29.10.2018 Views

programbook_PAKIS18_ebook

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sekapur Sireh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah kepada warga Pusat Penyelidikan dan Inovasi,

seluruh jawatankuasa kerja program dan semua pihak yang terlibat di atas usaha dan kejayaan

menganjurkan program Pameran Kecemerlangan Inovasi Staf 2018 (PaKIS’18) buat

julung kalinya ini.

Penganjuran program bercirikan inovasi dan kreatif kali ini bertujuan memberikan pengiktirafan

kepada para perekacipta Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah berjaya melakar nama

di pentas inovasi berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Adalah diharapkan penganjuran PaKIS’18 ini meningkatkan daya saing yang positif dalam kalangan

warga institusi untuk mereka saling berkongsi pengalaman, mengingkatkan idea dan

kreativiti seterusnya tampil menghasilkan rekacipta yang lebih inovatif lagi berimpak di masa

hadapan.

Syabas dan tahniah buat para penerima anugerah. Jabatan amat memandang tinggi pencapaian

tuan/puan dan mendoakan agar pencapaian sebegini menjadi pencetus juga motivasi

bagi perekacipta yang lain di institusi untuk berlumba-lumba meneruskan legasi cemerlang ini

pada masa-masa akan datang.

Akhir kata, adalah diharapkan agar PaKIS’18 ini mencapai objektif dan matlamatnya. Saya yakin,

program ini mampu memberikan impak yang tersendiri kepada semua pihak yang terlibat.

Semoga usaha penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz

Ketua Pengarah

Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!