30.01.2013 Views

BAB 5 PELAN HALATUJU STRATEGIK KEDUA SSM 2010 - 2014

BAB 5 PELAN HALATUJU STRATEGIK KEDUA SSM 2010 - 2014

BAB 5 PELAN HALATUJU STRATEGIK KEDUA SSM 2010 - 2014

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RUANGKERJA PEKERJA

BAB 5

PELAN HALATUJU

STRATEGIK KEDUA

SSM 2010 - 2014

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

114

BAB 5

PELAN HALATUJU

STRATEGIK KEDUA

SSM 2010 - 2014

Suruhanjaya Syarikat Malaysia melaksanakan fungsinya berdasarkan strategi yang telah distrukturkan dengan teliti. Keperluan

untuk mewujudkan parameter organisasi yang jelas amatlah penting bagi memastikan SSM melaksanakan mandatnya secara

cekap dan berkesan. Pada tahun 2009 SSM telah melengkapkan Pelan Halatuju Strategik Keduanya (SSM’s Second Strategic

Direction Plan – SDP II) yang merupakan rangkakerja strategi SSM bagi jangka masa lima tahun akan datang yang akan bermula

pada 1 Januari 2010 dan berakhir pada 31 Disember 2014.

PEMBANGUNAN SDP II

SDP II telah dibangunkan berdasarkan 3 fasa berikut:

(a) Membuat penilaian menyeluruh terhadap SSM sebagai sebuah organisasi berdasarkan situasi semasa;

(b) Mengendalikan proses penetapan wawasan dan keutamaan dalam menentukan kedudukan dan keadaan SSM pada

Disember 2014; dan

(c) Membuat rumusan mengenai tujuan strategi organisasi dan mengenalpasti inisiatif dan projek – projek yang bakal

dilaksanakan diantara Januari 2010 sehingga Disember 2014

Penilaian Situasi Semasa

Penilaian situasi semasa, termasuk proses mengenalpasti kelemahan dan kekuatan SSM dalam melaksanakan fungsinya sejak

ditubuhkan pada April 2002. Gambaran terhadap keadaan semasa di SSM adalah berdasarkan penilaian dan faktor penentu yang

antara lain seperti berikut:

• Keberkesanan pelaksanaan fungsi statutori SSM

• Pencapaian dan kelemahan SSM

• Tahap pencapaian dan kemajuan Pelan Halatuju Strategik Pertama SSM (SDP I) 2004 - 2008

• Penilaian terhadap infrastruktur ICT, struktur organisasi dan kaedah – kaedah pelaksanaan kerja yang sedia ada di

SSM

• Analisa berhubung tanggapan dalaman dan luaran terhadap SSM

Penilaian situasi semasa juga merupakan analisa makro terhadap perkembangan semasa dan masa depan yang berkaitan

dengan lanskap sosio-politik, perniagaan dan juga ekonomi. Berhubung dengan persekitaran luaran SSM telah menyimpulkan

bahawa kewujudannya pada masa hadapan akan dipengaruhi sebahagian besarnya oleh faktor – faktor berikut:

(a) Krisis Global

SSM sedia maklum bahawa setiap krisis ekonomi akan membawa perubahan terhadap lanskap perniagaan

domestik dan juga antarabangsa. Krisis kegawatan ekonomi di Wall Street pada tahun 1929 telah mengakibatkan

kemelesetan yang besar pada tahun 1930, dan krisis kewangan Asia telah menghasilkan tahap kesedaran yang tinggi

terhadap perlunya tadbir urus korporat dan juga ketelusan, manakala krisis gadai janji sub prima telah dikenalpasti

sebagai suatu bentuk cabaran yang baru terhadap SSM dalam menguruskan ketidaktentuan. Pada skala global

beberapa buah ekonomi telah terjurus ke dalam kemelesetan dengan tempoh pemulihan yang tidak dapat dipastikan.

Kesan daripada krisis gadai janji sub-prima yang bermula di Amerika Syarikat telah mengakibatkan kesan yang negatif

terhadap perbelanjaan pengguna, tahap pengeluaran dan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan dan juga

mempengaruhi kadar pengangguran. Dalam menguruskan era selepas krisis sub prima, SSM memerlukan pendekatan

yang baru bagi memastikan keadaan ekonomi yang boleh menampung persekitaran perniagaan walaupun ketika

menghadapi perubahan dan ketidaktentuan.

Sehubungan dengan itu SSM juga telah mengenalpasti ketidaklaziman hubungkait diantara beberapa bentuk krisis

persekitaran seperti pemanasan global, kekurangan makanan dan juga pengurangan keadaan persekitaran secara

keseluruhan dan kesannya terhadap persekitaran perniagaan. Perkembangan baru dalam aktiviti perniagaan dan

juga anjakan paradigma menurut tahap kesedaran masyarakat mengenai isu – isu berkaitan menuntut SSM supaya

mendefinasikan semula sempadan mengenai tadbir urus korporat termasuk pertimbangan tambahan mengenai

tanggungjawab korporat dan juga pembangunan lestari perniagaan.

(b) Aliran perniagaan di masa hadapan

SSM telah mengenalpasti tiga bidang aliran utama perniagaan seperti berikut:

• Kewujudan perniagaan kecil dan yang terlerai akan mendominasikan persekitaran perniagaan bagi syarikat dan

perniagaan dari segi kuantiti – mereka ini akan menggunakan keupayaan rangkaian mereka bagi memberikan

tumpuan dan fokus terhadap pengkhususan dalam perdagangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

• Kewujudan syarikat-syarikat gergasi dalam bentuk multinasional, konglomerat dan juga syarikat yang tersenarai

akan berkurangan dari segi kuantiti tetapi memiliki pengaruh yang besar dalam persekitaran perniagaan.

• Kewujudan syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan yang memiliki produk dan perkhidmatan yang dipacu

oleh tahap kebertanggungjawaban yang tinggi terhadap persekitaran dan juga masyarakat.

Oleh yang demikian, SSM mestilah berupaya untuk bertindakbalas terhadap ketiga-tiga model perniagaan masa

hadapan tersebut dan memenuhi keperluan unik setiap model.

115

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

116

(c) Pengurusan tenaga kerja yang berkesan

SSM telah mengenalpasti keperluan untuk menarik, mengekal dan menguruskan bakat tenaga kerja secara berkesan.

Untuk melaksanakan agenda ini, tenaga kerja SSM pada masa hadapan mestilah:

• Berfokuskan kelestarian;

• Berkeupayaan dalam teknologi; dan

• Boleh menerima persekitaran kerja yang mencabar dan menguja.

Sebagai usaha mewujudkan tenaga kerja masa hadapan, SSM harus:

• Mengikuti kepada keanjalan kerja;

• Membangunkan pelan pembangunan kerjaya yang jelas; dan

• Menyedia dan memenuhi keperluan untuk bimbingan persendirian (personal coaching).

(d) Aliran ICT

SSM menjangkakan akan berlaku peningkatan yang ketara dalam penggunaan teknologi maklumat oleh sektor

perniagaan dan korporat dalam jangka masa lima tahun yang akan datang. Kadar penggunaan internet dijangka akan

meningkat selaras dengan peningkatan tahap celik teknologi maklumat di seluruh negara. Sehubungan dengan itu,

SSM juga menjangka pertumbuhan transaksi berasaskan elektronik seperti e-transaksi dan e-dagang, keperluan untuk

mempertingkatkan integrasi sistem, penumpuan dan tahap kefungsian, sekaligus ini akan memenuhi keperluan para

usahawan dan eksekutif masa kini yang mahir dengan penggunaan teknologi.

Pelaksanaan Keutamaan dan penetapan wawasan

Penetapan wawasan melibatkan proses mengenalpasti keadaan hal ehwal organisasi di masa hadapan dengan mengambilkira

penilaian situasi semasa, serta keupayaan aliran perniagaan yang bakal berlaku di masa hadapan. Disamping itu juga,

perbandingan telah dibuat dengan pendaftar syarikat yang lain seperti di New Zealand, Australia, United Kingdom, Singapura,

Hong Kong dan Ireland di dalam bidang – bidang yang berikut:

• Rangkakerja kawal selia yang menyeluruh dan pembaharuan undang – undang

• Pembekalan maklumat perniagaan dan korporat

• Kos memulakan perniagaan

• Serah simpan akaun secara dalam talian

• Maklumat secara masa nyata

• Rangkaian perhubungan

• Kepuasan pelanggan

• Penyelarasan dan kerjasama di antara agensi

• Kadar pematuhan

• Bilangan prosidur

• Masa pemerosesan

Berbagai bidang baru telah pun dikenalpasti semasa proses penetapan wawasan seperti tanggungjawab korporat, penubuhan

pusat sehenti untuk perniagaan dan khidmat nasihat.

Matrik keutamaan telah dibangunkan bagi mengenalpasti jangkamasa pelaksanaan projek – projek dengan meletakkan

peranan SSM sebagai penggerak negara dalam senarai pertimbangan utama.

Perumusan tujuan strategik organisasi SSM yang baru

Struktur keseluruhan untuk tujuan strategik organisasi SSM telah dikurangkan dan dipermudahkan daripada struktur tiga (3)

tahap kepada struktur dua (2) tahap yang mengandungi perkara – perkara berikut:

(i) Kenyataan visi; dan

(ii) Tujuh (7) Teras Strategik (disamping 21 Huraian Keadaan Akhir)

Perpindahan daripada struktur tiga (3) tahap kepada struktur dua (2) tahap disasarkan untuk memenuhi kefahaman para pekerja

terhadap tujuan strategik organisasi SSM yang baru ke arah mencapai matlamat visi yang dikongsi bersama.

SDP I (Tahap-3)

Visi

Kenyataan Misi

Objektif Strategik

Aktiviti – Aktiviti &

Projek - Projek

SDP II (Tahap-2)

VISI

TERAS STRATEGI

(+ HURAIAN KEADAAN

AKHIR)

AKTIVITI – AKTIVITI &

PROJEK - PROJEK

117

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

Selain daripada mempermudahkan struktur tujuan strategik organisasi, SSM juga telah mempermudahkan kenyataan visi

organisasi seperti berikut:

118

‘MEMEnUHI KEPERLUAn PERnIAGAAn MEnERUSI PEnDAFTARAn, MAKLUMAT,

KAWAL SELIA DAn KHIDMAT nASIHAT yAnG BERKESAn’

Kenyataan visi yang baru merupakan komitmen SSM ke arah memenuhi keperluan perniagaan dan masyarakat korporat melalui

kecemerlangan operasi. Penyediaan landasan yang bersesuaian bagi tujuan penubuhan syarikat, pendaftaran perniagaan dan

pembekalan maklumat korporat dan perniagaan serta penyediaan rangkakerja kawalselia yang menyeluruh merupakan tulang

belakang kepada objektif dan operasi SSM. Disamping itu juga dalam jangka masa Januari 2010 sehingga Disember 2014, SSM

bersedia untuk memanfaatkan maklumat yang dimilikinya dengan menyediakan berbagai perkhidmatan nasihat yang bernilai

tambah.

Teras Strategik SSM dan Butiran Huraian Keadaan Akhir

Terdapat tujuh (7) Teras Strategik organisasi serta 21 Huraian Keadaan Akhir (HKA) yang yang telah disusun mengikut struktur

berikut:

No. TERAS STRATEGIK HURAIAN KEADAAN AKHIR

1

2

3

Menggalak dan memacu tadbir urus korporat yang

baik untuk mewujudkan persekitaran perniagaan

yang lebih kondusif

Menyampaikan produk dan perkhidmatan yang

berinovatif untuk memenuhi keperluan pihak

berkepentingan

Menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi

menerusi kecemerlangan operasi

Pemacu

tanggungjawab

korporat

Khidmat nasihat

Promosi dan

pemasaran yang

berkesan

Organisasi yang efisien

dan efektif

4 Menjana sinergi menerusi kerjasama strategik Jalinan strategik yang berjaya

5

6

7

Berkembang menjadi organisasi berasaskan

pengetahuan untuk membentuk pemikiran

kompetitif

Membina kemampuan dan keupayaan ke arah

budaya kerja berprestasi tinggi

Mengoptimumkan teknologi maklumat dan

komunikasi untuk mempertingkatkan kecekapan,

keberkesanan dan keanjalan perniagaan

Pusat penyelidikan

perniagaan

Struktur

‘Middle Heavy’

Menandakan bidang baru yang bakal dilaksanakan oleh SSM dalam SDP II

Pengawalselia

korporat berwibawa

Portal maklumat

sehenti

Pengurusan aset

Budaya

prestasi

tinggi

Menandakan bidang konvensional yang bakal dilaksanakan oleh SSM dalam SDP II

Hab ilmu

Memudahkan

perniagaan

Pusat perniagaan

sehenti

Inovasi produk

yang berterusan

Pengurusan kewangan

lestari

Dikenali di persada

antarabangsa

Pemikiran

berorientasikan

perkhidmatan

Pusat latihan

yang dikenali

Pengurusan

bakat yang

teguh

Perjanjian Perkhidmatan dan diterapkan di dalam teras

strategik lain

HKA menerangkan kombinasi kedua-dua bidang baru dan konvensional yang masih relevan dan perlu dicapai oleh SSM untuk

menghadapi cabaran persekitaran korporat dan perniagaan di abad ke 21. Meskipun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh

SSM, pendekatan baru masih diperlukan dari segi struktur dan pelaksanaan. Pada masa yang sama, SSM juga akan meneroka

bidang baru dan mencabar yang berfokuskan kehendak semasa dan akan datang seperti tanggungjawab korporat dan khidmat

nasihat perniagaan, portal maklumat sehenti, pusat perniagaan setempat, pusat penyelidikan perniagaan dan struktur organisasi

pengurusan pertengahan yang lebar (Middle Heavy). Bidang-bidang baru yang bakal diterokai ini adalah mustahak untuk

memastikan kewibawaan SSM sebagai pengawalselia korporat di dalam persekitaran korporat yang sentiasa berubah.

(i) Teras Strategik 1: Mempromosi dan memacu tadbir urus korporat yang baik bagi mempertingkatkan persekitaran

perniagaan yang kondusif

Teras strategik 1 memberikan tumpuan terhadap komitmen SSM untuk memainkan peranan dalam pembangunan

negara terutamanya di tiga (3) bidang utama seperti berikut:

• Mempromosi dan memacu tanggungjawab korporat seiring dengan tadbir urus korporat yang baik di kalangan

masyarakat korporat dan perniagaan. Sehubungan ini, SSM sebagai pendaftar, telah dikenalpasti sebagai

organisasi yang memiliki peranan strategik yang kuat untuk memacu tanggungjawab korporat dan etika perniagaan

yang baik sebagai suatu budaya dikalangan sektor korporat dan perniagaan. Kerjasama di antara agensi dan

orgasnisasi telah dikenalpasti sebagai pemacu ke arah mencapai objektif ini.

• Memainkan peranan yang berkesan sebagai pengawal selia korporat ke arah mewujudkan suasana perniagaan

yang kondusif dan lestari. Bagi tujuan ini, aktiviti penguatkuasaan mestilah dipertingkatkan melalui penghalusan,

penstrukturan, perhubungan dan pelaksanaan strategik terhadap pendekatan penguatkuasaan seimbang

SSM. Tambahan lagi, struktur perundangan dan korporat hendaklah ditambah baik bagi memenuhi kehendak

persekitaran perniagaan di abad ke-21.

• Memenuhi keperluan pihak – pihak berkepentingan dalam memudahkan tatacara membuat perniagaan dengan

memperkenalkan pembaharuan terhadap pentadbiran kawal selia, kos dan juga prosidur. Objektif ini mestilah

selari dengan usaha SSM untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dan menjadikan Malaysia

sebagai destinasi perniagaan yang menarik.

(ii) Teras strategik 2: Menyediakan produk dan perkhidmatan yang inovatif dalam memenuhi keperluan pihak – pihak

berkepentingan.

Teras strategik 2 merupakan pendekatan yang mengenengahkan keperluan para pelanggan ke arah pembangunan

produk – produk dan perkhidmatan ke arah mempertingkatkan nilai saranan pihak berkepentingan. Orientasi

pelanggan SSM akan ditumpukan kepada:

119

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

120

• Memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat korporat dan perniagaan. Peranan khidmat nasihat akan

merubah imej SSM daripada sebuah pendaftar, pengawal selia dan penguatkuasa undang – undang korporat dan

perniagaan kepada sebuah pemelihara dan pendidik perniagaan dengan memanfaatkan maklumat korporat dan

perniagaan yang banyak dan sedia ada di dalam pangkalan maklumat SSM.

• Membangunkan portal maklumat sehenti bagi memenuhi keperluan masyarakat korporat dan perniagaan ke arah

membuat keputusan perniagaan yang berdasarkan kepada fakta dan pengetahuan. Dengan berbuat demikian,

SSM berhasrat untuk menyemai sikap untuk mengadakan proses usaha wajar dikalangan masyarakat korporat dan

perniagaan.

• Membangunkan pusat perniagaan sehenti untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan dalam memulakan

perniagaan. SSM bakal bekerjasama dengan berbagai agensi ke arah menyelesai dan menyatukan keperluan polisi

dan dasar kawal selia serta menggunakan fungsi SSM sebagai pintu masuk ke dunia perniagaan.

• Mengubah SSM kepada sebuah badan yang mempunyai fungsi mempromosi, pemasaran dan fungsi pengurusan

aset dibangunkan dalam rangka kerja yang berterusan inovasi. Disamping itu juga, produk dan perkhidmatan yang

berkesan dan boleh dipercayai untuk masa hadapan mestilah merangkumi rangka kerja yang mempunyai ciri–ciri

pembaharuan. Pembangunan budaya pembaharuan secara menyeluruh amatlah penting ke arah menjayakan objektif

ini.

(iii) Teras strategik 3: Menawarkan perkhidmatan yang bermutu tinggi melalui kecemerlangan operasi

Teras strategik 3 bertujuan untuk memperhebatkan fungsi konvensional SSM ke arah mencapai tahap keberkesanan

dan kecekapan yang lebih baik. Pemangkin untuk mencapai objektif ini adalah melalui program transformasi

organisasi yang mengambil kira pengurusan kewangan dan amalan pengurusan terbaik di peringkat global.

(iv) Teras strategik 4: Menjana sinergi melalui kerjasama strategik

Teras strategik 4 bertujuan untuk memanfaatkan usaha – usaha kerjasama yang sedia ada dan yang baru dengan

agensi – agensi kawal selia, kerajaan dan juga sektor swasta. Oleh kerana sebahagian besar daripada SDP II

bergantung kepada kerjasama di antara agensi dan badan – badan tertentu, SSM telah mengenalpasti keperluan

untuk mengadakan rangka kerja pengurusan pihak berkepentingan yang strategik dan berkesan bagi menguruskan

kerjasama ini. SSM turut meletakkan sasaran sebagai peneraju badan kawal selia bukan sahaja diperingkat

domestik, bahkan juga di persada antarabangsa.

(v) Teras strategik 5: Berkembang sebagai organisasi yang mengutamakan ilmu dalam membangunkan kebijaksanaan

kompetitif

Teras strategik 5 bertujuan untuk mengubah SSM ke arah sebuah organisasi yang berteraskan ilmu pengetahuan

selari dengan aspirasi kerajaan untuk memacu ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Teras strategik lima (5) juga

mensasarkan SSM sebagai sebuah pusat maklumat korporat dan perniagaan yang menjurus kepada pembangunan

pusat pengetahuan. Akademi Latihan SSM dijangka akan memainkan peranan yang penting ke arah mencapai

objektif tersebut.

(vi) Teras strategik 6: Membina kemampuan dan keupayaan ke arah budaya kerja berprestasi tinggi

Teras strategik 6 bertujuan memperkenalkan daya usaha ke arah pengurusan modal insan lestari di peringkat

organisasi. Pembangunan tenaga kerja lestari melibatkan keperluan untuk mengadakan struktur yang berkonsepkan

saiz pengurusan pertengahan yang besar (Middle-heavy) dengan mewujudkan lebih banyak jawatan di peringkat

pengurusan pertengahan dan bertaraf eksekutif berbanding dengan jawatan bertaraf pentadbiran. Teras strategik 6

memainkan peranan penting kerana ianya melibatkan pembangunan budaya kerja berkeupayaan tinggi di kalangan

pekerja SSM dan perlu diseimbangi dengan kaedah ganjaran bersandarkan merit. SSM juga telah mengenalpasti

keperluan pendekatan yang berorientasikan perkhidmatan dan mengenengahkan pelanggan bagi pekerjanya ketika

menjalankan tugas mereka. Bagi mencapai objektif tersebut, modul pengurusan modal insan yang berkesan adalah

diperlukan untuk menarik, mengekal dan membangunkan bakat di dalam organisasi.

(vi) Teras strategik 7: Mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam mempertingkatkan kecekapan,

keberkesanan dan keanjalan perniagaan

Dalam teras strategik 7, teknologi maklumat telah dikenalpasti sebagai penggerak ke arah menjayakan objektif dan

projek – projek yang telah dikenalpasti didalam kesemua teras strategik di atas. Ini adalah kerana hampir kesemua

projek tersebut bersandarkan penggunaan teknologi maklumat yang memerlukan pembangunan, pemerolehan,

penggantian dan penambahbaikan terhadap sistem komputer yang sedia ada. Oleh yang demikian, teknologi

maklumat bolehlah dianggap sebagai faktor pemboleh yang keempat yang wujud selari dengan unsur – unsur modal

insan, keupayaan kewangan dan pentadbiran yang jitu.

Projek – projek dan kegiatan – kegiatan yang bakal dilaksanakan oleh SSM dibawah SDP II

SSM telah mengenalpasti sejumlah 54 projek yang bakal dilaksanakan dalam jangka masa 5 tahun bermula dari 1 Januari 2010

sehingga 31 Disember 2014 ke arah merealisasikan huraian keadaan akhir. Walaubagaimanapun pelaksanaan projek – projek

tersebut tidak akan dimulakan secara serentak disebabkan oleh proses penetapan keutamaan yang telah dirumuskan. Projek

yang memiliki tahap kepentingan yang tinggi kepada negara dan ekonomi telah diberikan keutamaan untuk terlebih dahulu

dimulakan. Ini merujuk terutamanya kepada projek – projek yang memiliki kepentingan dari segi pembangunan negara. Projek

– projek, bahagian – bahagian utama, dan jangka waktu pelaksanaannya adalah sepertimana yang dinyatakan di muka surat

sebelah:

121

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

122

Teras Strategik 1

HKA – PEMACU TANGGUNGJAWAB KORPORAT

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GOV 1 Membangun strategi CR untuk SSM

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Mewujudkan jawatan yang khusus untuk melaksanakan tugas-tugas berhubung tanggungjawab korporat di SSM

• Memperhalusi strategi, rangka kerja dan objektif ke arah melengkapkan Agenda Tanggungjawab Korporat SSM - GOV2,

GOV3 and COL8

GOV 2 Rangka kerja hubungan pihak berkepentingan

• Merumuskan penjadualan yang lengkap bagi rangka kerja hubungan dengan pihak berkepentingan untuk tujuan kerjasama

dan promosi tanggungjawab korporat – akan digabungkan ke dalam GOV1

GOV 3 Pendokong Tanggungjawab Korporat dan Etika

• Melaksanakan aktiviti yang ke arah mempromosi CR kepada syarikat dan perniagaan di Malaysia

ESD - PENGAWALSELIA BERWIBAWA

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GOV 4 Penguatkuasaan berjadual

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Pembangunan jadual penguatkuasaan ke arah kegiatan penguatkuasaan yang berstruktur dan selaras

• Menstandardkan proses penguatkuasaan

• Kerjasama secara dalaman dan luaran

• Latihan dan pembangunan pegawai penguatkuasa

• Transformasi Teras Sistem

• Membangunkan Sistem Electronic Case Management (ECM)

GOV 5 Penguatkuasaan Seimbang

• Menghalusi falsafah ‘Penguatkuasaan Seimbang’ untuk mencapai tahap patuh sukarela

• Mengkaji dan menyemak proses kerja berkaitan penguatkuasaan

• Program kesedaran dan pendidikan kepada orang awam

GOV 6 Kadar pematuhan konsisten pada 95%

• Mencapai kadar pematuhan sebanyak 95% menjelang 2014 – ke arah mencapai budaya patuh sukarela

GOV 7

Beransur mengurangkan pengeluaran kompaun,

aduan diterima, kertas siasatan dibuka dan

tindakan pendakwaan

• Pembangunan rangka kerja berjadual

• Penghalusan Konsep ‘Penguatkuasaan Seimbang’

• Kerjasama secara dalaman dan luaran

• Memupuk kesedaran dan mendidik orang awam

• Menambahbaik perkhidmatan peringatan

• Program Pengurusan Perubahan

• Memantau pematuhan dan mengurus hubungan

GOV 8 Pangkalan data penguatkuasaan masa nyata

• Perumusan rangka kerja repositori masa nyata sepusat untuk data penguatkuasaan, maklumat dan pengetahuan untuk

membolehkan pertukaran maklumat dalam ruang lingkup penguatkuasaan SSM

• Transformasi Teras Sistem

• Membangunkan Enterprise Transactional Portal (ETP)

ESD - PENGUATKUASA KORPORAT BERWIBAWA

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

GOV 9 Pemantauan pematuhan elektonik/automasi

• Mendefinasi keperluan fungsi dan transformasi teras sistem

• Penambahan/pembangunan sistem – ke arah meminima proses manual/pentadbiran

GOV 10 Meningkatkan perkhidmatan peringatan

• Penentuan ruang lingkup penambahbaikan perkhidmatan peringatan - menjana automasi peringatan untuk syarikat,

perniagaan dan setiausaha syarikat secara berkala / menurut keperluan perundangan

• Pembangunan kemampuan dan kapasiti

• Pembangunan/penambahbaikan sistem

• Promosi dan publisiti

GOV11 Falsafah kawal selia yang adil

• Menyemak semula falsafah kawal selia SSM

• Menyelaras falsafah baru dan rangka kerja yang sedia ada dengan menerapkan nilai-nilai yang adil dan saksama

didalam penguatkuasaan dan meningkatkan imej SSM sebagai pengawalselia yang adil

• Menyalurkan maklumat berhubung perubahan

• Mengkaji semula KPI

• Melaksanakan program pengurusan perubahan

GOV12 Rangka kerja perundangan yang dinamik

• Menstruktur semula Seksyen Semakan Undang-undang dan Rangkaian

• Mengkaji perundangan yang sedia ada dan memperkenalkan rangka kerja perundangan yang baru

ESD - MEMUDAHKAN PERNIAGAAN

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GOV 13 XBRL sebagai format seluruh negara

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Menubuhkan pasukan khas untuk projek XBRL bagi membuat kajian kebolehlaksanaan dan daya maju - ke arah

keupayaan membolehkan pemindahan maklumat antara organisasi melalui ICT

• Membuat penilaian dan pengesyoran

• Melantik seorang pakar perunding

• Penentuan rangka kerja XBRL dan keperluan sistem

• Pembangunan sistem XBRL

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Kesedaran dan publisiti

GOV 14 Peningkatan penggunaan saluran sebanyak 80%

• Membangunkan strategi

• Membangun/menaiktaraf sistem

• Pengenalan mandatori e-Services (e.g. e-Lodgement)

• Kesedaran dan publisiti

• Laporan berkala

GOV 15 Penstrukturan Fi

• Menjalankan kajian terhadap struktur bayaran terkini SSM dan merangka model harga baru

• Kajian dan pindaan pada peruntukan yang berkaitan

• Kesedaran dan publisiti

GOV 16 Harga Kompetitif e-Perkhidmatan

• Mengadakan kajian pada struktur harga terkini SSM dan merangka model baru harga

• Kajian dan pindaan pada peruntukan yang berkaitan

• Kesedaran dan publisiti

123

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

124

Teras Strategik 2

ESD - PENGAWALSELIA KORPORAT BERWIBAWA

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

PS 1 Nasihat pendaftaran

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Membuat kajian awal, merekabentuk dan membangun perkhidmatan baru.

• Memperhalusi rangka kerja perundangan (jika perlu)

• Kapasiti membangunkan dan kemampuan dalaman – ke arah struktur ‘Middle-Heavy’

• Kesedaran dan publisiti

PS 2 Khidmat nasihat perniagaan asing

• Membuat kajian awal, mereka bentuk dan membangunkan perkhidmatan baru.

• Memperhalusi rangka kerja perundangan (jika perlu)

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman – ke arah struktur ‘Middle-Heavy’

• Kesedaran dan publisiti

PS 3 Khidmat nasihat maklumat

• Membangunkan rangka kerja khidmat nasihat maklumat

• Mengkaji dan meminda perundangan yang berkaitan

• Membangunkan Enterprise Transactional Portal

• Usahasama dengan rakan strategik terpilih

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Pembentukan fungsi penasihat

• Kesedaran dan publisiti

PS 4 Khidmat nasihat pelan perniagaan

• Membangunkan rangka kerja khidmat nasihat pelan perniagaan

• Mengkaji dan meminda perundangan yang berkaitan

• Membangunkan Enterprise Transactional Portal

• Usahasama dengan rakan strategik terpilih

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalamann

• Membentuk fungsi khidmat nasihat

• Kesedaran dan publisiti

PS 5 Pementoran Perniagaan

• Membangunkan rangka kerja pementoran perniagaan

• Mengkaji dan meminda perundangan yang berkaitan

• Membangunkan Enterprise Transactional Portal

• Usahasama dengan rakan strategik terpilih

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Membentuk fungsi penasihat

• Kesedaran dan publisiti

ESD - PUSAT PERNIAGAAN SEHENTI

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

PS 7 Pusat perniagaan sehenti

• Membuat kajian kebolehlaksanaan

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Membentuk kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan yang dikenalpasti

• Membangunkan infrastruktur dan pindaan peruntukan undang-undang yang berkaitan (jika perlu)

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Kesedaran dan publisiti

ESD - PENGAWALSELIA KORPORAT BERWIBAWA

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

PS 8 Menonjolan profil dan kesedaran tentang SSM

• Membentuk satu pasukan khas untuk pemasaran

• Mentakrif parameter pemasaran dan penjenamaan

• Membangun strategi pemasaran

• Hubungan media dan kerjasama antara agensi

PS 9 Pusat panggilan keluar

• Mewujud dan melaksana pusat panggilan asas

• Penambahbaikan bagi menubuhkan pusat panggilan keluar

ESD - PENGURUSAN ASET

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

PS 10 Penambahbaikan fungsi pengurusan aset

• Penelitian dan kajian perundangan terhadap fungsi pengurusan aset

• Menyemak semula proses sedia ada untuk likuidasi aset dan mengenalpasti pembaharuan

• Membangunkan rangka kerja pengurusan aset baru

ESD - INOVASI PRODUK YANG BERTERUSAN

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

PS 11 Membentuk rangka kerja inovasi

• Mengadakan kajian kebolehlaksanaan

• Kajian semula ‘As Is’ dan mereka bentuk ‘To Be’

• Membangunkan rangka kerja dan infrastruktur inovasi

• Menjana dan melaksanakan idea

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

125

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

126

Teras Strategik 3

ESD - ORGANISASI YANG EFISIEN DAN EFEKTIF

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

OE 1 Program Transformasi Organisasi

• Melantik pakar perunding

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Kajian ‘As Is’ terhadap proses, sumber manusia, struktur, organisasi dan teknologi

• Kajian ‘To Be’ terhadap proses, sumber manusia, struktur, organisasi dan teknologi

• Merekabentuk struktur organisasi, penggredan, dan penghargaan serta rangka kerja kompetensi

OE 2 Maklumat yang tepat dan kebolehpercayaan

• Penilaian ‘As Is’ dan ‘To Be’

• Reka bentuk semula proses dan teknologi

• Transformasi Teras Sistem

ESD - PENGURUSAN KEWANGAN LESTARI

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

OE 3 Pengurusan kos secara efektif

• Melantik pakar perunding *

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Menyemak semula amalan kos landskap dan kos pengurusan

• Analisis perbandingan, mengenal pasti jurang kos dan pembangunan model kos baru

• Pembentukan rangka kerja dan pelaksanaan kos mampan

• Menyemak semula proses dan teknologi

OE 4 Peruntukan belanjawan yang kukuh

• Melantik pakar perunding *

• Menguji proses belanjawanan sedia ada

• Merekabentuk proses belanjawan baharu

• Membangunkan sistem dan proses

OE 5 Program pengurusan aset/harta

• Mengadakan penandaaras dan penilaian ‘As Is’

• Mewujudkan program pengurusan aset/harta

\Teras Strategik 4

ESD - PENGAWALSELIA KORPORAT BERWIBAWA

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

COL 1 Inisiatif usahasama kawal selia

• Penilaian situasi sedia ada

• Perumusan rangka kerja kerjasama

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Mendefinisikan objektif kerjasama dan penglibatan rakan strategik

• Untuk digabungkan bersama dengan Portal Maklumat Sehenti, Penguatkuasaan Berjadual dan Pangkalan Data

Penguatkuasaan Masa Nyata

• Penguatkuasaan bersama, latihan dan perkongsian maklumat dengan organisasi yang strategik

COL 2 Pengesahan maklumat secara dalam talian

• Perumusan rangka kerja – mengenal pasti parameter projek dan objektif kerjasama

• Penglibatan rakan strategik dan rundingan

• Penilaian rangka kerja undang-undang yang ada (dan membuat cadangan untuk pindaan jika diperlu)

• Membangun infrastruktur ICT

• Pengurusan kerjasama

COL 3 Fungsi kerjasama khusus

• Penambahbaikan fungsi perikatan SSM - mendefinisi peranan, struktur, kompetensi yang diperlukan dsb

COL 4 Kerjasama untuk mendidik orang awam

• Perumusan rangka kerja strategik

• Mengenal pasti rakan strategik utama dan penglibatan mereka

• Pengurusan kerjasama

COL 5 Pemindahan pengetahuan antara organisasi

• Merumus rangka kerja

• Mengenal pasti bidang pengetahuan yang relevan dan jurang pengetahuan

• Mengenal pasti rakan strategik utama dan penglibatan mereka

• Membangun sebuah platform pengurusan pengetahuan yang efektif

• Mengurus kerjasama

127

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

128

ESD - DIKENALI DI PERSADA ANTARABANGSA

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

COL 6

• Perumusan rangka kerja

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

Penyusunan lintas batasan

(cross border arrangement)

• Mengenal pasti rakan strategik utama

• Pembangunan kes perniagaan

• Berhubung dengan pihak berkepentingan strategik (domestik dan asing)

• Pindaan/pengenalan rangka undang-undang yang sesuai

• Pengurusan perikatan

COL 7 Mempromosi menjalankan perniagaan di Malaysia

• Perumusan rangka kerja

• Mengenal pasti dan mendekati rakan strategik utama

• Pengurusan perikatan

COL 8 Kerjasama mempromosi tanggungjawab korporat

• Perumusan rangka kerja (untuk digabungkan dengan GOV1)

• Mengenal pasti dan mendekati rakan strategik /organisasi antarabangsa

• Pengurusan perikatan

Teras Strategik 5

ESD - PUSAT PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

KDO 1 Mewujudkan kemimpinan pemikir berwibawa

• Perumusan rangka kerja

• Pembangunan Pakar Pelajaran Teras

• Membangunkan Platform Pengurusan Pengetahuan

• Bekerjasama dengan pusat penyelidikan yang terpilih

• Membentuk dan mengembang sifat kepimpinan berwibawa

• Kesedaran dan publisiti

KDO2 Membantu proses Penggubalan Nasional

• Menyemak semula penglibatan SSM dalam dasar nasional dan penggubalan dasar yang sedia ada

• Untuk digabungkan dengan Organisasi Program Transformasi SSM dan Pembangunan EKSs

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Kerjasama antara agensi

• Membangunkan pusat penyelidikan perniagaan

• Membangunkan polisi

ESD - HAB ILMU

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

KDO 3 Menyediakan e-learning kepada pekerja SSM

• Membangunkan sistem dan modul untuk membolehkan e-Learning

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

KDO 4

Menyediakan e-learning kepada pihak

berkepentingan SSM

• Membangunkan sistem dan modul untuk membolehkan e-Learning

• Kapasiti membangunkan dan kemampuan dalaman

• Kesedaran dan publisiti

KDO 5 Platform pengurusan pengetahuan ilmu berkesan

• Membangunkan rangka kerja Pengurusan Pengetahuan

• Membangunkan Pengurusan Pengetahuan

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

KDO 6 Budaya perkongsian pengetahuan

• Membangunkan rangka kerja Perkongsian Pengetahuan

• Melaksana inisiatif Perkongsian Pengetahuan

• Menyemak semula KPI

• Program Pengurusan Perubahan - Budaya Perkongsian Pengetahuan

ESD - PUSAT LATIHAN YANG DIKENALI

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

KDO 7 Pusat latihan yang dikenali

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Membangunkan rangka kerja untuk menjadi pusat latihan yang dikenali

• Usahasama Strategik

• Membangunkan modul latihan yang bereputasi tinggi untuk program asing dan domestik

• Mengadakan seminar dan persidangan antarabangsa yang cemerlang

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Memupuk kesedaran dan mendidik orang awam

Teras Strategik 6

ESD - STRUKTUR ‘MIDDLE HEAVy’

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

HCC 1 Pemimpin pemikiran cemerlang

• Merekabentuk semula struktur organisasi

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Membangunkan struktur penggedan baru dan imbuhan serta rangka kerja kompetensi

• Kajian semula tenaga kerja

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

129

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

130

ESD - BUDAYA PENCAPAIAN CEMERLANG DENGAN IMBUHAN BERSANDARKAN MERIT

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

HCC 2 Tenaga kerja berorientasikan pencapaian

• Melantik pakar perunding *

• Menyemak semula kompetensi, struktur KPI dan PCMS

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

ESD - PEMIKIRAN BERORIENTASIKAN PERKHIDMATAN

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

HCC 3

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

Perkhidmatan berorientasikan sentrik pemikiran

pelanggan

• Penambahbaik fungsi khidmat pelanggan

• Kajian kompetensi, struktur KPI dan struktur PCMS

• Kapasiti membangun dan kemampuan dalaman

• Program Pengurusan Pengetahuan – Minda Berorientasi Perkhidmatan

HCC 4 Mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi

• Membangun dan melakukan kajiselidik kepuasan pelanggan

• Analisis hasil kajiselidik kepuasan pelanggan

• Mengenalpasti jurang dan menyemak semula KPIs

• Pengenalan KPI kepada seluruh organisasi

ESD - PENGURUSAN BAKAT YANG TEGUH

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

HCC 5 Mengekal dan menarik bakat

• Melantik pakar perunding *

• Membangun rangka kerja pengurusan bakat

• Membangun perancangan pembangunan bakat

• Menyemak semula imbuhan

• Kerjasama untuk peminjaman (secondment)

HCC 6 Membina pakar-pakar bidang teras

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

• Menjalankan kajian penanda asas amalan terbaik untuk membina pakar-pakar bidang teras

• Mengenalpasti pakar bidang teras dan yang kompetensi

• Membangun Pakar Bidang Teras

• Integrasi Pakar Bidang Teras ke dalam organisasi SSM

Teras Strategik 7

ESD - PUSAT PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

KOD PROJEK 2010 2011 2012 2013 2014

ICT 1

GARIS MASA H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2 H1 H2

Perjanjian Perkhidmatan antara pengguna dan

Bahagian ICT

• Transformasi Teras Sistem

• Gerbang Enterpris

• MyCoID

• XBRL

• Integrasi Sistem dengan Labuan FSA dan Bank Simpanan Nasional

• Pengesahan Maklumat Dalam Talian

• Penyusunan Melepasi Sempadan – integrasi sistem

• Pembangunan Sistem untuk LLP

• CSI

* Tertakluk kepada kelulusan dari Anggota Suruhanjaya Menandakan projek yang boleh dilaksanakan dengan segera (quick wins)

Tujuh (7) projek telah dikenalpasti sebagai projek yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera (Quick Wins) yang memerlukan

laluan pelaksanaan dan penyelesaian yang segera. Projek–projek ini amatlah bermakna dan mempunyai kesan yang hebat yang

secara keseluruhannya membantu SSM mencapai keadaan yang diidamkan. Pelaksanaan ‘Quick Wins’ telah dimulakan sejak

bulan Ogos 2009 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2010. ‘Quick Wins’ yang berkenaan adalah seperti berikut:

• GOV1 - Membangunkan strategi tanggungjawab korporat (CR) SSM

• GOV2 - Kerangka jalinan dengan pihak-pihak berkepentingan

• GOV3 - Penyokong CR dan etika korporat

• OE5 - Program pengurusan aset/harta

• COL4 - Menjalinkan kerjasama ke arah mendidik masyarakat umum

• COL7 - Promosi menjalankan perniagaan di Malaysia

• KDO 3 - Menyediakan kemudahan e-Learning untuk pekerja SSM

131

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

Pelaksanaan tadbir urus

Aspek tadbir urus merupakan pertimbangan utama SSM bagi pelaksanaan projek – projek di bawah SDP II. Pelaksanaan tadbir

urus tersebut memerlukan struktur pelaksanaan yang berkesan, pengawasan dan pelaporan, penzahiran, ketelusan, kerjasama,

panduan dan kepimpinan. Untuk merealisasikan pelaksanaan tadbir urus, SSM telah memperkenalkan kaedah komunikasi yang

jelas, khidmat nasihat dan sistem sokongan bagi mempercepatkan proses membuat keputusan. Struktur pelaksanaan SDP II

adalah seperti yang ditunjukkan berikut:

132

PANEL PENASIHAT

(i) Anggota Suruhanjaya SSM

ANGGOTA SURUHANJAYA

ANGGOTA SURUHANJAYA

YANG DIKHUSUSKAN

PEMILIK TERAS STRATEGIK

PENGURUS PROJEK

PASUKAN PROJEK

PEMANTAU

TERAS

PENGAWASAN

DAN PENGURUSAN

PROJEK

• Pengesahan dan sokongan terhadap dokumen SDP II – SDP II telah dibentangkan dan disokong oleh Anggota

Suruhanjaya pada 18 Ogos 2009 sebagai pelan am untuk projek–projek dan kegiatan–kegiatan SSM bagi

tempoh pada 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2014.

• SSM akan membentangkan laporan separuh tahun berkaitan dengan kemajuan pelaksanaan SDP II kepada

Anggota Suruhanjaya

(ii) Anggota Suruhanjaya yang dikhususkan

• Setiap Anggota Suruhanjaya akan ditugaskan untuk menerima satu teras strategik dan memberi panduan am

dan nasihat kepada setiap Pemegang Teras Strategik.

• Disamping itu juga setiap Anggota Suruhanjaya tersebut akan membantu untuk memudahkan sebarang

kerjasama dengan pihak luar, menghadiri mesyuarat pelaporan secara suku tahunan (ataupun pada bila–bila

masa yang diperlukan) serta mempromosikan usaha dan inisiatif SSM.

(iii) Pemantau Teras

• Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Penguatkuasaan akan

mengawasi pelaksanaan projek – projek dan memberikan panduan dan halatuju kepada pemilik teras strategik

ke arah mencapai teras – teras strategik yang telah dikenalpasti.

• Pemantau teras juga bertanggungjawab untuk menilai dan mengesahkan sebarang perubahan terhadap

pendekatan projek, komposisi modal insan serta menyokong program komunikasi.

• Terdapat dua orang pemantau terus yang ditugaskan bagi setiap teras strategik.

(iv) Panel penasihat

• Ahli panel penasihat terdiri daripada Ketua – Ketua Bahagian yang berkaitan. Tugas mereka adalah untuk

memberikan nasihat terhadap aspek pelaksanaan bagi projek di bawah SDP II apabila diperlukan. Pemilik

– pemilik teras dan pengurus – pengurus projek berpeluang memanfaatkan kemahiran dan kepakaran yang

dimiliki oleh panel penasihat untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan projek – projek.

(v) Pemilik teras strategik

• Pemilik teras strategik yang terdiri daripada para Ketua Bahagian merupakan pelaksana utama bagi setiap

teras strategik yang telah ditugaskan kepada mereka. Mereka dikehendaki memiliki tahap kefahaman yang

tinggi terhadap teras strategik yang diamanahkan bagi memastikan pelaksanaan projek secara berkesan.

• Pemilik teras juga bertanggungjawab untuk menguruskan peruntukan yang telah disediakan dan mewujudkan

pasukan projek untuk menjalankan projek yang telah diletakkan di bawah setiap teras strategik. Mereka

diperlukan memberi panduan dan pimpinan disamping mengawasi kemajuan projek – projek.

133

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Laporan Tahunan 2009

134

(vi) Pengurus-pengurus projek

• Pengurus projek akan menguruskan aspek seharian berkaitan projek–projek berkenaan. Mereka juga

bertanggungjawab untuk mengenengahkan keperluan peruntukan, keperluan modal insan dan sumber –

sumber lain untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek–projek yang telah ditugaskan. Pengurus projek

dipilih dikalangan para Pengurus Kanan dan para Pengurus di SSM. Mereka merupakan barisan hadapan untuk

merumuskan pelan projek dan memastikan kejayaan dan penyempurnaan kesemua 54 projek – projek.

(vii) Pengawasan dan pengurusan projek

• Pejabat Pengawasan dan Pengurusan Projek akan mengawas dan memberikan panduan terhadap pelaksanaan

kesemua projek – projek. Disamping itu juga mereka akan menyediakan laporan secara berkala kepada pihak

Pengurusan Eksekutif dan juga Anggota Suruhanjaya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!