30.01.2013 Views

Pelan Strategik DBKK 2011-2015 - DBKK - Sabah

Pelan Strategik DBKK 2011-2015 - DBKK - Sabah

Pelan Strategik DBKK 2011-2015 - DBKK - Sabah

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PRAKATA MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadirat Allah S.W.T kerana Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kota

Kinabalu bagi tahun 2011-2015 dapat dihasilkan dan didokumentasikan. Penerbitan pelan ini adalah

tepat pada waktunya dalam usaha DBKK membantu merealisasikan hasrat pembangunan kerajaan

melalui Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Perancangan strategik merupakan usaha ke arah mencapai matlamat Visi dan Misi Dewan

Bandaraya Kota Kinabalu bagi tempoh 2011-2015. Pelan strategik ini didokumenkan bertujuan untuk

menyediakan asas atau rangka kerja kepada semua warga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

dalam merancang, melaksanakan serta memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang telah

ditetapkan. Dokumen ini disediakan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan serta

stakeholders selaras dengan Hala Tuju Pembangunan Dan Kemajuan Negeri Sabah.

Masyarakat sentiasa meletakkan harapan yang tinggi terhadap DBKK kerana kesejahteraan dan

kualiti hidup mereka banyak bergantung kepada sejauh mana kejayaan kita memenuhi keperluan

mereka dalam menyediakan perkhidmatan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K).

Bagi merealisasikan hasrat untuk menjayakan perancangan strategik ini, analisis terhadap

persekitaran seterusnya memantapkan sistem tadbir urus perlu diberi perhatian. Walau

bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah segala perancangan yang dibuat dapat diterjemahkan

dalam bentuk pelaksanaan program yang memberi impak yang tinggi kepada masyarakat

keseluruhannya

Besarlah harapan saya agar semua warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dapat memberi

komitmen padu dan sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan perancangan program yang

telah digariskan di dalam dokumen ini.

Sekian.

(DATUK (DATUK ILIYAS ILIYAS ILIYAS BIN BIN IBRAHIM) IBRAHIM)

IBRAHIM)

Muka surat 4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!