27.02.2019 Views

EBOOK senaman kesihatan diri dan kesejahteraan negara

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Selain itu , konsep gaya hidup sihat merupakan satu kempen aspirasi

kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas

dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Sasaran utama kempen

ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja dan pelajar institusi

pengajian tinggi (IPT). Empat komponen utama yang menjadi teras konsep gaya

hidup sihat ini ialah peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan,

peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress, peningkatan

pengetahuan dan amalan anti-merokok dan peningkatan pengetahuan dan amalan

sukan dan rekreasi.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengambil inisiatif mengajar

semua lapisan masyarakat bersenam dan mempelajari kaedah terkini untuk sentiasa

kekal cergas melalui gerakan FitMalaysia. Melalui konsep 3M (Mudah, Menarik dan

Murah), empat kegiatan utama iaitu larian, berbasikal ,seni mempertahankan diri dan

aktiviti kecergasan digalakkan. Antara lain ialah kempen gaya hidup sihat melalui

berjalan 10,000 langkah sehari mana mampu membakar lebih kurang 385 kalori dan

bersenam 20minit sehari.

Kementerian Kesihatan juga telah menyarankan agar semua agensi dan

Jabatan Kerajaan menyediakan kelengkapan senaman serta membenarkan

kakitangan awam bersenam semasa waktu pejabat sebagai langkah menggalakkan

pekerja mengamalkan cara hidup sihat.

Kerajaan juga menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan serta

pertubuhan bukan kerajaan memainkan peranan sebagai satu usaha secara

bersama dalam meningkatkan kualiti pekerja di negara ini agar sentiasa sihat dan

produktif. Ini adalah bertujuan bagi melahirkan pekerja yang cemerlang dan

berdisplin kerana tahap kesihatan yang baik memainkan peranan penting dalam

menyumbang kepada mutu kerja mereka pada negara.

EBOOK Senaman Demi Kesihatan Diri Dan Kesejahteraan Negara | Noraini Binti Mohamad Nor

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!