01.05.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN UMT 2017

LAPORAN TAHUNAN UMT 2017

LAPORAN TAHUNAN UMT 2017

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Konsep industri dalam kampus ini bukanlah idea yang baharu dan merupakan satu sumbangan

yang besar dalam bidang perakaunan. Walau kelihatan mustahil pada permulaannya, namun diusia

penubuhan yang masih muda, konsep dan pelaksanaan TAF telah diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Julangan trofi Naib Johan bagi Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi

Malaysia 2017 (Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif) dan Naib Johan bagi Academia-

Industry Collaboration Award 2017 telah membuktikan kredibiliti program ini.

TAF merupakan revolusi dalam landskap pendidikan pengajian tinggi di Malaysia. Hasil inovasi

kurikulum pengajian berasaskan Work-Based Learning (WBL) ini adalah selari dengan aspirasi KPT

dalam memperkenalkan konsep pengajian berasaskan industri yang dinamakan sebagai program

2u2i. Instrumen pelaksanaan mod 2u2i untuk program Sarjana Muda Perakaunan UMT diolah dengan

menawarkan lima kursus elektif TAF. Melalui kursus-kursus tersebut, pelajar didedahkan dengan

pengalaman industri dalam menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada klien TAF dengan

penyeliaan, pemantauan dan penilaian secara sistematik oleh pihak universiti dan industri.

Sehingga kini, program 2u2i melalui TAF telah berjaya memberikan pengalaman industri kepada

175 pelajar yang mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus TAF. Melalui TAF, pelajar didedahkan

dengan kerja-kerja perkhidmatan perakaunan sebenar iaitu perakaunan, pengauditan, percukaian,

kesetiausahaan dan konsultasi perniagaan. Malahan, TAF memberi peluang kepada pelajar untuk

menjana pendapatan melalui bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan. Program 2u2i melalui TAF,

yang memberi nilai tambah dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar, adalah jalinan usahasama

strategik universiti-industri yang praktikal dalam menyediakan graduan yang lebih tersedia untuk

industri perkhidmatan perakaunan.

64

Laporan Tahunan

Universiti Malaysia Terengganu 2017

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!