23.05.2017 Views

Foreword Magazine Editors

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kesan-kesan tabiat merokok dan langkah-langkah untuk menanganinya

Kempen ‘Tak Nak’ Merokok

acap kali menjadi polemik di

media massa sama ada media

cetak mahupun media

elektronik. Namun, apa yang

menyedihkan, semakin

banyak kempen diadakan

semakin ramai pula para

remaja terlibat dalam gejala

merokok. Umum tahu

bahawa di sebelah kotak

rokok sudah dijelaskan secara

terang-terangan bahawa

bahaya merokok tetapi

perkara tersebut dipandang

sebelah mata sahaja oleh

para perokok. Malah, gambar

penyakit akibat merokok

yang tertera di kotak rokok

juga tidak diendahkan sama

sekali. Sememangnya, gejala

merokok tiada satupun

kebaikan malah 100%

mempunyai kesan negatif

yang memudaratkan

penagihnya. Jadi, semua

pihak perlu mengambil

pelbagai langkah yang

proaktif bagi menangani

masalah ini daripada menjadi

duri dalam daging sepanjang

masa.

‘Merokok membahayakan

kesihatan’ itulah slogan yang

sering kita dengar akan

bahana daripada perbuatan

menghisap rokok. Perkara ini

terjadi kerana bahan yang

digunakan untuk membuat

rokok terdiri daripada

pelbagai bahan kimia seperti

racun tikus, tar, nikotin,

tembakau, dan sebagainya.

Apabila manusia merokok,

segala bahan kimia yang

terdapat di dalam rokok akan

bertindak balas dengan

tubuh badan manusia yang

terdiri daripada organ-organ

yang amat penting. Sebagai

contoh, anggota mula-mula

yang bertindak balas dengan

rokok ialah mulut. Kesan

bahan kimia kepada mulut

sahaja boleh mengakibatkan

pelbagai penyakit seperti gigi

menjadi kuning, bibir menjadi

biru dan kanser mulut.

Penyakit lain seperti asma,

sakit jantung, barah otak,

angin ahmar dan migrain

antara penyakit yang

dibuktikan akibat gejala

merokok. Jadi, merokok

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!