13.07.2015 Views

wawancara khas rtm bersama ksn sempena hari pekerja 2013

wawancara khas rtm bersama ksn sempena hari pekerja 2013

wawancara khas rtm bersama ksn sempena hari pekerja 2013

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

WAWANCARA KHAS RTM BERSAMA KSN SEMPENAHARI PEKERJA 2013Berikut adalah transkrip penuh Wawancara Khas RTM Bersama KSN oleh pengacaraShahril Sarapudin (SHAHRIL) bersama Ketua Setiausaha Negara Dato' Sri Dr AliHamsa (DS ALI) sempena Hari Pekerja 2013 yang mengambil tema PekerjaPemangkin Transformasi Negara di Angkasapuri, 30 April 2013.Wawancara tersebut boleh ditonton di http://www.youtube.com/watch?v=qbJc0xg-idsSHAHRIL: Umum mengetahui Dato' Sri KSN mengganti Tan Sri Sidek Hassan 24 Jun 2012.Ini Hari Pekerja pertama untuk Dato' Sri. Jun 2013 ini setahun. Berpuashati dengan segalaperancangannya ?DS ALI: Saya memang rasa berpuashati dengan 10 bulan yang lepas, saya telah bersamapenjawat awam telah cuba sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadarakyat Malaysia. Saya ingin ambil kesempatan ini terutama kerana Hari Pekerja saya inginucap Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepadapenjawat awam. Saya nak ucapkan tahniah kepada mereka atas prestasi yang ditunjukkansepanjang tahun 2012. Jadi kita dpat lihat pencapaian penjawat awam ini juga ditunjukkan didalam pencapaian yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri apabilamembentangkan `report card' negara baru-baru ini. Jadi penjawat awam juga memainkanperanan yang sangat penting.SHAHRIL: Dato' Sri, suka juga saya katakan sambutan Hari Pekerja pada tahun ini sangatunik kerana berada pada hari-hari berbaki kempen Pilihan Raya Umum ke-13 sebelumseluruh rakyat Malaysia memuktamadkan hari pengundian pada 5 Mei ini. Saya pasti 1.4juta penjawat awam juga memainkan peranan penting untuk turun mengundi Dato' Sri?DS ALI: Ya, memang.Kita minta semua penjawat awam turun mengundi pada 5 haribulanini. Dan mengundi ini hak inidividu, jadi saya galakkan semua penjawat awam turunmengundi.

SHAHRIL: Dato' Sri seorang penjawat awam mula sebagai Pegawai PTD tahun 1981. Sayakira angka yang lama juga berada di dalam penjawat awam. Kalau kita boleh ukur 15 tahunbermula 2013 sejak 15 tahun yang lalu, bagaimana tekanan penjawat awam dulu dan kini?DS ALI: Sebenarnya saya tak suka gunakan perkataan tekanan di sini. Tekanan ini macampressure. Pada masa itu cabarannya berlainan berbanding masa sekarang. Mungkin masaakan datang cabarannya lebih mendesak. Penjawat awam juga jika dilihat sumbangan yangmereka berikan dan kelayakan mereka juga telah berubah peranan penjawat awam lebihdinamik, kreatif dan juga inovatif kerana mereka dapat menyambut keperluan rakyat padamasa sekarang. Ada katanya rakyat sekarang lebih bijak meminta perkhidmatan lebih baikkepada mereka. Penjawat awam juga bersedia untuk menghadapi cabaran seperti itu. Jadisaya rasa dari segi latihan dan kelayakan mereka memang bersedia untuk memberikanperkhidmatan terbaik kepada rakyat.SHAHRIL:Transformasi sentiasa diadakan di (pelbagai) peringkat?DS ALI: Transformasi di dalam perkhidmatan awam sentiasa diadakan. Banyak perubahandan kebanyakan kita buat melalui proses latihan dan juga percambahan fikiran penjawatawam bagaimanakah kita hendak menghadapi cabaran- cabaran baru.SHAHRIL: Dato' Sri memberikan satu ukuran kecemerlangan kepada penjawat awammenerusi KPI, saya kira itu satu pendekatan yang begitu baik sekali apabila di akhir tahunkita dapat menilai pencapaian penjawat awam. Dato' Sri melihat bagaimana penggunaanKPI ini sendiri?DS ALI: Penggunaan KPI amat baik saya rasa ini memberikan sasaran atau unjuran yangingin kita capai menjelang hujung tahun setiap tahun. Kita ingin tahu matlamat akhir apakahyang kita ingin capai. Jadi KPI digunakan sebagai ukuran untuk mencapai tahap minimaatau ada yang boleh melebihi KPI yang digunakan, adalah yang lebih cemerlang. Jadi KPImerupakan satu unsur ukuran yang boleh digunakan di dalam perkhidmatan awam.Mungkin sebelum ini yang saudara katakan tadi 15 tahun lepas mungkin sebelum 2000 dulukita tidak gunakan KPI tapi ukuran -ukuran lain tapi seklarang ini KPI dan mungkininsyaAllah ada ukuran-ukuran lain yang akan diperkenalkan.

SHAHRIL: Saya tertarik juga dengan pemimpin pemimpin yang ada pada hari ini yangmenggunakan media sosial sebagai saluran penting untuk merakyatkan perkhidmatanawam itu sendiri. Kerana DS memperkenalkan cara Merakyatkan Perkhidmatan Awamapabila pemimpin sentiasa turun padang memberikan saluran di peringkat akar umbi. DSmempunyai FB dan twitter ye. Saya pun pengikut DS di twitter. DS sentiasa mengemaskinidata setiap masa ye. Bagaimana DS melihat perkembangan media sosial ini penting untukpenjawat awam di peringkat akar umbi ini.DS ALI: Media sosial ini amat penting untuk kita mendampingi. Bagi saya untukmendampingi penjawat awam dan juga rakyat secara keseluruhannya. Saya dapat komen,kadang ada juga yang memberi nasihat, cara membaiki tahap perkhidmatan yang kitaberikan kepada rakyat. Saya guna media sosial ini memang untuk dapatkan maklumbalasdan feedback dari orang awam dan juga penjawat awam semua.SHAHRIL: Antara soalan daripada rakyat untuk Dato' Sri, biasanya sentiasa merekamengemaskini twitter untuk bertanya soalan terus kepada Dato' Sri?DS ALI: Ada. Penjawat awam khususnya selalunya akan tanya mengenai perkhidmatanmereka. dari segi gaji, kenaikan pangkat dan kita kata kita sedang kaji dan sebagainya.Mereka kata kenapa perlu kaji lama sangat, boleh buat sekarang saja. Inilah antaracabaran-cabaran yamng kita sedang hadapi dan kita akan beri respons positif kepadapertanyaan-pertanyaan konstruktif yang kita terima.SHAHRIL: Baik, Dato' Sri kita sentuh juga berkenaan Tema Hari Pekerja PekerjaPemangkin Transformasi Negara. Perkataan transformasi itu sendiri merupakan satupendekatan yang diubawa PM. Transformasi yang bagaimnana lagi di peringkat Dato' Srisendiri.DS ALI: Sebenarnya transformasi yang diperkenalkan PM dari segi GTP, ETP, PTP danyang terbaru STP semua ini penjawat perlu ambil dan menghayati semua program yangdiperkenalkan oleh kerajaan. Saya rasa dalam perkhidmatan awam juga kerajaan sedangmelihat cara-cara untuk memperbaiki lagi perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.Banyak juga program-program transformasi yang diperkenalkan. Misalnya MerakyatkanPerkhidmatan Awam 1Malaysia di mana di dalamnya kita memperkenalkan konsep turunpadang. Saya mahu ketua jabatan turun padang dan mendampingi rakyat sebelum kitamembuat sesuatu kita cuba dapatkan maklumbalas daripada rakyat. dulu kita ada konsepyang mengatakan bahawa dulu kita kata kerajaan tahu semua, tak perlu tanya rakyat, tak

perlu tanya kumpulan sasar kita. Zaman tu dah berlepas (berlalu). Sekarang ini ada rakyatlebih tahu daripada kita. Jadi lebih baik kita adakan musyawarah atau engagement denganmereka dan juga dengan penjawat-penjawat awam sehinggalah di peringkat akar umbisehinggalah kita dapatkan maklumbalas untuk memperbaiki cara-cara kita memberikanperkhidmatan kepada rakyat.SHAHRIL: Setakat ini Merakyatkan Perkhidmatan Awam itu Dato' Sri berpuashati ataumenyeluruh?DS ALI: Saya berpuashati. Saya lihat ada perkembangan positif. Saya rasa kita boleh baikilagi. Saya akan teruskan Merakyatkan Perkhidmatan Awam 1Malaysia ini dan sayaberharap semua ketua-ketua jabatan dalam semua peringkat, termasuk KSU-KSU terlibat didalam proses ini. saya tengok banyak perubahan. Baru-baru ini saya telah turun, malah 10bulan lepas saya turun padang ke semua negeri negeri di Malaysia saya lihat konsep iniditerima oleh penjawat-penjawat awam dan mereka juga telah menjadi pelopor dan orangyang melaksanakan program transformasi yang diperkenalkan.SHAHRIL: Dato' Sri. Kita berada pada masa-masa genting politik negara. Suka juga sayakatakan bahawa parti-parti politik bertanding turut menyentuh perkhidmatan awam.terutamanya ada yang mengatakan mahu mengecilkan struktur perkhidmatan awam itusendiri. Dato' Sri melihat adakah kita perkhidmatan awam hari ini sudah cukup perluditambah atau bagaimana?DS ALI: Saiz perkhidmatan awam sekarang ini 1.4 juta (orang). Ini merupakan `right size'kalau digunakan di dalam Bahasa Inggeris, yang tepat untuk negara sekarang. Adakemungkinan kita perlu tambah di masa depan sekiranya permintaan untuk perkhidmatansemakin mendesak. Ada bidang-bidang tertentu yang saya lihat memang ada kekurangan.Kita menggunakan konsep re-deployment. Kita pindahkan dari jabatan yang mempunyailebihan sedikit kepada jabtan yang sangat memerlukan.Tetapi re-deployment tidak bolehdilakukan selama-lamanya, kita perlu melakukan pengambilan. Jangka masa panjangpenjawat awam akan ditambah lagi di masa hadapan.SHAHRIL: Kalau saya boleh sentuh juga antara manifesto Barisan Nasional yangdibentangkan oleh Dato' Sri Najib baru-baru ini. Terdapat sepuluh (perkara) yangdiperkatakan bagi mengukuhkan perkhidmatan awam dan menambahbaik tadbir urus. Yangpertama ialah memperkenalkan skim gaji transformatif untuk penjawat awam danmenyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus

kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada masa itu tiada semakan gajidilakukan. Skim Gaji Transformatif. Dato' Sri melihatnya bagaimana?DS ALI: Saya memang suka mendengarnya Skim Gaji Transformatif ini dan penjawat awamjuga suka mendengarnya kerana dengannya ada satu lagi perubahan yang berlaku di dalamperkhidmatan awam. Mulai tahun ini kita tidak adalagi gaji maksimum di dalam penjawatawam. Tak ada penjawat yang tidak dapat kenaikan gaji sekiranya prestasi merekamemuaskan. Dengan skim ini penjawat awam akan dapat kenaikan gaji automatik. Kalaudah gaji maksimum tiga peratus setiap tahun setiap tahun sama juga pesara akan dapat duaperatus setiap. Ini adalah progresif dan mengalakkan pro-growth, ia berlaku pertumbuhan didalam ekonomi, sama juga penjawat awam yang menyumbangkan di dalam ekonomi dapatjuga gaji transformatif ini, tak berhenti selagi ada pertumbuhan di dalam (ekonomi) negara.SHAHRIL: Akan bentang secara menyeluruh Skim SST ini Dato' Sri?DS ALI: Ya. Insya Allah saya akan membentangkan dan ada juga permintaan-permintaantertentu kita lihat di dalam beberapa skim yang kita perlu lihat semula. Kerajaan semasamesyuarat MAPPA , YAB PM telahpun menyatakan kesediaannya untuk mendengar apaapacadangan untuk memperbaiki lebih 80 skim-skim dalam perkhidmatan. Kita juga akanmemperbaiki skim-skim pegawai di dalam penguatkuasaan, teknikal dan lain lain.SHAHRIL: Saya tertarik insurans khas untuk penguatkuasa sedang dipertimbang olehkerajaan...mungkin ruang ini boleh dikongsikan. Antara idea Dato' Sri untuk skim inusransini?DS ALI: Skim insurans ini saya rasa amat penting untuk golongan yang terlibat di dalampenguatkuasaan ini. Jadi kita akan cadangkan dan berharap kerajaan akanmeluluskan untuk kumpulan kumpulan yang terdedah kepada beberapa risiko. Risikonyaialah risiko peribadi dan juga risiko semasa melakukan pekerjaan seperti pihak bomba,penguatkuasa, kastam, imigresen dan banyak jabatan lain yang berkaitan.SHAHRIL: Bila masa untuk umumkan perkara ini?DS ALI: InsyaAllah dalam pertengahan tahun ini.

SHAHRIL: DS sebelum ini juga Ketua Pengarah UKAS, saya kira pengalaman bersama diUKAS sehinggalah KSN begitu baik sekali dapat digunakan. Bagaimana DS melihatkerjasama ini di dalam negara?DS ALI: Sebenarnya kita telah memperluaskan kerjasama awam-swasta ini kepada semuakerjasama. Kerjasama dengan NGO, awam, antara penjawat awam sendiri,memperkenalkan Strartegi Lautan Biru. Ini semua telah dapat meningkatkan lagi konsepkerjasama keseluruhannya di dalam masyarakat kita khususnya perkhidmatan awam.SHAHRIL: Amanat Dato' Sri kepada semua pekerja bersempena Hari Pekerja ?DS ALI: Kita sama sama bekerja keras dengan cepat berintegriti dan tujuan kita bekerjakeras ini adalah untuk memajukan ekonomi negara dan negara pad akeseluruhgannya.Dengan sumbangan pekerja negara akan maju dengan lebih cepat lagi. kita jugamempunyai matklamat utama untuk menjadi negara maju menjelang 2020 negara yangberpendapatan tinggi. Jadi sumbangan pekerja adalah amat penting untuk membawanegara menjadi negara maju pada masa hadapan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!