30.01.2013 Views

Sumber : Institut Integriti Malaysia PELAN INTEGRITI NASIONAL ...

Sumber : Institut Integriti Malaysia PELAN INTEGRITI NASIONAL ...

Sumber : Institut Integriti Malaysia PELAN INTEGRITI NASIONAL ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

5. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan

padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini

menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat

serta institusinya.

6. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam

gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara

iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka,

menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan

fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan

pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan

melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program

integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya

menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.

Objektif Umum

7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi

sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat

yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif khusus

8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :

o Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,

berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

o Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha

peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan

dalam semua bidang;

o Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat

serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip

integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

o Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,

dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

o Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani

cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!