlands. Secara purata, lebih

daripada 70% untuk benua Eropah ini.

Beberapa kajian kes telah dibuat berkenaan penggunaan

air bumi di dunia. Jeju Island, South Korea menunjukkan

pengambilan air bumi adalah 90% daripada sistem bekalan air

Water Leaders Forum 2017

awam dan tiada masalah pencerobohan air masin. Pengurusan

air bumi sudah diamalkan dan akuifer dipastikan mempunyai

recaj air yang mencukupi. Di Netherlands pula, kos tahunan

purata untuk sebuah keluarga dengan konsumsi air sebanyak

130 m3 setahun menunjukkan kos termahal daripada syarikat

air bumi adalah sebanyak 166 Euro setahun dan kos termurah

daripada syarikat air permukaan juga adalah 166 Euro setahun.

Ini menunjukkan air bumi adalah lebih murah.

Air bumi merupakan sumber air utama untuk di kebanyakan

negara di dunia terutamanya negara-negara maju. Selagi air bumi

masih belum membangun, ketiadaan air untuk tujuan bekalan

air dan irigasi tanaman akan berterusan. Air bumi adalah lebih

baik daripada air permukaan dengan syarat ada kawalan kepada

pengambilan air bumi, kawalan kepada pembangunan tanah dan

penglibatan paka-pakar yang berkaitan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

7

Biografi

Pembentang

Datuk Ir. Mohd Khalid bin Nasir

Ketua Pegawai Eksekutif,

Syarikat Air Melaka

Datuk Ir. Mohd Khalid Nasir kini merupakan ketua pegawai

eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). SAMB adalah

sebuah syarikat yang berperanan dalam pengurusan Air Negeri

Melaka dan bertanggungjawab di dalam perkhidmatan rawatan

dan pengagihan air bersih di negeri ter-sebut. Pada tahun 1993

Lembaga Air Melaka telah mengalami perubahan nama kepada

Perbadanan Air Melaka (PAM) apabila ia diperbadankan.

Pada 1 Julai 2006 Perbadanan Air Melaka telah

dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Langkah ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air

kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan

Persekutuan melalui penswastaan. Selepas dikorporatkan,

Syarikat Air Melaka Berhad telah diberi peranan dan bidang kuasa

yang lebih luas tanpa menjejaskan segala aktiviti asal Perbandanan

Air Melaka. Pengkorporatan Syarikat Air Melaka Berhad

ini adalah sebagai usaha Kera-jaan Negeri bagi memantapkan

pengurusan serta pengagihan bekalan air kepada rakyat negeri

Water Leaders Forum 2017

ini dengan fungsi, objektif, peranan dan kuasa Syarikat Air Melaka

Berhad yang lebih meluas.

Antara krisis air yang melanda Melaka adalah pada tahun

1963 dimana Negeri Melaka telah mengalami kemarau yang

panjang dan telah menjejaskan bekalan air pada tahap kritikal.

Melaka juga pernah mengalami krisis air yang paling buruk dalam

sejarahnya pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal

yang merupakan nadi bekalan air Negeri Melaka menjadi kering

da-lam kemarau yang panjang.

Krisis ini dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek

dengan membina kolam takungan air untuk dipam ke Empangan

Durian Tunggal. Projek penyaluran air sungai Muar-Melaka yang

siap dilaksanakan pada tahun 1993 telah melengkapkan langkah

mengatasi krisis air tersebut di samping menjamin bekalan air

jangka panjang di Negeri Melaka.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 7

Challenges in Water Supply Industry Reform in Malaysia

Pembentang : Datuk Ir. Mohd Khalid bin Nasir

Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Melaka

Sejarah bekalan air Negeri Melaka bermula pada tahun 1893

dengan pembinaan Empangan Ayer Keroh oleh ‘The Corps of

Royal Engineer’ bagi membekalkan air untuk keperluan penduduk

di Negeri Melaka. Perkembangan pesat Negeri Melaka telah

mengakibatkan bekalan air tidak mencukupi untuk menampung

keperluan penduduk. Justeru, Empangan Asahan telah dibina

oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudian diserahkan kepada Majlis

Perbandaran Melaka untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan

pada tahun 1927. Pada 1 Oktober 1971, Lembaga Air Melaka

telah dibentuk dan diberi peranan dan bidang kuasa yang lebih

luas tanpa menjejaskan objektif asal Enakmen Lembaga Air

Melaka 1971.

Lembaga Air Melaka telah mengalami perubahan nama

kepada Perbadanan Air Melaka (PAM) apabila ia diperbadankan

Pada tahun 1993. Pada 1 Julai 2006 Perbadanan Air Melaka

telah dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

seterusnya memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan

air pada 16 Disember 2008. Langkah ini untuk mempertingkatkan

perkhidmatan bekalan air kepada pengguna Negeri Melaka

selaras dengan aspirasi kerajaan persekutuan melalui

penswastaan. Sehingga kini pelbagai pengiktirafan telah dicapai

oleh SAMB, antaranya ialah:

Water Leaders Forum 2017

2013

2014

2014

2015 - 2016

- Most Promising Water Servicing Operator of the Year

- Technical Award

- Article of SAMB's NRW Success Story Printed in

Water and Wastewater Asia Magazine

- Most Promising Water Servicing Operator

KETTHA Excellence Awards 2014 (Water)

- Anugerah Hijau Kategori Badan Berkanun dan GLC

2016

2017

- Best Companies to Work for in Asia

- Anugerah Hijau Kategori Projek Hijau (NRW Projek) - Johan

- Anugerah Hijau Kategori Amalan Hijau - Ketiga

Melaka merupakan negeri terawal yang menandatangani

perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air di Malaysia.

Sepertimana negeri-negeri lain SAMB juga berdepan dengan pelbagai

cabaran dalam memenuhi matlamat berkembar dasar baharu Inisiatif

Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara iaitu untuk

mencapai kemapanan kewangan selain meningkatkan kecekapan. Isu-isu

yang dihadapi oleh SAMB terhadap sistem semasa model penstrukturan

baharu ini antaranya adalah seperti berikut:

1. Pada masa kini PAAB hanya terlibat dalam pengurusan perolehan

dan projek selain pengurusan pendapatan dan pajakan.

2. Peranan operator air adalah terhad kepada memberikan input

yang berkaitan dengan keperluan umum pada peringkat

merancang dan merekabentuk.

3. Keperluan daripada operator air tidak dapat disampaikan dengan

tepat pada masanya dan berkesan oleh PAAB. Oleh itu, terdapat

banyak keadaan dimana barangan atau sistem yang dihantar

tidak memenuhi objektif, pawaian dan keperluan pengendali air.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Bagi memperbaiki mutu sistem yang ada pada masa kini,

beberapa cadangan telah dikenalpasti, antaranya:

1. PAAB sewajarnya menumpukan kepada pembiayaan, hasil dan

pengurusan pajakan berbanding sekarang yang terbabit dalam

pemerolehan dan projek pengurusan.

2. Disamping berperanan dalam menghasilkan air berkualiti,

operator air juga diberikan hak terhadap perancangan projek,

perolehan kerja dan melaksanakan projek dan seterusnya

memainkan peranan sama dalam pengurusan projek.

3. PAAB bertindak sebagai penilai bebas untuk sesebuah projek

Rasional kepada cadangan yang diusulkan oleh SAMB ini

berlandaskan kepada beberapa faktor umpamanya operator air adalah

agensi terbaik untuk menentukan apa yang diperlukan dan apa yang

baik bagi operasi dan penyelenggaraan sistem pembekalan air berkaitan

kemudahan mereka. Oleh itu, permintaan terhadap sistem bekalan air

akan bertambah baik dengan tindakan segera oleh pihak operator air

terhadap sebarang aduan kerosakan.

Pelaksanaan projek di bawah pengurusan operator air dapat

memendekkan tempoh masa serta mengurangkan kos yang berkaitan

dengan modal dan penyelenggaraan kerana kedua-dua kos adalah

sebahagian dari perbelanjaan dalam pengiraan unit kos pengeluaran air.

Secara tidak langsung PAAB juga dapat menjimatkan perbelanjaan dari

segi peralatan, tenaga kerja dan pentadbiran pejabat dalam pengurusan

sesebuah projek. Dalam masa yang sama, PAAB boleh memainkan

peranan sebagai penilai bebas untuk memastikan pembiayaan dan kerja

dilaksanakan seperti yang diharapkan.

Water Leaders Forum 2017

Air Johor : Sumber & Bekalan

8

Biografi

Pembentang

Tan Sri Dato’ Ir. Syed

Muhammad Shahabuddin

SMHB Sdn. Bhd./ Akademi Sains Malaysia

Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabudin merupakan

Non-Executive Chairman di Syarikat Perundingan Kejuruteraan,

SMHB Sdn. Bhd. Beliau merupakan Jurutera Bertauliah (Chartered

Engineer) dan juga Chartered Water and Environmental Manager,

UK dan telah berkecimpung dalam bidang air selama lebih dari

48 tahun. Beliau merupakan graduan dari Plymouth College

of Technology dalam bidang Kejuruteraan Awam dan telah

memulakan pekerjaannya pada tahun 1963 sebagai jurutera di

ibu pejabat JKR sebelum ditempatkan ke JKR Selangor dan JKR

Penang.

Pada tahun 1973, beliau telah diarahkan berkhidmat

untuk Penang Water Authority yang baru sahaja ditubuhkan pada

ketika beliau sebagai Ketua Eksekutif Kejuruteraan. Pada 1975,

beliau menyertai Syarikat Perunding Kejuruteraan, Binnie and

Partners Malaysia dan memulakan kerjayanya sebagai perunding

kejuruteraan. Beliau memiliki pengalaman yang luas dan telah

membabitkan diri dalam projek perancangan dan pengurusan

Water Leaders Forum 2017

selain mengawasi pembinaan kejuruteraan awam yang utama

dan projek infrastruktur, terutamanya dalam sektor air dan sisa

air di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Beliau juga berkhidmat aktif dalam beberapa pertubuhan

sukarela dan juga merupakan bekas Pengerusi Association

of Consulting Engineers Malaysia (1985-1987) dan Presiden

Malaysian Water Association (MWA) selama 12 tahun

sehingga April 2007. Beliau juga merupakan Immediate Past

Chairperson of the Malaysian Water Partnership (MWP) selama

4 tahun sehingga April 2004 dan menjadi Ahli Lembaga Urus

Air Selangor (LUAS) dari 1999-2012. Pada tahun 2010, beliau

telah dinobatkan sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

Kini, beliau merupakan Pengerusi Task Force for Water Demand

Management.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 8

Ensuring a Win-Win Water Partnership between the State

and Federal Entities

Pembentang : Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabuddin

SMHB Sdn. Bhd. / Akademi Sains Malaysia

Kejayaan mana-mana pengurusan air pintar bukan sahaja

terletak pada menambahbaikkan teknologi tetapi juga

dalam melibatkan, memujuk, dan menyediakan pelbagai pihak

berkepentingan untuk berkongsi dan terlibat di dalamnya (Forum

Air Sedunia ke-7, 2015). Pihak berkepentingan harus terlibat

secara terbuka untuk membincangkan manfaat sosial, ekonomi

dan ekologi bersama dalam semangat situasi menang-menang.

Aspek penting dalam sebarang perbincangan adalah dalam

menghargai air dan ia telah disepadukan ke dalam pengurusan air

untuk mencapai hasil yang lebih cekap, saksama dan mampan.

Kelancaran pelaksanaan pelan tindakan adalah sama pentingnya

untuk mengelakkan sebarang kesalahfahaman yang mungkin.

Memandangkan air adalah hal ehwal negeri, negeri menjadi

pihak berkepentingan utama bersama-sama pihak berkepentingan

lain di dalam negeri, seperti agensi dan jabatan kerajaan negeri,

pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, pihak pemaju

bandar, pengguna air perindustrian dan pertanian, ahli politik

dan orang awam. Entiti persekutuan termasuk institusi air seperti

SPAN, PAAB dan lain-lain kementerian dan jabatan yang berkait

rapat dengan tadbir urus air dan pembiayaan usaha air.

Ujian sebenar dalam pengurusan air pintar adalah

pada saat bertindak balas semasa kekurangan air dan musim

Water Leaders Forum 2017

kemarau. Australian Water Partnership telah mencadangkan

enam langkah dalam membangunkan Panduan Air yang mana

setiap langkah mewakili unsur utama dalam pengurusan sumber

air yang penting, iaitu :

1. Melibatkan pihak berkepentingan dan memastikan

pengurusan penyertaan.

2. Memahami sumber air dan risiko kepada ketersediaan air.

3. Memahami permintaan air.

4. Memperuntukkan air antara pengguna.

5. Memastikan akses pengguna kepada air.

6. Meningkatkan kecekapan sistem.

Dalam konteks Malaysia, satu “perkongsian air menangmenang”

perlu digalakkan, terutamanya di peringkat negeri,

dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan yang boleh

membawa kejayaan dalam pengurusan air pintar, kemungkinan

bersama enam langkah yang dinyatakan di atas walaupun tidak

semestinya dalam urutan yang ditunjukkan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

9

Biografi

Pembentang

Prof. Dato’ Mazlin bin Mokhtar

Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM

Prof. Dato „Dr. Mazlin Mokhtar adalah Profesor dalam

Kimia Alam Sekitar. Kepakaran penyelidikannya adalah dalam

Sains Kelestarian dan Urus Tadbir. Beliau memperoleh Ijazah

Sarjana Muda Sains dalam Kimia dari University Tasmania,

Australia, pada tahun 1988.

Beliau aktif dalam pelbagai organisasi. Di antara

jawatankuasa beliau di peringkat Nasional dan global adalah Ahli

dan bekas Jawatankuasa Eksekutif (2005-2009) Kerjasama Air

Malaysia (MyWP) berkait dengan Perkongsian Air Global (GWP),

Sweden, Bekas Pengurus Negara (2005-2008), MyCapNet

(Malaysia Capacity Building untuk Pengurusan Sumber Air

Bersepadu, IWRM) iaitu berkait rapat dengan International Cap

Net; dan Pengerusi Kumpulan Penyelidikan Lembangan Sungai

Langat yang berkerjasama dengan rangkaian UNESCO-HELP,

yang berpusat di Paris dan melibat-kan lebih dari 90 lembangan

sungai dari lebih 65 buah negara.

Water Leaders Forum 2017

Prof Mazlin juga telah menerbitkan lebih daripada 180

artikel jurnal dan buku diantaranya berkenaan subjek kimia

analisis alam sekitar, sains dan urus tadbir kemampanan, IWRM,

Pengurusan Bahan Kimia dan perubahan iklim. Prof. Dato Mazlin

juga telah dianugerahkan Fellowship dan profesor jemputan di

IAEA-Monaco, UNRI-Indonesia, Kyoto Universiti, dan United

Ntation Universiti, Jepun. Beliau dianugerahi anugerah Paduka

Mahkota Perak (PMP) pada tahun 2002 oleh Sultan Perak Darul

Ridzuan sebagai pengiktirafan perkhidmatan akademik dan

profesionalnya kepada masyarakat.

Air Johor : Sumber & Bekalan

KERTAS KERJA 9

Integrated River Basin Management :

Time for Stronger Action

Pembentang : Prof. Dato’ Mazlin bin Mokhtar

Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM

Malaysia mempunyai berbagai institut, dasar dan strategi yang

bagus selain pakar yang berkemahiran daripada pelbagai

cabang ilmu. Sebagai contoh Akademi Sains Malaysia bertindak

memberi input strategik kepada kerajaan dan orang ramai dalam

menangani isu-isu kritikal bagi perkara-perkara yang berkaitan

dengan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. MyForesight

pula merupakan satu program bagi memandu kerajaan dan

industri mengkaji secara sistematik prospek teknologi perniagaan

masa hadapan yang strategik, baik di peringkat nasional mahupun

global.

Walaupun pencapaian Malaysia dalam bidang pendidikan

dan ekonomi berada pada tahap membanggakan, namun

pencapaian indeks prestasi alam sekitar (EPI) masih lemah

bahkan kualiti alam sekitar seringkali diberi kurang perhatian

terutamanya dalam pengurusan lembangan sungai yang

merentasi sempadan. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor

seperti kekurangan kepimpinan pro-aktif samada di peringkat

individu, institusi mahupun pihak berkuasa tempatan. Oleh

kerana pembangunan lestari bergantung kepada keseimbangan

antara semua matlamat pembangunan lestari (SDG), termasuk

SDG6, maka adalah penting untuk menghubungkan SDG6

dengan semua matlamat pembangunan lestari lain.

Water Leaders Forum 2017

Oleh itu kepimpinan proaktif dan berkesan secara individu

dan institusi melalui pendekatan top-down dan bottom-up adalah

penting untuk memastikan pelaksanaan dasar yang lebih kuat

bagi mendapatkan hasil pengurusan lembangan sungai yang lebih

baik. Kepimpinan proaktif di kalangan pihak berkuasa tempatan

dan individu boleh digalak dan dipupuk melalui petunjuk prestasi

utama yang inovatif dan kreatif selain menyediakan khidmatan

latihan serta sistem pendidikan yang sesuai.

Pemilihan pihak berkuasa tempatan yang sesuai untuk

melaksanakan dasar dan penguatkuasaan juga penting

bagi memastikan impak pengurusan sungai lebih berkesan.

Kepimpinan yang cekap dapat meningkatkan lagi hubungan

kerjasama dengan sektor awam, swasta dan masyarakat untuk

menjadi lebih berbilang tugas serta meningkatkan kesedaran

melalui aktiviti yang dijalankan. Pihak berkepentingan juga

seharusnya diberi motivasi supaya lebih komited dalam

mengekalkan persekitaran lestari. Begitu juga penglibatan pihak

berkepentingan daripada pelbagai bidang ilmu seperti sains,

sains sosial dan kemanusiaan dalam aspek pengurusan sungai

dapat memastikan kualiti pengurusan terkawal di setiap peringkat

bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

WATER LEADERS FORUM 2017

Water Leaders Forum 2017 (WLF17) telah berlangsung

pada 2 & 3 Oktober 2017 di Hotel Mutiara, Johor Bahru dengan

tema Water as a Resource and for Livelihood. Forum ini telah

dihadiri oleh 74 peserta terpilih dari kalangan Pegawai-Pegawai

Kanan agensi pusat dan negeri, Industri air, NGO dan ahli

akedemik. WLF 17 telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed

Khalid bin Nordin, Menteri Besar Johor. Ini diikuti ucapan aluan

oleh YB. Datuk Ir Hj Hasni bin Mohammad selaku Pengerusi

WLF17. Forum ini dibahagikan kepada tiga sessi pembentangan

iaitu 1) Pengurusan Lembangan 2) Sumber air alternatif dan 3)

Pemantapan Industri Air dan juga perbincangan di akhir setiap

sessi. Sessi pembentangan terdiri dari dua ucaptama dan

sembilan pembetangan jemputan seperti berikut:

1. Ucaptama I : Recipe for Water Management Successes

in Singapore

(H.E Masagos Zulkifl i Bin Masagos Mohamad, Menteri

Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura)

2. Ucaptama II : A Decade of Water Industry Reform: Time

to Refl ect

Water Leaders Forum 2017

(Dato’ Teo Yen Hua, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif

Pertama SPAN)

3. Integrated River Basin Management: Time for Stronger

Action

(Prof Dato’ Mazlin Mokhtar, UKM/Akademi Sains

Malaysia)

4. Success story of IRBM in Kali Brantas, Indonesia

(Bapak Fahmi Hidayat, Timbalan Pengarah Hal Ehwal

Teknikal Jasa Titra 1)

5. Success Story of Rainwater Harvesting in Star City,

Korea

(Prof Moo Young Han, Seoul University of Korea)

6. Success Story of Groundwater Utilization in Kumamoto,

Japan

(Dr Kotaro Takemura, Secretary General, Japan Water

Forum)

7. Making Desalination a Viable Option

(Dr Zhou Thong, Deputy General Manager, UES

Holding Pte. Ltd., Singapore)

8. Groundwater Potential and Misconception in Malaysia

(Datuk Ir Dr Azuhan Mohamed, Ketua Pengarah

NAHRIM)

9. Challenges in Water Supply Industry Reform in Malaysia

(Datuk Ir Mohd Khalid Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Air Melaka)

10. Ensuring a Win-Win Water Partnership between the

State and Federal Entities

(Tan Sri Dato’ Ir. Syed Muhammad Shahabuddin,

SMHB/Akademi Sains Malaysia)

11. Water Sustainability: The Roles of NGO and the Public

(Datuk Kadir Din, President of Malaysian Water

Association)

Air Johor : Sumber & Bekalan

Berdasarkan pembentangan dan sesi perbincangan,

WLF17 telah mengariskan 12 resolusi seperti berikut :

1. Memanfaatkan sumber air hujan secara berkesan

Dengan jumlah hujan dan bilangan hari hujan yang tinggi,

strategi belakan air negeri Johor perlu memanfaatkan

sumber air hujan secara berkesan dengan mencontohi

kejayaan skim penuaian air hujan (SPAH) berskala

besar seperti di Star City, Korea dan Sponge City,

Cina. Dengan kualiti yang baik, air hujan hanya

memerlukan rawatan minimal dan kos pengepaman

juga lebih rendah berbanding skim pemindahan air

antara tadahan kerana fasiliti SPAH boleh dibangunkan

berhampiran dengan jaringan bekalan air yang sedia

ada. Forum juga mengambil maklum kebaikan SPAH

dalam mengurangkan kejadian banjir kilat.

2. Penggunaan secara konjunktif potensi air bumi

dengan air sungai

Menyedari potensi air bumi untuk digunakan secara

konjunktif dengan air sungai, langkah-langkah yang

lebih proaktif perlu disegerakan, termasuk penilaian

potensi air bumi secara terperinci dengan menggunakan

teknologi pemetaan yang terkini. Maklumat ini menjadi

asas kepada perancangan dan pengurusan sumber air

jangka panjang.

3. Membangunkan satu garis panduan bagi

pengurusan air bumi yang lestari

Mengambil maklum bahawa bekalan air bumi tidak

terkesan dengan ketidaktentuan iklim, justeru dapat

mengurangkan risiko krisis semasa musim kemarau.

Water Leaders Forum 2017

Satu garis panduan perlu dibangunkan bagi memastikan

pengurusan air bumi yang lestari. Kerajaan negeri

boleh mempelajari kisah kejayaan pengurusan air bumi

di Kumamoto, Jepun.

4. Pembetulan persepsi penggunaan air bumi

Forum juga mengambil maklum berhubung salah

tangapan terhadap air bumi yang tidak berasaskan

bukti-bukti saintifik dan boleh menganggu perancangan

pembangunan air bumi. Oleh yang demikian sesi

penerangan perlu digiatkan terutama di kalangan

pengubal dasar dan pelaksana.

5. Perlaksanaan teknologi penyahgaraman yang lebih

efektif

Memandangkan kemajuan teknologi penyahgaraman

(desalination) yang begitu pesat, opsyen ini dijangka

akan menjadi lebih kos-efektif dalam masa terdekat.

Forum dimaklumkan bahawa kos penghasilan air

penyahgaraman bersasaskan senario di sekitar Johor

Bahru dianggarkan antara RM 2.50 - RM 3.00 /m3.

Kerajaan Negeri disaran mempertimbangkan teknologi

ini terutama untuk pembangunan kawasan mewah

yang terletak jauh dari jaringan bekalan air sedia ada.

Kos sebenar penghasilan air seperti kos pembinaan

empangan, pemasangan paip dan kos pengepaman

dari sumber yang jauh, teknologi penyahgaraman

dijangka akan lebih kos effektif pada masa akan datang.

6. Program kesedaran awam terhadap alam sekitar

Demi memperluaskan penglibatan orang ramai dalam

penjagaan sumber air, program kesedaran awam

Air Johor : Sumber & Bekalan

hendaklah ditingkatkan secara lebih terancang dan

merata dengan melibatkan NGO dan masyarakat

tempatan. Pendidikan alam sekitar perlu dimasukkan

dalam kurikulum sekolah dan disokong oleh aktiviti

luar darjah agar ilmu yang dipelajari dapat dihayati

sepenuhnya.

7. Penerusan dengan lebih agresif proses

penghijrahan (migration) operator air

Demi kelangsungann industri air, proses penghijrahan

(migration) operator air perlu diteruskan dengan lebih

agresif. Pada masa ini operator yang telah berhijrah

menunjukkan kemajuan yang lebih baik ke arah full

cost recovery berbanding yang tidak berhijrah.

8. Semakan tarif dari semasa ke semasa

Menyedari hakikat bahawa kos CAPEX dan OPEX

untuk menyediakan air bersih semakin meningkat,

semakan tarif dari semasa ke semasa tidak dapat

dielakkan bagi memastikan kelangsungan industri

air. Walau bagaimanapun proses kenaikan tarif perlu

lebih telus dan mengambil kira kepentingan pengguna.

Dalam masa yang sama isu air tidak harus dipolitikkan.

9. Peluang lebih terbuka kepada operator air untuk

membangunkan dan melaksanakan projek bekalan

air

PAAB perlu lebih terbuka dengan memberi peluang

kepada operator air yang berkeupayaan untuk

membangunkan dan melaksanakan projek bekalan air

selagi ia selari dengan model perniagaan. Perlu ada

perkongsian pintar antara kerajaan negeri, operator

Water Leaders Forum 2017

air dan PAAB di peringkat perancangan dan perlaksanaan

projek. Isu lain yang dibangkitkan termasuk pembayaran

hutang asset air yang telah lapok dan kadar faedah.

Secara umum PAAB digesa agar menyemak operasinya

supaya selaras dengan misi asal penubuhan SPAN.

10. Menyemak peranan dan fungsi PAAB

Demi memastikan perkongsian pintar antara agensi pusat

dan negeri, juga antara operator air dan kerajaan negeri,

SPAN digesa agar memain peranan yang lebih berkesan.

Menyedari perniagaan air yang bersifat monopoli, peranan

SPAN dalam mengimbangi model perniagaan air yang adil

dan berdaya maju agak mencabar.

11. Menyokong program pengurusan air di setiap negeri

Dengan kedudukan kewangan SPAN semakan kukuh,

SPAN disaran agar melaburkan semula sebahagain

pendapatannya bagi menyokong program pengurusan air

di negeri-negeri.

12. Cadangan penerusan program Water Leader Forum

Peserta forum menghargai penganjuran Water Leaders

Forum oleh Johor Water Forum dan mencadangkan agar

program seperti ini dapat diteruskan. Skop perbincangan

juga perlu diperluaskan dengan mengambil kira

keperluan untuk pertanian dan perladangan dan perlunya

mengelakkan berlakunya konflik agihan/penggunaan.

Air Johor : Sumber & Bekalan

Ringkasan

Water Leaders Forum 2017

Memanfaatkan

sumber air hujan

secara berkesan

Membangunkan

satu garis panduan

potensi air

Program

bagi pengurusan

yang lestari

6

Kesedaran Awam

terhadap

Alam Sekitar

8

Semakan

Tarif

dari semasa ke semasa

1 2

Penggunaan

secara konjunktif

potensi air bumi

dengan air sungai

3 4

Persepsi

5

Perlaksanaan

Teknologi

Penyahgaraman

yang lebih efektif

9

Peluang lebih terbuka

operator air

kepada untuk membangunkan dan

melaksanakan projek bekalan air

Menyemak

& Fungsi

10Peranan

PAAB

Pembetulan

penggunaan air bumi

Menyasarkan7

Penerusan dengan lebih agresif

Proses Penghijrahan

(Migration)

operator air

11

Menyokong Program

Pengurusan

Air

di setiap negeri

Cadangan penerusan

12Program

WLF

Water Leaders Forum

GALERI GAMBAR

KERATAN AKHBAR

Sinar, 3 Oktober 2017

Harian Metro, 3 Oktober 2017

Sinar, 3 Oktober 2017

Berita Harian, 3 Oktober 2017

Harian Metro, 3 Oktober 2017

New Straits Times, 3 Oktober 2017

Berita Harian, 4 Oktober 2017

Utusan Online, 8 Ogos 2017

Sinar Harian, 5 Oktober 2017

20 December 2015

Utusan online, 17 September 2017

Metro News, 20 November 2015

JOHOR

SUMBER & BEKALAN

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!