MINIT MESYUARAT JKP SURAU DARUL DAKWAH BILANGAN 3 TAHUN 2019
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN

SURAU DARUL DAKWAH KAMPUNG TENGAH BETONG ( BILANGAN 3 TAHUN 2019 )

Tarikh: 26 Oktober 2019 ( Sabtu )

Masa: 8.00 malam

Tempat: Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong

Senarai kehadiran;

Hadir

1. Penghulu Hj Abg Zawawie Bin Abg Abd Rajid Penasihat 1

2. KK Abang Isa Bin Abang Senawi Penasihat 2

3. Encik Abang Shafie Bin Abang Morni Pengerusi

4. Encik Abang Nurjayadi Bin Abang Kushairi Setiausaha ( Pencatat minit )

5. Puan Hajah Zahora Binti Haji Ali Bendahari

6. Encik Abdul Rahman Bin Ismail Ahli Jawatankuasa

7. Encik Sapuan Bin Abu Ahli Jawatankuasa

8. Encik Mahadir Bin Basni Ahli Jawatankuasa

9. Encik Ahim Bin Hussin Ahli Jawatankuasa

10.Encik Jopli Bin Mos

Ahli Jawatankuasa

11.Puan Salihah Binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa

12.Puan Dayang Misiah Binti Abang Willie

Ahli Jawatankuasa

Tidak Hadir ( Bersebab ):

1. Encik Hasbullah Bin Ahmad Timbalan Pengerusi

2. Encik Sarip Bin Liam Ahli Jawatankuasa

3. Encik Mortadza Bin Haji Zen Ahli Jawatankuasa

4. Encik Mohd Hasrol Bin Hashim Juru Audit Dalam

Agenda;

1. Ucapan Aluan Pengerusi;

2. Pengesahan Minit Mesyuarat JKP Bilangan 2 Tahun 2019;

3. Perkara-perkara Berbangkit dalam Maklum Balas Minit Mesyuarat JKP

Bilangan 2 Tahun 2019;

4. Laporan Aktiviti oleh Setiausaha;

5. Laporan Kewangan oleh Bendahari;

6. Hal-hal lain.

Bil Perkara Tindakan

1. Ucapan Aluan Pengerusi;

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Ayahanda Penghulu dan Ketua Kampung Tengah di atas kesudian bersama

dalam mesyuarat kali ini

Makluman

1.2 Pengerusi mengharapkan komitmen daripada semua ahli jawatankuasa dalam

menjayakan perjalanan mesyuarat ini.

Makluman

MESYUARAT JKP SDD BIL.3/2019 1
1.3. Ahli mesyuarat merakamkan ucapan takziah kepada Encik Sapuan Bin Abu di

atas pemergian bonda Tiut Binti Tahir.

Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat JKP Surau Darul Dakwah

Bilangan 2 Tahun 2019

2.1. Ahli mesyuarat sebulat suara mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa

Pengurusan Surau Darul Dakwah Bilangan 2 Tahun 2019.

Minit dicadang untuk disahkan oleh:

Pencadang: KK Abang Isa Bin Abang Senawi

Penyokong: Puan Hajah Zahora Binti Haji Ali

Setiausaha

3.Perkara-perkara Berbangkit Dalam Maklum Balas

Minit Mesyuarat JKP Bilangan 2 Tahun 2019;

3.1. Perkara 3.3 – Ahli mesyuarat menerima permintaan daripada Encik Abd

Rahman Bin Ismail yang tidak mahu menerima bayaran Elaun Imam atas

dasar keikhlasan hati berbakti kepada Surau Darul Dakwah.

Bendahari

3.2. Perkara 3.5 – Encik Mahadir memaklumkan bahawa beliau masih belum

dapat menetapkan tarikh yang bersesuaian atas faktor kesibukan tugas rasmi.

Pegawai Aset

3.3. Perkara 3.7 – Cadangan tersebut dibatalkan atas sebab tidak praktikal untuk

dilaksanakan.

Makluman

3.4. Perkara 3.8 – Akan dilaksanakan oleh Bendahari bersama-sama Juru Audit

Dalam.

Bendahari/

Juru Audit Dalam

3.5. Perkara 6.2 – Pembelian kain seragam AJK surau telah dibuat oleh Encik

Sarip Bin Liam. Semua AJK dipohon menghantar contoh baju kepada Puan

Salihah Binti Sulaiman untuk proses penyediaan baju.

Semua AJK/

Puan Salihah

3.6. Perkara 6.4 – Setiausaha akan mengurus penyediaan Surat Waqaf Tanah dan

Geran Tanah surau untuk dikepilkan bersama permohonan naik taraf surau.

Setiausaha

4. Laporan Aktiviti JKP Surau Darul Dakwah oleh Setiausaha

4.1. Ahli mesyuarat sebulat suara menerima pelaporan aktiviti oleh Setiausaha

seperti butiran berikut;

Aktiviti Tarikh Tempat Catatan

Program Tahsin Al-Quran

Peringkat Bahagian

Betong

Program Ibadah Korban

2019

22 Julai 19 Masjid Nur

Islam Bungin

13 Ogos 19 Surau Darul

Dakwah

Dihadiri Pengerusi,Pn

Dyg Julia dan Pn

Suzana

Kolaborasi bersama

PKI JKR Betong

Setiausaha

MESYUARAT JKP SDD BIL.3/2019 2
Sambutan Awal

Muharram

Pertandingan Tarhim,

Azan dan Iqamah

Majlis Tazkirah : Al-

Fatihah Jalan

Pensyahadahan

31 Ogos 19 Surau Darul

Dakwah

01 Sept 19 Dewan Al-

Husna MJB

24 Okt 19 Surau Darul

Dakwah

5. Laporan Kewangan JKP Surau Darul Dakwah oleh Bendahari

Solat Hajat untuk

kejayaan anak-anak

kampong

Adik Muhd Fairuz dan

Muhd Shazrul

mendapat tempat ke-3

dan Juara kategori

masing-masing

Disampaikan oleh Ust

Affendi bin Ismail

5.1 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Laporan Kewangan yang

dikemukakan oleh Bendahari seperti pada Lampiran A.

Bendahari

5.2. Rekod perolehan dan perbelanjaan wang JKP yang telah dibuat bermula

bulan Mei hingga Oktober 2019 adalah seperti berikut;

Bulan Perolehan(RM) Perbelanjaan (RM)

Mei 10,000.00 5,335.20

Jun - 4,276.70

Julai 205.00 612.60

Ogos 5,400.00 1,422.90

September 117.00 3,501.00

Oktober - 2,873.95

Jumlah 15,722.00 18,022.35

6. Hal-Hal Lain

Makluman

6.1. Ahli mesyuarat bersetuju untuk menghantar kontinjen daripada Kampung

Tengah Betong bagi menyertai Perarakan bersempena Sambutan Maulidur

Rasul anjuran JKP Masjid Jamek Betong. Penyertaan akan berkolaborasi

bersama KRT, PPWS dan JKKK Kampung Tengah Betong. Makan minum

peserta akan disediakan oleh pihak JKP Surau Darul Dakwah.

Semua AJK

6.2. Senarai nama peserta yang akan menyertai Program Ibadah Korban

Peringkat Surau Darul Dakwah Tahun 2020 adalah seperti berikut;

-Puan Hajah Zahora

-KK Abang Isa

-Puan Hajah Dayang Pandak

-Puan Sapura

-Penghulu Hj Abg Zawawie

-Puan Suzana Edit

-Cik Dyg Jaleha

-Puan Dyg Saenah

Semua AJK

-Masih terdapat 4 kekosongan bagi melengkapkan senarai tersebut. Peserta

program akan diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program serta

tatacara pembayaran yang telah dipersetujui oleh JKP surau.

MESYUARAT JKP SDD BIL.3/2019 3
6.3. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan menjemput Ustaz Affendi Bin

Ismail untuk aktiviti ceramah agama bersempena Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat Kampung Tengah Betong yang akan datang.

Setiausaha

6.4. Ahli mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan mengadakan kelas fardhu

kifayah dan fardhu ain yang akan dikendalikan oleh Ustaz Affendi sebulan

sekali. Pengerusi dan setiausaha akan menghubungi Ustaz Affendi bagi

mendapatkan persetujuan menjayakan aktiviti ini.

Pengerusi/

Setiausaha

6.5. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan pelbagai

kelas asas ibadah kepada kanak-kanak yang berminat. Sebagai langkah

permulaan, kelas asas ini akan dikendalikan secara bersama oleh Encik Abg

Mohd Fhazliq serta dibantu oleh AJK yang berkemampuan. Dalam pada

itu,pihak JKP juga akan menghubungi Pejabat Agama Islam Bahagian Betong

bagi mendapatkan tenaga pengajar yang bertauliah.

Semua AJK

6.6. Prosedur peminjaman peralatan surau hendaklah sentiasa dipatuhi. Tatacara

pinjaman akan dipamerkan di papan notis surau untuk rujukan penduduk

kampong.

Pegawai Aset

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

Minit dicatat dan disediakan oleh:

Abang Nurjayadi Bin Abang Kushairi

Setiausaha

JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong

Sesi 2019/2021

Tarikh; 26 Oktober 2019

MESYUARAT JKP SDD BIL.3/2019 4