15.12.2012 Views

Perutusan JKTNg 102011 - PPPN Pahang

Perutusan JKTNg 102011 - PPPN Pahang

Perutusan JKTNg 102011 - PPPN Pahang

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

PERUTUSAN PENGERUSI

(MESYUARAT JKTNg Bil. 10/2011 PADA 29 DISEMBER 2011)

1. MAKLUMAN PERTUKARAN KETUA JABATAN

[a] Pengarah MARA Negeri Pahang, Encik Salemi bin

Yusoff, mula bertugas pada 1 Disember 2011

menggantikan Encik Azunaidey bin Bakar.

2. TEGURAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN

2010

[a] Saya ingin menarik perhatian berkenaan beberapa

teguran di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun

2010 terhadap pelaksanaan projek/ bekalan/

perkhidmatan oleh beberapa agensi Kerajaan.

[b] Teguran tersebut antara lain berkenaan ketidakpatuhan

kepada prosedur, peraturan dan pekeliling kewangan

yang ditetapkan. Antara teguran audit ialah harga dan

nilai projek/ bekalan yang tidak munasabah, pelanggaran

kepada prosedur dan peraturan kewangan, tidak ada

pemantauan berterusan ke atas pelaksanaan projek/

program yang dilaksanakan, berlaku perbelanjaan

melebihi peruntukan, pemalsuan tandatangan serta

1

eberapa dokumen yang tidak lengkap seperti tiada minit

mesyuarat jawatankuasa sebut harga, tidak ada

pelantikan rasmi mengenai keanggotaan jawatankuasa

sebut harga dan seumpamanya.

[c] Sehubungan ini, saya ingin menegaskan kepada semua

ketua-ketua jabatan supaya mengambil pengajaran

daripada teguran audit supaya ianya tidak berlaku pada

tahun 2012. Selaras dengan ini, saya berharap YH

Dato’/Tuan/Puan selaku ketua jabatan memastikan setiap

pelaksanaan projek/ program/ bekalan/ perkhidmatan

yang diuruskan hendaklah mematuhi peraturan, prosedur

dan pekeliling kewangan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Kewangan/ Kewangan Negeri/ Kementerian/

Pihak Berkuasa Tempatan. Di samping itu, aspek integriti

hendaklah diterapkan kepada segenap lapisan pegawai

dan kakitangan serta pemantauan berterusan oleh ketua-

ketua jabatan.

3. PROGRAM KEMISKINAN

[a] Saya ingin memaklumkan mengenai status verifikasi

terbuka yang dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan

Persekutuan Negeri Pahang bersama Pejabat-pejabat

Daerah sepanjang tahun 2011. Hasil daripada selesainya

verifikasi tersebut maklumat eKasih terkini (sehingga 28

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

2

Disember 2011) adalah seperti berikut iaitu miskin tegar

(86), miskin (2,789), mudah miskin (9,727) dan terkeluar

(1,897). Ini adalah verifikasi yang dibuat ke atas 14,499

Ketua Isi Rumah seluruh Negeri Pahang.

[b] Berhubung dengan Bank Data Kemiskinan eKasih, saya

dimaklumkan bahawa sistem eKasih telah mendapat

pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu

saya menyeru semua jabatan dan agensi agar menyokong

sepenuhnya penggunaan eKasih ini khususnya dalam

memastikan golongan yang layak dapat diberi bantuan.

Bagi memastikan sistem eKasih sentiasa relevan dari

masa ke semasa, saya meminta semua jabatan dan

agensi supaya sentiasa mengemaskini maklumat bantuan

serta memaklumkan nama yang tidak layak kepada SDO

untuk tindakan pelaksanaan pemutihan. Ini bagi

memastikan kredibiliti eKasih sentiasa relevan dan telus

untuk digunakan dalam program pembasmian kemiskinan.

Semua pegawai daerah sebagai Pengerusi Focus Group

Peringkat Daerah hendaklah menyelaras pelaksanaan

program pembasmian kemiskinan meliputi penyelarasan

bantuan kepada yang layak, menyelaras verifikasi terbuka

serta pelaksanaan pemutihan senarai eKasih.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

3

4. PRESTASI PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK

PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM (PIA)

DAN PROJEK INFRASTRUKTUR ASAS (PIAS) BAGI

TAHUN 2011

[a] Bagi projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA)

tahun 2011, PPPN Pahang telah menerima peruntukan

sebanyak RM14,265,250 bagi melaksanakan 277 projek

dan sehingga 29 Disember 2011, sebanyak

RM14,087,787.69 atau 98.76% berjaya dibelanjakan.

Seramai 277 kontraktor kelas F telah mendapat faedah di

bawah program ini.

[b] Manakala untuk Projek Infrastruktur Asas (PIAS), PPPN

Pahang telah menerima peruntukan sebanyak

RM31,016,750.00 bagi melaksanakan 464 projek dan

sehingga 29 Disember 2011, sebanyak RM30,316,651.20

atau 97.16% berjaya dibelanjakan. Seramai 463

kontraktor kelas F telah terlibat dengan projek PIAS ini.

[c] Untuk pelaksanaan PIA/PIAS 2012, saya ingin

mengingatkan khususnya agensi pelaksana iaitu pejabat-

pejabat daerah dan Jabatan Kerja Raya hendaklah

membuat persediaan lebih awal sebagaimana yang saya

sebutkan dahulu iaitu antaranya penyediaan ringkasan

projek (project’s brief), perbincangan awal dengan

pemimpin tempatan dan rakyat supaya projek yang akan

dilaksanakan diterima oleh semua pihak disamping

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

4

menentukan isu-isu seperti pemilihan tapak dan jajaran

diselesaikan awal. Ini adalah untuk memastikan

pelaksanaan projek PIA/PIAS 2012 terus dilaksanakan

sebaik sahaja peruntukan diluluskan.

5. CADANGAN NAMA PENGERUSI JAWATANKUASA

KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG 2012

Saya ingin menarik perhatian YH. Dato’-Dato’ Pegawai Daerah

berkenaan cadangan nama pengerusi Jawatankuasa Kemajuan

Dan Keselamatan Kampung (JKKK) hendaklah segera dihantar

ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (PPPN

Pahang). Sehingga kini hanya Daerah Bentong, Lipis, Rompin

Dan Temerloh sahaja yang telah menghantar senarai lengkap

dan mengikut format yang telah ditetapkan.

6. LAPORAN PEMBAYARAN BIL KERAJAAN NEGERI

PAHANG

[a] Saya ingin memaklumkan berkenaan Prestasi Pembayaran

Bil Kerajaan Negeri Pahang pada bulan November 2011

yang telah dibayar dalam tempoh 14 hari adalah 98.97%

manakala 1.03% dibayar melebihi 14 hari.

[b] Jabatan berkenaan di mana bil-bil yang dibayar melebihi

tempoh 14 hari ialah;

i) Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin – 34 bil

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

5

ii) Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang –13 bil

iii) Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis – 9 bil

iv) Pejabat Menteri Besar Dan

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

Setiausaha Kerajaan - 7 bil

v) Jabatan Agama Islam Pahang - 7 bil

vi) Jabatan Bekalan Air Pahang - 7 bil

vii) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang - 6 bil

viii) Pejabat Tanah dan Galian Negeri - 4 bil

ix) Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan – 4 bil

7. PENUTUPAN AKAUN JABATAN

[a] Saya ingin mengingatkan semua ketua jabatan mengenai

surat berkenaan Peraturan Penutupan Akaun Tahun

Kewangan 2011 bertarikh 14 Disember 2011 daripada

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang

(JANMP) berkenaan tarikh akhir tuntutan perbelanjaan

2011 yang menyatakan bahawa bagi baucar bayaran

mengurus/ pembangunan/ amanah dan deposit

hendaklah sampai kepada JANMP pada 22 Disember 2011

(perbelanjaan/ perkhidmatan yang disempurnakan

sebelum 22 Disember 2011). Manakala perbelanjaan

perkhidmatan yang disempurnakan pada 22 Disember

2011 sehingga 27 Disember 2011, tarikh akhir

penyerahan dokumen adalah 27 Disember 2011. Bagi

baucar bayaran AKB 2011, tarikh akhir

6

penghantarannya ialah 4 Januari 2012 (Rabu)

manakala bagi semua baucar kuiri, tarikh akhir

penghantaran kepada JANMP adalah 9 Januari

2012 (Isnin).

[b] Bagi tuntutan peruntukan Negeri, Pejabat Kewangan Dan

Perbendaharaan Negeri Pahang melalui surat berkenaan

Peraturan Penutupan Akaun Kerajaan Negeri Pahang

Tahun 2011 bertarikh 31 Oktober 2011 menyatakan

bahawa tarikh akhir bagi bayaran baucar secara manual

kepada Bendahari Negeri adalah pada 10 Januari 2011

(Selasa) kecuali bagi baucar jernal iaitu pada 20

Januari 2012 (Jumaat).

[c] Saya berharap ketua-ketua jabatan mengambil tindakan

sewajarnya dan memastikan baucar sampai ke JANMP

dan Bendahari Negeri pada tarikh yang disebutkan.

8. MAKLUMAN UJIAN MAMOGRAM SECARA PERCUMA DAN

PEMBERIAN SUBSIDI RM50 KEPADA WANITA

MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN MENGIKUT KADAR

PENDAPATAN

[a] Saya ingin memaklumkan bahawa Lembaga Penduduk

dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah

melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram sejak

bulan Mei 2007. Kos maksimum bagi ujian mamogram

yang dibenarkan di Semenanjung Malaysia adalah RM100.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

7

LPPKN akan membayar RM50 kepada pusat mamogram

yang dirujuk dan kos selebihnya akan ditanggung sendiri

oleh klien. Program ini pada awalnya hanya

mengkhususkan kepada wanita Warganegara Malaysia

atau penduduk tetap yang berpendapatan RM5,000 dan

ke bawah sahaja.

[b] Bagi membolehkan lebih ramai wanita tampil

melaksanakan ujian ini, LPPKN telah mendapat kelulusan

untuk melaksanakannya secara percuma berkuatkuasa 19

Oktober 2011 kepada wanita Warganegara Malaysia dan

penduduk tetap yang berisiko tinggi berumur 35 hingga

70 tahun dan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Ujian boleh dilakukan di mana-mana Pusat Mamogram

swasta yang berdaftar dengan LPPKN.

[c] Manakala bagi wanita berpendapatan RM5,001 dan ke

atas pula, klien yang dirujuk oleh LPPKN akan diberi

subsidi sebanyak RM50 (LPPKN akan menanggung

bayaran sebanyak RM50) dan kos selebihnya perlu

ditanggung sendiri oleh klien.

9. UCAPAN TAHUN BARU 2012

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada

semua ahli mesyuarat dan berharap kecemerlangan pada tahun

2011 dikekalkan dengan sentiasa berusaha meningkatkan

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

8

dedikasi dan komitmen supaya perkhidmatan awam kita lebih

berdaya maju, dinamik serta mampu memberikan yang terbaik

kepada stakeholders dan rakyat.

Bagi mendapatkan teks penuh perutusan saya di mesyuarat

JKTNg Bil. 10/2011 ini (hari ini), bolehlah melayari laman

web rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri

Pahang iaitu di alamat www.phg.icu.gov.my.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI PAHANG

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!