01.05.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN UMT 2017

LAPORAN TAHUNAN UMT 2017

LAPORAN TAHUNAN UMT 2017

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tahun 2017 turut menyaksikan pencapaian yang membanggakan oleh Badan Beruniform Pelajar

apabila Saudara Mohd Safarez Bin Tiffin dari PPIMG adalah seorang anggota kadet PALAPES yang

memenangi Anugerah Pedang Kehormat di dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan

Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam yang ke-36 bertempat di Universiti Teknologi Mara

(UiTM) Shah Alam. Pentauliahan ini melibatkan seramai 1,832 kadet PALAPES dari 18 universiti awam

di seluruh negara.

Pengajaran dan Pembelajaran – Pendidikan Fleksibel

Dalam konteks landskap pendidikan tinggi yang kian berubah dan berkembang, pendidikan fleksibel

merupakan masa depan pendidikan tinggi negara. Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan melalui

Teaching Accountancy Firm (TAF) telah mendapat dua pengiktirafan di peringkat kebangsaan pada

tahun 2017 iaitu Naib Johan - Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi

Malaysia 2017 (Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif) dan Naib Johan - Academia-

Industry Collaboration Award 2017. TAF merupakan revolusi dalam landskap pengajian perakaunan

di Malaysia dan insiatif yang pertama seumpamanya di dunia. Kejayaan ini membuktikan bahawa TAF

telah mendapat pengiktirafan di peringkat KPT dan menjadi faktor “WOW” kepada Program Pengajian

Perakaunan di UMT.

Selain itu, UMT menjalinkan kerjasama dengan Open Learning Global (M) Sdn. Bhd. untuk menyahut

saranan KPT dalam mewujudkan konsep pendidikan fleksibel yang membolehkan penawaran sijil-sijil

kursus kepada pelajar di seluruh dunia serta menjana pendapatan universiti menerusi penggunaan

teknologi Open Learning Global (OLG).

Kadar Kebolehpasaran Graduan

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kadar kebolehpasaran graduan telah melebihi kadar sasaran yang

ditetapkan iaitu 70% dengan pencapaian pada tahun 2017 sebanyak 73.22% berbanding 70.13% pada

tahun 2016. Peningkatan ini adalah hasil usaha gigih pelbagai pihak untuk meningkatkan kerjasama

dengan industri serta pelbagai program perkongsian alumni UMT dengan para pelajar. Peningkatan

ini membuktikan bahawa graduan UMT sememangnya berkualiti dan mampu bersaing di pasaran

kerja.

Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, permohonan UMT sebagai Universiti Peneraju

Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Maritim telah diluluskan oleh KPT pada 6 Julai 2017.

KPT meluluskan dana sebanyak RM1 juta kepada UMT untuk menjalankan program-program dan

inisiatif yang menepati syarat kebolehpasaran graduan.

Laporan Naib Canselor

39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!